smkpelindung.weebly.com · Web viewSetelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada...
Transcript of smkpelindung.weebly.com · Web viewSetelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada...
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR – SET 1)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Tingkatan 4
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai kata singgah di luar kota.
[2 markah]
(ii)
Apakah tindakan Kertala Sari setelah sampai ke Melaka?
[3 markah]
(iii)
Laksamana ialah orang yang membunuh bapa Kertala Sari.
Jika anda Kertala Sari, bagaimanakah anda mahu mengalahkan Laksamana?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud rangkai kata singgah di luar kota
P1
Berhenti di pinggir bandar/ di kampung
1
(ii)
Tindakan Kertala Sari setelah sampai ke Melaka
P1
Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa
1
P2
Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu
1
P3
Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
1
P4
Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya.
1
P5
Mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu.
1
(iii)
Cara mahu mengalahkan Laksamana
P1
Mengkaji kekuatan/ kekuatan Laksamana sebelum pergi ke Melaka
1
P2
Berguru dengan orang yang lebih bijak/berilmu/ berpengalaman
1
P3
Mencari perkara yang boleh mengganggu emosi Laksamana
1
P4
Meminta bantuan/bekerjasama daripada pihak lain untuk mengalahkannya
1
P5
Menggunakan alatan/ senjata yang lebih baik daripada Laksamana
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR – SET 2)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya maka titah raja, ”Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini bahagi tiga, dua dibahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, ”Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, ”Ya, tuanku demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik”
Maka, titah baginda, ”Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka, sembah mereka itu, ”Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana.” Demi Allah dan Rasul-Nya dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
(Dipetik daripada ’Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi jaket Kulit dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah maksud rangkai kata dukacitalah sekalian empunya harta?
[2 markah]
(ii)
Jelaskan cara pembahagian harta yang dicadangkan oleh baginda raja
[3 markah]
(iii)
“Maka segala harta itu pun habislah, suatupun tiada diambil oleh Laksamana.
Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana berbuat demikian?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
maksud rangkai kata dukacitalah sekalian empunya harta
P1
Semua pemilik harta berasa sedih
1
(ii)
Cara pembahagian harta:
P1
Harta dibahagi kepada tiga bahagian
1
P2
Dua bahagian diberi kepada Laksamana yang menjumpainya
1
P3
Satu bahagian diserahkan kepada pemilik harta tersebut
1
(iii)
Sebab Laksamana berbuat demikian:
P1
Laksamana seorang yang berharta/kaya
1
P2
Laksamana bersikap murah hati/membantu orang-orangnya yang susah/orang miskin
1
P3
Mengekalkan pengaruh
1
P4
Menjaga maruah sebagai pemimpin/nama baik/imej
1
P5
Menghargai jasa orang-orangnya
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR - SET 3)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka titah baginda,”Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara; jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.
Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah pekerjaannya.
(Dipetik daripada ’Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi jaket Kulit dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai kata terlalu amat kurnia.
[2 markah]
(ii)
Apakah tindakan Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana?
[3 markah]
(iii)
Laksamana telah membahagikan harta yang diterimanya kepada tiga bahagian lagi sehingga tiada satu pun harta tersebut diambil oleh Laksamana.
Pada pendapat anda, apakah tujuan Laksamana bersedekah?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud rangkai kata terlalu amat kurnia :
P1
sangat bangga
2
(ii)
Tindakan Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana
P1
Patih Gajah Mada mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka
1
P2
Patih Gajah Mada mencari daya dan upaya hendak membunuh Laksamana itu
1
P3
Sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka
1
(iii)
Kelebihan bersedekah
P1
Melahirkan rasa syukur / tanda penghargaan
1
P2
Menjaga hubungan dengan pengikutnya
1
P3
Mendekatkan diri kepada agama/Terhindar dari sifat kedekut
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 PULAU PINANG – SET 1)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya kepada Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap bahawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba, kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
Dalam antologi Sejadah Rindu.
(i)
Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya
[2 markah]
(ii)
Tun Perak memberikan beberapa peringatan kepada Seri Armeta.
