Download - 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Transcript
Page 1: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

UNIT 4 Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Sinopsis

Sepertimana yang dinyatakan dalam FPN, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk memperkembangkan aspek-aspek tersebut melalui sistem persekolahan. Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembangkan,satu sistem penilaian yang sesuai perlu diwujudkan.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Modul ini membincangkan perbezaan konsep antara pengukuran dan penilaian; peranan dan fungsi pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual penentuan ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen penilaian bahasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. membezakan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran;

2. mengenal pasti objektif pengujian dan penilaian;

3. mengenal pasti peranan serta fungsi jenis penilaian;

4. membina jadual penentuan ujian;

5. mengenal pasti peraturan memberi markah;

6. membentuk pelbagai jenis item yang sah dan boleh dipercayai;

7. mengenal pasti kaedah penilaian bahasa dan cara melaksanakannya; dan

8. mengenal pasti alat atau instrumen penilaian bahasa dan cara

menggunakannya.

Tajuk 4.1Konsep Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

1

Page 2: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

4.1.1 PengenalanDalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan

dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.

Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang ‘menguji’ pencapaian, ‘mengukur’ pencapaian atau ‘menilai’ pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak tersalah pakai.

4.1.2 Konsep

Untuk menjawab penyataan di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.

i. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?‘Testing is a technique for obtaining information ………. It is a tool that serves the ends of the users’.(Pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat ….. Ia adalah satu alat yang dapat mencapai tujuan si pengguna).

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya / teknik yang dapat memberikan maklumat yang penting dalam proses membuat penilaian.

Jelasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Untuk itu, pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian , ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini, biasanya, dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Contoh:a. Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan

yang mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang perkataan-perkataan tertentu diadakan.

2

Page 3: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

ii. Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

iii. Apakah maksud pengukuran?

Hopkins & Stanley (M.S 3, 1981) menyatakan bahawa, ‘Measurement is the process by which things are differentiated’.(Pengukuran adalah satu proses di mana alat atau benda dibeza-bezakan).

Pendapat lain mengatakan pengukuran adalah dirujukkan kepada penyelidikan atau pemerhatian yang dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberikan jawapan kepada sesuatu pertanyaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Perlu diingat bahawa pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Dengan itu, pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa topik pelajaran diajar.

iv. Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971, m.s xxv) menyatakan bahawa, “Penilaian sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.”

Terry D. TenBrink, (M.S.8, 1974) pula menyatakan bahawa, ‘Evaluation is the process of obtaining information and using it to form judgements which in turn are to be used in decision making’.

(Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat secara sistematik yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan bagi menentukan nilai, kedudukan, ukuran tentang sesuatu berdasarkan kriteria tertentu yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan). Tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur. Seseorang guru perlu menguji dan mengukur terlebih dahulu sebelum dapat menilai.

Definisi ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:

3

Page 4: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Dalam bilik darjah , murid diberikan satu ujian kertas pensil dan jawapan diperiksa oleh guru.Markah diberikan sama ada mengikur gred ( ABCD) atau jumlah angka ( 50 , 67, 80 ) mengikut ketetapan jawapan berbanding kehendak soalan.Guru menulis komen terhadap keputusan ujian tersebut seperti ‘ jawapan awak kemas dan jelas / amat memuaskan, teruskan prestasi seperti ini “ Pengujian – memberi soalan ujian untuk dijawab oleh murid

Pengukuran – Memberi markah 67 / CPenilaian – Memberi tahu murid jawapan kemas dan jelas / amat

memuaskan dan perlu diteruskan

Oleh itu, penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan itu, proses penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti berikut:

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Rajah 1 di bawah ini pula menunjukkan kepentingan perkaitan ketiga-tiga sistem ini.

Rajah 1 : Perkaitan Pengujian, Pengukuran dan PenilaianUntuk menyimpulkannya, sekali lagi ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran. Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa , dan selepas satu atau beberapa topik pelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

4

Peringkat persediaan ujian

Peringkat pentadbiran ujian

Peringkat pemeriksan dan pengukuran

Peringkat analisis

Peringkat interpretasi dan tindakan

Penilaian Pengukuran

Pengujian

Page 5: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

v. Apakah pula konsep pentaksiran?

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai:

proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan

aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

4.1.3 Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk:

mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian ini biasanya disebut sebagai praujian. Daripada ujian inilah guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran,

menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu,

5

Page 6: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu,

membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya,

mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan,

membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal,

membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka, dan

pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha penilaian tentang sesuatu kemahiran bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut:

Sebelum kita menguji atau mentadbir sesuatu pengujian bahasa, terlebih dahulu kita perlu membina alat atau bahan ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan mengumpulkan tindak balas atau jawapan pelajar untuk diperiksa dan dimarkahkan. Apabila pengukuran telah dilakukan melalui pemarkahan dan pemarkatan, barulah kita boleh menilai pencapaian pelajar. Di sini pengukuran yang kuantitatif dalam bentuk markah atau angka menjadi bukti atau asas bagi kita membuat penilaian atau memberi sifat yang kualitatif seperti cemerlang, kepujian, lulus atau gagal, selaras dengan kriteria atau standard yang telah kita sediakan.

6

Uji Ukur Nilai

Page 7: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Latihan 1

a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian dilakukan.b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep-

konsep pengujian, penilaian dan pengukuran ini dalam bentuk grafik .

Latihan 2

Baca situasi berikut dan nyatakan sama ada situasi itu merupakan aktiviti pengujian, pengukuran atau penialaian.

Tuliskan dalam lajur aktiviti.

Situasi Aktiviti

i) memilih buku teks yang sesuai untuk kelasii) menentukan aspek kelemahan bahasaiii) menentukan jarak trek larian

iv) memilih calon sekolah untuk mewakili pertandingan perbahasan

v) memilih calon terbaik untuk anugerah cemerlang kurikulum dan kokurikulum

vi) mengambil keputusan SPM dan STPM untuk pemilihan masuk ke IPT

vii) mendapatkan markah bagi semua pelajar dalam kelas untuk laporan kemajuan bulanan

Tajuk 4.2 Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan Peraturan Memberi Markah (PMM)

4.2. 1 Jadual Penentuan Ujian (JPU)

i. Definisi

7

Page 8: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Seringkali soalan-soalan ujian dibuat secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai rancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan keutuhan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancangkan sesuatu ujian adalah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang merupakan rancangan persediaan item / soalan. JPU dikenali juga sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification”. JPU merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

ii. Maklumat Dalam JPU

JPU mempunyai maklumat seperti berikut:

Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa

mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan

lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya.

Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU. Ini menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya, kepentingan JPU adalah seperti berikut.

iii. Pentingnya Jadual Penentuan Ujian

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras

kemahiran yang diuji.

8

Page 9: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang

lain.

iv. Contoh JPUBil Bentuk Soalan Objektif

Kemahiran Kognitif

Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6

Jumlah Item

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4

Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka 2 2

1.2 Linguistik BM 15 12

Pengenalan linguistik

Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1

1.3 Fonologi 20 16

Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan 3 2 1 1

Fonem segmental 2 2 1 1 1

Fonem suprasegmental 1 1

jumlah 40 32

Jadual 1: Contoh JPUMaklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu:

ujian tidak dibina sembarangan, menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji, memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

4.2.2 Langkah-langkah Membina JPU

9

Page 10: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Langkah 1:

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa Belajar

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka

1.2 Linguistik BM 15 Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif

1.3 Fonologi 20 Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan Fonem segmental Fonem suprasegmental

Jumlah 40 Jadual 2: Senarai Tajuk dan Masa Belajar

Langkah IITentukan soalan yang akan dibina itu. a. soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi 1 item.c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

= Jumlah masa X Jumlah soalan Jum. Masa keseluruhan

Langkah III

Tentukan model aras kesukaran item.Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

3 Domain - kognitif- afektif- psikomotor

Domain Kognitif

6. Penilaian Sukar

5. Sentisis

4. Analisis

3. Penggunaan

2. Kefahaman

10

Page 11: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

1. Pengetahuan Mudah

Langkah IV

Apakah jenis ujian yang akan diuji?

Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei Dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil. Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Belajar

Anggaran Jumlah Item Jumlah Item

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 5 x 32

____ 40

4 Asal usul BM, BM sebelum

dan selepas merdeka

1.2 Linguistik BM15

15 x 32 ____ 40

12 Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik

Diskriptif1.3 Fonologi

20 20 x 32 ____ 40

16 Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan

Fonem segmental Fonem suprasegmental

jumlah 40 32

Jadual 3: Bilangan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll). Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar). Pemarkahan.

Langkah VI:

Menyatakan mata pelajaran. Tingkatan. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

11

Page 12: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Rumusan

Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.

Latihan 2

Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.

Arahan: Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item

mengikut aras kognitif. Sediakan satu JPU berdasarkan contoh format di atas.

4.2.3 Pemarkahan dan Markat

i. Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:

i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang

boleh digunakan,iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang

digunakan dalam pemarkahan, danv. mengira cara mentransformasi markah.

ii. Tujuan Pemarkahan

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.

12

Page 13: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat.

Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah “ya” kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.

iii. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.

Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

iv. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?

Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik, sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara

13

Page 14: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

v. Teknik Pemarkahan Ujian Esei (Karangan)a. Secara Keseluruhan (Holistik)

Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.

Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Walau bagaimanapun, sebelum menjalankan pemarkahan, guru mestilah menentukan apakah ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ dan haruslah ada model bagi setiap kategori itu.

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Bil. Esei Cemerlang ( 80 – 100 % )

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.

2 Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.

3 Idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya.

4 Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata.

5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan.

6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei baik ( 60 – 79 % )

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.

2 Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat ‘cemerlang’.

3 Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang mantap)

4 Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit-sedikit kesilapan yang tidak begitu serius.

14

Page 15: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.

6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei sederhana (40 – 59 % )

1 Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci.

2 Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang sederhana.

3 Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.

4 Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah.

5 Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati kejanggalan dan terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.

6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

Bil. Esei lemah ( 00 – 39 % )

1 Isi dangkal dan tidak tepat.

2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.

3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.

4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.

5 Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi.

6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

b. Secara Perincian ( Analitikal )

Cara pemarkahan perincian atau analitikal ini memeriksa unsur-unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses secara berasingan. Contohnya, di dalam sesuatu ujian karangan, skima pemarkahan boleh dicerakinkan kepada tiga komponen, iaitu:

Isi 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas & dikembangkan dengan baik)

Bahasa 40 (Tatabahasa dinilai.Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah)

Gaya 20 (aspek yang dinilai kelicinan olahan dan kesesuaian pemerengganan)

15

Page 16: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Jumlah 100

c. Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik PemarkahanBil. Teknik Kebaikan Kelemahan

1 Keseluruhan / Holistik

1. Semua aspek penulisan diberi pertimbangan yang sama rata.

2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan.

3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan.

4. Pelajar bebas menulis. Esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses.

1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa.

2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka.

3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru, koordinasi sukar dilaksanakan.

2 Perincian / Analitikal

1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas.

2. Esei boleh diperiksa hanya sekali baca.

3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan

4. Pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka.

1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai, kemahiran penulisan seolah-olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural.

2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang.

3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat.

4. Kemungkinan penekanan kepada ‘mencari kesalahan’ lebih daripada ‘mencari kekuatan’ sesebuah esei.

Latihan 3

Antara pemarkahan cara holistik dan analitikal, yang mana satukah anda pilih untuk menilai karangan pelajar anda? Mengapakah anda memilih cara pemarkahan tersebut?

Tajuk 4.3 Pembinaan Item

4.3.1 Pengenalan

Terdahulu kita telah membincangkan tentang konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan

16

Page 17: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca. Jadi, istilah ujian merujuk kepada alat-alat yang digunakan untuk menguji kemahiran-kemahiran tersebut.

Tegasnya, selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya, apabila kita membincangkan tentang pembinaan item ujian, kita akan memberi tumpuan kepada soalan berikut:

Adakah item ujian yang dibina oleh guru itu akan benar-benar dapat menguji dan mempunyai ketekalan dalam mengukur aspek kemahiran bahasa pelajar-pelajar?

Begitu juga, kita tidak dapat lari daripada menyoal perkara-perkara berikut semasa merancang ujian :

Mengapakah ujian itu dilaksanakan? Apakah jenis ujian yang sesuai digunakan? Bila dan berapa lamakah masa ujian itu dijalankan?

Setelah menjawab soalan-soalan di atas, guru seterusnya akan memikirkan ciri-ciri membentuk item ujian yang baik dan penggunaan item ujian yang sesuai dengan kemahiran bahasa yang hendak diuji.

Kesimpulannya, ujian merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat penilaian tentang pencapaian pelajar di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus memastikan yang bahan ujian yang diberi itu betul-betul dapat menguji apa yang hendak diuji dan semestinyalah sentiasa tekal.

4.3.2 Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR , penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu:

i. objektif danii. subjektif

I. Objektif

17

Page 18: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang diberikan kepada pelajar iaitu:

a. item respons bebas ( jenis sumbangan)b. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menulis satu atau dua patah perkataan sahaja ( jawapan sendiri ) pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respons bebas.

i. Jenis soalan:

contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak

memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

Contoh:a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i. Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

18

Page 19: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian.

Contoh bagi Item Dua Pilihan:

a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.1) Tandakan sama ada betul atau salah ejaan bagi perkataan

berikut:Betul Salah

bareng _____ _____goring _____ _____di rumah _____ ______

b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:1) Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat. Ya/ Tidak

ii. Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek / perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek / perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek / perkara di sebelah kanan.

Contoh: Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Kata Bilangan Contoh

1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.

2. KataAdjektif Pancaindera B. Budak baik selalu dipuji.

3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.

4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.

iii. Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan.Contoh:1. Di antara ayat-ayat ini yang manakah jenis ayat permintaan?

(A) Pergi kau dari sini.(B) Jangan balik sebelum kamu habiskan latihan ini.(C) Silalah datang selalu ke sini.(D) Kamu hendaklah rajin belajar jika mahu jadi pandai.

19

Page 20: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap.Contoh:1. Pasangan yang semuanya terdiri daripada kata majmuk ialah

(A) acap kali, bijak pandai (B) buah tangan, budak nakal(C) rumah batu, rumah tangga(D) meja makan, hitam manis

c. Jenis Jawapan TerbaikContoh:1. Ahmad berkata, “Cikgu! Saya minta maaf kerana saya tidak dapat

hadir ke sekolah kelmarin.” Cakap pindah yang paling tepat bagi cakap ajuk di atas ialah

(A) Ahmad minta maaf pada hari kelmarin kepada cikgunya kerana ia tidak hadir ke sekolah.

