MEMBAIKI KEROSAKKAN PADA MOTOR
Pelatih-pelatih tahu bagaimana membaiki kerosakan pada motor. Diantara objektifnya ialah bagi mengesan serta mengenal jenis-jenis kerosakan pada motor dan bertindak untuk menbaiki kerosakan pada motor dengan sempurna.Kerosakan Elektrik dapat dikesan jika wujudnya keadaan keadaan seperti berikut:-
a. Motor tidak dapat dihidupkan
b. Bunyi bising dan gegaran yang kuat
c. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasap.
d. Pemutus litar akan terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja ia dihidupkan.e. Motor tidak capai kepada kelajuan yang dikadarkan.
f. Bagi motor arus terus, terdapat arka-arka diberus berus karbon.
Bekalan elektrik hendaklah dimatikan lebih dahulu sebelum kerja-kerja membaiki kerosakan dibuat. Setelah bekalan dimatikan papan tanda hendaklah diletakkan di setiap susi dan kawalan bagi mengelakkan daripada orang lain menghidupkannya kecuali dirinya sendiri.Terdapat beberapa kerosakkan yang biasa berlaku pada beberapa jenis
motor seperti di bawah:-
1. Motor sangkar Tupai
Motor Tidak Dapat Dihidupkan
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Pemutus litar terpelantik atau fiud terputus disebabkan oleh lebihan beban.Rujuk kepada carta mekanikal yang
tertentu untuk mengesan punca lebihan beban. Kurangkan beban kepda peringkat yang boleh dikawal.
2
Voltan rendahPeriksa nilai voltan pada pelit nama.
Naikkan voltan kepda peringkat yang diperlukan dengan beberapa cara.
3Litar terbuka atau litar pintas di lilitan motorJika ini disahkan dengan beberapa
ujian, lilitan baru pada motor hendaklah dilkukan.
4Grease di dalam alas menjadi kejalSistem pelinciran dibersihkan dan
grease baru dimasukkan ke dalam alas
5Sambungan tidak kemas dipunca
sambunganPeriksa dipunca sambungan yang tidak
kemas
6Rotor dan Stator bersentuhanPerbetulkan kelawasan antara rotor dan
startor mengikut nilai yang tersebut
7Kerosakan pada alasPastikan alas diganti dengan yag baru
remetaling bagi alas jernal.
Motor Berbunyi Bising yang Kuat
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1
Motor beroperasi di dalam satu fasaMatikan motor. Jika beroperasi dalam satu fasa, ia tidak dapt dihidupkan semula. Periksa jika ada litar terbuka
2Aci tidak berputar dengan betul di alas
(sleeve bearing)Periksa pelurusan (Alignment)
3
Gegaran disebabkan oleh rotor tidak seimbang atau gegaran yang berpunca dari mesin yang dipanduAsingkan motor dari mesin yang
dipandu. Jika ia masih lagi berbunyi bising atau bergegaran ketika dijalankan bersendiriran, rotor hendaklah diseibangkan semula. Periksa bar yang longgar/patah.
4
Kelawasan tidak sama disekeliling antar rotor dan startorPerhatikan kedudukan rotor terletak betul-betul dipusatnya.Jika perlu gantikan alas baru untuk mendapatkan pemusatan yang betul.
5
Motor memandu mesin melalui kapeling yang tidakkemasPeriksa pelarasan kapeling dengan
menggunakan tolok perasa (feeler gauge) dengan memutarkan kapeling perlahan-lahan. Ktatkan kapeling jika perlu.
6Kemasukan benda asingKeluarkan benda asing dan pastikan
sesekat berkeadaan baik
7Kerosakan pada alasPastikan punca kerosakan pada alas dan
digantikan yang baru.
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1
Motor beroperasi dengan lebihan beban yang beratRujuk kepada bahagian mekanikal yang
mempunyai penerangan mengenai lebihan beban.Kurangkan beban. Jika terdapat lebihan beban yang berat.
2
Motor beroperasi di dalam satu fasaPerisa semua litar tersebut. Bagi mengetahui
samada motor beroperasi dalam satu fasa ialah motor tidak dapat dihidupkan semula setelah ia dimatikan
3Kedudukan motor yang tidak
sesuai di mana peredaran udara tersekat atau ruang udara melalui motor tersumbatBaiki kawasan sekeliling motor supaya dapat peredaran udara yang baik serta bersihkan ruang udara di motor.
4Motor beroperasi did lam voltan dan ulangan yang tidak sesuaiPerbetulkan voltan dan buat ulangan seperti yang tercatat dipelit nama motor.
5
Alas terlalu ketatCatat suhu alas. Periksa geseran ketika rotor
diputar dengan tangan serta diperbetulakannya. Sahkan jenis pelincir pada alas.
6Jika motor tersebut memandu
melalui tali (belt) mungkin tali terlalu ketat.Perisa ketegangan tali. Longgarkan jika ia terlalu ketat.
