UTPSZ 19:16 (Pind - fp.utm.my file“Khas buat Ayah, Henry Baru Sigar, yang sentiasa memberi...
Transcript of UTPSZ 19:16 (Pind - fp.utm.my file“Khas buat Ayah, Henry Baru Sigar, yang sentiasa memberi...
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK BERDASARKAN TEORI
BEBAN KOGNITIF BAGI MATA PELAJARAN ‘BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC’.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya MAGDALENE MURING BARU
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____ ___ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: P.O BOX 356, MAHYUDDIN ARSAT KPG. NATAD MUSU, Nama Penyelia JALAN MERAPOK, 98857 LAWAS, SARAWAK.
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Awam) ”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : MAHYUDDIN ARSAT
Tarikh : .............................................................
PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK BERDASARKAN TEORI BEBAN
KOGNITIF BAGI MATA PELAJARAN ‘BASIC OF ELECTRIC AND
ELECTRONIC’
MAGDALENE MURING BARU
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2009
“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ______
Nama Penulis : MAGDALENE MURING BARU
Tarikh : ............................................
“Khas buat Ayah, Henry Baru Sigar, yang sentiasa memberi dorongan serta sanggup
berkorban dalam memberi yang terbaik bagi anak-anaknya. Buat ibu atas kesabaran
yang sentiasa ditunjukkan. Tidak lupa juga buat Bu’ Gal dan Bu’ Ba yang telah
banyak berjasa dalam mendidik serta memelihara saya dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang insan”
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa
pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan dan menyempurnakan projek
sarjana muda ini.
Pertama-tama, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan
Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Universiti Tekologi
Malaysia kerana memberi pendedahan dan peluang untuk menjalankan penulisan
ilmiah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Encik
Mahyuddin Arsat di atas kesabaran beliau dalam membimbing, memberi nasihat
serta tunjuk ajar yang diberikan dalam sepanjang penyiapan projek ini.
Ucapan terima kasih juga buat pelajar yang sudi memberi kerjasama sebagai
sampel kajian serta masa yang diluangkan untuk menjayakan kajian ini.
Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat
serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.
ABSTRAK
Kajian penyelidikan ini bertujuan untuk membina sebuah modul akademik
berdasarkan Teori Beban Kognitif. Daripada kajian yang lepas, ingatan jangka masa
pendek adalah terhad di mana elemen yang boleh diproses hanya sedikit. Jika
bilangan elemen yang dimasukkan ke dalam ingatan jangka pendek bertambah maka
akan wujud beban kognitif yang mana akan menyukarkan proses ingatan semasa
proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Oleh yang demikian, modul yang
dibina perlu menepati syarat yang ditetapkan dalam Teori Beban Kognitif bagi
membangun modul akademik yang boleh digunakan untuk melancarkan dan
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Data kajian diambil daripada
keputusan ujian ‘pre-test’ dan ‘post-test’ yang dijalankan bagi menguji
keberkesanan modul. Seramai 24 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini sebagai
sampel kajian. Daripada analisis yang dijalankan didapati pelajar yang
menggunakan modul mempunyai peningkatan dari segi prestasi berbanding pelajar
yang tidak menggunakan modul. Didapati juga bahawa pelajar yang mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza dapat menggunakan modul yang dihasilkan
berdasarkan Teori Beban Kognitif dengan baik dan menunjukkan peningkatan
prestasi setelah menggunakannya.
ABSTRACT
This study is meant to build an academic module based on the Cognitive
Load Theory. Previous research showed that short term memory minimizes the
number of elements that can be perceived by an individual. If the number of element
that is needed to be perceived by this short term memory for a certain limited time is
more than the memory capability, it is believed that a cognitive load would be
generated during the teaching and learning process. This will also affect the learning
process which will be getting through by students. Thus, a suitable module that is
suggested as in Cognitive Load Theory is needed in order to design a suitable
module to be used in teaching and learning process. Data were obtained from the
pre-test and post-test that is done to test the module effectiveness. 24 students were
involved as the research sample for this study. The research study shows that student
using the module shows improvement in terms of their achievement in the pest-test.
Other that that, this study also shows that students with different achievement level
are able to manipulate the Cognitive Load Theory module and they performed
excellently within a short time.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii.
SENARAI SINGKATAN xiii.