(B) Oleh kerana Ahmad tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin, ia minta maaf kepada cikgunya.

(C) Ahmad berkata yang ia minta maaf kepada gurunya kerana ia tidak hadir ke sekolah kelmarin.

(D) Ahmad meminta maaf kepada cikgunya kerana ia tidak dapat hadir ke sekolah pada hari kelmarinnya itu.

d. AnalogiContoh:Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.

hitam : putih

(E) kain : merah(F) merah : tua(C) merah : hijau(D) merah : jambu

e. AntonimContoh:Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.

PEMARAH

i. Penyabar ii. Pengampun

iii. Pendamaiiv. Peramah

20

Page 21: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

(A) I dan II sahaja(B) I dan IV sahaja(C) II dan III sahaja(D) III dan IV sahaja

f. Jenis NegatifTumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok soalan sering mengandungi perkataan ‘kecuali’, ‘bukan’ , ‘tidak betul’ dan lain-lain.Contoh:1. Berikut ialah contoh-contoh perkataan berganda yang mempunyai

maksud jamak, kecuali(A) kanak-kanak

(B) sekolah-sekolah(C) gunung-ganang(D) kuih-muih

g. Mengisi Tempat KosongContoh: 1. Lembu itu_____________ekornya untuk menghalau nyamuk dan

lalat.(A) melibas-libaskan(B) mengipas-ngipaskan(C) mengibar-ngibarkan(D) menggerak-gerakkan

h. Item Jenis Cantuman. Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai / tidak sesuai1. Pilih perkataan-perkataan berikut yang memperlihatkan makna yang ada kaitan dengan perkataan ‘pandai’

I. cermatII. cerdikIII. pintarIV. cergas

(A) I dan II sahaja(B) II dan III sahaja .(C) II dan IV sahaja(D) III dan IV sahajaContoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/ sekuen.

1. Pilih urutan yang betul bagi perlakuan-perlakuan yang dinyatakan.

I. Bersarapan pagi bersama keluarga.II. Bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.III. Pergi ke sekolah.IV. Gosok gigi dan mandi.V. Memakai pakaian sekolah.

(A) II, IV, V, I dan III

21

Page 22: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

(B) II, V, IV, III, dan I(C) II, IV, V, III dan I(D) II, III, IV, V, dan I

iv. Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru / penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Contoh:

Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan yang sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenan.

Jawapan

II. Soalan Subjektif

i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan

22

menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan, oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan, aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

Page 23: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama.

Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.

Jenis soalan struktur ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

1. Nyatakan dua jenis pantun.i)__________________________________________ii)__________________________________________

( 2 markah )

2. Berikan jenis ayat di bawah ini.i) Ceramahnya menarik hati penonton. __________________ii) Usah dikenang peristiwa lalu. _________________________iii) Jadi, dia mesti bertanggungjawab bukan?_________________ ( 3 markah )

ii. Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembling idea-idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu, kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

Contoh:a. Tindak balas terbatas (TBT)

Bagaimanakah bahan sosiobudaya dapat membantu mewujudkan keharmonian kaum melalui pengajaran bahasa Melayu di Malaysia?

(12 markah )

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah kebolepercayaan pemarkahan.

b. Tindak balas lanjutan (TBL)

23

Page 24: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

“ Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya amalan budaya membaca.

Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan pelajar hari ini.

( 25 markah )

4.3.3 Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistematik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian (JPU) telah disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut:

topik yang akan diuji dan pemberatannya, kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya, aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan jenis soalan.

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang cuma memerlukan calon membuat pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang tidak terhad).

4.3.4 Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian

Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapat memberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan daripada proses pembelajaran yang mereka lalui. Tentunya, untuk mendapatkan hasil yang sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan prinsip-prinsip yang tertentu. Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

24

Page 25: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

i. Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat “Kesahan” (validity).

Kesahan ujian merujuk kepada sejauh mana ujian itu dapat mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur, iaitu sejauh mana ujian tersebut dapat memenuhi objektifnya.Ciri kesahan dalam pengujian boleh dibahagi kepada beberapa jenis berdasarkan tujuan ujian yang dijalankan, antaranya ialah:

a. kesahan isib. kesahan ramalanc. kesahan serentakd. kesahan gagasan

a. Kesahan Isi

Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang harus diuji. Kesahan isi memastikan isi ujian ditentukan, tujuan ujian diadakan, kandungan sukatan pelajaran, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Dua perkara yang mencirikan kesahan isi ujian ialah pem beratan dan persampelan. Perancangan ujian hendaklah membuat pilihan yang seimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji akan mencerminkan pengetahuan yang telah dipelajari secara menyeluruh. Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujnian (JPU).

b. Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan adalah ciri ujian yang menekankan kebolehan seseorang calon itu menjalankan sesuatu tugas di dalam satu keadaan yang lain secara berkesan. Dengan itu, sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan hendaklah boleh meramal perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan. Misalnya, seorang pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM/ STPM dengan baik akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasi yang didudukinya kelak.Tegasnya, untuk mendapatkan ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran, atupun kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.

c. Kesahan Serentak

Kesahan serentak merujuk pada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Misalnya, jika pelajar membuat kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan pelajar itu masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan mempunyai kesahan serentak. Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan ciri kesahan serentak ialah guru boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek yang terdapat dalam latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut adalah hampir sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan harian yang berkenaan, maka ujian itu bolehlah dikatakan ada kesahan serentak yang tinggi.

25

Page 26: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

d. Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur trait tingkah laku atau trait mental manusia. Tujuan ini diadakan adalah untuk mengukur setakat mana pelajar yang diuji dapat menunjukkan trait mentalnya seperti kecergasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan penaakulan, sifat keadilan, sifat tingkah laku dan sebagainya. Sifat-sifat ini, sebenarnya sukar untuk diuji. Jika sesuatu keputusan ujian tidak dapat menggambarkan gagasan yang diperlukan, maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contoh, ujian itu yang dibina untuk mengukur daya kreativiti di kalangan pelajar akan dianggap tidak sah jika ia tidak dapat membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya imaginasi dan kreativiti dengan mereka yang tidak memiliki alat tersebut.

ii. Kebolehpercayaan Ujian.

Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian.

Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan. Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini mengambil ujian yang sama tersebut.

Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau markat yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali. Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang lebih baik kerana telah mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau disebabkan keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan ujian, pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengan ujian yang sama, bahkan dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara.Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya semua pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktor-faktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaan persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:

26

Page 27: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan tidak terlampau banyak);

Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak mengelirukan;

Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis;

Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat persediaan;

Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan

Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan. Dari itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Di antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. Dengan kata lain, pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu akan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam sukatan pelajaran bagi satu-satu program pengajaran dan pembelajaran itu.

Sila sediakan catatan nota bagi perkara-perkara yang berikut:a. Kenal pasti dan huraikan aras kefahaman/ kognitif Taksonomi Bloom.b. Jelaskan kelebihan dan kelemahan ujian objektif dan ujian esei.c. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei.

Latihan 4Sila bina 20 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda.

27

Page 28: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif.

Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya.

Tajuk 4.4 Jenis-jenis Penilaian Bahasa

4.4. 1 Jenis Ujian

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

i. Ujian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Biasanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan atau/dan akhiran, atau ujian pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim atau antonim yang boleh digolongkan dalam ujian jenis ini. Contohnya dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan bahasa yang telah diajar dalam bulan itu. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa.

ii. Ujian Sumatif

Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka

28

Page 29: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Misalnya ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi penghujung persekolahan menengah rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian bahasa yang bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan, bacaan dan penulisan. Aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, semantik dan peribahasa (simpulan bahasa atau/dan perumpamaan), dan seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam ujian bahasa yang bercorak sumatif.

iii. Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif

1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.

