Analisis Penilaian Fasa 5
Fasa kelima ini merupakan pengajaran aspek struktur plot dan unsur-unsur
plot yang terdapat dalam teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini
mengandungi:
1. Perbincangan secara santai ,
2. Pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan
3. Penghasilan Papan Cerita.
Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada fasa ini berbentuk
formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran ini merupakan
pelajaran bahagian pertama aspek plot bagi teks drama ini, jenis penilaian sebegini
dirasakan sudah mencukupi. Walaupun, pelajaran mengenai plot ini merupakan tahap
awal, jenis-jenis aktiviti dan pelajaran yang disediakan mempunyai tahap-tahap
Taksonomi Bloom yang rencam. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk
pemerhatian, lisan, penulisan melalui lembaran kerja, lukisan dan Blog.
Melalui aktiviti permainan Pictionary, penilaian yang dilakukan berdasarkan
pengetahuan pelajar mengenai pembelajaran yang lalu khusunya watak dan
perwatakan. Sebagai tambahan, aktiviti ini juga dapat mengaitkan perkataan-
perkataan di kad-kad Pictionary dengan penerangan yang perlu diberikan pelajr bagi
memadankan objek dengan adegan yang tertentu. Pemerhatian dijalankan oleh guru
demi untuk memastikan kesemua pelajar mengambil bahagian dan rata-ratanya dapat
mengingati kembali atau mengenali sesuatu objek atau perkataan yang menerangkan
seseorang itu dengan adegan atau kejadian yang berlaku di dalam teks. Guru dapat
membantu menyeronokkan lagi suasana permainan dengan tujuan permainan tercapai,
dengan mengajukan soalan-soalan berangsang seperti berikut:
Siapa yang menaiki basikal dan apa terjadi dengan watak tersebut?
Adegan atau kejadian yang bagaimana telah berlaku?
Peristiwa ini berlaku di bahagian mana?
Pengajaran guru dengan menggunakan Slaid pengajaran berbentuk
Powerpoint dan juga persediaan lembaran kerja sebagai catatan nota ini memainkan
peranan yang penting untuk mengukuhkan pemahaman pelajar serta menjadi panduan
kepada pelajar. Melalui lembaran kerja ini juga, pelajar dilatih untuk menulis catatan
nota dalam bentuk yang tersendiri dan mengisinya dengan informasi yang dicari serta
dinilai oleh pelajar itu sendiri jalan cerita dengan lebih baik.
Penghasilan Papan cerita bertujuan untuk melatih pelajar melakarkan
pemahaman serta pengetahuan mereka mengenai struktur plot dan unsur plot melalui
sesuatu yang kreatif. Aktiviti ini memerlukan pelajar menggabungjalinkan
pengetahuan mereka sepanjang pembelajaran hari tersebut kepada pencarian, analisis
serta keputusan yang diambil oleh mereka untuk menghasilkan lukisan yang paling
sesuai.
Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilain
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat
mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, guru juga mempunyai lebih peluang
membantu pelajar menghasilkan tugasan mereka dengan sebaiknya. Pada masa ini,
guru boleh menyediakan pelbagai bentuk alat bantuan bagi pelajar menyiapkan
aktiviti atau tugasan mereka dengan sebaiknya.
Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah Bahasa- Pertuturan,
Menggambarkan- Membayangkan, Hubungan sesama insan dan Merenung- Takafur.
Berdasarkan taksonomi Bloom, kemahiran berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini
ialah kemahiran mengingat, memahami, mengaplikasi dan menilai. Dari itu, meskipun
pelajaran ini hanya pada tahap permulaan bagi plot, hampir kesemua unsur
kepelbagaian kecerdasan digunakan untuk melatih kemahiran kognitif, afektif dan
psikomotor para pelajar. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui Pendidikan
(DOE). Hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah tamat tahap sekolah
menengah ialah
1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk empati
kepada orang lain,
2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara efektif, dan akhir
sekali
3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang penting bagi
Singapura.
Top Related