Zuhrah - · PDF file planet kita hilang. Dengan tiada udara yang menyebarkan sinar cahaya...

Click here to load reader

  • date post

    19-May-2020
  • Category

    Documents

  • view

    4
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Zuhrah - · PDF file planet kita hilang. Dengan tiada udara yang menyebarkan sinar cahaya...

  • Zuhrah

    Utarid

    Bumi

    Marikh

    Musytari

    Uranus

    Neptun Zuhal

    Luar angkasa, atau hanya dikenali sebagai angkasa lepas bermula 100km di atas Bumi, di mana lapisan udara di sekitar planet kita hilang. Dengan tiada udara yang menyebarkan sinar cahaya matahari dan menghasilkan langit biru, angkasa lepas muncul sebagai selimut kosong dihiasi dengan bintang-bintang.

    Angkasa lepas biasanya dianggap kosong tetapi itu tidak benar. Jarak yang besar di antara bintang-bintang dan planet dipenuhi dengan lapisan tipis gas dan habuk. Bahkan bahagian ruang yang paling kosong mengandungi sekurang-kurangnya seratus atom atau molekul per meter padu.

    Angkasa juga dipenuhi dengan pelbagai bentuk sinaran yang berbahaya kepada pengembara angkasa lepas, yang juga dikenali sebagai angkasawan dan kebanyakan sinaran inframerah dan ultraviolet ini berasal dari Matahari.

    Kosa kata: Angkasawan adalah pengembara angkasa lepas profesional. Istilah itu berasal dari kata-kata Yunani ástron, yang bermaksud “bintang” dan nautes, yang bermaksud “kelasi”.

    Kekurangan graviti adalah sekutu dan juga musuh terbesar angkasawan ketika terdedah kepada mikrograviti pada jangka waktu yang lama. Penerbangan orbital yang berpanjangan memberi kesan kepada tubuh manusia secara fizikal dan psikologi.

    Tulang dan otot Di permukaan bumi, tulang dan otot kita bekerja keras untuk memastikan kita berdiri tegak. Tanpa kekuatan tarikan graviti, fungsi tulang dan otot berkurangan lalu menyebabkan kemerosotan otot dan kehilangan ketumpatan tulang.

    Menurut NASA, penerbangan orbital selama sebulan akan menyebabkan kehilangan jisim tulang seperti wanita yang menopause dalam setahun, menyebabkan pengurangan kadar kalsium yang mendadak dalam darah, yang seterusnya membawa kepada pelbagai isu kesihatan .

    Di angkasa juga, otot tidak diperlukan untuk mengekalkan postur badan. Lama - kelamaan, otot jadi semakin lemah dan merosot. Oleh itu, angkasawan bersenam secara purata 2 jam sehari untuk mengelakkan kehilangan ekstrem jisim tulang dan pengecutan otot.Perjalanan ke angkasa lepas

    Orang ramai mula mengembara ke angkasa pada tahun 1961 dalam kapal angkasa kecil yang dipanggil kapsul. Kapsul dilancarkan dari Bumi dengan roket yang kuat.

    Angkasawan dihantar ke ruang angkasa menggunakan roket angkasa dari tapak pelancaran di Bumi.

    1

    Kapal angkasa akan terpisah dari roket di ruang angkasa.

    2

    Orbiter yang merupakan bahagian utama kapal angkasa akan membawa angkasawan mengembara ke angkasa lepas.

    3 Orbiter akan menuju ke destinasi yang ditetapkan di angkasa lepas.

    4

    1 GAYA HIDUP YAKULT!

  • Luar angkasa, atau hanya dikenali sebagai angkasa lepas bermula 100km di atas Bumi, di mana lapisan udara di sekitar planet kita hilang. Dengan tiada udara yang menyebarkan sinar cahaya matahari dan menghasilkan langit biru, angkasa lepas muncul sebagai selimut kosong dihiasi dengan bintang-bintang.

    Angkasa lepas biasanya dianggap kosong tetapi itu tidak benar. Jarak yang besar di antara bintang-bintang dan planet dipenuhi dengan lapisan tipis gas dan habuk. Bahkan bahagian ruang yang paling kosong mengandungi sekurang-kurangnya seratus atom atau molekul per meter padu.

    Angkasa juga dipenuhi dengan pelbagai bentuk sinaran yang berbahaya kepada pengembara angkasa lepas, yang juga dikenali sebagai angkasawan dan kebanyakan sinaran inframerah dan ultraviolet ini berasal dari Matahari.

    Kosa kata: Angkasawan adalah pengembara angkasa lepas profesional. Istilah itu berasal dari kata-kata Yunani ástron, yang bermaksud “bintang” dan nautes, yang bermaksud “kelasi”.

    Kekurangan graviti adalah sekutu dan juga musuh terbesar angkasawan ketika terdedah kepada mikrograviti pada jangka waktu yang lama. Penerbangan orbital yang berpanjangan memberi kesan kepada tubuh manusia secara fizikal dan psikologi.

    Tulang dan otot Di permukaan bumi, tulang dan otot kita bekerja keras untuk memastikan kita berdiri tegak. Tanpa kekuatan tarikan graviti, fungsi tulang dan otot berkurangan lalu menyebabkan kemerosotan otot dan kehilangan ketumpatan tulang.

    Menurut NASA, penerbangan orbital selama sebulan akan menyebabkan kehilangan jisim tulang seperti wanita yang menopause dalam setahun, menyebabkan pengurangan kadar kalsium yang mendadak dalam darah, yang seterusnya membawa kepada pelbagai isu kesihatan .

    Di angkasa juga, otot tidak diperlukan untuk mengekalkan postur badan. Lama - kelamaan, otot jadi semakin lemah dan merosot. Oleh itu, angkasawan bersenam secara purata 2 jam sehari untuk mengelakkan kehilangan ekstrem jisim tulang dan pengecutan otot.

    Mata Cecair di seluruh badan kita sentiasa bergerak dengan graviti yang menolak cecair turun ke arah kaki, manakala di angkasa, cecair ini cenderung ke kepala dan ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuk tekanan pada saraf optik, yang boleh menjejaskan kesihatan.

    Selain itu, sinaran kosmik, yang biasanya diserap oleh atmosfera juga menghasilkan kilatan cahaya yang mungkin merosakkan penglihatan.

    * Kosa kata: Sinar kosmik ialah bentuk radiasi tenaga tinggi yang berasal dari luar sistem suria kita.

    Tulang belakang Setiap orang mempunyai lengkung semulajadi di tulang belakang tetapi kekurangan graviti di angkasa lepas untuk menarik atau memegang tulang-tulang itu akan menyebabkan tulang belakang melurus. Apabila otot-otot di sekelilingnya menjadi lemah, tulang-tulang akan lebih meregang dan menyebabkan vertebra tersusun di atas satu sama lain dan menghilangkan kelengkungan semula jadi.

    Atrofi otot di sekeliling tulang belakang boleh menyebabkan tulang belakang senang tercedera apabila angkasawan kembali ke Bumi.

    Orbiter akan menuju ke destinasi yang ditetapkan di angkasa lepas.

    GAYA HIDUP YAKULT! 2

  • Jantung Semasa di angkasa, jantung juga kurang bekerja seperti tulang dan otot. Dalam persekitaran mikrograviti, jantung tidak perlu bekerja keras seperti yang dilakukan di Bumi. Ini berpotensi membawa kepada pengurangan otot jantung, menjadikannya lemah dan lebih kecil.

    Radiasi angkasa juga boleh menjejaskan lapisan salur darah, yang boleh memulakan atau mempercepatkan penyakit jantung koronari di mana arteri yang membekalkan otot jantung kita dengan darah yang kaya oksigen menjadi semakin sempit.

    Usus Usus mencerna makanan, menyerap nutrien dan air, membentuk najis, dan mengeluarkannya dari badan. Usus juga melindungi tubuh daripada musuh, kerana ia terdedah bukan sahaja pada makanan, tetapi bakteria dan penceroboh asing lain yang masuk dari luar. Dengan kata lain, usus tidak hanya mencerna makanan dan menyerap nutrien, ia adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.

    Mencerna makanan dan menyerap nutrient

    Menyerap air dan membentuk najis serta mengeluarkannya dari badan

    Melindungi badan daripada musuh luar

    Angkasawan yang bekerja di angkasa lepas, sebuah persekitaran ekstrem yakni di bawah pengaruh mikrograviti di dalam kapal angkasa tertutup akan mengalami kemerosotan fungsi imun. Individu yang sihat mempunyai fleksibiliti dan daya ketahanan sistem imun yang membolehkan kadar pemulihan yang cepat dengan sedikit atau tanpa sebarang kesan sampingan buruk. Namun begitu, berada di persekitaran yang ekstrem pada tempoh yang lama, gangguan ritma sirkadian dan perubahan

    pemakanan serta faktor lain, boleh membawa kesan buruk kepada sistem imun.

    Untuk memastikan pelancaran ke angkasa lepas berjaya, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal para angkasawan supaya mereka dapat mempamerkan kebolehan mereka sepenuhnya.

    *Kosa Kata: Ritma Sirkadian– Proses semulajadi yang mengawal kitaran tidur-bangun yang berulang setiap 24 jam.

    Hiroshi Ohshima, Pengurus Penyelidikan Bioperubatan Angkasa JAXA berkata, “Angkasa merupakan model percepatan proses penuaan dan jika kita berjaya mencari langkah pencegahan di sana, ia juga boleh diterapkan di sini.” Oleh itu, kajian yang masih berjalan ini bertujuan untuk menyumbang kepada kesihatan orang ramai secara umum dengan menggunakan pengetahuan yang diperoleh dalam penyelidikan bersama untuk pembangunan penyelidikan probiotik di lapangan.

    Sebagai salah satu langkah untuk menangani isu-isu kesihatan angkasawan, Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) telah menandatangani perjanjian dengan pengeluar probiotik Yakult Honsha (Jepun) untuk mengkaji kesan probiotik ke atas kesihatan angkasawan. Kajian yang telah bermula pada tahun 2016 ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan harian minuman probiotik, Yakult, kepada angkasawan yang ditempatkan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk tempoh yang lama.

    Yakult menyumbang kepada kesihatan angkasawan

    Pada tahun 2007, di bawah perjanjian dengan Rusia melalui Program Angkasawan, Malaysia mempunyai angkasawan pertama iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. Beliau ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 dan kembali ke Bumi pada 21 Oktober 2007.

    Semasa di atas ISS, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar melakukan eksperimen yang berkaitan dengan ciri dan pertumbuhan kanser hati dan sel leukemia, penghabluran pelbagai protein dan mikrob di angkasa yang akan memberi manfaat kepada sains am, penyelidikan perubatan dan industri tempatan. Beliau juga menyambut Hari Raya di stesen itu dan membawa sedikit beriani ayam, sate ayam dan kuih untuk dikongsikan bersama dengan angkasawan lain untuk menandakan akhir Ramadan.

    Rujukan: 1. Sheikh Muszaphar Sukor Kembara Ke Angkasa Catatan Memoir Angkasawan