Fungsi 1. Pensijilan atau penggredan

2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir unit/kursus

3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3. Kognitif

4. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Beraneka jenis

5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang – sukar

6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir tahun

7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma

8. Gagal / lulus Pelaporan 8. Jumlah skor

9. Ujian bulanan / lembaran kerja Contoh 9. UPSR, PMR, SPM

10. Satu-satu segmen fokus 10. Objektif khusus

Ujian Rujukan Norma dan Ujian rujukan Kriteria

Kualiti dan kuantiti pembelajaran dapat dinilai melalui dua cara iaitu :-

1. Membandingkan pencapaian seseorang murid itu dengan murid lain yang telah menduduki

ujian yang sama – dikenali sebagai ujian rujukan norma. Penilaian ini dibuat selepas sesuatu

ujian sumatif.Guru akan membandingkan peringkat pencapaian murid dan seterusnya

memberikan pangkatan kepada mereka dari markah tinggi kepada markah rendah.

Pangkatan ini biasanya dibuat dalam bentuk gred seperti ABCDE ataupun kedudukan dalam

kelas.

29

Page 30: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

2. Membandingkan pencapaian murid mengikut beberapa kriteria atau standard tertentu yang

telah ditetapkan. Penilaian ini biasanya dibuat selepas sesuatu ujian formatif yang mengukur

penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran. Contohnya dalam kemahiran bacaan,

pencapaian murid akan ditentukan mengikut beberapa kriteria seperti ketepatan sebutan ,

kelancaran bacaan, kejelasan sebutan dan sebagainya.

Perbezaan URN dan URK

1. Membandingkan pencapaian individu dengan norma - membandingkan pencapaian individu

dengan kriteria yang ditetapkan

2. Mengukur perbezaan pencapaian individu - banding pencapaian dengan kriteria

3. Meliputi bidang pelajaran yang luas - menumpu kepada tugas pembelajaran yang terhad

4. Menggunakan JSU yang disediakan - kriteria terperinci ditentukan

5. Menentukan pangkat pencapaian - menentukan peringkat pencapaian

Tajuk 4.5 Kaedah Penilaian Bahasa

4.5.1 Pengenalan

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan

30

Page 31: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

4.5.2 Jenis-jenis Kaedah Penilaian Bahasa

II. Portfolioi. Pengenalan

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad-based) dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran

pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran seperti hasil temubual dan jawapan soalan tentang perkara-perkara yang tidak boleh diberi markah (non-markable).

31

ii. Ciri-ciri Portfolio

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, pelaksanaan, dan penilaian yang teliti.

Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui “negotiated” kontrak seperti dari segi masa, strategi atau bentuk.

Kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik. Ia bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

iii. Penilaian Portfolio

Berfokus kepada proses dan tidak memberatkan kepada hasil. Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.

Page 32: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama.

iv. Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

v. Kegunaan Portfolio

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.

Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.

Memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi dan penilaian kendiri. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar

dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

32

Portfolio Kerja Harian/Working Portfolio

Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.Contoh: Proses pengembangan idea yang dijalankan secara harian untuk menghasilkan satu lukisan yang menunjukkan ciri-ciri berikut:

a) cara mencampurkan warna untuk mendapatkan warna yang terbaik.

‘stroke’ berus untuk menghasilkan percampuran warna terbaik.

Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio

Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.Contoh: Hasil lukisan yang terbaik daripada beberapa lukisan dibuat dan dikumpul dalam portfolio kerja harian.

Portfolio Dokumen/

Documentary Portfolio

Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

Contoh: Satu lukisan hasil daripada warna tertentu.

Page 33: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod perlaksanaan tugas dan kadar pencapaian hasil pelajar.

Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

vi. Perancangan

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

vii. Cara Membina Portfolio

Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, rancangkan satu aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran yang anda ajar. Gunakan jadual yang berikut sebagai panduan.

Peringkat Strategi AktivitiMenentukan tujuan portfolio

Menghuraikan tujuan portfolio. Menghuraikan instrumen portfolio. Refleksi/menyemak huraian tujuan dan

diselaraskan dengan objektif kurikulum serta

33

a. Soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

Adakah anda ingin menilai proses atau hasil portfolio? Apakah bukti untuk mencapai matlamat kurikulum atau

peta perkembangan pembelajaran pelajar? Apakah kumpulan sasar yang ditujukan?

b. Isi kandungan portfolio.

Adakah bukti pencapaian objektif portfolio (matlamat/data) relevan?

Apakah jenis-jenis bukti pencapaian pembelajaran pelajar? Berapa banyak bukti-bukti pencapaian pembelajaran pelajar?

c. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?

Guru atau pelajar atau kolaborasi? Adakah proses pembinaan portfolio menggalakkan pelajar

membuat refleksi kendiri dan penilaian kendiri? Apakah sistem yang digunakan untuk pengendalian portfolio dalam

kelas?

d. Penilaian Portfolio

Adakah portfolio dinilai secara keseluruhan, kumpulan atau individu?

Apakah kriteria penilaian yang akan digunakan? Adakah kriteria penilaian mudah difahami dan adil? Bagaimanakah membuat anggaran dan laporan kedudukan / lokasi

pelajar dalam peta perkembangan pembelajaran pelajar?1. mengikut tahap atau lokasi secara berterusan?2. subjektif atau objektif?

Page 34: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan isi portfolio

Menghuraikan jenis / aktiviti pembelajaran. Menghuraikan luas bidang pembelajaran. Refleksi / menyemak huraian bukti / sumber

pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio

Menghuraikan sistem pengendalian portfolio. Refleksi/menyemak huraian pengendalian

berdasarkan tujuan portfolio dan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan apa yang akan dinilai dan kriteria penilaian

Menentukan fokus penilaian secara keseluruhan atau individu.

Menerangkan kriteria penilaian. Memastikan kriteria ini jelas dan mudah

difahami. Memastikan kriteria tidak memihak kepada

sesuatu jantina atau kumpulan. Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria

penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.

Menghuraikan kaedah membuat anggaran tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.

Menghuraikan kaedah membuat laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.

Refleksi/menyemak huraian kaedah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasar.

viii. Mengumpul Maklumat

Setelah menentukan jenis portfolio, dan strategi pembinaan portfolio, pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.

- Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi Maklumat

34

- Lawatan - Temubual

Page 35: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail. Misalnya:

Inti / rumusan dari pelbagai sumber Imbas gambar foto Bentuk soal semak di komputer Sambungkan gambar video (untuk

pemerhatian) ke komputer

ix. Bagaimana Menilai Portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

A 3 Membentuk suku kata

A 2 Menyebut bunyi huruf

N 1 Permulaan mengenal huruf

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

x. Merekod Penilaian Portfolio.

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

Kriteria penilaian:Pemikiran dan isiStruktur dan organisasiStrategi pengurusanVariasi isi yang sesuai

35

Penilaian Awal

Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala: -Sangat Tinggi (5)-Tinggi (4)-Sederhana (3)-Rendah (2)-Sangat Rendah (1)

Page 36: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlaian.

Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.

