OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
TOPIK 1: BAHAN KURIKULUMZulkafli bin Arifin
PENGENALAN
SUKATAN pelajaran adalah satu program pembelajaran yang merupakan sebahagian
daripada kurikulum persekolahan. Sukatan pelajaran berperanan sebagai alat penting
yang memperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahirannya yang
perlu dikuasai bagi sesuatu mata pelajaran.
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar kepada murid Tahap II. Mata pelajaran
KHSR digubal bertujuan untuk membolehkan anda memahami secara mendalam
berkaitan bidang pedagogi Kemahiran Hidup sebagai keperluan asas untuk menjadi guru
yang berkesan dalam bilik darjah. Tajuk berikutnya akan melengkapkan anda dengan ilmu
dan kemahiran mengurus bengkel dan peralatan Kemahiran Hidup.Tajuk ini sangat
penting kerana anda akan melaksanakan aktiviti ini sebagai satu daripada tugas harian
anda. Manakala tajuk seterusnya akan membolehkan anda mendapat pengetahuan
berkaitan bidang pertanian, jahitan, perniagaan dan keusahawanan seperti yang terdapat
dalam sukatan pelajaran KHSR.
Topik ini membantu anda menguasai kemahiran pedagogi Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah. Ia akan menerangkan kurikulum KHSR di bawah sub-tajuk matlamat, objektif,
organisasi kandungan dan huraian sukatan. Unit ini juga membantu anda mengurus
bahan dan alat untuk proses pengajaran-pembelajaran dan seterusnya mengenal pasti
beberapa strategi dan aktiviti P & P yang sesuai dengan pelajar tahun empat, lima dan
enam.
.
1
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. membincangkan matlamat, objektif, organisasi dan kandungan sukatan.
2. menghuraikan perincian sukatan pelajaran di bawah tiga lajur:
• bidang / unit / tajuk• hasil pembelajaran• cadangan aktiviti
3. menyediakan senarai berserta spesifikasi bahan dan alatan untuk keperluan tahun empat, lima dan enam
4. mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman pedagogi dalam mata pelajaran Kemahirsan Hidup Sekolah Rendah (KHSR)
5. mengenal pasti kemahiran menyedia dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran (P & P)
6. menyatakan pengetahuan dan kefahaman mengenai kandungan kurikulum serta kaedah pelaksanaan mata pelajaran KHSR
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
2
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran KHSR
Bahan Sumber- Buku Teks- Buku rujukan- Bahan Bantu - Mengajar/Belajar
• Matlamat• Objektif• Organisasi
kandungan
• Kandungan & jam interaksi• Hasil Pembelajaran & aras• Strategi & Aktiviti P & P
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
1.1 MATLAMAT, OBJEKTIF, DAN ORGANISASI KANDUNGAN SUKATAN Sukatan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup menerangkan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di bawah sub-tajuk matlamat, objektif dan organisasi kandungan kurikulum.
1.1.1 MATLAMAT :
Matlamat KHSR Tahun Empat, Lima dan Enam adalah sama.
3
KUIZ 1 : Cuba Anda Banding Beza
Kaji setiap tajuk di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenalpasti tajuk untuk
diajar secara amali dan tajuk untuk diajar secara teori.
1. Membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan
teknologi keusahawanan,
2. Menjalankan kerja-buat sendiri (DIY) serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta.
3. Memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan
mereka cipta dan semangat keusahawanan.
4. Membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara
produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.
5. Menggalakkan murid mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak,
kreatif, dan inventif dalam teknologi mereka cipta dan keusahawanan.
6. Menerapkan nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik semasa
menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dapat diwujudkan.
Dari segi kandungan, beberapa tajuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula
untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini
kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, elemen ‘Kreativiti dan Reka Cipta’
ditambah. Terdapat dua bidang dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bidang ‘Reka
Bentuk dan Teknologi’ serta ‘Perniagaan dan Keusahawanan’
Kemahiran Teknologi, Kecenderungan Mereka Cipta dan Semangat Keusahawanan
Perubahan Kandungan
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
1.1.2 OBJEKTIF :
i. Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat
Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Empat adalah untuk membolehkan
murid:
1. menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek.
2. menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk
3. membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen.
4. menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan
logam.
5. memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang
betul.
6. mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari.
7. menghasilkan projek elektrik.
8. menyenggara alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya.
9. menghasilkan tanaman hiasan
10. mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual.
11. merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan.
12. menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik.
13. mengira harga jualan dan untung
14. mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
4
KUIZ 2 : Beri contoh
1. Senaraikan sekurang-kurangnya 10 jenis tumbuhan hiasan
dengan betul setelah membaca modul ini?
2. Nyatakan lima jenis lukisan kerja yang anda ketahui?
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
ii. Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima
Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Lima adalah untuk
membolehkan murid;
1. mengkaji reka bentuk kit model serta menerangkan kefungsian system
pergerakan kit model melalui proses membuka dan memasang.
2. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah melalui pencetusan dan
penjanaan idea projek eksperimental.
3. mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar
semula serta penghasilan projek elektrik.
4. menyenggara bahagian bangunan.
5. mengenal pasti dan memilih ikan hiasan untuk dipelihara
6. menghasilkan projek ikan hiasan.
7. mengenal pasti bahan serta peralatan jahitan dan membaiki pakaian.
8. merancang cara menjual dan menghasilkan barang jualan.
9. mereka bentuk dan menghasilkan poster untuk mempromosi barang,
10. menentukan cara mendapatkan pesanan untuk jualan.
11. merekod pendapatan dan perbelanjaan diri serta merancang cara perbelanjaan
yang bijak.
12. mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
5
KUIZ 3 : Cetusan minda :
Huraikan ciri-ciri utama usahawan dalam bentuk peta minda?
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
c. Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup tahun enam adalah
untuk membolehkan murid
1. menjana dan mengembangkan idea melalui lakaran untuk menghasilkan
projek.
2. mengumpul dan merekodkan maklumat mengenai proses penghasilan projek
3. mereka bentuk dan menghasilkan projek elektronik.
4. menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada mesin mudah dan perabot.
5. mereka bentuk dan menghasilkan artikel mudah menggunakan bahan terpakai.
6. mengenal pasti langkah penyediaan tapak untuk penghasilan tanaman
sayuran.
7. memilih jenis sayur-sayuran yang hendak ditanam.
8. menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik.
9. mengenal pasti tempoh matang sayuran untuk dipungut hasil.
10. mengenal pasti cara mendapatkan bekalan dan mengendalikan jualan melalui
komisen.
11. mereka bentuk dan menghasilkan katalog untuk mempromosi barang.
12. menyusun atur barang untuk persediaan jualan.
13. mengenal pasti punca dan cara mengatasi risiko dalam perniagaan.
14. mengenal pasti hak pengguna dan etika perniagaan serta mendapatkan
maklumat barangan yang masih berkeadaan baik.
6
KUIZ 4 : Apakah yang anda tahu?
1. Huraikan ciri-ciri utama usahawan dalam
bentuk peta minda?
2. Nyatakan lima jenis sayuran yang sesuai
ditanam secara hidroponik?
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
1.1.3 ORGANISASI
i. Organisasi Kandungan Tahun Empat dan Lima
7
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Empat, Lima dan
enam terbahagi kepada dua bidang iaitu :
1. Reka Bentuk dan Teknologi
2. Perniagaan dan Keusahawanan
Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Empat dengan
pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan
dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini murid didedahkan kepada
pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian
produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan
bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan
projek elektrik. Di samping itu juga murid menghasilkan tanaman hiasan dan
melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan Amalan untuk
memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi
penekanan.
Bidang Perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan
mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan
sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan
sumber bekalan. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika
jualan semasa aktiviti jual beli . Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan,
melayan pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik. Amalan untuk
memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut
ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan
menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana.
1. Reka Bentuk dan Teknologi
2. Perniagaan dan Keusahawaanan
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
1.1.4 Kandungan Sukatan Pelajaran
Jadual 1.1 menunjukkan kandungan sukatan pelajaran KHSR dan jam interaksi bagi tahun empat, lima dan enam
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6
1, Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27 1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel 1 a. Peraturan keselamatan b. Organisasi bengkel 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7 a. Pengenalan Kreativiti √ b. Kajian reka bentuk dan kefungsian prodduk
√ √
c. Penyelesaian masalah √ d. Penghasilan projek reka cipta √ e. Pendokumentasian √ √ √1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5 a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam
√
b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula
√
1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5 a. Penghasilan projek elektrik b. Penghasilan projek elektronik1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan 1 1 5 a. Penyengaraan alatan tangan √ b. Penyengaraan bahagian bangunan √ c. Penyengaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah
√
d. Penyengaraan dan membaiki kerosakan pada perabot
√
1.6 Jahitan 2 2 a. Membaiki pakaian √ b. Penghasilan artikel √1.7 Tanaman Hiasan 8 a. Pengenalan √ b. Pemilihan biji benih √ c. Penanaman √ d. Penjagaan √1.8 Ikan Hiasan 8 a. Pengenalan √ b. Penyediaan bekas √ c. Pengurusan √1.9 Tanaman Sayuran 8 a. Penyediaan tapak √ b. Penanaman dan penjagaan √ c. Pemungutan hasil √
8
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6
2. Perniagaan dan Keusahawanan 8 8 8 2.1 Barang Jualan 2 a. Kumpulan sasaran √ b. Jenis barang yang sesuai dijual √ c. Sumber bekalan √ 2.2 Merancang dan menyediakan jualan 2 a. Membuat rancangan jualan √ √ √ b. Menyediakan barang jualan √ √ √ 2.3 Mempromosi Jualan 1 a. Promosi mellalui bungkusan √ √ b. Promosi memlalui poster √ c. Promosi memalui poster 2.4 Mengurus Jualan 1 2 1 a. Melayan pelanggan √ b. Mendapatkan pesanan √ c. Menyusun atur barang √ 2.5 Merekod Jualan 2 a. Merekod barang √ b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan √ c. Mengira untung dan rugi √2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2 a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan √ b. Merancang perbelanjaan √2.7 Risiko dalam Perniagaan 1 a. Risiko dan cara mengurangkannya √2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2 a. Mendapatkan maklumat barang √ b. Etika perniagaan dan hak pengguna √
JUMLAH 35 35 35
Jadual 1 : Kandungan Sukatan KHSR
Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
9
Foto Kulit Buku Sukatan Pelajaran KHSR
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
1.2 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP KBSR.
10
a. Format Huraian
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaituo Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; o Hasil Pembelajaran; o Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
Dalam lajur pertama, anda akan membincangkan bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk yang berkenaan. Dalam lajur dua anda akan dinyatakan mengenai hasil pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.
Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras. Pemeringkatan kemahiran dan pengetahuan kepada aras tertentu bertujuan untuk membantu anda menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan murid.
Aras 1 merupakan aras asas yang mesti dikuasai oleh semua murid sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke Aras 2.
Aras 2 merangkumi kandungan yang perlu dipelajari oleh semua murid selepas mereka menguasai kandungan Aras 1.
Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk murid yang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1 dan 2. Dengan ini kekompleksian pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3.
b. Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Lajur ketiga, iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu anda merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Anda boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.
Huraian yang diperincikan seperti, berikut.
KUIZ 5 :
Huraikan bagaimana strategi kontruktivism dapat dilakukan dalam mata pelajaran KH?
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
HURAIAN SUKATAN PELAJAARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT
Jadual 1.2 menunjukkan huraian sukatan pelajaran KHSR yang memperincikan bidang pembelajaran, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran bagi tahun empat.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Bidang Pembelajaran
1. Reka Bentuk dan Teknologi
1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu)
a. Peraturan keselamatan
Aras 1
• Mengamalkan langkah
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti
• Mempraktikkan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat
Guru menerangkan dan membincangkan
• Langkah keselamatan• Cara menyimpan alatan dan bahan
secara terusan, teratur dan selamat• Pengenalan kepada Kit Pertolongan
Cemas• Murid perlu melaporkan kepada guru
jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan
• Mencatat rekod kemalangan kecil dan kecederaan dalam buku rekod kecederaan
• Memberi penerangan mengenai cara memadamkan kebakaran
PERINGATANCarta peraturan keselamatan hendaklah dipamerkan di dalam bengkel
Rawatan lanjut bagi kecederaan perlulah dirujuk kepada doktor di hospital atau klinik yang berdekatan
b. Organisasi Bengkel Aras 1
• Menyediakan struktur organisasi tempat kerja
• Menyediakan jadual tugas harian di bengkel
Menentukan peranan murid dalam bengkel seperti melantik ketua formen (ketua kelas), formen (penolong ketua kumpulan kerja ) dan penolong formen (penolong ketua kumpulan kerja)
Sesi perbincangan dan bercerita tentang cara perlupusan sisa yang betul
Semua bahan yang dibuang disebut sisa
Kambus tanah Insinerator (pembakaran)
Pengkomposan
11
Struktur Organisasi
Ketua Forman
Forman
Pen. Forman 1 Pen. Forman 2
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta (Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu )
a. Pengenalan kreativiti (Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu)
i. Pendedahan kepada bentuk asas reka bentuk
Aras 1Mengenal pasti bentuk asas reka bentuk
Melakar bentuk asas
Menyenaraikan objek di persekitaran yang mempunyai persamaan dengan bentuk asas
• Membina bentuk asas secara 3D
Menunjuk contoh asas reka bentuk segi empat, bulatan, segi tiga dalam 2D dan 3D berasaskan prosedur dan prinsip lukisan
Membuat lakaran bentuk asas.
Memerhati bentuk asas di dalam kelas dan persekitaran bagi menjana idea
Membuat lawatan di persekitaran sekolah taman permainan bagi menjana idea.
Melakar objek-objek yang berkaitan dengan bentuk asas
Membuat bentuk asas 3D menggunakan pensel, pen, krayon, arang dan pensel warna.
ii. Mengenal idea berdasarkan gambar atau objek
Aras 1• Mengenal pasti idea
berdasarkan objek
• Melakar objek berdasarkan bentuk asal
• Membina objek berdasarkan lakaran di atas dengan menggunakan bahan yang bersesuaian
Contoh objek ialah : bola(sfera), kotak(kiub atau kuboid), botol( silinder) dan skitel (pyramid)
Mencantum bentuk asas bagi menghasilkan objek seperti bulatan membentuk cermin mata atau segi empat membentuk almari
Sumber bahan seperti kertas, plastisin, span dan tanah liat.
iii. Komunikasi tampak Aras 1
• Membuat persembahan hasil dan binaan secara lisan
Murid mencatat idea baru daripada persembahan
12
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
13
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
Kajian Reka Bentuk dan Kefungian produk
(Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu )
i. Kajian bentuk luaran produk
Aras 1
• Mengenal pasti kegunaan produk
• Menghubungkaitkan bentuk dengan fungsi produk
• Melakar reka bentuk luaran pelbagai produk
Produk hasil pengeluaran seperti cawan, gelas, bekas pensel, beg, kasut, basikal dan barang kelengkapan domestik
Mengaitkan rupa bentuk dengan fungsi produkContoh: Bentuk cawan yang bertangkai supaya mudah dipegang
Tunjukcara melakar dengan menggunakan media seperti pen, pensel, krayon, arang dan pensel warna.
ii. Memasang model berpandukan manual
Aras 1Membaca manual
• Memilih dan memasang komponen
• Membandingkan model yang telah dipasang dengan manual
• Menguji dan melaras model
Aras 2• Memasang model yang
lebih kompleks berpandukan manual
Aras 3• Mereka model baru dari
set binaan• Menerangkan fungsi model
baru
Murid membaca arahan dan lukisan dalam manual
Pelbagai set binaan boleh digunakan serentak secara berkumpulan , berpasangan atau individu
Sumber bahan lain set binaan yang statik
Sumber bahan ialah set binaan yang mengandungi gear dan roda serta boleh berfungsi
Murid memberikan penerangan dan membuat demonstrasi menggunakan model yang telah dipasang.
iii. Membuka dan memasang produk untuk mengkaji komponen
Aras 1• Mengenal pasti jenis dan
fungsi alatan tangan
• Mengenal pasti jenis dan fungsi pengikat dan penyantum
• Membuka dan mengenal pasti fungsi komponen
• Memasang semula komponen supaya berfungsi
Alatan tangan yang digunakan seperti pemutar skru rata, pemutar skru Philips, spanar boleh laras dan playar muncung tirus.Pengikat dan penyantum yang digunakan sepeti bol dan nat, skru dan sesendal.
Contoh aktiviti ialah membuka dan memasang lampu suluh, loceng basikal, pengasah pensel, pensel mekanikal dan pam basikal
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
14
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
e. Pendokumentasian (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )
Aras 1• Mengumpul dan merekod
maklumatMeyimpan maklumat dalam fail
1.3 Reka Bentuk danPenghasilan projek
(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)
a. Mereka bentuk dan menghasllkan projek gabungan kayu dengan bahan kltar semula bukan logam
Aras 1• Menentukan projek
berpandukan kad kerja
• Membaca lukisan projek
• Mengenal pasti alatan
tangan
• Menentukan jenis bahan
dan kuantiti• Mengukur, menanda dan
memotong bahan projek
• Memasang komponen
projekMembuat kemasan
Aras 2• Mereka bentuk dan
membuat projek berdasarkan minat murid
Lukisan projek dan langkah kerja disediakan dengan jelas dalam kad kerja
Penerangan nama dan fungsi alatan tangan yang berkaitan
Contoh bahan kitar semula seperti betel minuman plastik, kadbod, polisterin, straw minuman, batang ais krini, dan lidi sate
Membuat projek berpandukan kad kerja yang disediakan
Cadangan bahan untuk kemasan ialah cat sembur, foil aluminium atau kertas hiasan
Murid perlu mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan cat sembur. Gunakan topeng hidung.
Contoh projek ialah bekas pensel, tabung
wang dan bekas bunga
Persembahan hasil projek
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
15
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
1.4 Elektrlk dan Elektronik
(Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu)
a. Penghasilan projek elektrik
Aras 1
• Mengenal pasti nama, fungsi dan Komponen yang digunakan ialah mental, sel
simbol komponenkering 1.5 V, suis
dan buzer
• Mengenal pasti alatan
tangan
• Membuat penyambungan
litar
• Mengenal pasti litar siri
dan litar selari• .Membezakan diantara litar
siri dan litar selari
Aras 2
• Membaca dan menterjemah lukisanlitar
• Memilih alatan, bahan dan
komponen• Mengukur, memotong,
membentuk dan• Memintal dan mengikat
wayar pada tamatan komponen
• .Menguji litar• .Membuat kemasan
Komponen yang digunakan ialah mental, sel
simbol komponenkering 1.5 V, suis dan buzer
Penerangan fungsi alatan seperti skru rata, Philips, penjalur wayar dan playar muncung tirus
Catalan :Mentol "L 1 dan L 2 boleh digantikan dengan buzer ( simbol buzer =G )
Memerhati perbezaan kecerahan pada mantol atau mendengar kekuatan bunyi buzer
Penerangan fungsi alatan seperti pemutar skru rata, philips, penjalur wayar dan playar muncung tirus
Tunjuk cara mengukur, memotong dan menjalur wayar dengan menggunakan alatan tangan
Contoh projek ialah lampu suluh, lampu meja dan lampu hiasan
1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan
(Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )
a. Penyenggaraan Alatan tangan
Aras 1
• Mengenal pasti bahan dan agen pembersih
• Membersih alatan tangan
• Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran
• Menyimpan alatan tangan
Bahan dan agen pembersih seperti minyak tanah, thinner, minyak pelincir dan sabun
Alatan tangan yang berkaitan seperti playar gabung, playar muncung tirus, gergaji, pemutar skru, gunting, dan penjalur wayar
Kerja pembersihan dan penjagaan berus cat yang telah digunakan perlu juga diberi penekanan oleh guru selepas kerja praktikal.
