UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16...
AMALAN SOLAT SUNAT DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR SPI. SATU KAJIAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ROSMAZIAH BT ABDUL KADIR @ ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
AMALAN SOLAT SUNAT DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR SPI.
SATU KAJIAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ROSMAZIAH BT ABDUL KADIR @ ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
ii
iii
DEDIKASI
Khas Buat
Ayahanda Abdul kadir @ Ismail bin Abdullah dan Bonda Siti Eshah binti Salleh … Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,
Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu Tidak akan kulupakan
Menjadi kekuatan dan semangatku... Menuju ke puncak kejayaan
Kekanda Rosmaini dengan pasangannya Mahadir, Kekanda Rosmawati dan kekanda Rosmaria…
Perjalanan kita masih jauh Berjuanglah hingga ke akhir hayat
Agar kebahagiaan diakhir noktahnya Semoga keakraban kita kekal selamanya
Buat guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu.. Terima kasih di atas segalanya
Pergorbanan yang anda curahkan amat saya hargai
Sahabat seperjuanganku.. Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan
Atas segala suka duka tika bersama Tak mungkin kulupakan
Jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian Pahit manis kita lalui
Akan ku abadikan diingatan hingga ke hujung nyawa Salam penuh kasih sayang
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta selawat dan
salam buat Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang
dihormati, Dr. Ramli bin Awang di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta
tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses pembikinan laporan ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu
melengkapkan lagi laporan ini.
Terima kasih kepada semua pelajar SPI yang telah memberikan kerjasama yang
sebaiknya di sepanjang proses mengedarkan soal selidik. Buat sahabat-sahabat tahun
akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2008/2009, terima
kasih kerana memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Penglibatan pelajar dalam melaksanakan solat sunat bukanlah suatu perkara yang baru.
Justeru, tahap pengamalan solat sunat di kalangan pelajar SPI telah mendapat perhatian
penyelidik. Di samping itu juga, kajian ini turut mengkaji jenis-jenis solat sunat yang
diamalkan oleh pelajar SPI serta faktor-faktor utama yang mendorong pelajar
melaksanakan solat sunat . Dalam konteks kajian ini, penyelidik telah memilih pelajar
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sebagai responden. Seramai 46
pelajar telah dipilih untuk mewakili sampel kajian. Set soal selidik yang mengandungi
30 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk
mendapatkan nilai kekerapan, peratusan serta min dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Nilai kebolehpercayaan soal
selidik ialah α = 0.8013. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui dan
memahami tentang solat-solat sunat. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam
melaksanakan solat sunat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut
dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap
kefahaman dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat sunat di kalangan pelajar SPI,
khususnya di kampus.
vi
ABSTRACT
Student’s involvement in performing sunat prayer is not a new thing. Therefore, the
practice of sunat prayer among SPI student has captured the attention of the researcher.
Besides that, this research also investigates the types of sunat prayers that is being
practiced by SPI students as well as the main factors that encourage students to perform
sunat prayers. In the context of this research the students from the Bachelor of Science
Degree With Education (Islamic Studies) has chosen as the respondents. A total of 46
students were chosen to represent the sample of research. A set of questionnaire that
consists of 30 items was distributed to the respondents and it was analyzed descriptively
to obtain the value of frequency, percentage and mean using the Statistical Packages
For Social Sciences (SPSS) version 12.0. The value of reliability of questionnaire is α =
0.8013. The outcome of the analysis shows that respondent knew and understood about
sunat prayers. However, the degree of practice in performing sunat prayers is out of
satisfactory level. Thus, a few particular recommendations have been suggested to
certain parties for action in order to increase the understanding and degree of practice in
performing sunat prayers among the SPI student, especially in campus.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Amalan 8
1.8.2 Solat 8
1.8.3 Sunat 8
1.8.4 Pelajar 9
viii
1.8.5 SPI 9
1.9 Kesimpulan 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pengertian Solat Sunat 12
2.3 Jenis-jenis Solat Sunat 14
2.3.1 Sunat Mutlak 14
2.3.2 Sunat Muqayyad 14
2.3.3 Sunat Ghairu Muakkad 15
2.3.4 Sunat Muakkad 15
2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16
