UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber...

27
PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KERJA SAMBILAN NOR SYAHIDAH BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KERJA SAMBILAN

NOR SYAHIDAH BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26
Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26
Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

PERSEPSI PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KERJA SAMBILAN

NOR SYAHIDAH BINTI ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

ii

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

iii

DEDIKASI

Ya Allah, Tuhanku

Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu

Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai

Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan

Abah dan Mak Tersayang

Hj. Abdullah bin. Teh & Norhidayah binti. Saat

Terima kasih Atas Segala Pengorbanan

Redhakan Kehidupanku Di Dunia Dan Akhirat

Abang dan Kakakku

Mohd Fuad, Mohd Rusydan, Noraila, Norhafilah, Norfadilah, Nor Rasyidah

Terima Kasih atas dorongan kalian untuk adik teruskan perjuangan di sini...

Tidak lupa juga kepada abang ipar, kakak-kakak ipar serta anak-anak sedaraku

yang dikasihi, syukran....

Para Pensyarah

Fakulti Pendidikan

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Terima Kasih Di Atas Curahan Ilmu Yang Diberikan

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Yang Dicurahkan

Sahabat Seperjuangan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendididkan (Pengajian Islam)

Terima kasih Di atas Segala-galanya

Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pemurah kerana

dengan limpah kurnia dan izinNya, diberi saya kekuatan dan semangat untuk

melaksanakan kajian ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammmad

s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga yang

tidak jemu memberi sokongan dalam menyiapkan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia

projek yang dihormati, Dr. Tamar Jaya bin Nizar di atas segala nasihat, dorongan,

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan PSM ini. Ribuan

terima kasih juga diucapkan kepada penilai yang dihormati.

Seterusnya, jutaan terima kasih buat pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan

dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM, di atas segala

kerjasama dan bantuan yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada para responden

yang telah memberikan kerjasama semasa menjawab soal selidik. Begitu juga terima

kasih diucapkan buat sahabat seperjuangan yang banyak berkongsi idea dalam

melaksanakan kajian ini. Semoga kejayaan milik kita bersama.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang

diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada

semua pembaca.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

v

ABSTRAK

Pada masa kini, kebanyakan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia bekerja

secara sambilan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk

mengenalpasti persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap kerja sambilan. Seramai 82 orang responden daripada

pelajar tahun tiga dan empat SPI terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan

secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 30 item

sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan

perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) 14.0. Nilai kebolehpercayaan

soal selidik ini ialah α = 0.897. Dapatan kajian mendapati min untuk mengetahui

persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan adalah 3.75. Seterusnya, faktor luaran

yang mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan adalah kerana faktor

kewangan yang tidak mencukupi serta ingin mengurangkan beban keluarga dengan

min 3.72. Secara keseluruhannya faktor dalaman lebih mempengaruhi pelajar

melakukan kerja sambilan dengan nilai min sebanyak 4.13. Di akhir kajian,

penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk diberi perhatian terhadap

masalah yang dikaji. Cadangan kajian lanjutan juga turut disarankan bagi

penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

vi

ABSTRACT

Nowadays, there are a large number of UTM students doing a part-time job

aside studying in UTM. Therefore, the purpose of this study is to identify the

perception of Bachelor of Science Education (Islamic Studies) students towards

working part-time. There were 82 repondents of 3rd and 4th year SPI students UTM

Skudai involved in this research. This study employed quantitative method using

questionnaire as its main instrument. The questionnaire consist 30 items. The

descriptive statistical analysis was utilized to obtain the frequency counts, percentage

and mean. The data were analyzed using the Statistical Package for Social Science

(SPSS) 14.0 software. Reliability value of this research is α = 0.897. From the

findings, it can be seen that the mean average for perception of SPI students towards

working part-time is 3.75. It is also found that the external factors that encourage the

students to work part-time were because of financial complications as well as to

reduce family burden with a mean of 3.72. Overall, the findings indicate that internal

factor was the main factors that affect students’ decision to work part-time with an

average mean of 4.13. In conclusion, it is suggested that full attention must be given

in order to overcome the studied problems. Several recommendations for futher

research is also proposed at the end of the study.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Persepsi 10

