ANTARA PENGKAJI-PENGKAJI BARAT YANG MENGKAJI SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Andreas Teeuw
Latar Belakang
Nama sebenar beliau A.Teeuw ialah Andreas Teeuw. Namun lebih sinonim dengan
panggilan A. Teeuw, lahir pada 12 Ogos 1921 di Kota Gorinchem, Belanda. Beliau pernah
dilantik sebagai guru besar pengunjung Yogyakarta selama tiga tahun. Selaku pengajar
utama, beliau memberikan kuliah teori sastera kepada Penataran Tenaga Kesusasteraan Jawa
dan Nusantara di Falkultas Sastra dan Kebudayaan UGM (1979-1981).
Sumbangan A. Teeuw (Dalam Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional)
Beliau merupakan salah seorang tokoh dari barat yang penting dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu tradisional. Pandangan dan kajian beliau dalam lapangan tersebut
secara langsung dapat memperkembang kesusasteraan Melayu tradisional umumnya dan
perkembangan bahasa Melayu khususnya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, beliau
berpendapat bahawa daripada kata “sastera” terdapat juga susastera. Awalan su- itu adalah
daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud baik atau indah kerana itu susastera dapat
dibandingkan dengan belles-lettres dalam bahasa Inggeris dan Perancis dan dichtung dalam
bahasa Jerman untuk memberi makna karya-karya sastera yang bernilai estetik.
Bagaimanapun, bentuk kata susastera itu tidak terdapat dalam bahasa Sanskrit atau Jawa
Kuno, hal ini menunjukkan istilah itu dicipta atau diperkembang dalam bahasa Nusantara
dalam masa yang kemudian.
Selain itu, beliau menjelaskan bahawa kata “kesusasteraan” dalam bahasa
Melayu/Indonesia berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu sastera yang diperkembang menjadi
susastera. Imbuhan ke dan an ditambah untuk memperlengkap bentuk kata terbitan yang
memberikan makna yang padu dan menyeluruh, iaitu segala yang tertulis mempunyai nilai
seni dan estetik serta dengan maksud yang memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.
Selain “kesusasteraan” dalam bahasa Melayu terdapat pula kata “persuratan” , iaitu daripada
kata “surat” yang sejajar maknanya dengan letters dalam bahasa Inggeris. Letters juga
bermaksud literature, misalnya ungkapan man of letters sebagai orang yang mahir dan
terdidik dalam bidang sastera.
Para pengkaji bahasa dan sastera Melayu pernah menemukan dan membicarakan
penggunaan kata-kata lain yang membawa maksud yang sama, iaitu “pustaka”, “karangan”
dan “ikat-ikatan”. Kata “pustaka” juga berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa
maksud “buku” dalam erti yang luas, tetapi dalam bahasa Melayu Klasik, terdapat juga kata
‘pestaka’ yang membawa maksud magis, sihir dan mantera. Ungkapan “membuka pustaka”
seperti yang terdapat dalam beberapa hikayat lama boleh bererti membacakan sesuatu
mantera atau sihir atau membuka buku tentang sihir, nasib atau penujuman tetapi bagi makna
umum ‘pustaka’ masih bererti buku sebagai bidang (kepustakaan) atau himpunan berbagai-
bagai buku (perpustakaan).
Menurut A.Teeuw (1966:v):, yang dimaksudkan dengan sastera panji atau cerita-
cerita panji ialah golongan cerita Jawa-Melayu yang semua berpusatkan Sang Panji, putera
kuripan, yang ada sifat sejarahnya tetapi tidak kurang sifat mitologinya. Pokok utama cerita
panji ialah Panji yang berkelana mencari kekasihnya, pasangannya seringkali bernama
Cendera Kirana, Puteri Daha tetapi hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai
orang lain. Selama dia berkelana, Panji mengalami bermacam-macam peristiwa hingga
akhirnya dia bertemu semula dengan kekasihnya. Ternyata motif-motif tersebut telah
digabungkan oleh pengarangnya sehingga menjadi sebuah kerangka cerita yang unik dan
dapat dianggap sebagai cerita pola dan cerita panji yang autentik.
Setelah cerita panji sudah lama berkembang di Melaka, pengaruh cerita ini masuk
pula ke Thailand kira-kira akhir abad ke-5 (Kromomamun Phittiyakan, 1975:73-74; Rattiya
1988). Daerah Pattani di Selatan Thailand memang mempunyai hubungan dengan
Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa. Tambahan pula, Pattani pada masa pemerintahan
Raja Ijau dan Raja Biru (1584 M- 1624 M) disebut sebagai pusat kesusasteraan Melayu
Tradisional.
Ia pun jikalau berlaku pada hukum syarak.”...
“hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada
anak cucu kita jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.” “Baiklah, tuanku. Tetapi jika
anak buah tuanku dahulu yang mengubahkan dia, maka anak buah patik pun mengubahlah.”
(Situmorang dan Teeuw, 1958:26)
Inilah perjanjian yang menjadi dasar konsep daulat dan derhaka yang melatari
perhubungan antara raja dan rakyat. Dalam Sejarah Melayu, konsep ini jelas memperlihatkan
dengan peristiwa pembunuhan Bendahara Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah sebagai
peristiwa kemuncaknya.
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa berlaku satu pemberontakan yang direstui oleh
permaisuri sendiri. Raja yang akhirnya bergelar Raja bersiong tidak lagi dapat dibendung
kekejamannya hingga menteri keempat terpaksa mencari jalan mengatasinya. Mereka
mendapat persetujuan dan sokongan daripada permaisuri kerana negeri itu sudah menjadi
sunyi sepi ditinggalkan oleh rakyat yang mengelakkan diri daripada dibunuh oleh raja yang
bertambah zalim itu. Apa yang berlaku dalam Hikayat Merong Mahawangsa boleh dianggap
merujuk secara langsung kepada apa yang diucapkan oleh Demang Lebar Daun:
“.....Tetapi jika anak buah tuanku mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun
mengubahlah.”
(Situmorang dan Teeuw, 1958:26)
Dapat disimpulkan di sini mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa tidak
menggunakan istilah derhaka kerana jelas yang memecahkan atau melanggari perjanjian ialah
anak cucu Sang Sapurba iaitu daripada pihak raja. Perkara yang lebih penting yang hendak
dikemukakan oleh pengarang ialah ketaatan dan kesetiaan kepada raja hendaklah kena pada
tempatnya dan bukanlah mengikut secara membuta tuli semata-mata.
Kepopularan Epik Mahabrata di Jawa semakin bertambah, lalu pada abad ke-11 iaitu
ketika Jawa diperintah oleh Raja Erlangga, banyak sekali Parwa tersebut disadur atau
diterjemahkan ke dalam bentuk puisi dengan menggunakan bahasa Jawa Kuno. Kemudian
pada tahun 1157 Masihi, iaitu ketika pemerintahan Raja Jayabhaya dari Kediri, dua orang
pengarang istana (kraton) yang terkenal, iaitu Empu Sedah dan Empu Penuluh telah
mengolah cerita Bharatayudha yang diambil daripada sebahagian cerita Epik Mahabrata.
Kemudian cerita Bharatayudha ini telah disadur pula ke dalam bahasa Jawa Baru oleh
Yasadipura 1 dan Pakubuana ke 3. Ternyata, pujangga-pujangga Jawa amat pintar dan
memiliki daya cipta yang cukup tinggi ketika mengubah semua hasil sastera Hindu tersebut
ke dalam bahasa mereka sehingga terasa sekali keasliannya. Bahkan mengikut pandangan A.
Teeuw, disebabkan kepandaian pengarang Jawa yang amat sangat, tidak terasa adanya
hubungan antara kesusasteraan Sanskrit dengan kesusasteraan Jawa Kuno.
Dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu, Mahabrata muncul dalam bentuk
cerita-cerita Pendawa yang terdiri daripada beberapa hikayat yang berasingan seperti Hikayat
pandawa, Hikayat pandawa Lima, Hikayat pandawa Jaya dan Hikayat pandawa Panca
Kelima.
Sesungguhnya hikayat-hikayat ini asalnya daripada Mahabrata, ia masuk ke dalam
sastera Melayu melalui penyaduran daripada beberapa Kakawin Bhomakawya dan Kakawin
Bharatayuddha dan sebagainya. Para sarjana termasuk A. Teeuw berpendapat bahawa cerita-
cerita Pandawa dalam bahasa Melayu sebenarnya tercipta sebagai cerita wayang.
Hampir semua pengkaji sependapat bahawa hikayat-hikayat yang ada kaitan dengan
epik Mahabrata masuk ke Alam Melayu melalui karya-karya Jawa dan tidak dikarang terus
oleh pengarang-pengarang Melayu. Misalnya Hikayat Sang Boma dalam bahasa Melayu
dengan Bhomakawya dalam bahasa Jawa Kuno. Ternyata judul kedua-dua hikayat ini hampir
sama. Hal ini mungkin disebabkan oleh bentuk kedua-keduanya berbeza. Bhomakawya
ditulis dalam bentuk puisi (kakawin), sedangkan Hikayat Sang Boma ditulis dalam bentuk
hikayat (prosa). Dalam kaitan ini, Teeuw menyatakan bahawa penghikayatan Hikayat Sang
Boma bersifat analitis dan terpisah-pisah serta bertele-tele, sedangkan Bhomakawya lebih
bersifat sintesis dan padat. Memang terdapat kata-kata yang sama, tetapi secara keseluruhan
terutama sekali jalan cerita, sudah banyak yang berbeza. Di sini Teeuw menyimpulkan
bahawa Mahabrata masuk ke dalam kesusasteraan Melayu melalui dalang sehingga Hikayat
Sang Boma dianggapnya sebagai suatu penghikayatan wayang Jawa.
A.Teeuw juga berpendapat bahawa batu-batu bersurat atau prasasti merupakan
permulaan tradisi menulis sejarah bagi masyarakat Melayu tradisonal. Tulisan Pallava yang
datang dari India Selatan dipahat di batu bertulis untuk mencatat peristiwa-peristiwa sejarah
yang berlaku pada abad ketujuh itu. Batu-batu bertulis itu termasuklah Batu Bertulis Kedukan
Bukit (683 M), Talang Tuwo (684 M), Batu Kapur (686 M), dan Karang Berahi (686 M).
Yang diabadikan pada batu-batu bertulis itu ialah berita tentang keberangkatan raja
dan pengiring-pengiringnya, sama ada ke negeri baharu atau untuk memerangi musuh. Ada
juga batu bersurat yang mencatatkan perihal kejayaan seseorang raja mengalahkan sesuatu
kerajaan lain. Contohnya, pada Batu Bertulis Kedukan Bukit yang bertarikh 683 M
mencatatkan perihal Raja Jayanasya yang berangkat dari Muara Tamvam dengan ramai
pengiringnya dan kemudian membuka negeri yang diberi nama Sriwijaya iaitu kota yang jaya
atau yang berbahagia dan makmur.
Menurut Teeuw dan Wyatt, (1970 :71-74) Hikayat Patani pula menceritakan bahawa
Raja Patani, Phya Tu Naqpa menghidap sejenis penyakit kulit yang tidak dapat diubati.
Baginda memerintahkan dipalu canang ke seluruh negeri memberitahu sesiapa yang berjaya
menyembuhkan baginda akan dijadikan menantunya. Syeikh Said dari Pasai bersedia
mengubatinya seandainya baginda bersetuju untuk memeluk Islam setelah sembuh. Dua kali
baginda tidak menunaikan janjinya setelah sembuh dan penyakit itu berulang dengan lebih
teruk. Kali ketiga penyakit itu berulang baharulah Raja Pattani itu memenuhi janjinya dan
memeluk agama Islam.
Sumbangan A. Teeuw Dalam Sastera Indonesia
Sumbangannya terhadap kemajuan sastera Indonesia sangat besar dan bererti. Setiap
perkataannya atau pernyataannya yang berhubungan dengan sastera Indonesia baik dalam
segi teori, tentang seseorang ataupun dalam segala hal dapat dipastikan dikutip atau dijadikan
rujukan dalam setiap tulisan siapapun, ilmuwan sastera, pengkritik sastera, ataupun hanya
seorang mahasiswa yang sedang menulis makalah atau tugas kuliahnya. Seperti yang penulis
lakukan, iaitu mengutip kutipan, “Karya sastera tidak lahir dalam kekosongan budaya” (A
Teeuw, 1980: 11) yang diambil dari bukunya Prof. Dr. Rachmat Djoko Pradopo (1995:36).
Senada juga dengan pernyataaan A Teeuw di atas, bahawasanya A Teeuw sendiri
tidak lahir dalam kekosongan budaya. Banyak sebutan bagi sesosok A Teeuw oleh beberapa
orang yang mengetahui penglibatannya di dalam dunia sastera Indonesia. Ada yang menyebut
beliau seorang ilmuan kerana beliau selalu mengkaji dan meneliti sastera dan kemudian
menghasilkan buku-buku yang berhubungan dengan ilmu sastera seperti Sastera dan Ilmu
Sastera (1984) buku yang cukup terkenal dan dipakai di mana-mana. Ada pula yang
menyebut beliau sebagai pengajar kerana beliau aktif mengajar di mana-mana, UI dan UGM
salah satunya yang pernah disinggahi A Teeuw untuk mengajar sastera mahupun mengisi
seminar-seminar atau kuliah umum.
Tercatat sebagaimana pengakuan beliau sendiri dalam kata pengantarnya dalam buku
Sastera dan Ilmu Sastera (1984) beliau seorang guru besar pengunjung di Yogyakarta. Lalu
selama tiga tahun selaku pengajar utama beliau memberikan kuliah teori sastera pada
Penataran Tenaga Ahli Kesusasteraan Jawa dan Nusantara di Fakultas Sastera dan
Kebudayaan UGM (1979-1981). Pada tahun 1981 diberikan pula rangkaian seminar di
Fakultas Sastra UI di Jakarta mengenai pokok yang sama. Dan juga sejak mulai dilaksanakan
program S-2 untuk Sastera di Fakulti Sastera UGM (tahun 1981) setiap tahun beliau diminta
menyelenggarakan kuliah teori sastera. Tidak ketinggalan, beliau juga sejak 1955 sebagai
Guru besar Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan Indonesia di Universitas Leiden, Belanda.
Di beberapa universiti beliau mendapat beberapa gelaran, antaranya meraih Doktor dari
Universitas Utrecht (1946), menerima gelaran Dr. Honoris Causa dari Universitas Indonesia
(1975). Di luar itu, beliau juga pernah aktif di berbagai-bagai lembaga, seperti Ketua
Departmen Bahasa dan Kebudayaan Universitas Leidien (1968-1986), anggota Ilmu
Pengetahuan Belanda (1971-) dan ketua Komite Belanda untuk Kerja Sama Indonesia-
Belanda (1970-). Kemudian juga pernah mengadakan penelitian tentang sastera Indonesia di
Jakarta (1945-1947) dan Yogyakarta (1977-1978). Serta pernah pula menjadi Lektor Sastera
Melayu di Fakulti Sastera UI (1950-1951) dan guru besar tamu di Universitas Michigan. AS
(1962-1963).
