USAHA

download USAHA

of 30

description

usaha

Transcript of USAHA

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernihternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysiayang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.

Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIASejak kebelakangan ini, isu-isu mengenai perpaduan kaum sedang hangat diperkatakan dalam Negara kita. Banyak sentiment-sentimen yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu bagi memecahkan perpaduan kaum yang telah lama terjalin dalam negara kita. Oleh itu, perpaduan kaum yang sedia terjalin dalam Negara kita perlulah dikekalkan dan dipertahankan. Ini kerana perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Isu perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara perlu bagi memupuk perpaduan kaum di negara kita.

Peranan Daripada Ibu BapaBunyinya nampak seperti tidak penting. Namun peranan keluarga penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga. Didiklah anak-anak agar jangan menyentuh sensiviti kaum lain. Hal ini adalah bagi mengelakkan ketegangan antara kaum.

Peranan Semua MasyarakatSelain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Peranan Media MassaMedia massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh menylarkan rencana tentang kebaikan perpaduan kaum. Namun perkara yang sedihnya, media massa yang ada di negara kita lebih suka membangkitkan ketegangan antara kaum. Segelintir pihak yang berkepentingan sengaja mengambil kesempatan menggunakan media massa untuk mencetuskan permusuhan antara kaum.Tepuk dada tanya selera.

Peranan Pihak SekolahDi samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

Peranan Pihak KerajaanPihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan untuk menjaga dan memelihara keharmonian antara kaum di dalam negara. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Apa yang penting pihak kerajaan tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam menjaga kepentingan kaum di negara kita.

Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat. Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan. Mereka hendaklah memikul tanggungjawab besar ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Peranan pertama yang perlu dipegang oleh remaja ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya. Dalam hubungan ini setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya. Remaja mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama. Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan.Di samping itu remaja perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain. Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.

Selain itu, remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Peranan yang berikutnya ialah remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian. Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, kaum Melayu, Cina, dan India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini. Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik peribumi yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Penan, dan termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis, Siam, dan seumpananya. Remaja mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan. Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini.

Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif. Remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.

Kesimpulannya, remaja bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara. Kita tidak mahu generasi mudah hari ini mengabaikan peranan mereka untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak. Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .

Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.

(b)Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.

(c)Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

(d)Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

(e)Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad BadawiAspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

(f)Rumusan

PengetahuanKeamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

IktibarKita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

HarapanSaya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak.Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya.Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakatsekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah denganmengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain.Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan sloganNegara Bersih Rakyat Sihat.Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya.Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasayang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingsertake bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai denganmeraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama.Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain.Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasabulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatsertabersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Seterusnya,aktiviti sukan dan permainanyang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia.Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya.Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja.Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan.Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara.Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara.Sambutan Hari Kebangsaansesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia.Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun.Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnyaKeranamu Malaysiadiharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasadi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya.Peribahasahujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiriperlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita.Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya keranaterlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.Kini,kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi.Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

