wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada...

8
Menarik di dalam: Muka 6: Apa itu CCRIS? Muka 7: Tip Kewangan Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan Psikologi, sila berhubung terus dengan: ELINAWATI MARIA BINTI MARZUKI PEGAWAI PSIKOLOGI (KANAN) 03-8886 1117 [email protected] SHAZWANI BINTI YUSOFF PEGAWAI PSIKOLOGI 03-8886 1303 [email protected] Muka 2: AKRAB dan Peranannya Muka 3: Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling: Kami Sedia Membantu ROSNIZA BINTI ABD RAHMAN PEN. PEGAWAI PSIKOLOGI 03-8886 1292 [email protected] NORHAZLIN BINTI BAHORAJI PEN. PEGAWAI PSIKOLOGI 03-8886 1289 [email protected] Kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berbentuk konsultasi dan dilaksanakan oleh Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling khusus bagi warga NRE serta Jabatan/ Agensi di bawahnya. Perkhidmatan ini tidak hanya terhad kepada isu atau permasalahan di tempat kerja tetapi juga isu-isu peribadi pegawai. Warga NRE dan Jabatan/ Agensi adalah dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan ini secara walk in dengan menghubungi mana-mana Pegawai Psikologi di Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Seksyen Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Transcript of wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada...

Page 1: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan

Menarik di dalam:

Muka 6: Apa itu CCRIS?

Muka 7: Tip Kewangan

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan Psikologi, sila berhubung terus dengan:

ELINAWATI MARIA BINTI MARZUKI

PEGAWAI PSIKOLOGI (KANAN)

03-8886 1117

[email protected]

SHAZWANI BINTI YUSOFF

PEGAWAI PSIKOLOGI

03-8886 1303

[email protected]

Muka 2: AKRAB dan Peranannya

Muka 3: Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling: Kami Sedia Membantu

ROSNIZA BINTI ABD RAHMAN

PEN. PEGAWAI PSIKOLOGI

03-8886 1292

[email protected]

NORHAZLIN BINTI BAHORAJI

PEN. PEGAWAI PSIKOLOGI

03-8886 1289

[email protected]

Kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berbentuk konsultasi dan dilaksanakan oleh Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling khusus bagi warga NRE serta Jabatan/ Agensi di bawahnya. Perkhidmatan ini tidak hanya terhad kepada isu atau permasalahan di tempat kerja tetapi juga isu-isu peribadi pegawai. Warga NRE dan Jabatan/ Agensi adalah dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan ini secara walk in dengan menghubungi mana-mana Pegawai Psikologi di Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Seksyen Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Page 2: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan

Membantu mewujudkan

perkhidmatan penyayang dan prihatin ke arah meningkatkan elemen

kebajikan dalam perkhidmatan;

Membantu mempelopori program-

program ke arah pembentukan

budaya kerja yang beretika dan

berdisiplin;

Membantu menggalakkan dan

meningkatkan semangat

kekitaan;

Mewujudkan budaya sikap sopan santun dan hormat menghormati; dan

Membantu menyokong dan

mewujudkan suasana kerja yang ceria dan harmoni.

A KRAB membawa maksud Amanah, Komitmen,

Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. AKRAB berkonsepkan kepada khidmat bimbing rakan sebaya atau rakan sejawat yang bertindak sebagai perantara, pemudah cara dan pendengar yang baik kepada warga jabatan. Isu-isu yang dibincangkan merangkumi perkara seperti persahabatan, perhubungan berkaitan kemahiran kerja, semangat kekitaan, motivasi kerja dan kebajikan warga jabatan. Sehubungan itu, ahli AKRAB perlu sentiasa sensitif kepada perasaan, reaksi tindakan-tindakan yang diambil oleh rakan sekerja dan seterusnya memberikan bantuan dan sokongan yang sewajarnya. Dalam situasi hari ini, pendedahan yang lebih meluas terhadap perkhidmatan membimbing oleh ahli-ahli AKRAB perlu ada sebagai usaha untuk menjadikan AKRAB

sebagai sebahagian daripada sistem sokongan menerapkan budaya prihatin dalam organisasi. Pendedahan kepada warga kerja tentang adanya perkhidmatan membimbing yang diamalkan oleh ahli-ahli AKRAB yang berkelayakan dan bertauliah adalah perlu untuk memastikan perkhidmatan membimbing dapat dinikmati oleh rakan sekerja.