Selain itu, beliau juga dikenali sebagai pengkritik sastera. Beliau dikenali sebagai
pengkritik sastera Indonesia yang berasal dari luar negeri. Maklumlah beliau lahir di negeri
kincir angin, tetapi kemudian menjadi Indonesianis (orang Indonesia) dan kemudian sekarang
menetap di negeri asalnya, Belanda. Seperti yang diungkapkan oleh Nurhadi BW (2005), A
Teeuw (Belanda) dan beberapa deret nama seperti Claudine Salmon dari Perancis yang
banyak mengkaji sastra Indonesia Tionghoa atau Harry Aveling dan Keith Foulcher dari
Australia. Selain itu, dapat disebut tokoh-tokoh lain seperti Henri Chambert-Loir, VI
Braginsky, E Ulrich Kratz, Doris Jedamsky dan Pamela Allen (diambil dari KCM.Com).
Mereka semua adalah para kritikus sastra Indonesia yang berasal dari negara asing.
Walaupun demikian, mereka semua sangat faham dengan sastra Indonesia. Begitu juga
dengan A.Teeuw, salah seorang Indonesianis yang sudah puluhan tahun bergelut dengan
dunia sastra Indonesia. Dengan kerja keras dan jasanya serta beberapa karyanya itulah sastera
Indonesia dikenali di kancah antarabangsa.
Tidak banyak ilmuwan sastera Indonesia dari negara Indonesia sendiri yang mampu
memperkenalkan sastera Indonesia di dunia antarabangsa. Dan tidak lupa pula nama-nama
seperti Harry Aveling dan Ian Campbell (Australia), Berhold Damshduser (Jerman) serta
beberapa Indonesianis lainnya, entah itu dari Rusia, Cina mahupun Amerika dan A.Teeuw
sendiri, sastera Indonesia banyak dikenali dikancah antarabangsa. Tanpa jasa mereka
mungkin sastera Indonesia tidak banyak dikenali di dunia. Banyak pula komentar-komentar
A.Teeuw tentang beberapa tokoh sastera Indonesia, baik tentang orangnya atau karya-
karyanya. Seperti komentarnya yang ditujukan kepada sosok HB Jassin (Kritikus sastra
Indonesia dan lebih dikenali pula sebagai “Paus Sastra Indonesia”) dalam hubungannya
dengan kritik sastera Indonesia.
Komentar A. Teeuw dalam Modern Indonesian Literature (jilid 3) tentang kritik
sastera dalam hubungannya dengan HB Jassin, tentu tidak lepas dari hakikat Jassin sebagai
kritikus dengan letupan-letupan intuisi. Kata A. Teeuw, “literary criticism...is indeed rather
underdeveloped”, iaitu kritik sastera benar-benar dalam keadaan terbelakang. Lalu kata A.
Teeuw pula, sepanjang pengetahuan A. Teeuw, HB Jassin tidak pernah “published any
fundamental ideas,” dan juga tidak pernah melakukan “declaration of principles of criticism.”
HB Jassin, kata A. Teeuw tidak pernah menerbitkan gagasan-gagasan pokok dan juga tidak
pernah mendeklarasikan prinsip-prinsip kritik sastera.
Sangatlah pantas beliau menyandang gelar Profesor Doktor Andreas Teeuw kerana
segala tindak tanduknya di dunia sastera tidak diragukan lagi. Ditambah pula dengan karya-
karyanya yang berjumlah cukup banyak, baik berbahasa Indonesia, Inggeris ataupun
berbahasa Belanda, seperti Vooltooid voorspiel: Indonesische Literatur tussen twee
wereldoorlogen (1950), Hariwansa (1950), Pokok dan Tokoh dalam Kesusasteraan
Indonesia Baru 1 (1952), Dialectatlas van Lombok (1954), Pokok dan Tokoh dalam
Kesusasteraan Indonesia Baru II (1955), A critical survey of studies on Malay and Bahasa
Indonesia (1961), Modern Indonesian Literature I & II (Den Haag, 1967, 1979), Sastra Baru
Indonesia I (1978), Tergantung pada Kata (1980), Kesusastraan Baru Indonesia (1980),
Khazanah Sastra Indonesia (1982), Membaca dan Menilai Sastra (1983), Sastra dan Ilmu
Sastra (1984 dan 1988) bersama Toeti Heraty, Sastera Indonesia Modern II (1989),
Tergantung pada Kata (1990), Indonesia antara Kelisanan dan Keberaksaraan (1994), Citra
Manusia Indonesia dalam Karya Sastera Pramoedya Ananta Toer (1997), Teori Sastera dan
Penelitian Sastera dan “ Sastera Indonesia, Pribumisasi dan Novel Sastera” dalam Among
Kurnia Ebo (Ed. Sastera di Titik Nadir, Bunga Rampai Teori Sastera Kontemporer (2003)
serta beberapa karya-karyanya yang lain.
Dengan melihat karya-karyanya yang sangat berlimpah dan semuanya itu perihal
sastera Indonesia, sangatlah pantas kita menyebut beliau sebagai Guru Besar, pengajar,
ilmuwan, kritikus dan boleh pula kita melekatkan predikat-predikat lain kepada sosok A.
Teeuw.
C.A Mees
Latar Belakang
C.A Mess merupakan seorang warga Belanda yang mula dikenali pada tahun 1935
apabila beliau terlibat dalam kajian tentang bahasa-bahasa di Asia Tenggara. Beliau
merupakan seorang tokoh pengkaji bahasa Melayu. Beliau pernah mengembara dan menetap
di British, Belanda, Jerman dan ke nusantara seterusnya. Beliau juga banyak menghasilkan
buku-buku tentang bahasa Melayu, yang kemudiannya diguna pakai oleh kerajaan tertentu.
Ini jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas Pemerintah Daerah Tingkat 2
Kutai (1979) yang naskahnya berasal dari buku De Kroniek van Koetei karangan C.A.Mess
(1935) manakala buku yang membincangkan tentang bahasa melayu ialah buku “Tatabahasa
Indonesia”.
Sumbangan C.A.Mess
Dr. C. A. Mess, dalam “Tatabahasa Indonesia” (G. Kolff & Co., Bandung, 1953)
menolak pemakaian “dimana”. Ia juga menolak pemakaian “pada siapa”, dengan siapa,
untuk diganti dengan susunan kalimat Indonesia yang “tidak meniru jalan bahasa Belanda”,
dengan mempergunakan kata tempat, kawan atau teman.
M isalnya: “orang tempat dia berhutang” (bukan: pada siapa ia berhutang);” orang
kawannya berjanji tadi” (bukan: orang dengan siapa ia berjanji tadi). Bagaimana
kemungkinannya untuk bahasa jurnalistik? Misalnya: Rumah dimana saya diami”, yang
berasal dari “The house where I live in”, dalam bahasa Indonesia semula sebenarnya cukup
berbunyi: “Rumah yang saya diami”. Misal lain: “Negeri dimana ia dibesarkan”, dalam
bahasa Indonesia semula berbunyi: “Negeri tempat ia dibesarkan”. Dari kedua misal itu
terasa bahasa Indonesia semula lebih luwes, kurang kaku. Meski begitu tak bererti kita harus
mencampakkan kata dimana sama sekali dari pembentukan ayat bahasa Indonesia.
Buku-buku karangan C. A. Mees juga digunapakai dalam sistem pentadbiran oleh
kerajaan-kerajaan dahulu. Ini jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas
Pemerintah Daerah Tingkat 2 Kutai (1979) yang naskahnya berasal dari buku De Kroniek van
Koetei karangan C.A. Mees (1935). Sementara itu juga, buku C. A. Mees sendiri bersumber
dari naskah kuno dalam tulisan huruf Arab karya Tuan Chatib Muhammad Tahir pada 21
Dzulhijjah 1285 Hijriah.
Selain itu, nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan
dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van 588 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 4
Ophuysen, C. A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain,
Sultan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za’aba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan
jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga
buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan
mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun
itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.