Dasar-dasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara mereka. Sesungguhnya, pihak kerajaan menyedari betapa pentingnya pemupukan perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan usaha-usaha dan langkah-langkah dengan memperkenalkan dasar-dasar dan pelan tindakan untuk melaksanakan agenda ini. Perpaduan bermaksud telah benar-benar bersatu dan integrasi pula membawa maksud penggabungan dua atau beberapa unsur seperti penggabungan antara kaum yang menjadi satu kesatuan yang kukuh dan kuat[1]. Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. JPNIN juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju. Misi jabatan ini pula ialah untuk memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional. Moto bagi jabatan ini pula ialah Bersatu Kita maju. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan untuk mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Selain itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat. Peranan lain yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha melicinkan matlamatnya untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam negara kita dengan menubuhkan sebuah jabatan khas untuk menguruskan usaha ini adalah merupakan suatu langkah yang terbaik. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ternyata telah berjaya memainkan peranannya dan membawa impak yang positif kepada kita semua. Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara. Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi[2]. Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidak tegasan melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial[3] terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi ekonomi dan taraf pendidikan serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan Bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969[4]. Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun[5]. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah membawa Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara maju melalui Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan secara mutlak seperti yang pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir b. Mohamad Daripada,serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru(DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan secara mutlak tanpa mengira kaum dan kedudukan geografi. Semua rakyat Malaysia, sama ada mereka yang tinggal di kawasan bandar atau luar bandar, sama ada mereka di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak[6]. Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu. Seterusnya, pihak kerajaan juga menyedari bahawa adalah lebih afdal dan lebih sesuai jika semangat perpaduan dan intagrasi ini dipupuk serta disemai sejak dari awal lagi dalam jiwa rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan merasakan adalah lebih baik jika semangat ini diserap ke dalam jiwa rakyatnya sejak kecil lagi dan tumpuan sudah tentulah diberikan kepada golongan pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain. Oleh itu, kerajaan telah menggunakan sistem pendidikan sebagai wadah untuk menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar. Adalah lebih baik proses penyemaian nilai murni ini dimulakan sejak mereka kecil lagi kerana pada usia beginilah mereka lebih mudah menerima pelajaran bak kata pepatah jika mahu melentur buluh,biarlah dari rebungnya. Untuk masa yang ke hadapan, merekalah yang akan mewarisi pentadbiran Negara dan jika mereka tidak didedahkan dengan semangat perpaduan, adalah tidak mustahil negara kita nanti akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau. Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program yang realistik dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar. Antara program yang telah dijalankan ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah wawasan ini tidak langung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama-sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan. Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah cina dan tamil. Sekolah wawasan bolah dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dangan cepat dan berkesan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar yang berasal dari pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan. Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Kemudahan yang sama bermaksud seperti reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masing-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan agar pendemokrasian pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat telah menyebabkan keadaan mobility masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama, kita harus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang telah diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang yang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat perpaduan dan integrasi sejak dari kecil lagi hinggalah dewasa. Oleh itu, segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong oleh setiap rakyat Malaysia. Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yantg pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini. Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara[7]. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini dan kita mestilah menyayanginya bak kata pepatah bercerai kasih bertalak tidak,bagaikan rambut bersimpul mati,inginku mati di hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan. Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik.

Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi, kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini bukan sahaja merupakan simbol yang mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili sesuatu kumpulan, tetapi ianya juga boleh dan sering digunakan sebagai alat mendapatkan sesuatu kepentingan. Etnisiti, kalau dilihat secara kasar, mempunyai kedua-dua konotasi positif dan negatif, tergantung kepada bagaimana ianya diterima dan digunakan. Manusia, sebagai individu, maupun sebagai sebahagian dari kelompok yang lebih besar, tidak boleh lari dari isu-isu, simbol, dan label etnisiti. Kita juga tidak tidak boleh lari dari terlibat dengan aksi tolak-tarik dan perdebatan positif-negatif etnisiti.

Yang penting ialah kita mengakui dan menerima bahawa wujudnya senario ini dan berusaha supaya cara penyelesaian yang terbaik dapat ditimbulkan. Perkara-perkara dan nilai-nilai yang boleh dianggap sebagai positif haruslah ditonjol dan difokuskan. Perkara yang negatif dikurangkan, sementara usaha-usaha yang berterusan dijalankan untuk mencari penyelesaian yang sesuai kepada masalah tersebut. Tidak dilupakan atau diketepikan, tetapi dikurangkan untuk sementara waktu, dan dihadapi bila senario berubah menjadi lebih baik dan masyarakat lebih bersedia untuk menghadapinya.

Isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari hubungan ini bukanlah perkara yang baru dalam konteks Malaysia. Masalah tinggalan era penjajah ini kerap timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurus dan menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan insiden-insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi tanda tanya tentang keberkesanan program-program yang telah diperkenalkan untuk mewujudkan perdamaian dan perhubungan etnik yang positif. Antara insiden besar termasuk kes-kes Kampung Rawa pada tahun 1998 dan Kampung Medan pada tahun 2001. Di samping itu, data-data yang dikumpulkan oleh Jabatan Perpaduan mengenai insiden konflik sosial dari tahun 1998 hingga 2004 menunjukkan bahawa walaupun insiden konflik kerana isu etnik atau perkauman adalah sedikit (cuma 1 peratus dari semua jenis isu konflik), insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti sosial, agama, keselamatan, politik, dan ekonomi, banyak melibatkan aktor atau pelaku dari kumpulan etnik yang berbeza.

