TAJUK 1 RANCANG PENGAJARAN
SINOPSIS
Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang pengajaran
Matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana untuk merancang skema
pengajaran tahunan dan juga menulis rancangan pengajaran harian dengan format
yang betul. Pelajar juga akan tahu pentingnya menulis refleksi pengajaran
termasuklah komponen pemikiran refleksi, catatan refleksi dan tindakan susulan.
HASIL PEMBELAJARANDi akhir kursus ini pelajar dapat:
i. merancang rancangan tahunan/semester dan rancangan pengajaran
harian (RPH) dengan format yang betul.
ii. menulis rancangan pengajaran harian menggunakan komponen yang
betul.
iii. menulis refleksi pengajaran dan pembelajaran.
Para pelajar sekalian !
KERANGKA TAJUK
1
Rancang pengajaran
Merancang pengajaran harian
Menulis rancangan pengajaran harian
Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Anda pernah mendengar istilah rancangan tahunan, rancangan semester,
rancangan mingguan dan rancangan harian. Bolehkan anda terangkan
perbezaan keempat –empat istilah tersebut?
1.1 MERANCANG PENGAJARAN HARIAN
Sebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secara berkesan
guru perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk satu tahun atau satu
semester. Berdasarkan skema kerja tahunan/ semester, guru merancang dan
menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH).
1.1.1 RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTER
Rancangan tahunan/ semester ialah dokumen bercetak yang disediakan oleh
guru atau panitia matematik sekolah berdasarkan kurikulum matematik bagi
mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Rancangan tahunan/
semester perlu menunjukkan agihan tajuk mengikut minggu.
1.1.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Rancangan pengajaran harian merupakan satu pelan tindakan oleh guru dalam
proses pelaksanaan sesuatu pengajaran. Ia merupakan dokumen yang penting
bagi seseorang guru. Satu perancangan harian yang disediakan guru untuk satu
mata pelajaran mengandungi maklumat tentang pelajar,matlamat yg ingin
dicapai, isi kandungan yg akan disampaikan dan penentuan pencapaian
matlamat. RPH mengandungi refleksi sesuatu yang telah dilaksanakan dan
tindakan selanjutnya yang merangkumi aktiviti guru, keterlibatan pelajar dan
interaksi bilik darjah.
1.1.2.1 Huraian isi kandungan pelajaran.
Sebagai seorang guru Matematik, anda mesti mengetahui dan memahami
kurikulum Matematik sekolah Menengah sebelum merancang pengajaran.
2
Aktiviti 1
Kumpulkan rancangan tahunan matematik yang terdapat di sekolah yang
berdekatan dengan tempat tinggal anda dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio.
Kurikulum Matematik merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua
guru Matematik. Kurikulum Matematik digubal oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) dengan objektif-objektif yang
tertentu. Matlamat Kurikulum Matematik sekolah Menengah adalah seperti
berikut:
Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan
Nombor, Bentuk dan Perkaitan
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak,darab dan
bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
membuat anggaran dan penghampiran.
mengukur dan membina.
memungut dan mengendali data.
mewakilkan dan mentafsir data.
mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik.
menggunakan algoritma dan perkaitan.
menyelesaikan masalah.
membuat keputusan.
Berkomunikasi secara matematik.
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;
Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai
kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik.
Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab.
Bersikap positif terhadap matematik.
Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
3
Aktiviti 2
Dapatkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Matematik dan
huraiannya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sediakan skop dan urutan
tajuk Matematik sekolah Menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Bincangkan.
1.1.2.2 Tahap penguasaan kemahiran matematik pelajar.Dalam merancang pengajaran harian, tahap penguasaan kemahiran matematik
pelajar perlu dititikberatkan. Guru juga perlu memahami bagaimana aras
perkembangan pelajar mempengaruhi kebolehannya untuk belajar .Guru harus
merangka suatu pengajaran yang memastikan agar pelajar dapat mencapai hasil
pembelajaran yang dihasratkan. Rancangan pengajaran memandu tindakan dan
oleh itu, ianya perlu fleksibel dan boleh diubah mengikut keperluan. Guru harus
memastikan agar pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan.
1.1.2.3 Fasa- Fasa Pembelajaran
Bila merancang pengajaran harian, guru perlu mengetahui fasa-fasa
pembelajaran supaya P&P yang dirancang dapat dijalankan dengan berkesan.
Fasa Persediaan
Komponen yang perlu ada dalam bahagian persediaan ialah maklumat am,
pengetahuan sedia ada, standard pembelajaran, standard kandungan, hasil
pembelajaran, isi pelajaran, nilai murni ,EMK (elemen merentasi kurikulum),
sumber pelajaran dan langkah keselamatan.
