pengaruh tumpuan pasaran, penguasaan pasaran dan ancaman ...
Wk11-t9- Ekonomi Mikro - Pasaran Monopoli
-
Upload
chittran313 -
Category
Documents
-
view
279 -
download
1
description
Transcript of Wk11-t9- Ekonomi Mikro - Pasaran Monopoli
-
1
TOPIK 9
PASARAN MONOPOLI
-
2
CIRI-CIRI
(a) Seorang Penjual
Hanya terdapat seorang penjual atau sebuah firma. Walaupun terdapat satu
firma tetapi pembeli pula adalah ramai. Ini bererti seorang penjual tetapi ramai
pembeli. Contoh monopoli di Malaysia ialah Telekom, TNB. KTM dsb.
(b) Tiada Kebebasan Keluar Masuk
Firma baru tidak boleh masuk ke dalam industri dan sebaliknya firma yang
tersedia ada tidak dibenarkan keluar daripada industri. Contoh firma baru tidak
dibenarkan membuka satu Telekom baru, sebaliknya MAS tidak dibenarkan
menutup perniagaannya walaupun ia mengalami kerugian.
(c) Diskriminasi Harga
Firma monopoli boleh menjalankan diskriminasi harga, iaitu menjual barang yang
sama kepada pelanggan yang berlainan dengan harga yang berlainan. Contoh
Telekom mengenakan kadar sewa yang berlainan kepada pelanggan kediaman
dan pelanggan perniagaan.
(d) Kuasa Terhadap Harga Dan Kuantiti
Monopoli mempunyai kuasa untuk menetapkan harga atau kuantiti. Ini bermakna
monopoli boleh menetapkan harga yang ia suka, dalam keadaan begini
pelanggan akan menentukan kuantiti yang akan dibeli. Sebaliknya monopoli
boleh menetapkan kuantiti yang ingin dijual, dalam keadaan begini pelanggan
akan menentukan tingkat harga. Tetap monopoli tidak boleh menetapkan harga
dan kuantiti pada masa yang sama
-
3
KESEIMBANGAN FIRMA
Sebuah firma dikatakan telah mencapai keseimbangan apabila firma tersebut
memperolehi keuntungan maksimum atau memperolehi kerugian minimum. Ini
bermakna tujuan setiap firma ialah untuk memaksimumkan keuntungan (atau
meminimumkan kerugian)
Terdapat dua pendekatan yang menerangkan bagaimana firma bermonopoli
mencapai keseimbangan iaitu
I. pendekatan jumlah hasil(TR) dan jumlah kos(TC)
II. pendekatan sut iaitu pendekatan hasil sut(MR) dan kos sut(MC)
PENDEKATAN JUMLAH HASIL (TR) DAN JUMLAH KOS (TC)
Cara Data
Mengikut pendekatan ini firma monopoli akan mencapai keseimbangan apabila TR
TC adalah maksimum (atau TC TR minimum). Contoh seperti di bawah
OUTPUT
(UNIT)
JUMLAH
KOS
(RM)
HARGA
(RM)
JUMLAH
HASIL
(RM)
UNTUNG/
RUGI
(RM)
0 50 110 0 -50
1 80 106 106 26
2 85 102 204 119
3 100 98 294 194
4 130 94 376 246
5 180 90 450 270
6 260 86 516 256
7 360 82 574 214
8 480 78 624 144
9 630 74 666 36
10 830 70 700 -130
-
4
Merujuk kepada jadual di atas:-
i. semakin tinggi tingkat output semakin rendah tingkat harga.
ii. keuntungan maksimum ialah sebanyak RM270
iii. keuntungan maksimum berlaku pada tingkat output 5 unit, maka output
keseimbangan ialah unit dan harga keseimbangan ialah RM90
iv. Pastikan mula-mula firma memperolehi kerugian, kemudian ia memperolehi
keuntungan dan selepas satu peringkat ia memperolehi kerugian semula.
PENDEKATAN JUMLAH HASIL (TR) DAN JUMLAH KOS (TC)
Cara Gambar Rajah
Merujuk kepada gambar rajah di atas:-
(a) Keluk TR bagi firma monopoli meningkat pada peringkat awal dan menurun
selepas satu peringkat.