Ini boleh dibaca dengan dua cara. Satu, kita tidak perlu bimbang dengan isu etnik kerana ianya bukan isu utama yang menimbulkan konflik di negara ini. Kedua, kita harus meneruskan usaha memperbaiki hubungan etnik kerana majoriti insiden konflik sosial yang berlaku melibatkan pihak atau aktor dari kumpulan etnik yang berbeza. Bahayanya jika insiden-insiden ini tidak ditangani dengan baik, mereka mungkin akan meningkat menjadi konflik etnik. Bahayanya juga jika hubungan etnik ahli masyarakat Malaysia tidak baik, trend ini akan berterusan dan kesemua insiden yang berlaku akan ditafsirkan oleh pihak-pihak tertentu sebagai konflik etnik, kerana aktor-aktornya adalah daripada kumpulan etnik yang berbeza. Selain insiden-insiden konflik sosial yang tercatat ini, indikator lain perhubungan etnik adalah tanggapan masyarakat sendiri terhadap status dan tahap perhubungan antara etnik yang dibuat secara pemerhatian kasar dan analisa oleh ahli masyarakat.

Saban hari kita sering mendengar keluhan-keluhan tentang status dan tahap hubungan etnik. Ini selalunya dilakukan oleh beberapa kelompok. Pertama, golongan yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat. Yang membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Golongan ini sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu, dan melihat masyarakat sekarang sebagai sudah hilang perpaduan, dan hubungan etnik sekarang tidak lagi semurni dulu kerana telah dikotori oleh politik ahli politik dan kepentingan politik.

Kedua, golongan yang melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan. Yang melihat kepentingan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok, ekonomi atau politik, sekarang atau masa depan, sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan (secara sengaja atau tidak) kepentingan dan kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Keluhan-keluhan ini harus ditanggapi sebagai cabaran pembangunan negara.

Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah. Pelbagai usaha dijalankan termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada awal tahun tujuhpuluhan yang memperkenalkan program-program memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antara program-program yang telah diperkenalkan oleh negara untuk menangani masalah ini termasuklah Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional; penubuhan Sekolah Wawasan; Program Latihan Khidmat Negara di samping banyak lagi program yang memfokuskan kepada kelompok belia ini; program "Kongsi-Raya" dan lain-lain yang berusaha mempromosi perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama.

Di peringkat pengajian tinggi pula, fokus diberikan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang berbeza dengan harapan akan timbul apresiasi di kalangan mahasiswa terhadap budaya-budaya tersebut. Pengenalan kursus-kursus ini selalunya bersesuaian dan bertindan dengan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh negara. Contohnya, bila Islam sedang dilihat oleh sebahagian kelompok sebagai agama yang sering dikaitkan dengan keganasan dan penggunaan kekerasan, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara diperkenalkan. Ini diteruskan di peringkat nasional dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari supaya Islam dapat dikaitkan kembali dengan fokusnya yang sebenar iaitu pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan perdamaian.

Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara. Ianya tidak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang baru, tetapi lebih kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Huraian di atas yang berdasarkan kajian dan sejarah menunjukkan bahawa ianya adalah sesuatu yang sangat perlu. Fokusnya kepada golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi adalah sesuai, dan usaha-usaha Kementerian Pengajian Tinggi haruslah disokong dan dibantu. Pengenalan kursus seumpama ini adalah yang terbaik kepada golongan ini kerana di samping didedahkan kepada konsep-konsep hubungan etnik, mereka juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti secara bersama yang bukan sahaja dapat menambah ilmu tentang isu yang difokuskan, tetapi lebih penting lagi dapat menggalakkan interaksi antara mereka. Contohnya, di Universiti Sains Malaysia (USM), di samping mengikuti kuliah tentang hubungan etnik di negara ini, mahasiswa juga diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan praktikum atau kerja luar dengan menfokuskan kepada isu-isu berkenaan masyarakat Malaysia sebagai bahan kajian. Isu-isu ini merujuk kepada kepelbagaian etknik di Malaysia dengan harapan akan timbul dan berkembang apresiasi mahasiswa terhadap kekayaan budaya, adat resam, dan cara hidup yang berbeza di negara ini. Tajuk-tajuk yang dipilih oleh mahasiswa sebagai tajuk praktikum ini pada semester yang lalu termasuk kajian terhadap alat muzik, tarian, atau pakaian tradisional; kepercayaan-kepercayaan dan hari-hari perayaan yang utama; tokoh dan karyawan dalam sejarah pembentukan dan pembangunan negara; serta amalan-amalan seharian termasuk apa yang dimakan, dijadikan sebagai permainan, dan lain-lain lagi. Penekanan diberikan khususnya kepada mempelajari dan memahami apa yang menjadi amalan kumpulan etnik yang lain. Interaksi dalam kumpulan yang berbilang kaum serta interaksi dengan responden untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tajuk yang dipilih dapat memberi ruang dan peluang mengeratkan lagi hubungan etnik antara mahasiswa di institusi pengajian tinggi, serta antara mereka dengan ahli masyarakat.