Maklumat am termasuk butiran tentang tarikh, masa, kelas, bilangan pelajar,
mata pelajaran dan tajuk. Ini penting kepada guru untuk mengetahui enrolmen
pelajar bagi merancang strategi dan media pengajaran.
4
Fasa fasa
pembelajaran
Fasa persediaan Fasa penyampaian/perkembangan Fasa Penutup
Pengetahuan sedia ada ialah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar.
Ini penting kepada guru bagi menentukan peringkat permulaan pengajaran,
penyediaan media & kaedah pengajaran yang sesuai, menjangka hasil
pembelajaran dan membolehkan pelajar lebih mudah faham.
Bersesuaian dengan FPN, ada 16 nilai murni yang perlu diterapkan melalui
proses P&P. Antaranya ialah kasih sayang dan kejujuran.Guru perlu memilih
nilai murni yang hendak ditekankan dan sesuai dengan isi pelajaran. Nilai
murni penting bagi melahirkan insan yang seimbang JERI nya.
Sumber pengajaran merujuk kepada bahan yang digunakan dalam proses
P&P sama ada dalam bentuk media (ICT) atau BBB (Bahan bantu belajar)
secara konkrit. Contoh media pengajaran ialah papan gulung, projektor, carta,
model, LCD. Bahan rujukan terdiri daripada bahan bercetak seperti buku teks,
buku rujukan, risalah dan buletin .Pentingnya menggunakan bahan sumber
pengajaran adalah untuk memastikan P&P menarik, menyeronokan dan
membantu guru meluaskan pengetahuan dan kemahiran serta mengemaskini
maklumat yang diajar.
Langkah keselamatan adalah tindakan berjaga-jaga yang perlu diberi
perhatian semasa proses P&P. Ia perlu ditekankan dalam kelas amali seperti
sains, kemahiran hidup, pendidikan seni dan pendidikan jasmani. Ia juga
penting sebagai satu disilpin belajar dan bagi mengelakkan kecederaan
berlaku.
Fasa PenyampaianKomponen yang perlu ada dalam bahagian penyampaian ialah set induksi dan
perkembangan.
Set induksi mesti mengorientasikan fikiran dan perhatian pelajar kepada
pelajaran dan objektif pengajaran. Semasa sesi permulaan, guru perlu
mengwujudkan suasana kesediaan pelajar untuk belajar. Pelaksanaan set
induksi perlu sesuai, menarik, menyeronokkan dan dapat menarik tumpuan
dan memotivasikan pelajar. Set induksi perlu menarik dengan tujuan
menimbulkan minat pelajar, mencetuskan rasa ingin tahu, mengaitkan
5
dengan pelajaran lepas,menyediakan struktur pelajaran dan menggalakkan
penglibatan pelajar. Contoh set induksi ialah lakonan, cerita, nyanyian dan
persembahan video.
Perkembangan ialah peringkat menyampaikan isi pelajaran. Isi pelajaran yang
penting termasuk strategi, kaedah, aktiviti, penggunaan media, nilai murni dan
soalan yang dikemukakan. Dalam perkembangan pengajaran, guru harus
melaksanakan pengajaran dengan amat teratur dan terkawal. Isi pelajaran
yang diajar dapat disampaikan secara berperingkat–peringkat mengikut
kelajuan penyampaian dan disesuaikan dengan tahap kebolehan pelajar.
Selain itu guru perlu mempelbagaikan aktiviti mengikut kehendak dan
kebolehan pelajar serta menepati hasil pembelajaran dan berjaya mengawal
semua pelajar dalam kelas. Langkah-langkah penyampaian disusun mengikut
tertib dari yang mudah kepada yang kompleks.Isi pelajaran mesti disusun
secara logik dan bermakna. Dalam peringkat perkembangan beberapa
kemahiran perlu diaplikasikan seperti kemahiran peneguhan, kemahiran
menerangkan ilustrasi,kemahiran menggunakan papan hitam dan ICT ,
kemahiran variasi rangsangan dan kemahiran menyoal.
.
Fasa Penutup
Aspek-aspek dalam penutup merangkumi rumusan secara kognitif dan sosial,
penilaian, kerja lanjutan dan refleksi.
Rumusan/kesimpulan perlu ringkas, padat dan jelas untuk menunjukkan
hubungkait antara fakta dan aktiviti. Rumusan merangkumi aspek sosial dengan
memberi tumpuan kepada tingkahlaku pelajar yang patut diberi pujian dan
peneguhan. Dari aspek kognitif pula, guru perlu meminta maklum balas pelajar
6
Aktiviti 3.