Menurut C. A. Mees (1969), bahasa Melayu di Indonesia mula memperlihatkan tahap
yang lebih mantap di sekitar tahun 1950-an, sesudah mengalami kekacauan bentuk bahasa
dalam zaman pendudukan Jepun, di samping kekacauan bahasa yang berpunca daripada
percubaan orang Jawa menjadikan bahasa Melayu ‘lebih bersifat Indonesia’ (tetapi pada
hakikatnya mereka berusaha menjadikan bahasa tersebut lebih bersifat Jawa). Kian
berkurangnya kekacauan bahasa itu rupa-rupanya ada hubungannya dengan usaha
memberikan perhatian kepada pengajaran bahasa yang baik. Dalam hubungannya dengan hal
ini, besar sekali sumbangan majalah Pembina bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Sutan
Takdir Alisjahbana. Majalah ini memuatkan tulisan-tulisan tentang selok-belok bahasa
Indonesia dan perbahasan di sekitarnya sehingga tepat benarlah nama majalah itu dengan
peranan yang dimainkannya, iaitu pembina bahasa. Tidak diragui lagi akan usaha pembinaan
bahasa yang digerakkan oleh ahli-ahli bahasa Indonesia pada tempoh itu didasarkan pada
sifat-sifat Melayu yang menurut C. A. Mees (1969) ‘kembalilah pula kepada alurnya sendiri’.
Edisi pertama majalah tersebut dengan tegas mengingatkan bahawa kaum pengarang tidak
seharusnya mengambil kata-kata daripada bahasa daerah. Kalau tidak perlu, atau sesuka hati
sendiri saja kerana kesatuan bahasa itu akan hilang dengan tindakan yang demikian.
Bahawa bahasa yang dijadikan bahasa kebangsaan Indonesia itu adalah bahasa
Melayu diperteguh dalam Kongres Bahasa Indonesia Kedua (28 Oktober – 2 November
1954) di Medan. Kongres tersebut memutuskan bahawa ‘Asal bahasa Indonesia ialah bahasa
Melayu yang disesuaikan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang,” dan
disarankan menjadi alat pembinaan kebudayaan moden di Indonesia. Ini ditegaskan dalam
Kongres Bahasa Indonesia Ketiga (28 Oktober hingga 3 November 1978). Dalam Kongres
Bahasa Indonesia Keempat (21-26 November 1983) pula, peranan bahasa Melayu di
Indonesia ditekankan dalam hubungannya dengan seluruh bidang kehidupan.
Pendapat C. A Mees yang menyatakan bahawa Melayu yang termasuk rumpun
bahasa Nusantara yang serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan
Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya
kekerabatan dan perkaitan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.
Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan
Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia
tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.
Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang
dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa
Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia
Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Bahasa di Asia Tengah berasal
dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu dan Burma.
Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil,
Malayalam dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian
Timur, Tenggara dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat
kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.
C. A. Mees juga menunjukkan bahawa bahasa Austronesia ini banyak persamaan.
Kata-kata seperti mata, lima dan telinga sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut. Sistem
imbuhan dan susunan tatabahasa juga banyak persamaan. Perbezaan yang besar seperti dalam
bahasa Indo-Eropah, misalnya antara bahasa Perancis dan Jerman, Sanskrit dan Inggeris,
tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia.
Dalam pengkajian tentang Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H. N. Van der
Tuuk dan diperluas oleh J.L. A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-
D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa “Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza
kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang
banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, telinga dan sebagainya,
mahupun pada sistem imbuhan dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti
dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan
Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa
Melayu) tidak berubah dalam morfologi” juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di
Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.
Seterusnya, menurut pandangan C.A Mees (1954), beliau mengatakan kerajaan
Sriwijaya telah mendirikan satu Perguruan Tinggi Buddha. Banyak mahasiswanya yang
datang belajar adalah berasal daripada seluruh pelusuk kawasan jajahan kekuasaannya.
Terdapat juga mahasiswa yang menunutut di Perguruan Tinggi ini berasal daripada kerajaan
jiran tetangganya seperti kerajaan Champa dan kerajaan Kambodia. Dalam institusi
Perguruan Buddha ini, bahasa pengantar bagi pengajarannya ialah Bahasa Melayu Kuno atau
lingua franca Kw’en Lun.
Dalam pengajiannya tentang makhluk seperti manusia yang terdapat di Asia Tenggara
pada zaman Purba mengikut sumbernya C.A Mees, Homo erectus ialah jenis makhluk yang
dibangsakan kepada manusia yang telah lama wujud di wilayah Asia Tenggara. Makhluk ini
jauh lebih tua daripada makhluk yang ditemukan di Negara China yang dikenali dengan
panggilan China Man. Homo erectus ini juga dikenali sebagai Manusia Jawa atau Java Man
yang ditemui dan berumur 1,400,000 tahun.
Bahkan ada juga tulang-tulang rangkanya yang ditemui telah berumur kira-kira
1,900,000 tahun, sebagaimana yang telah ditemui di Pulau Jawa. Manusia ini juga terdiri
daripada pelbagai jenis seperti Meganthropus Palaeojavanicus, Pithencanthropus Robustus,
Pithecanthropus Erectus, Homo Soloensis, Homo Wajakensis dan banyak lagi gelaran yang
diberikan pada makhluk ini. Tinggalan-tinggalan daripada mereka ini banyak ditemukan di
pelbagai tempat di daerah jawa tengah terutamanya dan jawa timur seperti di kawasan
Kedungbrubus, Trinil, Tarigi, Gombang, dan Sangiran. (C.A. Mees, 1967; Widjiono Wasis,
1991)
Lorenzo Hervasy Panduro
Latar Belakang
Lorenzo Hervas y Panduro adalah seorang Bahasa Sepanyol Jesuit dan ahli filologi
terkenal. Beliau dilahirkan di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom
pada 24 Ogos 1809. Filologi berasal dari bahasa Yunani, Filologi merupakan ilmu yang
mempelajari naskah-naskah manuskrip, biasanya dari zaman kuno. Tugas seorang Filologi,
nama untuk ahli Filologi, ialah meneliti naskah-naskah ini, membuat laporan tentang keadaan
naskah-naskah ini dan menyunting teks yang ada didalamnya. Lorenzo Hervas merupakan
Ilmuan filologi biasanya berdampingan dengan paleografi atau ilmu tentang penulisan pada
masa lampau.
L. Hervas memasuki Jesuit yang diarahkan di Madrid iaitu Madrid adalah ibu kota
dan kota terbesar di Sepanyol. Kota ini terletak di Sungai Manzanares di bahagian tengah
negara Sepanyol. Beliau belajar di Alcala de Henares. Alcala’ de Henares adalah sebuah kota
di Sepanyol.
Beliau menumpukan dirinya dengan semangat khas untuk seni bina iaitu Arsitektur
dan linguistik. Arsitektur adalah seni dan ilmu dalam merancang bangunan. Dalam ertinya
yang lebih luas, arsitektur mencakup merancang dan membangun keseluruhan lingkungan
binaan, mulai daripada level makro iaitu perencanaan kota, perancangan perkotaan, arsitektur
landskap, hingga ke level mikro iaitu pereka bangunan, pereka perabot dan pereka produk.
Arsitektur juga merujuk kepada hasil-hasil proses perancangan tersebut dan linguistik.
Linguistik adalah ilmu bahasa. Bergantung kepada sudut pandangan, pendekatan seorang
peneliti, maka ilmu linguistika seringkali digolongkan pada ilmu kognitif, psikologi dan
antropologi.
Pada suatu masa, belaiu mengajar seminar diraja di Madrid dan Kolej Jesuit Murcia.
Kemudian, beliau pergi ke Amerika sebagai mubaligh dan tetap berada di situ sehingga 1767.
