Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
146
AMALAN BAIK PARADIGMA NABAWI ‘AL-HISBAH’ DALAM PERLAKSANAAN E-
PENILAIAN SEBAGAI INSTRUMEN PENGAWASAN BAHARU DI INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID-19: SATU
KAJIAN KES KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
Muhammad Aizat Md Sin (Corresponding author)
Fakulti Perniagaan Dan Sains Pengurusan, Kolej Universiti Islam Perlis,
02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
E-Mail: [email protected]
Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.M Fakulti Muamalat & Kewangan Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs),
02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
E-Mail: [email protected]
Nor Izham Bin Subri
Fakulti Perniagaan Dan Sains Pengurusan, Kolej Universiti Islam Perlis,
02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
E-Mail: [email protected]
Izwan Nurli Bin Mat Bistamam
Fakulti Perniagaan Dan Sains Pengurusan, Kolej Universiti Islam Perlis,
02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
E-Mail: [email protected]
Mohd Zaki Bin Shahabuddin
Fakulti Perniagaan Dan Sains Pengurusan, Kolej Universiti Islam Perlis,
02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
Tel: 0124569890 E-Mail: [email protected]
ABSTRAK Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah lanskap sistem pendidikan samada
pembelajaran dan penilaian peperiksaan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi khususnya di Institusi
Pengajian Tinggi Swasta. Cabaran ini telah mentransformasikan sistem dan kaedah pendidikan yang
lebih memaksa kepada penggunaan e-pembelajaran dan e-penilaian. Malangnya, perlaksanaan e-
penilaian masih asing kepada landskap sistem pendidikan negara kita di Malaysia. Kajian ini
merupakan kajian konseptual yang melibatkan sejumlah pelajar dan tenaga pengajar akademik Kolej
Universiti Islam Perlis menerima aplikasi e-penilaian sebagai instrumen pengawasan iaitu
menggantikan peperiksaan akhir secara bertulis disamping pengamalan konsep Hisbah selari dengan
tuntutan Syarak dan visi misi Institusi Pengajian Tinggi Swasta berteraskan Islam. Namun,
berdasarkan hasil penelitian yang dijalankan mendapati ketidaksediaan dari segi langkah, prosedur,
infrastruktur dan kemampuan. Walaupun e-penilaian memberi kebaikan kepada sistem pendidikan
namun dalam masa yang sama turut mempunyai kekurangan jika tidak diselia atau tiada pengawasan
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
147
dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan aplikasi
e-penilaian ini tidak menurunkan kualiti akademik dan intergriti peperiksaan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta di Malaysia.
Kata kunci : Hisbah, E-Penilaian, Institusi Pengajian Tinggi, Pandemik, Covid-19
PENGENALAN
Pada 18 Mac 2020, institusi pendidikan di negara dinasihatkan untuk menangguhkan operasi dalam
usaha untuk mengawal penyebaran Covid-19. Sebagai seorang pendidik, menjadi kewajipan kepada
kita untuk memberi pendidikan kepada pelajar. Penyebaran Covid-19 bukan sahaja memberi kesan
terhadap ekonomi dunia, malah kesannya dirasakan oleh dunia pendidikan. Kesan wabak ini, semua
institusi pendidikan di Malaysia tidak lagi menjalankan aktiviti seperti biasa. Perkara yang sama turut
dilakukan oleh pelbagai negara yang terdedah kepada penyakit ini. Berdasarkan data yang diperoleh
dari UNESCO, lebih daripada 160 negara telah melaksanakan penutupan institusi pendidikan
diseluruh negara, yang mana mempengaruhi lebih dari separuh populasi pelajar dunia. Statistik
terbaru dari UNESCO pada 25 Mac 2020 menyebut bahawa 1,524,648,768 orang pelajar
merangkumi 87.1% daripada jumlah pelajar yang telah mendaftar.
Kesan daripada penutupan sementara ini, aktiviti akademik secara langsung, termasuk persidangan,
pengajaran bersemuka (face-to-face), persidangan dan makmal simulasi harus dielakkan. Implikasi
daripada pandemik adalah terhadap kaedah penilaian pelajar. Mereka kini harus bersedia untuk
menjalankan peperiksaan di dalam talian. Dimanakah kesediaan mereka untuk membentuk penilaian
ini dan tertanya-tanya adakah pelajar akan mencapai tahap yang tekah ditetapkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.
Penilaian merupakan elemen utama dalam pendidikan tinggi untuk menentukan tahap kemahiran dan
pengetahuan pelajar serta mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan 1.Untuk mengatasi situasi
terkini namun dalam masa yang sama ingin mengekalkan kualiti penilaian, para pendidik kini ditekan
untuk mengunakan teknologi sebagai alat membantu menjalankan penilaian di atas talian atau lebih
dikenali sebagai e-assesment. Penggunaan teknologi dapat memainkan peranan untuk menyediakan
data untuk penilaian diri dan maklum balas, serta menjadi amalan baru dalam penilaian 2.
1 Stödberg, U. (2012). A research review of e-assessment. Assessment & Evaluation in Higher Education, 37(5), 591–
604 2 Ras, E., Whitelock, D., & Kalz, M. (2016). The promise and potential of e-assessment for learning. In P. Reimann, S.
Bull, M. D. Kickmeier-Rust, R. Vatrapu, & B. Wasson (Eds.), Measuring and visualising learning in the information-
rich classroom (pp. 21–40). London: Routledge.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
148
Justeru, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) yang mementingkan syumul, taqwa dan dinamik sesuatu program pengajiannya dan
keberhasilan graduannya, amalan sunnah nabawiyyah iaitu Al-Hisbah dilihat sebagai suatu
mekanisme terbaik untuk diaplikasikan bersama bagi menangani isu-isu kecurangan dan
keintegritian akademik dalam perlaksanaan e-penilaian selari dengan misinya iaitu ‘Institusi
Pendidikan Yang Mengintegrasikan Dan Menyebarluaskan Ilmu Dan Kefahaman Berteraskan Al-
Quran Dan As-Sunnah Ke Arah Melahirkan Insan Bermodal Intelektual Yang Menyumbang Kepada
Melahirkan Peradaban Ummah’.
Namun demikian sejauh manakah ketersediaan dan kedahaman kita menggunakan penilaian atas
talian dalam menghadapi norma baharu di dalam sistem pendidikan negara di samping menerapkan
amalan hisbah dalam urusan kawalselia e-penilaian tersebut. Oleh yang demikian, kertas ini akan
menerangkan secara lebih mendalam berkaitan penilaian di atas talian ini agar difahami dan
digunakan sebagai rujukan untuk memastikan kualiti dan intergriti akademik pendidikan negara
dimartabatkan.