Menjalankan aktiviti menyenggara alatan
16
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
tangan
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.6 Tanaman Hlasan
(Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu )
a. Pengenalan
b. Pemllihan biji benih
Aras 1
• Mengenal beberapa jenis
tanaman hiasan
Aras 1
• Memilih bijih benih pokok bunga semusim
• Menyedia medium
semaian
• Menyemai biji benih pokok bunga semusim
Aras 2
• Membincangkan sifat biji benih yang
Tanaman Hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kegunaan bentuk den ciri pertumbuhan: pokok naungan, pokok hiasan,pokok renek, pokok menjalar dan memanjat, pokok palma, pokok kaktus, rumput dan bunga semusim
Tumpuan diberi kepada penanaman bunga semusim
Mempamerkan beberapa contoh pokok bunga semusim
Mempamerkan beberapa contoh biji benih pokok bunga semusim seperti balung ayam , marigold, keembong, bunga butang dan zinnia
Medium semaian daripada campuran tanah,bahan organik den pasir dengan nisbah 2:1:1
Tunjuk cara menyemai biji benih bunga semusim
Membincangkan sifat-sifat biji benih yang berkualiti seperti cukup matang, bernas, bebas daripada serangga perosak dan penyakit
c. Penanaman Aras 1
Mengenal dan memilih
bekas tanaman
.Menyediakan bekas
penanaman
Menyediakan medium
penanaman
Mengubah anak pokok ke
dalam bekas
Menunjukkan contoh bekas tanaman seperti pasu, beg politena dan bekas lain (bahan guna semula)
Tunjuk cara membersih, menutup lubang saliran dan memasukan medium penanaman
Tunjuk cara menyediakan medium penanaman 'John Innes Potting Mixture' dengan nisbah 3: 2 : 1
Tunjuk cara menanam anak pokok bunga semusim dalam bekas
Murid menanam anak pokok tanaman hiasan di dalam bekas secara kumpulan
Tunjuk cara penyediaan batas
17
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
Aras 2
Menyediakan batas penanaman tanaman hiasan
* Menanam anak pokok
tanaman hiasan
Murid melakukan kerja penyediaan batas di dalam kumpulan seperti membersih kawasan dan menggembur tanah membina batas dan pembajaan asas
Tunjuk cara menanam anak pokok
Murid menanam anak pokok di batas secara kumpulan
d. PenjagaanAras 1
Menjaga tanaman hiasan
dalam bekas
Aras 2
Menjaga tanaman hiasan
di batas
Tunjuk cara penjagaan pokok bunga
hiasan
Murid menjaga tanaman hiasan secara kumpulan sepertl menyiram, merumput, menggembur tanah, membaja dan memangkas
Tunjuk cara penggunaan alat perkebunan seperti cangkul, tajak, dan pencakar
Murid menjaga tanaman hiasan di batas secara berkumpulan
2. Perniagaan dan Keusahawanan
2.1 Barang Jualan
(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Kumpulan sasaran
b. Jenls barang yang sesual dljual
Aras 1
• Mengumpul maklumat barang keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru
• Mengkelas barang mengikut keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli murid dan guru
Aras 1
• Menyenarai jenis barang yang boleh dijual kepada murid dan guru
Aras 2
• Membuat keputusan barang yang boleh dijual kepada murid dan guru
Kumpulan sasaran terbahagi kepada murid dan guru
Kajian melalui pemerhatian, temu bual dan guru
Maklumat seperti pendapatan, jantina dan umur digunakan dalam kajian
Borang soal selidik disediakan oleh guru
Membuat senarai jenis barang yang boleh dijual kepada murid dan guru berdasarkan analisis kajian
Senarai barang dibuat dengan menggunakan Lembaran pengurusan grafik
18
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
c. Sumber bekalan Aras 1
Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan
• Memilih pembekal
Mengumpul maklumat dan memilih pembekal berdasarkan:- Harga- Kualiti barang- Syarat jualan.- Pengangkutan dan jarak- Baleh dipercayai (reputasi)
2.2 Merancang dan menyediakan jualan
(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Membuat rancangan jualan
b. Menyediakan barang jualan
Aras 1
• Mengenal pasti cara mendapatkan modal
• Menyediakan maklumat barang jualan
• Membuat rancangan jualan
• Menyediakan jadual kerja
Aras 1
• Menyediakan barang jualan
Aras 2
• Menentukan tujuan membungkus dan melabel
Maklumat dalam rancangan jualan :- Modal- Barang- Kuantiti- Pembekal- Cara jualan- Lokasi
Memberi latihan menetapkan harga jualan
Pecah pukal barang untuk jualan iaitu menyukat dan menimbang barang dalam unit kecil
Tujuan membungkus :- daya tarikan- keselamtan- membeza dengan barangan lain
Melabel maklumat barang
2.3 Mempromosl Jualan
(Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu)
a. Promosl melalui pembungkusan
Aras 1
Menyatakan maksud dan tujuan promosi
Menerangkan ciri bungkusan yang sesuai untuk promosi
Promosi bermaksud usaha penjual memperkenalkan sesuatu barangan
Tujuan promosi :. menyebarkan maklumat barangan. menimbulkan minat terhadap barangan
Ciri bungkusan yang menarik dari segi : . - bentuk- rupa- warna
- sesuai dengan jenis barang- tahan lama- mudah dibawa.
- mengingatkan pelanggan
- meluaskan pasaran barangan
19
Harga jualan = harga belian + untung
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
Membungkus barang untuk tujuan promosi
Aras 2
Membanding beza
bungkusan yang
menarik dan kurang
menarik
Aras 3
• Menilai
pembungkusan yang
dihasilkan untuk tujuan
promosi
Menunjukkan pelbagai contoh pembungkusan Hubungkaitkan aktiviti pecah pukal dengan pembungkusan
Murid membawa pelbagai jenis
pembungkusan
Mengadakan pertandingan membuat pembungkusan dan murid menilai hasilnya.
2.4 Mengurus Jualan
(Cadangan peruntukan
masa ialah 1 minggu)
a. Melayan pelanggan
Aras 1
Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap
Mengira dengan cepat dan tepat
Aras 2
Membuat inferens etika jualan
Aktiviti simulasi melayan pelanggan
Mengira jumlah harga barang dan wang baki
Layanan baik terhadap pelanggan :- mengambil hati pembeli- jujur- peramah- menghormati- menghargai pelanggan
Etika penjual- jujur- adil- menepati masa dan janji
Projek jualan sebenar
2.5 Merekod Jualan
(Cadangan peruntukan
masa ialah 2 minggu)
a. Merekod barang
b. Merekod pendapatan dan
perbelanjaan
c. Mengira untung atau rugi
Aras 1
Merekod barang jualan
Mengira baki barang jualan
Aras 1
Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan jualan
Aras 1
Mengira untung atau rugi
Merekod barang jualan dalam kad inventori
Latihan mengisi kad inventori
Merekod pendapatan dan perbelanjaan jualan dalam borang yang disediakan
Latihan mengira untung atau rugi
20
Untung atau rugi = jualan - belian
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
Jadual 1.2 : Huraian Sukatan Pelajaran KH Tahun Empat.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH TAHUN LIMA
Jadual 1.3 menunjukkan huraian sukatan pelajaran KHSR yang memperincikan bidang pembelajaran, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran bagi tahun lima.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Bidang Pembelajaran :
1. Reka Bentuk dan Teknologi
1.2 Kreativltl dan
Reka Cipta
(Cadangan peruntukan masa ialah 7 minggu )
b. b. Kajlan reka bentuk dan kefungslan produk
(Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu )
Iv. I iv. Membuka dan memasang kit model
Aras 1
Mengenal pasti alatan tangan
Membuka dan mengenal pasti komponen
Menyatakan fungsi komponen
Memasang semula kit model
Aras 2
.Menerangkan kefungsian sistem pergerakan kit model
Aras 3
Membuka dan memasang kit model untuk menerangkan kefungsian produk yang lebih mencabar
Mengkaji reka bentuk kit model
Alatan tangan yang digunakan seperti gandin plastik, tukul kecil dan set pemutar skru kecil.
Membaca dan memahami manual
Menyimpan kit model secara tersusun dan selamat.
Contoh kit model ialah kit model robot, jentolak, kereta, motosikal, dan kereta kabel
Contoh kit model ialah robot berkaki 6, kereta kawalan jauh
Kajian reka bentuk dari aspek bahan, warna, binaan dan keupayaan.
C Penyelesalan masalah
(Cadangan peruntukan mass ialah 3 minggu )
i. Pencetusan dan penjanaan
Aras 1
• Mengenal pasti masalah
Contoh projek eksperimenal ialah :
- Menarik bats dengan tisu- Membuat jambatan menggunakan straw
21
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Idea kreatif melalui projek eksperimental
ii. Menterjemah idea kepada bentuk 3D
iil. Iii. Membina dan mempersembahkan projek eksperimental
iv. iv. Membina dan mempersembahkan projek
• Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah
• Membuat catatan dan lakaran
Aras 1
• Memilih lakaran akhir projek eksperimental
• Merancang pembinaan projek
Aras 1
• Membina projek
eksperimental
Aras 1
• Membuat persembahan hasil binaan secara lisan
minuman yang boleh menampung beban- Menjatuhkan telur tanpa pecah pad a ketinggian tertentu
Projek eksperimental boleh juga merujuk kepada pengalaman murid pelajar seperti menaikkan layang-Iayang.
Projek ekperimental menggunakan bahan yang mudah diperoleh
Murid mencatat idea-idea baru daripada persembahan.
Menyimpan maklumat dalam buku idea
d. Pendokumentasian
(Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu)
Aras 1
Menyatakan keperluan pendokumentasian dalam buku idea
Mengumpul dan merekod maklumat
Membuat buku idea
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
(Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)
a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula
Aras 1
• Menentukan projek berpandukan kad kerja
• Membaca lukisan projek
• Mengenal pasti alatan tangan
• Menentukan jenis bahan dan kuantiti
• Mengukur, menanda dan memotong bahan projek
• Membuat kemasan
Lukisan projek dan langkah kerja disediakan dengan jelas dalam kad kerja
Penerangan nama dan fungsi alatan tangan yang berkaitan
Contoh bahan kitar semula logam tin aluminium, zink dan wajar
Membuat projek berpandukan kad kerja yang disediakan
Tunjuk cara memaku dan memasang skru
Cadangan bahan kemasan seperti cat sembur dan pelekat bergambar
22
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Aras 2
• Mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat
Contoh projek:Bekas serbagunaPenyangkut serbaguna
Perbincangan atau sumbangansaran tentang cara perlupusan sisa yang betul
Penerangan penggunaan bahan kitar semula adalah bertujuan untuk mengelakkan pembaziran, mengurangkan kos, mesra alam dan mengekalkan sumber alam.
Perbincangan tentang faktor kesihatan dan keselamatan semasa memilih bahan dan membina projek
1.4 Elektrik dan Elektronik
(Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu)
a. Penghasilan projek elektronik
Aras 1
• Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektrik
• Membaca dan memahami litar skematik
• Membuat litar penyambungan litar
Aras 2
• Membaca dan menterjemah litar projek
• Memilih alatan, bahan dan komponen
• Mengukur, memotong dan menjalur wayar
• Memasang komponen mengikut litar projek
• Menguji litar projek dan membuat pembaikan
Komponen yang digunakan adalah seperti LED, perintang tetap, perintang boleh laras dan motor arus terus.
Bahan tambahan yang digunakan ialah bongkah penyambung
Catatan:LED 1 dan LED 2 boleh digantikan dengan motor arus terus
Memerhati kecerahan LED atau kelajuan pusingan motor yang dihubungkaitkan dengan perintang boleh laras.
Penggunaan alatan tangan yang betul dan selamat perlu diberi penekanan
1.5 Baik pulih dan Penyelenggaraan
(Cadangan peruntukan
Aras 1• Mengenal pasti bahagian
bangunan yang perlu disenggara
Contoh bahagian yang perlu disenggara ialah seperti engsel pintu dan kerangka tingkap
23
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
masa ialah 1 minggu)
a. Penyenggaraan bahagian bangunan
• Memilih bahan pembersih
• Membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap
Bahan pembersih yang terlibat seperti kertas las, bulu keluli, berus dawai dan minyak.
Cara menyimpan baki bahan pembersih perlu diberi penekanan.
1.6 Jahitan
(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Membaiki pakaian
Aras 1
• Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan
• Menyata kegunaan alatan jahitan
• Menyatakan kegunaan jahitan asas
• Mengenal pasti mata jahitan asas
• Menyatakan kegunaan kancing
• Mengenal pasti jenis kancing
• Mengenal pasti mata jahitan untuk menjahit kancing
• Menjahit butang, cangkuk dan palang yang tertanggal pada pakaian
Aras 2
• Menyatakan maksud kelim
Guru mengenalkan alat dan bahan jahitan seperti jarum tangan (no. 7 – 9), gunting fabrik (saiz 20 cm), benang (no 40/50), penetas jahitan, jarum peniti dan pita ukur.
Bahan dan alatan jahitan disediakan oleh guru.
Guru menerangkan kegunaan alatan jahitan.
Mata jahitan asas ini boleh digunakan untuk membaiki pakaian
Mata jahitan asas seperti jeljur halus, jahit kia, jahit sembat dan jahit lilit.
Tunjuk cara menjahit mata jahitan asas.
Murid menjahit contoh mata jahitan asas pada perca fabrik.
Guru boleh menggunakan carta jahitan asas sebagai panduan.
Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik
Guru mengenalkan jenis kancing seperti butang, cangkuk dan palang
Mata jahitan untuk menjahit kancing seperti jahit lilit kemas dan jahit lubang butang.
Mempamerkan contoh mata jahitan untuk menjahit kancing
Tunjuk cara menjahit butang, cangkuk dan palang yang tertanggal
Murid menjahit butang, cangkuk dan palang pada fabric
24
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
• Mengenal pasti bahagian pakaian yang meretas pada kelim
• Memilih mata jahitan untuk membaiki kelim yang meretas
• Menjahit kelim yang meretas pada pakaian
• Menyatakan maksud kelepet
• Mengenal pasti bahagian kelepet yang meretas pada pakaian
• Memilih mata jahitan untuk membaiki kelepet yang meretas pada pakaian
• Menjahit kelepet yang meretas pada pakaian
Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepingan fabric yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin
Kelim biasanya terdapat di bahagian rusuk, bahu dan tepi seluar atau kain sarung
Murid mengenal pasti bahagian pakaian yang merentas
Murid memilih mata jahitan asas yang sesuai untuk membaiki kelim yang meretas
Mempamerkan contoh mata jahitan untuk membaiki kelim yang meretas
Tunjuk cara menjahit kelim yang meretas pada rusuk, bahu, tepi seluar atau sarung dengan menggunakan mata jahitan jelujur halus atau jahit kia
Kelepet adalah penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus atau tepi melengkung pada pakaian atau artikel.
Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar, hujung lengan, bawah blaus dan tepi artikel.
Murid mengenal pasti bahagian kelepet yang meretas.Murid memilih mata jahitan yang sesuai untuk membaiki kelepet yang meretas.
Mempamerkan contoh jahitan yang biasa digunakan untuk membaiki kelepet seperti silang pangkah dan sembat susup.
Tunjuk cara menjahit kelepet yang meretas menggunakan mata jahitan silang pangkah dan sembat susup.
Murid menjahit kelepet yang meretas.
1.7 Ikan Hiasan
(Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)
a. Pengenalan
Aras 1
• Mengenal dan melabel bahagian luar ikan
• Menyenarai spesis ikan hiasan tropika
Murid menyebut dan melabelkan bahagian luar ikan hiasan.
Mempamerkan beberapa spesis ikan hiasan menggunakan gambar foto atau spesimen sebenar.
25
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Aras 2
• Menyata sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan.
Aras 3
• Menyenaraikan ikan beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan.
Beberapa spesis ikan hiasan tropika yang biasa dipelihara dan mudah didapati ialah Guppy, Swordtail, Discus, Angerfish, Tiger Barb, Molly, Gourami, Ikan pelaga, Cichild, Oscar, Kaloi, Kelisa, Belida, Tetra, Mas dan Koi Kap.
Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara dalam bekas atau kolam untuk mengindahkan ruang, memberi ketenangan dan menghayati alam akuatik.
Ciri istimewa pada ikan hiasan ialah pada warna, sisik, saiz, pergerakan, bentuk badan, sirip, cara makan, jantina dan cara pembiakan.
b. Penyediaan bekasAras 1
• Memilih iakan hiasan untuk dipelihara
Aras 2
• Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan
• Menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium
• Memilih akuarium / bekas dan aksesori
• Menyedia dan menghias akuarium
Faktor pemilihan ikan hiasan untuk dipelihara;- keseuaian bekas- habitat dan sifat ikan- mudah dipelihara- boleh bercampur dengan jenis ikan lain- tahan terhadap perubahan mutu air- tahan terhadap serangan penyakit
Teknik memasukan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam- letakkan beg ikan hiasan ke dalam akuarium / kolam selama 20 hingga 30 minit- masukkan sedikit air akuarium / kolam ke dalam beg plastik- biarkan ikan keluar bersama iar daripada beg plastik.
Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis ikan yang hendak dipelihara. Aksesori akuarium asas ialah pam dan penapis.
Aksesori tambahan ialah seperti batu, pasirt, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model dan lampu akuarium.
Panduan menyedia dan menghias akuarium;- letakkan akuarium di lokasi pilihan, pastikan ada pendawaian elektrik dan bekalan air.
26
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
• Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium / bekas.
- membersih dan bilas bahan hiasan seperti kayu, pasir dan batu.- letakkan arang diaktifkan dan gegalang bio di dasar akuarium- memasukkan batu, pasir dan kayu buruk tanamkan tumbuhan akuatik / tiruan.
- masukkan penapis dalaman dan letakkan pada dinding tangki akuarium.- masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium- hidupkan penapisan dalaman dan nyalakan lampu- masukkan ikan hiasan yang dipilih
c. Pengurusan Aras 1
• Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan
• Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan
• Menyatakan kekerapan dan memberi makanan ikan hiasan
• Mengenal pasti kandungan mutu air
• Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis.
• Mengenal pasti simpton penyakit biasa pada ikan hiasan.
• Mencegah dan merawat penyakit ikan hiasan
Aras 2
• Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium
Mempamerkan contoh makanan ikan hiasan Jenis makanan ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran iaitu makanan hidup (plankton, rumpair, Moina, Artemia, Udang gantung, Ikan peacock, larva, serangga dan cacing)
Makanan kering (kepingan/emping, pellet, tablet) dan makanan ramuan khas (mengikut jenis ikan)
Ikan hiasan diberi makan 3 kali sehari (pagi, tengah hari dan lewat petang) dengan kadar yang disyorkan.
Mengukur kualiti air seperti nilai pH, Amonia, Oksigen terlarut dan Karbon dioksida.
Pelbagaikan jenis makanan, elakkan memberi makanan yang berlebihan dan tercemar.
Mengasingkan ikan berpenyakit dan mengamalkan langkah kebersihan
Aktiviti mencegah dan rawatan penyakit ikan seperti memasukkan garam atau larutan berubat.
Lihat lampiran – penyakit biasa ikan hiasan dan rawatan.
Peralatan untuk bekalan karbon dioksida
27
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
• Memberi bekalan karbon dioksida kepada tumbuhan akuatik dalam akuarium
khusus untuk penggunaan di dalam akuarium adalah seperti;- tangki silinder gas karbon dioksida, alat penyukat tekanan dan alat mengawal pengeluaran karbon dioksida.
Nota:Murid memlihara ikan hiasan dalam kumpulanMemadai dengan 2-3 kumpulan untuk satu kelas.
Menyediakan jadual kerja penjagaan dan penyelenggaraan sepanjang tahun untuk pelajar.Panduan menternak ikan hiasan boleh didapati daripada Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Jabatan Perikanan Malaysia.
2.0 Perniagaan dan Keusahawanan
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan
(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Membuat Rancangan Jualan
b. Menyediakan Barang Jualan
Aras 1
• Mengenal pasti cara menghasilkan barang yang akan dijual
• Menentukan barang jualan
• Merancang cara jualan
• Membuat rancangan jualan
• Menyediakan jadual kerja
Aras 1
• Menghasilkan barang yang hendak dijual
Aras 2
• Mengubahsuai barang yang hendak dijual
Menetapkan cara menghasilkan barang jualan
Membuat rancangan jualan dan jadual kerja
Cara menjual:Berjaja, bergerai, berkedai
Sediakan borang rancangan jualan
Membuat barang jualanContoh: beg kertas, penanda buku, popia, rojak buah dan air minuman
Menghasilkan dan mengubahsuai barang jualan:Contoh: pisang ----pisang goreng Roti -------- sandwic
28
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Mempromosi Jualan
(Cadangan peruntukan masa 2 minggu)
a. Promosi melalui poster
Aras 1
• Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster
• Mengenal pasti ciri poster yang baik
Aras 2
• Menghasilkan poster untuk mempromosi barang
Maklumat yang perlu ada dalam poster ialah barangan, tempat, tarikh, masa dan harga
Ciri poster yang baik;Reka bentuk yang menarik dan kreatif dari segi pemilihan perkataan, warna dan saiz huruf yang sesuai
Membuat poster berpandukan barang yang dihasilkan dan tempat poster dipamerkan
2.4 Mengurus Jualan
(Cadangan peruntukan masa 2 minggu)
a. Mendapatkan Pesanan
Aras 1
• Menyenaraikan cara untuk mendapatkan pesanan
• Memilih cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan
Aras 2
• Mendapatkan pesanan
Aktiviti sumbangsaran cara mendapatkan pesanan, Contoh: cara mendapatkan pasaran melalui telefon, e-mail, borang pesanan dan majalah perniagaan.
Cara mendapatkan pesanan hendaklah sesuai dengan barang, tempat, masa dan kemudahan yang ada
Mengambil bahagian dalam projek sebenar di sekolah seperti hari kantin dan sukan.
2.5 Mengurus Perbelanjaan Diri
(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan
b. Merancang perbelanjaan
Aras 1
• Mengenal pasti sumber pendapatan
• Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan
Aras 1
• Menentukan cara berbelanja
• Membuat belanjawan diri
Perbincangan mengenai sumber pendapatan
Sumber pendapatan boleh diperolehi daripada pemberian wang saku, mengambil upah, menjual barang terpakai, menghasil dan menjual barang, mengubahsuai dan menambah nilai serta menjual barang.
Membuat pilihan perbelanjaan
Membuat senarai belanjawan diri
Merekod dalam borang yang disediakan
29
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
• Menentukan cara menabung
Cara menabung:Menyimpan dalam tabungMenyimpan dalam bank
Latihan mengisi borang simpanan bank
Jadual 1. 3 : Huraian Sukatan Pelajaran KH Tahun Lima.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH TAHUN ENAM Jadual 1.4 menunjukkan huraian sukatan pelajaran KHSR yang memperincikan bidang pembelajaran, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran bagi tahun enam.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Bidang Pembelajaran:
1. Reka Bentuk dan Teknologi
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta (Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu)
d. Penghasilan Projek Reka Cipta
Aras 1 • Mengenal pasti masalah
• Mengumpul maklumat
• Menyelesaikan masalah
melalui lakaran
• Memilih lakaran yang
paling sesuai
• Merancang dan
menyediakan lukisan
projek
• Menyediakan alatan dan
bahan
• Membina projek
• Membuat kemasan
• Menguji kefungsian
projek dan membuat
pembaikan
Perbincangan mengenai tujuan membina projek
Menjalankan pemerhatian, temubual dan kaedah lain bagi mendapatkan maklumat
Lakaran ialah lukisan kasar tentang objek yang dilukis
Lukisan projek ialah lukisan yang mempunyai dimensi tinggi, lebar dan panjang
Pemilihan alatan dan bahan yang bersesuaian.
