Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

download Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

of 7

Transcript of Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

  • 8/13/2019 Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

    1/7

    VET 3092: PENGURUSAN KESELAMATAN

    BENGKEL/MAKMAL

    TAJUK

    GROUP

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    PENSYARAH:

    TARIKH SERAH:

    TUGASAN 3

    PENYENGGARAAN MESIN

    DAN ALATAN

  • 8/13/2019 Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

    2/7

    PENYENGGARAAN MESIN DAN PERALATAN

    PENGENALAN

    Tanpa sistem pengurusan penyenggaraan, sesebuah organisasi mungkin tidak dapat

    memastikan jangka hayat yang optimum bagi sesebuah mesin yang diguna pakai di organisasi

    tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan sistem penyenggaraan adalah sangat penting.

    Perancangan yang teliti dan terperinci juga perlu diambil tahu bagi memastikan sistem

    penyenggaraan berjalan dengan lancar. Ini termasuklah kos yang akan ditanggung oleh

    organisasi dalam melakukan penyenggaraan. Walaubagaimanapun, ia dapat memanjangkan

    kitar hayat bagi sesebuah mesin disamping mengurangkan kos pembaikan dan pemulihan

    komponen mesin yang kerap dibaiki.

    DEFINASI PENYENGGARAAN

    Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat penyenggaraan bermaksud pengendalian atau

    pengurusan. kerja yang dilakukan untuk menjaga ataumemulihkan setiap kemudahan iaitu

    setiap bahagian tapak, bangunan dan kandungannya kepada satu standard yang diterima

    (Piawaian British BS 38112 1972).

    Penyenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memelihara, menjaga, mengendali danmengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan(sevices) bangunan dan

    persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utility dan nilai fasiliti

    kemudahan serta selamat digunakan.

    OBJEKTIF PENYENGGARAAN

    Mewujudkan mesin dan peralatan dalam keadaan baik untuk digunakan.

    Mengekalkan keefisiannya beroperasi.

    Meningkatkan output kerja dari mesin yang efisien.

    Mengelakkan kemalangan kepada pengguna jika mesin dan peralatan selamat

    dikendalikan.

    Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang

    ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan

  • 8/13/2019 Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

    3/7

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenaga dan

    sebagainya).

    Mengurangkan kos pembaikan di atas kerosakan yang tidak dijangka.

    Memanjangkan jangka hayat mesin dan peralatan.

    Mengurangkan gangguan dalam proses kerja.

    Penyenggaraan Mesin

    Jangan periksa atau baiki mesin yang sedang beroperasi.

    Letak papan tanda peringatan bahaya, sedang bekerja dilarang sentuh suis dsb. bila

    membuat penyenggaraan untuk mengelakkan dari mesin beroperasi secara tiba-tiba.

    (Banyak kejadian kemalangan berlaku disebabkan mesin beroperasi secara tiba-tiba). Mesin dan peralatan perlu dibina, ditempatkan dan digunakan supaya tidak

    menyebabkan risiko kepada kesihatan atau penyebab kemalangan.

    Mesin perlu mempunyai pelindung yang sedia ada di mesin dan tidak perlu diberi

    tambahan perlindungan.

    Semua panduan dan arahan penyelenggaraan dan keselamatan dalam mengendalikan

    mesin mesti sentiasa mudah didapati untuk rujukan.

    Mesin mestilah selamat, walaupun tumpuan operator mesin terleka seketika atau beliau

    membuat pergerakan refleks.

    Pelindung atau penutup yang boleh dibuka/dialih semasa mesin beroperasi mesti

    mempunyai suis keselamatan yang boleh mematikan mesin melalui pemutus bekalan.

    KLASIFIKASI PENYENGGARAAN

    i. Penyenggaraan Pencegahan

    - pencegahan yang terancang merangkumi kerja pembaikan atau tindakan

    pencegahan bagi mengelak kegagalan/kerosakan alatan yang dijangka atau

    yang boleh dielakkan. Penyenggaraan ini biasanya melibatkan satu unit alatan

    yang bebas. Penyenggaraan ini boleh menjimatkan kos pembaikan.

  • 8/13/2019 Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

    4/7

    ii. Penyenggaraan Rutin

    - Kerja rutin seperti meminyak bahagian mesin yang berkarat atau pembaikan

    harian untuk penggantian bahagian mesin yang haus atau rosak. Kerja rutin dan

    penggantian kerosakan ini melibatkan kos yang murah dan mudah diganti atau

    mengganti bahagian mesin yang reka bentuk yang baru.

    iii. Penyenggaraan Kecemasan

    - Tindakan segera yang tidak dirancang untuk membaiki kerosakan yang tidak

    diduga yang mungkin berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran seperti

    kebakaran atau banjir.