SENARAI LAMPIRAN xiv.
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Pelajar 9
1.6.2 Pensyarah mata pelajaran 9
1.6.3 Fakulti Pendidikan Teknikal Kejuruteraan 10
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Operasi 10
1.8.1 Modul Akademik 11
1.8.2 Basic 11
1.8.3 Elektric 11
1.8.4 Electronics 11
1.8.5 Teori Beban Kognitif 11
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Beban Kognitif 14
2.3 Teori Beban Kognitif 15
2.4 Proses Ingatan 17
2.5 Jenis-jenis Ingatan 19
2.5.1 Ingatan Deria 19
2.5.2 Ingatan Jangka Pendek 20
2.5.3 Ingatan Jangka Panjang 20
2.6 Penyimpanan dalam Ingatan Jangka Panjang 22
2.7 Mengingat kembali dari Ingatan Jangka Panjang 23
2.8 Beban Kognitif dalam Ingatan Jangka Pendek 23
2.8.1 Beban Kognitif Dalaman 24
2.8.2 Beban Kognitif Luaran 24
2.9 Pembelajaran 25
2.9.1 Prinsip-prinsip Pembelajaran 26
2.10 Kepelbagaian Pelajar 27
2.11 Kesan-kesan Pengajaran 29
2.12 Penutup 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Prosedur Kajian 33
3.4 Tempat Kajian 36
3.5 Sampel Kajian 37
3.6 Instrumen Kajian 39
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 39
3.8 Analisis Data 40
3.9 Kesimpulan 41
BAB IV PENGHASILAN MODUL
4.1 Pengenalan 42
4.2 Kriteria Modul 42
4.3 Proses Rekabentuk 43
4.3.1 Peringkat Pertama: Menyediakan 44
Draf Modul
4.3.2 Peringkat Kedua: Mencuba dan 50
Menilai Modul
4.4 Penutup 51
BAB V ANALISIS KAJIAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Analisis Data bagi Aspek Keberkesanan Modul 53
5.3 Analisis Data bagi Aspek Kesesuaian Modul 55
5.4 Analisis Data bagi Aspek Kesahan Modul 56
5.5 Penutup 57
BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 58
6.2 Perbincangan Dapatan Kajian 59
6.3 Rumusan 61
6.4 Implikasi 62
6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63
6.6 Penutup 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN 69
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai Nama Pelajar yang Berpencapaian 37
Tinggi
3.2 Senarai Nama Pelajar yang Berpencapaian 37
Sederhana
3.3 Senarai Nama Pelajar yang Berpencapaian 38
Rendah
5.1 Keputusan ujian ‘Pre-test’ dan ‘post-test’ bagi 53
pelajar kumpulan A
5.2 Keputusan ujian ‘Pre-test’ dan ‘post-test’ bagi 54
pelajar kumpulan B
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Ingatan 18
2.2 Hubungan antara jumlah beban kognitif, 24
beban kognitif dalaman dan luaran
3.1 Reka bentuk kajian 35
3.2 Tatacara Kajian (Model pembinaan modul Sidek) 36
4.1 Rumus yang diwarnakan (highlight) 47
4.2 Langkah penyelesaian turut diberikan nombor 48
4.3 Gambar rajah sebagai media pembelajaran 49
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PENERANGAN
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
PTK - Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik Kesesuaian Modul
B Borang Soal Selidik Kesahan Modul
C Soalan ‘pre-test’ dan ‘post-test’
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan yang penting bagi membentuk generasi yang
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang. Pendidikan yang
hendak diterapkan kepada murid-murid sekolah haruslah dapat membentuk sahsiah,
mempunyai masa depan yang baik iaitu dapat digunakan di luar sekolah atau boleh
diterima di alam pekerjaan nanti dan boleh memenuhi keperluan negara dalam
menyahut cabaran-cabaran seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020 yang
berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju
terutamanya dalam bidang perindustrian. Bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020
tersebut, bidang pendidikan telah dipertanggungjawabkan lima peranan antaranya
ialah membekalkan murid dengan kemahiran asas bagi membolehkan mereka
mengendalikan kehidupan secara produktif dalam bidang teknologi, perdagangan
dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Pendidikan mengajar pelajar
bukan sahaja untuk menjadi pengguna teknologi tinggi tetapi juga tahu membuat
inovasi dan perubahan kepada teknologi.