2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17
2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 18 2.5.2 Menghalang Perbuatan Maksiat Dan Dosa 20 2.5.3 Dapat Menghapuskan Dosa 20
2.6 Jenis-jenis Solat Sunat Yang Diamalkan Oleh Pelajar SPI 21 2.6.1 Rawatib (qabliah dan ba’diah) 22
2.6.2 Duha 23
2.6.3 Hajat 24
2.6.4 Tahajud 25
2.6.5 Witir 27
2.7 Faktor-faktor yang Mendorong Pelajar Untuk
Melakukan Solat Sunat 28
2.7.1 Diri Sendiri / Kendiri 28
2.7.2 Keluarga 29
2.7.3 Rakan Sebaya 31
2.7.4 Media Massa 33
ix
2.8 Kajian Lepas 34
2.9 Kesimpulan 36
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 39
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 40
3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 42
3.6 Prosedur Kajian 42
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Analisis Data 44
3.9 Jangka Masa Kajian 45
3.10 Kesimpulan 46
BAB IV ANALISIS DATA 47
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Item Bahagian A 48
4.2.1 Jantina Responden 48
4.2.2 Umur Responden 48
4.2.3 Pendidikan terakhir responden 49
4.2.4 Status responden 50
4.2.5 Pendidikan Ibu responden 50
4.2.6 Pendidikan Bapa responden 51
4.2.7 Pekerjaan Ibu Responden 51
4.2.8 Pekerjaan Bapa Responden 52
4.3 Analisis Item Bahagian B, C dan D 53
4.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar SPI Mengenai
x
Solat Sunat 53
4.3.2 Jenis-jenis Solat Sunat Yang Diamalkan
Oleh Pelajar SPI 58
4.3.3 Faktor-faktor Utama Yang Mempengaruhi
Pelajar SPI Melakukan Solat Sunat 64
4.4 Analisis Keseluruhan Data Bahagian B, C Dan D 69
4.4.1 Tahap Kefahaman Pelajar SPI Mengenai
Solat Sunat 69
4.4.2 Jenis-jenis Solat Sunat Yang Diamalkan
Oleh Pelajar SPI 71
4.4.3 Faktor-faktor Utama Yang Mempengaruhi
Pelajar SPI Melakukan Solat Sunat 73
4.5 Kesimpulan 75
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Ringkasan Kajian 77
5.3 Perbincangan 77
5.3.1 Perbincangan Bahagian A: Analisis Latar
Belakang Responden 78
5.3.2 Perbincangan Bahagian B: Tahap Kefahaman
Pelajar SPI mengenai Solat Sunat 80
5.3.3 Perbincangan Bahagian C: Jenis-jenis
Solat Sunat Yang Diamalkan Oleh Pelajar SPI 82
5.3.4 Perbincangan Bahagian D: Faktor-faktor Utama
Yang Mempengaruhi Pelajar SPI Melakukan
Solat Sunat 84
5.4 Rumusan Kajian 87
5.5 Cadangan 87
5.5.1. Pelajar 88
5.5.2 Ibu Bapa 88
xi
5.5.3 Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan
Sosial (PPIPS) 89
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.7 Kesimpulan 91
SENARAI RUJUKAN 92
LAMPIRAN 97
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Nilai Skor Min 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 48
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Terakhir 49
4.4 Taburan Responden Mengikut Status 50
4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu 50
4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa 51
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 51
4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 52
4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 53
4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 54
4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 54
4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 55
4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 55
4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 56
4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 56
4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 57
4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 57
4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 58
4.19 Taburan Skor Bagi Item 11 59
4.20 Taburan Skor Bagi Item 12 59
4.21 Taburan Skor Bagi Item 13 60
4.22 Taburan Skor Bagi Item 14 60
4.23 Taburan Skor Bagi Item 15 61
4.24 Taburan Skor Bagi Item 16 61
xiii
4.25 Taburan Skor Bagi Item 17 62
4.26 Taburan Skor Bagi Item 18 62
4.27 Taburan Skor Bagi Item 19 63
4.28 Taburan Skor Bagi Item 20 63
4.29 Taburan Skor Bagi Item 21 64
4.30 Taburan Skor Bagi Item 22 65
4.31 Taburan Skor Bagi Item 23 65
4.32 Taburan Skor Bagi Item 24 66
4.33 Taburan Skor Bagi Item 25 66
4.34 Taburan Skor Bagi Item 26 67
4.35 Taburan Skor Bagi Item 27 67
4.36 Taburan Skor Bagi Item 28 68
4.37 Taburan Skor Bagi Item 29 68
4.38 Taburan Skor Bagi Item 30 69
4.39 Taburan Skor Item 1-10 69
4.40 Taburan Skor Item 11-20 71
4.41 Taburan Skor Item 21-30 73
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
S - Setuju
SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)
SS - Sangat Setuju
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
STS - Sangta Tidak Setuju
S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UM - Universiti Malaya
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 97
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ibadat solat merupakan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain. Allah
telah menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat dan mengabdikan diri
kepada-Nya. Firman Allah:
$tΒuρ àM ø) n=yz £⎯ Åg ø:$# }§ΡM}$# uρ ωÎ) Èβρ߉ç7 ÷èu‹ Ï9 ∩∈∉∪
Maksudnya: “ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepada-Ku”.
