Video 1

13
MASALAH MEMBACA MEKANIS DI KALANGAN MURID TAHUN 1 AKTIVITI 3 PELAPORAN 1. REFLEKSI PdP YANG LALU Satu kajian tentang pencapaian bacaan di peringkat awal perlu dijalankan memandangkan masih ramai murid sekolah rendah perantaraan Bahasa Malaysia gagal dalam kertas pemahaman Bahasa Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Olehitu,tujuan kajin ini ialah untuk mengukur pencapaian murid-murid Tahun Satu dalam penguasaan bacaan mekanis dan hubungannya dengan minat membaca. Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca dengan baik di peringkat sekolah rendah perlu dilihat dengan serius, dikaji dan dicari jalan untuk mengatasinya. Masalah tidak boleh dan tidak cekap membaca boleh memberikan kesan buruk kepada murid dari segi akademik dan psikologi. Dari segi akademik, mereka akan ketinggalan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pembelajaran mereka dalam mata-mata pelajaran yang lain juga akan turut terjejas kerana tidak dapat memahami bahan yang dibaca dan seterusnya akan menyebabkan pencapaian mereka rendah. Dari segi psikologi pula, kegagalan itu akan membuatkan mereka berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca. Berdasarkan hujah-hujah di atas, satu kajian tentang pencapaian bacaan mekanis di kalangan murid Tahun 1 perlu dijalankan. 1

description

video

Transcript of Video 1

MASALAH MEMBACA MEKANIS DI KALANGAN MURID TAHUN 1

MASALAH MEMBACA MEKANIS DI KALANGAN MURID TAHUN 1AKTIVITI 3

PELAPORAN

1.REFLEKSI PdP YANG LALU

Satu kajian tentang pencapaian bacaan di peringkat awal perlu dijalankan memandangkan masih ramai murid sekolah rendah perantaraan Bahasa Malaysia gagal dalam kertas pemahaman Bahasa Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Olehitu,tujuan kajin ini ialah untuk mengukur pencapaian murid-murid Tahun Satu dalam penguasaan bacaan mekanis dan hubungannya dengan minat membaca. Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca dengan baik di peringkat sekolah rendah perlu dilihat dengan serius, dikaji dan dicari jalan untuk mengatasinya. Masalah tidak boleh dan tidak cekap membaca boleh memberikan kesan buruk kepada murid dari segi akademik dan psikologi. Dari segi akademik, mereka akan ketinggalan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pembelajaran mereka dalam mata-mata pelajaran yang lain juga akan turut terjejas kerana tidak dapat memahami bahan yang dibaca dan seterusnya akan menyebabkan pencapaian mereka rendah. Dari segi psikologi pula, kegagalan itu akan membuatkan mereka berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca. Berdasarkan hujah-hujah di atas, satu kajian tentang pencapaian bacaan mekanis di kalangan murid Tahun 1 perlu dijalankan.

Pengesanan awal tentang penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid sekolah rendah berdasarkan pencapaian mereka dalam bacaan adalah sangat penting bagi membantu, memulih dan mencegah kelemahan mereka dalam bacaan. Justeru itu, kajian ini akan dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan murid dalam kemahiran membaca di peringkat awal lagi selaras dengan matlamat KBSR, iaitu murid yang lemah dibantu untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan sementara yang cerdas dan maju diperkaya lagi dengan kemahiran - kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lain. Kebolehan membaca di peringkat awal ini juga merupakan detik

permulaan 'Pendidikan Seumur Hidup'.

Pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama lebih 10 tahun dijadikan sebagai penanda aras kepada kajian ini. Kejayaan sesebuah sekolah diukur dengan pencapaian keputusan cemerlang dalampeperiksaan. Justeru itu usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan tidak pernah jemu dilaksananakan oleh pihak sekolah. Jatuh bangun kejayaan murid setiap tahun banyakdipengaruhi oleh keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran asas 3M (Membaca,Menulis dan Mengira). Namun dalam kesungguhan pihak sekolah berusaha masih terdapat murid-murid yang gagal menguasai 3M.Pelbagai usaha pemulihan dalam kelas telah pun dijalankan. Namun usaha ini tidakmenghasilkan kejayaan yang menggalakkan. Hasil pemerhatian yang dijalankan didapati murid-murid dari kelompok pemulihan ini mempunyai sikap dan tindak tanduk yangberbeza jika dibanding dengan murid lain.

Secara keseluruhannya, para pelajar bagi kelas Tahun Satu ini agak lemah dalam menguasai isi pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Salah satu puncanya ialah mereka kekurangan motivasi untuk belajar dan juga sokongan daripada guru. Hanya sebahagian kecil pelajar sahaja yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju dalam mata pelajaran yang diajarkan.

Sepanjang guru mengajar topik yang melibatkan aktiviti membaca, murid-murid tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tambahan pula, mereka kurang mengetahui makna sesuatu perkataan dan memerlukan penjelasan daripada guru. Selain itu, keputusan pelajar dalam ujian juga agak tidak memuaskan guru.