L. Hervas kembali ke Eropah, dan mempunyai kediaman pertama di Cesena, Itali kemudian
ke Rom pada 1784.
Sumbangan
Pada tahun 1799, beliau kembali ke tanah air namun empat tahun berikutnya
menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Sepanyol dan hidup di Rom.
Beliau tekun dan diberi peluang secara luar biasa. Dengan itu memberikan beliau
ruang mengkaji maklumat tentang simpulan bahasa secara terperinci yang tidak diketahui dan
dikaji dalam khazanah sastera. Keputusan daripada pembelajaran beliau simpan dalam satu
siri nombor kerja-kerja yang pertama dicipta oleh orang Itali dan kemudian diterjemahkan ke
dalam bahasa Sepanyol.
Kerja terbesar beliau adalah wacana kosmografi, “Idea dell’ Universo” (Cesena,
1178-87, in 21 vols. In 4to). Ia mengandungi beberapa bahagian, hampir semua dapat
diterjemahkan ke dalam Sepanyol dan muncul seperti memisahkan kerja-kerja. Ini amat
penting di mana wujudnya secara berasingan di Itali pada tahun 1784, hasil beliau bertajuk
“Catalogo de las lenguas de las naciones conocidas, y numeracion division y clase de estas
segun la diversitad de sus idiomas y dialectos” (Madrid, 1800-5 6 vols).
Percubaan L. Hervas di sini adalah untuk menyiasat asal usul dan hubungan etnologi
bangsa yang berbeza ke atas dasar bahasa. Objektif utama buku bukan sebenarnya
filologi.Vol I adalah ‘merawat saya bangsa Amerika dan simpulan bahasa’; Vol II’ bagi
pulau-pulau mereka dalam Orang India dan Pacific Oceans’; (Jilid-jilid baki, amat
menyayangi Orang Eropah bahasa-bahasa, adalah kerendahan mutu dalam nilai yang pertama
dua. Dialek-dialek Amerika adalah sudah tentu lebih baik menggambarkan rahsia daripada
mereka yang sebelum ini; (kewujudan seorang Melayu dan Polinesia ucapan keluarga telah
ditubuhkan).
Untuk penentu afiniti dalam persamaan bahasa ke dalam tatabahasa yang ditekankan
sebagai menentang kesamaan yang kecil dalam perbendaharaan kata. Semasa di sana beliau
melihat kesilapan-kesilapan dan kecacatan-kecacatan dalam kerja (ia dikalahkan yang ia
menyampaikannya bahan dengan akademik ketepatan dan oleh itu terbukti berguna untuk
penyiasat terlambat).
Bahagian kerja yang lain muncul berasingan di Itali dan kemudian di Sepanyol adalah
(“Virilita dell’Uomo”(4 vols.,1779-80); “Vecchiaja e morte dell’ Uomo” (1780); Viaggio
estatico al Mondo planetario” (1780); “Storia della Terra” (1781-83, 6 vols.); “Origine,
formazione, mecanismo ed armonia degl’ Idiomi” (1785); “Vocabolario, Poliglotto, con
prolegomeni sopra piu de CL lingue” (1787); “Saggio practicco delle Lingue con
prolegomeni e una raccolta di orazioni dominicali in piu di trecento lingue e dialetti” (1787).
Selain itu, beliau juga menulis satu nombor kerja pendidikan untuk pekak mutes,
(yang terbanyak kewujudan penting), kerja-kerja yang aksara pelbagai dan juga
meninggalkan satu nombor kerja-kerja yang belum disunting.
R. O. Winstedt
Latar Belakang
Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England.
Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan
di Magdalen College School dan di New College, Oxford dari mana dia telah menerima satu
MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah
lama menetap di kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca
tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu, beliau
memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.
Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika
di Oxford dan pernah mengikuti kursus undang-undang selama setahun di universiti yang
sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir
tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari satu sudut beliau tidak
mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang
merupakan bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.
Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam Negeri
India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana
kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan (Bastin, 1964:2) menyebabkan
markahnya agak rendah dan beliau telah di hantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di
negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson,
Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk
mempelajari sistem matrilenial. Dalam 1913 dia telah dilantik Pegawai Daerah dalam Kuala
Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di jabatan pendidikan. Pada tahun 1920-an
Winstedt menerima Dlittnya daripada Oxford. Dia juga berkhidmat sebagai Presiden pertama,
di Raffles College Singapura, pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai
presiden, dia juga berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;
bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS), dan anggota Majlis Perundangan, Negeri-
negeri Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal Council, 1927 hingga
1931.
Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu beliau telah dilantik sebagai
pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di
School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran
pada 1939 hingga1959. Pada tahun 1938 beliau juga telah dilantik sebagai presiden di
Association of British Malaya sehingga tahun 1939. Di samping itu beliau juga dilantik
sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah Jajahan mengenai Pendidikan, 1936
hingga 1939. Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presidan di Royal Asiatic Society
pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli
kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Instituut voor
TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2 Jun 1966.
Sumbangan
Sewaktu bekerja di Kuala Pilah beliau telah menghasilkan dua buah buku yang
berjudul colloquial (Malay: A Simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang
dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of
colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap
baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu,
beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian
Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendikiawan British pertama untuk
membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan
bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan saintifik dalam tulisannya mengenai Sejarah
Melayu.”
Dengan kata lain kamus Winstedt ini banayak menunjukkan persamaan antara bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20 Winstedt juga telah menghasilkan buku
tatabahasa Melayu yamg berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu
pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary
diikuti dengan Kamus Bahasa Melayu pada tahun 1960..
R.O Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang
Melayu khususnya, dia sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadagannya
Sultan Idris Training College (S. I. T. C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997,
kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British
Empire, Order of St Micheal and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O
Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. R.O Winstedt dan O.T Dussek telah
dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957 Pejabat Karang Mengarang di bawah
nasihat R.O Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah dibawah
Malay School Series.
Di samping itu, R.O Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai
kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah Melayu.
Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun
sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan R.J Wilkinson Winstedt telah menghasilkan esei
yang berjudul “The Literature of Malay Folklore. Beginning: Fables, Farcical Tales,
Romance” Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of
Malay Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali
Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History of Classical
Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti dengan “Musang
Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah
dihidupkan kembali oleh R.O Winstedt. Dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu.
Sebagai perkembangan pada tahun 1910 Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat
Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung
Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang
penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun Che
Tunggal” yang dihasilkan pada 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul
“Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi. A study of the
evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu dalam bidang kesusasteraan Melayu
R.O Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and
Johore”, etc. (Malay text of the tuhfat al-naf+s) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga
beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of Johore”. Iaitu mengenai
tentang silsilah kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah
pada tahun 1934 beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of
Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938 beliau telah
menghasilkan karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS. Of
the Malay Romance of Alexander the Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah
Melayu;, (with ‘ An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940 beliau
menghasilkan karya yang berjudul “Valentjin Copy of The Sejarah Melayu”.
Pada tahun 1941 pula beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales” dan
“A Literary Device Common to Homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan
karya yang berjudul “Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada tahun 1944
pula beliau menghasilkan “An Undescribed Malay Version of the Ramayana” Sumbangannya
dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The Malays: a cultural
history” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan
karyanya yang berjudul “Notes On Malay Subjects.
Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak berhenti di sini sahaja, pada tahun 1949
beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and
the King Of Singapore”. Pada tahun 1961 beliau telah menghasilkan 1 lagi tulisannya yang
berjudul “Modern Malay Poetry”.
