Visi, Misi, Objektif

14
BAB 2 Penyataan Visi dan Misi Visi Visi merupakan satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah organisasi, sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai. Visi menjelaskan tentang arah tuju dan matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh sesebuah syarikat dan selalunya dibentuk dalam satu baris ayat sahaja (Haim Hilman Abdullah, 2005). Beliau turut menyatakan visi terbahagi kepada dua kategori iaitu umum dan spesifik dimana visi umum lebih merujuk kepada visi syarikat yang terlibat dalam banyak jenis perniagaan manakala visi spesifik merujuk kepada visi syarikat yang terlibat dalam satu jenis perniagaan sahaja. Selain itu, visi juga merupakan panduan yang penting dalam menyediakan arah kepada organisasi dimana organisasi tersebut perlu mengenal pasti kualiti dalaman yang mereka ada untuk keperluan organisasi (Mohd Khairuddin Hashim, 2005). Ciri- ciri visi yang baik adalah yang pertama adalah ringkas, padat, tepat, realistik, menarik dan tidak melebihi 20 patah perkataan. Ciri yang kedua ialah menjawab persoalan apa, untuk

description

visi,misi,objk

Transcript of Visi, Misi, Objektif

Page 1: Visi, Misi, Objektif

BAB 2

Penyataan Visi dan Misi

Visi

Visi merupakan satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah

organisasi, sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai. Visi menjelaskan tentang arah tuju dan

matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh sesebuah syarikat dan selalunya dibentuk

dalam satu baris ayat sahaja (Haim Hilman Abdullah, 2005). Beliau turut menyatakan visi

terbahagi kepada dua kategori iaitu umum dan spesifik dimana visi umum lebih merujuk

kepada visi syarikat yang terlibat dalam banyak jenis perniagaan manakala visi spesifik

merujuk kepada visi syarikat yang terlibat dalam satu jenis perniagaan sahaja.

Selain itu, visi juga merupakan panduan yang penting dalam menyediakan arah

kepada organisasi dimana organisasi tersebut perlu mengenal pasti kualiti dalaman yang

mereka ada untuk keperluan organisasi (Mohd Khairuddin Hashim, 2005). Ciri- ciri visi yang

baik adalah yang pertama adalah ringkas, padat, tepat, realistik, menarik dan tidak melebihi

20 patah perkataan. Ciri yang kedua ialah menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila. Ciri

yang seterusnya ialah difahami dan menjadi sebutan semua warga sekolah (dibudayakan).

Visi sekolah ini ialah menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai

sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang

tahun 2020.

Misi

Misi merupakan perantara yang digunakan oleh syarikat untuk menerangkan jenis

perniagaan, prinsip, kepercayaan, falsafah dan tujuan kewujudannya. Menurut Haim Hilman

Abdullah (2005) misi menjelaskan tentang apakah jenis perniagaan syarikat tersebut dan

Page 2: Visi, Misi, Objektif

fokus pembentukannya lebih berorientasikan kepada persekitaran luaran. Manakala definisi

misi sekolah atau institusi adalah sebab bagi kewujudan sesuatu sekolah dan pertimbangan

primer semasa menggubal objektif, dasar dan strategi sekolah atau institusi pendidikan serta

suatu matlamat jangka masa yang panjang (Zainal Abidin Mohamed, 1999). Menurut beliau

lagi dalam kandungan misi perlu ada jenis khidmat seperti khidmat sekolah adalah memberi

pengajaran pembelajaran kepada pelajar, seterusnya pelanggan iaitu pelajar, ibubapa dan

sebagainya serta imej dimana imej adalah melambangkan kedudukan sekolah tersebut seperti

berdisplin, kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum dan sebagainya.

Ciri- ciri misi yang baik adalah misi dinyatakan dalam bentuk point form, jawab

kepada soalan bagaimana, biasanya tidak melebihi 25 patah perkataan, mesti dibudayakan

dan dikongsi bersama serta boleh direalisasikan secara komited oleh semua pihak termasuk

pihak atasan. Misi yang jelas juga memberikan faedah kepada organisasi, antaranya adalah

memudahkan semua lapisan pekerja memahami matlamat utama syarikat, memaklumkan

kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung

terhadap arah tuju syarikat, proses pengagihan sumber ke unit- unit perniagaan dan bahagian-

bahagian dapat dilaksanakan dengan lebih terancang serta melicinkan proses membentuk

objektif, strategi dan polisi (Haim Hilman Abdullah, 2005).

