Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu
-
Upload
aping-firdaus -
Category
Documents
-
view
34 -
download
1
description
Transcript of Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu
MENCUNGKIL FEMINISME DALAM CERPEN SUARA HANTU HASIL KARYA NASSURY IBRAHIM
OlehFathanah bt. Che Ismail
Shasha bt. MazlanNoor Afifah bt. Abd. Wahab
(Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu)
Kami dikehendaki mengkritik sebuah cerpen menggunakan pendekatan
Feminisme. Untuk itu, kumpulan kami memilih cerpen “ Suara Hantu “ hasil karya
Nassury Ibrahim. Pendekatan Feminisme merupakan pendekatan yang
berkenaan dunia dan imej wanita. Pendekatan ini lahir di Barat akibat rasa tidak
puas hati golongan wanita terhadap sikap diskriminasi golongan lelaki. Ia
dipelopori oleh Virginia Woolf.
Cerpen ‘Suara Hantu’ menceritakan kehidupan masyarakat di sebuah
perkampungan yang diberi nama kampung Che Lijah. Kampung ini telah
digemparkan dengan peristiwa yang berlaku ke atas Kak Kiah yang mendengar
suara mengerang yang menakutkan dari bukit di belakang rumahnya. Peristiwa
yang menimpa Kak Kiah itu dikaitkan dengan makhluk halus, iaitu hantu, yang
mendiami kawasan tersebut. Oleh itu, perkhidmatan pawang digunakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam cerpen ini, terdapat aspek-aspek yang membicarakan tentang imej
wanita. Antara imej feminisme yang terdapat dalam cerpen ini ialah ketajaman
pendengaran dalam kalangan kaum wanita melebihi kaum lelaki. Hal ini sesuai
dengan pendapat Sainstis yang mengatakan bahawa kaum wanita mempunyai
enam deria, berbanding lima deria dimiliki kaum lelaki. Deria ke enam itu ialah
intuisi atau dalam penulisan ini dinamakan ketajaman pendengaran. Berikut
merupakan bukti ketajaman pendengaran deria kaum wanita yang diwakili oleh
watak Kak Kiah.
1
Kak Kiah yang mula-mula mendengarnya. Waktu itu Kak Kiah di telaga mandi.
Bukti ketajaman deria Kak Kiah ialah pada perkataan “mula-mula” yang
terdapat di dalam ayat di atas. Ayat di atas menyatakan Kak Kiah adalah orang
pertama yang mendengar suara ngeri dari arah bukit di belakang rumahnya,
berbanding Abang Sudin. Suara yang ”mula-mula” didengari ialah suara makhluk
halus halus yang bermula dengan suara mengeram. Memang, pada kelaziman
cerita seram, suara makhluk halus bermula dengan suara mengeram, sebelum
diikuti dengan suara mengilai.
Lemah semangat juga merupakan salah satu imej wanita yang dibicarakan, yang
terdapat dalam cerpen ini. Kaum wanita harus menerima kenyataan bahawa
mereka mempunyai satu kelemahan iaitu lemah semangat. Rasa lemah
semangat, lebih-lebih lagi, ketika menghadapi peristiwa yang melibatkan
makhluk ghaib dan perkara aneh. Berkenaan hal ini, melalui cerpen Suara hantu,
Nassury Ibrahim mencatatkan;
Tiba-tiba pula suara mengerang itu mengilai kuat. Kuat sungguh. Terkejut Kak Kiah. Terpelanting timba di tangan. Kak Kiah lari sampai ke tangga, terus dia melompat ke beranda, dan lompat lagi. Berdebuk jatuh dia di atas betis Abang Sudin yang sedang berlunjur rehat menonton berita.
Unsur ini juga dapat dilihat pada peristiwa apabila Kak Kiah yang dirasuk hantu.
Dia tidak mengenali suaminya sendiri dan suaranya berubah menjadi parau. Hal
demikian menunjukkan kaum wanita lebih mudah diganggu oleh syaitan
terutamanya mereka yang lemah semangat.
Dimanakah bukti yang menunjukkan wanita memerlukan perlindungan lelaki
apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang berbahaya dan boleh
2
menggugat keselamatan mereka? Nassury Ibrahim membuktikan dalam ayat di
bawah.
Tubuh Kak Kiah menggeletar. Mukanya pucat. Tangannya memeluk Abang Sudin. Kak Kiah menonjol-nonjolkan kepalanya tidak ketentuan ke dada Abang Sudin.
Ayat di atas menjelaskan Kak Kiah berlari mendapatkan perlindungan daripada
suaminya setelah mendengar suara mengerang dari bukit di belakang rumahnya
mengilai tiba-tiba. Hal ini menunjukkan setiap wanita yang merasa dirinya
terancam dan tidak selamat akan mencari orang yang lebih kuat sebagai tempat
perlindungannya, seperti Kak Kiah bergantung harap dan berlindung di sebalik
suaminya, Abang Sudin. Imej feminisme ini dikuatkan lagi dengan peristiwa Kak
Sal, isteri Salleh Ayam yang tidak mahu ke dapur atau ke bilik air jika Salleh
Ayam tidak ada bersamanya.
Kaum wanita dalam cerpen ini juga menunjukkan mereka cepat terpengaruh
dengan perkara-perkara tahyul dan kurafat. Malah, terpengaruh dengan
kepercayaan terhadap kurafat telah menganggu perjalanan hidup masyarakat,
khususnya kaum wanita. Hal ini digambarkan melalui ayat di bawah.
Esokannya riuh jiran-jiran bercerita tentang berita Kak Kiah mendengar suara hantu. Mak Cik Munah, jiran Kak Kiah turut mengiyakannya....Asal petang sahaja berduyun-duyun orang berkempung di hadapan rumah Kak Kiah.
Pada situasi itu, Mak Cik Munah turut mendengar apa yang didengar oleh Kak
Kiah. Mak Cik Munah berasa tidak selesa dan takut dengan keadaan tersebut.
Imej feminisme lain yang terdapat dalam cerpen ini ialah kaum wanita akan
berasa gembira dan selamat apabila mendapati diri mereka bebas daripada
3
bahaya dan ancaman yang boleh menggugat keselamatan mereka. Imej wanita
ini dapat dibuktikan dalam ayat di bawah.
“Kiah”, kata Sudin sambil mengukirkan senyuman kepada isterinya yang nampak gembira; kemudian beralih memandang Tuk Penggawa.
Kesimpulannya, berdasarkan imej-imej wanita yang dinyatakan di atas didapati
bahawa imej wanita yang ditonjolkan lebih bersifat negatif. Hal ini terjadi mungkin
disebabkan cerpen Suara Hantu dihasilkan oleh penulis lelaki. Hal inilah yang
ditentang oleh Virginia Woolf kerana ketidakadilan penampilan watak antara
watak wanita dengan watak lelaki. Digambarkan wanita mempunyai beberapa
kelemahan dan memerlukan perlindungan daripada kaum yang lebih kuat seperti
suami, Tok Pawang dan Tok Penghulu, yang semuanya adalah lelaki. Kaum
wanita akan asa gembira apabila mendapati diri mereka selamat dan jauh
daripada bahaya. Imej ini tentunya akan berubah jika cerpen Suara Hantu
dihasilkan oleh penulis wanita.
Rujukan
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=122
http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/Nor%20Hayati%20Abd%20Rahman.pdf
http://www.penerbit.usm.my/pen2006/Buku_Detail.php?IDBuku=574
http://cetasasbuya.blogspot.com/2008/09/kritikan-feminisme-berkembang-sejak.html.
4