Carikan maklumat tentang kemahiran peneguhan, kemahiran menerangkan
ilustrasi, kemahiran variasi rangsangan dan kemahiran menyoal. Bincang
dalam kelas dan simpan nota dalam fail.
tentang pengajaran yang telah berlaku. Minta pelajar cadangkan cara
pembelajaran yang boleh diaplikasikan.
Penilaian lebih berfokus tentang sejauhmana objektif pengajaran tercapai.Ia
dibuat berdasarkan apa yang telah dipelajari secara lisan atau bertulis.
Kerja lanjutan adalah komponen yang perlu ada nilai sebenar dan dapat
menyumbang kepada kefahaman dan pengalaman pelajar. Kerja lanjutan perlu
dirancang awal, mengandungi arahan khusus dan jangkaan masalah yang
mungkin timbul perlu dibincangkan. Beri masa kepada pelajar untuk menyoal
guru jika mereka tidak faham tentang tugasan yang diberi.
1.1.2.4 Format umum rancangan pengajaran harian
Buku Persediaan mengajar adalah suatu keperluan untuk guru sebelum
memulakan pengajaran. Antara tujuan menyediakan buku persediaan mengajar
ialah
Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan
dalam buku persediaan mengajar.
Panduan guru mengikuti jadual yang ditetapkan.
Memastikan langkah disusun mengikut urutan.
Sebagai rekod pengajaran yang telah dan belum diajar.
Format RPHRPH ditulis berdasarkan format tertentu. Komponen-komponen berikut perlu ada
dalam RPH:
Matapelajaran :
Kelas :
Tarikh:
Masa:
Bilangan pelajar:
Bidang : Standard Kandungan:
Tajuk: Pengetahuan sedia ada:
EMK (Elemen merentasi kurikulum):
Nilai:
7
BBB(Bahan bantu belajar):
Penilaian:
Refleksi:
Fasa/Masa Isi kandungan Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
Catatan
Induksi(5 min)Imaginasi(15 min)Perkembangan(20 min)Tindakan(15 min)Penutup(5 min)
Rumusan(i) kognitif(ii) sosial(iii)Kerja Lanjutan
1.2 MENULIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTerdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh guru semasa
menulis RPH. Perkara-perkara tersebut ialah:
Hasil pembelajaran
peruntukan masa
pengetahuan sedia ada pelajar
saiz kelas
Bahan Bantu Belajar (BBB)
tahap keupayaan pelajar
kemahiran berfikir dan nilai murni
pendekatan dan strategi pengajaran
aktiviti bagi setiap fasa pembelajaran
aktiviti pentaksiran
aktiviti pemulihan/pengayaan
8
Aktiviti 5
Sediakan nota ringkas tentang kepentingan rancangan pengajaran harian
kepada guru. Simpan nota anda dalam folio.
1.2.1 Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah suatu pernyataan yang menentukan apa yang pelajar
akan pelajari dan bagaimana guru mengetahui sama ada objektif tercapai atau
tidak. Hasil pembelajaran merujuk kepada objektif perlakuan, objektif spesifik
dan objektif pengajaran.Kepentingan hasil pembelajaran ialah untuk
menentukan tujuan pengajaran, panduan penilaian pengajaran, garis panduan
untuk mengajar dan panduan supaya pelajar tahu apa yang akan mereka
pelajari.
Kualiti pembelajaran guru boleh diukur daripada tindakbalas pelajar dalam kelas.
Bagi guru yang cemerlang, pengajarannya amat difahami oleh pelajar dan
petunjuk aras kefahaman ini ialah bila pelajar dapat memberi jawapan yang tepat
tentang isi pelajaran. Selain itu bukti lain yang boleh dilihat adalah perubahan
tingkahlaku positif seperti pelajar amat responsif dan terlibat sepenuhnya dalam
aktiviti P&P.
Pencapaian hasil pembelajaran dinilai daripada semua aktiviti P&P yang
dirancang dalam hasil pembelajaran dapat dijalankan dengan jayanya. Guru
dianggap kurang berjaya sekiranya aktiviti P&P yang dirancang tidak dapat
dicapai. Oleh itu perancangan aktiviti untuk mencapai hasil pembelajaran mesti
tepat dan sesuai mengikut masa yang ditetapkan.
1.2.2 Aktiviti bagi setiap Fasa Pembelajaran
Aktiviti yang dijalankan dalam fasa pembelajaran adalah bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran. Ia merupakan panduan untuk membantu guru
menjalankan apa yang hendak diajar, juga panduan untuk pelajar mencapai
objektif yang dinyatakan. Aktiviti yang dijalankan perlu mengikut turutan dan
perlu melibatkan pelajar dalam pembelajaran aktif. Aktiviti dalam fasa
pembelajaran juga harus dipelbagaikan mengikut kehendak dan kebolehan
pelajar serta menepati hasil pembelajaran. Antara aktiviti pembelajaran abad ke
21 yang boleh dijalankan oleh guru dalam bilik darjah ialah menggunakan
pembelajaran koperatif.