Thomas Bowrey
Latar Belakang
Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan
Melayu dan buku tatabahasa Melayu. Beliau dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St
Phillips, Gloucestershire London England dan telah menyertai syarikat Hindia Timur
Inggeris ke Asia Tenggara. Thomas Bowrey hidup selama 44 tahun sahaja kerana
meninggal dunia pada tahun 1713. Beliau telah mengembara ke Asia Tenggara selama
19 tahun dan menghasilkan beberapa buah karya. Selama beliau tinggal di Teluk
Benggal dan kepulauan-kepulauan di Asia Tenggara beliau telah menghasilkan kamus
dwibahasa yang pertama pada lewat kurun ke 17. Kamus itu ditulis ketika dalam
perjalanan pulang ke England pada tahun 1688 dan kemudiannya diterbitkan oleh
“The Sam London” pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A Dictionary of English and
Malayo-Malayo and English (1701). Beliau juga mengkaji tatabahasa Melayu semasa
berada di Kepulauan melayu dan walaupun amat ringkas dalam Bahasa Inggeris yang
terkandung dalam kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam London ketika
beliau berumur 32 tahun iaitu daripada 13 tahun barulah kamus beliau dikeluarkan
dan merupakan kamus pertama dwibahasa Inggeris Melayu dihasilkan.
Sumbangan
Sumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar
terutamanya di dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang
menghasilkan perkamusan Melayu Inggeris dan telah berkembang dengan pesat
penggunaannya sehingga kini. Kamus beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh
The Sam London yang bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and
English (1701).
Selepas 19 tahun berdagang di Teluk Benggal dan kepulauan-kepulauan di
Asia Tenggara, seorang tokoh Inggeris iaitu Thomas Bowrey boleh dilihat telah
mencapai profesion di Tanah Melayu pada lewat kurun ke 17. Dalam perjalanan
pulang ke tempat tanah airnya iaitu England yang amat jauh pada tahun 1688, Thomas
Bowrey telah menulis sebuah kamus dwibahasa yang mana kemudiannya karya beliau
ini telah diterbitkan oleh The Sam London pada abad ke 18 iaitu pada tahun 1701.
Pada bahagian pendahuluan kamus ini, Thomas Bowrey telah menulis bahawa, “... di
mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan ini..., Bahasa Melayu telah diterima dan
secara umumnya digunakan di semua pelabuhan di kepulauan-kepulauan itu,” dan
beliau juga menulis bahawa “...hanya untuk perdagangan di kebanyakan tempat di
mana Bahasa Melayu digunakan .” Kamus beliau ini mengandungi senarai-senarai
perkataan yang wujud dalam bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-
Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada memasukkan seperti berikut:
(a) Penerangan dan peraturan tatabahasa pendek
(b) Beberapa perkara
(c) Dialog-dialog
(d) Surat-surat dalam bahasa Inggeris dan Melayu
Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu:
(a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu
terutamanya yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan
bandingkan dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam
buku Tatabahasa Dewan (1994).
(b) Penerapan semulajadi ke atas sebentuk asas sintetik bahasa Melayu dan
perbandingannya dengan yang ada pada masa kini.
Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada
imbuhan ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah
bertentangan dengan tatabahasa moden pada buku Tatabahasa Dewan (1994).
Sebagai penanda pasif, ia kelihatan seperti mempunyai versi bahasa Melayu yang
lebih karya berbanding dengan imbuhan pasif pada bahasa Melayu lewat kurun ke
17. Sebagai bentuk asas di dalam sintaksis (syntax), ia akan melaporkan tentang
penerapan ke atas ayat –ayat kompliment, persaudaraan dan bentuk-bentuk
struktur interrogatif. Teori morphologikal tradisional akan digunakan untuk
menerangkan morfologi itu. Sementara itu, teori X’daripada “Principles and
Parameters of Culicover” (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang
sintatik.
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita.
Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas
Bowrey Sistem ini menjadi begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah
sehingga ia terkenal juga sebagai ejaaan sekolah. Sistem ini digunakan
sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Sistem ejaaan
baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna sudah hampir 25 tahun
ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada
tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi
pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.
Hugh Clifford
Latar Belakang
Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh Clifford.
Beliau telah mengembara ke tanah melayu pada tahun 1887 iaitu berumur 17
tahun. Setelah berada lama dan bergaul dengan masyarakat melayu, beliau telah
mula faham dan fasih berbahsa melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk
mengkaji asal usul bahasa Melayu. Pada 18.12.1941, Sir Hugh Clifford, satu nama
yang tidak asing dalam sejarah Pentadbiran British di Pahang telah meninggal
dunia. Hugh Clifford yang dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon,
London. Beliau ketika itu yang baru sahaja lulus peperiksaan asas memasuki
tentera telah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor
dan Sungai Ujong bersama 11 orang kadet-kadet yang lain.
Tugasnya yang pertama di British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada
Resident Perak Sir Hugh Low. Walaubagaimanapun, setelah lancar dalam bahasa
Melayu Clifford telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar
pada bulan Mac 1855. Apabila British mencampuri urusan di Pahang Clifford
telah dihantar sebagai wakil British di Pekan tanpa mempunyai kuasa yang luas.
Clifford dipertanggungjawabkan untuk mendesak Sultan mewujudkan sistam
residen di Pahang.
Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai
Superitendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di
Pahang iaitu J. P. Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929
sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak
mengizinkan beliau memanjangkan khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia
pada 18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu diserang oleh Tentera Jepun.
Sumbangan
Hugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa
Melayu di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang
penyelidikan asal usul Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa
melayu kuno dengan bahasa melayu klasik dan membuat kesimpulan bahawa
kedua-dua bahasa tersebut mempunyai persamaan dari segi cara sebutan dan
bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan yang dikaji oleh beliau
telah banyak membantu Bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh Tanah
Melayu.
Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan-
perkataan yang terdapat dalam bahasa melayu. Beliau berpendapat bahawa
pawang dirujukkan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib,
khusus untuk mencari bahan galian, mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh
ikan atau perkara yang berkaitan dengan alam. Manakala tugas bomoh pula adalah
semata-mata untuk penyembuhan penyakit yang menyerang manusia. Walaupun
demikian fungsi kedua-duanya itu boleh ditukar ganti penggunaannya.
Sumbangan yang paling besar Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah
beliau dan F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang
berjudul A Dictionary of the Malay Language. Kamus tersebut telah disusun dari
abjad A hingga G setebal 509 halaman.
Selain itu, High Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat
Melayu dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila
beliau banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di samping menjalankan tugas
sebagai Residen British di Pahang.
Seterusnya, High Clifford melibatkan diri dalam bidang penulisan novel dan
cerita-cerita mengenai masyarakat Melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut
ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di tanah Melayu.
Sumbangan lain yang disumbangkan oleh Hugh Clifford ialah lebih ke arah
sejarah tanah Melayu. Selain melibatkan diri dalam bidang kajian Bahasa Melayu
Hugh Clifford juga berperanan dalam mentadbir tanah melayu semasa penjajahan
British. Beliau ditugaskan sebagai Residen British di Pahang. Sebagai Residen
British beliau berperanan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu
untuk mengikut cara pemikiran British. Tujuan British berbuat demikian ialah
membawa dua maksud. Yang pertama ialah mmbolot ekonomi dan kekayaan di
Nusantara manakala maksud yang kedua ialah menyebarkan fahaman liberalisme
di Nusantara. Ini kerana para kolonial beranggapan menjadi tanggungjawab
mereka untuk mentamadunkan masyarakat Nusantara mengikut piawaian mereka.
Perkara ini jelas dibuktikan melalui slogan “White man burden”. Kedatangan
generasi pertama kolonialis ialah terdiri daripada para orientalis dan ilmuan
mengenai peradaban timur (Syed Hussein: 1974). Ini dapat dibuktikan melalui
nama-nama sarjana besar seperti Frank Swettenham Hugh Clifford, R.O
Windstead dan J.G Davidson. Kesemua mereka adalah ilmuan yang pakar tentang
ilmu timur dan bertindak sebagai pentadbir kolonial di Nusantara. Sebagai contoh,
Sweetenham yang merupakan Residen British di Selamgor juga merupakan ahli
orientalis dari London. Maka jelaslah tujuan kolonial menjajah.