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

viii

1.8.2 Pelajar 10

1.8.3 Kerja Sambilan 10

1.8.4 Faktor Luaran 11

1.8.5 Faktor Dalaman 12

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Definisi Kerja Sambilan 14

2.3 Konsep Kerja Menurut Pandangan Islam 14

2.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Individu Bekerja 18

2.4.1 Bekerja Sebagai Satu Keperluan 18

2.4.2 Bekerja Untuk Memenuhi Tanggungan

Keluarga 18

2.4.3 Bekerja Bagi Meningkatkan Taraf Hidup 19

2.4.4 Bekerja Untuk Keperluan Luar Jangka

Pada Masa Hadapan 19

2.4.5 Bekerja Kerana Minat 20

2.4.6 Faktor Persekitaran 20

2.5 Pembelajaran di Universiti 21

2.5.1 Latar Belakang PPIPS 21

2.5.2 Pelajar Kursus SPI 22

2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24

2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25

2.5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 25

2.5.4.2 PTPTN 26

2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

2.6.1 Sumber Kewangan Tidak Mencukupi 27

2.6.2 Faktor Diri Sendiri 28

2.6.3 Terpengaruh dengan Rakan Yang Telah Bekerja 28

2.6.4 Mencari Pengalaman Kerja 28

2.6.5 Faktor Persekitaran 29

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

ix

2.6.6 Keinginan Membeli Peralatan Moden 30

2.7 Panduan Belajar sambil Bekerja 30

2.7.1 Merancang Jadual Kuliah dan

Jadual Kerja dengan Teliti 30

2.7.2 Mendisiplinkan diri 31

2.7.3 Tidak Bertangguh untuk Menyiapkan Tugasan 31

2.7.4 Pengurusan Masa 31 2.7.5 Menetapkan Matlamat 32

2.8 Kesan Bekerja Sambilan Dalam Kalangan Pelajar 33

2.8.1 Kesan Positif Belajar sambil Bekerja 33

2.8.1.1 Membantu Menguruskan Masa 33

2.8.1.2 Menambah Sumber Kewangan 33

2.8.1.3 Menambah Pengalaman 34

2.8.1.4 Lebih Matang dan Berdikari 34

2.8.1.5 Pencapaian Akademik Yang Baik 35

2.8.2 Kesan Negatif Belajar sambil Bekerja 35

2.8.2.1 Prestasi Akademik Menurun 35

2.8.2.2 Masalah Disiplin 35

2.8.2.3 Kurang Penglibatan dalam

Ko-Kurikulum 36

2.8.2.4 Mudah Rasa Tertekan 36

2.8.2.5 Masa Terhad Bersama Keluarga 36

2.9 Kajian Lepas 37

2.10 Kesimpulan 38

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

x

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 41

3.5.1.1 Soal selidik 41

3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 43

3.6 Prosedur Kajian 44

3.7 Kajian Rintis 44

3.8 Kajian Sebenar 45

3.9 Jangka Masa Kajian 45

3.10 Analisis Data 46

3.11 Kesimpulan 47

BAB 4 ANALISIS DATA 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Bahagian A : Analisis Data Latar Belakang Responden 49

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 49

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut 49

Kursus

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 50

Penaja Pengajian

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 50

Jumlah Pinjaman

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut 51

Kecukupan Perbelanjaan

4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut 52

Bantuan Keluarga

4.2.7 Latar Belakang Responden Mengikut 52

Kerja Sambilan

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 53

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 58

4.5 Analisis Data (Bahagian D) 64

4.6 Analisis Keseluruhan 70

4.7 Kesimpulan 75

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 76

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan 77

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 77

5.2.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Kerja Sambilan 79

5.2.3 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor

Luaran Yang Mempengaruhi Pelajar Melakukan

Kerja Sambilan 82

5.2.4 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor

Dalaman Yang Mempengaruhi Pelajar

Melakukan Kerja Sambilan 85

5.3 Rumusan 87

5.3.1 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Kerja Sambilan 87

5.3.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor

Luaran Yang Mempengaruhi Pelajar Melakukan

Kerja Sambilan 88

5.3.3 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor

Dalaman Yang Mempengaruhi Pelajar

Melakukan Kerja Sambilan 89

5.4 Cadangan 89

5.4.1 Pelajar 89

5.4.2 Ibu Bapa 90

5.4.3 Pihak Universiti dan PPIPS 91

5.4.4 Kementerian Pengajian Tinggi 91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.6 Penutup 93

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Mata pelajaran SPI 23

3.1 Pengkelasan Skala Likert 43

3.2 Skala pemeringkatan Likert untuk min 46

3.3 Nilai skor min 47

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Penaja Pengajian 50

4.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pinjaman 50

4.5 Taburan Responden Mengikut Kecukupan Perbelanjaan 51

4.6 Taburan Responden Bantuan Keluarga 52

4.7 Taburan Responden Mengikut Kerja Sambilan 52

4.8 Taburan Skor Bagi Item Satu 53

4.9 Taburan Skor Bagi Item Dua 54

4.10 Taburan Skor Bagi Item Tiga 54

4.11 Taburan Skor Bagi Item Empat 55

4.12 Taburan Skor Bagi Item Lima 55

4.13 Taburan Skor Bagi Item Enam 56

4.14 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 56

4.15 Taburan Skor Bagi Item Lapan 57

4.16 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 57

4.17 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 58

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

xiii

4.18 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 59

4.19 Taburan Skor Bagi Item Dua belas 59

4.20 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 60

4.21 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 60

4.22 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 61

4.23 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 61

4.24 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 62

4.25 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 62

4.26 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 63

4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua puluh 63

4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 64

4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 65

4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 65

4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 66

4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 66

4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 67

4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 68

4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 68

4.36 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 69

4.37 Taburan Skor Bagi ItemTiga Puluh 69

4.38 Rumusan Persepsi Pelajar SPI Terhadap Kerja Sambilan 70

4.39 Rumusan dapatan kajian Persepsi Pelajar SPI

Terhadap Faktor-Faktor Luaran Yang

Mempengaruhi Pelajar Melakukan

Kerja Sambilan 72

4.40 Rumusan dapatan kajian Persepsi Pelajar SPI

Terhadap Faktor-Faktor Dalaman Yang

Mempengaruhi Pelajar Melakukan

Kerja Sambilan 74

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

xiv

SENARAI SINGKATAN

DPLI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

IPT - Institut Pengajian Tinggi

ITK - Institut Teknologi Kebangsaan JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

KL - Kuala Lumpur

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KS - Kurang Setuju

MARA - Majlis Amanah Rakyat

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan

Sosial

PPK - Pusat Pengajian Kemanusiaan

PSM - Projek Sarjana Muda

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

SPACE - School of Professional And Continuing Education

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Pengajian Islam)

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

s.a.w Sallallahu alaihi wasallam (Rasulullah)

S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala(Allah)

TS - Tidak Setuju

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

xv

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UPK - Unit Perkhidmatan Kemasyarakatan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

YAKIN - Yayasan Kelantan Darul Naim

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

xvi

SENARAI SIMBOL

a = Alpha % = Peratus

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Mendapatkan Maklumat

(Perpustakaan Sultanah Zanariah)

C Gambar Pelajar Bekerja

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tiap-tiap diri manusia bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya (Liza

Angelo, 2001: 75). Oleh yang demikian, kita sebagai manusia dan makhluk Allah harus

sedar akan peranan dan tanggungjawab kita serta melaksanakannya dengan bersungguh-

sungguh. Tambahan lagi, tanggungjawab sebagai seorang pelajar adalah besar yang

mana mereka yang sedang menuntut ilmu memikul harapan yang besar daripada ibu

bapa mereka. Oleh itu, setiap pelajar bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-

sungguh bagi memastikan kejayaan milik mereka (Abd Rahman Aziz, 1997: 48).