2.OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian murid murid Tahap I, khususnya murid-murid Tahun Satu dalam penguasaan kemahiran bacaan mekanis dari segi beberapa pembolehubah bebas.

Objektif khusus kajian ini ialah untuk: (1) mengukur minat membaca di kalangan murid Tahun Satu; (2) menerangkan hubungan antara minat membaca di kalangan murid Tahun Satu dengan beberapa pembolehubah klasifikasi, iaitu umur, jantina dan status sosioekonomi;

(3) mengukur pencapaian murid - murid Tahun Satu dalam penguasaan kemahiran bacaan mekanis bahagian penyebutan dan pemahaman; (4) menerangkan hubungan antara minat membaca dengan pencapaian murid-murid Tahun Satu dalam kemahiran bacaan mekanis bahagian penyebutan dan pemahaman; (5) menerangkan pencapaian murid - murid Tahun Satu dalam kemahiran bacaan mekanis bahagian penyebutan dan pemahaman berdasarkan beberapa pembolehubah k1asifikasi;

3.KUMPULAN SASARANPelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 20 orang murid Tahun Satu di Sekolah RendahKebangsaan Sebobok, Bau, Kuching.4.PELAKSANAAN INOVASI PdP

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut : (1) Sejauh manakah minat membaca ada pada murid-murid Tahun Satu?

(2) Bagaimanakah minat membaca di kalangan murid Tahun Satu berbeza mengikut beberapa pembolehubah klasifikasi, iaitu umur, jantina dan status sosioekonomi?

(3) Sejauh manakah murid-murid Tahun Satu dapat menguasai kemahiran bacaan mekanis bahagian penyebutan dan pemahaman setelah dua tahun mengikuti program bacaan di tadika dan pra sekolah?

(4) Sejauh manakah minat membaca mempengaruhi pencapaian murid-murid Tahun Satu dalam menguasai kemahiran bacaan mekanis bahagian penyebutan dan pemahaman?

(5) Bagaimanakah penguasaan kemahiran bacaan mekanis bahagian penyebutan dan pemahaman di kalangan murid Tahun Satu berbeza mengikut beberapa pembolehubah klasifikasi?

(6) Apakah kesalahan bacaan mekanis bahagian penyebutan yang dilakukan oleh murid?

(7) Apakah kelemahan murid dalam bacaan mekanis bahagian pemahaman?

(8) Apakah tahap bacaan murid?

Empat kaedah digunakan untuk mengumpulkan data, iaitu bahan ujian, soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Bahan ujian yang digunakan untuk mendapatkan skor pencapaian bacaan mekanis berupa petikan bacaan dan soalan-soalan pemahaman serta ejaan. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profil murid, kegiatan dan minat membaca.Pemerhatian dilakukan untuk mencatatkan tingkah laku murid semasa membaca. Teknik temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjutan berkaitan dengan murid pencapaian tinggi dan rendah. Untuk menentukan pencapaian bacaan mekanis, pengkaji menggunakan dua kriteria, iaitu penyebutan dan pemahaman. Empat pembolehubah bebas digunakan, iaitu umur, jantina, status sosioekonomi dan minat membaca. 5.LAPORAN PELAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN

Keputusan kajian menunjukkan minat membaca mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian bacaan mekanis.Kebanyakan murid tergolong dalam peringkat minat sederhana.Murid daripada kumpulan status sosioekonomi lebih tinggi memperoleh skor minat membaca dan skor pencapaian bacaan mekanis yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang datang daripada kumpulan status sosioekonomi lebih rendah.Pencapaian murid dalam bahagian penyebutan lebih baik daripada bahagian pemahaman.Kebanyakan murid berada pada tahap bacaan pengajaran.Penemuan kajian ini mencadangkan guru-guru Bahasa Malaysia perlu memberikan perhatian yang wajar kepada minat membaca murid-murid mereka sekiranya pencapaian bacaan mekanis mahu ditingkatkan. Oleh itu, mereka seharusnya dapat mengenal pasti minat murid-murid. Maklumat ini berguna untuk memilih bahan bacaan yang diminati oleh murid. Di samping itu, mereka juga dapat mencadangkan bahan-bahan bacaan yang sesuai dan diminati oleh murid di perpustakaan sekolah. 5.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.

5.1.1 Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan sasaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, para pelajar kurang memberi perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Keadaan berubah setelah kajian dilaksanakan dalam kalangan pelajar, iaitu pelajar lebih berminat, lebih yakin dan berusaha membaca tugasan yang diberikan oleh guru.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian PosPengkaji juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada kumpulan sasaran pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kemahiran membaca. Secara tidak langsung, pengkaji dapat mengesan kelemahan kedua-dua kemahiran tersebut dalam kalangan murid. Item dalam ujian pra terdiri daripada ejaan beberapa perkataan mudah yang berkaitan dengan proses pemahaman teks bacaan. Selepas itu, pelajar diuji lagi dengan ujian pos dengan format soalan yang sama.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis pemerhatianBerdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:

a) Pelajar lebih memahami apa yaag dibaca dan dapat menulis dengan baik.

b) Suasana pembelajaran dalam kelas lebih bermakna.

