PISMP SAINS
GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISME KEGURUAN
1.0 PENGENALAN
Realiti pada masa kini iaitu tugas seorang guru tidak terhad kepada mengajar
menyebabkan guru turut dilabel sebagai seorang pemimpin di dalam tugas-tugas yang
tertentu. Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada
seseorang guru yang selain daripada mengajar turut mempunyai pengaruh yang
diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Hal ini
dibuktikan dengan pelbagai peranan dan tugas guru dari pelbagai aspek yang harus
dijalankan dengan penuh tangggungjawab.
Setiap bidang pekerjaan dibezakan dengan aras profesionalismenya. Tidak
semua pekerjaan dianggap sebagai bidang profesional. Ianya memerlukan ciri-ciri yang
khusus untuk diiktiraf sebagai sesuatu bidang yang profesional. Antara pekerjaan yang
pada masa kini dianggap sebagai bidang profesional ialah peguam, doktor, guru dan
sebagainya.
2.0 KONSEP
2.1 Konsep Pemimpin
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "pemimpin" bermaksud suatu gelaran
kepada pelaku kepimpinan atau memimpin sesebuah, organisasi, kumpulan atau
persatuan. Ahmad Rusli (1999) dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan
Pendidikan menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan
memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
1
PISMP SAINS
Katzenmeyer dan Moller (2009), mendefinisikan guru pemimpin ialah, mereka yang
memimpin di dalam dan luar kelas, mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti
guru dan para pemimpin, berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan
yang lebih baik, dan menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan
mereka.Dalam erti kata yang lain, istilah guru sebagai pemimpin dapat diterjemahkan
sebagai individu manusia yang memimpin murid-muridnya untuk mencapai matlamat
pembelajaran berdasarkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
2.2 Konsep Profesionalisme Keguruan
Mok Soon Sang (1991) mengistilahkan profesionalisme keguruan sebagai ciri-
ciri suatu pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas seperti yang diperlukan di dalam
profesionalisme perguruan, profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dan
sebagainya. Sufean (1993) pula menjelaskan guru merupakan golongan professional
kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan
dan merasa bertanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat.
Dalam definisi yang lain pula, Fatimah (2002) menyatakan guru bukan sahaja menjadi
pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi
pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat.
Bersandarkan kepada ketiga-tiga definisi diatas, dapat disimpulkan
profesionalisme keguruan diertikan sebagai sesuatu bidang pekerjaan yang mempunyai
latihan ikhtisas yang cukup dan mengamalkan kod etika yang ditetapkan serta sumber
kepada ilmu dan maklumat murid dan juga agen perubahan bagi masyarakat
sekelilingnya.
2
PISMP SAINS
3.0 GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISME
KEGURUAN
3.1 Guru sebagai Pemimpin
Berdasarkan definisi oleh Katzenmeyer dan Moller, ciri-ciri pemimpin guru
adalah:
i. Memimpin di dalam dan luar kelas
Guru yang profesional merupakan seorang yang mahir di dalam
kelas melalui pengajaran dalam pembelajaran dengan pelajar.
Kepimpinan guru akan dibenarkan oleh guru lain apabila guru tersebut
dirasakan cemerlang terhadap pelajarnya. Little (1995) menyatakan
kepercayaan yang diberikan untuk memimpin sebagai suatu pra syarat
bagi guru pemimpin dalam mempengaruhi rakan sekerja. Kepercayaan ini
hanya boleh diberikan oleh guru lain dan bukan melalui jawatan yang
dipegang.
Guru boleh menjadi pemimpin kepada perubahan di luar kelas
mereka dengan menerima lebih tanggungjawab dalam membantu rakan-
rakan untuk mencapai kejayaan bagi semua pelajar dan untuk
keseluruhan program di sekolah. Tahap penglibatan kepimpinan guru di
luar kelas adalah bergantung kepada konteks sekolah dan sistem sekolah
serta kemahuan guru. Apa yang paling penting adalah guru tidak harus
melepaskan fokus mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran untuk
menjadi pemimpin.