Namun, memandangkan ekonomi sekarang ini terus meningkat, maka kos untuk

sara diri semakin tinggi yang menyebabkan segelintir pelajar terpaksa bekerja secara

sambilan bagi menampung perbelanjaan harian mereka (Kosmo Online, 25 Jun 2008).

Ini menyebabkan tugas sebagai pelajar semakin berat di mana selain belajar, mereka

terpaksa bekerja. Hal yang demikian memerlukan pelajar yang bijak mengimbangi masa

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

2

antara belajar dan bekerja supaya pelajaran mereka tidak terjejas akibat bekerja ketika

belajar (Mohd Yusuf Othman, 2003: 45).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dunia yang semakin berkembang telah membawa banyak perubahan dalam

pelbagai bidang. Bidang pendidikan turut tidak ketinggalan dalam mengalami reformasi

agar selaras dengan hasrat negara bagi mencapai wawasan 2020. Selaras dengan hasrat

negara tersebut, dunia pendidikan telah menjadi elemen yang terpenting dalam mencapai

matlamat dan hasrat negara. Ia bukan sahaja digunakan untuk menyatupadukan

masyarakat malah turut digunakan bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional agar

mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi. Pendidikan mempersiapkan

seseorang supaya ia dapat hidup dengan sempurna, sistematik, cekap dan bekerjasama

dengan orang lain. Ia amat bersesuaian dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia

iaitu mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang

mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu,

masyarakat dan negara (www.kpm.gov.my).

Namun, peningkatan ekonomi pada masa kini telah menyebabkan ramai pelajar

terpaksa melakukan kerja sambilan bagi menampung perbelajaaan harian, yuran dan

sebagainya. Kekurangan wang untuk belajar juga memaksa pelajar untuk bekerja secara

sambilan (Berita Harian Online, 18 Jun 2002). Sekiranya hal sedemikian berlanjutan,

mampukah negara melahirkan mahasiswa yang berkualiti akademiknya dan sentiasa

cemerlang dalam pelajaran tanpa mengabaikan kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab

mereka sebagai seorang pelajar. Sekiranya pelajar mempunyai banyak komitmen,

bagaimana mereka boleh memikul tanggungjawab sebagai pelajar dan pekerja dalam

masa yang sama.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

3

Keperluan dalam pemenuhan kehendak dan kepentingan setiap individu dalam

sesuatu masyarakat itu telah menyebabkan tercetusnya perasaan saling memerlukan dan

tolong-menolong antara satu sama lain (Mustafa Haji Daud,1996: 23). Dalam

menempuh kejayaan pula, sememangnya rakan-rakan memberi pengaruh yang besar di

samping membantu untuk mencapai kejayaan. Namun, pelajar yang melakukan kerja

sambilan tersebut harus sedar bahawa rakan mereka juga mempunyai tanggungjawab

dan kerja yang banyak untuk diselesaikan. Masalah timbul apabila kerja yang diberikan

tidak disiapkan dan hanya pelajar lain yang sentiasa menyiapkan kerja yang diberikan

sedangkan ia merupakan kerja kumpulan. Hal yang demikian akan menimbulkan

kesulitan kepada rakan-rakan lain.

Namun begitu, fenomena pelajar bekerja ini sudah menjadi satu sistem

pendidikan di Amerika Syarikat di mana para pelajarnya digalakkan bekerja.

Rasionalnya, pelajar dibiasakan dengan kehidupan sebenar apabila tamat belajar kelak.

Dengan bekerja, pelajar mempunyai sikap berdikari, berani membuat keputusan di

samping menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Malahan ia mengajar pelajar

mencari wang sendiri di samping mengatur perbelanjaan diri sendiri (Utusan Malaysia

Online, 6 Ogos 2008).

Menurut Datuk Muhammad Alias yang juga merupakan bekas seorang diplomat

yang kini bermastautin di Los Angeles, Amerika Syarikat menyatakan bahawa

pengalaman bekerja walaupun di kedai runcit, restoran McDonald’s atau Kentucky Fried

Chicken boleh membantu seseorang calon ketika memohon pekerjaan nanti. Budaya

belajar sambil bekerja telah bermula sejak bergenerasi (Utusan Malaysia Online, 6 Ogos

2008).