9
Pembelajaran koperatif merupakan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan murid bekerja dalam kumpulan kecil heterogeneous untuk saling
bantu membantu mempelajari isi pelajaran di dalam bilik darjah. Ahli kumpulan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran secara individu dan secara kumpulan.
Mereka akan menyumbangkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
sumber pembelajaran kepada kumpulan. Mereka akan bekerjasama dan
berkolaboratif agar setiap ahli kumpulan mendapat faedah daripada sumbangan
ahli, akhirnya mereka mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu seperti pembinaan kumpulan
kecil (team building), pembinaan satu kelas (class building), masteri, kemahiran
berfikir, perkongsian maklumat dan kemahiran berkomunikasi. Antara struktur
pembelajaran koperatif ialah :
a) Think-Pair-Share (Fikir- Berpasangan-Kongsi)
b) Tree Steps Interview (Temubual Tiga Langkah)
c) Jigsaw
d) Peer Editing (Semakan Rakan Sebaya)
e) Three Stay, One Stray (Tiga Tinggal, Satu Bergerak)
f) Round Robin (Giliran ikut Pusingan)
Contoh-Contoh Lain Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif
PERKONGSIAN KUMPULAN PERKONGSIAN KELAS
Think Pair Share
Timed Pair Share
Stroll Pair Share
Rally Robin
Round Robin
Round Table
Stand Share Sit
Mr. Ambassador
Mr. Postman
Mr. Spy
Jigsaw
Team inside/outside
10
Aktiviti 6
Dapatkan maklumat mengenai struktur pembelajaran koperatif aktiviti di atas dan
kongsikan bersama rakan dalam kelas anda.Simpan nota dalam folio.
1.2.3 Aktiviti Pentaksiran
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi
maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan pelajar itu
sendiri. Pentaksiran sekolah adalah satu proses yang sistematik untuk
mengumpul maklumat tentang perkembangan pelajar bagi membantu guru
membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan
susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pentaksiran sekolah juga berfungsi sebagai
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran
tentang pembelajaran (assessment of learning).
Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Pentaksiran adalah satu proses
yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada aktiviti dalam P&P. Dalam
aktiviti pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Antara aktiviti pentaksiran yang boleh dijalankan di
dalam kelas termasuklah menggunakan lembaran kerja, pemerhatian tingkah
laku murid, kuiz,senarai semak, laporan tugasan,tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran yang seiring dengan proses P&P dipanggil pentaksiran formatif.
Manakala pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran,
penggal, bulan dan tahun.
Hasil pentaksiran terhadap pelajar membolehkan guru mengambil tindakan
susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan
potensi pelajar sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Hasil
pentaksiran juga boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti
yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.2.4 Aktiviti pemulihan/pengayaan
11
Penting bagi seorang guru itu untuk mengenalpasti dalam kalangan pelajar
terdapat perbezaan aras pencapaian agar guru dapat menjayakan aktiviti P&P
matematik di dalam kelas. Guru perlu mengenalpasti pelajar yang dapat
menguasai mata pelajaran matematik kerana setiap pelajar yang ada di dalam
kelas mempunyai aras yang berbeza. Guru perlu membuat beberapa ujian atau
pemerhatian untuk mengenalpasti situasi ini.
Aktiviti adalah merupakan komponen penting di dalam mata pelajaran
matematik. Penglibatan pelajar yang berbeza aras di dalam aktiviti pemulihan
dan pengayaan adalah sangat penting. Dalam aktiviti ini biasanya pelajar akan
dibahagi kepada kumpulan kecil yang mengandungi pelajar pelbagai aras. Guru
perlu menjadikan sesi P&P agar lebih bermakna dan menarik, murid perlu terlibat
secara aktif, serta diberikan sokongan dan galakan (Baroody & Coslick, 1998).
Aktiviti pemulihan dan pengayaan yang dilakukan oleh guru mempunyai tujuan
yang tertentu. Antaranya adalah membantu dalam membina konsep matematik
dan mendapatkan kemahiran matematik agar pelajar yang mempunyai aras
rendah tidak ketinggalan dengan pelajar beraras tinggi yang dapat menguasai
konsep dan kemahiran dengan mudah. Dengan adanya aktiviti pemulihan
terhadap pelajar beraras rendah, maka konsep matematik yang perlu dikuasai
terlebih dahulu itu dapat dikuasai oleh pelajar sebelum memperkayakan lagi
kemahiran matematik mereka dengan pelbagai konsep yang terdapat dalam
mata pelajaran matematik.