3
PISMP SAINS
Pada masa lalu, keyakinan masyarakat umum bahawa jika anda
seorang guru, satu-satunya cara untuk menjadi sebagai pemimpin adalah
dengan meninggalkan kelas dan mungkin juga sekolah (Barth, 1988;
Buyer, 1983) Wanda (2009), menyarankan agar guru perlu terus mengajar
disamping memberikan sumbangan di luar kelas. Ini bagi mengelakkan
mereka terputus hubungan dengan kelasnya di sekolah. Peranan guru
sebagai pemimpin memberikan semangat kepada guru untuk menyedari
tentang nilai profesional mereka, disamping itu akan tetap
mempertahankan peranan dan tumpuan mereka untuk mengajar.
ii. Mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan para
pemimpin .
Memimpin di luar kelas memberikan peluang bagi guru untuk
berinteraksi dengan orang dewasa di sekolah. Ackerman dan Mackenzie
(2007), mencadangkan “Hidup untuk mencapai impian bagi menjadi
sebahagian daripada kelompok, kerjasama dalam sesuatu perusahaan”.
Jika impian ini tercapai, maka para guru akan belajar atau berada di
dalam komuniti sekolah yang profesional.
Guru pemimpin juga boleh menjangkau di luar sekolah mereka ke
peringkat yang lebih luas dalam masyarakat. Penyertaan dalam projek-
projek pendidikan nasional, organisasi profesional, termasuklah
menjalinkan rangkaian dengan pemimpin guru lain yang menguatkan
serta meningkatkan amalan pengajaran mereka.
4
PISMP SAINS
Lieberman dan Wood (2003) mendokumentasi nilai guru terlibat
dalam rangkaian luaran. Para guru pemimpin mengetahui bagaimana
membina perikatan dan rangkaian bagi menyelesaikan pekerjaan mereka.
Rangkaian ini membantu mereka untuk mendapatkan tenaga kerja yang
diperlukan, dana, dan sumber lain untuk menyokong tindakan yang
dirancang.
iii. Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang
lebih baik.
Guru sebagai pemimpin mempengaruhi orang lain bagi
meningkatkan amalan pendidikan. Kata kunci bagi pemimpin adalah
mempengaruhi. Kerjaya sebagai pendidik merupakan suatu kerjaya yang
banyak mengamalkan kaedah mempengaruhi di dalam pengajaran ketika
bersama dengan pelajar di dalam kelas.
Silva, Gimbert, dan Nolan (2000), dalam kajian mereka para guru
pemimpin yang membina hubungan adalah seorang yang kritis dalam
pekerjaan mereka. Mooney (1994), Guru pemimpin digambarkan sebagai
rajin, terlibat dengan inovasi, memotivasi pelajar dengan berbagai
kemampuan, dan sentiasa bersedia untuk guru lain. Kedudukan jawatan
tidak begitu mempengaruhi orang lain. Guru yang mengadakan kerjasama
dengan rakan-rakan mereka adalah sama efektif dalam mempengaruhi
orang lain sepertimana individu dengan kedudukan jawatan yang
membawa kekuatan sesuatu kedudukan.
5
PISMP SAINS
iv. Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan
mereka.
Kepimpinan yang berkesan dilihat berdasarkan hasil yang
diperolehi. Guru sering memasukkan peranan kepimpinan dengan
mengenalpasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan dan
kemudian menangani masalah tersebut. Guru pemimpin akan menerima
tanggunjawab ini untuk membuat tindakan lanjut sebagai komitmen
mereka dan untuk mencapai matlamatnya.
Dalam sebuah kajian tentang keberkesanan masyarakat pendidik
profesional, dilaporkan bahawa salah satu dari jenis sokongan yang
diberikan oleh pengetua sekolah adalah membuat tindak susulan yang
konsisten terhadap sesuatu keputusan (Moller et al., 2000). Adalah
diandaikan bahawa ini juga berlaku kepada kepimpinan guru. Dimana
kepercayaan dibina melalui pengalaman dengan berapa kekerapan
seseorang itu dapat bergantung terhadap orang lain.
3.2 Guru sebagai Pengamal Profesionalisme Keguruan
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan
profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir,
2001). Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti proses dan kualiti produk.
Dengan ini, modal insan perlu dikembangkan secara bersepadu hingga
mencapai ke tahap yang optimum. Dengan adanya program-program
pembangunan profesional maka para guru sudah tentunya dapat
6
PISMP SAINS
mengoptimumkan keupayaan diri seterusnya meningkatkan lagi kualiti
pendidikan negara.
Antara aspek-aspek keguruan yang dikatakan sebagai ciri-ciri
profesion ialah guru mempunyai pengetahuan yang luas dari segi
pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi dan pedagogi asas.