Hisbah
Hisbah merupakan instrumen dalam pengurusan Islam yang berperanan sebagai sistem pengawasan
terhadap sesebuah masyarakat, organisasi, dan individu. Ia merupakan asas pengawasan yang
bertujuan memastikan pentadbiran dan pengurusan berjalan dengan baik dan tidak berlaku
percampuran antara yang benar dan yang batil ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Menurut Abd Karim Zaidan 3, menyatakan bahawa setiap ayat yang datang dalam tajuk amar
ma’aruf dan nahi mungkar adalah dikira sebagai dalil pensyariatan hisbah. Sepertimana ayat dalam
Surah Ali ’Imran:104, yang bermaksud “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat baik segala perkara
yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka bersifat
demikian, ialah orang-orang yang berjaya.” Manakala dalam sunnah nabawiyah terdapat banyak
hadis yang menunjukkan kepada pensyariatan menyuruh berbuat yang ma’aruf dan mencegah
kemungkaran, ertinya pensyariatan al-hisbah 4 iaitu “Siapa di antara kamu melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya (kuasa yang ada padanya). Jika ia tidak mampu
(merubah dengan tangannya) maka (hendaklah merubah) dengan lidahnya. Jika tidak mampu
3 Abd al-Karim Zaidan. (1984). Nizam al-Qada’ fi al-Syariah al-Islamiyyah. Baghdad: Matba’ah al-Aini.
4 Abd al-Karim Zaidan. (1984). Nizam al-Qada’ fi al-Syariah al-Islamiyyah. Baghdad: Matba’ah al-Aini.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
149
(merubah dengan lidahnya) maka hendaklah dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah
selemah-lemah iman” 5.
Kewujudan hisbah telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW yang sentiasa menyeru umatnya
menjalankan perniagaan dengan amanah dan ikhlas. Bahkan baginda melarang keras umatnya
melakukan penipuan semasa berniaga seperti mengurangkan timbangan, boros, kedekut, membazir,
mengambil keuntungan berlipat ganda, tidak beramanah dan sebagainya 6. Pada zaman Rasulullah
SAW, baginda dan para sahabat telah melaksanakan fungsi hisbah dengan secara langsung daripada
mereka sendiri. Mereka sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
membimbing umat Islam dalam urusan duniawi atau keagamaan dan kadang-kadang bertindak
dengan bidang kuasa 7. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh 8 yang menyatakan bahawa pengawasan atau
pengawalan yang dilakukan oleh pemerintah terhadap semua aktiviti telah bermula pada zaman
Rasulullah SAW.
Intipati hisbah itu sendiri yang membawa kepada etika pengawasan yang merangkumi pengawasan
dalaman dan luaran. Pengawasan dalaman merupakan pengawasan terhadap diri sendiri yang timbul
daripada kesedaran bahawa Allah Taala sentiasa mengawasi setiap manusia dan segala amalan yang
dilakukan oleh manusia akan diperhitungkan di akhirat 9. Pengawasan dalam diri secara amnya
bermaksud kritikan dan pembetulan diri 10. Manakala bentuk pengawasan luaran adalah merupakan
komponen pemantauan yang terdiri daripada masyarakat dan institusi rasmi daripada jentera
kerajaan. Pengawasan ini bertindak secara pratikal kerana ia melibatkan pemerhatian dan
pengawasan yang rasmi. Kedua-dua bentuk pengawasan ini juga dapat menjamin keadilan dan saling
melengkapi antara bentuk pengawasan dalaman dan luaran.
Menurut Azrin Ibrahim, bahawa hisbah merupakan manifestasi kepada pelaksanaan sistem
pengawasan Islam 11. Sebaliknnya, pengawasan merupakan salah satu proses dalam melaksanakan
5 Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim. (1924). Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Kitab al-Iman, t.tpt: al-
Matba’ah al-Misriyyah wa Maktabatuha. 6 Mardzelah Makhsin, (2008). Hisbah Sistem Pengawasan dan Etika Pengurusan Islam. Sintok. Universiti Utara
Malaysia. 7 Muhammad al-Buraey (1992). Pembangunan pentadbiran menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. 8 Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991). Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia 9 Azrin Ibrahim (2013), Hisbah dalam Pengurusan Islam: Falsafah dan Etika Pelaksanaan, Jurnal Muamalat, Bil. 6
2013. 10 Auni Hj. Abdullah (2000), Hisbah Dan Pentadbiran Negara, Kuala Lumpur: IKDAS. 11 Azrin Ibrahim (2013), Hisbah dalam Pengurusan Islam: Falsafah dan Etika Pelaksanaan, Jurnal Muamalat, Bil. 6
2013.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
150
pengurusan secara Islam 12. Fungsi pengawasan bersifat berterusan dalam memastikan segala urusan
pengurusan berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Di samping itu, tugas proses
pengawasan ini juga berfungsi untuk mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam
pengurusan. Seterusnya, bertindak segera dalam memperbetulkan kesilapan atau penyelewengan
yang berlaku dengan tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang Islam 13.
Pandemik Covid-19
Pandemik bukanlah satu kejadian baru. Misalnya Galen dari Pergamon, wabak cacar (smallpox
pandemic) 20 tahun bermula pada tahun 166 Masihi 14, sindrom pernafasan akut yang teruk pada
tahun 2003 15 dan pandemik selesema babi H1N1 2009 16. Dan kini, pandemik Covid-19 menjadi
pandemik baharu di seluruh dunia bermula di Wuhan, China.
Berdasarkan peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia, kewajaran bagi pemerintah di
seluruh dunia terutama di Malaysia untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih
efektif. Malangnya, pada 3 Ogos 2020 ketika penulisan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
mengumumkan kematian mangsa Covid-19 daripada 125 kes yang dilaporkan dengan jumlah Covid-
19 positif adalah 9,023 kes dan jumlahnya pulih 8,702 kes. Keadaan masih tidak begitu selesa dimana
masih terdapat 196 kes aktif di Malaysia.
Sebagai langkah pengawalan penyebaran pandemik Covid-19, Kerajaan Malaysia telah mengadakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Walaupun tren kes dilihat semakin menurun dan kebanyakan negeri telah menjadi zon hijau atau
mengamalkan PKPB namun Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta masih tidak
dibenarkan beroperasi seperti biasa. Kesan daripada itu, ia menjadi norma baharu kepada semua
pelajar dan pendidik untuk menggunakan pembelajaran dan penilaian secara atas talian. Namun kini,
menjadi kegusaran kepada pendidik untuk menilai pelajar menggunakan penilaian atas talian bagi
mengekalkan kualiti dan intergriti akademik pendidikan negara.