Nyatakan peringatan-peringatan tersebut
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, wajarkah Tun Perak menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud rangkai kata ‘jangan kemakanan matanya’
P1
supaya tidak tumpul
2
(ii)
Tun Perak memberikan beberapa peringatan kepada Seri Armeta iaitu
P1
Menjaga pedang sebilah itu baik-baik
1
P2
Pedang itu jangan diberi berkarat
1
P3
Pedang itu jangan tumpul matanya
1
(iii)
Wajar
P1
Mereka akan melawan musuh dengan sepenuh hati/ bersungguh-sungguh
1
P2
Mereka akan berasa senang hati apabila anak dan isteri berada dekat dengan mereka
1
P3
Mereka dapat menjaga keselamatan anak dan isteri mereka di samping berkhidmat untuk Negara
1
Tidak Wajar
P1
Mereka tidak dapat fokus terhadap peperangan yang berlangsung
1
P2
Anak dan isteri mereka berhadapan dengan risiko kecederaan/ kematian
1
P3
Keselamatan anak dan isteri mereka akan terancam apabila diketahui oleh musuh
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 PULAU PINANG – SET 2)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu, Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah Tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:
Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu,
Sasbadi Sdn.Bhd.
(i)
Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.
[2 markah]
(ii)
Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang Cau Pandan anak Bubunnya daripada menyerang Melaka?
[3 markah]
(iii)
Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.
P1
Tuan Sidi Arab benar-benar warak/ mulia/ hebat/ soleh/ suci
2
P2
patutlah tuan Sidi Arab keramat
1
P3
sungguhlah tuan hebat
1
(ii)
Tindakan Tuan Sidi Arab ialah
P1
Tuan Sidi Arab berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah
1
P2
Tuan Sidi Arab menghalakan panah ke benua Siam
1
P3
Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati
1
(iii)
kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara
P1
mampu merancang strategi pertahanan
1
P2
mengemas kini sistem persenjataan
1
P3
menaik taraf sistem radar keselamatan
1
P4
menggerakkan operasi ketenteraan
1
P5
melatih anggota menggunakan kaedah teknologi moden
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 PULAU PINANG – SET 3)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya, "Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu."
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, "Mati engkau, Cau Pandan."
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, "Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat."
Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn.Bhd.
(i)
Berikan maksud rangkai kata menyuruh berlengkap.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan menyerang Melaka.
[3 markah]
(iii)
Jelaskan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Berikan maksud rangkai kata ‘menyuruh berlengkap’
P1
Memerintahkan persiapan berperang
2
P2
Memerintahkan/ mengarahkan berperang
1
P3
Menyuruh bersiap sedia untuk berperang
1
P4
Membuat/ melakukan persediaan/ persiapan untuk berperang
1
P5
Mengarahkan/memerintahkan untuk bersiap-siap
0
(ii)
Tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan menyerang Melaka
P1
Sidi Arab berdiri di hadapan raja
1
P2
Dihalakan panah ke benua Siam
1
P3
Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati
1
(iii)
Ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.
P1
Mengadakan rundingan dengan Negara terlibat sebelum peperangan berlaku/ menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui permuafakatan
1
P2
Mengadakan hubungan diplomatiK dengan Negara di sekitar/ Negara jiran untuk memastikan hubungan baik terjalin
1
P3
Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada Negara yang memulakan persengketaan/ peperangan
1
P4
Mengadakan usahaun sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan Negara masing-masing
1
P5
Menghormati kedaulatan Negara-negara lain
1
P6
Mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa
1
P7
Bekerjasama dalam melindungi hak asasi manusia
1
P8
Mendapatkan bantuan daripada PBB
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 PERAK)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun BijayaMaha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalu dukacita baginda melihat kelakuan PadukaRaja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun suruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah,tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anakOrang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat tuanku.”
(Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada'
dalam antologiSejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai kata senantiasa beringgit.
[2 markah]
(ii)
Berdasarkan petikan tersebut, apakah reaksi Seri Nara Diraja apabila Sultan Muzaffar Syah memberikan cadangan kepada Seri Nara Diraja supaya berkahwin?