Ini semua dilakukan dalam keadaan kita sedar bahawa usaha perpaduan dan memantapkan hubungan etnik bukanlah sesuatu yang hanya boleh diajarkan kepada masyarakat, terutamanya golongan muda. Ianya adalah sesuatu yang seharusnya dirasai, dinikmati, dan dilalui bersama. Ia seharusnya dimulakan pada peringkat yang paling awal kerana pada waktu itulah kanak-kanak mempelajari pelajaran-pelajaran yang paling berguna dalam hidup mereka dan yang akan menjadi pegangan hidup mereka nanti. Pada waktu itu juga mereka secara umumnya belum diwarnai dengan warna-warna kehidupan dengan efeknya yang pelbagai, positif maupun yang negatif. Kita juga tahu bahawa pengaruh kepada mereka yang paling utama pada ketika itu ialah ibu bapa, ahli keluarga, dan guru. Inilah golongan-golongan yang seharusnya menjadi sasaran kita kerana di sinilah semuanya bermula.

Kembali kepada hubungan etnik di IPT, pendekatannya boleh dimantapkan lagi. Memantapkan program ini memerlukan kita melihat isu hubungan etnik di negara ini dari kaca mata perpaduan dan perdamaian. Memantapkannya juga memerlukan kita memberi ruang yang lebih luas kepada golongan akademik, terutama pensyarah dan mahasiswa, untuk berbincang secara jujur dan ikhlas tentang isu-isu yang mungkin dianggap sensitif. Tafsiran, asumsi, dan andaian mereka mungkin berbeza-beza bila membincangkan konsep-konsep hubungan etnik. Begitu juga dengan pendapat mereka tentang sejarah pembentukan negara dan pelajaran masa silam, tetapi kepelbagaian pendapat seperti ini tidak dapat dielakkan dalam negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan yang kaya dengan kepelbagaian ini. Kepelbagaian pendapat ini harus dipertahankan jika kita ingin menjadi negara yang matang. Jika golongan akademik mentafsirkan konsep dan sejarah sedemikian rupa, peranan masyarakat bukanlah untuk menyekat tafsiran ini, tetapi membincangkannya, dan memberikan ruang untuk ianya dibincangkan. Perbincangan ini juga seharusnya berlaku dalam senario yang tidak melibatkan golongan politik dengan kepentingan politik yang kadang-kadang agak sempit.

Memantapkannya juga memerlukan kita kembali menekankan perhubungan antara hubungan etnik dengan perpaduan dan dengan perdamaian. Hubungan etnik adalah sinonim dengan perpaduan. Perpaduan adalah kedua-dua matlamat akhir dan juga proses yang dapat membantu kita mencapai objektif bersatu-padu. Perpaduan sebagai matlamat akhir adalah satu keadaan di mana masyarakat yang berbilang etnik dapat hidup dalam satu masyarakat sebagai sebuah komuniti masyarakat Malaysia. Perbezaan, yang jelas dan tidak jelas, masih tetap wujud dalam komuniti ini kerana setiap kumpulan membawa keistimewaan mereka yang tersendiri, dengan ciri-ciri agama, bahasa ibunda, makanan, pakaian, budaya, dan adat resam yang telah dipengaruhi oleh sejarah perkembangan kumpulan mereka. Perbezaan-perbezaan ini, walaubagaimanapun tidak mengganggu (atau tidak seharusnya mengganggu) proses perpaduan dan pembentukan komuniti ini. Sejarah telah membawa terwujudnya komuniti ini dan kepada terbentuknya sejarah yang dikongsi bersama, sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini.