7Grease berlaianan dari yang disyorkan oleh pereka motorBersihkan system pelinciran dan grease semula dengan bahan yang ditentukan
8Geris berlebihan di alasKeluarkan geris lama dan gantikan geris yang
abru sebanyak hingga isipadu ruang.
Motor Panas dan Kadangkala Berasap
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
9
Kelunturan sifat pelincirKelunturan disebabkan oleh suhu alas yang tinggi,
benda asing dalam geris dan geris tidak ditukar pada jadual yang ditetapkan. Gantikan geris baru.
10Kapeling yang tidak kemasPastikan kapeling dijajar dan diikat dengan kemas
11Daya tujah dari mesin yang
dipanduPastikan aci mempunyai kelawasan untuk
bergerak sepanjang paksinya.
2. Motor Rotor Berlilitan
Motor Beroperasi kurang daripada Kelajuan yang ditetapkan
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Terdapat itar terbuka di litar
rotor, termasuk kabel ke panel kawalanPeriksa setiap litar. Perbaiki litar setelah kerosakan tersebut dapat dikesan.
Getaran yang Kuat pada motor
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Kapeling yang tidak kemasPenjajaran kapeling dibetulkan dan kapeling
diikat kemas
2Rotor tidak seimbangPeriksa punca masalah ini dan rotor dikeluarkan
untuk diseimbangkan semula
3Alas tidak dipasang dengan betulPeriksa nombor alas dan betulkan kedudukan alas
4
Voltan bekalan tidak seimbangKemungkinana disebabkan oleh beban tidak
seimbangan. Pastikan semua sambungan adalah kemas dan voltan bekalan seimbang semula.
Kenaikan suhu yang tinggi di dalam gelung stator dan badan Motor
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1
Lebihan bebanUji geganti lebihan beban dan laraskannya semula jika perlu. Kurangkan beban mekanikal mengikut keupayaan motor.
2Kenaikan arus disebabakan
oleh voltan rendahPeriksa punca bekalan dan naikkan semula
voltan mengikut kadaran
3Voltan bekalan tidak seimbangPastikan punca sambungan adalah kemas dan
voltan bekalan diseimbangkan semula
4Kendalian dalam satu fasaPeriksa litar jika ada litar terbuka
5
Suhu sekeliling yang tinggiPastikan peredaran udara disekitar motor
beredar dengan baik dan pastikan sesekat tidaktersumbat
6Peredaran udara sejuk tersekat
oleh selaput habukCuci bersih saluran penyejuk dan pastikan ia
tidak tersumbat.
3. Motor Segerak
Motor tidak dapat Dihidupkan
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Litar terbuka disatu fasaUji tiap-tiap fasa untuk mengesan kerosakan
serta baikinya
2Motor yang tidak dapat
mengatasi geseran yang terlalau kuat ketika ia mula dihidupkan.Periksa geseran alas di motor serta pelinciran als (bearing lubrication). Periska peluruan kapeling antara motor dengan mesin
3
Voltan rendahPeriksa voltan yang tercatat dipelit nama dengan voltan bekalan. Jika ada perbezaan, voltan bekalan hendaklah diubah supaya sama dengan voltan di motor.
Pemutus litar terpelantik sebaik sahaja motor dihidupkan
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Voltan penguja (exciter)
rendahTinggikan nilai pengujaannya (excition)
2Litar terbuka/litar pintas di dlaam litar medan di motorUji untuk mengesan litar terbuka / litar pintas
dan betulkan. Gunakan penunjuk kutub
(polarity indicator) utnuk emngesan litar pintas.
3Perubahan beban terlalu
ketaraRujuk kepada bahagian mekanikal bagi
mengawal beban.
Motor panas di bahagian-bahagian tertentu
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Panas di startor yang mungkin
disebabkan oelh rotor yang terkeluar dari titik pusat (Off- Centre)
Periksa kedudukan rotor. Alas ditukar, jika perlu bagi memebetulkan rotor kepada titik pusatnya
2Litar terbuka di satu fasaPeriksa di fasa yang rosak dan perbetulkan
3Panas bertumpu kepada satu atau lebih gelung motorIni berpunca dari litar pintas. Gelung yang rosak boleh dikeluakan dari litar sebagai langkah pembetulan sementara (temporaray repair)
4
Panas bertumpu digelung medanTukar atau perbetulkan gelung tersebut oleh
kerana ia berpunca dari litar pintas di gelung. Kepanasan tersebut juga boleh berpunca dari arus medan yang mempunyai nilai yang tinggi. Kurangkan arus kepada nilai yang tercatat di pelit nama.
Motor panas di semua bahagian
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1
Beroperasi didalam lebihan beban yang tinggiRujuk kepada bahagian mekanikal untuk
mengawal beban. Jika beban tidak boleh dikurangkan, motor hendaklah ditukar kepada yang lebih besar. Nilaikan tahap geseran di atas serta keupayaan pelinciran
2Pengujian (exitation) tidak
mengikut seperti dipelit nama atau tidak ada pengujaan lansung.
