LAPORAN PEMBUKTIAN KO-KURIKULUM BERKREDIT
ProjekDAKWAH ORANG ASLI II
PenyeliaPROF. MADYA DR. AHMAD SUNAWARI LONG
PelajarMUHAMAD ARIF BIN AYUB
(A141577)AHLI PROJEK
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT
DAN PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
PEMBUKTIAN : KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- Mendapatkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dakwah serta maklumat mengenai kehidupan masyarakat orang Asli dan merekodkan maklumat sebagai rujukan dan panduan dalam menjalankan aktiviti.
- Maklumat yang telah kami perolehi seperti pengetahuan asas dalam pendekatan dakwah telah kami guna pakai dalam program ini secara optimum. Selain itu, maklumat yang kami perolehi sepanjang program mengenai kehidupan dan budaya masyarakat orang asli telah kami rekodkan bagi rujukan untuk program susulan yang akan datang. Ini membuktikan pengurusan maklumat yang telah kami aplikasikan dalam program ini
GAMBAR SEMASA PROGRAM
KERTAS KERJA
DAKWAH ORANG ASLI 2 (DOA’2)
TARIKH:
24-27 APRIL 2014
TEMPAT:
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG LIMAU,GUA MUSANG, KELANTAN
ANJURAN:
KELAB USULUDDIN DAN FALSAFAH (KUFAH) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA)
TEMA:“MEMPERERAT KASIH MEMPERKASAKAN AQIDAH”
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dan kelulusan program DOA 2 ‘2014 anjuran Kelab Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 hingga 20 April 2014.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
2.1 Penubuhan kelab ini adalah untuk membentuk mahasiswa/i yang terkehadapan, berkempimpinan dan berdaya saing tinggi bagi meningkatkan daya kepimpinan dan keterampilan mahasiswa/i dalam membentuk jati diri, merealisasikan falsafah, wawasan, misi dan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memajukan akademik dan ko-kurikulum mahasiswa/i kelab, membangunkan mahasiswa/i yang berilmu dan beramal serta mengantarabangsakan citra dan sumbangan kepada masyarakat.
2.2 Program ini merupakan kesinambungan bagi program Dakwah Orang Asli (DOA ’2013) yang lalu sepertimana yang telah dicadangkan sebagai aktiviti tahunan KUFAH. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyahut hasrat ABIM untuk menjadikan penduduk Kampung Limau tersebut sebagai keluarga angkat yang mana kehidupan beragama mereka akan sentiasa dipantau dan dibimbing oleh mahasiswa. Justeru, untuk tahun 2014, dengan pendekatan yang tersendiri, pogram ini akan dilangsungkan dengan matlamat utamanya iaitu untuk meningkatkan produktif mahasiswa/i sebagai belia Islam dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli untuk memperkasakan lagi aqidah mereka sebagai umat Islam.
3.0 MISI
Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai sifat ingin tahu terhadap agama yang mereka anuti dan memiliki pengetahuan asas terhadap kepercayaan agama-agama lain yang terdapat di Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Ia juga bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang saling memahami dan tinggi jati diri.
4.0 MATLAMAT
4.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai ilmu Usuluddin dan agama yang telah dipelajari selama ini di Universiti Kebangsaan Malaysia serta kepentingan mempelajari dan mempraktikkannya dalam kehidupan mahasiswa/i.
4.2 Menyedarkan mahasiswa/i akan kepentingan berdakwah kepada masyarakat terutamanya masyarakat Orang Asli.
4.3 Mendedahkan dan memberi kefahaman kepada mahasiswa/i tentang cara-cara untuk berdakwah kepada masyarakat Orang Asli.
4.4 Mewujudkan perpaduan di kalangan mahasiswa/i melalui aktiviti yang dijalankan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Melahirkan individu yang taat dan patuh kepada agama yang tercinta.5.2 Melahirkan mahasiswa/i yang memiliki sahsiah berkualiti dan tinggi jati diri.5.3 Melahirkan mahasiswa/i yang berpengetahuan tentang kehidupan masyarakat
Orang Asli.5.4 Membentuk mahasiswa/i yang boleh menghadapi segala cabaran dalam
berdakwah.5.5 Melahirkan mahasiswa/i yang berpengetahuan tinggi dalam bidang ilmu
usuluddin dan dakwah.
6.0 TEMA
“MEMPERERAT KASIH MEMPERKASAKAN AQIDAH”
7.0 ANJURAN
Kelab Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Islamic Outreach Abim, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :Tarikh : 24 – 27 April 2014Hari : Khamis – AhadMasa : 6.00 pagi – 11.00 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan ialah Perkampungan Orang Asli, Kampung Limau, Gua Musang, Kelantan.