    - Baca, faham dan ikuti segala peraturan dan jadual dalam Manual

    Penyenggaraan (Maintenance Manual) yang dilengkapi pada mesin.

    - Dilakukan oleh orang yang berpengetahuan dan terlatih.

    - Sediakan alat ganti dan bahan yang sesuai dan mencukupi.

    - Rekodkan segala tindakan dalam Rekod Penyenggaraan Bengkel.

    - Sentiasa semak rekod ini dari semasa ke semasa.

    JENIS PENYENGGARAAN

    Penyenggaraan Mencegah Kerosakan(Preventive Maintenance):

    Kerja penyenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang

    ditetapkan berdasarkan polisi penyenggaraan, tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala.

    Penyenggaraan Membaiki Kerosakan(Breakdown Maintenance):

    Kerja penyenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau

    kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja

    penyenggaraan selepas berlaku kerosakan.

  • 8/13/2019 Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

    5/7

    JENIS OPERASI / AKTIVITI PENYENGGARAAN

    menyemak,

    memeriksa,

    mengemaskini, merekod,

    mengawasi,

    mengawal,

    menggris,

    membersih,

    melicin,

    melaraskan,

    menyedut,

    menyimpan,

    menyusun atur,

    mengemas,

    menyapu,

    mengecat,

    mengganti,

    mengetat,

    mencanai,

    menggerudi,

    membaiki,

    membuang,

    menyiram,

    membaja,

    merumput dan sebagainya.

    CONTOH AMALAN PENYENGGARAAN

    Kikir perlu dibersihkandaripada kerak besi dengan berus kikir selepas digunakan

    Kepala dan mata pahat perlu selalu dicanaiagar ia sentiasa tajam dan licin

  • 8/13/2019 Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

    6/7

    Gergaji perlu disapu dengan minyak bagi mengelakkan berkarat dan matanya dilaraskan

    bagi mengekalkan ketajamannya

    Tali sawat mesin larik perlu digantijika didapati haus

    Sampah perlu dibuangsetiap kali sesi amali berakhir

    Skru yang longgar pada mesin pelarik perlu diketatkan

    Memeriksa, menyemak dan mengemaskinirekod penyenggaraan peralatan yang kurang

    sempurna dan hilang

    mengesan dan mengawaldaftar pergerakan harta modal dan inventori

    Menyusun atursegala alatan kerja kayu dalam stor selepas sesi amali

    Lantai bengkel perlu disapudaripada sisa-sisa kayu dan logam sehingga bersih

    membaikikerosakan motor pada mesin gerudi

    Kerja merumput, membaja dan menyiram perlu dilaksanakan dengan berkala dan

    sistematik kepada tanaman sayuran.

    Dinding bengkel yang lama perlu dicatsemula bagi menambahkan keceriaan.

    Penutup

    Penyenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan supaya mesin dan peralatan sentiasa

    berupaya melaksanakan kerja. Penyenggaraan yang berterusan dapat mewujudkan mesin dan

    perlatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik, efisyen dan selamat digunakan.

  • 8/13/2019 Vet3092 Tugasan 3 Penyenggaraan Mesin Dan Peralatan

    7/7

    Rujukan

    Ibrahim Che Muda, N.Ramudaram, (1994), Teknologi Bengkel Mesin, Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Zulkifli bin Mohd Salleh et all. (2008). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor:

    Cerdik Publications.

    Kamus dewan edisi keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    http://khtukang.blogspot.com/2009/12/ciri-ciri-keselamatan.html. [2012,November 6]

    http://www.pkb.edu.my/elearning/E4008T5.pdf. [2012, November15]

    mohdpauzie.files.wordpress.com/.../unit-2- keselam. [2012, November 6]

    ir.fsksm.utm.my/290/1/arizan_abdullah.pdf. [2012, November 15]

    http://khtukang.blogspot.com/2009/12/ciri-ciri-keselamatan.html.%20%5b2012http://khtukang.blogspot.com/2009/12/ciri-ciri-keselamatan.html.%20%5b2012http://www.pkb.edu.my/elearning/E4008T5.pdf.%20%5b2012,%20November15%5dhttp://www.pkb.edu.my/elearning/E4008T5.pdf.%20%5b2012,%20November15%5dhttp://www.pkb.edu.my/elearning/E4008T5.pdf.%20%5b2012,%20November15%5dhttp://khtukang.blogspot.com/2009/12/ciri-ciri-keselamatan.html.%20%5b2012