Pengajian Tinggi
The Britannica Encyclopedia pada bulan April 2014 telah mendefinisikan ‘Pengajian Tinggi’ sebagai
pelbagai jenis pendidikan yang disediakan di institusi pengajian pasca sekunder dan biasanya pada
12 YaPEIM (Panel Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia), (2005). Pengurusan dalam
Islam: Menghayati prinsip dan nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YaPEIM. 13 Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991). Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia. 14 Mattern S. 2011. Galen and his patients. Lancet 378:478–479. 15 LeDuc JW, Barry MA. 2004. SARS, the first pandemic of the 21st century. Emerg Infect Dis 10:e26. 16 Collignon P. 2011. Swine flu: Lessons we need to learn from our global experience. Emerg Health Threats J 4:7169.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
151
akhir pengajian akan mendapat ijazah, diploma, atau sijil pengajian tinggi. Institusi pengajian tinggi
tidak hanya merangkumi universiti dan kolej tetapi juga pelbagai sekolah profesional yang
menyediakan persiapan dalam bidang seperti undang-undang, perubatan, perniagaan, muzik, dan
seni. Ia juga merangkumi sekolah latihan guru, maktab rendah, dan institut teknologi. Syarat
kemasukan asas bagi kebanyakan institusi penngajian tinggi adalah tamatnya pendidikan menengah,
dan usia masuk biasa adalah sekitar 18 tahun.
Pengajian tinggi disifatkan sebagai pendidikan berkualiti tinggi dan nilai-nilai kemanusiaan yang
bertujuan untuk memperkasakan masyarakat. Pengajian tinggi memberi pelajar yang berkelayakan
akademik bukan hanya pendidikan berkualiti untuk mereka berjaya dalam hidup, tetapi juga
pendidikan yang akan menghasilkan disiplin mereka yang berharga, prihatin dan memberi individu.
Oleh itu, visi pengajian tinggi juga mesti berpusat pada nilai dan interaksi manusia sejagat sebagai
platform pembelajaran dan bersama-sama mencipta pengetahuan yang menghidupkan empat
tonggak pembelajaran iaitu (1) belajar untuk melakukan, (2) belajar untuk mengetahui, (3) belajar
untuk menjadi dan (4) belajar untuk hidup bersama seperti yang disarankan oleh Pertubuhan
Pendidikan, Ilmiah dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 17. Berdasarkan visi ini,
pelajar perlu bersedia untuk menhadapi sebarang perubahan yang berlaku agar mampu
menghadapinya. Sbagai contoh, pelajar dan pendidik harus mendalami penggunaan e-penilaian bagi
memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus kemodenan dan pandemik dunia.
E-Penilaian
Revolusi industri 4.0 (IR 4.0) tidak hanya membuka peluang kepada aktiviti ekonomi malah peluang
untuk pendidikan melalui teknologi pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam talian menawarkan
peluang baru untuk menilai pelajar serta menguji kemahiran kognitif yang kompleks dan
mempersiapkan pelajar untuk dunia profesional. Terdapat beberapa kaedah untuk menggunakan
teknologi dalam talian untuk meningkatkan penilaian. Secara tradisinya, istilah "e-penilaian" telah
digunakan untuk menentukan aktiviti menggunakan teknologi dalam talian 18. E-penilaian pula
merujuk kepada proses penilaian elektronik di mana ICT digunakan untuk penyampaian dan aktiviti
17 Lawale S., & Bory-Adams. A., (2010). "The Decade of Education for Sustainable Development: Towards four
pillars of learning," Development, Palgrave Macmillan; Society for International Development, 53(4), 547-550. 18 Crisp, G. T. (2009). Towards authentic e-assessment tasks. In G. Siemens, & C. Fulford (Eds.). Proceedings of
EdMedia: World conference on educational media and technology 2009 (pp. 1585–1590). Association for the
Advancement of Computing in Education (AACE).
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
152
penilaian (19;20). Guàrdia, Crisp dan Alsina 21juga mendefinisikan e-penilaian sebagai "penggunaan
ICT untuk memfasilitasi keseluruhan proses penilaian, dari merancang dan menyerahkan tugas
hingga menandai, melaporkan, menyimpan hasil serta melakukan analisis statistik".
Sebelum ini, E-pembelajaran telah menjadi sebahagian daripada pendidikan tinggi untuk beberapa
waktu, namun, penggunaan E-penilaian merupakan istilah yang cukup baru di dalam pendidikan 22.
E-penilaian merujuk kepada penggunaan teknologi elektronik untuk menilai pelajar dalam proses
pembelajaran 23.
Aktiviti e-penilaian boleh dirancang untuk tujuan penggredan atau bukan penggredan. Klasifikasi
merangkumi soalan (seperti tertutup, terbuka, pilihan ganda, padanan, pesanan), e-portfolio, esei,
perbincangan dalam talian, peta konsep, sistem respons peribadi, permainan dalam talian atau aktiviti
berdasarkan senario 24.
Oleh itu, berdasarkan situasi semasa, fungsi e-penilaian dalam pendidikan adalah sangat berguna.
Disamping itu, e-penilaian juga membawa kelebihan kepada pelajar, pendidik, dan institusi
pendidikan.
Kelebihan Penggunaan E-Penilaian
Kebanyakan universiti telah menggunakan e-penilaian, untuk memperoleh kaedah yang lebih maju,
tepat dan lebih cepat untuk menilai pelajar, dan bukannya menggunakan kaedah tradisional (ujian
kertas). Apabila penilaian dilakukan dengan betul, e-penilaian ini menawarkan faedah untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar serta mengurangkan beban kerja profesional. Beberapa faedah
ini merangkumi kelajuan, ketersediaan, konsistensi dan objektif penilaian, serta menjimatkan masa
19 Khlifi, Y., & El-Sabagh, H. A. (2017). A novel authentication scheme for E-assessments based on student behavior
over E-learning platform. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 12(4), 62–89.
https://doi.org/10.3991/ijet.v12i04.6478 20 Al-Azawei, A., Baiee, W. R., & Mohammed, M. A. (2019). Learners’ Experience Towards E-Assessment Tools: A
Comparative Study on Virtual Reality and Moodle Quiz. International Journal of Emerging Technologies in Learning
(IJET), 14(05), 34. 21Guàrdia, L., Crisp, G., & Alsina, I. (2017). Trends and challenges of e-assessment to enhance student learning in
higher education. In E. Cano, & G. Ion (Eds.). Innovative practices for higher education assessment and measurement
(pp. 36–56). USA: IGI Global. 22 Buzzetto-More, N., & Julius, A. A. (2006). Best Practices in e-Assessment. Journal of Information Technology
Education, 5, 251–269. 23 Tomas, C., Borg, M., & McNeil, J. (2015). E-assessment: Institutional development strategies and the assessment
life cycle. British Journal of Educational Technology, 46(3), 588–596. 24 Guàrdia, L., Crisp, G., & Alsina, I. (2017). Trends and challenges of e-assessment to enhance student learning in
higher education. In E. Cano, & G. Ion (Eds.). Innovative practices for higher education assessment and measurement
(pp. 36–56). USA: IGI Global.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
153
dan sumber 25. Penggunaan e-penilaian ini akan memberi kesan pelajar, pensyarah, institusi, dan
matlamat pendidikan.