Nusantara bukan sekadar berorientasikan aspek ekonomi tetapi juga
menyebarkan fahaman Barat ke dalam minda masyarakat Melayu. Peranan
ideologi liberal yang didukung oleh para kolonial juga menyebabkan terdapat
kontadiksi diantara orientalis dan Islam. Ini kerana ideologi liberal yang
disebarkan oleh para orientalis di Nusantara menyarankan betapa perlunya
dikurangkan kuasa institusi agama di dalam kehidupan rakyat. Pemikiran liberal
juga menyarankan masyarakat bebas tanpa kongkongan agama kerana para
kolonialis berpendapat mereka mengalami modenisasi setelah meninggalkan
agama. Ini jelas dibuktikan melalui peranan Hugh Clifford sebagai Residen British
di Pahang di mana beliau menolak permintaan Sultan Ahmad I untuk mewujudkan
jawatan Penasihat syariah kepada kerajaaan kerana pada anggapan beliau sudah
memadai dengan seorang penasihat undang-undang sivil(Qassim:1994).
Sir Henry Yule
Latar Belakang
Sir Henry Yule merupakan anak kelahiran dari Inveresk, Scotland iaitu sebuah
negara yang berhampiran dengan Edinburgh. Anak lelaki kepada seorang penterjemah
Apothegms Ali yang terletaknya di sebelah barat dan tidak mustahil pernah mencipta
nama pada suatu masa dahulu iaitu Major William Yule. Bapa kepada Sir Henry Yule
ini, pastinya seorang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan beliau
merupakan seorang yang bergiat aktif dengan cemerlangnya sebagai seorang tokoh
penterjemah yang hebat lagi disegani. Bak kata pepatah Melayu, “Manakan
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Begitulah yang ditujukan kepada Sir Henry
Yule ini yang turut dapat digambarkan sebagai seorang tokoh terkemuka yang tidak
pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan beliau
sehingga mencapai ke tahap yang tinggi.
Terdapat pelbagai tempat pengajian yang telah mendewasakan beliau sehingga
menjadi seorang tokoh sarjana yang berjaya. Bermulanya beliau dengan mendapatkan
pendidikannya di Edinburgh. Setelah beliau berjaya menamatkan pengajiannya di
sana, beliau telah menyambung semula pengajiannya di Addiscombe, Chatham dan
seterusnya di Bengal Engineers iaitu pada tahun 1840. Segalanya hanya untuk tujuan
yang satu iaitu ingin menjadi sebagai seorang yang berjaya dan berguna suatu hari
kelak. Namun usaha beliau yang begitu kental itu, tidaklah sia-sia dan tidak
menghampakan dirinya untuk terus melangkah lebih jauh lagi dengan penuh yakin
demi mencapai cita-cita yang diidamkan.
Kekuatan semangat dan minat beliau yang jitu telah mendorong beliau pada
suatu masa dahulu untuk menyertai dalam kedua-dua peperangan Sikh. Dalam
usahanya itu, beliau telah diberi satu kepercayaan yang penuh terhadap kebolehan
beliau dengan dilantik sebagai setiausaha kepada seorang yang penting seperti
Kolonel (anak jagaan) Arthur Phayre untuk mencapai misi terhadap Ava iaitu pada
tahun 1855. Namun, pada tahun 1862 pula, beliau telah bersara dengan gelaran
sebagai seorang pesara yang berpangkat Kolonel. Tidak terhenti sekadar di situ,
kerana berkat kerajinannya, beliau telah mengisi masa senggangnya dengan pelbagai
aktiviti yang berfaedah iaitu setelah beliau bergelar pesara. Beliau yang ketika itu
telah mula menumpukan sepenuh masa dan perhatiannya dengan mengkaji tentang
perkembangan sejarah kuno dan geografi bagi Asia Tengah. Oleh kerana watak dan
ketokohan yang dimiliki oleh beliau, Sir Henry Yule juga pernah menyandang
jawatan sebagai seorang president di Haklyut Society. Hal ini lebih membuktikan
bahawa beliau merupakan seorang yang berdisiplin dalam melaksanakan tugasnya
sehingga beliau diberi satu tugasan yang berat dalam menggalas tanggungjawab
sebagai seorang president. Sir Henry Yule tidak pernah terlepas untuk mendapat
sanjungan dan pujian daripada pelbagai pihak. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau
sendiri pernah menerima sebuah pingat emas daripada Royal Geografical Society
kerana kebolehan dan kepintaran beliau dalam menghasilkan banyak sumbangan
terhadap masyarakat dan negara. Oleh itu, ianya begitu jelas dapat dilihat bahawa
beliau merupakan seorang yang tidak pernah mensia-siakan masa senggangnya
walaupun hanya sesaat untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Begitulah salah
satu contoh terbaik yang harus dijadikan sebagai ikutan dan teladan masyarakat masa
kini agar lebih menghargai masa.
Sumbangan
Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang
penglibatannya dari pelbagai sudut. Antara sumbangannya yang berjaya ditonjolkan
adalah seperti dalam penghasilan karyanya menerusi hasil penulisan beliau yang
sangat diminati. Oleh itu, hasil karyanya telah diambil sebagai salah satu contoh hasil
penulisan yang terbaik suatu masa dahulu. Hasil penulisannya tersebut dalam sebuah
buku yang bertajuk “Narrative Mission” dan telah digunakan sebagai salah satu
rujukan khas oleh Mahkamah Ana pada tahun 1858.
Selain itu, beliau juga telah berjaya menerbitkan pula buku lain yang berjudul
Cathay dan Way Thither, pada tahun 1866. Selain itu, sebuah lagi buku yang berjudul
Book of Marco Polo juga telah berjaya dihasilkan tetapi ia diterbitkan setelah beliau
bergelar sebagai pesara dengan berpangkat kolonel. Sepanjang kerjayanya sebagai
seorang penulis, beliau juga pernah dibawa keluar oleh sebuah agensi yang bertujuan
untuk kerjasama antara beliau dengan Dr Arthur C Burnell dalam menghasilkan
Hobson-Jobson iaitu pada tahun 1886. Dalam hal ini, misinya utama yang menjadi
tunjang kekuatannya adalah untuk menerbitkan sebuah kamus yang berkenaan tentang
ungkapan-ungkapan yang berbentuk kolokial Anglo-Indian Inggeris. Hal yang
demikian, keterlibatan beliau dalam penerbitan kamus ini pastinya telah menaikkan
lagi semangat perjuangan beliau dalam memperjuangkan hasilan karyaannya.
Seterusnya, Sir Henry Yule juga pernah menyunting Mirabilia pada tahun
1863 sebagai penghurai kepada Jordanus dan The Diary William Hedges dari tahun
1887 hingga 1889, dan beliau yang ketika itu merupakan seorang bekas president bagi
Hakluyt Society. Suntingannya tadi bukan hanya untuk sekadar huraian terhadap dua
perkara tadi bahkan turut mengandungi sebuah biografi pertama terhadap seorang
yang berpengaruh iaitu Gabenor Pitt yang merupakan datuk kepada William Pitt yang
berjudul Earl of Chatam. Bukan sekadar itu sahaja, Sir Henry Yule juga merupakan
penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus Oxford Inggeris dan merupakan
penasihat dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan Oriental.