[3 markah]
(iii)
Pemimpin memainkan peranan penting dalam usaha menjamin keharmonian sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud rangkai kata senantiasa beringgit
P1
selalu / acap kali / sering bertelagah / bermusuhan / berbalah
2
P2
selalu / acap kali / sering beringgit
1
P3
senantiasa bertelagah / bermusuhan / berbalah
1
(ii)
Reaksi Seri Nara Diraja apabila Sultan Muzaffar Syah memberikan cadangan kepada Seri Nara Diraja supaya berkahwin
P1
bersetuju dengan cadangan Sultan Muzaffar Syah
1
P2
menolak untuk dikahwinkan dengan Tun Bulan, Tun Rakna Sari, dan Tun Kanaka
1
P3
bersetuju untuk dikahwinkan dengan Tun Kudu
1
(iii)
Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat
P1
negara tidak aman
1
P2
terdedah kepada ancaman luar
1
P3
berlaku banyak penyelewengan
1
P4
pemimpin yang baik / jujur mungkin kecundang
1
P5
tiada masa untuk urusan pentadbiran
1
P6
sepanjang masa dihabiskan untuk membina pengaruh
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 KEDAH)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Uamr itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia.
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i)
Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa.
[2 markah]
(ii)
Apakah tindakan Tun Umar untuk menghalang serangan Siam?
[3 markah]
(iii)
Pada zaman dahulu, istana raja dibina di tempat yang tinggi.
Pada pendapat anda, mengapakah istana raja dibina di tempat yang tinggi?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
maksud kelakuannya gila-gila bahasa
P1
Bersikap/berperangai ganjil/pelik
2
(ii)
Tindakan Tun Umar
P1
Tun Umar pergi dengan sebuah perahunya olang-oleng
1
P2
Tun Umar melanggar dua tiga buah perahu Siam hingga terbalik
1
P3
Semasa balik, Tun Umar melanggar pula perahu yang lain
1
(iii)
Sebab-sebab
P1
Menunjukkan kehebatan raja
1
P2
Lambang keagungan golongan raja
1
P3
Strategi peperangan
1
P4
Jaminan keselamatan
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 KELANTAN)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Uamr itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i)
Berikan maksud rangkai kata tiada terbilang.
[2 markah]
(ii)
Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan Tun Umar selepas menerima arahan daripada Bendahara Paduka Raja?
[3 markah]
(iii)
Permuafakatan sangat penting untuk membina kekuatan sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh seseorang pemimpin untuk memupuk permuafakatan dalam kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud rangkai kata tiada terbilang
P1
Terlalu/ sangat/ amat banyak
2
P2
Tidak terkira
1
P3
Terlalu/ sangat/ amat terbilang
0
(ii)
Tindakan Tun Umar
P1
Pergi dengan sebuah perahu olang-oleng
1
P2
Melanggar sekali perahu-perahu Siam
1
P3
Berpatah balik
1
P4
Melanggar perahu-perahu Sia yang lain pula
1
P5
Kembali ke Melaka
1
(iii)
Usaha-usaha memupuk permuafakatan
P1
Mengadakan program-program yang disertai oleh semua lapisan masyarakat
1
P2
Sentiasa bersikap adil dalam membuat keputusan
1
P3
Menggalakkan penubuhan jawatankuasa penduduk setempat
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 SARAWAK)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan oleh Patih Gajah Mada melihat pakanira, sudahkah datang dari Daha atau belumkah, kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu dengan manira.” Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan oleh orang itu.
Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, “Jangan tiada dikasihi anakku ini, kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.
(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud terlalu sukacita hatinya.
[2 markah]
(ii)
Patih Gajah Mada telah memberitahu beberapa perkara kepada Kertala Sari.
Nyatakan perkara-perkara tersebut. .
[3 markah]
(iii)
Patih Gajah Mada telah menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut.