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

4

Bagi sesetengah pelajar, mereka diberi tanggungjawab untuk menguruskan

perbelanjaan harian mereka sendiri dan mereka tidak lagi memohon wang daripada ibu

bapa. Lantaran itu mereka terpaksa bekerja keras di samping belajar dan mereka tidak

mempunyai masa lapang untuk melepak atau membuat kerja-kerja tidak berfaedah.

Budaya seperti ini patut digalakkan di Malaysia. Dipercayai kegiatan lumba haram dan

lain-lain tidak akan wujud sekiranya para belia Malaysia termasuk para pelajar

menghabiskan masa dengan bekerja. Dengan cara ini juga, Malaysia boleh

mengurangkan import pekerja-pekerja asing (Utusan Malaysia Online, 6 Ogos 2008).

Para pelajar juga tidak perlu membuat pinjaman yang besar ketika menuntut di

universiti. Mungkin mereka memerlukan pinjaman yang kecil sahaja sebagai tambahan

kepada gaji mereka. Perkara seumpama ini telah dipraktikkan dalam kalangan pelajar-

pelajar universiti Amerika dan ia mungkin boleh diterapkan di Malaysia memandangkan

pelbagai masalah yang timbul yang melibatkan kewangan sehingga pelajar perlu

mengurus masa belajar dan bekerja untuk menambahkan pendapatan (Utusan Malaysia

Online, 6 Ogos 2008).

Menariknya pelajar-pelajar di Amerika berebut-rebut mencari kerja. Ini tidak

pula bermakna mereka mengabaikan pelajaran. Ibu bapa menggalakkan mereka bekerja

meskipun daripada golongan berada. Sekiranya kita memasuki restoran atau gedung-

gedung perniagaan khususnya di waktu petang atau hujung minggu sebahagian besar

daripada pekerjanya adalah para pelajar (Utusan Malaysia Online, 6 Ogos 2008).

Sering juga terbaca di akhbar, ramai graduan gagal mendapat pekerjaan ataupun

tidak menyerlah di dalam tugas. Antara sebabnya dikatakan mereka kurang pengalaman

dan tahap kebolehan mereka tidak sampai ke peringkat yang diperlukan. Perkara

tersebut boleh diatasi sekiranya para pelajar mempunyai pengalaman bekerja. Menteri

Sumber Manusia pada waktu itu iaitu Datuk Seri Dr Fong Chan Onn menasihatkan

pelajar universiti agar mencari kerja sambilan semasa cuti bagi mencerahkan peluang-

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

5

peluang mendapat pekerjaan selepas tamat belajar. Pengetahuan berdasarkan buku

sahaja tidak akan membawa seseorang ke mana-mana tanpa pengalaman praktikal.

Seperti yang telah dihuraikan, dapat kita lihat bahawa jika pelajar-pelajar asing boleh

membuat kerja di dalam berbagai bidang termasuk restoran tidak ada sebab kerja-kerja

seumpama itu tidak boleh dilakukan pelajar-pelajar di Malaysia dan berbekalkan

pengalaman yang ada memberi peluang kepada pelajar untuk mudah mendapatkan kerja

kelak (http://www.bernama.com/selangor_maju/news_bm.php?id=232899&lang=my).

Di sini juga kita dapat lihat, kesempitan hidup ada kalanya menyebabkan ada

remaja yang terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pengajian ke institusi

pengajian tinggi (IPT). Namun, bagi yang tabah dan memikirkan masa depan, mereka

tetap memilih untuk melanjutkan pengajian bagi memenuhi impian dan harapan untuk

mengharungi masa depan. Mereka memilih untuk bekerja secara sambilan bagi

menampung kehidupan (Berita Harian Online,2 Julai 2002).