Sesungguhnya usaha

membimbing dan membangunkan potensi modal insan oleh ahli AKRAB merupakan satu usaha yang amat murni. Ia seharusnya menjadi amalan baik dan diamalkan dengan meluas dalam sesebuah organisasi. Ini akan menghasilkan suasana dan hubungan di tempat kerja yang lebih baik serta mampu memberikan kepuasan bekerja kepada seluruh anggota dalam organisasi serta dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan awam bertaraf dunia dan penjawatnya berminda kelas pertama.

Oleh: Pn. Elinawati Maria binti Marzuki

Pegawai Psikologi (Kanan), NRE

Page 3: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan
Page 4: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan

Takziah

Saya tumpang

bersedih atas

pemergiannya

Kesianny

a,

ibunya

telah t

iada

Allah lebih menyayanginya

Saya tahu

awak

seorang yang

tabah

Abang mesti kuat, bantu ibu

dan adik-adik ya

Mengucapkan kata-kata

yang tidak membantu atau

menambah kesedihan

Mengucapkan kata-kata

yang mendorong untuk

tabah dan redha

“Kalau engkau sabar, takdir itu tetap berlaku namun kamu akan mendapat pahala.

dan kalau engkau meratap, takdir itu tetap juga berlalu tetapi engkau mendapat

dosa.”

Riwayat Saidina Ali

Page 5: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan

Mari kita renungkan, apabila dalam setiap

tindakan kita memilih kata-kata yang

negatif, maka kata-kata itu akan menempel

dan menghancurkan motivasi diri kita

sendiri, bahkan lebih parah lagi mungkin

juga akan terkesan kepada orang lain atau

boleh juga beberapa generasi selanjutnya.

Sebaliknya bila kita selalu memandang

positif dan memilih kata-kata yang positif,

maka ada pencerahan yang datang secara

automatik yang boleh membangun dan

meningkatkan motivasi diri.

Sebenarnya kita sendirilah

yang memilih apa yang akan

kita ambil untuk diri kita

dan orang lain di sekitar

kita.

Misalnya ada gelas yang berisi air putih

bersih di tangan kanan kita ada kerikil

bersih dan di tangan kiri ada kerikil kotor.

Maka apabila kita memasukkan kerikil

bersih ke dalam gelas itu, maka air tetap

berwarna putih, tetapi bayangkan kita

memasukkan kerikil kotor maka gelas akan

segera berubah warna dan kotor. Dalam

kehidupan, kata-kata yang digunakan ibarat

kerikil dan air diibaratkan sebagai diri kita

serta insan lain dalam kehidupan kita.

Apabila kita memilih kerikil kotor yang juga

diibaratkan kata-kata negatif, maka ia tidak

hanya mencemari diri kita tetapi juga akan

mencemari motivasi orang lain di sekitar

kita.

Page 6: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan

APA ITU CCRIS? Central Credit Reference Information System I Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat

Sistem yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia untuk mengumpul maklumat

mengenai pinjaman individu di mana maklumat ini digunakan oleh Institusi Kewangan untuk menganalisa sejarah kredit bakal peminjam mereka.

MITOS KEBENARAN KOMPONEN CCRIS

CCRIS hanya mengeluarkan laporan yang

dikemas kini oleh pihak institusi

kewangan masing-masing

Rekod pinjaman sedia ada—

maklumat, jenis, jumlah, penyedia kredit, tindakan undang-undang dan sebagainya

Akaun di bawah pemerhatian khas - kredit tak berbayar yang diletakkan

dalam pengawasan khas institusi kewangan

Permohonan untuk kredit—status permohonan

untuk pinjaman yang dibuat.

CCRIS menghalang

peminjam ke luar negara

CCRIS adalah sistem menyenarai hitam peminjam

CCRIS bersamaan dengan bankrap/ muflis

CCRIS hanya mengeluarkan laporan yang

dikemas kini oleh pihak institusi

kewangan masing-masing

Sistem yang mengumpul

maklumat mengenai pinjaman individu

Sumber: Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.akpk.org.my/ #askAKPK

Page 7: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan

OPR—Kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh BNM. Kadar yang akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain.

Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi.

Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan perbankan sesebuah Negara.

Sekiranya jumlah wang yang dikeluarkan melebihi jumlah wang yang sedia ada, maka sesebuah bank itu terpaksa meminjam daripada bank yang lain pada kadar semasa OPR.

Kesan Ke Atas Peminjam

Bank akan mengurangkan kadar faedah serta kos pinjaman dan menjadikan-nya lebih murah kepada pengguna dan syarikat-syarikat yang layak untuk mengambil pinjaman. Kadar faedah ke atas simpanan mungkin menurun. Keputusan in i te lah merangsangkan pasaran saham terutamanya sektor hartanah.

Ke Atas Peminjam

Dengan kadar pinjaman yang lebih rendah maka o rang rama i akan mengambil kesempatan untuk membuat pembelian barangan besar seperti rumah dan kereta. Orang ramai mempunyai lebihan tunai yang boleh d i g u n a k a n u n t u k berbelanja dan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

Ke Atas Institusi Kewangan

Mempunyai akses kepada semua maklumat yang mempengaruhi keputusan dalam mengambil pinjaman (pinjaman baru):- i) Nilai kemampuan untuk meminjam - jangan terburu-buru, fikirkan sebaik-

baiknya sebelum membuat sebarang keputusan. ii) Meninjau dan membuat perbandingan pakej yang ditawarkan oleh pihak bank.

Berhubung dengan pihak institusi kewangan berkenaan mengenai sebarang perubahan kepada terma dan syarat pinjaman (pinjaman sedia ada):- i) Menyemak dengan institusi kewangan terlibat berkaitan perubahan atau kesan

OPR - ansuran pembayaran, tempoh pembayaran, faedah dan apa-apa perkara lain yang boleh menguntungkan anda.

ii) Sentiasa mematuhi terma dan syarat baru yang dikenakan (sekiranya ada).

Page 8: wk.kats.gov.my · akan digunakan oleh bank untuk pinjaman kepada bank lain. Memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi. Petunjuk keseluruhan keadaan ekonomi dan

Kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program Bicara Psikologi Bil.2/ 2016 pada 17 Ogos 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli. Program ini melibatkan penyertaan seramai 200 orang pegawai yang telah hadir dari Kementerian dan Jabatan/ Agensi.

Program ini dirangka khusus untuk meningkatkan tahap kefahaman mengurus kewangan dengan berkesan dan juga menyumbang ke arah memperkenalkan perlindungan kepada pengguna dan isi rumah agar terus mapan dan berdaya tahan. Ia adalah rentetan daripada dapatan Kajian Perbezaan Generasi X dan Generasi Y yang telah dijalankan oleh Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling pada tahun 2015 di mana wujud perbezaan yang signifikan antara generasi X dan generasi Y dalam aspek ekonomi di mana perlu ada kaedah pengawalan pendapatan yang baik.

Pihak Kementerian telah menjemput tiga (3) Agensi yang terlibat iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Amanah Saham Nasional Berhad

(ASNB) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi berkongsi maklumat berkenaan pengurusan kewangan peribadi, pengurusan pusaka dan pelaburan.

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat tiga (3) kaunter pameran telah beroperasi iaitu Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK), ASNB dan BNM. Pihak MAK mempamerkan jualan buku yang berkaitan psikologi dan kaunseling kepada para perserta yang berminat. Pihak ASNB menawarkan pembukaan buku akuan ASB atau ASB 2 secara percuma kepada para peserta dan dikreditkan RM10 ke dalam akaun sebagai permulaan. Manakala pihak BNM menawarkan perkhidmatan semakan CCRIS kepada para peserta program. Di akhir program, telah diadakan acara cabutan bertuah sebagai menghargai kehadiran para peserta di dalam program ini.

Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektif selaras dengan matlamat dan aspirasi Kementerian dalam menghadapi cabaran masa depan dan mencorakkan kendiri seseorang pegawai seiring dengan pembangunan organisasi dan negara.