(b) Keseimbangan berlaku pada tingkat Qe, iaitu keuntungan maksimum firma ialah
pada tingkat Qe. Tingkat ini merupakan tingkat keseimbangan kerana pada
tingkat ini perbezaan antara TR dan TC adalah paling besar
(c) Pada tingkat output kurang dari Q0 dan pada output melebihi Q1, TC> TR, ini
bermakna pada tingkat-tingkat output tersebut firma memperolehi kerugian.
(d) Pada tingkat output antara Q0 dan Q1, TR > TC maka pada tingkat output
tersebut firma memperolehi keuntungan.
-
5
KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK
Dalam jangka pendek firma monopoli boleh memperolehi tiga jenis untung iaitu:-
i. untung lebih normal
ii. untung kurang normal
iii. untung normal
UNTUNG LEBIH NORMAL
Firma monopoli akan memperolehi untung lebih normal apabila jumlah hasil [TR] firma
melebihi jumlah kos [TC] firma, seperti di bawah
Merujuk kepada gambar rajah di atas:-
i. keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]
ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ
iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPBQ dan jumlah kos [TC] firma ialah OACQ. Oleh
sebab TR > TC maka firma memperolehi untung lebih normal iaitu sebanyak
APBC
-
6
UNTUNG KURANG NORMAL
Firma monopoli akan memperolehi untung kurang normal apabila jumlah hasil [TR]
firma kurang daripada jumlah kos [TC] firma, seperti di bawah
Merujuk kepada gambar rajah di atas:-
i. keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]
ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ
iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPCQ dan jumlah kos [TC] firma ialah OABQ. Oleh
sebab TR < TC maka firma memperolehi untung kurang normal iaitu sebanyak
PABC
-
7
UNTUNG NORMAL
Firma monopoli akan memperolehi untung normal apabila jumlah hasil [TR] firma
menyamai jumlah kos [TC] firma, seperti di bawah
Merujuk kepada gambar rajah di atas:-
i. keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]
ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ
iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPAQ dan jumlah kos [TC] firma juga adalah OPAQ.
Oleh sebab TR =TC maka firma memperolehi untung normal.
-
8
KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG
Dalam jangka panjang firma monopoli boleh menikmati tiga jenis untung iaitu untung
lebih normal, untung kurang normal dan untung normal. Ini adalah kerana firma
monopoli tidak mempunyai ciri kebebasn keluar masuk. Tetapi biasanya monopoli
akan menikmati untung lebih normal dalam jangka panjang kerana ia adalah
merupakan seorang penjual tunggal yang menjual barang yang tidak mempunyai
pengganti hampir, seperti di bawah
Merujuk kepada gambar rajah di atas:-
i. keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]
ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ
iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPCQ dan jumlah kos [TC] firma ialah OABQ. Oleh
sebab TR > TC maka firma memperolehi untung lebih normal iaitu sebanyak
APBC
Rumusan: Dalam jangka panjang biasaya firma monopoli menikmati untung lebih
normal
-
9
PERBANDINGAN DI ANTARA FIRMA MONOPOLI DAN FIRMA PERSAINGAN SEMPURNA
Merujuk kepada gambar rajah di atas
i. Keseimbangan firma monopoli ialah pada titik EM manakala keseimbangan firma
persaingan sempurna ialah pada titik EPS
ii. Harga firma monopoli ialah sebanyak OP manakala harga firma persaingan
sempurna ialah sebanyak OH. Ini bermakna harga firma monopoli lebih tinggi
daripada harga firma persaingan sempurna.
iii. Output firma monopoli ialah sebanyak OQ manakala output firma persaingan
sempurna ialah sebanyak OK. Ini bermakna output firma persaingan sempurna
lebih tinggi daripada output firma monopoli.
iv. Keuntungan firma monopoli ialah sebanyak APCB manakala firma persaingan
sempurna hanya memperolehi untung normal.
v. Kos purata firma monopoli ialah sebanyak OP manakala kos purata firma
persaingan sempurna ialah sebanyak OH. Ini bermakna kos purata firma
monopoli lebih tinggi daripada kos purata firma persaingan sempurna.
vi. Firma monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan dan kecekapan
pengeluaran tetapi firma persaingan sempurna telah mencapai kecekapan
peruntukan dan kecekapan pengeluaran.
-
10
DISKRIMINASI HARGA
Diskriminasi harga merujuk kepada menjual barang/perkhidmatan yang sama dengan
harga yang berlainan kepada pengguna yang berlainan. Tujuan utma firma monopoli
menjalankan diskriminasi harga ialah untuk meningkatkan keuntungannya. Diskriminasi
harga boleh dikelaskan kepada tiga jenis mengikut darjahnya iaitu diskriminasi harga
darjah pertama, diskriminasi harga darjah kedua dan diskriminasi harga darjah ketiga.
Diskriminasi Harga Darjah Pertama
Dalam jenis ini individu yang berlainan dikenakan harga yang berlainan. Ini adalah
kerana individu mempunyai kesanggupan membayar yang berbeza. Ini bermakna
individu yang mampu membayar harga tinggi akan dikenakan harga yang tinggi
manakala individu yang hanya mampu membayar harga rendah akan dikenakan
harga yang rendah. Contoh diskriminasi harga darjah pertama ini ialah
peguam/doktor dll. yang mengenakan harga yang berlainan kepada pelanggan
yang berlainan.
Diskriminasi Harga Darjah Kedua
Dalam jenis ini harga yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut kuantiti yang
diminta. Contoh diskriminasi harga darjah kedua di negara kita ialah yang diamalkan
oleh TNB di mana blok kegunaan elektrik 100 unit pertama kadarnya ialah RM0.218
manakala yang lebih dikenakan kadar RM0.258. Satu lagi contoh ialah 1kg serbuk
pencuci RM5 tetapi 2kg ialah RM9.50
Diskriminasi Harga Darjah Ketiga
Dalam jenis ini harga yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut
kawasan/geografi. Diskriminasi harga ini dapat diamalkan kerana keanjalan
permintaan harga yang berbeza-beza mengikut kawasan. Satu daripada prasyarat
diskriminasi harga jenis ini ialah pembeli tidak akan menjual balik apa yang
dibeli(Pembeli tidak akan tukar menjadi penjual). Contoh diskriminasi harga ini ialah
-
11
harga yang berbeza di Perlis dan Kuala Lumpur, harga yang berbeza antara pelajar
dan orang dewasa.
SYARAT-SYARAT DISKRIMINASI HARGA
(a) Firma Monopoli
Hanya firma monopoli boleh menjalankan diskriminasi harga. Ini adalah kerana
firma monopoli menjual barangan yang tidak mempunyai pengganti hampir. Ini
bererti firma persaingan sempurna dan firma bermonopoli tidak boleh
menjalankan diskriminasi harga.
(b) Pasaran Harus Diasingkan
Setiap pasaran [tempat] yang dipilih untuk menjalankan diskriminasi harga
mestilah diasingkan. Ini bermakna tempat-tempat yang dipilih tidaklah terlalu
dekat. Jika pasaran terlalu dekat ada kemungkinan pembeli di pasaran murah
akan tukar menjadi penjual di pasaran mahal. Contoh jika tempat A dan
tempat B adalah terlalu dekat, ada kemunkinan pengguna yang membeli
dengan harga murah di tempat A akan jual balik dengan harga mahal di
tempat B untuk memperolehi keuntungan.
(c) Keanjalan Di Setiap Pasaran Adalah Berbeza-Beza
Setiap pasaran yang dipilih untuk dijalankan diskriminasi harga mesti mempunyai
keanjalan permintaan harga yang berbeza-beza. Contoh jika ti tempat iaitu A, B
dan C dipilih, maka keanjalan permintaan harga di pasaran A, B dan C mestilah
berlainan. Contoh di tempat A Ed = , di tempat B Ed = dan di tempat C
mungkin Ed = 2
(d) Kos Mengasingkan Pasaran Mesti Munasabah
Walaupun satu daripada syarat diskriminasi harga ialah pasaran harus
diasingkan tetapi firma tidak harus membelanja banyak wang untuk
mengasingkan pasaran tersebut. Untuk mengasingkan pasarn wujudlah kos-kos
seperti kos pengangkutan, kos penyimpanan, kos penyelenggaran dsb. Jika kos-
kos ini terlalu tinggi maka tidaklah menguntungkan untuk menjalankan
diskriminasi harga.