Penggunaan bahan kitar semula digalakkan
Sesi persembahan dan kritik diadakan
e. PendokumentasianAras 1
Mengumpul dan menyimpan maklumat
30
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
(Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )
• Mengumpul dan merekod
maklumat
• Membuat Buku Idea
dari aspek pernyataan masalah, lakaran idea, pemilihan lakaran, penjelasan ciptaan dan anggaran kos
Perbincangan kekuatan dan kelemahan projek
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.4 Elektrik dan Elektronik (Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu )
b. Penghasilan projek elektronik
Aras 1
• Membaca dan menterjemah litar projek
• Memilih alatan, bahan dan komponen
• Mengukur, memotong dan menjalur wayar
• Memasang komponen mengikut litar projek
• Menguji litar projek dan membuat pembaikan
Aras 2
• Menguji beberapa bahan pengalir dan penebat
Aras 3
• Membuat projek elektrik dan elektronik
Contoh projek ialah penguji keterusan litar
Komponen yang digunakan ialah LED, perintang tetap dan bateri
Bahan digunakan ialah bongkah penyambung, pemegang bateri dan klip buaya.
PERINGATAN :
Jangan membuat pengujian pada sumber bekalan arus ulang alik 240V
Menyediakan beberapa contoh pengalir dan penebat .
Contoh bahan pengalir ialah aluminium, kuprumdan air.
Contoh bahan penebat ialah kayu, plastik ,kaca dan asbestos.
Membuat projek menggunakan set pengelip
1.5 Baik pulih dan penyenggaraan
Aras 1
• Mengenal pasti bahagian
Menyenggara dan baik pulih pam basikal dan bahagian basikal seperti loceng dan brek basikal
31
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN (Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu )
b. Penyenggaran dan membaiki kerosakan pada mesin mudah
yang perlu dibaik pulih
• Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih
• Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak
• Memeriksa, menguji dan melaras
Aras 2
• Memeriksa, menguji dan
melaras rantai basikal
Aras 3
• Menampal tiub basikal • Mengganti tiub basikal
Alatan tangan yang tangan yang diperlukan seperti playar gabung boleh laras, pemutar skru rata, pemutar skru philips, tukul bonggol bulat dan penggumpil tayar
Bahan yang diperlukan seperti gris, minyak pelincir, kertas las, glu sentuh dan kain reja
Penekanan tentang penyimpanan alatan tangan dan bahan selepas kerja amali perlu diutamakan
Memilih alatan tangan dan bahan yang sesuai
Meneggangkan rantai basikal secara individu atau berkumpulan
Penampal tiub siap guna boleh digunakan
d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan kecil pada perabot
Aras 1
• Mengenal pasti bahagian yang rosak
• Memilih alatan tangan dan bahan
• Membaiki atau mengganti bahagian yang rosak
Contoh perabot ialah kerusi dan meja murid.
Alatan tangan yang diperlukan seperti tukul kuku kambing, gergaji, sesiku L, pita pengukur dan kekunci Allen
Bahan yang diperlukan ialah paku, skru, glu, kertas las, kayu dan papan lapis
1.6 Jahitan
(Cadangan peruntukanmasa ialah 2 minggu)
b. Penghasilan artikel
Aras 1
• Mengenal pasti bahan terpakai untuk dikitar semula
• Menjahit artikel mudah daripada bahan terpakai
Aras 2
• Mengenal pasti jenis mata jahitan hiasan dan bahan hiasan
Bahan terpakai yang boleh dijadikan artikel jahitan ialah seperti pakaian, langsir tingkap dan kusyen lama
Tunjuk cara menjahit artikel mudah seperti bekas pensel, bekas duit syiling, beg serba guna, pengikat rambut, cekak rambut, alaspinggan, alas dulang dan alas gelas.
Murid menjahit artikel mudah
Mata jahitan asas yang dpelajari di Tahun 5 boleh digunakan sebagai jahitan hiasan
32
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
• Menghias artikelpada artikel
Contoh jahitan yang lain seperti jahitan silang pangkah, insang pari dan jahitan rantai
Bahan hiasan adalah labuci, renda dan benang sulam
Murid menghias artikel yang telah disiapkan di aras satu
Hasil kerja dipemer dan dinilai
1.9 Tanaman sayuran
(Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)
a. Penyedian tapak
Aras 1
• Menyatakan peralatan perkebunan dan kegunaannya
• Mengenal pasti tapak/kawasan yang
sesuai untuk ditanam dengan sayursayuran.
• Membersihkan tapak
• Menggembur tanah • Membina batas
• Membubuh baja asas
• Meletakkan sungkupan
Aras 2
• Menanam sayur-sayuran secara hidroponik
• Memilih jenis sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik
• Menyenarai dan memasang peralatan
sistem hidroponik
• Menyemai biji benih
• Menyediakan larutan nutrien
Mempamerkan peralatan pekebunan yang biasa digunakan seperti; cangkul, sudip tangan dan pencakar tangan.
Di antara bahan yang boleh dijadikan sungkupan adalah seperti: rumput kering, jerami padi, pelepah kelapa atau penutup plastik hitam bersalut aluminium.
Jika sekolah tidak mempunyai kawasan / tanah yang sesuai, aktiviti menanam sayur-sayuran boleh dilakukan di dalam bekas.
Sistem yang dipilih ialah Hidroponik Kultur Air Takung (KAT).medium - span, benang/kapas batubekas - palung/bekas palstiklarutan baja dan air penutup - polistrin
Menyediakan larutan nutrien mengikut kadar yang disyorkan
Aras 1
33
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARANb. Penanaman dan penjagaan • Mengenal pasti jenis
sayur-sayuran yang hendak ditanam
• Menyemai biji benih
• Menanam sayur-sayuran di batas atau dalam bekas
• Menyiram dengan kaedah dan kuantiti yang sesuai
• Membuat penjarangan dan menyulam
• Merumput dan membaja
• Mengawal perosak dan penyakit
Aras 2
• Memilih jenis sayuran yang sesuai ditanam dalam pasu atau bekas
• Menyediakan campuran tanah untuk penanaman sayuran dalam pasu atau
bekas
• Menjaga sayuran dalam pasu/bekas
Murid menanam sayur-sayuran di kawasan sekolah secara kumpulan.
Jenis sayur-sayuran :Daun, buah, ubi atau akar dan kekacang
Biji benih halus disemai dikotak atau tapak semaian sementara biji benih besar disemai terus ke batas
Menunjuk cara kerja penjagaan seperti penyiraman, membuat penjarangan, merumput dan membaja, kerja pengawalan perosak dan penyakit
Kerja-kerja pengawalan perosak dan penyakit yang menggunakan racun kimia hendaklah dilakukan oleh guru
Nota:
Sekolah yang mempunyai kawasan terhad aktiviti menanam sayur-sayuran hendaklah dilakukan dalam bekas seperti pasu atau penanaman secara hidroponik
c. Pemungutan hasilAras 1
• Mengenal pasti tempoh matang sayuran yang sesuai untuk dipungut
hasil
• Mengendalikan hasil lepas tuai
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan sayuran dalam pasu atau bekas ialah ruang, cahaya, penyiraman dan pembajaan.
Murid memungut hasil tanaman sayursayuran dan membuat kendalian lepas tuai seperti menggred, membersih dan membungkus/mengikat.
Nota:Guru boleh dapatkan nasihat teknikal teknologi menanam sayur-sayuran daripada agensi pertanian yang berhampiran seperti MARDI atau Jabatan Pertanian
34
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
Panduan menanam sayur-sayuran boleh juga didapati didalam majalah atau Risalah Bingkisan Pertanian keluaran Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
2. Perniagaan dan Keusahawanan
2.2 Merancang dan Menyediakan Barang Jualan
(Cadangan Peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Membuat rancangan jualan
Aras 1
• Menerangkan cara mendapat bekalan
melalui komisen
• Menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen
• Membuat rancangan jualan
• Membuat jadual kerja
Aras 2
• Menghuraikan faedah menjual barang secara komisen
Maksud komisen:
Bayaran yang diterima kerana menjual atau menguruskan penjualan barang orang lain
Sumbangsaran menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen
Faedah menjual secara komisen:- Modal tidak diperlukan untuk mendapatkan bekalan- Risiko rendah- Kos promosi ditanggung oleh pembekal
b. Menyediakan barang jualan
Aras 1
• Mengenal pasti pengendalian jualan secara komisen
Latihan mengira peratus komisen boleh dijalankan
Sumbangsaran pengendalian jualan secara komisen
2.3 Mempromosi Jualan
(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
c. Promosi melalui
Aras 1
• Menyenarai kandungan yang perlu dalam katalog
Gunakan katalog yang sedia ada sebagai panduan murid
Simulasi mempromosi barang
35
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN katalog • Merekabentuk dan
menghasilkan katalog mudah untuk barang yang
hendak dijual
• Mempromosi dan menjual barang menggunakan katalog
Aras 2
• Menilai cara mempromosi barang menggunakan katalog
menggunakan katalog
Main Peranan :Beri tumpuan kepada kecekapan bertutur dan penyampaian maklumat oleh murid semasa jualan bersemuka
Murid menilai rakan sekelas menjalankan promosi barang menggunakan katalog
2.4 Mengurus Jualan
(Cadangan peruntukan masa ialah I minggu)
c. Menyusun atur barang
Aras 1
• Menerangkan cara yang sesuai untuk susun atur barang yang hendak dijual
• Menyusun atur barang untuk persediaan jualan
Aras 2
• Menilai susun atur barang yang menarik dan kurang menarik
Latihan menyusun atur barang.
Beri tumpuan kepada kebersihan tempat, rak atau meja,keselamatan dan kekemasan
Projek jualan sebenar
2.5 Risiko Dalam Perniagaan
(Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu)
a. Risiko dan cara mengurangkannya
Aras 1
• Menyatakan maksud risiko
• Menyenaraikan risiko dalam perniagaan yang biasa dihadapi semasa menjual
• Mengenal pasti punca risiko
• Mencadangkan cara mengurangkan risiko
Maksud risiko ialah kemungkinan atau bahaya kerugian dalam perniagaan
Risiko dalam perniagaan: Kecurian, kebakaran, pecah amanah, bencanaalam, kemalangan, penipuan dan kegawatan ekonomi
Punca risiko :Kecuaian, pengurusan tidak cekap, kurang pengawasan, sistem penyimpanan rekod yanglemah
Cara mengurangkan risiko :Membuat perancangan dengan telitiMengenal pasti beberapa pilihan penyelesaian
36
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARANCADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARANMengambil insurans
Sumbangsaran cara mengurangkan risiko
2.6 Sikap pengguna yang bijak
(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Mendapatkan maklumat barang
Aras 1
• Mengenal pasti ciri barang yang masih baik
Aras 2
• Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak
Keadaan fizikal barang :Rupa, warna, bau, rasa dan tekstur
Membuat buku skrap label barang danmenandakan maklumat penting.
Membuat inferens melalui pemerhatian barang yang masih baik dan barang yang rosak
Contoh :Beras, susu, keropok, roti
b. Etika perniagaan dan hak pengguna
Aras 1
• Menerangkan etika perniagaan
• Mengenal pasti hak pengguna
Aras 2
• Menghuraikan tanggungjawab pengguna
Kaitkan etika perniagaan dengan aktiviti mempromosi dan mengurus jualan dalam Tahun 4 dan Tahun 5
Perbincangan hak pengguna:Hak mendapat maklumatHak mendapat gantirugiHak untuk memilih
Perbincangan mengenai murid sebagaipengguna yang bertanggungjawab menjaga kemudahan sekolah dan kemudahan awam
Keratan akhbar digunakanSudut pengguna diwujudkan
Jadual 1.4 : Huraian Sukatan Pelajaran KH Tahun Enam.
