User manual e-Assessment
Transcript of User manual e-Assessment
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
SISTEM SEMAKAN HASIL ONLINE MDHS
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
1
Bil Isi Kandungan Muka Surat
1. Pengenalan……………………………………………………….. 2
2. Pendahuluan……………………………………………………… 2-8
3. Utama / My Dashboard…………………………………………. 9
4. Semakan………………………………………………………….. 10-11
5. Semakan – Taksiran Transaksi………………………………… 12
6. Pembayaran melalui FPX………………………………………. 13
7. Pengesahan Pembayaran melalui FPX……………………….. 14
8. Pilihan Bank………………………………………………………. 15
9. Log Masuk Internet Perbankan………………………………… 16
10. Pengesahan Bank……………………………………………….. 17
11. Paparan Status FPX…………………………………………….. 18
12. Maklum Balas Pembayaran FPX………………………………. 19-20
13. Tukar Kata Laluan……………………………………………….. 20
14. Kemaskini Maklumat…………………………………………….. 21
15. Pertanyaan……………………………………………………….. 22-23
16. Posting……………………………………………………………. 24-27
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
2
1.0. Pengenalan
Sistem Semakan Hasil Online MDHS adalah sistem pembayaran yang dilakukan
melalui FPX. Dengan adanya sistem ini, pengguna boleh membayar cukai
dengan mudah hanya menggunakan hujung jari tanpa perlu beratur panjang di
kaunter tanpa membazirkan masa, tenaga dan kos.
2.0. Pendahuluan
Di dalam bahagian ini, pengguna akan diberikan penerangan mengenai
bagaimana untuk memulakan sistem :
Memulakan Sistem.
Log Masuk ke Sistem
2.1. Memulakan Sistem
Rajah 1.1. : Pelayar web
Penerangan
Untuk memulakan sistem, pengguna perlu klik ikon pelayar web yang terdapat di
skrin komputer. Kemudian pengguna perlu memasukan alamat IP sistem di
dalam ruang alamat pelayar web seperti Rajah 1.1.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
3
2.2. Log masuk ke dalam sistem
Rajah 1.2. : Log masuk ke dalam sistem
Penerangan
Setelah alamat sistem ditaip, satu antara muka log masuk ke dalam sistem akan
dipaparkan seperti Rajah 1.2.
Rajah 1.3. : Memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan
Penerangan
Seterusnya pengguna perlu memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan di
dalam ruang-ruang yang telah disediakan. Setelah kedua-dua ruang diisi, klik
pada butang Log Masuk . Link Daftar Baru adalah untuk mendaftar serta link
Lupa Kata Laluan adalah untuk menukar kata laluan yang baru.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
4
2.3 Daftar Pengguna
Rajah 1.4. : Mendaftar sebagai pengguna akaun
Penerangan
Seterusnya bagi membuat pendaftaran pengguna baru, pengguna perlu klik
pada Daftar Baru dan melengkapkan setiap ruang. Kemudian klik butang
Seterusnya bagi meneruskan proses pendaftaran.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
5
2.4 Daftar Akaun
Rajah 1.5. : Mendaftar maklumat akaun cukai atau sewaan
Penerangan
Selepas klik butang Seterusnya pengguna akan melihat paparan di atas. Pada
bahagian ini, pengguna dikehendaki memasukkan no akaun cukai atau sewaan
yang ingin didaftarkan dibawah nama pengguna.
Klik butang Tambah Rekod bagi tujuan tambahan akaun manakala klik butang
Buang Rekod bagi memadamkan no akaun yang tidak berkaitan. Apabila
selesai memasukkan maklumat berkaitan, klik butang Seterusnya bagi proses
selanjutnya.
Mendaftar
no.akaun cukai
Klik untuk menambah
akaun cukai
Mendaftar no.akaun
sewaan Klik untuk menambah
akaun sewaan
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
6
2.5 Paparan Akaun Didaftarkan
Rajah 1.6. : Paparan maklumat yang telah didaftarkan oleh pengguna
Penerangan
Bahagian ini memaparkan berkenaan maklumat akaun yang telah didaftrkan oleh
pengguna. Ia merupakan paparan terakhir setelah tamat proses pendaftaran.
Apabila pengguna klik butang Selesai, pengguna akan dibawa ke muka daftar
masuk.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
7
2.6 Lupa Katalaluan
Rajah 1.7. : Lupa katalaluan
Penerangan
Sekiranya pengguna lupa katalaluan yang telah didaftarkan. Pengguna perlu
memasukkan email yang digunakan semasa proses pendaftaran bagi
membolehkan pengguna memperolehi katalaluan baru bagi daftar masuk sistem.
Kemudian klik butang Seterusnya bagi meneruskan proses penghantaran
katalaluan.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
8
2.7 Lupa Katalaluan
Rajah 1.8. : Lupa katalaluan
Penerangan
Maklumat berkenaan Id Pengguna, Nama dan Email akan dipaparkan semula
bagi tujuan pengesahan email yang digunakan adalah email sah pengguna.