Dalam konteks pendidikan, menjadi seorang guru bukannya semudah
menjadi pemberi ilmu. Seseorang individu perlulah menjalani latihan
khusus di mana tempat latihan tersebut merupakan pusat latihan yang
diiktiraf oleh agensi yang berkenaan sebagai sebuah pusat latihan guru
yang mencapai kualiti tertentu. Contohnya ialah Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) yang pada masa kini sedang melalui proses
pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) untuk
pengiktirafan graduan ijazahnya. Di pusat-pusat latihan sebegini, para
bakal guru dibekalkan dengan pengetahuan mendalam tentang mata
pelajaran yang akan mereka ajar, pengetahuan pedagogi yang mantap,
kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan serta pembentukan sahsiah
diri yang unggul melalui pelbagai program yang disediakan.
Aspek yang kedua ialah pengetahuan mengenai pelajar.
Pengajaran yang berkesan memerlukan guru yang mempunyai
pengetahuan dari segi perkembangan kanak-kanak dan remaja dari
perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman mengenai murid
dan alam belajar iaitu berkaitan kepelbagaian kecerdasan pelajar,
perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu
7
PISMP SAINS
guru memperkembang potensi pelajar ke peringkat yang optimum. Selain
itu, seseorang guru itu juga perlu berupaya mengaplikasikan pendekatan-
pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan muridnya serta boleh
memotivasikan murid untuk meneruskan pembelajaran. Guru juga perlu
menilai pemahaman pelajar, membuat refleksi amalan pengajaran serta
menambahbaik perancangan dan proses pengajaran.
Aspek ketiga pula ialah peningkatan profesionalisme guru. Sebagai
seorang guru yang professional, kemahiran dan pengetahuan mengenai
kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemas dari semasa ke semasa.
Rohani Abdul Hamid (1998) menyatakan profesion guru diharapkan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya berasaskan ilmu dan
pemikiran. Justeru, guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan
dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan
pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Di samping itu, guru haruslah
berupaya membuat keputusan dalam hal-hal kepengurusan bilik darjah,
mewujudkan hubungan mesra dengan pihak pentadbiran sekolah,
membina kerjasama baik dengan pihak luar yang berkenaan dan
mempunyai rangkaian hubungan dengan agensi-agensi kerajaan.
Guru komited untuk menyediakan program pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berkualiti dan berpegang teguh kepada strategi-
strategi akauntabiliti yang berkesan di samping melaksanakan program
secara adil dan mencapai keputusan yang bermakna. Seorang guru yang
profesional merupakan individu yang mengamalkan dan patuh kepada
8
PISMP SAINS
etika kerja seperti mana yang telah termaktub di dalam Kod Etika
Keguruan. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang
guru termasuklah tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat,
rakan sejawat dan negara. Manakala guru juga perlulah mempunyai
akauntabiliti keguruan yang diistilahkan sebagai bertanggubgjawab
terhadap seseorang individu atau terhadap sesuatu. Akauntabiliti
merupakan satu obligasi untuk memberi penjelasan tentang sesuatu
tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapatkan
penjelasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah akan memastikan seorang
guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian murid melalui
pengumpulan dan penganalisisan data yang sistematik dan shih
keputusannya. Maka, akauntabiliti keguruan membawa maksud berkaitan
tanggungjawab sepenuhnya guru terhadap profesionalisme keguruannya.
4.0 ISU-ISU ETIKA KEGURUAN DAN KESANNYA TERHADAP PROFESION
4.1 Isu Kesantunan Guru
Makna perkataan kesantunan boleh dikatakan sebagai perlakuan
atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara
satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam
keadaan harmoni dan mesra. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal
atau non-verbal. Za’ba (1950) menjelaskan beberapa perkara yang
menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan dan
9
PISMP SAINS
etiket. Antaranya ialah perlakuan dalam percakapan. Nada, ton dan
intonasi suara hendaklah bersesuaian dengan keadaan semasa
seseorang individu. Noriati (2004) berpendapat bahawa kesantunan
bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan
yang menyenangkan semua pihak.
Menurut sumber blog Laman KL-Today bertarikh 27 September
2010, pada masa kini telah berlaku beberapa kes yang berkaitan dengan
isu kesantunan guru. Di Muar, Johor pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Abu Bakar telah diberikan amaran oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysian kerana bertindak rasis dengan
memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga
lima supaya meniru cara menadah tangan serta membaca doa bersama-
sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu.