5.2.2 Analisis Ujian PraSetelah dianalisis keputusannya, hampir kesemua pelajar gagal menguasai kemahiran mengeja perkataan mudah yang diberi dan membaca ayat tersebut.

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra

Jumlah perkataan yang dieja = 10 perkataan x 10 %

MARKAH (%)JUMLAH PELAJAR

103

203

306

408

500

60 dan keatas0

JUMLAH20

Dapatan daripada Ujian Pra di atas menunjukkan bahawa seramai 3 orang murid mendapat markah sebanyak 10%, 6 orang murid mendapat markah sebanyak 30% dan tiada orang murid mendapat markah sebanyak 60%.dan ke atas. Hasil ujian ini menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membantu murid-murid meningkatkan penguasaan membaca dan menulis mereka. Oleh itu, kaedah kad sukukata digunakan untuk mengatasi masalah ini.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Pengkaji melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:

a)Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar setelah selesai mengajar topik yang berkaitan dengan bacaan petikan mudah.

b) Pelajar-pelajar juga diberi latih tubi dalam membaca dan menulis karangan dengan menggunakan kaedah ejaan.

c) Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua pelajar telahmenguasai penggunaan kaedah kad sukukata.

d) Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos.

5.4 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan PenilaianKajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu. Setiap kali memasuki waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, pengkaji akan membimbing para pelajar untuk meningkatkan penguasaan bacaan dan menulis perkataan dengan menggunakan kaedah ejaan. Pelajar-pelajar telah menjalani Ujian Pra seminggu sebelum diperkenalkan dengan kaedah kad sukukata. Manakala Ujian Pos pula dijalankan dua minggu selepas itu. Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dijalankan, didapati pelajar lebih mudah untuk membaca dan menulis perkataan dengan menggunakan kaedah kad sukukata.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos

MARKAH (%)JUMLAH PELAJAR

100

200

302

404

508

60 dan keatas6

JUMLAH20

Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat dua orang pelajar yang mendapat markah sebanyak 30%, lapan orang murid mendapat markah 50% dan enam orang murid mendapat markah sebanyak 60%.

Dapatan ini juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pemahaman bacaan berdasarkan kaedah kad sukukata. Berikut merupakan perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

MARKAH (%)Bil Pelajar(Ujian Pra)Bil Pelajar(Ujian Pra)

1030

2030

3062

4084

5008

60 dan ke atas06

JUMLAH2020

5.5 Refleksi Kajian

Dapatan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah Kad sukukata dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pemahaman bacaan dan penulisan ejaan perkataan. Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan perbandingan keputusan yang telah dijalankan iaitu melalui Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar Tahun Satu.

Pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian telah dilaksanakan ini menunjukkan peningkatan yang baik dan memuaskan. Di samping itu, hasil dapatan kajian bukan sahaja menunjukkan bahawa kaedah atau cara ini telah membantu para pelajar meningkatkan kefahaman, tetapi juga membina keyakinan diri terhadap sesuatu yang telah dipelajari oleh pelajar serta menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan bersemangat. Tambahan pula, para pelajar juga memberi respons yang memuaskan kepada guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru.

Hasil kajian juga mendapati bahawa teknik sumbangsaran dalam Kaedah Kad Sukukata ini dapat membantu murid-murid memahami apa yang dibaca oleh mereka dan sekali gus dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Penambahan perbendaharaan kata amat penting terutama ketika melibatkan aktiviti penulisan terutamanya melibatkan penulisan karangan. Kaedah latih tubi yang melibatkan bacaan juga dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan ini sekali gus dapat membantu murid-murid dalam kelancaran ketika membaca. Murid-murid ini juga percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang amat menarik jika dikendalikan dengan betul.

5.6Cadangan

Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan menulis murid-murid Tahun Satu yang mempunyai masalah kemahiran membaca mekanis. Hal ini supaya kemahiran menulis dan membaca mereka selari dengan peningkatan umur mereka. Cadangan yang boleh dilakukan adalah antaranya iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid-murid dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bahasa dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah terutama untuk aktiviti membaca.

Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan oleh kelas-kelas yang lain untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan sekali gus dapat membantu murid-murid untuk membaca dengan baik. Semasa melaksanakan kelas ini, lembaran-lembaran kerja disediakan sebagai pengukuhan kepada murid-murid dalam aktiviti menulis (ejaan). Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan seperti buku-buku untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang pembacaan terutamanya menerusi aktiviti NILAM. ( Nadi Ilmu Amalan Membaca)PAGE 1