10.0 PUBLISITI
10.0 Flyers10.1 Poster
10.2 Banner10.3 Banting
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmi pembukaan untuk program ini ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari bin Long. Beliau adalah Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. Perasmi penutup bagi program ini ialah Dr. Indriaty binti Ismail. Beliau juga adalah pensyarah dan Ketua Jabatan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta adalah seramai 33 orang, urusetia adalah seramai 30 orang, 1 orang pengiring serta 16 orang pemantau dari JHAEIK dan JAKOA. Jumlah keseluruhan adalah seramai 80 orang terdiri daripada Ahli-ahli Kelab Usuluddin dan Falsafah, pegawai JHAEIK, Ahli-ahli ABIM dan ahli-ahli JAKOA.
13.0 PERINCIAN TEMPAT
Tempat yang dicadangkan iaitu di Perkampungan Orang Asli Kampung Limau, Gua Musang, Kelantan. Tempat ini dipilih kerana lokasi tersebut telah pun mempunyai penempatan untuk menjalankan operasi dakwah yang disediakan oleh pihak Islamic Outreach Abim. Tempat ini juga tidak menelan kos yang tinggi dan aspek keselamatan mahasiswa/i masih lagi terjamin.
14.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
15.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
16.0 PERINCIAN PROGRAM
16.1 Konsep program Program yang dirancang ini dijalankan adalah bagi membentuk masyarakat yang diredhai Allah Taala. Program ini juga adalah untuk membina jati diri yang kuat di kalangan pelajar Jabatan Usuluddin dan Falsafah dalam berdakwah kepada masyarakat terutamanya masyarakat Orang Asli. Program ini juga sebenarnya dapat memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar dan mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari selama berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat kepada perkembangan masyarakat kini terhadap keperluan agama dan akidah, maka adalah lebih baik sekiranya para pendakwah muda turun ke padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar dan membawa pendekatan baru untuk mendampingi masyarakat Orang Asli yang banyak terdedah dengan ancaman musuh-musuh Islam.
16.2 Majlis Perasmian
Majlis Perasmian akan dirasmikan oleh Penasihat Kelab Usuluddin dan Falsafah iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari bin Long.
16.3 Penyerahan Anak Angkat
Setiap peserta akan di bahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Anggaran jumlah bagi setiap anak angkat bagi setiap sebuah keluarga ialah seramai 3 orang. Program anak angkat ini adalah bertujuan melebarluaskan lagi silaturrahim antara mahasiswa/i dan masyarakat Orang Asli.
16.4 Gotong-Royong
Gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkampungan Orang Asli adalah sebagai menunjukkan rasa keprihatinan seorang mahasiswa itu sendiri terutamanya terhadap penduduk kampung. Malahan dengan aktiviti sedemikian, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara mahasiswa/i dan masyarakat Orang Asli. Malahan ia akan meningkatkan lagi semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
16.5 Sukaneka
Tujuan utama diadakan sukaneka adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara masyarakat Orang Asli dan mahasiswa/i. Dengan mengadakan sukaneka ini juga akan dapat menghapuskan pandangan masyarakat yang beranggapan bahawa seorang yang beragama Islam tidak kuat dan lemah.
16.6 Tazkirah
Tazkirah akan disampaikan oleh mahasiswa Jabatan Usuluddin dan Falsafah yang berkisar tentang agama Islam. Tazkirah tersebut adalah berkaitan tuntutan yang terdapat dalam agama. Di samping itu, tazkirah tersebut juga adalah bertujuan
untuk melatih mahasiswa Usuluddin dan Falsafah untuk menyampaikan tazkirah di khalayak ramai dan diharapkan agar tazkirah tersebut dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada mahasiswa dan masyarakat Orang Asli.
16.7 Tayangan Video
Tayangan video ini adalah sebagai salah satu cara bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Tayangan video ini adalah bertujuan untuk menarik minat masyarakat orang asli kepada agama Islam. Secara tidak langsung diharapkan agar masyarakat Orang Asli akan berpandangan bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik berbanding agama lain.
16.8 Kelas Bimbingan
Kelas bimbingan ini dibuat kepada masyarakat Orang Asli yang beragama Islam supaya mereka dapat mendalami agama Islam dengan lebih baik. Kelas bimbingan ini juga adalah bertujuan untuk memperbaiki bacaan al-Quran, doa, wirid, azan, iqamah dan solat. Diharapkan dengan adanya kelas bimbingan ini dapat memperbaiki banyak kesilapan mereka dan memberi mereka banyak ilmu tentang ibadah umat Islam yang sebenar dan sempurna.
