Wilhelm Leibniz

8
Wilhelm Leibniz Gottfried Wilhelm Leibniz dilahirkan di Jermam Tokoh teragung ketiga dari aliran rasionalisme Karya masyhur Individualism (1663), Discourse on Metaphysics (1690), Theodicy (1710)

description

pengantar falsafah

Transcript of Wilhelm Leibniz

Wilhelm Leibniz

Wilhelm Leibniz

Gottfried Wilhelm Leibniz dilahirkan di Jermam

Tokoh teragung ketiga dari aliran rasionalisme

Karya masyhur Individualism (1663), Discourse on Metaphysics (1690), Theodicy (1710)

Maklumat Asas

Beliau cuba mengharmonikan pandangan sains - pandangan teologi & pandangan falsafah kuno - falsafah moden

Beliau tidak menafikan bahawa universe is a harmonious whole yang ditadbir oleh prinsip-prinsip hisab dan logik.

Dengan demikian, beliau menerima bahawa hisab dan metafizik merupakan sains asas dan metode yang betul bagi falsafah ialah metode yang ditunjukkan oleh kaedah hisab dan logik tertentu.

Beliau pernah mengembara hingga Paris & menjawat jawatan diplomatik di sana.

Beliau mempelajari falsafah Descartes seperti Arnauld (1612-1694) dan Malebranche (1683-1715) di sana.

Kemudian, baliau tertarik dengan falsafah Spinoza (1632-1677) semasa mengembara di Netherland.

Alam falsafah Leibiz agak luas kerana beliau juga mengkaji falsafah terdahulu seperti Aristotle, Aquinas, Francis Bacon dan Thomas Hobbes.

Metodologi

Ahli-ahli falsafah seharusnya menggunakan perkataan setepat yang mungkin dan selogik yang mungkin seperti ahli-ahli matematik menggunakan angka.

Berhubung dengan falsafah, satu sistem logik yang menggunakan simbol atau letters mesti digunakan 'sebagai ganti kepada sistem subjek dan predikat kerana dengan demikian ketepatan kebenaran akan dapat ditunjuk oleh sistem tersebut.

Impiannya yang utama ialah untuk membentuk satu sains umum yang mempunyai satu sistem simbol atau bahasa sejagat yang dapat digunakan oleh semua cabang ilmu.

Sangat kagum dengan ideal dan bentuk matematik yang sangat tepat itu. Contohnya, dua campur dua menjadi empat.

Hal ini diasakan kepada logik semestinya logical nesessity yang sangat tepat jawapannya.

Bentuk-bentuk pengalaman yang diperolehi dari kaedah empririkal tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Adakalanya fakta-fakta tertentu hasil daripada metode empririkal itu perlu diberi perhatian.

Berhubung dengan dunia rasional dan dunia empririkal, beliau mengatakan bahawa kedua-duanya mempunyai ciri logiknya yang tersendiri, kerana masing-masing mempunyai kebenaran yang tersendiri.

Epistemologi

membuat perbezaan yang jelas antara dua jenis kebenaran.

kebenaran yang diterima sebagai kebenaran yang masuk akal (reason) iaitu pengetahuan semula jadi.

Kedua, kebenaran fakta iaitu ilmu yang diperolehi melalui pengalaman tetapi kebenaran ini bukanlah kebenaran yang diperolehi melalui kerja-kerja akal logik atau kerja-kerja akal matematik.

kebenaran kerja-kerja akal merupakan kebenaran yang kekal kerana kebenaran demikian tidak dapat disangkal lagi (garis sempadan bentuk 3 segi selalunya sama kepada semua sudut)

Manakala kebernaran fakta yang diperolehi melalui pengalaman belum boleh lagi dikatakan tetap kerana kebenaran tersebut hanya merupakan data empririkal yang mampu dikhayalkan oleh deria.

Oleh itu, ia bukan kebenaran yang tepat.

Walau bagaimanapun, bagi kedua-dua jenis kebenaran tersebut hanya terdaoat satu ciri sahaja yang boleh dikatakan sah, iaitu yang dikenali sebagai "Kriteria Idea-idea Terkhusus dan Jelas Pegangan Rationalists" (Rationalists Criterion of Clear and Distinct Ideas), iaitu satu kriteria yang digunakan tidak hanya bergantung semata-mata kepada pancaidera dalam menentukannya.

Leibniz berpendapat bahawa setiap kebenaran di atas ditentukan oleh satu prinsip khas.

Kebenaran akal (truth of reason) dikawal oleh prinsip pertentangan (principle of contradiction) dan kebenaran fakta (truth of facts) mesti sejajar dengan prinsip hujah yang memadai (principles of sufficient reason).