Menurut Mohd Salleh (2007), pendidikan merupakan faktor yang penting
dimana ia merupakan penggerak yang boleh meningkatkan taraf hidup seseorang.
Justeru mana-mana negara di dunia ini inginkan rakyat mereka untuk maju
terutamanya dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh negara yang berkembang
pesat seperti Amerika Syarikat dan England adalah antara negara yang telah pun
memiliki sistem pendidikan yang kukuh serta mempunyai pakar-pakar dalam
pelbagai bidang. Ini membolehkan negara maju seperti yang dinyatakan di atas
bertambah kuat dan lebih membangun dengan adanya barisan kepakaran yang
mantap dan menjerumus kepada bidang yang mereka kuasai khusus dalam bidang
sains dan teknologi.
Sesebuah negara yang mempunyai wawasan memerlukan rakyat yang
memiliki kebolehan, kemampuan, daya tahan, daya saing serta daya juang yang
tinggi. Dengan itu, bidang pendidikan merupakan bidang yang penting dan
mencabar dalam membangun serta membentuk generasi muda dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik dalam proses mewariskan budaya
(Wan Rahimah Wan Ab. Kadir, 1995).
Mohd Salleh (2007) berpendapat bahawa bidang pendidikan di Malaysia
pada masa kini boleh dikatakan mengalami perubahan yang pesat lebih-lebih lagi
menjelang wawasan 2020. Wujudnya dasar pendemokrasian dalam bidang
pendidikan telah membuka peluang kepada semua rakyat untuk menikmati serta
mendapatkan pendidikan sehinggalah ke peringkat universiti. Tambahan pula,
negara turut berusaha untuk memberi bantuan serta peluang yang luas kepada
pelajar yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian
tinggi baik di dalam ataupun di luar negara. Ini dapat dilihat menerusi penubuhan
sekolah, pusat pengajian tinggi serta kemudahan infrastruktur yang semakin
bertambah demi menjadi sebuah negara yang membangun. Semakin maju taraf
pendidikan sesebuah negara maka semakin banyaklah produktiviti masyarakat serta
pendapatan negara yang diperolehi.
Proses perkembangan dan juga kemajuan sesebuah negara berkait rapat
dengan bidang pendidikan. Generasi yang sedar dan insaf terhadap erti hidup dan
tanggungjawab lahir daripada pendidikan yang bermutu tinggi. Mereka akan
berusaha mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka. Generasi seperti
inilah yang diperlukan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 (Wan Rahimah
Wan Ab. Kadir, 1995).
Menyedari akan cabaran yang bakal dihadapi oleh bidang pendidikan dan
golongan pendidik Malaysia pada masa hadapan maka pembelajaran bercorak
modul telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mencapai
matlamat Negara kearah melahirkan individu yang cemerlang. Pembelajaran secara
modul ini menumpukan kepada kadar individu, kesinambungan dan reflektif di
mana ia mengambil kira latar belakang pelajar, kognitif, minat, gaya, nilai, motivasi
serta ruang masa yang diperlukan oleh pelajar dalam suatu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Klingstedt (1973) menjelaskan bahawa pengajaran bermodul bukanlah
pelengkap sebenar yang boleh menjamin kepada kualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran, namun demikian melalui modul telah diakui dapat membantu
peningkatan minat untuk belajar. Sulaiman Yasin dan rakan (1986) menyatakan
bahawa antara kegunaan modul adalah untuk membantu seseorang itu memperoleh
ilmu pengetahuan, pemahaman dan kemahiran ke arah mempertingkat kecekapan
mengurus bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi.
Sidek Mohd Noah (2005) menjelaskan bahawa modul akademik adalah
modul yang dihasilkan untuk memberi kemudahan khususnya bagi pelajar universiti
atau pelajar kolej sepanjang mereka mengikuti pengajian di institusi tinggi sama ada
swasta atau awam. Modul jenis ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar yang
mengikuti kursus secara sepenuh masa, namun juga digunakan oleh pelajar yang
mengikuti kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi secara separuh
masa.