Tidak ketinggalan juga dengan hasil karya beliau yang telah banyak memberi
manfaat kepada masyarakat seperti hasil buku-bukunya yang berjudul ‘The Book of
Ser Marco Polo’:The Venetian Concerning the Kingdom and Marvels of the East,
‘The Travels of Marco Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol.1 by Marco
Polo’ ‘The Travels of Marco Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol.2 by
Marco Polo, Book Of Ser Marco Polo V1: The Venetian Concerning the Kingdoms
and Marvels of the East, ‘Book of Ser Marco Polo V2’: The Venetian Concerning the
Kingdoms and Marvels of the East, Book of Ser Marco Polo V2: The Venetian
Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Habson-Jobson dan banyak lagi.
George Coedes
Latar Belakang
George Coedes merupakan salah seorang sarjana barat yang telah banyak
mengkaji sejarah dan perkembangan di Asia Tenggara. Beliau dilahirkan di Paris dan
berketurunan Hungary. Beliau telah mempelajari indologi di Sorbonne dan seterusnya
mempelajari bahasa dan budaya Sanskrit di Berlin bersama R. Pischel. Beliau telah
banyak menumpukan perhatian pada epigrafi Khmer dan telah menulis banyak
tentangnya. Beliau juga telah menerbitkan artikel bertajuk “Le Royoume De
Crivijaya” pada tahun 1918 di Hanoi dan ini telah meningkatkan lagi reputasinya di
kalangan orientalis barat.
Coedes dilantik sebagai kurator di Perpustakaan Kebangsaan Thailand dalam
tahun 1918 dan menjadi pengarah L’Ecole francaise d’Extreme-Orient sekitar tahun
1929 hingga 1946. Dalam tempoh masa ini, beliau telah menerbitkan bukunya yang
bertajuk “ Recueil Des Inscriptions Du Siam” (Bangkok, 1924-29, 2 vols). Kemudian,
beliau telah menerbitkan buku yang mempunyai siri yang panjang di antara tahun
1937 dan 1942. Tajuk buku tersebut ialah “Inscription Du Cambodge”. Beliau
menerbitkan buku edisi pertama yang bertajuk “Etats Hindouises d’ Indochine et
d’Indonesia” di Hanoi pada tahun 1944 dan edisi kedua pula diterbitkan pada tahun
1964 di Paris.
Coedes menjalinkan hubungan kerjasama yang baik di antara L’Ecole
francaise d’Extreme-Orient dan orang-orang Belanda yang merupakan kawan-
kawannya dari Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen
di Batavia. Pada tahun 1928, Coedes telah mengadakan lawatan ke ibu negeri Belanda
Timur dan pada tahun 1930, pengarahnya pula telah datang ke L’Ecole francaise
d’Extreme-Orient di Indochina. Ini menunjukkan bahawa Coedes mempunyai
hubungan yang cukup baik dengan orang-orang Belanda.
Coedes kembali ke Perancis selepas peperangan dunia kedua dan berkhidmat
di Ecole pratique des Hautes Etudes sebagai tenaga pengajar sehingga bersara.
Selepas itu beliau tinggal di Paris sehinggalah beliau mati pada tahun 1969. Coedes
telah menulis banyak teks di dalam kajiannya antaranya ialah, “The Indianized States
of Southest Asia (1968,1975)” dan “The Making of South East Asia (1966)” di mana
beliau telah membina satu konsep “Indianized Kingdom”. Beliau juga telah menulis
buku bertajuk “Angkor An Introduction” yang telah diterbitkan di Paris pada tahun
1947.
Sumbangan
George Coedes merupakan penyumbang terbesar dalam kajian berkenaan
kerajaan terdahulu Sriwijaya iaitu kerajaan yang berpusat di Palembang Indonesia dan
telah meluaskan kawasan jajahannya hingga ke Semenanjung Malaysia dan Tanah
Jawa. Coedes telah membentangkan hasil penemuan dan tafsirannya berkenaan
Sriwijaya dalam akhbar berbahasa Belanda dan juga bahasa Indonesia sekitar tahun
1920.
Coedes juga adalah salah seorang daripada pengkaji yang menyatakan bahawa
daerah Asia Tenggara telah lama bertamadun. Ini adalah berdasarkan kajiannya ke
atas tinggalan-tinggalan zaman terdahulu. Antaranya beliau telah berjaya
mentranselitkan prasasti bahasa Melayu tertua yang ketiga iaitu prasasti Kedukan
Bukit. Prasasti ini ditemukan di sebuah kampung bernama Kedukan Bukit di tepi
sebuah sungai yang bernama Sungai Tatung dan di kaki sebuah bukit yang bernama
Bukit Seguntang. Nama bukit Seguntang ini ada tercacat dalam buku Sejarah Melayu
(Sulalatus Salatin). Prasasti ditemukan pada tahun 683 masihi tidak jauh dari Kota
Palembang, ibu kota propinsi Sumatera Selatan.
Selain daripada itu, Coedes juga telah berjaya mentranselitkan prasasti yang
ditemukan di Talang Tuwo iaitu di Palembang, Sumatera Selatan. Prasasti ini
bertarikh pada 684 Masihi. Prasasti ini seterusnya yang telah diterjemahkan oleh
Coedes ialah prasasti yang ditemui di Kota Kapur, di Pulau Bangka. Prasasti ini
bertarikh pada 686 Masihi. Satu lagi prasasti yang telah diterjemahkan oleh Coedes
ialah prasasti yang ditemukan di Karang Berahi. Prasasti ini bertarikh pada 686
Masihi.
Daripada penemuan-penemuan prasasti ini, dapatlah kita mengetahui ciri-ciri
bahasa yang digunakan, adat resam serta kepercayaan sesuatu bangsa dan masyarakat
pada masa itu di Nusantara ini. Dengan adanya terjemahan pada prasasti tersebut
maka pengkajian bidang Sejarah Bahasa Melayu menjadi semakin luas. Daripada teks
yang terdapat pada prasasti-prasasti tersebut, kita dapat mengumpulkan kata-kata
yang boleh diberi padanannnya dengan kata-kata bahasa Melayu Moden. Selain itu
juga, kita boleh melihat persamaan dan perbezaan kosa kata, morfem, fonem,
morfologi, fonologi dan sebagainya antara bahasa Melayu Kuno dengan bahasa
Melayu Moden.
Kesimpulan
Tokoh-tokoh dari barat ini memberi sumbangan penting dalam perkembangan
penggunaan bahasa Melayu sehingga kini. Dalam hal ini kita boleh membuat
kesimpulan bahawa pengkaji dari barat boleh dikatakan telah banyak membuat
perubahan tentang penggunaan bahasa Melayu sehingga ianya telah digerhanai oleh
penjajah yang mengurangkan peranan bahasa tersebut dalam ranah-ranah kehidupan
tetapi tahap awal penggunaan bahasa Melayu moden segera bersinar apabila
kemerdekaan diperoleh. Dengan berlangsungnya usaha-usaha perancangan bahasa
untuk menjadikan bahasa itu sebagai bahasa utama dalam segenap ranah kehidupan,
seperti pentadbiran, pendidikan, kehakiman, media dan sebagainya. Dalam konteks
Malaysia, tempoh kira-kira setengah abad perancangan bahasa Melayu berlangsung,
bahasa tersebut telah membuktikan kemampuannya sebagai bahasa moden yang
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa moden yang lain.
Segala ilmu moden dapat diungkapkan dan dikembangkan dalam bahasa Melayu
dengan tergubalnya kira-kira satu juta istilah dalam ratusan bidang ilmu dan
profesional. Kosa kata umumnya berkembang dengan pesat dengan sifat kelunturan
yang diwarisinya sejak zaman bahari. Sistem tatabahasanya cukup mantap untuk
memeriokan apa-apa jua bidang dan konteks dan keadaan ini menunjukkan bahawa
bahasa Melayu mampu bersaing dalam arus dunia yang telah berkembang pesat ke
arah kemodenan.
Top Related