Kebenaran fakta mengatakan bahawa semua perkara yang berlaku adalah masuk akal dan boleh diberikan sebab kenapa ia berlaku atau tidak berlaku.

Sebagai contoh, Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebarang sebab, maka sudah tentulah setiap apa yang ada dalam alam ini mempunyai sebabnya tersendiri dari kewujudannya.

Jika ditinjau pula prinsip pertentangan dalam menentukan kebenaran akal, maka didapati teori tersebut mengatakan bahawa setiap apa yang bersifat self-contradictory adalah dianggap palsu dan dengan demikian lawannya pastilah benar.

Pemikiran Leibniz Mengenai Substansi

Menurutnya ada banyak substansi yang disebut dengan monad (monos= satu; monad= satu unit)

Jika dalam matematik yang terkecil adalah titik, dan dalam fizik disebut dengan atom, maka dalam metafizik disebut dengan monad

Monad-monad bukanlah sebuah kenyataan jasmaniah melainkan kenyataan mental, yang terdiri dari persepsi dan hasrat. Leibniz membayangkan monad sebagai force primitives (daya purba) yang tidak material, melainkan spiritual.

Descartes membahagi subtansi menjadi tiga (Tuhan, Pemikiran, dan keluasan), Spinoza mempercayai hanya ada satu subtansi (Tuhan atau alam).

Pandangan Leibniz pula berbeza, beliau mengatakan bahawa terdapat banyak sekali subtansi, jumlahnya tidak tidak terhingga.

Tiap substansi disebut dengan monade, yang berasal dari kata yunani monas, ertinya kesatuan.

Monade ini bukanlah bahagian terkecil dari material yang masih mempunyai bentuk dan keluasan spasial atau ruang, melainkan suatu titik yang bersifat murni metafizik (points metaphysics).

Sebagai subtansi non-material, monade bersifat;

Abadi, tidak boleh dihasilkan, ataupun dimusnahkan;

Tidak boleh dibahagi (bertentangan dengan substansi keluasan. Descartes yang mengandaikan sifat dapat dibahagi);

Individual atau berdiri sendiri, sehingga tidak ada monade yang identik dengan monade lain (bertentangan dengan substansi Spinoza yakni bahawa subtasi hanya tuhan atau Alam)

Mewujudkan kesatuan yang tertutup atau tidak berjendela, seolah-olah sesuatu bisa masuk atau keluar

5Mampu bekerja berkat daya aktif dari dalam dirinya sendiri. Kerja dari dan oleh dirinya sendiri ini terdiri dari kegiatan mengamati (perceptio) dan meninginkan (appetitions).

Menurut Leibniz, monade ada pelbagai jenis:

monade yang hanya memiliki gambaran gelap dan sama sekali tidak disedari, yakni monade-monade yang menyusun benda-benda anorganik.

monade yang telah memiliki gambaran agak terang yaitu, yaitu monade yang memberi pengenalan inderawi dan memori, misalnya monade-monade penyusun manusia dan haiwan

monade yang memiliki gambaran yang terang dan kesadarn diri (apperceptio), yakni jiwa manusia yang mengenal hakikat segala sesuatu secara sadar dan mampu mengungkapkan apa yang dilihatnya ke dalam suatu definisi.

Argumen Leibniz Tentang Kewujudan Tuhan

membuktikan kewujudan Tuhan dengan empat argumen.

manusia memiliki idea kesempurnaan, maka adanya Tuhan terbukti. Bukti ini disebut dengan ontologism.

adanya alam semesta dan tidak lengkapnya membuktikan adanya sesuatu yang melebihi alam semesta ini, dan yang transenden ini disebut dengan Tuhan.

selalu ingin mencapai kebenaran abadi, iaitu Tuhan.

adanya keselarasan antara monade-monade membuktikan bahawa pada mulanya, ada yang menyesuaikan mereka satu sama lain, yang menyesuaikan itu adalah Tuhan.

Jiwa merupakan suatu monade dan tubuh terdiri dari banyak monade.

Suatu monade tidak dapat mempengaruhi monade lain, sebab masing-masing monade harus dianggap tertutup.

Tuhan memiliki kekuatan kreatif, sehingga dalam pandangan Leibniz bahawa modal bergerak menyusun dunia, yang telah diprogramkan ke dalam diri mahluk pada saat penciptaan.

Leibniz yakin bahawa alam semesta dikuasai oleh akal, dan Tuhan telah menciptakan bumi sebagai dunia yang terbaik di antara segala dunia.

Hubungan akal dengan wahyu menurut Leibniz adalah wahyu itu dinyatakan dengan Injil, dan akal merupakan kurniaan Tuhan maka keduanya harus diserasikan.