Sidek Mohd Noah (2005) seterusnya menyatakan dengan berpandukan
modul akademik yang disediakan oleh pihak universiti, kolej atau pusat pengajian
tinggi kepada pelajar, pelajar dapat membuat ulangkaji dan belajar sendiri tanpa
bantuan pensyarah universiti atau kolej. Ini adalah kerana matlamat pembangunan
sesuatu modul akademik adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin
menggunakan pendekatan belajar secara separuh masa.
Mengikut sukatan pelajaran subjek ‘Basic of Electric and Electronic’, pelajar
perlu menguasai pengetahuan asas mengenai komponen-komponen utama dalam
litar elektrik serta keselamatan yang perlu dititikberatkan dalam menjalankan amali.
Aktiviti-aktiviti yang berpandukan modul merupakan satu kompetensi yang perlu
dikuasai oleh pelajar. Kompetensi ini adalah penting untuk pelajar kerana pelajar
perlu menjalankan amali dengan mengikut kepada langkah-langkah yang ditetapkan.
Dengan itu, penyediaan modul yang boleh digunakan sebagai panduan oleh pelajar
semasa melakukan amali serta membuat ulangkaji bagi topik-topik yang dipelajari
perlu disediakan.
Untuk mencapai tahap penguasaan yang baik dalam pengajaran, maka guru
perlu membuat perubahan dalam pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan yang
sedia ada secara berterusan. Dengan adanya ICT masa kini maka tidaklah sukar
untuk seorang guru untuk menambah ilmu pengetahuan atau mendapat maklumat
terkini. Dengan kata lain, untuk menghasilkan pelajar yang baik guru dan pendidik
perlu meningkatkan kemahiran dalam diri terlebih dahulu.
Pendekatan untuk kaedah pengajaran dalam “Basic of Electric and
Electronic’ perlu diubah mengikut kesesuaian kemahiran yang hendak
diintegrasikan dalam pengajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan di alaf baru penuh dengan pelbagai cabaran. Pada masa kini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memainkan peranan dalam
membangun dan memajukan sektor pendidikan untuk mengimbang kehendak dan
wawasan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Mohd
Salleh (2007), menyatakan bahawa pendedahan Kementerian Pendidikan Malaysia
sekarang lebih memberatkan agar generasi baru yang ada sekarang menumpukan
kepada bidang sains dan teknikal berbanding bidang sastera. Terdapat banyak
institusi swasta pada masa kini turut menyediakan kurikulum yang berbentuk
teknikal dan profesional bagi menyahut seruan kerajaan yang ingi menjadi negara
maju
Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk memastikan bahawa generasi akan
datang warga Malaysia dapat menguasai Bahasa Inggeris secara baik dan boleh
berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Secara umumnya rakyat
mengetahui dan menerima bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang
telah berkembang maju dan mampu mengungkapkan apa saja ekspresi rakyat negara
ini, namun pada waktu yang sama rakyat juga harus menyedari tentang kepentingan
Bahasa Inggeris untuk kemajuan. Kesedaran tentang kepentingan Bahasa Inggeris
untuk kemajuan sudah disedari sejak sebelum merdeka lagi. Untuk maju dengan
mempelajari ilmu dan memperolehi kerjaya yang baik, tidak ada siapa yang
menafikan kepentingan Bahasa Inggeris.
Kesedaran yang sederhana ini sepatutnya sudah mencukupi untuk
menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara serta mencapai wawasan
untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan Bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran teknikal merupakan langkah yang bijak bagi mendedahkan
pelajar-pelajar teknikal dalam memperluaskan ilmu pengetahuan serta menimba
pengalaman serta kemahiran dalam konteks yang lebih luas. Ini kerana kebanyakan
buku-buku ilmiah serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan bidang teknikal
lebih mudah diperolehi dalam Bahasa Inggeris. Malahan maklumat mengenai
teknologi terkini juga kebanyakannya diterjemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu,
untuk mengelakkan daripada ketinggalan dalam mengetahui mengenai teknologi-
teknologi yang terkini, seseorang pelajar teknikal perlu sentiasa peka dengan
perkembangan semasa dan mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik bagi
menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal.
Penggunaan modul akademik yang membolehkan pelajar melibatkan diri
secara aktif adalah perlu untuk menjamin pelbagai potensi dan kebolehan dicungkil.