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud rangkai kata terlalu sukacita hatinya
P1
Perasaannya sangat gembira
2
(ii)
Perkara-perkara yang diberitahu oleh Patih Gajah Mada kepada Kertala Sari
P1
Ayah Kertala Sari telah mati dibunuh oleh Seri Betara
1
P2
Patih Gajah Mada memberitahu Kertala Sari bahawa Kertala Sari akan dilantik sebagai penggawa agung
1
(iii)
Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut
P1
Patih Gajah Mada seorang yang bertanggungjawab dan amanah
1
P2
Patih Gajah Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayahnya
1
P3
Patih Gajah Mada mengambil berat akan keadaan Kertala Sari
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 PAHANG)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang mengadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, Ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tuan Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cernakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat bagaimana hamba hendak dicerca?”
Shahadan, maka berkenaan Sutan Muzaffar Shah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya.
[2 markah]
(ii)
Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta menyatakan seorang orang Kelang dianiaya olehnya?
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sepatut dimiliki oleh individu yang layak dilantik menjadi seorang pemimpin ?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
maksud rangkai kata mengadukan halnya
P1
Menceritakan/menyatakan/memberitahu/mengadu/memerihal
Tindakan/perlakuan/tingkah laku Tun Perak
2
P2
Menceritakan/menyatakan/memberitahu/mengadu/memerihal
Tindakan/perlakuan/tingkah lakunya
1
P3
Menceritakan/menyatakan/memberitahu/mengadu/memerihal
halnya
1
(ii)
Alasan
P1
Seri Amerta tidak mengetahui tugas sebenar Tun Perak sebagai pemerintah sesebuah negeri walaupun negeri tersebut kecil.
1
P2
Seri Amerta hanya melaksanakan titah Yang diPertuan
1
P3
Yang diPertuan hanya ingin mengetahui perkara yang baik-baik sahaja
1
(iii)
Ciri individu yang layak dijadikan pemimpin
P1
Bijak dalam menyelesaikan masalah
1
P2
Adil dalam mentadbir
1
P3
Berpengetahuan luas dalam pentadbiran
1
P4
Tetap pendirian/ tegas
1
P5
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
1
P6
Amanah dalam tugas
1
P7
Patuh pada ajaran agama
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 TERENGGANU)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Setelah sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka- sukaan dan diberinya persalin.
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.
(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui teladan
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i)
Berikan maksud terlalu sukacita hatinya.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan reaksi Patih Gajah Mada selepas mendengar kata-kata Kertala Sari.
[3 markah]
(iii)
Patih Gajah Mada telah menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah ada ingin menyempurnakan pesanan tersebut?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
maksud terlalu sukacita hatinya
P1
Sangat gembira perasaannya
2
(ii)
Reaksi Patih Gajah Mada selepas mendengar kata-kata Kertala Sari
P1
Terlalu gembira/ sukacita
1
P2
Kemudian diberikan jamuan makan dan minum
1
P3
Bergembira/ bersuka-sukaan
1
P4
Diberinya persalinan
1
(iii)
Sebab Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut
P1
Patih Gajah Mada seorang yang amanah
1
P2
Patih Gajah Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayah
1
P3
Patih Gajah Mada yakin bahawa Kertala Sari seorang yang baik.
1
P4
Patih Gajah Mada mahu Kertala Sari mendapat haknya
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 MELAKA)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.’’
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.’’
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)
Berikan maksud Endah apatah pekerjaan.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan janji Kertala Sari selepas dititahkan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana.
[3 markah]
(iii)
Peperangan antara dua buah negara selalunya membawa kepada kerugian.
Nyatakan dua kerugian tersebut
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
maksud Endah apatah pekerjaan
P1
Bermaksud tidak kisah akan pekerjaan yang diberikan
2
(ii)
Janji Kertala Sari
P1
Akan membunuh Ratu Melaka
1
P2
Akan membunuh Laksamana
1
P3
Jika tidak, dia tidak akan menjadi penggawa/penghulu
1
(iii)
Kerugian
P1
Mengorbankan nyawa dan kecederaan
1
P2
Merosakkan harta benda dan kemudahan awam
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 SBP)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada,”
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)
Berdasarkan petikan tersebut, apakah peristiwa yang terjadi selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar?