Selain itu, pada bulan Ogos yang lepas seorang pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman di Kulai mengeluarkan
kata-kata bersifat perkauman terhadap pelajar Cina dan India. Kemudian
pada Julai lalu, seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan
Methodist di Tengkera, Melaka didakwa memarahi pelajar sebuah kelas
sekolah dengan mengeluarkan kata-kata perkauman. Guru tersebut
menyalahkan pelajar Cina yang menyebabkan pelajar Melayu tidak
menutup aurat. Kejadian ini berlaku selepas beberapa pelajar perempuan
Melayu berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen
dalam satu program di sekolah itu. Malah, guru tersebut turut menuduh
10
PISMP SAINS
pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka.
Laporan telah dilakukan dan akhirnya guru tersebut telah ditukar ke
sekolah lain.
Berdasarkan daripada ketiga-tiga contoh nyata tindakan guru-guru
berkenaan, adalah lebih baik sekiranya mereka menilai semula nilai
kesantunan guru yang sewajarnya diamalkan. Ketika berkomunikasi, guru
harus mengikut norma-norma budaya dan bukan sekadar mengikut
tatacara sendiri. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur
budaya yang ada dalam konteks masyarakat majmuk. Sekiranya perkara
ini dipandang remeh maka pelbagai kesan yang tidak baik akan wujud.
Antaranya, tindakan tatatertib dan disiplin daripada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kredibiliti
perkhidmatan menurun, gangguan system tangga gaji dan sebagainya.
Dari aspek kesantunan non-verbal, perlakuan dari segi gaya
berpakaian, cara duduk, cara berhubung dengan pihak lain, salam dan
beramah-tamah adalah dititikberatkan. Para guru perlu bijak
menyesuaikan keadaan penampilan diri selari dengan nilai dan cara hidup
masyarakat Malaysia yang berkait rapat dengan budaya dan kepercayaan
beragama. Impak yang negatif akan dirasai oleh seorang guru apabila
berpakaian melawan cara yang sepatutnya. Sebagai contoh guru
berpakaian seperti seorang artis. Secara tidak langsung persepsi murid-
murid dan para rakan sejawat akan bertukar negatif dengan memandang
serong guru berkenaan dan maruah guru tersebut akan tercalar.
11
PISMP SAINS
Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya yakni bijak mengawal
emosi. Adalah tidak wajar bagi seorang guru untuk memarahi muridnya
dihadapan khalayak umum dengan menggunakan kata-kata yang kesat.
Sekiranya berlaku perkara sebegini, guru berkenaan telah melanggar hak
asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Kanak-Kanak Kebangsaan
dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Susulan daripada itu,
murid tidak akan berjaya dididik dengan tingkah laku guru yang tidak
santun. Ini kerana guru merupakan model utama bagi seorang murid.
4.2 Isu Berniaga di Sekolah
Bidang perniagaan merupakan satu bidang menjanjikan
keuntungan yang lumayan dan agak cepat maka, tidak hairanlah jika
segelintir guru pada masa kini terlibat aktif dalam perniagaan seperti Multi
Level Marketing (MLM), menjual kuih raya, mengambil tempahan pakaian,
mengedar barangan kecantikan dan kesihatan serta pelbagai lagi jenis
perniagaan. Dari segi etika profesion perguruan Malaysia, guru yang
terlibat telah melanggar etika berikut iaitu;
4. Tanggungjawabterhadap rakan sejawat dan profesion
perguruan.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai seorang guru.
Kebanyakan guru yang terlibat dalam perniagaan sebegini
memberikan alasan yang pelbagai. Antaranya ialah, kos sara hidup yang
12
PISMP SAINS
tinggi, merasakan gaji yang diterima belum cukup lumayan dan
menambah sumber pendapatan sedia ada. Alasan sebegini seringkali
didengari walhal kerajaan pada masa kini prihatin mengenai kebajikan
guru dengan memberikan elaun-elaun serta intensif yang berkaitan
sebagai pendorong kepada perkhidmatan yang berkualiti.