A. Pelajar
Pelajar lebih gemar menggunakan e-penilaian kerana Ia juga cepat dan mudah digunakan 26. E-
penilaian juga memberikan maklum balas segera berbanding dengan ujian kertas 27. Lebih jauh lagi,
ini membantu pelajar di kawasan terpencil untuk belajar dan menilai di lokasi mereka pada bila-bila
masa, serta memberi kelonggaran kepada pelajar untuk menjalani peperiksaan (27 ; 28) walau dimana
mereka berada.
B. Pensyarah
Ujian menggunakan kertas peperiksaan memakan masa dari pensyarah/guru untuk menanda atau
membetulkan setiap kertas, tetapi dengan menggunakan E-penilaian, ia akan menjimatkan masa29.
E-penilaian juga membantu pensyarah/guru meningkatkan kualiti dalam memberi maklum balas
kepada pelajar (27; 28). Ia juga membantu dalam mengesan prestasi pelajar dan membuat analisis
merentasi banyak penilaian 30. Oleh itu, dengan menggunakan E-penilaian, ia dapat mengurangkan
beban guru untuk menilai sekiranya mempunyai bilangan pelajar yang besar31.
C. Institusi
Penggunaan e-penilaian dengan bilangan pelajar ramai akan menyebabkan kaedah penilaian lebih
cepat dan tepat (27; 28). Universiti juga memerlukan keputusan tepat pada masanya untuk mengatur
tempat untuk pemohon yang berkelayakan yang sesuai 27 dan masa dikurangkan 28. Tambahan pula,
e-penilaian mempunyai sekuriti tersendiri, yang menyediakan soalan dan tidak dapat pelajar
menyalin soalan contohnya penggunaan exam.net, serta pemeriksaan pengenalan dan pengesahan
25 Amelung, M., Krieger, K., & Rösner, D. (2011). E-assessment as a service. IEEE Transactions on Learning
Technologies, 4(2), 162–174. 26 Peterson, D. (2013). Five steps to better tests. 27 Ridgway, J, McCusker, S., & Pead, D (2004). Literature review of e-assessment, NESTA Futurelab Series Report
10, Bristol: NESTA Futurelab. 28 Way, A. (2012). The use of e-assessments in the Nigerian higher education system. Turkish Online J. Distance
Educ., 13(1), 140–152. 29 Gikandi, J. W., Morrow, D. & Davis, N. E. (2011). Online formative assessment in higher education: A review of the
literature. Comput. Educ., vol. 57, no. 4, pp. 2333–2351, Dec 30 Ellaway R.& Masters, K. E. N. (2008). AMEE guide AMEE guide 32 : E-learning in medical education part 1 :
Learning, teaching and assessment. Med. Teach., 30, 455–473,. 31 Nicol, D. (2007). E‐assessment by design: Using multiple‐choice tests to good effect. J. Furth. High. Educ.,
31(March 2015), 53–64,.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
154
kata laluan untuk memastikan identiti pelajar (26;32). Dengan itu, ia membantu mengurangkan
penipuan atau meniru kepara pelajar diberikan soalan yang berbeza mengikut urutan yang berbeza 26.
D. Matlamat Pendidikan
E-penilaian menyokong matlamat pendidikan, dengan menyokong kemahiran berfikir peringkat
tinggi seperti pengkritik, refleksi mengenai proses kognitif dan memudahkan projek kerja kumpulan 33. E-penilaian juga mempunyai kemampuan untuk menyusun soalan yang tidak dapat membuatnya
menggunakan ujian kertas misalnya simulasi perisian, ia membantu untuk mewakili maklumat
dengan cara yang mudah dan cepat (33;34). Lebih-lebih lagi, ia memberikan hasil yang lebih tepat
berbanding ujian kertas.
Kekurangan E-Penilaian
Walaupun kajian dahulu menunjukkan terdapat banyak kelebihan menggunakan e-penilaian,
terdapat beberapa kebimbangan dan batasan yang menyekat penerimaannya 35. Pertama, penting
untuk mempertimbangkan bahawa penilaian dengan bantuan komputer memerlukan komitmen
institusi dengan memberi latihan dan usaha dari pihak pensyarah/guru. Salah satu kebimbangan
utama yang timbul ialah kurangnya tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh sebilangan pelajar
bahawa e-penilaian akan menjadi kaedah yang sah dan selamat untuk menilai kecekapan mereka.
Bagi pendidik, mereka merasa amat sukar untuk memotivasi pelajar 36. kebanyakan guru merasakan
bahawa ujian kertas dan atas talian tidak sama dengan tepat. Mereka juga meragui bahawa pilihan
ujian di atas talian ini biasanya akan memberikan penilaian yang tidak berat mengenai pengetahuan
32 Crews, T. B. & Curtis, D. F. (2010). Online course evaluations : Faculty perspective and strategies for improved
response rates. Assessment & Evalution in Higher Education, 36(7), 965–878. 33 Ridgway, J, McCusker, S., & Pead, D (2004). Literature review of e-assessment, NESTA Futurelab Series Report
10, Bristol: NESTA Futurelab. 34 Peterson, D. (2013). Five steps to better tests. 35 Bacigalupo, D. A., Warburton, W. I., Draffan, E. A., Zhang, P., Gilbert, L., & Wills, G. B. (2010). A formative
eAssessment co-design case study. In 2010 IEEE 10th International Conference on Advanced Learning Technologies
(ICALT), pp. 35–37. 36 Bacigalupo, D. A., Warburton, W. I., Draffan, E. A., Zhang, P., Gilbert, L., & Wills, G. B. (2010). A formative
eAssessment co-design case study. In 2010 IEEE 10th International Conference on Advanced Learning Technologies
(ICALT), pp. 35–37.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
155
pelajar 37. Pelajar yang tidak berpengalaman menggunakan komputer atau proses penilaian dalam
talian memerlukan latihan pada peringkat awal untuk membiasakan diri dengan e-penilaian 38.
