ifolio.ukm.my · Web viewKita memilih tempat sekitar di bilik aktiviti FST kerana kita mendapati...
Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewKita memilih tempat sekitar di bilik aktiviti FST kerana kita mendapati...
Laporan berkumpulan HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Set 28
Nama kumpulan : Unknown 3.0
Ahli kumpulan : TAI YEOU RUEN A145944
LIM WEI LOON A145935
OO YONG JIA A145971
TING CHEE KANG A145949
ALAN KONG YONG HIAN A145929
Nama aktiviti : Guna semula
Lokasi yang dipilih: tempat sekitar di bilik aktiviti
FST
Justifikasi pemilihan lokasi & foto kawasan:
Kita memilih tempat sekitar di bilik aktiviti FST kerana kita mendapati terdapat banyak bahan-bahan yang dapat diguna semula dibuang dan diletak berselerak di kawasan tersebut.Berikut merupakan foto-foto yang menunjukkan situasi tersebut:
Kepentingan aktiviti guna semula atas demi kepentingan kesejahteraan alam sekitar :
- Mengelakkan daripada pembaziran sumber-sumber yang semakin berkurangan ini
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan longgokkan sampah
- Pengeksploitasian sumber-sumber yang baru dapat dielakkan dan tempat tinggal haiwan-haiwan dapat dikekalkan
- Menjaga keindahan alam sekitar dengan mengurangkan bilangan sampah dengan menjadi sampah sebagai bahan yang berguna dan boleh diguna semula
kepentingan isu pemuliharaan alam sekitar yang berkaitan dengan guna semula dengan merujuk kepada bahan buangan di atas
Bahan buangan yang diguna oleh kita adalah surat khabar lama, plastik bag lama, tin-tin kosong, dan tali-tali
Bahan-bahan buangan yang kita guna adalah dicari dan dikutip dari longgokkan sampah dan di sekitar tempat awam yang biasai dilalui oleh mahasiswa-mahasiswa
Longgokkan sampah dapat dikurangkan dengan sebahagian sampah telah diguna semula menjadi bahan atau barang yang boleh diguna semula
Surat khabar dan tali dijadikan beg kitar semula dapat mengurangkan penggunaan beg plastic yang membawa kesan buruk terhada alam sekitar
Surat khabar dan tin-tin minuman yang sering dibuang oleh mahasiswa-mahasiwa di longgokkan sampah dijadikan bekas meletakkan alatan tulis atau gunting supaya alatan tulis atau gunting yang tajam tidak diletak terselerak di mana-mana sahaja
Dengan ini, bukan sahaja sampah dapat dikurangkan dengan guna semula barang yang dibuang, bahkan juga dapat menjaga kekemasan dan keindahan tempat dengan menggunakan barang guna semula sebagai hiasan
Menjelaskan mengenai kecekapan kos berhubung cadangan guna semula terhadap bahan buangan di atas
Kos membeli belah dapat dijimatkan dengan menggunakan beg kitar semula yang dibuat daripada bahan buangan terutamanya apabila kebanyakan pusat membeli belah mengenakan 20sen bagi membeli beg plastik pada hujung minggu
Bekas-bekas yang dibuat oleh bahan buangan boleh menggantikan bekas yang dijual pada pasaran kini supaya alatan yang tajam dapat disimpan dengan lebih kemas dan selamat
Bekas-bekas juga boleh dijadikan sebagai suatu hiasan dengan meletakkan di meja atau di dinding dengan menggunakan tin-tin yang berbagai warna.Dengan ini, kita tidak perlu membazirkan wang bagi membeli barangan hiasan yang agak mahal.