· Web viewPeserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama. 4.4 Semua...

7
PERTANDINGAN KERETA SOLAR SEMPENA GO GREEN STUDENTS’ CAMP PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 TARIKH : 30 JUL – 31 JUL 2015 ( KHAMIS & JUMAAT ) TEMPAT : SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH NAMA GURU PENGIRING: NO KP: NO TEL(HP) : NAMA KUMPULAN : NAMA AHLI KUMPULAN : BI L NAMA JANTIN A NO. K/P TINGKATA N 1. 2. Dengan ini sekolah saya bersetuju / tidak bersetuju untuk menyertai Pertandingan Kereta Solar pada tarikh tersebut di atas bertempat di SMK Raja Perempuan, Ipoh __________________________________ COP RASMI SEKOLAH: ( TANDATANGAN PENGETUA ) NAMA : JAWATAN : TARIKH : BORANG PENYERTAAN SMK RAJA PEREMPUAN JALAN BATU BUNGKAL 30250 IPOH, PERAK Tel: 05-2494830 Fax: 05-2420697 Email: [email protected]

Transcript of  · Web viewPeserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama. 4.4 Semua...

PERTANDINGAN KERETA SOLAR

SEMPENA GO GREEN STUDENTS’ CAMP

PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

TARIKH:30 JUL – 31 JUL 2015 ( KHAMIS & JUMAAT )

TEMPAT:SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH

NAMA GURU PENGIRING:

NO KP:

NO TEL(HP) :

NAMA KUMPULAN

:

NAMA AHLI KUMPULAN:

BIL

NAMA

JANTINA

NO. K/P

TINGKATAN

1.

2.

Dengan ini sekolah saya bersetuju / tidak bersetuju untuk menyertai Pertandingan Kereta Solar pada tarikh tersebut di atas bertempat di SMK Raja Perempuan, Ipoh

__________________________________

COP RASMI SEKOLAH:

( TANDATANGAN PENGETUA )

NAMA :

JAWATAN :

TARIKH :

* Sebarang pertanyaan sila hubungi : Pn. Raziah bt Abdul Manap (Koordinator 1) Tel: 0165602500

Pn. Andong Rohaya bt. Muhammad Amin  (Koordinator 2) Tel: 0194195542

* Sila kembalikan borang penyertaan ini secara emel / faks / pos kepada Koordinator Pertandingan di atas talian

05-2420697 (faks) atau email ke [email protected] sebelum atau pada 6 Mei 2015

OBJEKTIF PERTANDINGAN KERETA SOLAR

1.Memberi kesedaran di kalangan pelajar, guru dan masyarakat mengenai kepentingan menggunakan tenaga dengan efisien dan sumber tenaga alternatif sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian.

2.Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan konsep sains dan teknologi di kalangan pelajar.

3.Membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri.

4.Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan terma suria di peringkat sekolah lagi.

5.Menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dan berhemah.

6.Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan cuba jaya di kalangan pelajar.

7.Mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PIPP.

8.Menggilap minat pelajar ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dan seni bina.

9.Mengalakkan kempen tenaga diperbaharui dan memupuk kecintaan terhadap alam sekitar.

10.Memupuk kejelekitan, semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar.

11.Menyediakan aktiviti atau program merentas kurikulum dengan penggabungjalinan di bidang Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual dan ICT.

SYARAT PERTANDINGAN KERETA SOLAR

1.TAJUK:

PERTANDINGAN KERETA SOLAR

2.TEMA:

PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF BARU TENAGA

3.AKTIVITI:

Pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.

4.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

4.1Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 .

4.2Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta dengan seorang guru pembimbing.

4.3Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.

4.4Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.

4.5Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.

4.6Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas.

4.7Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model kereta solar adalah tidak dibenarkan.

4.8Kuasa maksima setiap rekabentuk model kereta solar tidak boleh melebihi 1 watt.

4.9Sel solar bagi penggunaan di peringkat kebangsaan akan disediakan oleh pihak penganjur.

