WAN NUR SA’IIDAH BINTI WAN HAMID - ethesis.uthm.edu.myethesis.uthm.edu.my/809/1/e-thesis.pdfWAN...
Transcript of WAN NUR SA’IIDAH BINTI WAN HAMID - ethesis.uthm.edu.myethesis.uthm.edu.my/809/1/e-thesis.pdfWAN...
PERSEPSI PENIAGA MAKANAN DI BATU PAHAT TERHADAP LARANGAN
PENGGUNAAN BEG PLASTIK DAN POLISTERIN
WAN NUR SA’IIDAH BINTI WAN HAMID
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
DECEMBER 2017
Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Pelajar : ...........................................................................
WAN NUR SA’IIDAH BINTI WAN HAMID
Tarikh : ............................................................................
Penyelia : ...........................................................................
DR. WAN NURUL KARIMAH BINTI WAN AHMAD
DEDIKASI
Ya ALLAH
Berdoaku panjatkan kesyukuran
Atas rahmat dan berkatMu
Masih memberi peluang kepadaku
Untuk melakukan kewajipan sebagai penuntut ilmu
Teristimewa buat mak dan abah tersayang
Wan Hamid Bin Wan Hamat dan Noraini Binti Hussein
Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan, doa
Semangat dan nasihat yang tidak putus-putus buat anakmu ini
Buat adik-beradikku yang dikasihi
Terima kasih atas dorongan kalian
Sesungguhnya aku amat menyayangi kalian
Khas buat Nur Salam Bin Wahab
Terima kasih atas segala bantuan, sokongan, dan curahan idea yang
Menjadi pembakar semangat dalam meneruskan perjuangan ini
Buat sahabat sekalian
Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada suka dan duka hidupku
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
maka dapat saya menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Selawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Pertama sekali
diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang banyak
memberikan dorongan dan kata-kata semangat dalam perjalanan saya untuk
menyiapkan kajian ini. Mereka tidak pernah berputus asa dalam menyokong saya
walaupun di saat saya hampir sahaja ingin menyerah. Tidak dinafikan juga, ibu bapa
saya banyak menyumbangkan bantuan dari segi kewangan dan doa yang tidak pernah
putus bagi memastikan kajian yang dilakukan ini dipermudahkan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada profesional-profesional berikut yang telah banyak menyumbang kepada
kejayaan kajian ini. Tanpa adanya bantuan, kajian ini tidak akan berjalan seperti
yang dirancang. Seterusnya, tidak dilupakan juga saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada penyelia saya iaitu Dr. Wan Nurul Karimah Bt Wan
Ahmad yang telah banyak bersabar dalam membantu saya untuk menyiapkan Projek
Sarjana Muda saya ini. Tanpa dorongan beliau, kajian ini pasti akan mengalami
banyak masalah. Seterusnya, tidak lupa juga keluarga dan rakan-rakan yang telah
banyak membantu menyiapkan laporan ini samaada secara langsung atau pun
tidak langsung. Segala budi dan jasa semua pihak yang terlibat hanya tuhan yang
dapat membalasnya. Assalamualaikum dan terima kasih.
ABSTRAK
Pada masa kini, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan penggunaan beg
plastik dan polisterin dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, terdapat
pelbagai implikasi yang timbul daripada penggunaan kedua-dua pembungkus
tersebut. Antara implikasinya ialah pertambahan sisa buangan pepejal,
membahayakan kesihatan, mencemarkan alam sekitar dan sebagainya. Negeri Johor
juga tidak terkecuali dalam melaksanakan undang-undang bagi mengurangkan
penggunaan beg plastik dan polisterin sebagai pembungkus makanan berkuatkuasa
serta-merta pada Januari 2018. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti
persepsi para peniaga makanan terhadap larangan penggunaan beg plastik dan
polisterin yang akan dilaksanakan pada tahun 2018 dan juga faktor-faktor yang
mempengaruhi peniaga makanan di Batu Pahat untuk menggunakan pembungkus
makanan yang lebih mesra alam. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif.
Kajian mendapati bahawa peniaga makanan bersetuju dan bersedia menggunakan
pembungkus atau bekas mesra alam kerana mereka tidak sanggup untuk berhadapan
dengan risiko tindakan undang-undang dari pihak berkuasa sekiranya mereka tidak
mematuhi arahan tersebut. Seterusnya, melalui kajian ini juga dapat disimpulkan
bahawa faktor penguatkuasaan memainkan peranan yang penting bagi
mempengaruhi peniaga makanan di Batu Pahat menggunakan bekas mesra alam.
ABSTRACT
Currently, the government is working to reduce the use of plastic bags and
polystyrene among Malaysians. This is because, there are various implications
arising from the use of these two wrappers. Among the implications is the increase in
solid waste, harms health, pollutes the environment and so on. The State of Johor is
also no exception in implementing the law to reduce the use of plastic bags and
polystyrene as food wraps with immediate effect in January 2018. Hence, this study
is conducted to identify the perceptions of food traders against the ban on the use of
plastic bags and polystyrene to be implemented on in 2018 as well as factors
affecting food traders in Batu Pahat to use a more eco-friendly food wrap. The
research method used is quantitative. The study found that food traders agreed and
prepared to use wrappers or ex-eco-friendly because they were unwilling to deal with
the risk of legal action from the authorities if they did not comply with the directives.