Misi bagi sekolah ini adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang komited untuk

merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta

mempunyai kecemerlangan akademik, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan

patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) terkini.

Page 3: Visi, Misi, Objektif

ULASAN

Visi Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra ialah ‘menjadikan Sekolah

Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang

terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020’ adalah terlalu panjang, ciri- ciri visi

yang baik perlu jelas, ringkas serta padat agar ianya mudah diingati oleh warga sekolah

tersebut. Oleh yang demikian, visi yang disarankan oleh pihak kami ialah ‘menjadikan

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf

dunia menjelang tahun 2020’

‘Misi bagi sekolah ini adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang komited untuk

merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta

mempunyai kecemerlangan akademik, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan

patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) terkini’. Misi terlalu panjang dimana ia melebihi 25 patah perkataan dan misi

seharusnya jelas dan padat supaya warga sekolah dapat memahami dan menghayati misi

tersebut. Pada saranan kami misi yang sesuai bagi SMSTSP ialah “Sebuah sekolah berasrama

penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti, kecemerlangan akademik,

kehebatan kokurikulum dan berkemahiran teknologi terkini”

Page 4: Visi, Misi, Objektif

BAB 3

Objektif

Objektif diwujudkan untuk tujuan merealisasikan visi dan misi syarikat serta

merupakan matlamat khusus dan pencapaian yang boleh dinilai dengan terperinci berasaskan

kepada tempoh masa yang telah ditetapkan (Haim Hilman Abdullah, 2005). Beliau

menjelaskan lagi objektif boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu objektif jangka

panjang (lebih dari tiga tahun), sederhana (satu tahun hingga tiga tahun) dan pendek (kurang

dari satu tahun).

Manakala, menurut Mohd Khairuddin Hashim (2005) mendefinisikan objektif

organisasi adalah panduan yang standard bagi organisasi tersebut mencapai sesuatu

pencapaian seperti keuntungan, pertumbuhan, khidmat pelanggan dan tanggungjawab sosial.

Selain itu, objektif yang baik mempunyai ciri- ciri seperti specific, measurable, achievable,

realistic dan timely (SMART) dalam pernyataanya iaitu boleh dinilai pencapaiannya dengan

tepat.

Objektif Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) adalah:-

1. Memastikan semua pelajar yang berada di sekolah ini mendapat kemudahan

pendidikan dengan teratur dan sempurna.

2. Memastikan semua pelajar mendapat pendidikan dalam bidang profesional mengikut

keperluan negara.

3. Setiap pelajar didedahkan dengan aspek kepimpinan dan kemasyarakatan.

Page 5: Visi, Misi, Objektif

4. Semua pelajar dapat membentuk akhlak dan nilai-nilai hidup yang sesuai dengan

kehendak masyarakat malaysia bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu,

beriman dan beramal.

5. Semua staf pengurusan, tenaga pengajar dan staf sokongan mempunyai kesedaran

supaya dapat berusaha ke arah penghayatan dan pencapaian matlamat sekolah

berasrama penuh.

6. Menyediakan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan

iklim persekolahan yang baik supaya matlamat kecemerlangan dapat dicapai.

7. Menjadikan sekolah berasrama penuh sebagai institusi pendidikan yang unggul dan

boleh dibanggakan bagi memungkinkan pelajar-pelajar mencapai tahap

kecemerlangan dalam segala bidang.

Objektif kurikulum Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP):-

1. Memastikan kandungan kurikulum yang ditetapkan disampaikan kepada pelajar

dengan berkesan. Majlis kurikulum sekolah ditubuhkan untuk mengurus kurikulum di

peringkat sekolah.

2. Memastikan faktor terpenting iaitu pdp berjalan dengan baik, berkesan dan mencapai

standard kualiti sekolah dan matlamat falsafah pendidikan negara.

3. Hala tuju yang jelas, segala tenaga yang ada dalam organisasi dapat disenergikan

untuk mencapai misi dan objektif organisasi. Keberkesanan bergantung kepada

perancangan yang kukuh dan mantap serta pelaksanaan dan komitmen yang

bersungguh-sungguh diikuti dengan proses pemantauan yang sistematik supaya kualiti

proses pdp dalam kelas dapat ditingkatkan .