Laraskan pengujaan mengikut nilai dipelit nama
3Suhu disekitar motor adalah
tinggi dari nilai suhu yang boleh diterima oleh motor mengikut rekaan motor tersebut.
Adakan kawasan di mana ia dapat memberi suhu yang berpatutan kepada motor
4Ruang udara dimotor
tersumbat denfgan habuk atau lain-lain bahanBersihkan motor di bahagian ruang udara tersebut
4. Motor Arus Terus
Motor tidak dapat di hidupkan
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Litar terbuka di system kawalanPeriksa perintang penghidup, dan perhatikan jika ada susi terbuka atau fius terputus.
2Voltan di punca rendahBandingkan voltan bekalan dengan voltan
dipelit nama dan ubah jika perlu
3
Lebihan beban di motorBandingkan beban yang dikadarkan dengan
beban yang sebenar ke atas mesin yang dipandu (pam, pemampat dan sebagainya). Kurangkan beban. Jika ini tidak boleh dilkukan, gantikan dengan motor yang lebih besar.
4
Terdapat geseran dalam yang amat ketara di motorSahkan ini dengan mengasingkan motor dari dipandu. Catatkan rintangan kepda putaran rotor dan kenaikan suhu. Periksa pelinciran dialas atau sesuatu gegas yang terlalu ketat. Baiki apa yang perlu. Jika terdapat juga geseran,buka motor dan periksa kawalan (clearance) dan gegas bagi tiap-tiap bahagian. Jiaka ia berpunca dari aci (shaft) yang bengkok, perbetulkannya atau tukarkan kepda yang baru.
Motor mengeluaran arka-arka yang besar di berus karbon
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1
Permukaan komutator tidak berada di dalam keadaan baikBersihkan dan canaikan komutator dan berus
karbon. Tentukan kedudukan berus karbon dengan betul. JANGAN GUANKAN KAIN EMERY. Habuknya berlogam dan akan menyebabakan pentasan (short)
2
Angker (armature) tidak seimbangIni akan membentuk gegaran yang kuat.
Asingkan motor dengan mesin dan pastikan gegaran itu berpunca dari motor dan bukan dari mesin. Angker hendaklah diseimbangkan semula.
3
Litar pintas di motorUji untuk pintasan (short) di angker. Bersihkan
dari cebisan bahan logam yang bebas di mana mungkin telah terkumpul dicelah-celah.
4Berus kabon tidak diletakkan dengan betulBersihakn berus serta pemegangnya dan letakkannya dengan betul
5
Cat atau bahan kimia mendap di atas komutatorBersihkan dengan sempurna. Anggapkan motor
digantikan dengan motor yang direka untuk dikendalikan dengan terhindar dari pencemaran udara.
Motor hidup tetapi geganti beban lampau terpelantik dengan serta
merta dan motor berhenti
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1
Medan electromagnet digelung lemah atau tiadaBagi motor yang mempunyai kawalan kelajuan
(adjustable-speed) periksa perintang (rheostst). Jika terdapat setting yang tidak betul atau ada dilaraskan. Periksa gelung medan utnuk mengesan litar terbuka serta sambungan dawai longgar atau putus.
2Beban melebihi daya kilas mula motorGantikan dengan motor yang boleh
menganggung beban ketika mula dari ketika kendalian.
Motor beroperasi pada kadar kelajuan yang tinggi ketika beban penuh
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Berus karbon tidak berada
dikedudukan neutral tetapi di belakang neutral
Perbetulkan berus kepda kedudukan neutral
2Voltan lebih tinggi dari yang dikadarkanPeriksa voltan dipunca dan bandingkan dengan pelit nama
3Medan gelombang motor
lemahPeriksa punca negative yang dibumikan.
Motor tidak mencapai kelajuan yang dikadarkan ketika ada beban
NOSEBAB-SEBAB KEMUNGKINANTINDAKAN
1Motor didalam keadaan lebihan bebanBandingkanbeban yang dikadarkan dengan
beban yang sebenar. Kurangkan beban atau gantikan dengna motor yang lebih besar
2
Voltan rendahPeriksa voltan bekalan dn voltan yang terdapat
dipelit nama. Jika ia terlalu rendah, periksa rintangan di bahagian yang menyebabakan susutan voltan tersebut.
3Berus karbon tidak berada di
neutral yang tepat, terutama bagi yang agak lama tidak disenggarakan di mana ia akan mendahului neutral.
Perbetulkan berus kepda kedudukan neutral.
Ujian-Ujian yang dilakukan selepas Motor Rombak Rawat.
1. Ujian penebatan ( Bacaan mestilah melebihi 1M.
2. Ujian Keterusan Gelung
3. Ujian Kekutuban
4. Bekaolan seketika untuk memastikan pusingan motor
5. Bekalan sepenuhnya untuk memastikan:-
Bunyi normal
Getaran
Suhu pada bahagian motor
Top Related