Furthermore, through this study it is also concluded that enforcement factors play an
important role in influencing food traders in Batu Pahat using environmentally
friendly containers.
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Masalah Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Skop Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Rumusan 7
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Lepas Tentang Beg Plastik dan Polisterin 8
2.3 Beg Plastik dan Polisterin 10
2.4 Kesan Buruk Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin 11
2.5 Isu Pembendungan Penggunaan Plastik 12
2.6 Masalah Plastik 13
2.7 Penggunaan Polisterin di Malaysia 14
2.8 Pembungkus Makanan Mesra Alam 15
2.9 Rumusan 16
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Instrumen Kajian 19
3.4 Persampelan 21
3.5 Data Analisis 21
3.6 Rumusan 22
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 23
4.2 Kadar Bilangan Maklum Balas Yang Diterima 23
4.3 Ujian Kebolehpercayaan 24
4.4 Demografi Responden 25
4.5 Persepsi Peniaga Makanan di Batu Pahat Terhadap
Larangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin 28
4.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Peniaga Makanan di
Batu Pahat Menggunakan Pembungkus Mesra Alam 34
4.7 Rumusan 41
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Perbincangan 42
5.3 Kesimpulan 44
5.4 Cadangan 44
5.5 Limitasi Kajian 45
5.6 Rumusan 46
RUJUKAN 47
LAMPIRAN A 49
SENARAI JADUAL
2.1 Senarai Negara dan Tindakan yang Dikenakan Terhadap
Penggunaan Beg Plastik 13
2.2 Peratus Sisa Buangan Di Malaysia 14
2.4 Ringkasan Kesan, Ciri-ciri dan Tempoh
Penguraian Bagi Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dan
Polisterin 17
3.1 Ringkasan Item Bagi Setiap Bahagian Soalan 21
4.1 Kajian Analisis Borang Soal Selidik 26
4.3.1 Interprestasi Skor Alpha Cronbach 26
4.3.2 Analisis Ujian Kebolehpercayaan Kajian Rintis dan Kajian
Sebenar 27
4.4 Analisis Latar Belakang Responden 28
4.5 Tahap Pengukuran Nilai Min 31
4.5.1 Kekerapan Setiap Aspek Bagi Persepsi Peniaga Makanan di
Batu Pahat Terhadap Larangan Penggunaan Beg plastik dan
Polisterin 31
4.5.2 Nilai Min Bagi Persepsi Peniaga Makanan di Batu Pahat Terhadap
Larangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin 35
4.6.1 Kekerapan Setiap Aspek bagi Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Peniaga Untuk Menggunakan Bekas Mesra Alam 36
4.6.2 Nilai Min bagi Faktor-faktor Mempengaruhi Peniaga di Batu
Pahat untuk Menggunakan Pembungkus yang Lebih Mesra Alam 42
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut laporan akhbar Berita Harian (2016), Johor adalah antara negeri yang akan
menguatkuasakan larangan penggunaan polisterin dan plastik mulai Januari 2018.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) ada mengulas tentang keperluan
amalan mengitar semula polisterin untuk mengurangkan sisa buangan pepejal di
negara kita. Di Malaysia sahaja terdapat lebih 280,000 tan buangan bekas polisterin
yang telah digunapakai. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2016),
statistik pembuangan sisa plastik di Malaysia amat membimbangkan kerana sumber
buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu 9% atau sebanyak RM163 juta. Justeru itu,
kerajaan telah cuba mengeluarkan pelbagai idea bagi mengurangkan kebergantungan
rakyat Malaysia terhadap penggunaan beg plastik dan polisterin. Contohnya,
kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengumumkan
bahawa mulai 1 Januari 2017 kesemua premis makanan dikedua-dua negeri terbabit
dilarang menggunakan polisterin dan beg plastik (Saberi, 2016).
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa masyarakat sedar akan bahaya
penggunaan beg plastik dan polisterin dalam kehidupan seharian mereka terutamanya
organisasi besar. Bagi peniaga kecil yang menjual di gerai-gerai di tepi jalan, mereka
kebanyakannya menggunakan beg plastik dan polisterin untuk menjual makanan dan
minuman khususnya untuk dibawa pulang. Selain itu, masyarakat kita juga lebih
gemar menghidangkan makanan di dalam pinggan dan cawan polisterin ketika
mengadakan sebarang majlis atau aktiviti perayaan bagi memudahkan mereka kerana
pinggan dan cawan tersebut tidak perlu dicuci. Menurut Massoud et.al (2010),
industri makanan biasanya lebih prihatin dengan isu-isu keselamatan dan kualiti
daripada isu-isu alam sekitar.
Polisterin digunakan secara meluas kerana harganya yang murah, ringan,
mudah dibawa kemana-mana sahaja dan tidak perlu dicuci. Walaubagaimanapun,
menurut Jayaraman (2016), penggunaannya pada suhu yang tinggi mampu
mendatangkan kesan yang buruk untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa
panjang. Misalnya, penggunaannya secara terus terhadap makanan atau minuman
yang mempunyai suhu yang tinggi atau panas mampu menyebabkan bahan kimia
daripada plastik meresap ke dalam makanan tersebut. Antara bahan kimia tersebut
adalah stirena, bisphenol-A, dan phthalates yang menyebabkan kanser, penyakit
jantung dan masalah pembiakan.
Di Malaysia, dapat dilihat kebanjiran peniaga dalam industri makanan
sekarang lebih meningkatkan lagi penggunaan polisterin dan beg plastik walaupun
tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap mereka. Persoalannya, adakah
mereka tidak takut dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tertangkap mereka
masih menggunakan beg plastik dan polisterin untuk membungkus makanan dan
minuman pelanggan dan apakah yang menyebabkan mereka masih lagi
menggunakan pembungkus tersebut. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenalpasti persepsi peniaga makanan di Batu Pahat tentang larangan penggunaan
beg plastik dan polisterin.
1.2 Latar Belakang Kajian
Jayaraman (2016), telah mengkaji tentang pengalaman pengguna mengenai
penggunaan beg plastik untuk bungkusan barang-barang yang boleh dimakan panas.
Kajian tersebut mendapati lebih daripada 62% daripada pengguna membeli barang-
barang yang boleh dimakan panas dalam beg plastik setiap hari atau mingguan
kerana keberkesanan kos dan kemudahan penyimpanan. Peratus tersebut
menunjukkan angka yang agak membimbangkan. Justeru, kerajaan giat mengambil
tindakan untuk memastikan tiada lagi penggunaan beg plastik dan polisterin dalam
pembungkusan makanan.
Menurut Saberi (2016), larangan penggunaan beg plastik dan polisterin
dilaksanakan sejak Jun 2016 lagi dan tujuannya adalah untuk menyingkirkan
pengggunaan bahan pembungkusan tersebut. Kerajaan membahagikan proses ini
kepada empat fasa yang mana fasa pertama adalah bermula dari bulan Jun 2016 dan
fasa terakhir pada bulan Januari 2017. Justeru, mana-mana pihak yang tidak
mematuhi arahan larangan penggunaan polisterin dan plastik di premis masing-
masing berkuatkuasa dari 1 September 2017 akan dikenakan kompoun sehingga
RM2,000. Walaubagaimanapun, kerajaan akan memberikan tempoh selama 9 bulan
bagi pemilik perniagaan untuk mematuhi arahan tersebut sebelum tindakan yang
serius diambil ke atas mereka. Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah yang
proaktif dengan menggalakkan penggunaan produk “biodegradable” atau produk
terbiodegradasi bagi menggantikan beg plastik dan polisterin.
Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Jetten dan KN (2002), menerangkan
siasatan tentang kesan pencemaran yang berpotensi kepada sifat-sifat intrinsik plastik
dengan lebih terperinci sekiranya penggunaan semula plastik diamalkan. Tujuan
kajian tersebut dilakukan adalah untuk membangunkan pakej yang komprehensif
terhadap kriteria jaminan kualiti plastik bagi memastikannya dapat digunakan oleh
industri dan pihak berkuasa. Dengan itu, kualiti dan keselamatan dalam penggunaan
semula plastik untuk dijadikan sebagai pembungkus makanan dapat dikenalpasti.
Pengaruh penggunaan berulang ke atas pemindahan juzuk plastik, produk degradasi
bahan tambahan plastik, ciri-ciri halangan dan ciri-ciri permukaan juga telah disiasat.
Hasil kajian keseluruhan mendapati bahawa sifat-sifat intrinsik plastik yang disiasat
tidak dipengaruhi oleh penggunaan berulang yang ketara. Kesimpulannya, kajian ini
membincangkan tentang kualiti plastik yang digunakan semula dengan berulang kali.
Kajian yang dilakukan oleh Richards dan Irina (2016), pula menerangkan
tentang bagaimana kempen "tiada beg plastik" di Malaysia yang dilaksanakan adalah
sebagai salah satu langkah yang mampan untuk memberi kesedaran awal dan
memulakan proses pembelajaran sosial terhadap masyarkat. Langkah tersebut
diharapkan dapat memberikan kesedaran untuk jangka masa yang panjang. Kempen
ini juga diharapkan dapat menghasilkan dan membina tingkah laku sesuai yang
mampan seperti kempen teladan sebagai komitmen jangka panjang dan bukan hanya
sebagai gimik perhubungan awam yang mudah atau helah pengiklanan sahaja.
Akhir sekali, Mazlin Basir (2017), menyatakan bahawa penggunaan beg bio
plastik telah dilancarkan oleh pihak kerajaan Negeri Johor bagi memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Inisiatif
Pelancaran Projek Perintis Bioplastik ini dilihat selari dengan agenda ‘Johor Lestari’.
Hal ini kerana, projek ini dijangkakan dapat meminimumkan kebergantungan
masyarakat kepada beg plastik konvensional. Penggunaan beg bio plastik ini
menekankan lima teras utama iaitu memulihara warisan alam, memupuk gaya hidup
berhemah, menghijaukan ekonomi, menambahbaik tadbir urus, dan
menghakupayakan masyarakat.
1.3 Masalah Kajian
Penggunaan beg plastik adalah satu masalah yang serius di seluruh dunia. Hal ini
kerana, penggunaan tersebut mewujudkan pelbagai masalah seperti pembaziran,
membahayakan alam sekitar dan membahayakan kesihatan jika disalahguna.
Walaubagaimanapun, orang ramai masih menggunakannya kerana kosnya yang
rendah dan senang untuk dibawa kemana-mana sahaja. Kebanyakkan negara sedang
mengambil tindakan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik bandar yang
dikerumuni dengan beg plastik yang menyebabkan banjir, dan bahaya kepada alam
sekitar dan juga kesihatan, tindakan sedang diambil oleh banyak negara untuk
mengurangkan penggunaan beg plastik. Beberapa negara telah mengenakan undang-
undang dan peraturan yang ketat untuk mengatasi isu ini termasuklah hukuman
penjara dan dendar.
Di Malaysia, Johor mempunyai "Hari Tanpa Beg Plastik" yang diadakan
setiap hari Sabtu bermula dari tahun 2010. Walaubagaimanapun, Bee Sung (2010),
berkata penyelidikan saintifik dalam bidang ini untuk Malaysia masih kurang. Lebih
banyak penyelidikan perlu dijalankan di kawasan ini kerana 24% daripada
pembaziran Malaysia terdiri daripada plastik. Beg plastik boleh dilihat di seluruh
Malaysia untuk runcit, runcit dan gerai makanan. Penggunaan beg plastik untuk
barangan yang boleh dimakan panas boleh menjadi bahaya kerana penyalahgunaan
beg plastik boleh menyebabkan penghijrahan kimia daripada plastik kepada
makanan. Menurut Bee Sung (2010), bahan kimia termasuk stirene, bisphenol-A dan
phthalates yang boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung dan isu pembiakan.
Banyak tokoh masyarakat di Malaysia juga menggesa orang ramai untuk mengelak
daripada menggunakan beg plastik untuk membungkus barang-barang yang boleh
dimakan panas kerana isu-isu kesihatan dan alam sekitar.
Di samping itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar
Johor, Datuk Ayub Rahmat (2016), kerajaan Johor komited dalam usaha mengatasi
penggunaan pembungkus polisterin yang boleh menyumbang kepada pelbagai
pencemaran dan ancaman serangga seperti nyamuk dan juga banjir. Seterusnya,
penggunaan polisterin yang digunakan secara berleluasa oleh peniaga makanan juga
turut menjadi masalah bagi kerajaan untuk membasminya. Oleh itu, persepsi dan
amalan peniaga di Johor berkenaan isu ini perlu dikaji untuk mengenalpastilangkah
yang boleh diambil bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan peniaga.
Menurut konsep pemasaran hijau, salah satu daripada pihak-pihak berkepentingan
dalam menjaga alam sekitar dan kesihatan kesedaran dan amalan yang berjaya adalah
peniaga sendiri sebagai kuasa peniaga yang boleh menjadikan suara mereka
didengar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mengetengahkan dua objektif kajian iaitu untuk:
i) Mengenalpasti persepsi peniaga makanan di Batu Pahat tentang larangan
penggunaan beg plastik dan polisterin.
ii) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi para peniaga makanan di Batu
Pahat untuk menggunakan pembungkus makanan yang lebih mesra alam.
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat dua persoalan untuk kajian ini iaitu :
i) Apakah persepsi peniaga makanan di Batu Pahat tentang larangan penggunaan beg
plastik dan polisterin?
ii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi para peniaga makanan di Batu Pahat
untuk menggunakan pembungkus makanan yang lebih mesra alam?
1.6 Skop Kajian
Kajian ini akan dijalankan di sekitar Batu Pahat, Johor dan responden yang terlibat
untuk memastikan data-data yang diperolehi adalah tepat ialah peniaga makanan di
sekitar Batu Pahat. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi peniaga makanan di Johor
tentang larangan penggunaan beg plastik dan polisterin yang akan dikuatkuasakan
mulai Januari 2018. Seperti yang kita sedia maklum, pembuangan sampah atau sisa
pepejal yang menjadi sumber kedua terbesar di negara kita adalah pembuangan sisa
plastik dan polisterin. Hal ini cukup membimbangkan jika dibiarkan sahaja tanpa ada
tindakan serius yang diambil oleh kesemua pihak. Tugas kerajaan adalah
menguatkuasakan undang-undang dan juga menjadi peneraju ke arah perubahan.
Namun, masyarakat juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
menjayakan langkah-langkah tersebut.
Oleh itu, kerajaan juga perlu mengambil tahu apakah reaksi dan pendapat
para peniaga terhadap isu larangan penggunaan kedua-dua barang tersebut dalam
aktiviti jual beli mereka seharian. Dengan adanya kajian ini, usaha untuk
mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin dalam kalangan peniaga
makanan di Johor khususnya akan lebih berkesan. Hal ini kerana, jika hanya undang-
undang yang dikuatkuasakan tetapi para peniaga tidak berpuas hati, ingkar untuk
menurut arahan dan hanya menurut ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan
sahaja, usaha tersebut hanya meninggalkan kesan yang kosong dan tidak ada apa-apa
perubahan.
Daripada kajian ini juga, para peniaga akan lebih sedar akan bahaya
penggunaan beg plastik dan polisterin terhadap diri mereka dan orang sekeliling.
Sekali gus, membuat mereka untuk tidak menggunakannya dalam aktiviti jual beli
mereka. Tindakan yang diambil oleh mereka juga akan membuatkan para pengguna
atau pelanggan tidak terpaksa untuk membeli makanan dan minuman di dalam bekas
polisterin dan plastik lagi. Seterusnya, faktor-faktor yang mendorong para peniaga
makanan menggunakan beg plastik dan polisterin sebagai pembungkus makanan juga
dapat dikenalpasti. Hal ini kerana, menurut (Massoud et.al, 2010), industri makanan
biasanya lebih prihatin dengan isu-isu keselamatan dan kualiti daripada isu-isu alam
sekitar.
1.8 Rumusan
Menerusi bab ini, permasalahan kajian telah dapat dikenalpasti dan dibincangkan
secara terperinci bagi membentuk persoalan kajian. Dengan adanya persoalan kajian
ini, maka objektif kajian juga dapat dikenalpasti. Dengan berlakunya bencana dan
ancaman serangga seperti nyamuk dan banjir di Batu Pahat, kerajaan mula komited
terhadap usaha mereka untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin.
Hal ini berlaku rentetan daripada lambakan sisa pepejal yang tidak dapat diuruskan
dengan baik kerana kurangnya tapak sanitari atau pelupusan sampah. Kerajaan
terpaksa berusaha mencari tapak yang baru kerana kebanyakan tapak sanitari yang
sedia ada tidak mampu untuk menampung pertambahan sisa buangan pepejal setiap
hari. Di dalam bab ini juga, ada disertakan dengan kajian yang terdahulu terhadap isu
beg plastik dan polisterin. Skop kajian juga telah dinyatakan dengan terperinci di
dalam bab ini yang mana kajian akan difokuskan kepada para peniaga di Batu Pahat.
Kepentingan kajian ini adalah untuk memastikan usaha kerajaan untuk
mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin dalam kalangan penduduk Batu
Pahat membuahkan hasil yang proaktif.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan kajian yang terdahulu berkaitan penggunaan beg plastik dan
polisterin. Ulasan yang diketengahkan dalam bab ini ialah takrifan, konsep, masalah
berkaitan beg plastik, tindakan pengharaman penggunaan beg plastik di luar negara
dan sebagainya. Hal ini kerana, kebanyakan kajian yang terdahulu menceritakan
tentang keburukan atau bahaya menggunakan beg plastik dan polisterin terhadap
kesihatan dan juga alam sekitar.
2.2 Kajian Lepas Tentang Beg Plastik dan Polisterin
Di Malaysia, penggunaan beg plastik dan polisterin boleh dilihat semakin berleluasa
kerana rata-rata peniaga, terutamanya peniaga makanan di gerai atau di pasar banyak
menggunakan pembungkus makanan tersebut. Justeru, penggunaanya akan memberi
impak yang besar terhadap kelestarian alam sekitar kita. Hal ini kerana, sisa-sisa beg
plastik dan polisterina ini tidak mampu untuk dikitar semula seperti barangan yang
lain. Selain itu, beg plastik dan polisterin mengambil masa yang lama untuk
diuraikan. Justeru, kelemahan-kelemahan tersebut hanya akan meningkatkan lagi sisa
buangan pepejal di negara kita. Malah yang lebih teruk, peningkatan yang tidak
dikawal ini mampu membuatkan negara kita dipenuhi dengan sampah-sarap yang
tidak mampu diuruskan lagi. Antara kesan lain penggunaan beg plastik dan polisterin
adalah menyumbang kepada penyakit seperti kanser, jantung dan masalah
pembiakan. Menurut Spivey (2003), penggunaan beg plastik boleh menyebabkan
penyakit kanser kerana percambahan bahan-bahan karsinogenik yang tidak terkawal.
Berdasarkan Jayaraman et.al (2011), kajian mendapati bahawa lebih daripada
62% pelanggan yang membeli makanan panas di dalam beg plastik setiap hari atau
setiap minggu kerana keberkesanan kos dan kemudahan penyimpanannya. Kajian ini
diukur berdasarkan penggunaan beg plastik yang digunakan untuk membungkus
makanan panas daripada penjual makanan di Malaysia. Kaedah yang digunakan
untuk mendapatkan data bagi kajian ini adalah melalui t-test dan teknik statistik
multivariasi melalui analisis diskriminasi dan analisis regresi logistik binari. Kajian
mendapati 60 orang daripada 96 orang responden membeli makanan panas di dalam
beg plastik dan 36 orang daripadanya tidak gemar membeli makanan panas di dalam
beg plastik. Keputusan tersebut menggambarkan bahawa masih ramai pembeli yang
tidak sedar akan bahaya membeli makanan panas di dalam beg plastik.
Menurut Bee Sung (2010), jumlah sisa pepejal perbandaran di Malaysia
semakin meningkat sepanjang tahun ini. Malaysia mengeluarkan kira-kira 18,000 tan
metrik sisa perbandaran sehari dan dijangka mencecah 31,000 tan metrik sehari pada
2020. Disebabkan oleh kesedaran alam sekitar semakin meningkat di seluruh dunia,
kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan pengurusan sisa pepejal di bawah
Rancangan Malaysia ke-9. "Sisa Pepejal dan Akta Pengurusan Pembersihan Awam
2007" telah diwartakan pada tahun 2007 untuk menubuhkan sebuah Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal Negara (di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan) sebagai badan kawal selia untuk menguruskan sisa pepejal daripada pihak
berkuasa tempatan dan untuk membentuk strategi bagi melaksanakan pengurusan
sisa yang lebih baik. Datuk Seri Ong Ka Ting menyatakan bahawa rang undang-
undang ini adalah penting bagi kitar semula, mengurangkan dan menggunakan
semula (3R Concept) (Bee Sung, 2010).
Kajian yang dilakukan oleh Zurina dan Choy (2016), mendapati bahawa para
responden mengetahui keburukan penggunaan produk bukan mesra alam seperti
polisterin. Walaubagaimanapun, mereka tidak mempunyai inisiatif untuk berubah
kepada pengunaan pembungkusan bekas mesra alam (BMA) kerana tidak
mengetahui saluran untuk mendapatkan BMA. Hal ini kerana, pembungkusan
makanan polisterina dan plastik masih lagi digunakan secara berleluasa. Kajian
tersebut juga mendapati bahawa responden tidak menggunakan BMA kerana mereka
tidak sanggup untuk membayar lebih untuk memastikan bekas makanan yang
digunakan adalah berasaskan produk mesra alam.
Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Zhu (2010), mendapati bahawa
orang ramai atau masyarakat amat menyambut baik isu pengharaman beg plastik
yang diusulkan dan dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, pengguna masih
tidak mampu melatih diri mereka untuk tidak menggunakan beg plastik ketika
membeli-belah. Cas yang dikenakan oleh pasaraya terhadap setiap beg plastik yang
digunakan untuk mengisi barang yang dibeli oleh pelanggan menampakkan hasil
apabila penggunaannya semakin berkurangan.
Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Joseph, Kumar, Majgi, S.Kumar,
Prahalad (2016), mendapati bahawa seramai 213 iaitu 85.2% orang responden
daripada Bandar Mangalore sedar dan tahu tentang undang-undang yang
mengharamkan penggunaan beg plastik dan seramai 166 orang daripadanya
menyokong undang-undang tersebut. Mereka juga mendapati golongan pelajar dan
semi-profesional menyokong larangan tersebut. Manakala, golongan pekerja yang
tidak mahir dan berpengalaman pula membantah pengharaman tersebut. Oleh itu,
Joseph et.al (2016), berpendapat bahawa kesedaran tentang larangan penggunaan beg
plastik ini perlu disebarkan dengan menggunakan kaedah alternatif dan perlaksanaan
undang-undang yang berkesan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam
kalangan masyarakat.
Akhir sekali, Bahaman dan Zahari (2016), mendapati bahawa kesediaan
pelajar untuk menggunakan bekas mesra alam dipengaruhi oleh kesedaran dalam diri
sendiri, kempen dan penguatkuasaan. Namun, faktor yang paling mempengaruhi
kesediaan pelajar untuk menggunakan bekas mesra alam adalah kempen dengan min
pada tahap yang tingi iaitu 3.21. Kempen dilihat sebagai faktor yang paling berkesan
untuk mempengaruhi pelajar menggunakan bekas mesra alam kerana mereka
mengetahui tentang kempen menghentikan penggunaan bekas politerin dan kempen
alam sekitar di mana kempen-kempen tersebut telah menyebabkan mereka bersedia
untuk menggunakan bekas mesra alam.
2.3 Beg Plastik dan Polisterin
Beg plastik adalah produk yang terhasil daripada polietilena iaitu produk hasil
daripada petroleum yang mana lebih kurang 60-100 juta tong petroleum digunakan
setiap tahun untuk menghasilkan beg plastik di seluruh dunia (Bukhari, 2017).
Daripada jumlah tersebut, dapat disimpulkan bahawa beg plastik sangat banyak
dihasilkan pada setiap tahun. Justeru, wajarlah sekiranya beg plastik dan polisterin
menjadi pilihan para peniaga untuk digunakan sebagai pembungkus makanan dan
sebagainya. Menurut Bukhari (2017), kajian mendapati sebanyak 500 juta ke 5 trilion
beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun di seluruh dunia dan hanya 1%
daripada itu sahaja yang dikitar semula. Oleh disebabkan itu, tapak pelupusan
sampah semakin hari tidak mampu untuk menampung jumlah sisa bahan buangan
dan memerlukan pembukaan tapak pelupusan yang baharu. Menurut Bukhari (2017)
lagi, lebih daripada 500 bilion beg plastik digunakan di seluruh dunia untuk setiap
tahun dan lebih daripada 1 juta digunakan untuk setiap minit. Kebanjiran sisa plastik
yang dibuang setiap tahun cukup untuk mengelilingi dunia sebanyak 4 kali.
2.4 Kesan Buruk Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin
Menurut Bukhari (2017), beg plastik adalah merupakan ancaman yang terbesar
kepada alam sekitar. Hal ini kerana, plastik mengambil masa selama 100-500 tahun
untuk diuraikan secara semulajadi. Dianggarkan sebanyak 24% daripada 19,000 tan
sisa pepejal di Malaysia adalah berpunca daripada beg plastik (Bukhari, 2017).
Statistik juga menunjukkan lebih daripada 100,000 penyu dan haiwan laut mati
akibat beg plastik. Menurut Zurina dan Choy (2016), bungkusan polisterin yang
dibuang akan berterbangan dan mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang
lain sekiranya berlaku tiupan angin yang kencang. Hal ini kerana, polisterin bersifat
ringan dan mudah terapung.
Oleh itu, ia mengakibatkan pencemaran alam sekitar berlaku kerana sisa-sisa
polisterin yang boleh berterbangan ke mana sahaja dan menyebabkan sesuatu
kawasan menjadi tercemar dan akhirnya turut menjejaskan kelestarian alam sekitar.
Berdasarkan Zurina dan Choy (2016), penggunaan bekas pembungkusan makanan
polisterina secara tidak terkawal dan pembuangannya di merata tempat juga
memudahkan air hujan bertakung, seterusnya menjadi sarang pembiakan nyamuk
aedes. Kesan sterina yang terdapat pada bahan sterina di dalam polisterin juga boleh
menyerap masuk ke dalam makanan dan minuman seterusnya ke dalam badan
manusia (Zurina dan Choy, 2016).
2.5 Isu Pembendungan Penggunaan Plastik
Setiap negeri mempunyai hari “tanpa beg plastik”. Di Johor, hari “tanpa beg plastik
diadakan setiap hari Sabtu yang mana penggunaan beg plastik pada hari tersebut
perlulah dikenakan cas sebanyak RM 0.20. Walaubagaimanapun, cas tersebut hanya
dikenakan oleh pengusaha pasaraya yang besar sahaja. Manakala di kedai-kedai kecil
tidak dikenakan sebarang cas. Disebabkan itu, masih ramai yang berani
menggunakan beg plastik dan bekas polisterin dalam aktiviti jual beli masing-masing
kerana usaha tersebut tidak memberi impak yang mendalam terhadap mereka. Jadual
2.1 menunjukkan tindakan yang diambil oleh setiap negara dalam usaha
mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan penduduk.
Jadual 2.1: Senarai Negara dan Tindakan yang Dikenakan Terhadap Penggunaan
Beg Plastik.
Negara Tindakan
Australia Pertimbangkan untuk pengharaman.
China Mengharamkan plastik nipis pada tahun 2008.
India Melarang penggunaan beg plastik nipis daripada 20 mikron di kota-kota Bombay
dan Delhi,
bersama-sama dengan seluruh negeri Maharashtra dan Kerala
Himachal Pradesh, undang-undang baru menyatakan bahawa sesiapa yang
didapati menggunakan beg polisterin
boleh menghadapi penjara atau denda sengit.
Japan 12 pengendali utama kedai serbaneka telah menubuhkan rancangan lima tahun
untuk mengurangkan
penggunaan beg plastik.
Taiwan EPA diharamkan dan kemudian larangan ditarik balik.
Sumber: (Gooi Bee Sung, 2010)
2.6 Masalah Plastik
Malaysia menjana sebanyak 18,000 tan metrik sampah setiap hari (Bee Sung, 2010).
Di Johor, kerajaan sangat komited untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan
polisterin ini disebabkan oleh pelbagai masalah yang timbul seperti pencemaran dan
ancaman serangga seperti nyamuk dan juga banjir. Selain itu, pertambahan buangan
sisa plastik juga menyebabkan kerajaan terpaksa mencari tapak sanitari yang baru
kerana tapak yang sedia ada tidak cukup untuk menampung sisa buangan harian di
Johor. Jadual 2.2 menunjukkan pecahan kategori sisa mengikut Rancangan Malaysia
ke-9.