Selain itu, kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam kebolehcapaian komputer dan internet
terutamanya di negara-negara miskin contohnya Nigeria 38 menyebabkan kerajaan untuk
menyediakan peralatan sepenuhnya untuk menjalankan sistem e-penilaian. Malahan, sebilangan
pendidik yang tidak biasa dengan teknologi, terutama kepada mereka yang menggunakan e-penilaian
untuk pertama kalinya memerlukan latihan untuk lebih yakin menggunakan sistem e-penilaian 39.
Keadaan ini telah menyebabkan kegagalan dalam mengaplikasikan e-penilaian dengan efektif
sekiranya tiada ketersedian penerimaan daripada pelajar, pensyarah, institusi dan kerajaan.
METODOLOGI
Artikel ini adalah merupakan kertas konspetual. Beberapa istilah pengkaji terdahulu menggunakan
analisis konseptual di dalam metodologi 40. Tujuan kertas konseptual ini adalah untuk meyakinkan
pembaca bahawa pendapat kami adalah sah dan boleh dipertahankan berdasarkan kajian terdahulu.
Adalah sangat penting untuk menjamin bahawa kita mempertimbangkan semua aspek dan
memberikannya dengan cara yang mudah dikenali oleh pembaca kita (41; 42).
Berikut merupakan kaedah atau langkah yag diambil untuk menulis kertas konspetual ini antaranya:
(1) memilih topik (2) menjalankan penyelidikan awal; (3) mencabar topik; (4) mengumpulkan bukti
sokongan; dan (5) menyediakan outline (Fleming, 2020). Kajian ini juga merupakan sebahagian
daripada kajian spontan berdasarkan isu tren di dunia. Isu yang dimaksudkan adalah kesan pandemik
Covid-19 terhadap kaedah penilaian pelajar institusi pengajian tinggi. Pada bahaian seterusnya,
pembincangan akan dijalankan berdasarkan kajian terdahulu.
Kajian Kes: Situasi Pembelajaran dan Penilaian di KUIPs Semasa Pandemik
37 Redecker, C., Punie, Y., & Ferrari, A. (2012). eAssessment for 21st century learning and skills. In A. Ravenscroft, S.
Lindstaedt, C. D. Kloos, & D. Hernandez-Leo (Eds.), 21st century learning for 21st century skills (pp. 292–305).
Germany: Springer. 38 Way, A. (2012). The use of e-assessments in the Nigerian higher education system. Turkish Online J. Distance
Educ., 13(1), 140–152 39 Ridgway, J, McCusker, S., & Pead, D (2004). Literature review of e-assessment, NESTA Futurelab Series Report
10, Bristol: NESTA Futurelab. 40 Abdul Razzak, N. (2020). Paulo Freire‟s critical and dialogic pedagogy and its implications for the Bahraini
educational context. Educational Philosophy and Theory, 41 Guilford, C. (2001). Occasions for argumentative essays: Writing argumentative essays. Retrieved August 26, 2002
from the World Wide Web: http://www.powa.org/argufrms.htm. Previously adapted from: Hairston, M. (1982) A
Contemporary Rhetoric (3rd ed.). Boston: Houghton Mifflin. 42 Suprapto, N. (2016). What should educational reform in Indonesia look like? - Learning from the PISA science
scores of East-Asian countries and Singapore. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching,17(2),16.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
156
Sepertimana semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia, KUIPs juga
melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk memastikan kesinambungan
dalam aktiviti akademik semasa dalam tempoh pandemik Covid-19. Menggunakan pendekatan
pembelajaran teradun (blended-learning), mod penyampaian pengajaran dan pembelajaran melalui
media elektronik dan atas talian diperbaiki dengan lebih meluas dan lebih berskala besar. Selain
applikasi ‘homegrown’ sedia ada, aplikasi dalam talian seperti google classroom telah digunakan
untuk melengkapkan proses pembelajaran dan penilaian keseluruhan.
Bagi tujuan penilaian, temubual yang dibuat dengan beberapa orang pensyarah menyatakan proses
memantau dan memastikan penglibatan pelajar melalui penilaian di atas talian merupakan suatu
cabaran dalam norma baru. Pengisian elemen-elemen peperiksaan perlulah dihasilkan secara
interaktif bergantung kepada 100% kandungan atas talian untuk menguji kefahaman pelajar atas
pembelajaran sesuatu kursus.
Bagi pensyarah-pensyarah di KUIPs, beberapa aplikasi atas talian yang ada sedikit sebanyak
membantu mereka menghasilkan pelbagai jenis penilaian formatif (penilaian berterusan). Antara
aplikasi atas talian seperti google form, kahoot, quiz, dan exam.net menyediakan platform percuma
kepada pendidik untuk merancang dan membangunkan material e-penilaian yang mendalam,
interaktif dan menarik secara atas talian sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar walaupun
secara berjauhan.
Menurut seorang penyarah dari Jabatan Kewangan Islam, Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam,
dalam melakukan penilaian terhadap kursus yang diajar, Google Classroom dan Google Form
digunakan untuk perkongsian quiz, latihan, tugasan dan penilaian berterusan kepada pelajar. Untuk
peperiksaan akhir, beliau juga akan menggunakan platform yang sama untuk kaedah penilaian atas
talian (online examination) sepenuhnya sambil memastikan pemenuhan syarat yang ditetapkan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi beliau cabaran dalam melaksanakan e-penilaian dalam
talian, apa yang diperlukan adalah kemahiran, persediaan, dan sokongan teknikal dari segi
keupayaan peranti dan sambungan Internet yang stabil dikalangan pelajar dan pensyarah sendiri.
Gambarajah 1 menunjukkan skematik penyampaian e-penilaian diantara unit peperiksaan, pensyarah
dan pelajar di KUIPs.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
157
Gambarajah 1: Skematik penyampaian E-Penilaian di KUIPs
Gambarajah 2: UML menunjukkan proses E-Penilaian di KUIPs
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
158
Nama Skop / Tanggungjawab Kamera
Web Exam.net
Google Meet
Google Drive
Unit Peperiksaan
▪ Menyediakan Kod Peperiksaan.
▪ Mencipta tetapan
peperiksaan mengikut kesesuai.
▪ Menghentikan
peperiksaan pada masa yang ditetapkan.
▪ Menyimpan Salinan
video peperiksaan mengikut subjek di dalam Google Drive.
Ada Ada Ada Ada
Pengawas Peperiksaan
▪ Memastikan calon peperiksaan mengikut garis panduan peperiksaan.
▪ Memantau kecurangan
peperiksaan (jika ada)
▪ Merekodkan pergerakan pelajar.