Kemudian pengguna perlu klik pada butang Email Katalaluan bagi
penghantarann katalaluan terkini. Selepas itu, pengguna perlu klik Log Keluar
untuk ke laman utama.
Klik Emai Katalauan bagi
menghantar katalaluan ke email
Klik Log Keluar untuk ke laman
utama
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
9
3.0. Utama / My Dashboard
3.1. Muka Utama
Rajah 1.9: Muka Utama
3.2. Menu
Rajah 1.10: Menu Semakan, Tukar Kata Laluan dan Kemaskini
Penerangan
Klik pada menu Semakan untuk ke paparan Semakan.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
10
4.0. Semakan
4.0.1 Transaksi
Rajah 1.11: Senarai Akaun mengikut Perkhidmatan
Penerangan
Paparan di atas menunjukkan Semakan mengikut No Akaun, Nama, KP
Baru/KP Lama/No Syarikat, Bil Cukai dan Transaksi. Di sini pengguna boleh
menyemak Transaksi serta Bil Cukai dengan Klik pada Link Bil dan Transaksi.
Apabila pengguna klik link Bil ia memaparkan bentuk bil cukai seperti
Rajah 1.12. Link Transaksi pula akan memaparkan Rajah 1.13 berkenaan
transaksi pembayaran yang telah dilakukan oleh pengguna akaun.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
11
4.0.2 Bil Cukai
Rajah 1.12: Bil Cukai
Penerangan
Paparan di atas menunjukkan maklumat keseluruhan yang terlibat dengan
pemilik bil berkenaan.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
12
5.0 Semakan – Taksiran : Transaksi
Rajah 1.13: Semakan Taksiran
Klik Kembali untuk ke paparan
sebelumnya
Klik Bayaran melalui FPX
untuk membuat pembayaran
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
13
Penerangan
Paparan berikutnya menunjukkan Semakan – Taksiran : Transaksi. Pengguna
boleh mengetahui maklumat mengenai Taksiran kerana di dalam paparan ini
terdapat Maklumat Taksiran yang terdiri daripada Akaun Harta, Mukim, Alamat
Harta, Pemilik, No Lot, No Hak Milik serta Baki Sebelum.
Pengguna juga boleh menyemak maklumat dalam bentuk penyata yang terdiri
daripada Tarikh, Dokumen, Nama Dokumen, Hasil, Tahun, Penggal, Debit,
Kredit serta Baki. Bagi penyata diatas dikira sebelum 01.01.2006.
5.1 Pembayaran melalui FPX
Rajah 1.14: Pembayaran melalui FPX
Penerangan
Pembayaran melalui FPX merupakan paparan untuk pengguna membuat
pembayaran. Maklumat yang dipapar adalah No Akaun, Jumlah perlu di bayar
serta Jumlah yang di bayar. Untuk membuat pembayaran, pengguna perlu
memasukkan jumlah wang di bahagian ‘Jumlah yang di bayar’.
Klik Bayar untuk membuat
pembayaran
Klik Kembali untuk ke paparan
sebelumnya
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
14
Untuk makluman pengguna, jumlah maksimum dan minimum untuk membuat
pembayaran adalah RM100,000 dan RM2.
5.2 Pengesahan Pembayaran melalui FPX
Rajah 1.15: Pengesahan Pembayaran melalui FPX
Penerangan
Ini merupakan paparan Pengesahan Pembayaran melalui FPX. Disini akan
terpapar jumlah pembayaran yang telah di masukkan oleh pengguna di paparan
Pembayaran melalui FPX iaitu paparan sebelum ini.
Sila tutup ‘pop-up blocker’ anda
untuk proses seterusnya.
Klik Bayar untuk membuat
pembayaran
Klik Kembali untuk ke paparan
sebelumnya
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
15
5.3 Pilihan Bank
Rajah 1.16: Pilihan Bank
Pilih bank untuk membuat pembayaran
Klik Agree and Continue untuk ke
paparan seterusnya
Klik Cancel untuk membatalkan urus
niaga
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
16
Penerangan
Paparan diatas merupakan Pilihan Bank. Disini terdapat maklumat Pembayaran
yang terdiri daripada Merchant Name, Merchant Order No., FPX transaction ID,
Product Description dan Jumlah.
Pengguna akan memilih bank untuk membuat pembayaran. Setelah pengguna
bersetuju dengan syarat yang ditetapkan, pengguna perlu Klik butang Agree and
Continue untuk ke paparan seterusnya serta butang Cancel untuk membatalkan
urusniaga.
5.4 Log Masuk Internet Perbankan
Rajah 1.17: Log Masuk
Klik OK untuk
meneruskan urusniaga Klik Cancel untuk
membatalkan urus niaga
Jumlah pembayaran
yang telah dibuat
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
17
Penerangan
Seterusnya pengguna perlu memasukkan Account No dan PIN di dalam ruang-
ruang yang telah disediakan. Setelah kedua-dua ruang diisi, klik pada butang
OK. Untuk membatalkan urusniaga Klik butang Cancel. Order No dan jumlah
pembayaran dipapar untuk menjadi rujukan pengguna.