Menyedari keperluan kewangan perlu bagi meneruskan hidup, mereka

menjadikan cuti hujung minggu dan masa lapang selepas kelas untuk bekerja. Banyak

pekerjaan yang dipilih oleh pelajar dengan bekerja sambilan di dalam kampus atau yang

berdekatan dengan kampus. Antaranya, mereka bekerja di restoran makanan segera atau

kafeteria kolej, kedai photostat, mini market atau pusat beli-belah yang berdekatan.

Masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan ramai yang bekerja untuk menampung

kos hidup. Walaubagaimanapun, ada dalam kalangan pelajar yang bekerja untuk

membantu meringankan beban keluarga di kampung (Berita Harian Online, 2 Julai

2002).

Tidak kurang juga terdapat penuntut universiti yang berusia belasan tahun dan

awal 20-an sudah pandai mencari rezeki yang lumayan dengan menggadaikan tubuh

mereka disebabkan inginkan “duit lebih”. Terdapat juga di dalam majalah-majalah yang

melaporkan para pelajar universiti yang menjadi pelayan di bar dan kelab malam sebagai

pekerjaan sambilan (Haikal Akashah,2007:4). Pusat-pusat hiburan pada keseluruhannya

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

6

tidak menepati ciri-ciri keperluan perniagaan dalam Islam atas dasar memberi lagha

kepada para pengunjungnya (Wan Sabri Wan Husin, 2004: 157). Etika bekerja untuk

orang Islam adalah tidak melibatkan diri dalam pekerjaan yang tidak dibenarkan oleh

Islam walaupun kerja sambilan tersebut dapat menjana pendapatan tambahan (Harian

Metro, 3 Februari 2009). Bekerja dengan cara yang salah hanya untuk memuaskan

nafsu dan kepentingan diri dan melanggar syariat adalah tidak dibenarkan.

Hal yang demikian telah mencetuskan perasaan dilema dalam diri pelajar bagi

memilih antara bekerja dan belajar. Sekiranya pelajar memilih untuk belajar, pelajar

akan terganggu kerana menghadapi masalah kewangan yang tidak kukuh terutamanya

kepada pelajar yang berkahwin ketika belajar. Namun, jika pelajar membuat kerja

sambilan (part-time) akan mengganggu pelajaran mereka (Haikal Akashah,2007: 6).

Oleh itu, satu jalan penyelesaian perlu diusahakankan bagi membantu pelajar

supaya mereka tidak perlu untuk bekerja jika ia membawa masalah kepada pelajar.

Semua pihak perlu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini agar satu natijah yang

baik dapat dihasilkan.

1.3 Penyataan Masalah

Dalam konteks sekarang ini, penyelidik melihat terdapat banyak perkara yang

mempengaruhi pelajar bekerja seperti faktor kewangan, pengaruh rakan sebaya, mencari

pengalaman, faktor persekitaran dan lain-lain. Kesan-kesannya bervariasi antara positif

dan negatif. Atas sebab-sebab di atas, penyelidik berasa amat wajar dan perlu satu

kajian awal dijalankan untuk mengesan faktor-faktor pelajar bekerja sambilan di UTM

khasnya dalam kalangan pelajar SPI. Oleh itu, penyelidik merancang untuk

menjalankan kajian mengenai persepsi pelajar dengan tajuk Apakah Persepsi Pelajar

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Kerja Sambilan.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24 2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25 2.5.4.1 Kementerian Pelajaran ... 2.6 Belajar Sambil Bekerja 26

7

1.4 Objektif Kajian

Penyelidik telah meletakkan beberapa objektif yang menjadi sebab kajian ini

dilaksanakan. Hal ini menunjukkan bahawa kajian ini dilaksanakan kerana mempunyai

alasan dan sebab yang kukuh. Objektif tersebut ialah:

1.4.1 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan.

1.4.2 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor luaran yang

mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan.

1.4.3 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor dalaman yang

mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan.

1.5 Persoalan kajian

1.5.1 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan.

1.5.2 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor luaran yang mempengaruhi

pelajar melakukan kerja sambilan.

1.5.3 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi

pelajar melakukan kerja sambilan.