Dalam aktiviti pemulihan untuk mengajar topik operasi asas iaitu tambah, tolak,
darab dan bahagi guru boleh menggunakan bahan konkrit seperti batang
aiskrim, pensil, guli, manik, batu dan juga bahan yang bersesuaian dengan
murid. Apabila menunjukkan bahan konkrit semasa pengiraan tambah, pelajar
lebih faham daripada menunjukkan ayat matematik.Pengajaran sesuatu konsep
dalam matematik memerlukan bahan konkrit bagi menimbulkan suasana yang
tidak membosankan serta mudah difahami oleh pelajar beraras rendah apabila
diperkenalkan kepada sesuatu konsep yang baharu.
12
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengikut kebolehan dan
pengetahuan sedia ada murid untuk digabungjalinkan dengan kemahiran asas
yang telah dikuasai dengan kemahiran yang baru dipelajari.Isi pelajaran perlu
bermula dari mudah kepada kompleks, dari pengalaman sedia ada kepada
pengalaman baharu dan daripada umum kepada spesifik. Penggunaan bahan
rangsangan perlu dipelbagaikan untuk menarik seterusnya mengekalkan minat
pelajar untuk terus belajar. Selain itu, guru perlu menggunakan teknik menyoal
dan inkuiri penemuan agar membangkitkan naluri ingin tahu dalam kalangan
pelajar.
Strategi pembelajaran berkumpulan dan individu perlu diterapkan. Contohnya
aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Peneguhan juga penting sebagai
rangsangan dalam membantu kesediaan belajar pelajar untuk terus belajar.
Aktiviti kemahiran asas harus diberi secukupnya sebagai pengukuhan untuk
mempelajari kemahiran baharu yang lebih kompleks. Bahan Bantu Belajar (BBB)
mestilah menggunakan benda konkrit agar dapat menarik perhatian pelajar serta
menggunakan teknologi seperti perisian komputer dalam mempertingkatkan
kefahaman pelajar.
Antara aktiviti pengayaan pula guru boleh menjalankan aktiviti permainan,
kuiz,pertandingan,kerja projek, ujikaji atau memberi lembaran kerja.Secara
amnya pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi harus diberi tugasan yang
lebih kompleks dan mencabar. Biasanya pelajar yang dipilih untuk aktiviti
pengayaan telah menguasai kemahiran asas. Guru perlu melaksanakan aktiviti
pengayaan yang dipelbagaikan dengan banyak konsep yang berkaitan dengan
matematik dan juga kehidupan harian mereka.
13
Anda boleh mencari jenis-jenis aktiviti pengayaan dan pemulihan dengan
mengakses sesawang berikut:
www.leesummit.k12.mo.us/its/mathematics.htm
http://ericec.org/faq/gt-enric.html
www.ofsted.gov.uk/reports/ittreports/1279.htm
Bincang maklumat yang anda dapat dengan rakan dan simpan maklumat
dalam folio.
1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi
kemajuan profesion keguruan.Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guru
amatlah bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan
kaedah sistematik dalam refleksi, pengalaman tersebut dapat dijadikan
pengajaran dan membawa pengertian kepada semua guru.
Amalan refleksi diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The
Reflective Practitioner” dalam tahun 1987. Konsep refleksi yang popular dan
sesuai dengan kerjaya keguruan telah dikemukakan oleh beberapa tokoh sains
sosial. Antaranya ialah;
“Reflective thought is the active, careful and persistent examination of
any belief, or purported form of knowledge, in the light of grounds that
support it and the further conclusions toward which tend”
(Dewey,1975)
“A process of reveiwing an experience of practice in order to
describe,analyse, evaluate and so inform learning about practice” .
(Reid,1993)
14
“Proses merenung,menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan
dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara
berterusan. Refleksi kritikal menitikberatkan penerokaan domain
afektif, kerohanian dan pemikiran rasional oleh seseorang dalam
tindakannya untuk mencari kebenaran terhadap tindakannya bagi
tujuan memperbaiki diri dan persekitaran” (Hanifah,1999)
Ciri-ciri Refleksi
Proses Sistematik
Proses refleksi ialah proses yang sistematik, mengingati kembali dari ingatan
pengalaman-pengalaman yang telah berlalu. Dalam proses sistematik ini, guru
memahami dan menjelaskan proses yang berlaku dari awal hingga akhir bagi
sesuatu kejadian supaya mendapat pengertian dan pemahaman pembelajaran
yang baharu.