37
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penekanan
Pembelajaran Kemahiran Hidup adalah melalui pengalaman, penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran berikut ;
• Membuat lakaran• Merekabentuk produk• Menghhasilkan projek• Menyenggara dan membaiak pulih• Menjayakan tanaman sayuran• Mengusahaniagakan barang
Kaedah Pengajaran dan pembelajaran
Pelbagai kaedah boleh di gunakan oleh guru untuk mengajar mata pelajaran ini, termasuklah
• tunjukcara• kajian kes• sumbang saran• main peranan• lawatan• melaksanakan projek
Pemilihan kaedah bergantung kepada objektif pelajaran, kemudahan kelas dan tahap kebolehan murid.
Penilaian
Penilaian bagi mata pelajaran ini akan berlaku secara berterusan.Maklumat dari penilaian berterusan ini akan dapat membantu guru mengatasi kelemahan pelajar.Penilaian boleh di laksanakan melalui ;
38
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
• pemerhatian• lisan• penulisan
KAEDAH PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN
A. SUMBANGSARAN
Tujuan kaedah ini ialah untuk merangsang murid mengambil bahagian
dalam perbincangan.
Kaedah ini biasa dijalankan di permulaan kelas amali dan dalam kelas teori
Pelajar memberi maklumat kepada guru
Tiada jawapan yang betul atau salah
39
Contoh Sumbangsaran : Pelajaran Tahun Enam
Bidang : Reka Bentuk dan TeknologiUnit : Kreativiti dan Reka CiptaTajuk : Penghasilan Projek Reka Cipta
Hasil Pembelajaran : 1. Mengenal pasti masalah2. Mengumpul maklumat
Langkah 1 : Guru menunjukkan satu contoh projek / alat Guru mendapatkan maklumat dari pelajar mengenai :
- Nama alat- Tujuan alat dicipta- Cara menggunakan alat
Langkah 2 : Guru menerangkan satu masalah Pelajar memberi sumbangsaran mengenai cara mengatasi masalah melalui langkah berikut :- mengumpul maklumat- berdasarkan maklumat, menghasilkan satu alat reka
cipta
Langkah 3 : Murid menjalankan aktiviti mencari maklumat
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
B. AMALI
Tujuan kaedah supaya murid menjalankan aktiviti sebenar
Murid dapat pengalaman sebenar menjalankan aktiviti.
Memerlukan peruntukan masa yang panjang
Memerlukan persediaan yang rapi supaya amali dapat dijalankan dengan
berkesan.
Memerlukan peralatan dan bahan yang mencukupi.
40
Contoh Amali : Pelajaran Tahun Enam
Bidang : ElektrikUnit : Elektrik dan ElektronikTajuk : Penghasilan Projek
Hasil Pembelajaran :1. Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen
Langkah 1 :1. Guru menerangkan konsep komponen elektronik dengan bantuan grafik.
2. Guru menunjukkan komponen yang sebenar 3. Guru menerangkan setiap komponen mengikut
- nama komponen- fungsi- simbol- pasif / aktif
Langkah 2 : 1. Murid membanding beza komponen aktif dan pasif dan sebab pasif / aktif itu.
2. Murid melukis semula simbol dan menamakan simbol tersebut.
KUIZ 6:
Apakah yang dimaksudkan dengan modul?
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
C. TUNJUK CARA
Tunjuk cara biasanya dilakukan oleh guru sendiri, tetapi guru juga
boleh mendapatkan bantuan dari orang yang pakar atau pelajar sendiri
yang berkebolehan dalam aktiviti yang dijalankan.
Persediaan rapi perlu diberi perhatian sebelum menjalankan tunjuk
cara.
Tunjuk cara dijalankan dalam kumpulan yang kecil.
Murid dipanggil rapat dengaan guru untuk memerhatikan tunjuk cara
yang dijalankan.
Pelajar perlu menjalankan aktiviti yang sama selepas tunjuk cara untuk
melihat keberkesanan tunjuk cara.
41
Contoh Tunjukcara : Pelajaran Tahun Lima
Bidaang : Reka Bentuk dan TeknologiUnit : JahitanTajuk : Membaiki pakaian
Hasil Pembelajaran: -Menyatakan kegunaan alatan jahitan- Menyatakan kegunaan jahitan asas
Langkah 1 : - Guru memperkenalkan alat-alat jahitan dengan cara - Guru menunjukkan gambar dan alatan sebenar
Langkah 2: - Guru menunjukkan cara menggunakan alat dan bahan secara simulasi
Langkah 3; - Guru menunjukkan cara menjahit jahitan asas dilakukan - (Guru boleh pecahkan kelas kepada kumpulan kecil untuk mendapatkan keberkesanan tunjuk cara )
Langkah 4 : - Murid menjalankan aktiviti di tempat sendiri dan guru memantau. - Guru membantu pelajar yang tidak menjalankan aktiviti dengan betul
KUIZ 7 :
Apakah bezanya kaedah projek dan demonstrasi?
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
D. KAJIAN
Kaedah ini dijalankan di luar bilik darjah
Guru perlu menyediakan panduan atau senarai semak sebelum murid
menjalankan kajian.
Murid menggunakan senarai semak untuk mendapatkan jawapan atau
maklumat.
42
Contoh Kajian : Pelajaran tahun Lima
Bidang : Perniagaan dan KeusahawananUnit : Mempromosi JualanTajuk : Promosi Melalui Jualan
Hasil Pembelajaran : 1. Menyatakan maksud dan tujuan promosi2. Menerangkan cirri bungkusan yang sesuai
untuk promosi
Langkah 1 : Persiapan Awal1. Guru mengenal pasti lokasi dan item yang hendak
di buat kajian Contoh lokasi ialah kedai runcit, pasar mini, kedai koperasi, pasaraya Contoh item ialah cokelat, minuman tin, biskut, makanan ringan
2. Guru menyediakan borang - Senarai Semak Kajian yang mengandungi
perkara yang membantu kajian- kebenaran melawat lokasi iaitu surat kepada
personel di lokasi untuk mendapat kebenaran kajian
Langkah 2 : Dalam Kelas1. Guru menunjukkan kepada pelajar beberapa contoh
bungkusan Teori nya : maksud promosi
Tujuan promosiLangkah 3 : Guru membahagikan kelas kepada kumpulan 2-3 orang untuk mendapatkan maklumat dalam borang ‘Senarai Semak Kajian’Langkah 4 : Selepas lawatan
Guru membuat rumusan bersama pelajar di dalam kelas
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
E. UJI KAJI
Kaedah ini dijalankan di makmal atau bengkel.
Guru perlu menyediakan arahan yang jelas dan terperinci untuk
mendapatkan jawapan / maklumat.
Guru perlu memantau pelajar semasa aktiviti dijalankan untuk mendapat
ketepatan maklumat
F. INKUIRI- PENEMUAN
43
SENARAI SEMAK
1. Nama lokasi kajian dibuat2. Nama barang yang dibuat kajian3. Cara pembungkusan4. Label yang ada pada pembungkusan5. Perkara yang menarik pada bungkusan
Tambah lagi senarai semak yang difikirkan perlu
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
PERINGKAT AKTIVITI INKUIRI - PENEMUANMengenal pasti topik kajian
• Menentukan topik kajian oleh guru• Mendedahkan topik kajian kepada murid• Berbincang tujuan kajian dengan murid
Merancang strategi penyelesaian
• Meramal dan membuat hipotesis• Menentukan cara menjalankan kajian melalui aktiviti
soal jawabMengumpul maklumat yang berkaitan
• Mengumpul maklumat melalui cara memerhati, menyukat, melakukan eksperimen atau membuat rujukan
• Mencatat maklumat yang telah dikumpulMengkaji dan menganalisis maklumat dikumpul
• Menjadualkan dan mengelaskan maklumat• Menginterpretasi dan mentafsir maklumat
Membuat generalisasi atau rumusan
• Membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan hasil pentafsiran
• Merekodkan generalisasi atau rumusan dalam buku nota
LATIHAN 1
Anda sudah pun memahami sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Sekarang cuba dapatkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. Kaji kandungannya. Berpandukan kedua-dua sukatan itu, senaraikan tajuk yang ada kesinambungan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.
LATIHAN 2
Kaji setiap tajuk di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenalpasti tajuk untuk diajar secara amali dan tajuk untuk diajar secara teori.
LATIHAN 3
Sediakan satu Rancangan Mengajar untuk satu tahun. Anda boleh pilih untuk menyediakan rancangan tahun 4 atau 5 atau 6. Langkah menyediakan rancangan mengajar iitu ialah seperti berikut:
a. Kira bilangan minggu belajar dalam tahun ini.b. Dengan mengambil kira minggu peperiksaan dan hari aktiviti kokuikulum,
rancangkan agihan tajuk untuk diajar sepanjang tahun.c. Anda perlu memastikan bilangan jam interaksi yang dicadangkan di dalam
kandungan sukatan pelajaran dapat dipatuhi.
44
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
1.3 RUMUSAN
Anda telah pun mempelajari perkara-perkara berikut:
1. Sukatan pelajaran:
Matlamat mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Objektif mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Organisasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tajuk yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah Huraian sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
2. Strategi pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
1.4 GLOSARI
Artikel. Artikel ialah kain rumah tangga yang boelh digunakan sebagai kain hiasan . Artikel boleh dijahit menggunakan jahit tangan atau jahit mesin.
Barang Barang ialah benda yang dapat kita pegang, sentuh dan rasa seperti pakaian, makanan dan sebagainya.
Bengkel Bengkel adalah bilik khas untuk menjalankan kerja-kerja pertukangan dan pemasangan kerja kayu, logam, elektrik dan elektronik.
DIY Do It YourselfLitar Elektronik Litar elektronik adalah gabungan komponen elektrikEtika Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi.Hidroponik Hidroponik bermaksud menanam sayuran hanya dengan
menggunakan air tanpa menggunakan tanahImej Kendiri Imej kendiri bermaksud pandangan atau gambaran diri yang
merangkumi rupa fizikal, mental-emosi, tingkah laku dan kebolehan.
Jahitan Kia Jahitan Kia merupakan pengganti jahitan mesin.John Inn Potting Mixture JIP mixture merupakan medium campuran memasu dengan nisbah
7:3:2 atau 3:2:1( 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir)
KBSR KBSR merujuk kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983 adalah dibentuk berasaskan beberapa faktor yang menitikberatkan kehendak individu dan negara.
KaedahKaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu topik secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan
45
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
yang sesuai. Kaedah perlu bersifat prosedur yang terdiri drpd langkah-langkah & peringkat peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu
Kelim Kelim ialah penyambungan dua atau lebih lapisan fabrikKelepet Kelepet adalah penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi
lurus atau tepi melengkung pada pakaianKemahiran Kemahiran diertikan sebagai kebolehan melakukan sesuatu
dengan sepenuh kecekapan daripada segi fizikal dan mentalKeusahawanan Keusahawanan ditakrifkan sebagai kebolehan, keupayaan dan
kecenderungan untuk:mencari atau mengenalpasti peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan untuk faedah sendiri, masyarakat dan negara, membuat pengubahsuaian dan pembaharuan serta memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
Komunikasi Komunikasi satu proses penyampaian maksud / mesej oleh individu kepada individu yang lain. Komunikasi berkesan : maksud penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima.