Penilaian boleh direkod dengan menggunakan skala berkadar. Contoh skala berkadar adalah seperti yang berikut:

1. Skala berkala untuk penilaian kendiri, misalnya dengan menggunakan

1 Tidak pernah benar

2 Tidak selalu benar

3 Selalu benar

4 Sentiasa benar

2. Skala berkala untuk penghayatan sajak mencukupi aspek respon pelajar secara bertulis, tata bahasa, tanda berhenti dan mekanik bahasa.

1 Tidak cuba menjawab atau cuba menjawab tetapi tidak menunjukkan kefahaman mengenai tajuk.

2 Hanya memberi sedikit kefahaman, menghadapi masalah dalam bahasa dan struktur ayat yang menjejaskan penulisan

3 Menunjukkan respons yang jelas dan mengikut logik. Mengandungi sedikit kelemahan dalam organisasi idea dan fokus serta tata bahasa.

4 Memberi respons yang tepat, betul dan berfokus kepada kefahaman sajak. Terdapat hanya sedikit kelemahan dalam penggunaan bahasa.

3. Skala berkala penentuan tahap sikap pelajar sewaktu berinteraksi dan melibatkan diri untuk menghasilkan portfolio.

sikap skala

Tidak berdikari

Perlu bantuan

Berdikari

0

1

2

36

Senarai ciri paling penting

Penentuan gred

Page 37: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Angka dan bilangan skala akan ditentukan berdasarkan kepada berapa kelas setiap peringkat tugas itu boleh dihuraikan supaya pencapaian pada setiap peringkat boleh dibezakan.

xi. Senarai Semak Portfolio – Penilaian Peringkat Perancangan Ya Tidak1. Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop?

2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?

3. Adakah strategi untuk mengumpul maklumat dan data

dipelbagaikan.

4. Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja.

5. Adakah draf tentang langkah-langkah untuk pembinaan

portfolio dibuat?

6. Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio

mencukupi?

Peringkat Perkembangan / Proses1. Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan?

2. Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua

aspek penilaian dijalankan?

3. Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?

4. Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain

aktiviti pembelajaran?

5. Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin dalam

komputer/disimpan dalam portfolio?

6. Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala

bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?

7. Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat?

8. Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajaran

disusun secara urutan dan logik?

9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?

Peringkat Penilaian1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian

portfolio?

2. Adakah penilaian memberatkan proses?

37

Page 38: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

3. Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta

Pembelajaran Pelajar?

4. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?

5. Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Refleksi/Penutup1. Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

2. Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut

pelaksanaan kerja?

3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

xii. Senarai semak berikut boleh digunakan untuk menilai tentang sikap dan tingkah laku pelajar sewaktu menyediakan Portfolio dengan menggunakan kriteria tertentu mengikut kategori yang di bawah:

Tajuk portfolio: ____________________________________________

Sikap Interaksi dan Penglibatan Lim Ali Samy

1 Berkerjasama

2 Koloborasi (mencuba dan menyumbang idea)

3 Menyoal sebaya dalam kumpulan (menggalakkan

penglibatan orang lain)

4 Mengambil risiko (percaya dengan kebolehan diri)

5 Tekun menjalankan tugas

II. Penilaian Melalui Pemerhatian.

i. Pengenalan

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang diperlukan / ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor, yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan Senarai Semak. Alat-alat seperti Rekod Anekdot dan Rekod

38

PetunjukTidak berdikari - 0Perlu bantuan - 1Berdikari - 2

Page 39: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Profil boleh juga digunakan. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar, membuat refleksi masing-masing.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pemerhatian berlaku di antara guru dan pelajar, dan di antara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan, dan komunikasi pelajar dengan bahan dalam pelbagai situasi / persekitaran.

PE

Rajah 2: Proses Pemerhatian di Dalam Bilik Darjah

ii. Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:

a. Kualiti Pemerhatian

Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi pemerhati yang baik?

Guru tersebut perlu:

39

PERSEKITARAN

PELAJAR

BAHAN

PELAJAR

GURU

Page 40: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.

Peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran.

Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan terhadap sesuatu pemerhatian.

Bersikap luwes atau terbuka terhadap dapatan pemerhatian.

Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

b. Bentuk Perancangan

Bagaimana bentuk perancangan yang perlu disediakan sebelum sesuatu pemerhatian dilaksanakan?

Perancangan harus rapi dengan penyatakan dengan jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.

Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai dan kumpulan / individu sasar yang dinilai.

Menetapkan jangka waktu proses penilaian, sama ada jangka pendek atau jangka panjang (mengikut keperluan).

Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.

Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. Merangka tindak susul yang akan dijalankan mengikut konsekuen

yang dijangka daripada pemerhatian itu.

Mengapakah perancangan yang rapi diwajibkan untuk pemerhatian?

Perancangan untuk membuat sesuatu pemerhatian perlu rapi dan bersistem bagi mencapai matlamat pemerhatian/ tugasan. Cara merekod juga mesti dinyatakan dengan jelas bagi menjamin keberkesanan seluruh proses pemerhatian tersebut.

c. Rekod Pemerhatian.

Bagaimana bentuk rekod pemerhatian yang diperlukan untuk pemerhatian yang lebih berkesan?

40

Page 41: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun, dari segi:

Pendekatan : Bagaimana individu/kumpulan mendekati sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan pemerhatian, dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.

Menjalankan tugas : cara individu mengendalikan tugasnya dan setiap hasil yang diperolehi dihuraikan dengan tepat.

Cara merekod dapatan dan rumusan : dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

Tindak susul : rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

Untuk tujuan di atas, senarai semak perlu digunakan. Senarai semak boleh disediakan oleh guru atau jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam bidang atau aspek yang hendak dinilai.Senarai semak juga hendaklah mencatatkan semua aspek yang hendak dinilai.

ii. Jenis-jenis PemerhatianPemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai / diperhati, iaitu:

a. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement). Melapor apa yang dilihat sahaja. Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa,

tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.

b. Memerhati apa yang telah dirancang, dan secara ‘open-ended’. Menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,

perlakuan, c. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut sekuen dalam jangka waktu yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa, atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan, dan masalah/kesukaran.

iv. Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah:

a. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau yang dirancang.

41

Page 42: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

b. Dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot yang meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.

c. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian.

d. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil dan kertas atau secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaiannya.

e. Tindak susul terhadap hasil atau pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasi ke atas pelajar.

f. Jangkamasa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan.

g. Maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak balas pelajar, dan

h. Refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.

iii. Fungsi

a. Penilaian melalui pemerhatian biasanya:

Digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu / kumpulan

dalam sesuatu proses pembelajaran.

Dibuat oleh pelajar (individu/kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri

dalam sesuatu pembelajaran.

Dijalankan oleh pelajar untuk mengesan atau menilai tahap pencapaian rakan

sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

dsb. sama ada melalui interaksi sehala atau dua hala.

b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru / pelajar menyusun/ merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya, seperti:

Menjalankan aktiviti pemulihan. Meningkatkan motivasi pelajar. Mengadakan latihan-latihan pengukuhan. Menyusun langkah-langkah yang sesuai dengan prestasi pelajar. Mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta kecekapan pelajar.

42

Page 43: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

c. setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar. Namun, guru boleh juga lebih memanfaatkan dapatan pemerhatian tersebut dengan membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan tutor.

d. Pemerhatian yang terancang boleh membantu anda sebagai guru mengetahui:

i. Sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut?

ii. Adakah kaedah/strategi pelajar memberi kesan yang positif?iii. Bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul

apa yang tersirat?