5.5 Pegesahan Bank
Rajah 1.18: Pengesahan Bank
Klik OK untuk
meneruskan urusniaga
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
18
Penerangan
Pada paparan ini, bank akan memberi maklumat bahawa pembayaran yang
telah dibuat telah diluluskan.
5.6 Paparan Status FPX
Rajah 1.19: Paparan Status FPX
Klik Print untuk mencetak
sebagai rujukan
Klik Clik Here to Complete Your
Transaction untuk ke paparan seterusnya
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
19
Penerangan
Paparan di atas menunjukkan Paparan FPX Status. Memaparkan maklumat-
maklumat pembayaran yang telah dilakukan oleh pengguna. Sekiranya
pengguna tidak klik pada butang Clik Here to Complete Your Transaction,
paparan ini akan juga pergi ke paparan Maklum Balas Pembayaran melalui FPX
mengikut saat yang ditetapkan.
5.7 Maklum Balas Pembayaran melalui FPX
Rajah 1.20: Maklum Balas melalui FPX
Klik Print untuk mencetak
sebagai rujukan
Klik Kembali untuk ke
paparan sebelumnya
Sila tutup ‘pop-up blocker’
anda untuk proses seterusnya
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
20
Penerangan
Maklum Balas Pembayaran melalui FPX merupakan paparan terakhir dalam
proses pembayaran FPX. Disini di paparkan Maklumat Transaksi sama ada
status pembayaran yang telah dilakukan adalah berjaya atau tidak berjaya.
6.0 Tukar Katalaluan
Rajah 1.21: Tukar katalaluan
Penerangan
Pengguna boleh menukarkan katalaluan pada bahagian Tukar Katalaluan .
Pengguna dikehendaki memasukkan katalaluan semasa diikuti dengan
katalaluan baru serta taip semula katalaluan baru bagi tujuan pengesahan
katalaluan.
Klik Simpan untuk ke
mengemaskini katalaluan baru
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
21
7.0 Kemaskini Maklumat
Rajah 1.21: Kemaskini Maklumat
Penerangan
Pengguna boleh menukarkan maklumat pengguna maklumat akaun (cukai) dan
maklumat akaun (sewaan). Selain itu, sekiranya terdapat pertambahan atau
pengurangan akaun pengguna boleh klik butang Tambah Rekod bagi
penambahan akaun manakala klik butang Buang Rekod bagi pengurangan
akaun. Kemudian klik Kemaskini bagi mengemaskini maklumat tersebut.
Kemaskini Maklumat Pengguna
Kemaskini Maklumat
Akaun(Cukai)
Kemaskini Maklumat
Akaun(Sewaan)
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
22
8.0 Pertanyaan
Rajah 1.22: Pertanyaan – Transaksi FPX Taksiran
Penerangan
Admin boleh membuat carian berkenaan maklumat transaksi berdasarkan
no.akaun, no.resit fpx,status transaksi dan status proses. Bagi mengetahui
maklumat lanjut berkenaan transaksi tersebut admin perlu klik pada link
perincian.
Klik Perincian untuk ke
maklumat terperinci status
transaksi
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
23
8.1 Perincian Transaksi FPX
Rajah 1.23: Pertanyaan – Transaksi FPX Perincian
Penerangan
Rajah 1.23 memaparkan keseluruhan maklumat berkenaan pembayaran FPX.
Selain itu, admin boleh mengetahui status proses dan status transaksi
pembayaran FPX tersebut.
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
24
9.0 Posting
Rajah 1.24: Posting Taksiran
Penerangan
Pengguna akaun akan membuat posting bagi memindahkan data dari server di
hasilonline kepada PBT di mdhs. Pengguna perlu memasukkan nama fail yang
akan dicipta pada Maklumat File dan memilih data yang akan dipindahkan.
Selepas menetapkan nama fail dan menentukan data klik butang Proses bagi
mencipta fail tersebut. Kemudian akan keluar paparan seperti Rajah 1.25.
Pengguna boleh muat turun fail tersebut ke dalam komputer pengguna.
Nama fail yang akan dicipta
Pilih data
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
25
Rajah 1.25: Paparan untuk muat turun fail.
9.1 Posted
Rajah 1.26: Posting – Posted Taksiran
Penerangan
Rajah 1.26 memaparkan data yang telah dipindahkan oleh pengguna.
Klik kanan dan muat turun fail
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
26
9.2 Reset Posting
Rajah 1.27: Posting – Reset Posting
Penerangan
Pengguna boleh mendapatkan semula data yang telah dipindahkan dengan
memilih Reset Posting . Setelah memilih data, pengguna perlu klik butang
Proses untuk meneruskan proses. Kemudian akan pengguna akan melihat
paparan pada Rajah 1.28.
Memilih data yang
akan di reset
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)
___________________________________________________________________________________________________________________
27
Rajah 1.28: Paparan data yang telah di reset
Penerangan
Paparan tersebut memaparkan jumlah rekod beserta no order yang telah di
reset oleh pengguna.