Modul akademik telah diguna dengan meluasnya di institusi-institusi pengajian
tinggi bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar-pelajar dalam menguasai mata
pelajaran yang ditawarkan. Dengan adanya modul akedemik yang lengkap serta
mengandungi isi kandungan dan juga sumber rujukan yang sememangnya dapat
memudahkan pelajar dalam memahami topik-topik yang diajar sangat memberi
kesan dalam pencapaian akedimik pelajar-pelajar yang terlibat.
Namun demikian apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah pembangunan
modul akademik masih lagi menggunakan penulisan dalam Bahasa Malaysia
sedangkan pada ketika ini buku-buku serta nota-nota yang diberikan oleh pengajar
adalah dalam Bahasa Inggeris. Malah kebanyakan bahan rujukan yang disyorkan
oleh tenaga pengajar juga adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, bahan-bahan
rujukan yang sedia ada serta rujukan-rujukan daripada internet juga lebih banyak
menggunakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Malaysia. Bahan rujukan dalam
Bahasa Malaysia adalah terhad dan kebanyakannya juga adalah hasil terjemahan
daripada buku rujukan atau buku ilmiah yang dihasilkan daripada Bahasa Inggeris.
Maka penggunaan modul akademik yang disediakan dalam Bahasa Malaysia adalah
kurang bersesuaian dan mungkin akan mengelirukan pelajar dari segi terminologi
yang digunakan.
Justeru itu, adalah wajar bagi penghasilan modul akedemik berkenaan ‘Basic
of Electric and Electronic’ dalam Bahasa Inggeris. Penghasilan modul ini bukan
sahaja dapat memenuhi kehendak kurikulum masa kini, malah dapat memudahkan
pensyarah serta pelajar untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran mata pelajaran
berkenaan. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan mutu pendidikan.
Pendidikan yang bermutu akan melahirkan generasi yang sedar dan insaf terhadap
erti hidup dan tanggungjawab. Mereka akan berusaha memperkembangkan potensi
masing-masing untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Generasi yang berkualiti amat diperlukan oleh negara demi mencapai matlamat
Wawasan 2020 (Wan Rahimah Ab. Kadir, 1995).
1.3 Pernyataan Masalah
Banyak modul yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran serta
disediakan oleh pihak fakulti untuk memberi pengetahuan yang kukuh kepada para
pendidik mengenai kemahiran berfikir supaya dapat dilaksanakan atau disampaikan
kepada para pelajar ketika di dalam bilik kuliah. Namun kebayakan modul yang
disediakan dan dihasilkan ini adalah dalam Bahasa Malaysia. Ekoran daripada
kepentingan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran kini, adalah
amat penting penghasilan modul dalam Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran teknikal
khususnya bagi subjek ‘Basic of Electric and Electronic’. Modul yang telah
disediakan oleh pihak fakulti untuk kegunaan pelajar kebanyakannya ditulis dalam
Bahasa Malaysia. Sedangkan kalau dilihat dari sudut penggunaan Bahasa Inggeris
yang semakin dititikberatkan malah peperiksaan akhir juga adalah dalam Bahasa
Inggeris maka adalah sangat penting untuk sejajarkan nota, buku rujukan serta
modul yang digunakan supaya dalam Bahasa Inggeris. Ini akan memudahkan pelajar
untuk memahami dan menguasai sepenuhnya isi pelajaran yang diajar serta
memudahkan pensyarah dalam penyampaian isi kandungan pengajaran dalam
Bahasa Inggeris.
1.4 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji serta mengenal pasti
kaedah untuk membangunkan sebuah modul pengajaran bagi mata pelajaran ‘Basic
of Electric and Electronic’. Secara ringkasnya, bjektif bagi kajian ini adalah seperti
berikut:
i. Mengenal pasti model dan teori yang sesuai dalam pembangunan
modul.
ii. Menggunakan kerangka kerja yang sesuai untuk membangun modul
akademik.
iii. Membangun modul akademik yang bertajuk ‘Basic of Electric and
Electronic’.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Adakah model dan teori yang dipilih sesuai digunakan dalam
pembangunan modul?
ii. Adakah kerangka kerja yang digunakan sesuai dalam pembangunan
modul akademik?
iii. Apakah modul akademik yang dibangunkan?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberikan manfaat kepada beberapa pihak seperti yang
dinyatakan berikut: