TATABAHASA
JABATAN PENGAJIAN UMUM
Khairul Azlan TaibBSc .(hons) UiTM
DEFINISI DAN BIDANG TATABAHASA
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
struktur kata (morfem)Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.
Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num.
Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum".
Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Kata TunggalKata dasar, yakni kata
yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
Contoh:ItuBakalke.
Pengimbuhan (kata terbitan)kata dasar yang
menerima imbuhan.
Dikenali sbg kata terbitan.Contoh:
berlari memasak
Pemajmukan ( kata majmuk)Kata yang wujud apabila
dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Contoh:Bumiputeraair mata.
Penggandaan ( kata ganda)Kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Contoh: kanak-kanak, rumah-rumah, Lelangit, Saudara-mara
kata nama
Kata Nama Am
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang: ayah, polis, perempuan . haiwan: ayam, itik, buaya . benda: televisyen, komputer,
bank . tempat: stadium, jalan raya,
pulau .
Kata Nama KhasKhusus digunakan untuk menyebut
nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa(nama manusia, binatang) dan yang tidak bernyawa (nama tempat, bangunan). benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45 orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman,
Dr. Long binatang: Blacky, Pak Belang, tempat: Kampung Bahru, Shah Alam,
Kuala Lumpur
kata kerjamerupakan golongan kata yang menjadi inti dalam
frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.
Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau )kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata Kerja Transitif-ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.-biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘
Kata Kerja Transitif Aktif Kata Kerja Transitif Pasifmesti disertai oleh objek,
iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif.
menggunakan imbuhan Menmen ...imen ...kanMempermemper...i memper...kan.
disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif.
menggunakan imbuhan di-.
Penyambut Kata Kerja Transitif
Pembuat
Radio itu didengari Atan
Ikan itu dijala oleh Pak Abu
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan
Kata Kerja Tak Transitif- ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri sendiri- tidak memerlukan penyambut
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
memerlukan pelengkap merupakan kata atau frasa yang
melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung (penyambut)
tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap.
Selalunya berada di hujung ayat.
PembuatKata Kerja
Tak Transitif
Keterangan
Kami mandi di tasik
Air sungai beransur surut
Pembuat Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya roboh
Radio itu berbunyi
kata adjektifdikenali sebagai kata sifatmenjadi inti dalam frasa adjektifboleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh
kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
terbahagi kepada 9 subgolongan:
Sifat = baik, cerdik, berani, lemah Jarak = dekat, hampir, jauh
Warna = merah, jingga, ungu, putih Cara = selalu, jarang, kerap, jelas
Ukuran = panjang, tebal, nipis, dalam Perasaan = takut, rindu, marah, sayang
Bentuk = bujur, lurus, bulat
Waktu = lama, lambat, lewat, segera
Pancaindera = rasa: sedap/Lihat : cantik/ Dengar: bising / bau: wangi / sentuh: halus
kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat
yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 16 jenis kata tugas iaitu Kata________
Kata adverba Kata pangkal ayat Kata pembenda
Kata hubung Kata penguat Kata arah
Kata sendi Kata penegas Kata bilangan
Kata seru Kata nafi Kata penekan
Kata bantu Kata pemeri
Kata perintah Kata pembenar
SintaksisSintaksis merupakan satu cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
FrasaFrasa ialah satu binaan atau unsur ayat
yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
jenis frasaFrasa endosentrik
ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti.
FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik
Frasa eksosentrik
ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti
binaan frasaFN, FK dan FS ialah frasa
endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa endosentrik.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti
contohnya di sekolah . (Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran).
KlausaKlausa ialah satu unit rangkaian perkataan
yg mengandungi subjek dan predikat.
Klausa terbahagi kpd 2 jenis iaitu klausa bebas / ayat induk dan klausa tak bebas / klausa kecil.
klausa bebasboleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sbg ayat
lengkap apabila diucapkan dgn intonasi yg sempurna.
Cth : kamu pandai saya akan hadir dia sedang bekerja kami sudah makan
klausa tak bebastidak dapat berdiri sendiri.Cth : Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
(ayat induk) (ayat kecil)
Klausa tak bebas hanya dapat hadir sekiranya wujud ayat induk.
Klausa tak bebas yang hadir bersendirian dianggap tidak gramatis spt:-Walaupun hari telah gelap. (salah)Walaupun hari telah gelap, mereka tetap meneruskan
pertandingan itu. (betul)
Definisi ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Binaan ayat (subjek dan Predikat)
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan dan mempunyai intonasi yang sempurna.
Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Pola ayat dasarAyat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat yang lain.ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana.Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Bahagian predikat pula diisi oleh 4jenis frasa:-
Frasa Nama (FN)Frasa Kerja (FK)Frasa Adjektif (FA)Frasa Sendi Nama (FS).
contohPola Subjek Predikat
Pola 1 Ali bin Ahmad (FN) Pelajar lelaki (FN)
Pola 2 Engkau (FN) Memberi aku dorongan (FK)
Pola 3 Sahabatku (FN) Pintar sekali (FA)
Pola 4 Abang (FN) Ke kedai buku (FS)
Dalam Pola 1-4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagian predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa.
JENIS-JENIS AYAT
ayat penyataAyat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan, iaitu
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh : 1) Pemuda itu seorang jurutera.2) Bunga Mawar itu sangat wangi.3) Bangunan itu sangat tinggi.4) Abdullah seorang doktor.
ayat tanya Ayat yang digunakan bertujuan untuk menanyakan sesuatu
hal.
Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis:
Ayat tanya tanpa kata tanya. Ayat tanya dengan kata tanya.
1) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.> Diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.> Menggunakan lambang tanda soal (?).
> Contoh :1) Ayah masih bekerja?2) Mereka sedang menonton televisyen?3) Orang tua itu sakit?
Ayat perintahAyat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah Contoh penggunaan
Perintah Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.
LaranganJangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan Tolong angkat baju itu.
Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan Sila jamu selera.
Doa Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan Harap – harap hari tidak hujan.
ayat seruanAyat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seruan
bertujuan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, sedih, sakit, geram dan sebagainya.
Menggunakan lambang tanda seru (!) yang diletakkan pada akhir ayat.
Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas.
Contoh : 1) Oh, Tuhanku!2) Aduh, sakitnya!3) Syabas, anda telah berjaya!
RAgAm AYAT
ayat aktifAyat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di
hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di
depan) dan ikan ialah benda kena buat).
ayat pasifAyat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak
di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’.
Kekecualian untuk pelaku ganti nama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
BENTuk AYAT
ayat tunggalAyat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung.
ayat majmukAyat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih
ayat - ayat tunggal
Disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.
( Ayat Majmuk )
ayat majmuk campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu
jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung.
Contoh:
Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas iaitu:
1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia. 2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut. 3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
Sekian….Terima Kasih!!!!
Top Related