UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI … kegunaan Jabatan Psikiatri dan Jabatan Neurosains ......
Transcript of UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI … kegunaan Jabatan Psikiatri dan Jabatan Neurosains ......
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA
KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 60 ( BAHAGIAN 1 DAN 2 ) JAWATANKUASA
FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 16 OKTOBER DAN 2
NOVEMBER 2006
A. Ubat Ubat Yang Diterima Sebagai Ubat Standard Dalam Formulari HUSM.
Nama Ubat Keterangan
1 Rivastigmine Cap. 1.5 mg,
3 mg, 4.5 mg, and oral
solution 2mg/ml.
Untuk kegunaan Jabatan Psikiatri dan Jabatan Neurosains
sahaja. Sebagai tambahan kepada Donapezil. Pembelian
adalah pada nisbah 40% Rivastigmine dan 60% Donapezil.
2 Etoricoxib Tab. 120 mg
Digunakan berpandukan kepada Chronic Pain Management
Protocol yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Farmasi
dan Terapeutik. Antara drug lain yang digunakan di dalam
protokol tersebut adalah celebrex, oxycontin dan
meloxicam (diputuskan untuk dibeli yang original, iaitu
Mobic®).
Semua drug di atas adalah untuk kegunaan Pakar sahaja.
3 Esomeprazole Tab. 40 mg
dan Inj. 40 mg
Digunakan berpandukan kepada Protocol For Management
of Acute Bleeding, Protocol For Management of Chronic
Bleeding dan Prophylaxis Against Stress Ulcer yang akan
disediakan oleh Dr. Syed Hassan Syed Abdul Aziz.
4 Lansoprazole Cap. 30 mg
Digunakan berpandukan kepada Protocol For Management
of Acute Bleeding, Protocol For Management of Chronic
Bleeding dan Prophylaxis Against Stress Ulcer yang akan
disediakan oleh Dr. Syed Hassan Syed Abdul Aziz.
Jumlah pembelian untuk kesemua ‘Proton Pump Inhibitors’
(oral dan injeksi) adalah tidak melebihi RM360,000
setahun.
5 Glibenclamide +
Metformin (
250mg/1.25mg,
500mg/2.5mg,
500mg/5mg)
(Glucovance®)
Diluluskan sebagai tambahan kepada glibenclamide dan
metformin.
Jumlah pembelian untuk Glucovance® , glibenclamide dan
metformin tidak melebihi RM244,000 setahun.
6 Rosuvastatin Tab. 10 mg
Diluluskan sebagai drug standard ke dalam Formulari
HUSM.
Jumlah kos pembelian bagi semua drug di dalam kelas
statin adalah antara RM4 juta hingga RM5 juta setahun.
7 Valsartan +
Hydrochlorothiazide (
Diluluskan sebagai drug standard ke dalam Formulari
HUSM.
Nama Ubat Keterangan
80mg/12.5 mg,
160mg/12.5mg and
160mg/25mg)
Jumlah kos pembelian bagi semua drug di dalam kelas
ARB adalah antara RM1 juta hingga RM1.5 juta setahun.
8 Trimetazidine 35 mg ,
modified release film
coated Tab.
Menggantikan Trimetazidine Tab. 20 mg.
Penggunaan stok trimetazidine 20 mg akan dihabiskan
dahulu sebelum Trimetazidine 35 mg , modified release
film coated Tab. dibuat pembelian.
9 Sulbactam Sodium /
Ampicillin Sodium Inj. 3
g, 1.5 g, & 375 mg
(Unasyn®)
Ianya diindiksikan untuk kes kes berikut:
i. digunakan sebagai ‘surgical prophylaxis’ bagi
kes kes pembedahan abdominal dan kes O & G
(dirty wound operations). Pemberian antibiotik
ini dalam kes kes sebegini adalah hanya untuk
3 dos sahaja. PM Nik Abdullah diminta untuk
membuat pemantauan penggunaan antibiotik ini
dalam kes sebegini supaya penggunaannya
tidak melebihi 3 dos.
ii. Bagi kes kes diabetic foot yang kebiasaannya
adalah polymicrobial. Walau bagaimanapun,
penggunaannya masih tertakluk kepada
keputusan culture & sensitivity (c&s) sebelum
antibiotik ini boleh diberikan. Oleh itu,
penggunaannya adalah tertakluk kepada
kelulusan/cadangan (recommendation)
daripada mikrobiologis terlebih dahulu.
Jabatan Farmasi diminta membuat pemantauan
penggunaan bagi tempoh 6 bulan selepas diluluskan.
10 Zoledronic Acid Inj. 4
mg.
Sebagai tambahan kepada pomendronate yang sedia ada
untuk indikasi yang sama. Walau bagaimanapun, jumlah kos
pembelian tahunan bagi kedua-dua drug ini adalah tidak
melebihi (atau sama) dengan jumlah kos pembelian untk
pomendronate sebelum ini.