[2 markah]
(ii)
Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui perihal Seri Nara Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja.?
[3 markah]
(iii)
Raja yang adil sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang raja itu boleh memerintah dengan adil?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
peristiwa yang terjadi selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besa
P1
Anak Melayu pun berbelah/ terbahagi kepada dua
2
P2
Setengah berpihak kepada Paduka Raja
2
P3
Setengah berpihak pada Seri Nara Diraja
2
(ii)
reaksi Sultan Muzaffar Syah
P1
Baginda terlalu dukacita melihat kelakuan Paduka Raja dan Seri Nara Diraja
1
P2
Baginda berfikir bahawa negeri Melaka akan binasa
1
P3
Beginda berpendapat hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja
1
P4
Baginda menyuruh memanggil Seri Nara Diraja
1
P5
Baginda ingin tahu jika Seri Nara Diraja mahu beristeri
1
(iii)
Kepentingan perpaduan kepada negara
P1
Negara akan menjadi aman dan tenteram (harmoni – tidak diterima)
1
P2
Menaikkan imej negara di mata dunia
1
P3
Menarik pelabur asing melabur di sesebuanh negara/ menarik pelancong asing datang melancong ke sesebuah negara
1
P4
Pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar
1
P5
Ekonomi negara akan meningkat
1
P6
Kestabilan politik negara dapat dikekalkan/ Kedaulatan negara dapat dipelihara
(PERCUBAAN BM SPM 2017 MRSM)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka titah baginda, “Mahukan akan Tun Kanaka, saudara Seri Wak Raja?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i)
Berikan maksud rangkai kata sesaat itu juga ditalak baginda.
[2 markah]
(ii)
Apakah reaksi Sultan setelah Seri Nara Diraja bersetuju untuk mengahwini Tun Kudu?.
[3 markah]
(iii)
Setiap pasangan suami isteri mengimpilkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikat perkahwinan setiap pasangan?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
maksud rangkai kata sesaat itu juga ditalak baginda.
P1
Pada masa/waktu/ketika itu juga/ jua diceraikan oleh Duli Yang Dipertuan/ Sultan
2
P2
Sesaat itu juga/ jua diceraikan oleh Duli Yang Dipertuan/ Sultan
1
P3
Pada masa/waktu/ketika itu juga/ jua ditalak baginda
1
P4
Dengan pantas/ segera diceraikan oleh Sultan
0
(ii)
reaksi Sultan setelah Seri Nara Diraja bersetuju untuk mengahwini Tun Kudu
P1
Menceraikan Tun Kudu/ sesaat itu juga ditalak baginda
1
P2
Menghantarnya ke rumah Paduka Raja
1
P3
Memberikan belanja/ wang perbelanjaan/ nafkah
1
P4
Menyuruh berkahwin dengan Seri Nara Diraja
1
(iii)
cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikat perkahwinan setiap pasangan
P1
Bertoleransi/ bertanggungjawab/ hormat-menghormati antara pasangan
1
P2
Rujuk ibu bapa/ orang yang berpengalaman/ pakar/ kaunselor sekiranya menghadapi masalah dalam rumah tangga
1
P3
Berkomunikasi secara berkesan
1
P4
Beriadah/ melancong/ bercuti/ berekreasi bersama-sama
1
P5
Saling berkongsi masalah kerja/ kewangan/ peribadi yang dihadapi
1
P6
Menghadiri kursus/ ceramah/ program keluarga bahagia
1
P7
Mendalami ilmu agama/ membaca buku agama
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 YIK)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang menyanyi:
Cau Pandan anak Bubunya,
Hendak menyerang ke Melaka,
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat,”
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya.
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Siapakah Cau Pandan?
[2 markah]
(ii)
Apakah yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui bahawa Cau Pandan sudah mati?