Bergantung
kepada Pengawas Peperiksaan (ada /
tiada)
Ada Ada Tiada
Calon Peperiksaan
▪ Menyertai ruang peperiksaan pada masa yang ditetapkan.
▪ Mematuhi peraturan
peperiksaan mengikut garis panduan.
▪ Menghantar skrip
jawapan pada atau sebelum masa yang ditetapkan.
Ada Ada Ada Tiada
Jadual 1: Skop dan tanggungjawab peserta-peserta terlibat dalam proses e-penilaian
PERBINCANGAN
Semasa krisis pandemik Covid-19 yang berkembang pesat ini, pelajar dan pendidik perlu lebih fleksibel dalam kaedah pembelajaran dan penilaian. Mereka harus lebih bersedia menerima
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
159
kemungkinan yang tidak dijangka agar strategi ini berjaya secara meluas. Kerjasama antara institusi, terutama dalam bentuk norma pendidikan memerlukan sokongan daripada semua pihak dalam
mengekalkan tahap pendidikan berkualiti tinggi pada masa-masa sukar ini. Kaedah dan kriteria penilaian untuk komponen pendidikan harus sesuai dan konsisten dengan hasil pembelajaran yang
telah ditentukan 43. Kajian pengkaji dahulu telah mengenalpasti kaedah-kaedah yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan impak yang diperlukan dalam mengekalkan kualti pendidikan negara.
Empat Langkah Menggunakan E-Penilaian
Berdasarkan kajian 44, mencadangkan:
Langkah 1: Kompetensi generik dan khusus Proses ini bermula apabila pensyarah/guru memilih kompetensi yang generik dan khusus 45.
Kompetensi generik harus diedarkan dan diberikan kepada pelajar ijazah sarjana muda menggunakan pemetaan kurikulum 46 atau dipilih dari yang ditentukan pada peringkat ijazah sarjana muda.
Kompetensi khusus pula dihubungkan dengan bidang subjek dan bidang pengajian. Mereka mesti ditentukan berkaitan dengan tujuan kursus. Kompetensi generik harus ditunjukkan dalam silibus
setiap subjek, manakala kompetensi khusus harus ditunjukkan untuk setiap aktiviti e-penilaian sehingga jelas kepada pelajar.
Langkah 2: Aktiviti e-penilaian
Pensyarah atau guru akan merancang satu set aktiviti e-penilaian, memilih jenis yang akan membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan berdasarkan keperluan dan ciri khusus mereka.
Berdasarkan kajian 47, aktiviti penilaian harus memberikan kompetensi untuk pelajar seperti (1)
kemampuan untuk mencari, memproses dan menganalisis maklumat, (2) kemampuan untuk
menerapkan pengetahuan yang diperoleh, (3) kemampuan untuk menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, (4) kemampuan membuat produk pembelajaran dalam pelbagai format dan (5)
kemampuan untuk menerapkan pengetahuan dalam senario sebenar atau simulasi.
Langkah 3: Kriteria penilaian
Setelah itu, aktiviti pembelajaran, alat dan sumber digital ditentukan serta kriteria penilaian akan dimainkan. Untuk setiap aktiviti e-penilaian, satu set kriteria penilaian harus ditetapkan.
43 European Commission (2015). ECTS users' guide 2015. 44 Guerrero-Roldán, Ana-Elena., & Noguera, I., (2018). A model for aligning assessment with competences and
learning activities in online courses. The Internet and Higher Education, 38, 36–46. 45 González, J., & Wagenaar, R. (Eds.). (2003). Tuning educational structures in Europe. Final report. Phase oneBilbao:
Universidad de Deusto. 46 Arafeh, S. (2016). Curriculum mapping in higher education: A case study and proposed content scope and sequence
mapping tool. Journal of Further and Higher Education, 40(5), 585–611. 47 Guerrero-Roldán, Ana-Elena., & Noguera, I., (2018). A model for aligning assessment with competences and
learning activities in online courses. The Internet and Higher Education, 38, 36–46.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
160
Langkah 4: Petunjuk dan maklum balas Langkah terakhir akan membantu pensyarah jika mereka memainkan peranan sebagai penilai untuk
membetulkan dan menilai hasil kerja dan memberi maklum balas kepada setiap pelajar. Sebaik-baiknya, ini memerlukan petunjuk: senarai tindakan terperinci yang memberikan pandangan
bagaimana ia dilaksanakan, dan apakah hasil akhir yang diharapkan untuk aktiviti penilaian.
Kesan Penggunaan E-Penilaian Di Dalam Peperiksaan
Mengingat persekitaran semasa pembelajaran yang kini jauh berbeza, kehilangan interaksi langsung
(face to face) dengan rakan sebaya dan pensyarah berpotensi menghalang perkembangan pelajar.
Walaupun kemajuan dalam teknologi yang memungkinkan untuk pembelajaran jarak jauh dalam
talian, namun ia masih membatasi pembelajaran secara praktikal.
Hasil kajian oleh 48 menunjukkan bahawa COVID-19 akan memberi kesan buruk kepada sektor
pendidikan di Zambia. Alasan untuk tren yang diharapkan ini adalah sebahagian besarnya kehilangan
waktu untuk bersama dengan pelajar serta kekurangan kemudahan e-pembelajaran yang mungkin
digunakan. Oleh itu, dalam jangka masa yang pendek di mana pelajar seharusnya belajar dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan mungkin akan mempengaruhi prestasi mereka 48.
Sebagai contoh, untuk membetulkan kelemahan sistem penilaian berasaskan kertas tradisional
antaranya; masa yang diperlukan untuk penilaian, data berkualiti tinggi dan pentadbir dan
mengurangkan kos percetakan 49. Komputer juga akan menilai peperiksaan tanpa mengira nama
pelajar, bangsa, budaya, dan lain-lain sehingga e-penilaian dapat meningkatkan objektiviti dalam
penilaian 50. Ini akan menguratkan berat sebelah atau sebaliknya.
Berdasarkan penggunaan pangkalan data MySQL, yang merupakan sistem pengurusan perkhidmatan
pengembangan pangkalan data yang kuat, mampu menyimpan data dalam membentuk maklumat
penggunaan yang lengkap. Oleh itu, e-penilaian dengan kos rendah, memotivasi pelajar untuk
belajar, mendorong kemahiran berlatih, dan memberi peluang kepada pelajar mengambil bahagian
dalam penyelesaian masalah yang mendorong pembelajaran yang lebih mendalam.