16.9 Pertandingan Azan Dan Iqamah
Pertandingan azan dan iqamah ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat masyarakat Orang Asli yang pandai dalam mengalunkan azan dan iqamah. Di samping itu, pertandingan ini adalah bertujuan untuk menarik minat masyarakat orang asli yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, pertandingan ini juga dapat menunjukkan kehebatan Umat Islam kepada masyarakat Orang Asli yang bukan Islam.
16.10 Kunjungan Mesra
Kunjungan mesra merupakan satu aktiviti jalinan ukhuwah antara mahasiswa/i dengan masyarakat Orang Asli. Aktiviti ziarah ini adalah sebagai tanda keperihatinan mahasiswa/i terhadap masyarakat Orang Asli. Dalam aktiviti ini, para peserta akan bergerak dari satu rumah ke satu rumah yang lain terutamanya ke rumah Orang Asli yang bukan beragama Islam. Sesi temu bual dan ramah mesra yang dijalankan diharapkan dapat menarik perhatian serta minat mereka kepada agama Islam. Selain itu, dalam aktiviti ini juga, para peserta akan dapat menabur bakti dan memberikan sedikit cenderamata sebagai kenangan kepada masyarakat Orang Asli.
16.11 Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menghiburkan masyarakat Orang Asli dan mahasiswa sebelum pulang. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi banyak input yang menarik tentang agama Islam. Diharapkan agar selain masyarakat Orang Asli dapat berhibur, mereka juga mendapat banyak maklumat mengenai agama Islam.
16.12 Senaman
Aktiviti senaman ini adalah bertujuan untuk memberi kesihatan jasmani kepada mahasiswa/i dan masyarakat Orang Asli kerana minda yang cerdas adalah dari badan yang sihat. Selain itu, aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara masrakat Orang Asli dan mahasiswa/i.
16.13 Majlis Penutupan
Majlis penutupan DOA 2 ‘2014 ini akan disempurnakan oleh Dr. Indriaty binti Ismail iaitu Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
17.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
18.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:
Kelab Usuluddin dan FalsafahUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 BangiSelangor Darul Ehsan.( u/p: MUHAMMAD FITHRI BIN MUHAMMAD KHAIRI) : 013-2968108
19.0 PENUTUP
Saya mengharapkan agar pihak tuan dapat meluluskan kertas kerja ini dan memberi bantuan kewangan supaya program ini dapat direalisasikan serta dapat berjalan dengan lancar dengan izin Allah swt. Saya juga mengharapkan agar program ini dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan mahasiswa/i terutama mahasiswa/i di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan bantuan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI DAKWAH ORANG ASLI 2014
PenaungProf. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
PengerusiProf. Datin Noor Aziah Binti Haji Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
PenyelarasY. Bhg. En Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Dekan Fakulti Pengajian IslamProf. Dr. Mohd Nasran Mohamad
Ketua Jabatan Usuluddin dan FalsafahDr. Indriaty binti Ismail
PenasihatProf. Madya Dr. Ahmad Sunawari bin Long
Ketua PengarahMuhammad Fithri bin Muhammad Khairi
FPI/3/A139157/013-2968108
Timbalan Pengarah 1Aminah binti Albani/FPI/2/A142611
SetiausahaNurul Ain binti Mohd KhambaliFPI/2/ A142654/013-7980379
BendahariMuhammad Faiez bin Zulkifli/FPI/2/A141269
ProtokolMadrain bin Lijin/FPI/2/ A142620
Nurul Alliyana Binti Ahmad Shabuddin/FPI/3/A138287
ProgramMuhammad Aiman Syihabuddin bin Abd Rahim/FPI/2/A140742
Nurul Shazwani binti Mohamad Suadi FPI/3/A138084
Pengarah TeknikalAhmad Nur Afif bin Mohammad Arsad/FPI/3/A135837