(Az-Zariat, 51:56)
Solat merupakan kewajipan dan syiar pertama dalam Islam kerana ia
merupakan satu bentuk penghambaan diri kepada Allah SWT. Solat juga merupakan
ibadat yang paling agung berbanding dengan ibadat-ibadat lain kerana Allah telah
mewahyukan solat kepada Rasullulah dengan cara yang istimewa iaitu ketika Nabi di
2
mikrajkan. Sedangkan rukun Islam lain tidak seistimewa ibadat solat. Dalam erti kata
yang sebenar solat merupakan amal ibadat dan tiang kepada agama Islam.
Ibadat solat secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
solat fardu dan solat sunat. Menjadi kewajipan ke atas setiap individu muslim lagi
berakal menunaikan solat fardu lima kali sehari semalam walaupun dalam apa
keadaan sekalipun. Begitu juga muslim dianjurkan agar menunaikan solat sunat
supaya dapat melengkapi kekurangan-kekurangan yang mungkin terdapat dalam solat
fardu. (Rokma bt. Mamat, 2007: 3).
Setiap ibadah yang diperintahkan dalam Islam diiringi dengan ibadah sunat
sebagai pelengkap terhadap ibadah tersebut, di samping sebagai salah satu jalan bagi
umat Islam untuk mencapai darjah takwa di sisi Allah S.W.T. Ibadah zakat diiringi
dengan ibadat sedekah, ibadat haji diiringi oleh ibadat umrah, ibadah puasa pula
diiringi dengan berbagai jenis puasa sunat. Demikian juga dengan ibadah solat, ia juga
diiringi oleh beberapa jenis solat sunat. Solat sunat adalah bertujuan untuk
melengkapi kekurangan-kekurangan yang mungkin terdapat dalam solat fardu yang
kita kerjakan. (Akmal Hj. Mhd Zain, 1998: xi).
Selain itu solat-solat sunat ini disyariatkan untuk membangkitkan jiwa orang
mukmin dalam mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah S.W.T disamping
memberi kesempatan kepada mereka untuk berlumba-lumba memperolehi kebajikan
dan kesempurnaan dari sudut pengabdian kepada Allah S.W.T.
Seorang mukmin yang sejati tidak akan pernah merasa puas apabila ia hanya
berada pada tahap menghampirkan diri kepada Allah dengan jalan mengerjakan
segala yang fardu sahaja, tetapi dia mahu mendaki ke maqam yang lebih tinggi lagi
iaitu ke peringkat “maqam mahmudah” atau maqam yang terpuji dengan
melaksanakan ibadah-ibadah tambahan, yang dalam hal ini ialah solat-solat sunat.
3
Seorang mukmin yang sudah kuat jiwa dan kemahuannya, tidak akan merasa
keberatan untuk melakukan solat-solat sunat disamping solat-solat yang difardukan ke
atasnya. Malah mereka berasa gembira dan mendapat ketenangan jiwa dengan
mengabdikan diri kepada Allah Taala semata-mata.