Contohnya, mengingati kembali dan memahami apa yang berlaku ketika
mengajar, apa yang berlaku di minda guru dan reaksi pelajar pada setiap
langkah pengajaran.
Bukti Penambahbaikan
Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan pengetahuan teknikal untuk
meramal penyelesaian efektif untuk proses penambahbaikan. Selepas
mengajar sesuatu pelajaran, guru perlu menganalisis aktiviti pembelajaran
untuk menunjukkan hasil positif dan negatif.
Contohnya, dalam sesuatu situasi P&P, perkara yang perlu dielakkan dan
langkah-langkah yang diteruskan apabila sesuatu pelajaran yang diulangi perlu
diberi penekanan.
Pengetahuan Gerak Hati Refleksi melibatkan penggunaan pengetahuan gerak hati. Dalam proses
refleksi, pembelajaran berlaku melalui teknik inkuiri. Mengikut pengetahuan
gerak hati, guru sentiasa dapat membuat perubahan dan pembaharuan
kepada proses pengajaran.
15
Meramal AkibatRefleksi membolehkan guru menjangka hasil sesuatu tindakan dan membuat
perancangan awal. Guru dapat meramalkan tentang segala perubahan dan
hasil pembelajaran kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang pelajar
mereka.
Menjana Idea-Idea Baru
Refleksi membantu guru merangka semula pengetahuan teori yang lampau
dengan menggunakan pengertian baharu untuk mengubah pengajaran
mereka. Oleh yang demikian, guru boleh menjana idea yang baharu untuk
diterapkan dalam pengajaran selepas pengalaman praktikum mereka.
Berfikir Secara Kritikal Refleksi adalah proses pemikiran kritikal pelbagai faktor yang mempengaruhi
pengajaran guru di dalam kelas. Dalam proses pemikiran kritikal, guru perlu
membuat pengubahsuaian kepada pengetahuan yang diperolehi daripada
langkah-langkah pengajaran yang berlaku di dalam kelas. Guru juga perlu
membuat perubahan secara langsung apabila keadaaan yang tidak dijangka
berlaku ketika mereka mengajar.
Amalan Etika
Refleksi adalah suatu proses yang menghargai dan menghormati semua
orang. Terdapat satu kod amalan etika yang perlu diikuti oleh semua guru
yang terlibat dalam amalan refleksi. Semua aktiviti professional dan peribadi
dijalankan dengan sikap mengambil berat dan toleransi.
Proses Aktif Refleksi adalah proses aktif mengingat kembali, menganalisis dan mencari
penyelesaian kepada masalah. Menurut Schon (1987), ini dibuat melalui
refleksi dengan cara yang berikut:- 1.Refleksi Semasa Pengajaran 2.Refleksi
Selepas Pengajaran dan 3.Refleksi Tindakan Susulan
16
1.3.1 Pemikiran Refleksi
Refleksi adalah suatu proses yang dinamik. Biasanya pemikiran refleksi bermula
dengan meneroka, memahami dan menilai sesuatu amalan atau tindakan untuk
mencapai sesuatu objektif .Dalam pemikiran refleksi , proses berfikir difokuskan
kepada penilaian sejauhmana kemahiran dan strategi yang digunakan oleh guru
sesuai dan relevan. Guru dapat mengenalpasti serta menilai kekuatan dan
kelemahan diri dengan amat jelas.Oleh itu reflektif boleh dikatakan sebagai satu
proses berfikir secara aktif dengan penuh sedar dalam membuat penilaian,
meneroka kekuatan dan kelemahan diri serta mencari kebenaran dalam tindakan
atau amalan . Guru juga dapat meramal kesan tindakan dan bertindak
berlandaskan bukti dan seterusnya merancang langkah susulan yang sesuai.
Model refleksi yang kerap dirujuk adalah Model Schon (1987).
Rajah 1 : Model Schon (1987)
1.3.2 Catatan Refleksi
Catatan refleksi merupakan penulisan ilmiah yang melibatkan proses pemikiran
yang aktif dan dilaksanakan secara sedar dengan tujuan menyelesaikan
masalah dan memahaminya secara lebih bermakna. Catatan refleksi yang lebih
sistematik dapat dilakukan dengan menggunakan pemetaan proses pemikiran
17
RECEIVED KNOWLEDGE
PREVIOUS EXPERIENTAL KNOWLEDGE
PROFESSIONAL COMPETENCE
PRACTICE REFLECTION
REFLECTIVE CYCLE
dan catatan refleksi. Pemetaan proses pemikiran mengandungi pengalaman
terpilih iaitu menceritakan semula dan tinjauan kritis, pembelajaran daripada
pengalaman dan peningkatan diri.
