Soalan b
Alofon adalah perbedaan bunyi yang tidak menimbulkan perbedaan makna.
Makna bunyi hanya ada dalam fonemik (fonologi) dengan demikian berdasarkan ada
tidaknya makna bunyi (fon) maka fonologi dibagi atas fonetik dan fonemik. Fonetik
mengkaji bunyi (fon) tanpa menghiraukan apakah bunyi itu bermakna atau tidak.
Sedang fonemik mengkaji bunyi yang bermakna saja (fonem).
Fon merupakan bunyi-bunyi yang kongkret, bunyi-bunyi yang diartikulasikan
(diucapkan) atau bentuk kongkret dari sebuah fonem. Dalam hal ini, fonem
merupakan wujud abstrak yang direalisasikan menjadi fon.
Selain itu ada pula alofon.Alofon merupakan suatu fonem (anggota suatu fonem)
yang tidak membedakan arti.
Variasi suatu fonem yang tidak membedakan arti
dinamakan alofon. Alofon dituliskan di antara dua kurung
siku [...]. Kalau [p] yang lepas kita tandai dengan [p] saja,
sedangkan [p] yang tak lepas kita tandai dengan [p>],
maka kita dapat berkata bahwa dalam bahasa Indonesia
fonem /p/ mempunyai dua alofon, yakni [p] dan [p>]
Alofon konsonan [p] pada awal & tengah suku
kata,seperti : pintu,sampai,dll,sedangkan [p>] terdapat
pada akhir suku kata,contoh : sedap,tangkap,tatap,dll.
Fonem /i/ mempunyai dua alofon. Demikian juga dengan fonem /o/, /e/, /u/. Alofon
pada bahasa inggris lebih banyak daripada alofon bahasa indonesia. Makanya kita
sering mendengar dialek atau ideolek karena pengucapan fonemnya berbeda
dengan kebanyakan di regional itu.
Dialek adalah nama lain ragam dari daerah atau logat (lihat Moeliono, 1993: 3).
Bahasa indonesia memiliki banyak dialek; dengan banyaknya pengguna dengan
bahasa ibu (bahasa daerah) yang berbeda. Sebagaiman bahasa sunda juga
mempunyai banyak dialek: dialek Cianjur, dialek Cirebon, dialek Banten dan lain-
lain.
Idiolek adalah ragam penutur. Artinya setiap penutur mempunyai ragam bahasa
yang berbeda dengan penutur lain. Istilah idiolek; menurut Saussure; Ferdinand de
Saussure; istilah parole, yaitu ujaran yang dipakai individu
Alofon adalah dua buah bunyi dari sebuah fonem yang sama. Alofon-alofon
dari sebuahfonem memiliki kemiripan fonetis, banyak mempunyai kesamaan
dalam pengucapannya.
Distribusi alofon bisa bersifat komplementer dan bebas.Distribusi komplementer /
distribusi saling melengkapi adalah distribusi yang tempatnya tidak bisa
dipertukarkan dan bersifat tetap pada lingkungan tertentu.Distribusi bebas adalah
bahwa alofon-alofon itu boleh digunakan tanpa persyaratan lingkungan bunyi
tertentu.
Alofon adalah realisasi dari fonem, maka dapat dikatakan bahwa fonem
bersifatabstrak karena fonem hanyalah abstraksi dari alofon itu dan yang konkret
atau nyata ada dalam bahasa adalah alofon itu, sebab alofon itulah yang diucapkan.
Kriteria klasifikasi terhadap fonem sama dengan criteria yang dipakai untukklasifikasi bunyi (fon) dan panamaan fonem juga sama dengan penamaan bunyi.
dari Wikipedia
Fonem sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.
Contohnya, dalam bahasa Melayu bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar". Tetapi dalam bahasa Arab, hal ini tidaklah begitu. Dalam bahasa Arab hanya ada fonem /k/.
Soalan aPENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya
kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan
bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam
tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.
Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud
dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut
Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the
system of speech sounds of a language or group of languages”.
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam
Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of
speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two
or more related languages”.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Huraian huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini
diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga
Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak
betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat
dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya
udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan
sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti
bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,
keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada
depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan
sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru
keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi
tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung
( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa
udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan
vokal rangkap.
Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau
halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan
bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil
apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak
bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh
penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu
terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis
bersuara ( h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua
bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
Cara membunyikan huruf vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam
bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat
artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-
vokal bahasa Melayu.
(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Ikan Bila Tali
Ibu Tiba Padi
(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
· Keadaan bibir hampar
· Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
· Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
· hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
· paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Enak Teleng Tauge
Elok Leher Tempe
(b) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Esa Belek Tauge
Enak Belok Tempe
(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama
(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
ubat bulat Batu
ular sudu Palu
(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Tolong Pidato
Otak Bohong Koko
(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Borong Soto
Oleh Bolot Teko
(f) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme
Cara Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara
dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Daerah sebutan
Cara sebutan bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit
lembut
Glottis
Letupan P b T d - K g -
Letusan - - C j - -
Sengau M N (ny) (ng) ŋ -
Geseran - S - - H
Getaran - R - - -
Sisian - L - - -
Separuh
vokal
W - Y - -
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,
iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan
ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam
perkataan- perkataan pinjaman seperti
Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa
Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap
konsonan tersebut dihasilkan.
(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara
membunyikannya:
Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan Cara membunyikan sama seperti membunyikan
penuh pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-
merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
tidak bersuara [p].
konsonan [p]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dengan mengetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
bersuara [b].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab
(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]
1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan .
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi
dilepaskan serta-merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak
bersuara [t].
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [t]. yang berbeza
ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
bersuara [d].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad
(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]
1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut
untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara .
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke
rongga tekak bagi menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara di
renggangkan. 4. Arus udara keluar dari paru-
paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh
belakang lidah dilepaskan serta merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
lembut tidak bersuara [k].
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan .
2. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui
rongga mulut mengetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
lembut bersuara [g].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog
(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak
(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ].
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]
1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan terhadap arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di
lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
keras gusi tidak bersuara [č].
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dengan menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras
gusi bersuara [Ĵ]
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [č] Cara Laci Koc
Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej
(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran
gusi tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Silap Lasak Pedas
Satu Lesu Lemas
(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar
(f) Konsonan gusi bersuara [I]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal
(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam
(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman
(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari
paru-paru masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Ngilu Bingka Lalang
Ngeri Rangkap Tulang
(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari
paru-paru ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Nyaris Banyak -
Nyala Senyap -
(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru
ke rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal
tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -
(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Yakin Tayang -
Yuran Payah -
KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur
manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya
mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun
demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai
peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan
sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan
ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat
dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar
melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan
Sarjana.
Soalan c
Top Related