1.2 Latar Belakang Masalah
Segelintir masyarakat pada hari ini tidak begitu peka terhadap amalan solat-
solat sunat. Malah mereka beranggapan bahawa amalan solat sunat tidak begitu
penting dan mereka mengabaikannya. Pada hal mereka mengetahui, Allah telah
menjanjikan kepada sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran dan pahala
disisi-Nya. Seperti mana kita ketahui bahawa amalan solat-solat sunat merupakan
suatu amalan mulia dan sebagai pengikat serta penghubung seorang hamba kepada
pencipta-Nya.
Menurut pendapat Abdul Aziz Ismail (2005: 29) salah satu jalan untuk
mendekatkan hubungan dengan Allah adalah dengan melakukan solat sunat kerana ia
merupakan santapan rohani bagi semua orang mukmin.
Selain itu, apa yang paling menyedihkan ialah kebanyakan masyarakat Islam
pada zaman kini lebih cenderung ke arah keduniaan daripada melakukan ibadat
kepada Allah S.W.T. Dalam erti kata yang lain mereka sukar untuk melakukan ibadat
sunat termasuklah melakukan solat-solat sunat. Kebanyakan mereka sibuk dalam
aktiviti kehidupan seharian.
Disebabkan kesibukan dalam aktiviti seharian mereka lalai untuk mendirikan
solat sunat. Mereka banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak
4
berfaedah atau melakukan maksiat. Kealpaan dan kelalaian dalam membuat kebaikan
menyebabkan umat Islam lupa pada Allah.
Kejahilan salah satu faktor yang menyebabkan mereka tidak mengerjakan
solat sunat. Mereka juga kurang berminat dan malas serta tidak mempunyai
kesungguhan terhadap penimbaan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu
keagamaan dan mendalami pengetahuan mengenai Islam. Kejahilan ini yang
menyebabkan mereka kurang berminat untuk melakukan solat sunat.
Rokma bt Mamat (2007: 111) menjelaskan bahawa catatan yang paling tinggi
bagi mahasiswa tidak mengerjakan solat sunat disebabkan oleh perasaan malas yang
wujud dalam diri mereka. Sikap ini sepatutnya tidak perlu wujud dalam diri mereka
kerana amalan mengerjakan solat sunat merupakan amalan mulia di sisi Allah Taala.
1.3 Penyataan Masalah
Solat sunat merupakan salah satu cabang ibadah yang sangat dituntut untuk
dikerjakan. Ia merupakan amalan pilihan dalam beribadat kepada Allah S.W.T.
Sekiranya solat sunat tersebut dibuat maka akan mendapat pahala tetapi sekiranya
tidak dibuat sebaliknya.
Disebabkan kurangnya kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan solat
sunat menyebabkan mereka memandang remeh terhadap amalan solat sunat. Dalam
diri mereka juga, tiadanya sikap ingin mengetahui serta mendalami secara terperinci
tentang kelebihan dan hikmat yang diperolehi dengan melakukan solat sunat.
5
Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas beberapa
objektif yang dicadangkan oleh pengkaji agar dapat mengetahui dan melihat
sejauhmana pengamalan solat sunat dikalangan pelajar SPI dalam kehidupan seharian
mereka. Ini kerana pelajar SPI merupakan contoh kepada pelajar-pelajar lain. Jadi
sebelum melihat solat sunat pelajar lain terlebih dahulu penyelidik ingin melihat solat
sunat di kalangan pelajar SPI.
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini dijalankan ialah:
1.4.1 Untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar SPI mengenai solat sunat.
1.4.2 Untuk mengenalpasti jenis-jenis solat sunat yang diamalkan oleh pelajar
SPI.
1.4.3 Untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar SPI
melakukan solat sunat.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian penyelidikan ialah :
1.5.1 Sejauhmanakah tahap kefahaman pelajar SPI mengenai solat sunat.
6
1.5.2 Apakah jenis-jenis solat sunat yang diamalkan oleh pelajar SPI.
1.5.3 Apakah faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar SPI melakukan
solat sunat.
1.6 Kepentingan Kajian
Pengkaji sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan
oleh seluruh umat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa
kepentingan iaitu;
1.6.1 Memberi kesedaran kepada pelajar SPI itu sendiri memandangkan
mereka merupakan aset yang penting dan merupakan contoh ikutan
kepada pelajar lain.
1.6.2 Memberi pendedahan tentang kelebihan dan kepentingan amalan solat
sunat.
1.6.3 Menggalakkan pelajar supaya memperbanyakan solat sunat dan
menggalakkan mereka supaya terlibat dalam aktiviti keagamaan.
1.6.4 Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia
supaya dapat membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang
7
bagi memastikan pelajar-pelajar yang beragama Islam faham dan
mengamalkan solat sunat dengan sempurna.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sahaja.
IPTA lain tidak terlibat dengan kajian ini. Kajian ini hanya dijalankan di Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Fakulti lain yang terdapat di UTM tidak tersenarai
dalam kajian ini. Selain itu kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun akhir kursus
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) (SPI), UTM yang
mengikuti pengajian sepenuh masa sesi 2008/2009. Responden yang diambil adalah
seramai 46 orang pelajar.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menerangkan tentang jenis-jenis solat sunat
yang dilaksanakan oleh pelajar SPI. Antara solat sunat yang dibicarakan iaitu solat
sunat Rawatib, Tahajud, Hajat, Duha dan Witir. Pengkaji memfokus hanya 5 jenis
solat sunat kerana, kebanyakan pelajar seringkali melakukan solat sunat tersebut, dan
ia menjadi rutin harian bagi seorang muslim. Kajian ini juga terbatas hanya kepada 4
faktor yang mempengaruhi pelajar dalam melakukan solat sunat, antaranya ialah
faktor diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, dan media massa.
1.8 Definisi / Istilah
Definisi istilah yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah
secara spesifik yang berkaitan dengan tajuk kajian. Terdapat beberapa istilah yang
perlu didefinisikan di dalam kajian ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada
pembaca. Istilah-istilah tersebut ialah:
8
1.8.1 Amalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 42) amalan bermaksud sesuatu
yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan
padanya.
Dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana pengamalan solat sunat
yang dilakukan oleh pelajar terutamanya pelajar SPI, kerana mereka bakal menjadi
ustaz dan ustazah suatu hari nanti.
1.8.2 Solat
Kamus Dewan (2007: 1514) mentakrifkan sebagai sembahyang dalam agama
Islam. Manakala menurut Ensiklopedia Islam (2005: 121) solat adalah suatu yang
terdiri atas ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan
diakhiri dengan salam dengan syarat tertentu.
Dalam kajian ini solat yang dimaksudkan adalah mengenai solat-solat sunat
dan bukannya solat fardu.
1.8.3 Sunat
Kamus Dewan (2007: 1543), mendefinisikan perkataan sunat sebagai hukum
yang menggalakkan sesuatu perbuatan (dalam Islam) yang menjanjikan ganjaran
pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.
9
Manakala menurut Kamus Za’ba (2000: 1082), menjelaskan sunat sebagai
perkara yang mendapat pahala jika dibuat tetapi tidak berdosa jika tidak dilakukan.
1.8.4 Pelajar
Sepertimana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 21), pelajar adalah
orang yang belajar seperti murid di sekolah atau orang yang mengaji iaitu menyelidiki
ilmu seperti pelajar universiti. Sementara menurut Kamus Za'ba (2000: 17), pelajar
bermaksud orang yang belajar atau orang yang menyelidiki ilmu. Manakala Kamus
Pelajar Bahasa Malaysia (1987: 8), pelajar bermaksud orang yang belajar, penuntut
dan murid.
Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar yang mengikuti
kursus Pengajian Sarjana Muda Serta Pendidikan (Pengajian Islam).
1.8.5 SPI
SPI ialah singkatan dari istilah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Ia merupakan satu-satunya kursus
di UTM yang berkisar tentang ilmu-ilmu agama seperti akidah, bahasa Arab, mantiq
dan sebagainya. Kursus ini akan melahirkan graduan yang akan menjadi tenaga
pengajar di sekolah nanti.
10
1.9 Kesimpulan
Secara umumnya, amalan solat sunat merupakan suatu amalan yang mulia
disisi Allah Taala. Solat sunat dapat mendidik jiwa dan rohani bagi setiap manusia. Ia
juga bertujuan untuk mengangkat darjat dan martabat manusia yang sering
mengamalkannya serta mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.