Konflik Konflik bermaksud percanggahan pendapat antara dua pihak sama ada individu atau kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Konsumer Konsumer adalah di maksudkan sebagai orang ramai yang menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kepeluan dan kehendak masing-masing
Konsumerisme Konsumerisme bermaksud kegiatan yang menjaga kepentingan atau kebajikan pengguna yang bertujuan untuk melindungi, membantu, mendidik dan perkhidmatan.
Kreatif Kreatif bermaksud keupayaan yang dapat menghasilkan atau mencetuskan sesuatu idea yang berlainan.
Kurikulum Kurikulum sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan J/kuasa Kabinet, 1979
Latihan Latihan satu proses yang melibatkan pekerja mempelajari suatu kemahiran, pengetahuan, sikap dan tingkah laku selaras dengan keperluan organisasi
(Swexleg dan Yulk (1976)LED Diod Memancar Cahaya (Light Emitting Diode)LDR Perintang peka cahaya (light Dependent Resistor)Litar siri Litar Siri ialah litar yang mengandungi dua atau lebih komponen
yang disambung bersiri.Litar selari Litar Selari mempunyai dua atau lebih komponen disambungkan
merentasi punca voltan yang sama.Lukisan Teknik Lukisan Teknik adalah lukisan atau gambaran grafik benda-benda
sebenar yang dilukis dari sudut-sudut yang berlainanMenyimpan rekod Menyimpan rekod bermaksud membuat catatan tentang setiap
urus niaga dalam buku-buku tertentu.Modal Modal merupakan wang atau aset yang membolehkan pengeluaran beroperasi.Modul Modul merupakan unit pelajaran yang dirancangkan berdasarkan sukatan pelajaran
sesuatu mata pelajaran serta mengikut keperluan individu
Objektif Objektif ialah matlamat yang ditentukan berdasarkan kemahiran pelajaran supaya murid-murid dapat menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Organisasi Organisasi satu bidang yang mencakupi elemen manusia dan juga bukan manusia seperti struktur, teknologi, persekitaran, kompleksiti, kawalan dam strategi. (Jaafar Mahmud, 1999)
Pakaian Pakaian adalah salah satu keperluan asas manusia yang memberi perlindungan kepada tubuh manusia daripada lepanasan dan kesejukan.
46
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
Pelanggan Pelanggan ialah pembeli atau pengguna yang membeli barang-barang atau perkhidmatan
Pembiakan Aseks Pembiakan Aseks merupakan kaedah pembiakan tumbuhan melalui bahagian vegetatif pokok seperti batang, daun, akar dan dahan
Pembelajaran “Pembelajaran terdiri daripada lima domain iaitu kemahiran motor, maklumat insan, kemahiran intelektual, strategi kognitif dan sikap”
Pendidikan Pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
Pengalaman Pengalaman boleh dimaksudkan sebagai perkara yang berlaku atau terjadi menimpa ke atas individu
(Con, 1975)
Pengetahuan Pengetahuan boleh dilihat sebagai satu peringkat kesedaran atau perhubungan yang rapat dengan sesuatu yang memberi keuntungan melalui pengalaman, pembelajaran atau pemikiran
(Jarvis, 1983)Pengajaran Pengajaran sebagai sesuatu proses yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Pengajaran sebagai perkataan pencapaian (An achievement word) ataupun perkataan tugasan (A task word).
Pengujian Pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu
Pengukuran Pengukuran ialah suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keada
Pengusaha Pengusaha ialah orang yang bertanggungjawab mengumpulkan pekerja, modal dan bahan mentah yang diperlukan dalam sesuatu proses pengeluaran.
Penilaian Penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Pengguna Pengguna atau konsumer ialah orang yang menggunakan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya.
Perbincangan Perbincangan ialah satu aktiviti berkumpulan iaitumurid-murid akan bekerjasama atara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah.
Peniaga Peniaga seorang yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan , dengan tujuan untuk membuat keuntungan.
Perniagaan Perniagaan ialah aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. Ia melibatkan peniaga selaku orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan dan perkhidmatan
Promosi Promosi adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh peniaga untuk memberitahu orang ramai tetang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Promosi bermaksud usaha penjual memperkenalkan sesuatu barangan
47
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
Reka cipta RC ialah penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang
Refleksi Refleksi merupakan usaha penuh sedar sesorang guru memberi makna kepada pengalamannya dalam melaksanakan tugas pengajaran ke arah membantu meningkatkan kesedaran kendiri mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri serta bertindak untuk memperbaiki diri
(Hanifah Husin 1999)Risiko Risiko ialah kemungkinan atau bahaya kerugian dalam perniagaanSewa Sewa merupakan perjanjian di antara pemilik harta seperti rumah, tanah, kenderaan dan alat jentera
dengan penyewa.Simulasi Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang
terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah.
Stor Stor adalah tempat penerimaan, perekodan, penjagaan, pengawalan, penyimpanan, pengendalian dan pengurusan barang-barang kerajaan.
Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran tertentu yang mengandungi unit pembelajaran, objektif-objektif dan kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap atau darjah/ tingkatan.
Sumbangsaran Sumbangsaran sebagai pencambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan sati sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan
Tenaga Tenaga ialah jumlah kuasa yang digunakan bagi satu tempoh Teori Teori merupakan kesimpulan @ rumusan-rumusan pendapat yang telah dikemukakan hasil
daripada kajian dan penyelidikan mengenai bagaimana sesuatu bahasa itu dipelajari @ dikuasai oleh seseorang.
1.5 BACAAN ASAS
Masukkan beberapa buku Ilmu Pendidikan
i. Bonk, CJ. & Cunningham, D.J (1998). Searching for learner-centered, constructivist and sociocultural components of collaborative educational learning tools
ii. Jonassen, D., Peck, K., & Wilson, B. (1999). Learning with technology: A constructivist perspective. Upper Saddle River: Prentice Hall, Inc
iii. Kamarudin Husin (1990). Pedagogi 2. Siri Pendidikan Longman, K.L
48
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
1. http://myschoolnet.ppk.kpm.my 2. http://www.moe.gov.my 3. http://www.netscape.co 4. http://www.ppk.kpm.my 5. http://sekolah.mmu.edu.my
iv. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi Pelaksanaan Pengajaran. Penerbitan Fajar Bakti. Shah Alam
v. Rahil Mahyudin etl. (1997). Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Longman. Kuala Lumpur
vi. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1995). Pendidikan Perdagangan dan Keusahawanan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti
vii. Chan Ng Fook. (1975). Seni Perusahaan Buku 4. Kuala Lumpur: DBP
1.6 RUJUKAN / REFERENCES
Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4Kemenetrian Pendidikan Malaysia 2002
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5Kemenetrian Pendidikan Malaysia 2002
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6 Kemenetrian Pendidikan Malaysia 2002
Kementerian Kewangan Malaysia. (1997). Buku Panduan Perolehan Kerajaan.Percetakan Nasional. Kuala Lumpur
49
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2002). Huraian Sukatan Pelajaran; Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4, 5 dan 6
Pusat Perkembangan Kurikulum. Panduan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Buku sumber Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah pilihan IV Bahagian Perdagangan dan Keusahawanan Tingkatan 1,2 dan 3.
PPK. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Kurikulum Berspadu Sekolah Rendah. Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tahun 4,5 dan 6 (semakan).
Buku teks Kemahiran Hidup yang digunakan disekolah ………
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Modul Latihan Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Cheah Huck Chee. et. al. (1996). Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 KBSR. Petaling Jaya, Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.
Cheah Huck Chee. et. al. (1997). Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5 KBSR. Petaling Jaya, Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.
Khor Boon Hui & Faizal Harun (1994). Kemahiran Hidup Tahun 6 KBSR. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1.7 SOALAN TUTORIAL
Taipkan soalan tutorial (jika berkenaan) pada bahagian akhir unit.
50
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
ApakahApakah matlamatmatlamat dandan objektifobjektifsesuatusesuatu matamata pelajaranpelajaran??
PELAJARPELAJAR
Bagaimanakah matlamat danobjektif sesuatu mata pelajaranitu dicapai melalui pembelajaran?
ApakahApakah yang yang akanakan diperkembangkandiperkembangkandalamdalam diridiri pelajarpelajar berdasarkanberdasarkanmatlamatmatlamat dandan objektifobjektif sesuatusesuatu matamatapelajaranpelajaran??
GURUGURU
Bagaimanakah pencapaian matlamatdan objektif sesuatu mata pelajaran itudapat diperkembangkan?
51
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
BagaimanaBagaimana sayasaya dapatdapat mentaksirmentaksirberdasarkanberdasarkan matlamatmatlamat dandan objektifobjektifsesuatusesuatu matamata pelajaranpelajaran
PentaksirPentaksir
Apakah yang akan diperkembangkandalam diri pelajar berdasarkan matlamatdan objektif sesuatu mata pelajaran?
KUIZ 1
Kaji setiap tajuk di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenalpasti tajuk untuk
diajar secara amali dan tajuk untuk diajar secara teori.
(Rujuk Latihan 1)
KUIZ 2
Senaraikan sekurang-kurangnya 10 jenis tumbuhan hiasan
dengan betul setelah membaca modul ini?
i. Pokok Teduhan
52
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
ii. Pokok Renek
iii. Pokok Menjalar
iv. Pokok Memanjat
v. Pokok Kaktus & Lendair
vi. Pokok Okid
vii. Pokok Herba & Ubatan
viii. Pokok Palma
ix. Pokok Bunga Semusim
x. Pokok Dalam Rumah
KUIZ 2
Nyatakan lima jenis lukisan kerja yang anda ketahui?
i. lukisan ortografik
ii. lukisan butiran
iii. lukisan keratan
iv. lukisan isometri
v. lukisan perspektif
KUIZ 3
Huraikan ciri-ciri utama usahawan dalam bentuk peta minda?
53
CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN
KREATIF INOVATIF
BIJAK MENGAMBIL PELUANG
SANGGUP MENGHADAPI RISIKO
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
KUIZ 4
Apakah yang dimaksudkan hidroponik dan jelaskan kebaikannya?
Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air dan phonos bearti
kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air
sebagai medium menggantikan tanah.
Kebaikan Hidroponik
Hidroponik mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bertani secara
konvensional. Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya keatas tanaman. Tumbuhan
dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar penggunaan baja yang lebih
kecil kerana baja tidak di larutresap kedalam tanah. Tanaman lebih cepat matang,
tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang
minima pasti mengurangkan kos pengeluaran.
Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai contoh
tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan seekar setahun
berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.
54
DAYA USAHA YG BERTERUSAN
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
Nyatakan lima jenis sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik
i. Sawi
ii. Kailan
iii. Salad
iv. Tomato
v. Kangkong
KUIZ 5
Huraikan bagaimana strategi kontruktivism dilaksanakandalam mata pelajaran KH?
55
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
MATLAMAT/ OBJEKTIF MATA PELAJARAN
Apa yang diperkembangkan
Cara bagaimanapencapaiandiperkembangkan
GURU
(Pengajaran)
PENTAKSIR
(Pentaksiran)
Cara mentaksir
PELAJAR
(Pembelajaran)
Apa matlamatmata pelajaran
Cara mencapaimatlamat
Konstruk Konteks ArasKesukaran
JanisItem
KlasifikasiItem
PentingKurikulum
KesesuaianKeakuran Ketepatan & Kejelasan
Kesukaran KeadilanPeluang Spesifikasi
Nilai(Sikap)
Konstruk Tajuk Jelas
KATEGORI KONSTRUK YANG DITAKSIR
Pengetahuan(Tahu & Faham)
Kemahiran(Apa yang boleh
dibuat)
56
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
•Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai
Pengetahuan/Kemahiran/ Nilai
Pengetahuan tentang•konsep•fakta•prinsip•kriteria•terminologi•peraturan•kaedah
Kemahiran•Pemahaman•Kemahiran Aplikasi•Kemahiran Proses Sains•Kemahiran Menyelesaikan Masalah•Kemahiran Menganalisis•Kemahiran Sintesis•Kemahiran Menilai
Nilai dan Sikap Saintifik•Bertanggungjawab•Berkeyakinan•Sistematik dllPENGETAHUAN
CONTOH KONSTRUK
Kebolehan kognitif untuk mengingat semula ataumengenalpasti perkara spesifik yang terdapat dalamsuatu kandungan mata pelajaran seperti pengetahuanmengenai:
• terminologi/istilah• fakta khusus• cara mengendalikan perkara khusus atau spesifik
(susunan atau urutan)• kelas dan kategori• metodologi• perkara universal dan abstrak (konsep, prinsip, teori dan
hukum)
57
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
KEMAHIRAN APLIKASI
CONTOH KONSTRUK
Kebolehan menggunakan pengetahuanberkaitan dan kemahiran kritis dan kreatifuntuk memberikan penjelasan bagi suatusituasi baru atau menyelesaikan masalahyang baru
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
CONTOH KONSTRUK
Kebolehan menggunakan pengetahuan , kemahiran saintifik dan kemahiran berfikiruntuk menyelesaikan sesuatu masalah secarakualitatif dan kuantitatif dengan sistematik, terancang dan kreatif
58
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
EVIDENS PENGETAHUAN
Pengetahuan tentang prosedur/ kaedahmelakukan kerja
Penguasaan tentang apa dan bagaimanaharus dilakukan serta mengapa ia dilakukansekiranya situasi berubah
CONTOH KONSTRUK
CIRI KONSTRUKCIRI KONSTRUK
BolehBoleh lihatlihat ((observableobservable)) BolehBoleh taksirtaksir ((measureablemeasureable)) BolehBoleh urusurus ((manageablemanageable)) RelevanRelevan KecukupcakupanKecukupcakupan
((representativenessrepresentativeness)) SeimbangSeimbang
59
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
KUIZ 6
Apakah yang dimaksudkan dengan modul?Modul adalah satu strategi P & P yang berpusatkan bahan. Ia merupakan pukal pembelajaran kendiri yang terdiri daripada pelbagai bentuk bahan-bahan pengajaran. Ia melibatkan bahan bercetak hinggalah kepada media elektronik mengikut prinsip-prinsip pengajaran individu.Satu modul boleh merupakan satu unit pembelajaran yang sempurna ataupun sebahagian daripada satu topik yang lebih luas.
Apakah bezanya kaedah projek dan demonstrasi?Kaedah Projek merupakan satu rancangan kerja yang akan melibatkan pelajar-pelajar membuat sesuatu gerak kerja berdasarkan sesuatu tajuk yang mereka gemari. Kerja projek menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih aktif dan dapat menggunakan daya usaha mereka sepenuhnya.
Manakala demonstrasi adalah satu teknik yang menarik diamalkan dan dianggap sebagai satu strategu yang berpusatkan guru kerana teknik ini melibatkan peranan guru dalam menjayakan sesuatu pembelajaran. Demonstrasi digunakan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran secara berkesan.
Latihan 1.
Anda sudah pun memahami sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Sekarang cuba dapatkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. Kaji kandungannya. Berpandukan kedua-dua sukatan itu, senaraikan tajuk yang ada kesinambungan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.
Sek. Rendah Sek. Men. Topik Baru SMKeselamatan dan Organisasi BengkelKreativiti dan Reka CiptaReka bentuk dan Penghasilan ProjekElektrik & ElektronikBaik Pulih dan PenyenggaraanJahitanTanaman HiasanTanaman SayuranIkan HiasanPerniagaan dan Keusahawanan
1. Reka bentuk dan Teknologi: - Organisasi Bengkel dan Keselamatan- Reka Cipta- Reka bentuk dan Penghasilan Projek- Elektrik- Elektronik- Jahitan- Tanaman Hiasan
2. Kemahiran Teknikal- Perniagaan dan Keusahawanan
3. Ekonomi Rumah Tangga- Jahitan
4. Pertanian- Tanaman Sayuran- Ternakan Ikan Air Tawar
1. Reka bentuk dan Teknologi:- Kerja paip- Lukisan Teknik- Masakan- Tempat Kediaman
2. Kemahiran Teknikal- Asas Elektromekanikal- Enjin
3. Ekonomi Rumah Tangga- Pemakanan dan Pengurusan Sajian (ERT)- Bater- Kuih Tempatan- Biskut dan kek- Pakaian
4. Pertanian- Baja Kompos- Haiwan Kesayangan- Pelanskapan
5. Perdagangan dan Keusahawanan- konsumerisme- Simpan kira-kira
60
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
Latihan 2.
Kaji setiap tajuk di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenalpasti tajuk untuk diajar secara amali dan tajuk untuk diajar secara teori.
Tahun Tajuk Teori Tajuk Amali
Empat
Keselamatan dan Organisasi BengkelKreativiti dan Reka CiptaReka bentuk dan Penghasilan ProjekElektrik dan ElektronikBaik pulih dan PenyenggaraanTanaman HiasanPerniagaan dan Keusahawanan
Kreativiti dan Reka CiptaReka bentuk dan Penghasilan ProjekElektrik dan ElektronikBaik pulih dan PenyenggaraanTanaman HiasanMengurus jualan
Lima
Kreativiti dan Reka CiptaReka bentuk dan Penghasilan ProjekElektrik dan ElektronikBaik Pulih dan PenyenggaraanJahitanIkan HiasanPerniagaan dan Keusahawanan
Kreativiti dan Reka CiptaReka bentuk dan Penghasilan ProjekElektrik dan ElektronikBaik Pulih dan PenyenggaraanJahitanIkan HiasanPerniagaan dan Keusahawanan
Enam
Kreativiti dan Reka CiptaElektrik dan ElektronikBaik Pulih dan PenyenggaraanJahitanTanaman SayuranPerniagaan dan Keusahawanan
Kreativiti dan Reka CiptaElektrik dan ElektronikBaik Pulih dan PenyenggaraanJahitanTanaman SayuranPerniagaan dan Keusahawanan
61
OUM
TOPIK 1SUKATAN PELAJARAN
Latihan 3.
Sediakan satu Rancangan Mengajar untuk satu tahun. Anda boleh pilih untuk menyediakan rancangan tahun 4 atau 5 atau 6. Langkah menyediakan rancangan mengajar iitu ialah seperti berikut:
a. Kira bilangan minggu belajar dalam tahun ini.b. Dengan mengambil kira minggu peperiksaan dan hari aktiviti
kokuikulum, rancangkan agihan tajuk untuk diajar sepanjang tahun.c. Anda perlu memastikan bilangan jam interaksi yang dicadangkan di
dalam kandungan sukatan pelajaran dapat dipatuhi.
RANCANGAN SEMESTER SATU KHSR TAHUN EMPAT 2006
SEMESTER MINGGU TOPIK HASIL PEMBELAJARAN MASA
SATU
1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel
Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan tugas.Menyediakan struktur organisasi tempat kerja..
1 jam
2 Kreativiti Mengenal pasti bentuk asas reka bentuk
1
3 Kreativiti Melakar bentuk asas 14 Kreativiti Membina bentuk asas secara 3D 15 Reka Cipta Menghubungkaitkan bentuk dengan
fungsi produk1
6 Reka Cipta Memasang model yang lebih kompleks berpandukan manual
1
7 Reka Cipta Mengenal pasti jenis dan fungsi pengikat dan penyantum
1
8 Pendokumentasian Mengumpul dan merekod maklumat 19 Pendokumentasian Mempersembahkan
pendokumentasian1
10 Reka bentuk dan Penghasilan Projek
Menentukan projek berpandukan kad kerja
1
11 Reka bentuk dan Penghasilan Projek
Menentukan jenis bahan dan kuantiti
1
12 Reka bentuk dan Penghasilan Projek
Mengukur, menanda dan memotong bahan projek
1
13 Reka bentuk dan Penghasilan Projek
Memasang komponen projek1
14 Reka bentuk dan Penghasilan Projek
Mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat murid
1
15 Pengenalan Elektrik Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen
1
16 Pengenalan Elektrik Membezakan di antara litar siri dan litar selari
1
17 Pengenalan Elektronik Membaca dan menterjemah lukisan litar
1
18 Pengenalan Elektronik Memintal dan mengikat wayar pada tamatan komponen
1
62
OUM
TOPIK 1 SUKATAN PELAJARAN
RANCANGAN SEMESTER DUA KHSR TAHUN EMPAT 2006
SEMESTER MINGGU TOPIK HASIL PEMBELAJARAN MASA
DUA
1 Baik Pulih dan Penyenggaraan
Mengenal pasti bahan dan agen pembersihMeminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran
1
2 Pengenalan Tanaman Hiasan
Mengenal beberapa jenis tanaman hiasan
2
3 Pemilihan Biji Benih Menyemai biji benih pokok bunga semusim
2
4 Penanaman Menyediakan bekas penanaman
2
5 Penjagaan Menjaga tanaman hiasan dalam bekas
2
6 Barang Jualan Mengkelas barang mengikut keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru
1
7 Sumber Jualan Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan
1
8 Membuat Rancangan Jualan Mengenal pasti cara mendapatkan modal
1
9 Menyediakan barang jualan Menentukan tujuan membungkus dan melabel barang jualan
1
10 Mempromosi Jualan Membungkus barang untuk tujuan promosi barang jualan
1
11 Mengurus Jualan Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap
1
12 Merekod Jualan Merekod barang jualan 1
13 Mengira untung dan rugi Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan jualan
1
14 Minggu Jualan Menjual barang-barang yang dikenal pasti
2 hari
15 Minggu Ulang Kaji Mengulangkaji kandungan pelajaran tahun empat
1 M
16 Minggu Peperiksaan Menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan
1 M
17 Minggu Pemarkahan Penyerahan markah peperiksaan.
3 hari
AKHIR TAHUN DAN CUTI SEKOLAH
63
Top Related