Bagaimana pula dengan penguasaan bahasa mereka? Mencukupikah perbendaharaan kata mereka bagi mengesan, memproses dan mengaplikasi maklumat yang diperlukan pada tahap pembelajaran mereka?

Dapatan pemerhatian yang direkod dengan baik boleh juga membantu anda membimbing pelajar meningkatkan keupayaan mereka secara individu atau kelompok?

Pemerhatian akan menjadi lebih tepat jika rekod yang sistematik disimpan untuk rujukan sebagai sumber maklumat untuk perancangan.

Hasil pemerhatian mungkin boleh memberi petunjuk sama ada seseorang pelajar itu memerlukan perhatian individu untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, sikap pelajar terhadap pelajaran lain dan sikap pelajar terhadap diri (konsep kendiri)

v. Contoh 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’

Pemerhatian boleh juga dibuat untuk menilai/mengukur kecerdasan atau kecekapan individu dalam bidang ilmu tertentu seperti:

a. Kecekapan linguistik/bahasa:

43

b. Kecekapan: keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang;

keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat;

Page 44: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

b. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’: berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.

c. Kecekapan intrapersonal: keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.

d. Kecekapan interpersonal: keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

vi. Contoh 2.1 : Pengukuran Kecekapan Linguistik / Bahasa.

Kecekapan / kecerdasan Linguistik melibatkan penggunaan bahasa lisan, penulisan, atau isyarat untuk pelbagai tujuan seperti untuk:

a) Menghibur menceritakan sesuatu yang menggembirakan atau yang menggelikan hati.b) Mempengaruhi berpidato, berbahas, berceramah.c) Menyampaikan idea menerangkan sesuatu konsep; memujuk arahan.d) Menyelesaikan masalah menyoal kendiri, membaca arahan.e) Mencungkil ingatan menyenarai barangan yang perlu dibeli, menyimpan diari.

44

c. Kecekapan muzik: keupayaan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.

Page 45: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Untuk tujuan di atas, Rekod Anekdot seperti di bawah boleh digunakan.

Contoh 2.2: Rekod Anekdot bagi Kecekapan Linguistik yang dibuat melalui pemerhatian.

Arahan : Tandakan (/ ) bagi item yang berkenaan.

KEKERAPAN

1 2 3 4 5

Catatan: Rekod di atas hanya contoh. Guru boleh membuat rekodnya sendiri mengikut keperluan.

vii. Contoh Senarai Semak untuk mengesan sifat-sifat kepimpinan dalam diri individu.

Ya Tidak1. Mempunyai visi ( ) ( )

2. Mempunyai skop ( ) ( )

3. Inovatif ( ) ( )

4. Boleh membuat keputusan ( ) ( )

5. Rasional ( ) ( )

6. Boleh menangani tekanan ( ) ( )

7. Boleh dipercayai ( ) ( )

8. Mempunyai ‘sense of humor’ ( ) ( )

45

1. Banyak menyoal, terutama soalan jenis ‘mengapa’

2. Menguasai kosa kata yang baik.

3. Bilingual: mudah menguasai perkataan baru.

4. Gemar bercakap

5. Gemar bermain dengan perkataan:

permainan perkataan, p dan rima

6. Gemar membaca.

7. Gemar mengarang

8. Memahami fungsi-fungsi bahasa

9. Boleh memberi pendapat tentang kemahiran bahasa.

Page 46: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

9. Boleh bertindak sebagai guru ( ) ( )

10. Menggalakkan penglibatan aktif ( ) ( )

11. Berpegang teguh kepada prinsipnya ( ) ( )

12. Boleh merancang dengan baik ( ) ( )

13. Disegani oleh rakan sebaya ( ) ( )

14. Menjanakan hasil atau tindak balas seterusnya ( ) ( )

15. Tekal ( ) ( )

16. Sabar ( ) ( )

17. Bersifat terbuka ( ) ( )

18. Penyayang/Bersimpati ( ) ( )

19. Bertimbang rasa/Bertolak ansur ( ) ( )

20. Mesra ( ) ( )

21. Lain-lain yang sesuai mengikut keperluan ( ) ( )

Catatan: Kemahiran yang ditunjukkan di atas boleh diubahsuaikan mengikut objektif pemerhatian dan jumlah kemahiran yang hendak diperhatikan boleh ditetapkan semasa membuat sesi pemerhatian.

viii. Contoh Senarai Semak Untuk Kemahiran Menulis

Kelas: 2 Murni.

Bil Nama murid

1. Mampu membaca tulisan sendiri

2. Menggu-nakan jarak yang sesuai

3. Melabelkan gambar dengan perkataan

4. Melabelkan gambar denga frasa

5. Mengguna tanda baca yang sesuai

6. Menyu-sunkan idea mengikut urutan

7. Menyu-sun ayat sendiri mengikut urutan peristiwa

8. Catatan guru

1 Ali

X X X

Masih tidak menguasai kemahiran menyusun ayat mengikut

46

Page 47: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

urutan ayat, urutan idea dan urutan peristiwa.

2 Shanti

Menguasai semua perkara dalam kemahiran menulis

3 Mumiyati X X

Tulisan pelajar ini berterusan tanpa jarak dan tatatanda yang betul

4 Saerah X XTidak dapat menulis dengan betul semua tulisan yang menghendaki melabel gambar.

Catatan: Boleh juga ditandakan tarikh di dalam ruangan ini apabila pelajar berkenaan sudah menguasai kemahiran ini

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.Pemerhaitan boleh berfungsi sebagai ujian bagi situasi-situasi tertentu, dan sebagai aktiviti bukan ujian dalam keperluan lain.

III. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

ii. Apakah Kontrak Pembelajaran?

47

i. Pengenalan

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

Page 48: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya( individu / kumpulan ) berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis.Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan yang berkenaan, iaitu:

Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan?

Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - Adakah secara individu atau berkumpulan?Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu yang terlibat?

Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan - perlukah tugasan itu dinilai secara berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja?Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses?

Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

iii. Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan

a. pelajar mengenal pasti dan merekod,b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai

matlamat tersebut,d. menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya,e. memaperkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai, danf. menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat

pembelajaran / tugasan akan dinilai. g. Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri. h. Menghasilkan kerja yang terancang, dan i. Membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir.

48

Page 49: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

iv. Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan.Antara cara-caranya ialah:

a. Penilaian objektif tugasan objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi

perlaksanaannya, atau beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian memilih

mana-mana yang difikirnya paling sesuai, atau pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya mana-mana

yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.

b. Hasil Pembelajaran pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi

pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb.

jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.

c. Penilaian dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang

diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau

sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau

gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara guru dan pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu,

Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Guru juga memberi kata putus terhadap gred akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau ditetapkan oleh guru sahaja.

d. Format / Bentuk

Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa:

Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas.

49

Page 50: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat ‘negotiation’ sebelum mematrikan kontrak tersebut.

Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus, tugasan dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat.

Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan kerjanya, tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

KONTRAK PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran :Nama :Tahun / Tingkatan :Tugasan : Menulis Karangan berdasarkan gambar bersiri Objektif :

1. -------------------------------------------------------------- 2. ------------------------------------------------------------- 3. -------------------------------------------------------------

Perkembangan Peringkat

Apa yang saya mahu capai pada peringkat ini

Bagaimana saya akan laksanakan peringkat ini.

Jangka waktu pelaksanaan peringkat ini

Bagaimana penilaian bagi peringkat ini dibuat

catatan

Perancangan

Draf

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Penilaian 1

Penambahbaikan

Hasil Akhir

50

Page 51: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Tandatangan kendiri Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru

............................................... ............................................... .................................