Kesan daripada isu ini antaranya ialah, guru hadir ke sekolah demi
memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar demi mencukupkan masa
yang diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga guru berkenaan tidak lagi
komited terhadap tanggungjawab utama seorang guru kerana lebih
mengutamakan agenda lain yang lebih menguntungkan. Selain itu, ibu
bapa akan mempunyai tanggapan yang salah terhadap pihak pengurusan
sekolah. Lebih banyak prasangka buruk serta cemuhan akan dilemparkan
kepada guru yang tidak dedikasi dalam menjalankan tugas dan lebih
mengutamakan keuntungan sendiri.
5.0 TEORI DAN JENIS KEPIMPINAN
5.1 Teori Kepimpinan Situasi
Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang
berbeza memerlukan cara kepimpinan yang berbeza untuk mendapatkan
impak yang maksimum. Kepimpinan yang berkesan dipengaruhi oleh
faktor-faktor berikut iaitu pengikut, pemimpin dan situasi yang saling
mempengaruhi. Dalam teori Kontijensi Fiedler (1967) dinyatakan bahawa
13
PISMP SAINS
tidak terdapat satu cara yang terbaik dalam memimpin sesebuah
organisasi. Keberkesanan sesuatu gaya kepimpinan bergantung kepada
situasi apa yang dihadapi. Dengan kata lain, kepimpinan optimal tertakluk
kepada orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekitaran.
Kejayaan sesebuah kepimpinan di sekolah berdasarkan teori
kontijensi ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu pertama hubungan
pemimpin dan ahli-ahlinya. Sebagai seorang pemimpin di sekolah
hubungan sosial yang akrab dengan rasa hormat yang tinggi dengan ahli-
ahli kepimpinan sangat membantu dalam meningkatkan mutu kepimpinan
di sekolah. Ini disebabkan pemimpin yang boleh didekati dan mendekati
ahli kepimpinannya akan mudah mendapat kerjasama dalam melakukan
apa sahaja program yang dirancang.
Kedua ialah faktor struktur tugasan yang jelas. Setiap ahli
kepimpinan perlulah jelas akan perkara yang perlu dicapai dan
direalisasikan. Visi, misi, matlamat, dan hala tuju sekolah sebaiknya
dijelaskan secara terperinci agar semua ahli dalam kepimpinan dapat
berusaha tanpa membuta tuli dan mempunyai hala tuju yang sama.
5.2 Kepimpinan Teragih
Jenis kepimpinan teragih menekankan kepada kerja berpasukan
dan kerjasama yang tinggi. Kepimpinan jenis ini diagihkan dalam suatu
jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli-ahli di dalamnya.
14
PISMP SAINS
Kepimpinan sebegini dapat menimbulkan semangat kerjasama dan
keakraban di antara rakan sekerja.
Di dalam konteks kepimpinan sekolah, keputusan bersama adalah
diutamakan. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang
lebih kolektif dan situasi ini dapat membawa kepada peningkatan
keberkesanan pelaksanaan sesuatu perancangan. Hasil dan keputusan
bersama ini juga terhasil dengan pemilikan visi yang sama oleh pemimpin
atasan dan juga ahli kepimpinan.
Melalui kepimpinan teragih, suara dan pendapat semua pihak
dapat dipertimbangkan kerana kepimpinan jenis ini merupakan gabungan
jenis kepimpinan demokratik dan juga kepimpinan partisipatif. Oleh itu,
masalah keciciran terhadap perkara-perkara pengurusan yang berkaitan
dengan sekolah akan menjadi lebih kurang.
6.0 RUMUSAN
Rumusannya, sebagai seorang guru aspek kepimpinan tidak akan dapat
dipisahkan daripada tugas dan peranan guru itu sendiri. Seseorang yang telah
mengikuti latihan keguruan yang cukup sudah semestinya boleh dikatakan sebagai
seorang pemimpin. Ini kerana melalui modul-modul latihan keguruan itu sendiri, para
guru telah didedahkan dengan kaedah dan teknik yang berkesan untuk seseorang
menjadi pemimpin khususnya di dalam sebuah bilik darjah.
15
PISMP SAINS
Sungguhpun begitu, seorang guru akhirnya perlulah berbalik kepada tujuan
utama profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dilakukan dengan mengetahui,
memahami dan menghayati isi kandungan kod etika perguruan yang telah digariskan
sebelum ini. Perkara ini penting bagi memastikan para guru boleh menjalankan
tanggungjawabnya secara lebih berfokus dan kolektif demi memartabatkan profesion
perguruan dan membantu murid mencapai keseimbangan dalam lima aspek utama
yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).
16
Top Related