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor berlakunya peperangan di sesetangah negara di dunia ini?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Cau Pandan ialah
P1
Cau Pandan anak Bubunya dari Benua Siam
1
P2
Cau Pandan telah mati kerena dadanya seperti kena panah dan muntah darah
1
P3
Cau Pandan hendak menyerang Melaka tetapi tidak jadi kerana mati.
1
(ii)
Apabila mengetahui bahawa Cau Pandan sudah mati, Sultan Muzaffar Syah
P1
Beritahu bahawa Tuan Sidi Arab ini merupakan seorang hamba Allah yang mempunyai keramat
1
P2
Baginda memberi beberapa pujian kepada Tuan Sidi Arab itu
1
P3
Dan baginda menganugerahkan kepada Sidi Arab seperti yang telah dijanjikan
1
(iii)
faktor-faktor berlakunya peperangan di sesetangah negara di dunia ini
P1
Dasar perluasan empayar/ kuasa. Contoh penjajah yang menjajah negara-negara lemah.
1
P2
Perlumbaan senjata oleh negara-negara kuasa besar. Contoh penjualan senjata oleh Amerika, China dan Rusia
1
P3
Perebutan kuasa dalaman. Contoh pemimpin tempatan meminta bantuan luar untuk campur tangan
1
P4
Kezaliman pemerintahan. Contoh rakyat bangkit menentang kezaliman pemimpin/ pemimpin digulingkan di Syria/ Mesir/ Iraq
1
P5
Masalah sempadan yang tidak diselesai. Contoh isu Palestin dengan Israel
1
P6
Mempertahankan agama. Contoh isu Palestin dengan Israel
1
P7
Perebutan hasil bumi/ sumber ekonomi
1
P8
Masalah kaum. Pertikaian antara kaum Melayu dengan kaum Cina dalam peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia.
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 SABAH)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka dia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “ Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri dimana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya;baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu,pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)
Berikan maksud hendak mencerca
[2 markah]
(ii)
Nyatakan reaksi Tun Perak apabila dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah menghadap baginda kerana dikatakan menganiayai seorang orang Kelang.
[3 markah]
(iii)
‘Rakyat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada raja dan negara’
Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
maksud hendak mencerca
P1
mahu/ingin mencaci/menghina/memaki/memarahi
2
(ii)
reaksi Tun Perak
P1
segera menghadap baginda
1
P2
berdiam diri ketika pertama kali ditanya
1
P3
memberitahu perkara sebenar
1
(iii)
tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara
P1
berusaha memajukan negara
1
P2
sentiasa mendaulatkan negara
1
P3
menjaga keamanan negara
1
P4
mengekalkan perpaduan antara kaum
1
(PERCUBAAN BM SPM 2017 SELANGOR – SET 2)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu?” Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira menjadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu, maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada,”Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.”
Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang, baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan, inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesankan oleh bapanya kepada patik.”
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i)
Berdasarkan petikan tersebut, nyatakan syarat-syarat sebelum Kertala Sari menjadi penggawa?
[2 markah]
(ii)
Nyatakan tindakan Patin Gajah Mada setelah mendengar kata-kata Kertala Sari.
[3 markah]
(iii)
Keputusan yang hendak diambil perlu dilakukan secara rasional.
Sekiranya anda menjadi Kertala Sari, adakan anda akan menerima tawaran Patih Gajah Mada untuk membunuh Laksamana?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Syarat-syarat sebelum Kertala Sari menjadi penggawa
P1
Membunuh Ratu Melaka
1
P2
Membunuh Laksamana
1
P3
Negeri Melaka dapat alahkan seorang diri
1
(ii)
Tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata Kertala Sari
P1
Diperjamunya makan minum
1
P2
Bersuka-sukaan
1
P3
Diberinya persalin
1
(iii)
Jawapan: Ya
P1
Ingin membalas kematian bapa
1
P2
Menunjukkan kesetiaan kepada perintah raja
1
P3
Menguji kepahlawanan diri
Jawapan: Tidaj
P1
Membunuh ialah satu dosa besar
1
P2
Tidak elok berdendam kepada orang lain
1
P3
Laksamana tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas
PERCUBAAN BM SPM 2017 WILAYAH PERSEKUTUAN)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)
Apakah peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Umar?