Malahan, pelajar merasakan bahawa e-penilaian ini berperanan dalam pendidikan tinggi dan ia
menambah nilai dalam pembelajaran mereka. Di University of New South Wales, satu tinjauan
48 Sintema, E.J., (2020). Effect of COVID-19 on the Performance of Grade 12 Students: Implications for STEM
Education. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 2020, 16(7), 1-6. 49 Ridgway, J, McCusker, S., & Pead, D (2004). Literature review of e-assessment, NESTA Futurelab Series Report
10, Bristol: NESTA Futurelab. 50 Ozden, Y., Erturk, I. & Sanli, R.(2014). Students’ perceptions of online assessment: A case study. Journal of
Distance Education, 19 (2), 77-92.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
161
dilakukan bahawa 92% pelajar bersetuju bahawa e-penilaian membantu pembelajaran mereka51.
Kenyataan ini juga disokong oleh 52, dimana kajian mereka mendapati profesor lebih suka
menggunakan e-penilaian kerana ia menjimatkan masa, dan merupakan langkah-langkah untuk
mengurangkan ketidakjujuran semasa proses penilaian. Mereka juga mencadangkan agar
menggunakan beberapa teknologi, seperti menggabungkan penyemak imbas kunci (lock- down
browser) bersama rakaman oleh menggunakan kamera fizikal. Penggunaan ini menunjukan
peperiksaan dijalankan dengan lebih telus dan mengelakkan meniru semasa peperiksaan dijalankan.
KESIMPULAN
Keadaan yang tidak pernah terjadi sebelumnya ini akan mengubah cara kita memberi pendidikan
sekurang-kurangnya beberapa bulan akan datang atau lebih lama. Ini memerlukan inovasi dan
kerjasama semua pihak dalam mengaplikasikan penilaian atas talian. Berdasarkan kajian terdahulu,
kebanyakan kajian menjelaskan kepentingan dan menjadi pilihan untuk diaplikasikan sebagai
medium penilaian sewaktu berdepan covid-19 ini.
E-penilaian dalam pepeperiksaan perlu dilihat dari aspek kepada pelajar, guru, institusi dan matlamat
pendidikan. Berdasarkan perbincangan, kelebihan utama menggunakan e-penilaian adalah:
memberikan maklum balas langsung dan segera untuk pelajar, meningkatkan prestasi pelajar,
mengurangkan masa dan usaha pensyarah, mengurangkan kos kepada institusi, dan mendorong
pemikiran tinggi, yang merupakan salah satu tujuan pendidikan. Namun demikian aplikasi e-
penilaian menghadapi beberapa cabaran seperti: infrastruktur teknikal yang lemah dan pelajar yang
tidak biasa dengan penggunaan peperiksaan atas talian.
Perancangan yang lebih teliti dan penetapan kaedah yang terbaik diperlukan agar e-penilaian ini tidak
tersasar daripada matlamat pendidikan Negara. Aplikasi teknologi moden yang sentiasa berubah ini
perlu ditambah bagi memastikan peperiksaan yang dijalankan atas talian ini lebih telus dan tidak
mendatangkan impak negatif.
Namun demikian, kertas konseptual ini perlu dijalankan secara kajian lapangan agar mendapat
keputusan yang lebih tepat. Oleh yang demikian, kajian mendatang harus memberi fokus di dalam
realiti agar keputusan kajian boleh dijadikan panduan kepada semua pengamal akademik semasa
berlakunya pandemik seperti ini.
51 Gilbert, L., Whitelock, D., & Gale, V. (2011). Synthesis report on assessment and feedback with technology
enhancement. Southampton,. 52 Grünigen, Dirk von., Souza, Fernando Benites de Azevedo e, Pradarelli, B., Magid, A., & Cieliebak, M., (2018).
Best Practices in E-Assessments. with a Special Focus on Cheating Prevention. 2018 IEEE Global Engineering
Education Conference (EDUCON). 893-899.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
162
Oleh yang demikian, warga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang telah berjaya menjalani
perubahan dan norma baharu dalam pendidikan dengan mengharmoni paradigma sunnah
nabawiyyah iaitu Al-Hisbah dilihat sebagai suatu mekanisme terbaik untuk diaplikasikan bersama
bagi menangani isu-isu kecurangan dan keintegritian akademik dalam perlaksanaan e-penilaian selari
dengan hala tujunya. Nyatalah bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik (Uswah
Hasanah) sebagai insan yang mempunyai akhlak yang baik dan etika dalam semua aspek kehidupan
seharian. Sifat dan toleransi nabawi di setiap sudut dan di dalam kepelbagaian perkara juga memberi
kesan mahmudah dan manfaat kepada seluruh ummah dan negara.
Rasulullah SAW telah diutuskan sebagai pembawa Rahmat Seluruh Alam iaitu “Rahmatan Lil
‘Alamin”. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah seharusnya mensyukuri dan mencintai segala
anugerah dan nikmat yang dikurniakan. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah perlu sedar akan sifat
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah sebagai rahmat dan sudah pasti syumul
adalah sesuatu rahmat yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Sifat agama ini membawa
kerahmatan dan kesempurnaan pada kehidupan manusia dari sudut rohani, fizikal, sosial, ekonomi,
politik, dan pendidikan.
RUJUKAN
Abd al-Karim Zaidan. (1984). Nizam al-Qada’ fi al-Syariah al-Islamiyyah. Baghdad: Matba’ah al-
Aini.
Abdul Razzak, N. (2020). Paulo Freire‟s critical and dialogic pedagogy and its implications for the
Bahraini educational context. Educational Philosophy and Theory, (Article in press).
https://doi.org/10.1080/00131857.2020.1716731
Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim. (1924). Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Kitab
al-Iman, t.tpt: al-Matba’ah al-Misriyyah wa Maktabatuha.
Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991). Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Al-Azawei, A., Baiee, W. R., & Mohammed, M. A. (2019). Learners’ Experience Towards E-
Assessment Tools: A Comparative Study on Virtual Reality and Moodle Quiz. International
Journal of Emerging Technologies in Learning (IJET), 14(05), 34.
https://doi.org/10.3991/ijet.v14i05.9998
Arafeh, S. (2016). Curriculum mapping in higher education: A case study and proposed content
scope and sequence mapping tool. Journal of Further and Higher Education, 40(5), 585–
611. http://dx.doi.org/10.1080/0309877X.2014.1000278.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
163
Amelung, M., Krieger, K., & Rösner, D. (2011). E-assessment as a service. IEEE Transactions on
Learning Technologies, 4(2), 162–174.
Auni Hj. Abdullah (2000), Hisbah Dan Pentadbiran Negara, Kuala Lumpur: IKDAS.
Azrin Ibrahim (2013), Hisbah dalam Pengurusan Islam: Falsafah dan Etika Pelaksanaan, Jurnal
Muamalat, Bil. 6 2013.