Nama: Nama: Nama:

Rumusan

Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya. Selain itu, pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, di samping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat. Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.

IV. Penilaian Melalui Projek

i. Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil disediakan. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti serta interaksi guru-murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses adalah ciri penting dalam mengendalikan projek ini. Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang msing-masing.

ii. Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:

Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di

luar bilik darjah. Memberi motivasi untuk belajar Memberi peluang pelajar memain peranan sebagai pemimpin. Membenarkan pelajar untuk menentukan peranan. Membenarkan pelajar dengan minat dan kebolehan yang sama bekerja

pada kadar yang setaraf dengan kemampuan.

51

Page 52: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Memberi satu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu menunjukkan kebolehan sepenuhnya.

Garis panduan yang tepat dan detail harus diberi oleh guru untuk menggalakkan pemikiran pada aras yang lebih tinggi (higher order thinking skills). Satu contoh garis panduan laporan projek ditunjuk di bawah ini.

Tunjukkan dengan selengkapnya kerumitan yang mungkin bagi topik yang dipilih.

Tentukan kriteria penilaian. Elakkan perkara yang terlalu abstrak. Gunakan kosa kata yang sesuai bagi topik anda. Misalnya dalam topik

laras Sains, soalan berikut adalah kurang tepat:Bagaimanakah tumbuhan menghasilkan makanan dalam tindakbalas fotosintisis?Yang lebih tepat ialah:Bagaimanakah tumbuhan mensintesiskan makanan dalam proses fotosintesis?

Gunakan contoh yang sesuai untuk berkomunikasikan topik anda. Hubung kaitkan topik anda dengan pengalaman sendiri.

Supaya menjelaskan semua garis panduan ini, tunjukkan kepada sampel hasil projek yang telah dikendalikan mengikut tahap pencapaiannya, misalnya, sampel cemerlang, sederhana dan lemah. Dengan ini, pelajar boleh lihat dan faham taraf kualiti yang dikehendaki bagi projek yang mereka akan jalankan.Satu aspek lain yang turut penting ialah penyemakan rakan sebaya. Ini menggalakkan pemikiran dan pencapaian yang lebih tinggi. Persembahan laporan projek yang terhasil juga penting. Ini adalah bertujuan memastikan kerja yang dijalankan itu dilakukan adalah autentik. Di samping itu memastikan kerja itu sebenarnya dijalankan oleh pelajar sendiri. Beberapa contoh jenis projek yang boleh dikendalikan di sekolah ialah sudut Sains, sudut bacaan, pembinaan kolam, poster dan mencipta lagu

iii. Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.

Aktiviti

Anda dikehendaki menyediakan satu lampiran tentang maklumat yang terkini mengenai satu tajuk yang anda mengajar di sekolah. Gunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan. Semua maklumat harus disusun pada satu helai kertas ukuran A4 dalam bentuk yang menarik dan senang dibaca oleh pelajar anda. Anda harus menunjukkan kreativiti anda dengan menggunakan teknologi yang sesuai. Tentukan juga skala penilaian pada satu senarai semak yang anda akan gunakan untuk menilai projek yang sama rakan sebaya anda. Untuk menolong anda dalam tugasan ini, sila rujuk kepada senarai semak di halaman yang berikut.

Sila catatkan butir-butir mengenai projek anda di bawah ini. Bincangkan dengan fasilitator ataupun rakan sebaya anda jika anda menghadapi masalah.

52

Page 53: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Tajuk Projek: ...............................................................................................................Skop Projek:

Kriteria penilaian yang dimasukkan dalam senarai semak:

Komen-komen fasilitator/rakan sebaya (jika ada)

SENARAI SEMAK

1. Adakah tajuknya relevan dengan sukatan pelajaran?2. Adakah skopnya

- mencakupi segala aspek yang berkaitan dengan tajuk?- memadai dengan tahap keupayaan pelajar?

3. Adakah ia merupakan perkara baru atau peluasan daripada apayang pernah dibuat?

4. Adakah ia perkara penting dalam kehidupan seharian?5. Adakah ia dapat menghasilkan satu hasil kerja yang asli?6. Adakah pengetahuan dapat diintergrasikan?7. Adakah matlamat projek itu jelas?8 Adakah strategi pelaksanaannya munasabah?

Langkah 2 : Penilaian awal projek.

Aktiviti

Kumpulkan dan senaraikan bahan-bahan relevan yang anda telah dapat dari pelbagai sumber (misalnya, internet, buku rujukan, bahan sebenar dll) di bawah ini.

Bil Senarai Jenis Bahan Projek Sumber

Masukkan semua bahan ini ke dalam portfolio anda.

Refleksi kendiri.

Rumuskan tentang cara dan masalah yang dihadapi semasa mengutip bahan.

Komen fasilitator dan penilaian:

53

Page 54: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Langkah 3 : Pelaksanaan strategi

Aktiviti.

Sediakan lampiran dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpulkan dalam portfolio. Tunjuk hasil kerja anda kepada rakan sebaya untuk mendapatkan komen-komen mereka. Tuliskan rumusan komen-komen mereka.

Refleksi kendiri1. Pamerkan isi kandungan lampiran anda dalam satu peta konsep.2. Apakah masalah yang timbul semasa anda membina lampiran?3. Adakah anda meminta pertolongan daripada rakan sebaya? Jika ada, adakah bantuan itu dapat meningkatkan mutu kerja anda? Jelaskan.

Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.

1. Apakah kriteria yang telah digunakan untuk memilih bahan untuk dimasukkan dalam lampiran anda?

2. Apakah unsur-unsur inovatif dan kreatif yang ditunjukkan dalam lampiran anda?3. Adakah kesuntukan masa menjadi satu had yang menjejaskan kualiti lampiran

anda?

Langkah 5 : Penilaian Hasil Projek

Aktiviti.

Tunjukkan lampiran anda kepada semua rakan kelas anda. Beri satu persembahan yang ringkas tentang kandungan lampiran itu. Rekodkan semua pertanyaan dan komen rakan kelas anda. Simpan lampiran anda dalam portfolio.

Pertanyaan dan komen rakan:

Apakah gred yang anda fikir anda harus terima untuk projek ini? A, B, C, D, E atau pun F? Jelaskan.

Komen dan Penialaian Fasilitator:

V. Penilaian Melalui Ujian.

i. Pengenalan

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple dilevery, ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.

54

Page 55: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll).

Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran.

Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak ( vertical integration) mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar ( horizonatal integration ) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan ( patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah Computer Adadtive Testing ( CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan.

Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpamana ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan.

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item ( item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Untuk memastikan item pool atau bank item yang mengandungi item pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu dari semasa ke semasa, perkara berikut perlu dilaksanakan.

Pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina Analisis item dijalankan untuk memastikan item bermutu dipilih

ii. Perancangan Ujian.

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan

55

Page 56: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif.

Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian?i. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.ii. Menilai kemahiran prasyarat.iii. Menilai tahap penguasaan ilmu.iv. Merancang program pemulihan dan pengayaan.

Langkah 2 : Tahukah bidang yang akan dinilai?i. Aspek kognitif.ii. Aspek afektif- nilai/sikapiii. Aspek kemahiran:

pedagogi pemudahcaraan berfikir belajar teknologi maklumat (IT)

iv. Aspek personaliti tingkah laku gaya kognitif pelbagai kecerdasan ( mutiple intelligences) kecerdasan emosi ( emotional intelligence)

Latihan 5Sila dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Kemudian buat banding beza tentang antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.

Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

Tajuk 4.6 Alat / Instrumen Penilaian Kemahiran Bahasa

56

Page 57: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

4.6.1 Pengenalan

Terdapat beberapa alat atau instrumen untuk menilai kemahiran bahasa . Ada antaranya telahpun dihuraikan dalam tajuk pembinaan item dan kaedah menilai bahasa seperti kloz, penyoalan, dan senarai semak. Contoh instrumen pengujian yang lain ialah rubrik, skala Linkert, dan pengurusan grafik. Adalah perlu diingat bahawa kesesuaian alat dan kaedah serta tujuan penilaian adalah penting untuk memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan pengujian. Ini adalah kerana setiap alat atau instrumen mempunyai keberkesanan masing-masing untuk mengukur kemahiran bahasa yang berbeza juga.

4.6.2 Jenis-jenis alat / instrumen penilaian bahasa

i. Rubrik

Soalan 1: (30 markah)

ISI (20%) : (6 markah) PMT (50%) : (15 markah)

Tugasan 1 (4 markah)A. Sebutan 1. Dialek - pikiak - bah......tu - cigu - baghu 2. Bukan penutur jati.

B. Struktur Ayat. - lama-lama pandailah kau orang - jawab sajalah itu latihan - ini cakap banyak pulak - bolehlah bah.....

(5 markah)

Penutur bahasa kedua Pengaruh dialek Pengaruh bahasa pasar Guru yang tidak menggunakan bahasa

baku Murid yang mempunyai pelbagai latar

belakang bahasa/dialek Mana-mana yang sesuai.

57

Page 58: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Tugasan 2 ( 2 markah)1. Latih tubi

Latih tubi pasangan minimal Latih tubi pemintal lidah Latih tubi tukar ganti

(10 markah)latih tubi pasangan minimal Menyatakan perkataan yang hampir

sama bunyi dengan perkataan dalam petikan.Contoh: orang-orang

Contoh aktiviti: ulangan sebutan secara individu, kumpulan dan kelas

Latih tubi pasangan pemintal lidah Dapat menyenaraikan perkataan yang

bermasalah: [r] Proses pengulangan: dari perlahan –

semakin cepat. Aktiviti berpasangan, kumpulan dan

kelas.Ayat Latih tubi tukar ganti Menyediakan rajah tukar ganti : subjek,

predikat.

KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah) Menyatakan punca berlakunya kesilapan. Dapat menjelaskan teknik yang dipilih. Mematuhi prinsip teknik latih tubi.

KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah)

Penggunaan ayat yang gramatis. Pemilihan perkataan yang sesuai. Kesilapan ejaan yang minima.

RUBRIKSoalan 1

Markah / Gred

Kriteria

90-100A

80-89A-

75-79B+

70-74B

65-69B-

60-64C+

55-59C

50-54C-

40-49D+

30-39D

0-29E

58

Page 59: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Penguasaan Isi Kandungan (20%)

Menyatakan 4 kesilapan perkataan

Dapat menyenarikan 4 kesilapan struktur ayat dengan jelas

Dapat menyatakan 3 kesilapan perkataan.

Dapat menyenaraikan 3 kesilapan ayat dengan jelas dan tepat.

Dapat menyatakan 4 perkataan

Dapat menyatakan 4 perkataan

Kurang jelas dan tepat.

Dapat menyatakan 2 perkataan

Dapat menyatakan 2 struktur ayat

Dengan jelas dan tepat.

-0-1 perkataan 2 ayat kurang tepat

dan kurang jelas.

Markah /Gred

Kriteria

90-100A

80-89A-

75-79B+

70-74B

65-69B-

60-64C+

55-59C

50-54C-

40-49D+

30-39D

0-29E

Kefahaman Konsep (20%)

dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

dapat menjelaskan teknik yang dipilih

mematuhi prinsip penggunaan teknik

penerangan jelas

. dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

dapata menyatakan teknik yang dipilih

mematuhi prinsip penggunaan teknik

penerangan masih jelas.

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

Dapat menyatakan teknik yang dipilih

Mematuhi prinsip penggunaan teknik

Tepat tetapi kurang jelas

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

Dapat menyatakan teknik yang dipilih

Mematuhi prinsip penggunaan teknik

Kurang tepat dan kurang jelas.

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan

Dapat menyatakan teknik yang dipilih

Mematuhi prinsip penggunaan teknik

Tidak menjawab /menjawab kurang jelas.

Markah /Gred

Kriteria

90-100A

80-89A-

75-79B+

70-74B

65-69B-

60-64C+

55-59C

50-54C-

40-49D+

30-39D

0-29E

Penguasaan Kemahiran

Proses Berfikir (50%)

dapat menyatakan 5 punca berlakunya kesilapan

dapat memberi 3 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti

penerangan jelas dan tepat

Dapat menyatakan 4 punca berlakunya kesilapan

Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti

Penerangan tepat dan jelas.

Dapat menyatakan 3 punca berlakunya kesilapan

Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti

Penerangan tepat jelas

Dapat menyatakan 2 punca berlakunya kesilapan.

Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal.

Dapat memberi contoh latih tubi tukar ganti

Penerangan tepat jelas.

Dapat menyatakan 1 punca berlakunya kesilapan

Dapat memberi 1 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal

Tidak dapat memberi contoh

Penerangan kurang tepat dan kurang jelas.

59

Page 60: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

KemahiranKomunikasi (20%)

Persembahan sangat tersusun dan menarik

Penguasaan bahasa sangat baik

Pengelolaan hujah sangat mantap

Persembahan baik dan menarik

Penguasaan bahasa baik dan pengelolaan hujah mantap.

Persembahan kurang tersususn dan menarik

Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah kurang mantap

Persembahan yang memuaskan

Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah memuaskan.

.persembahan yang tidak tersusun

penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah lemah.

Sila buat rujukan di perpustakaan, pusat sumber atau

melayari laman web untuk mendapatkan maklumat

tambahan menegenai alat/ instrumen penilaian bahasa dan

cara menggunakannya. Buat rujukan dan catatan nota

untuk instrumen penilaian bahasa yang lain iaitu skala

Linkert dan pengurusan grafik.

RumusanPentaksiran dan penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara

berterusan, iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran

dan berbagai jenis instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. Penilaian

berterusan perlu dijalankan secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran

berbahasa dan aspek bahasa tidak berlaku dengan serta merta tetapi merupakan

proses developmental.

Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah

bahawa dalam pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan

pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang

digunakan. Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran

tercapai.

INTERAKSI TUTORIAL

60

Page 61: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di

sekolah anda dari segi:

a. aras kefahaman/ kognitif Taksonomi Bloom.

b. ketepatan membina item ujian objektif mengikut garis panduan yang

telah disediakan.

c. kepelbagaian jenis item ujian objektif.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Bina JPU untuk peperiksaan akhir tahun dan sediakan soalan-soalan

berdasarkan JPU tersebut.

‘SELAMAT BERJAYA’

Bacaan Asas

61

Page 62: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala

Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Cik (1987), Isu-Isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Cik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir , Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990). Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya

Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian Dalam Proses Pendidikan : Asas Pedndidikan 3, Shah

Alam: Fajar Bakti.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

62

Page 63: 1 · Web viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah

Anuar Amat & Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa

Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Kamariah Abu Bakar & et.al ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran,

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.

63