Contoh catatan refleksi. Catatan deskriptif
- pelajar mengantuk dalam kelas.
- Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa
ditangguhkan kepada pengajaran yang akan datang.
Catatan refleksi deskriptif- Terdapat beberapa pelajar yang membuat bising di dalam
kelas dan tidak menghiraukan pengajaran guru. Guru
bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan
soalan yang berkaitan.
Refleksi Dialog- Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran hari ini.
Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar
mencuba. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang
persediaan mengenai tajuk yang diajar.
Refleksi kritikal- Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar.
Walaupun begitu saya suka ketawa semasa mengajar. saya
akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran
saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila
mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar
sejarah beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan
dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya
menjadi insan yang berjaya. Oleh itu saya percaya
pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar saya
mempelajari sejarah.
Contoh Refleksi yang tidak tepat: - Proses P&P berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
- Proses P&P berjalan lancar dan objektif tercapai.
18
- Semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti P&P
Sebagai panduan, jawapan kepada soalan-soalan berikut di bawah boleh
digunakan untuk menulis refleksi yang baik.
Apakah perasaan saya terhadap pengajaran tadi? Apakah yang
paling menarik pelajaran saya hari ini?
Sejauh mana objektif P&P tercapai? Adakah pelajar telah
mempelajari kandungan pelajaran? Apakah bukti penilaian saya
dalam aspek ini?
Adakah menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dalam pelajaran ini? Apa buktinya?
Sekiranya saya mengulangi pelajaran ini, bagaimana saya boleh
meningkatkan proses P&P? Bagaimanakah pengalaman ini dapat
membantu saya mengajar dengan lebih berkesan?
Adakah pengajaran saya berjaya menyampaikan maklumat yang
ingin saya sampaikan?
Apakah cara lain yang boleh saya gunakan?
Bagaimana pelajar telah memberi respon kepada pengajaran saya?
Sejauh manakah berkesannya pengajaran saya hari ini?
Bagaimana saya boleh memperbaiki pengajaran saya?
Adakah bahasa yang saya gunakan sesuai?
Adakah kaedah yang saya gunakan membantu saya dalam
pengajaran saya?
1.3.3 Tindakan susulan
Refleksi ini diamalkan selepas pengajaran apabila guru menilai dan
membuat kesimpulan mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya seperti
membentuk satu pelan tindakan baharu untuk pengajaran. Ciri-ciri tersebut
wujud apabila guru menjadikan refleksi sebagai suatu aspek amalan praktikal
pengajaran. Ia memanfaatkan guru dalam pelbagai cara. Hasil daripada refleksi
ini guru boleh:
19
Mengekalkan kaedah atau cara pengajaran mereka jika ini
membawa kesan yang positif atau
Mencadangkan / melakukan sesuatu yang lain dengan cara yang
lain untuk membawa hasil yang diinginkan. Yang inilah dikatakan
pembangunan profesional.
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (RPH)
Rancangan Mengajar Harian Matematik Sekolah rendah
Matapelajaran : MatematikKelas : Tahun 1 CerdikTarikh: 23.4.15 Masa: 9.30-10.50 pagiBilangan murid: 33 orang (11 lelaki,12 perempuan)
Bidang: Nombor dan Operasi
Tajuk : Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan: 2.2 Menama dan menentukan nilai.
Standard Pembelajaran: 2.2.1 Menamakan nombor hingga 100:(a) Membilang objek dalam kumpulan(b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.(c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan.(d) Menamakan angka.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ,murid dapat:(i) membilang semua objek dengan betul dengan bimbingan guru.(ii)menamakan nombor 2 daripada 3 kumpulan objek dengan betul menggunakan kad gambar. (iii)membandingkan kuantiti 2 kumpulan objek dengan betul melalui aktiviti kumpulan.(iv)menamakan 3 daripada 5 angka dengan betul menggunakan kad petak seratus dalam aktiviti kumpulan.
Pengetahuan sedia ada: Murid berupaya menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.EMK : kreatif dan inovatif Nilai : Kerjasama, berdisiplin, tolong-menolong, bertanggungjawab, yakin
20
diri.BBB : gula-gula, pensil warna, kad nombor, kad gambar, kad imbasan, bola kecil.kad petak seratus, blok asas.Penilaian : Rujuk lembaran kerja dan aktiviti untuk melihat kebolehan murid menguasai standard.