11 Parecoxib Sodium Inj. 40
mg
Penggunaannya adalah terhad kepada ICU/HDU dan OT
sahaja dan penggunaannya adalah atas cadangan pakar
anestesiologis.
12 Recombinant Activated
Coagulation Factor VII
Inj. 60 KIU ( 1.2 mg). -
Novo seven® )
Penggunaannya adalah untuk kegunaan pakar neurosins
sahaja dan pemilihan pesakit adalah berdasarkan kepada
kriteria berikut:
i. Hanya untuk Pakar Neurologi dan Neurosurgeri /
Pakar Neuroanaesthesiologist, iaitu Dr Wan
Nazaruddin (Anestesiologis), PM John Tharakan
(Neurosains), Prof. Jafri (Neurosains), Dr Hillol
(Neurosains), Dr. Zamzuri (Neurosains) dan Dr
Abdul rahman Izaini Ghani (Neurosains) sebagai
koordinator penggunaan.
Nama Ubat Keterangan
ii. Case-case intracerebral hematoma salvageble
cases, less than 70 years, GCS more than 6/15,
pupils not fixed and dilated, controlled at least 15
minutes apart.
Dihadkan hanya untuk 15 pesakit setahun sahaja. Jabatan
Farmasi akan membuat pemantauan dan akan memaklumkan
kepada Jabatan Neurosains selepas 50% penggunaan
13 Fixed dose combination
of Levodopa, Carbidopa &
entacapone, 50/12.5/200
mg 100/25/200 mg
150/37.5/200 mg. (
Stalevo®)
Sebagai penggantian kepada drug drug berasingan, iaitu
levodopa, carbidopa dan entacapone. Walau bagaimanapun,
stok drug secara berasingan tersebut akan dihabiskan
terlebih dahulu sebelum pembelian Stalevo® dibuat.
B. Ubat ubat yang Ditangguhkan Keputusan
Nama Ubat Keterangan
1 Entecavir Tab. 0.5 mg &
1 mg
Kemasukan drug ini sebagai drug baru ke dalam Formulari
HUSM ditangguhkan sehingga pemohon ( Dr. Amry )
menyediakan flow chart mengenai ‘Management of Chronic
Hepatitis B’ dengan mengambil kira drug drug seperti
lamuvidine, adefovir dan entacavir.
C. Ubat Ubat Yang Tidak Diluluskan Untuk Dimasukkan Ke Dalam Formulari HUSM.
Nama Ubat
Keterangan
1 Quetiapine Tab 25 mg
Kemasukan drug ini sebagai drug baru ke dalam Formulari
HUSM tidak diluluskan. Alasan untuk tidak meluluskan
adalah kerana telah terdapat drug antipsikotik lain yang
digunakan untuk indikasi yang sama, seperti olanzapine dan
risperidone. Pesakit yang tidak sesuai dengan drug tersebut
boleh dipohon melalui borang LP.
2 Ezetemibe/Simvastatin
10/20 mg Tab
Kemasukan drug ini sebagai drug baru ke dalam Formulari
HUSM tidak diluluskan kerana kesan terhadap komplians
pesakit tidak banyak berbeza berbanding dengan drug yang
bukan kombinasi.
3 Calciptriol 50 ug/g (as
hydrate) +
betamethasone 0.5 mg/g
(as dipropionate)
Tidak diluluskan sebagai drug standard ke dalam Formualri
HUSM memandangkan penggunaannya yang sedikit.
Tambahan pula, sediaan calciptriol dan betamethasone
boleh didapati secara berasingan dan merupakan drug
standard dalam Formulari HUSM.
D. Lain-lain Keputusan
1. Memandangkan ada pesakit yang menghadapi masalah mengenai pembekalan ubat
untuk tempoh 1 bulan, pihak Jabatan Farmasi menggunakan budi bicara untuk
membekalkan ubat untuk tempoh lebih daripada 1 bulan ( 2 bulan atau lebih ) bagi
kes kes yang dirasakan wajar ( seperti tempat tinggal jauh dari HUSM, OKU dan
sebagainya).
Mesyuarat juga memperakukan supaya kategori berikut diberi pertimbangan oleh
pihak Jabatan Farmasi untuk membekalkan ubat lebih dari 1 bulan ( 2 bulan atau
lebih), iaitu:
i. staf USM dan tanggungannya.
ii. pesakit yang dipreskrib ubat antikonvulsan.
2. Jawatankuasa Farmasi dan Terapeutik memutuskan untuk bersetuju menerima
permohonan maaf daripada Syarikat Sanofi Synthelabo dan menerima tawaran
mereka untuk ‚reimbursed’ dalam bentuk bekalan Aprovel dan CoAprovel. Dengan
keputusan ini, mesyuarat mengesahkan untuk menyambung semula penggunaan
kedua-dua drug tersebut di HUSM.