Jadual 2.2: Peratus Sisa Buangan di Malaysia
Kategori Peratus
Sisa makanan 45%
Sisa plastik 24%
Sisa kertas 7%
Besi dan Gelas 6%
Lain-lain 18%
Sumber: (Gooi Bee Sung, 2010)
Menurut Unit Perancangan Ekonomi (2006), sisa plastik menjadi
penyumbang kedua terbanyak kepada sisa buangan di Malaysia selepas sisa
makanan. Walaubagaimanapun, sisa makanan mampu terurai dalam masa yang cepat
berbanding sisa plastik yang mengambil masa selama beratus-ratus tahun untuk
diuraikan. Kebanjiran sisa plastik yang tidak mampu diurus akan menjejaskan
ekosistem negara. Menurut Sohif, M.,Kamaruzzaman, S.,Mazlin et.al. (2009),
pengurusan sisa merupakan salah satu elemen yang penting dalam keseimbangan
ekosistem dan sistem manusia. Hubungan antara kesejahteraan manusia dan skala
aktiviti manusia akan memberi impak kepada keutuhan sistem-sistem yang ada.
Rajah 2.1 menunjukkan hubungan antara ekosistem dan sistem manusia.
Rajah 2.1 Hubungan sistem manusia dengan ekosistem (Sumber: Sohif et.al.,
2009)
Dapat dilihat daripada rajah di atas bahawa ekosistem dapat dijaga dengan
baik sekiranya pengurusan sisa harian masyarakat dapat diuruskan dengan baik.
2.7 Penggunaan polisterin di Malaysia
Menurut Barnes (2011), Expanded Polystyrene (EPS) berasaskan polistirena plastik
petroleum, mempunyai kesan alam sekitar yang besar dengan kadar kemerosotan
yang lebih 500 tahun, dan merupakan karsinogen yang mungkin boleh menyebabkan
kanser pada manusia. Namun, EPS adalah bahan yang paling biasa digunakan untuk
menghasilkan bekas makanan dan ia juga merupakan barang kegunaan tunggal yang
digunakan dalam masa yang sekejap sahaja. Dengan peningkatan kos yang semakin
meningkat terhadap pelupusan EPS dan juga tapak pelupusannya menyebabkan
pengharaman bekas makanan EPS ini menjadi semakin popular di negara-negara
seluruh dunia. Undang-undang yang sama telah diperkenalkan oleh Amerika
Syarikat. Namun begitu, di Malaysia penggunaan polisterin amat popular dan masih
lagi digunakan secara meluas oleh peniaga untuk mengisi makanan. Hal ini kerana,
kosnya yang murah dan mampu memberikan keuntungan yang lebih banyak kepada
mereka.
2.8 Pembungkus Makanan Mesra Alam
Produk mesra alam seperti bekas makanan mesra alam (BMA) merupakan produk
dimana keseluruhannya memberi kesan terhadap prestasi alam sekitar menurut
D’Souza et al. (2006) (dalam Zurina dan Choy, 2016). Antara produk mesra alam
adalah tupperware, paper brown bag, woven bag dan lain-lain. Negeri Johor juga
seharusnya mengikut jejak langkah negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan
Eropah yang telah melaksanakan penggunaan produk mesra alam kerana
penduduknya lebih selesa dan yakin untuk mengaplikasikan penggunaan produk
mesra alam dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, permintaan daripada
pengguna terhadap produk tersebut sentiasa ada. Bekas mesra alam (BMA)
seharusnya merangkumi persekitaran mesra, ozon mesra, organik, racun perosak
percuma yang bebas, mudah terurai dan kitar semula (SIRIM, 2017).
Menurut Zurina dan Choy (2016), produk mesra alam telah diiktiraf dan
mendapat perlabelan daripada International Organization for Standadization (ISO).
Di Malaysia, produk mesra alam diterima pakai oleh Jabatan Standard Malaysia
(Standard Malaysia). Antara produk mesra alam yang telah disahkan oleh Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah degradasi alam,
pembungkusan plastik bukan bahan toksik, peralatan elektrik bebas metal berbahaya,
agen pencuci mesra alam dan kertas kitar semula (Zurina dan Choy, 2016). Bekas
makanan mesra alam (BMA) bersifat mudah dilupuskan secara biodergradasi yang
mana dapat mengurangkan timbunan sampah dan sisa pepejal yang semakin hari
semakin meningkat. Produk pembungkusan mesra alam adalah berfungsi untuk
melindungi, memasarkan dan memberikan keselamatan kepada pengguna dan alam
sekitar (Zurina dan Choy, 2016). Jadual 2.4 menunjukkan perbezaan di antara
polisterin dan bekas makanan mesra alam (BMA).