Fasa/masa Isi kandungan Cadangan Aktiviti Cadangan komunikasi
Catatan
Persediaan/induksi(5 min)
Tunjuk bahan konkrit pada murid
a. Minta murid membuat pemerhatian terhadap bilangan gula-gula di dalam sebuah bekas.b. Minta murid membuat pengiraan bilangan gula-gula yang ditunjukkan.c. Galakkan murid mengeluarkan idea danmenunjukkan cara membilang yangdilakukan.d. Paparkan sebilangan bola kecil dalam bekas.(Bilangannya tidak lebih daripada 10). Minta murid menyatakan kuantiti bola kecil yangdikira.
e. Paparkan dua kumpulan pensel .Minta murid membuat pemerhatianterhadap bilangan kumpulan penselwarna yang ditunjukkan.ii. Murid membuat perbandingan bilanganpensel warna bagi setiap kumpulan.f.Tunjukkan beberapa keping kad nombor
Apakah yang anda dapat lihat di dalam bekas ini?
i. Berapa bilangan bola kecil yang adadi dalam bekas ini?
Berapakah kumpulan yangditunjukkan?
Berapakah bilanganpensel warna yang dalam setiapkumpulan?
Ini nombor apa?
BBB : gula-gula, pensil warna.kad gambar.
Teknik : berdialog
kbkk: menjana idea
Imaginasi (15 min)
Penjanaan ideaSintesis idea
a.Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.i. Setiap kumpulan diberi sekeping kadgambar.ii. Ketua kumpulan diminta menyatakannilai pada kad gambar yang diterima.
Lihat lampiran Ai. Berapakah bilangankereta yangterdapat pada kadgambar kamu?ii. Kumpulan manakah yang lebih banyak?
21
13
ii. Terangkan konsep perbandingan kuantitiantara dua kumpulan.b. Gunakan contoh-contoh lain yang sesuaibagi mengukuhkan kefahaman murid.C.Paparkan kad nombor kepada murid dan minta murid wakilkan nombor yang dilihat dengan objek yang ada di sekeliling mereka.Bincangkan hasil kerja yang dilakukan
iii. Berapakahperbezaan antaradua kumpulan ini?
Apakah nombor ini?ii. Wakilkan nombor inidengan objek yang berhampiran kamu.
Perkembangan (20 min )
Membuatpenambahbaikanuntukmengembangkan idea
Kad A
Kad B
a. Paparkan kad imbasan seperti contoh di sebelah:
b. Minta murid mengeluarkan idea bagaimanaproses membilang dilakukan pada:i. Rakan.ii. Kumpulan.iii. Kelas.
i. Berapakah bilanganbuah-buahan padakad A?
ii. Berapakah bilanganbuah-buahan padakad B?
iii. Kad yang manakahmempunyai buah buahanyang lebihbanyak?
i. Nyatakan caramembilang yangkamu lakukan.
Teknik : perbincangan
Tindakan Pelaksanaan a. Paparkan kad petak
22
(15 min) seratus yang tercatatnombor 1 hingga 100 di hadapan kelas.b. Agihkan murid kepada beberapa kumpulandan edarkan kepada setiap kumpulan blokasas.i. Sa (bilangan 10)ii. Puluh (bilangan 10)iii. Ratus ( bilangan 1)c. Tunjukkan satu nombor pada kad petak seratus contoh 25, minta murid wakilkan nilaidengan menggunakan blok asas. Bincangkanhasil kerja yang dilakukan oleh murid.d. Edarkan Lembaran kerja,Minta murid menjawab soalan yangdiberikan. Bincangkan hasil kerja murid.e. Minta murid mengetahui bilangan barangan kepunyaan mereka seperti jumlah batang pensel, pensel warna, buku tulis dan bahan lain serta memastikan bilangan barang kepunyaan milik sendiri di dalam kuantiti yang sentiasa mencukupi.
Nilai : bekerjasama, tolong-menolong
Penutup(5 min)
Rumusani) kognitif
ii) sosial
iii) kerja lanjutan
Murid dikehendaki membuat rumusan dengan bantuan guru
Guru memuji murid atas kerjasama yang diberikan. Murid diminta menyelesaikan kerja rumah.
kbkk : menghubungkaitmembuat rumusannilai: yakin diri
Refleksi: Pengajaran berjalan dengan lancar. Murid banyak berinteraksi dengan rakan dalam
kelas. Kelemahan pengajaran saya ialah tidak menggunakan strategi yang sesuai dan kurang
23
menerapkan unsur KBAT dalam bilik darjah.Saya perlu tambahbaik pengajaran yang akan
datang menggunakan peta i-think.
Pilih satu topik matematik sekolah menengah dan sediakan satu RPH untuk
satu jam pengajaran. RPH mestilah mengikut format yang telah ditetapkan .
Simpan RPH dalam folio.
Sila cari maklumat tentang peta i-think dan penggunaannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
SELAMAT MAJU JAYA
24
Top Related