Perpaduan sebagai satu proses juga mengajak kita menggunakan kaedah dan pendekatan yang inklusif (inclusive) dan bukannya eksklusif (exclusive). Matlamat negara haruslah dicapai dengan melibatkan semua kelompok masyarakat dan bukan hanya segelintir ahlinya sahaja. Proses ini memerlukan penglibatan semua golongan dan lapisan, bergerak bersama untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

Perpaduan seterusnya adalah sinonim dengan perdamaian, yang juga merupakan matlamat akhir yang diimpikan, di samping proses yang boleh membawa kita ke matlamat tersebut. Jika cara yang digunakan dalam proses untuk mendapatkan perdamaian bukanlah dengan cara yang damai, hasilnya iaitu perdamaian dalam erti kata yang sebenar tidak akan tercapai. Perdamaian boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama melihat perdamaian dalam masyarakat apabila tidak berlakunya keganasan, penggunaan kekerasan, dan peperangan dalam masyarakat tersebut. Pertumpahan darah tidak berlaku, walaupun terdapat isu-isu yang mungkin ingin dibangkitkan oleh ahli masyarakat. Dan peperangan tidak berlaku, walaupun terdapat konflik dalam masyarakat tersebut. Keadaan ini lebih dikenali sebagai perdamaian negatif.

Negatif kerana situasi masyarakat ini sebenarnya adalah rapuh dengan banyak isu yang mungkin satu hari nanti menjadi tidak terkawal atau tidak dapat dikawal. Kawalan yang ketat berupa undang-undang dan peraturan serta sistem pemantauan dan implementasi yang terperinci dan keras, memastikan situasi terkawal dan luahan aspirasi yang berlebihan pada masa kini dapat dikawal dan dicegah. Bak gunung berapi yang masak, ianya akan pasti meletup satu hari kelak. Apabila ini berlaku, masyarakat akan huru-hara dan sistem ini akan melalui proses perubahan yang mungkin akan membawa pembaharuan, sama ada baik atau lebih buruk, kepada masyarakat tersebut.

Perdamaian yang positif pula membawa maksud bahawa wujud semua perkara yang disebut di atas tentang perdamaian negatif - iaitu masyarakat yang tiada keganasan, kekerasan, dan peperangan. Bezanya ialah dalam perdamaian positif, undang-undang dan peraturan yang ada dalam masyarakat bukanlah untuk menekan rakyat tetapi adalah berdasarkan keadilan dan bertujuan mewujudkan keadilan sosial, ekonomi, dan politik dalam masyarakat tersebut. Ianya tidak bertujuan menindas luahan aspirasi ataupun mengetepikan mana-mana kelompok masyarakat. Terdapat pula saluran-saluran dan mekanisme yang sah untuk memastikan luahan ini dapat disalurkan dan konflik yang ada, dan bakal timbul, dalam masyarakat dapat diurus dan diselesaikan dengan baik. Perdamaian yang positif juga tiada keganasan struktural - iaitu struktur masyarakat yang menindas sebahagian ahlinya sendiri; dan tidak mempunyai budaya keganasan - iaitu kebiasaan menggunakan kekerasan dan keganasan dalam menyelesaikan masalah. Apa yang ada adalah budaya perdamaian. Untuk menanam budaya perdamaian ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada cara yang paling penting adalah melalui pendidikan. Di sini pentingnya kursus-kursus seperti hubungan etnik ini yang menekankan perdamaian sebagai cara hidup kita.

Kesimpulannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan untuk meningkatkan usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti hubungan etnik di institusi pengajian tinggi, akan dapat memberi kesan yang positif jika ianya dilakukan dengan niat yang betul dan sokongan masyarakat yang komited kepada perpaduan dan perdamaian. Alternatifnya boleh kita perhatikan dalam masyarakat lain yang bergelumang dengan isu dan konflik etnik yang tidak terkawal dan merosakkan, dan seharusnya dicegah dari berkembang di bumi Malaysia.

- Profesor Madya Kamarulzaman Askandar ialah Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia