NYANYIAN RAKYAT
Disediakan Oleh :Rabiah Binti Abdullah
Nurul Hidayah Binti OmarZaitinoridah Binti HamzahSiti Zahrah Binti Md Yusuf
Nyanyian Rakyat• Nyanyian rakyat merupakan seni puisi berlagu dan
berirama serta mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejak berzaman
• Lirik-liriknya berupa pantun, rangkapan syair mahupun puisi bebas disampaikan melalui melodi dan irama.
• Ada lagu yang mempunyai cerita yang panjang, ada yang berangkap namun tetap mempunyai makna yang tersirat
Fungsi Lagu Rakyat– Merupakan satu daripada seni warisan yang
melambangkan hasil kreatif daripada pujangga silam yang tinggi nilainya.
– Memainkan pelbagai peranan yang berkesan dalam masyarakat dahulu mahupun sekarang.
– 4 fungsi utama ;• Mendidik• Satu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada
pendengar-pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
Mendidik dan Memberi Nasihat• Mendidik masyarakat supaya taat pada ajaran agama di samping membentuk
nilai berbudi bahasa • Contoh ; Burung Kenek-kenek.
Burung Kenek-kenekTerbang tinggi di awanPesan datuk nenekPandai-pandai cari kawan
• Lagu rakyat ‘Burung Kenek-kenek’ merupakan sebuah lagu yang ditujukan kepada kanak-kanak.
• Lagu ini menyelitkan unsur nasihat supaya kanak-kanak berhati-hati dalam memilih kawan.
• Selain itu, lagu ini mengingatkan kanak-kanak supaya menjadi insan yang bertaqwa dan menunaikan solat.
• Perkataan ‘pesan’ pada lirik lagu yang membawa maksud nasihat membuktikan bahawa lagu rakyat ini bertujuan untuk memberi nasihat kepada khalayak
Hiburan • Satu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada pendengar-
pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
• Di samping keindahan melodi, lagu rakyat yang sarat dengan cerita-cerita yang mengasyikkan juga telah memukau pendengar. Sebagai contoh lagu ‘Indung-indung’ yang menceritakan mengenai kepahlawanan seorang pemuda. Sebagai contoh ;
Anak dagang pergilah merantauMembawa keris luk tujuh belas
Besi dititik besi di tintingDiasap kemenyan tunggal
Dibasuh kemenyan tunggal
Indung indung lagu indungIndung indung
Sindiran• Lagu rakyat yang dinyanyikan turut menjadi
medium sindiran kepada golongan-golongan tertentu atas perilaku dan sikap yang di anggap menyimpang dari norma masyarakat.
• Sebagai contoh ;
Ayam makan padiItik makan berasOrang zaman ini
Hatinya keras
Diguna dalam Perubatan Tradisional• Terdapat sebilangan lagu yang digunakan oleh bomoh atau
pawang untuk mengubat penyakit.
• Masyarakat Melayu zaman dahulu sememangnya kuat kepercayaan kepada bomoh dan pawang terutama dalam menyembuhkan penyakit-penyakit.
• Bomoh atau pawang dikatakan akan menggunakan pertolongan makhluk halus untuk menyembuhkan penyakit. Lagu digunakan untuk menyeru makhluk halus berkenaan.
• Sebagai contoh lagu ‘Ulit Mayang’ yang begitu terkenal di Terengganu.
CIRI-CIRI LAGU RAKYAT• Diucapkan melalui perantaraan lisan.
• Penyampaian adalah dari seorang individu kepada seorang individu atau kumpulan yang lain. Seterusnya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain
• Dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya. Lagu rakyat dianggap sebagai hak masyarakat dan bukannya hak perseorangan. Perkara ini berlaku kerana seniman pada masa lampau tidak mempunyai kepentingan individu. Rasa bimbang atau ketakutan pada golongan tertentu juga merupakan faktor sastera rakyat atau juga sastera klasik ini tidak mempunyai nama pengarang atau penciptanya
Sambungan
• Lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.
• Menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.
• Mempunyai unsur-unsur perulangan dan kesamaan.
• Mempunyai nilai-nilai unsur pendidikan.
Sambungan
• Bentuknya tidak mantap, tiada istilah, judul dan nama tertentu dan penyebarannya bersifat setempat.
• Lahirnya daripada aktiviti-aktiviti sosial, agama, hiburan dan ritual yang berlaku dalam kehidupan rakyat sehari-hari.
Top Related