[2 markah]
(ii)
Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka?
[3 markah]
(iii)
Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah.
Pada pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam tersebut?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Omar
P1
Tun Umar menyerang perahu-perahu Siam secara sendirian
1
P2
Semua perahu Siam kalah
1
(ii)
Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka kerana:
P1
Mendengar pendapat hulubalang Siam bahawa terlalu banyak askar Melaka
1
P2
Sebuah perahu yang dibawa oleh Tun Umar telah berjaya menewaskan beberapa perahu Siam
1
P3
Perahu Melaka yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan, menyukarkan mereka menewaskannya.
1
(iii)
Rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam:
P1
Untuk menakut-nakutkan orang Siam
1
P2
Untuk menunjukkan keberanian orang Melaka.
1
P3
Untuk memastikan orang Siam tidak menyerang Melaka.
PERCUBAAN BM SPM 2017 SELANGOR – SET 1)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebagai akan orang yang empunya harta, ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan Rasul- Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing- masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui”
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustakan
(i)
Berdasarkan petikan tersebut, nyatakan titah raja kepada orang yang empunya harta.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan tindakan Laksamana apabila diperintah oleh Raja Melaka untuk menerima harta.
[3 markah]
(iii)
Perbuatan bersedekah merupakan amalan mulia.
Sekiranya anda seorang Laksamana, adakah anda akan bertindak membahagikan harta tersebut kepada orang lain?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Titah raja kepada orang yang empunya harta
P1
Segala harta ini dibahagi tiga
1
P2
Dua bahagi akan Laksamana
1
P3
Sebahagi akan orang yang empunya harta
1
(ii)
Tindakan Laksamana apabila diperintah oleh Raja Melaka untuk menerima harta
P1
Menerima harta sebahagian jika dipersetujui oleh tuan harta
1
P2
Yang sebahagi itu dibahagi tiga
1
P3
Sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin
1
P4
Sebahagi lagi diberikan kepada segala pegawai yang tiada penguasaan
1
P5
Sebahagi diberikan pada segala orangnya
1
(iii)
Jawapan: YA
P1
Harta tersebut memang sepatutnya dibahagikan kepada orang yang lebih memerlukan dan berjasa.
1
P2
Mendapatkan semula harta tersebut merupakan tugas Laksamana dalam menjaga keselamatan dan keamanan dan jasa tersebut tidak perlu dibalas menggunakan harta rakyat.
1
Jawapan: TIDAK
P1
Harta tersebut boleh digunakan untuk tujuan dan kerja kebajikan lain seperti membina madrasah, membaiki kemudahan awam dan lain-lain.
1
P2
Harta tersebut boleh digunakan untuk hal-hal kecemasan pada masa hadapan
1
PERCUBAAN BM SPM 2017 PERLIS)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukan Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, Tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimanakah maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah RIndu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)
Berikan maksud rangkai kata menjadi muafakatlah.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan tindakan Sultan selepas Seri Nara Diraja bersetuju memperisteri Tun Kudu.
[3 markah]
(iii)
Pertelingkahan antara pembesar membawa kerugian kepada negara.
Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua pembesar tersebut selain perkahwinan?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud
P1
Semakin/kian bekerjasama/ erat/ berbaik-baik
2
(ii)
Tindakan Sultan
P1
Menceraikan Tun Kuda serta-merta
1
P2
Dihantar ke rumah Paduka Raja
1
P3
Diberi belanja
1
P4
Dititah berkahwin dengan Seri Nara Diraja
1
(iii)
Usaha-usaha
P1
Mengadakan perbincangan/ rundingan/ musyawarah
1
P2
Menggunakan orang tengah untuk mendamaikan mereka
1
P3
Sultan memujuk kedua-dua pembesar supaya bertoleransi
1
P4
Menawarkan ganjaran/ tanah jajahan/ pangkat/ mengurniakan gelaran
1
Halaman 42