Bacigalupo, D. A., Warburton, W. I., Draffan, E. A., Zhang, P., Gilbert, L., & Wills, G. B. (2010).
A formative eAssessment co-design case study. In 2010 IEEE 10th International Conference
on Advanced Learning Technologies (ICALT), 35–37.
Buzzetto-More, N., & Julius, A. A. (2006). Best Practices in e-Assessment. Journal of Information
Technology Education, 5, 251–269.
Collignon P. 2011. Swine flu: Lessons we need to learn from our global experience. Emerg Health
Threats J, 4:7169.
Crews, T. B. & Curtis, D. F. (2010). Online course evaluations : Faculty perspective and strategies
for improved response rates. Assessment & Evalution in Higher Education, 36(7), 965–878.
Crisp, G. T. (2009). Towards authentic e-assessment tasks. In G. Siemens, & C. Fulford (Eds.).
Proceedings of EdMedia: World conference on educational media and technology 2009,
1585–1590. Association for the Advancement of Computing in Education (AACE).
Ellaway R.& Masters, K. E. N. (2008). AMEE guide AMEE guide 32 : E-learning in medical
education part 1 : Learning, teaching and assessment. Med. Teach., 30, 455–473,.
European Commission (2015). ECTS users' guide 2015. Retrieved from
http://ec.europa.eu/dgs/education_culture/repository/education/library/publications/2015/ect
susers-guide_en.pdf.
Fleming, G. (2020, February 11). 5 Steps to Writing a Position Paper. Retrieved from
https://www.thoughtco.com/how-to-write-a-position-paper-1857251
Gilbert, L., Whitelock, D., & Gale, V. (2011). Synthesis report on assessment and feedback with
technology enhancement. Southampton,.
Gikandi, J. W., Morrow, D. & Davis, N. E. (2011). Online formative assessment in higher education:
A review of the literature. Comput. Educ., 57(4), 2333–2351.
Guàrdia, L., Crisp, G., & Alsina, I. (2017). Trends and challenges of e-assessment to enhance student
learning in higher education. In E. Cano, & G. Ion (Eds.). Innovative practices for higher
education assessment and measurement. 36–56. USA: IGI Global.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
164
Grünigen, Dirk von., Souza, Fernando Benites de Azevedo e, Pradarelli, B., Magid, A., & Cieliebak,
M., (2018). Best Practices in E-Assessments. with a Special Focus on Cheating Prevention.
2018 IEEE Global Engineering Education Conference (EDUCON). 893-899.
Guilford, C. (2001). Occasions for argumentative essays: Writing argumentative essays. Retrieved
August 26, 2002 from the World Wide Web: http://www.powa.org/argufrms.htm. Previously
adapted from: Hairston, M. (1982) A Contemporary Rhetoric (3rd ed.). Boston: Houghton
Mifflin.
González, J., & Wagenaar, R. (Eds.). (2003). Tuning educational structures in Europe. Final report.
Phase oneBilbao: Universidad de Deusto. Retrieved from
http://www.ub.edu/cubac/sites/default/files/tuning_educational_structures_espanyol_0.pdf.
Guerrero-Roldán, Ana-Elena., & Noguera, I., (2018). A model for aligning assessment with
competences and learning activities in online courses. The Internet and Higher Education,
38, 36–46.
Khlifi, Y., & El-Sabagh, H. A. (2017). A novel authentication scheme for E-assessments based on
student behavior over E-learning platform. International Journal of Emerging Technologies
in Learning, 2(4), 62–89. https://doi.org/10.3991/ijet.v12i04.6478
Lawale S., & Bory-Adams. A., (2010). "The Decade of Education for Sustainable Development:
Towards four pillars of learning," Development, Palgrave Macmillan; Society for
International Development, 53(4), 547-550.
LeDuc JW, & Barry MA. (2004). SARS, the first pandemic of the 21st century. Emerg Infect Dis 10:
26.
Mattern S. 2011. Galen and his patients. Lancet, 378, 478–479.
Mardzelah Makhsin, (2008). Hisbah Sistem Pengawasan dan Etika Pengurusan Islam. Sintok.
Universiti Utara Malaysia.
Muhammad al-Buraey (1992). Pembangunan pentadbiran menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Nicol, D. (2007). E‐assessment by design: Using multiple‐choice tests to good effect. J. Furth. High.
Educ., 31(March 2015), 53–64,.
Ozden, Y., Erturk, I. & Sanli, R.(2014). Students’ perceptions of online assessment: A case study.
Journal of Distance Education, 19 (2), 77-92.
Peterson, D. (2013). Five steps to better tests.
Ridgway, J, McCusker, S., & Pead, D (2004). Literature review of e-assessment, NESTA Futurelab
Series Report 10, Bristol: NESTA Futurelab.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM003
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
165
Ras, E., Whitelock, D., & Kalz, M. (2016). The promise and potential of e-assessment for learning.
In P. Reimann, S. Bull, M. D. Kickmeier-Rust, R. Vatrapu, & B. Wasson (Eds.), Measuring
and visualising learning in the information-rich classroom (pp. 21–40). London: Routledge.
Redecker, C., Punie, Y., & Ferrari, A. (2012). eAssessment for 21st century learning and skills. In
A. Ravenscroft, S. Lindstaedt, C. D. Kloos, & D. Hernandez-Leo (Eds.), 21st century learning
for 21st century skills (pp. 292–305). Germany: Springer.
Stödberg, U. (2012). A research review of e-assessment. Assessment & Evaluation in Higher
Education, 37(5), 591–604.
Sintema, E.J., (2020). Effect of COVID-19 on the Performance of Grade 12 Students: Implications
for STEM Education. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology
Education, 2020, 16(7), 1-6. 10.29333/ejmste/7893
Suprapto, N. (2016). What should educational reform in Indonesia look like? - Learning from the
PISA science scores of East-Asian countries and Singapore. Asia-Pacific Forum on Science
Learning and Teaching,17(2),16.
Tomas, C., Borg, M., & McNeil, J. (2015). E-assessment: Institutional development strategies and
the assessment life cycle. British Journal of Educational Technology, 46(3), 588–596.
http://doi.org/10.1111/bjet.12153
UNESCO. (2020). Education emergencies. Retrieved March 28, 2020 from
https://en.unesco.org/themes/education-emergencies/coronavirus-school-closures
Way, A. (2012). The use of e-assessments in the Nigerian higher education system. Turkish Online
J. Distance Educ., 13(1), 140–152.
YaPEIM (Panel Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia), (2005).
Pengurusan dalam Islam: Menghayati prinsip dan nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi
Pengurusan YaPEIM
Top Related