Page 6: Visi, Misi, Objektif

4. Majlis ini menyelaraskan kerja dan tugas supaya sumber dan kepakaran yang ada

dipergunakan sepenuhnya untuk kemajuan organisasi. Segala data, maklumat dan

input akan dijadikan aset untuk penambahbaikan bagi menjamin proses pendidikan

yang berkualiti.

5. Memastikan penilaian terhadap proses pdp dapat dijalankan dengan baik, bersistem

dan sempurna melalui pemeriksaan bagi mendapat malum balas kepada sekolah untuk

merancang program-program penambahbaikan

Objektif kokurikulum Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP):-

1. Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman,

kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari.

2. Bagi mempertngkatkan lagi keupayaan dan pengikhtirafan diri ke arah kecemerlangan

kokurikulum smstsp.

3. Menanam kesedaran positif terhadap sukan dikalangan pelajar-pelajar di mana sukan

dianggap sebagai keperluan jasmani dan rekreasi.

4. Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkan diri dalam kegiatan

masyarakat.

5. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan intergrasi di kalangan pelajar melalui

kegiatan-kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara.

6. Membantu dan mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 7: Visi, Misi, Objektif

7. Untuk membolehkan lebih ramai lagi bilangan pelajar yang akan mewakili pasukan

negeri dan negara di dalam aktiviti kokurikulum.

8. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap

positif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

9. Menjadikan pelajar-pelajar individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam

sebarang tugas.

10. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar

dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul.

11. Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan

alumni, ibu bapa dan masyarakat setempat.

12. Memupuk perasaan cinta kepada alam sekitar dan menggalakkan nilai-nilai etika yang

sihat menuju ke arah hidup yang bertamadun dan berkebudayaan.

Objektif Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP):-

1. Meningkatkan disiplin pelajar.

2. Memperkasakan jati diri pelajar.

3. Menjalin kerjasama dengan agensi luar.

4. Melaksanakan latihan kepimpinan dan motivasi.

5. Melaksanakan latihan kepimpinan bertaraf global.

6. Mengadakan kerjasama dengan jkkk bagi kampung yang dipilih untuk mengadakan

program khidmat masyarakat dan kesukarelawan.

7. Memantapkan sistem pengurusan skim pinjaman buku teks (spbt).

Page 8: Visi, Misi, Objektif

8. Memantapkan dan meningkatkan kecekapan pengurusan biasiswa, insuran takaful dan

kebajikan pelajar.

9. Mewujudkan kelas yang kondusif dari segi keceriaan, kebersihan dan keselamatan

pelajar.

10. Memantapkan pengurusan kesihatan pelajar.

11. Meningkatkan kesedaran pelajar tentang konsep sekolah selamat dan latihan

kebakaran.

ULASAN

Bagi objektif Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang mana merangkumi

objektif pengurusan sekolah, objektif kurikulum, objektif kokurikulum dan objektif Hal

Ehwal Murid (HEM) adalah baik. Hal ini kerana jika objektif itu mempunyai satu daripada

lima ciri- ciri SMART, maka adalah mencukupi untuk ia dikategorikan sebagai objektif

berciri baik. Walaubagaimanapun jika lebih banyak ciri- ciri tersebut wujud dalam setiap

objektif adalah lebih baik. Ciri- ciri objektif yang baik ialah mempunyai ciri- ciri SMART

iaitu boleh dinilai pencapaiannya dengan tepat. Objektif- objektif SMSTSP mempunyai

beberapa ciri SMART iaitu khusus (specific), boleh dicapai (achievable), dan praktikal

(realistic). Namun, objektif ini kekurangan ciri yang lain iaitu boleh diukur (measurable) dan

berjangka masa (timely).

Page 9: Visi, Misi, Objektif

Rujukan

Ayob Jantan (2004). Pengetua sekolah yang efektif. Pahang: PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Haim Hilman Abdullah (2006). Pengurusan strategik: konsep dan kes; edisi kedua.

Universiti Utara Malaysia: McGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Haim Hilman Abdullah (2005). Pengurusan strategik. Universiti Utara Malaysia: McGraw-

Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004). Pembangunan organisasi di Malaysia: Projek

pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Khairuddin Hashim (2005). Strategic management. Malaysia: Thomson Asia Pte. Ltd.

Shahril, Rahimah dan Hussein Ahmad (2010). Kepimpinan pengetua: menjana modal insan

di sekolah berkesan. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sonia Blandford (2004). Mengurus sumber di sekolah. Kuala Lumpur: Pearson Education

Ltd.

Zainal Abidin Mohamed (1999). Pengurusan strategik di sektor pendidikan. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.