Pengarah Tugas-tugas KhasWan Ahmad Fahmi bin Wan Muda/3/A137072
Siti Atikah binti Pauzi/2/ A140916
Pengarah PublisitiFatiyah binti Ab Kadir/FPI/2/ A142697
Pengarah JamuanAlmujahidah binti Abu Bakar/FPI/3/A138235
Pengarah Keselamatan & KebajikanMuhammad Khairul Anuar bin Mat Saupi/FPI/2/ A141523
Nurul Hafizah binti Shahrudin/FPI/3/ A135842
Pengarah PemasaranMuhd Faiz bin Ahmad Kamal Arifin/FPI/3/ A139116
Pengarah CenderamataNur Aida binti Mohd Suhaimi/FPI/3/A139184
Sayidah Khadijah binti Abdul Rahman/FPI/3/A139036
Pengarah Ilmiah & IbadahFahmi bin Ahmad Dusuki/FPI/3/A137734
Nazatul Aqilah bt Mohd Salleh/FPI/2/ A141887
Pengarah Sukan & RekreasiAbdul Rahman Iqbal bin Aldi/FPI/3/ A139038
Nur Saadah binti Abdul Rahman/FPI/3/ A138306
Pengarah PengangkutanMuhammad Syahmi Farhan bin Ab Majid
FPI/3/A135862/013-9038113
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM DAKWAH ORANG ASLI 2014PADA : 24APRIL 2014 (Khamis) – 27 APRIL 2014 (Ahad)
Tarikh dan MasaAktiviti Tempat
24 APRIL 2014 (Khamis)
11.00 malam Bertolak Dari UKM Foyer FPI
25 APRIL 2014 (Jumaat)
5.00 pagi
6.00 pagi
9.00 pagi
10.30 pagi
11.00 pagi
7.30 malam
9.00 malam
11.00 malam
Tiba di lokasi gua musang
Solat Subuh Berjemaah
Bergerak ke kampung
Majlis Penyerahan Anak Angkat
Bersama Keluarga Angkat (Modul
disediakan oleh Islamic Outreach ABIM)
Bersiap solat jumaat + keluarga angkat
Solat Isyak berjemaah
Sesi Ta’aruf
Tayangan : video orang kampung
Tidur
Perkampungan Orang Asli Kampung Limau
Gua Musang, Kelantan
26 APRIL 2014 (Sabtu)
5.30 pagi
8.00 pagi
10.30 pagi
12.00pagi
1.00 t/hari
2.00 petang
3.00 petang
Solat Subuh berjemaah
Minum pagi
Kelas bimbingan solat + zikir
Makan Tengahari
Solat Zohor berjemaah
Bersama keluarga
explorace
Perkampungan Orang Asli Kampung Limau
Gua Musang, Kelantan
5.00 petang
6.00 petang
7.30 malam
8.30 malam
9.15 malam
11.30 malam
sumpit belon/ anyaman
Makan Malam
Solat Maghrib berjemaah & Tazkirah.
(ustaz fardhu)
Solat Isyak berjemaah
Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam
(nasyid)
Tidur
Perkampungan Orang Asli Kampung Limau
Gua Musang, Kelantan
27 APRIL 2014 (Ahad)
5.30 pagi
7.00 pagi
8.00 pagi
10.00 pagi
11.00 pagi
1.30 t/hari
Solat Subuh berjemaah
Senaman
Rgotong roong/berkebun/kemas rumah
rehat / MinumPagi
Majlis Perasmian Penutupan Program
Jalinan Kasih 2 2014
Penyampaian hadiah dan cenderamata
Balik ke UKM
Perkampungan Orang Asli Kampung Limau
Gua Musang, Kelantan
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA JUMLAH(RM) 1. Sumbangan
- Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)- Pihak Luar
RM 300RM 4,580
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4,880
Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH (RM)1.
2.
3.
4.
5.
6.
Publisiti - Poster
(A3= RM 1.00 × 30)- Banner (RM80 x 4)- Kad Nama (RM 1 x 80)- Sijil (RM 1 x 80)
Pengurusan - Perhubungan Top - Up
Hadiah dan cenderamata - Perasmi (RM 50 x 2 Orang)- Penutup (RM 50 x 2 Orang)- Hadiah/hamper (RM50 x 20 Keluarga)
Rencam
Jamuan- Perasmi- Penutup- Peserta (RM 10 x 80 Orang x 3 Hari)
Aktiviti dan Program- Sukaneka- Program
RM 30RM 320RM 80RM 80
RM 70
RM 100RM 100RM 1000
RM100
RM 50RM 50RM 2,400
RM 100RM 100
MS JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 4,880
MINIT MESYUARAT DAKWAH ORANG ASLI 2 (DOA’2) 2014
KALI PERTAMAKELAB USULUDDIN DAN FALSAFAH (KUFAH) SESI 2013/2014
Tarikh : 21 April 2014Masa : 8.30 malamTempat : DK2, FPIKehadiran : 56 orang
AGENDA 1Kata alu-aluan YDP KUFAH (wakil KP Dakwah Orang Asli 2 2014)
Yang DiPertua Kelab Usuluddin dan Falsafah Sesi 2013/2014, Ahmad Nur Afif bin Mohamad Arsad mempengerusikan mesyuarat.
Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab.
AGENDA 2Makluman YDP KUFAH
Saudara Ahmad Nur Afif memaklumkan jumlah peserta program yang terkini. Beliau memberitahu agar setiap peserta berkumpul di Foyer FPI sebelum bertolak ke lokasi
program pada 24 April 2014 jam 11 malam.
AGENDA 3Taklimat perjalanan program
Saudara Muhammad Faiez bin Mohd Zulkifli selaku Bendahari Program menerangkan mengenai setiap perjalanan program.
Beliau memaklumkan bahawa setiap peserta dikehendaki berkumpul lebih awal di Foyer FPI untuk sesi pendaftaran sebelum bergerak ke lokasi program.
Beliau menerangkan mengenai setiap tugas yang perlu dilakukan oleh semua AJK dan Majlis Tertinggi sepanjang program berlangsung.
AGENDA 4Makluman Pengarah Program
Ustaz Khairul Nizam bin Awang Kechik selaku Pengarah Program DOA’2 2014 menyatakan bahawa program dakwah ini merupakan tanggunggjawab baru bagi peserta baru dalam menjalankan aktiviti dakwah.
Beliau memaklumkan bahawa pihak kerjasama program telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap program dakwah kali ini dan berharap agar program dakwah kali ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
AGENDA 5Makluman Timbalan Pengarah
Timbalan Pengarah Program DOA’2 2014, saudari Aminah binti Albani mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk diserahkan kepada penduduk Perkampungan Orang Asli Kampung Limau, Gua Musang Kelantan, seperti pakaian.
Beliau juga menghendaki setiap peserta program membawa sebarang makanan seperti tepung, gula, susu, sardin dan biskut sebagai bekalan makanan untuk diserahkan kepada keluarga angkat.
AGENDA 6
Penangguhan majlis Saudara Ahmad Nur Afif menutup majlis mesyuarat Dakwah Orang Asli 2 2014 kali pertama
dengan tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
NURUL AIN BINTI MOHD KHAMBALI MUHAMMAD FITHRI MUHAMMAD KHAIRISetiausaha Program Ketua pengarahDakwah Orang Asli 2 (DOA’2) 2014 Dakwah Orang Asli 2 (DOA’2) 2014
MINIT MESYUARAT DAKWAH ORANG ASLI 2 (DOA’2) 2014
KALI KEDUAKELAB USULUDDIN DAN FALSAFAH (KUFAH) SESI 2013/2014
Tarikh : 23 April 2014Masa : 8.30 malamTempat : DK2, FPIKehadiran : 47 orang
AGENDA 1Kata alu-aluan Pengarah Program (wakil KP Dakwah Orang Asli 2 2014)
Ustaz Khairul Nizam bin Awang Kechik selaku Pengarah Program mempengerusikan mesyuarat. Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab.
AGENDA 2Taklimat program
Bendahari Program, saudara Muhammad Faiez bin Mohd Zulkifli memaklumkan bahawa setiap peserta program dikehendaki membayar yuran penyertaan sejumlah RM10.
Beliau memaklumkan bahawa setiap peserta dikehendaki berkumpul awal di Foyer FPI selepas Maghrib untuk sesi pendaftaran beserta wang pendaftaran sebelum bergerak ke lokasi program.
Beliau memaklumkan bahawa bas bertolak ke lokasi program pada jam 10.00 malam. Beliau memaklumkan mengenai senarai muazzin, imam dan pentazkirah mengikut jadual tentatif
yang telah disediakan. Beliau memaklumkan senarai nama pengagihan peserta kepada keluarga angkat.
AGENDA 3Makluman Timbalan Pengarah
Saudari Aminah binti Albani selaku Timbalan Pengarah Program DOA’2 2014 menghendaki beberapa orang AJK program untuk turut sama membantu melipat dan membungkus pakaian yang telah disumbangkan.
AGENDA 4Penangguhan majlis
Ustaz Khairul Nizam menutup majlis mesyuarat Dakwah Orang Asli 2 2014 kali kedua dengan tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr. Majlis bersurai pada jam 10.30 malam.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
NURUL AIN BINTI MOHD KHAMBALI MUHAMMAD FITHRI MUHAMMAD KHAIRISetiausaha Program Ketua pengarahDakwah Orang Asli 2 (DOA’2) 2014 Dakwah Orang Asli 2 (DOA’2) 2014
Top Related