4.10Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar untuk kegunaan peringkat kebangsaan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.

4.11Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model kereta solar. Jenis alat adalah bebas. Kit tambahan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.

4.12Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

a)binaan badan

b)chasis

c)tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)

4.13Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.

4.14Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model kereta solar turut diambil kira.

4.15Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:

a)Pembinaan dan pembangunan model kereta – 4 jam

b)Persediaan persembahan Multimedia Power Point – 4 jam

c)Persembahan multimedia – 10 minit

d)Pertandingan Kelajuan

5.0KAEDAH PENGHAKIMAN

5.1Pembinaan dan pembangunan kereta haruslah memenuhi kriteria berikut:

5.1.1Kemahiran Manipulatif

5.1.2Kemahiran Proses Sains

5.2Persembahan dan Pembentangan:

Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2003 dan disediakan dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu. Format Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:

5.2.1Abstrak

5.2.2Objektif

5.2.3Inovasi

5.2.4Teori Saintifik

5.2.5Rekabentuk

5.2.6Trial Result

5.2.7Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja

(termasuk 3 minit sesi soal jawab)

5.3Bahagian 2 – Pertandingan Kelajuan

5.3.1Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan disediakan oleh pihak penganjur.

5.3.2Semua model kereta solar akan disusun mengikut trek masing-masing sebelum memulakan perlumbaan.

5.3.3Trek perlumbaan adalah berukuran 5m panjang X 45cm lebar.

5.3.4Pertandingan kelajuan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

a)saringan

b)separuh akhir

c)akhir

5.3.5Sebanyak 4 model kereta solar akan diundi dan dikelompokkan dalam satu kumpulan.

5.3.6Setiap kumpulan akan berpeluang berlumba sebanyak 3 pusingan.

5.3.7Masa akan dicatatkan bagi setiap perlumbaan.

5.3.8Jika terdapat model kereta solar yang tidak mengikut trek yang telah ditetapkan semasa perlumbaan, kereta berkenaan akan mengulangi semula perlumbaan dengan mengecualikan kereta yang telah mengalami pelanggaran.

5.3.9Jika terdapat mana-mana model kereta solar yang berlanggaran, catatan masa model berkenaan akan dibatalkan dan perlumbaan bagi pusingan berkenaan akan diulang semula tanpa melibatkan kereta yang telah berlanggaran itu.

5.3.10 Perlumbaan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600-700 Lux.

6.0KAEDAH PERTANDINGAN

6.1Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta K1, K2,...K16.

6.2Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

6.2.1 Saringan:

a)Semua model kereta solar akan dihakimi berdasarkan 2 justifikasi iaitu rekabentuk dan kelajuan.

b)Penghakiman rekabentuk akan dijalankan terlebih dahulu diikuti dengan penghakiman kelajuan.

c)Markah rekabentuk dan kelajuan akan dijumlahkan bagi memilih 8 model kereta solar yang terbaik untuk ke pusingan separuh akhir.

6.2.2Separuh Akhir:

a)Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.

b)4 model kereta solar paling laju akan terpilih ke pusingan akhir.

6.2.3Akhir:

a)Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.

b)Masa yang paling laju akan dicatat dan disusun semula bagi menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga.

6.3Kuasa semua model kereta solar yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian.

7.0BANTAHAN

7.1Keputusan hakim adalah muktamad.

7.2Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia dalam tempoh 1 jam selepas pertandingan dengan melengkapkan Borang A.

7.3Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.

7.4Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1Guru pembimbing tidak dibenarkan sama sekali membantu pelajar sepanjang pertandingan dijalankan.

8.2Para pelajar diwajibkan membawa komputer riba dan kamera digital bagi tujuan penyediaan persembahan Multimedia Power Point.

8.3Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.

8.4Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.

SMK RAJA PEREMPUAN�JALAN BATU BUNGKAL�30250 IPOH, PERAK�Tel: 05-2494830 Fax: 05-2420697�Email: [email protected]

BORANG PENYERTAAN