UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK...

23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 33, LORONG LIMAU MANIS, PM DR MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHAD TAMAN JALI, 01000 KANGAR PERLIS Nama Penyelia Tarikh: OCTOBER 2008 Tarikh: OCTOBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 33, LORONG LIMAU MANIS, PM DR MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHADTAMAN JALI, 01000 KANGAR PERLIS Nama Penyelia Tarikh: OCTOBER 2008 Tarikh: OCTOBER 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan :………………………………………….

Nama Penyelia : PM Dr Mohammad Yusof Bin Arshad

Tarikh : OKTOBER 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK

SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :……………………………………………

Nama : Syarifah Natrah Syahimah Binti Syed Mohammad

Tarikh : OKTOBER 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT

BONDA YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN

KU. TERIMA KASIH DAN SAYANG YANG

TAK TERHINGGA UNTUKMU. PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG

MU MENJADI PENAWAR DAN SEMANGAT UNTUKKU

KHAS BUAT

ABANG SYAM, ABANG NGAH, ABANG DIN, SU DAN KAMIL YANG DISAYANGI TERIMA KASIH ATAS PERTOLONGAN DAN SEMANGAT YANG DIBERIKAN

SEPANJANG PERJUANGAN INI

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah

dan kurnianya dapat saya menyiapkan projek ini dengan sebaik mungkin.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang

tidak terhingga buat penyelia PM Dr Mohammad Yusof Bin Arshad di atas bimbingan

dan tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Melalui bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga saya telah berjaya

menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi terima kasih juga buat pengetua, guru-guru dan kakitangan

sekolah yang terlibat dalam menjalankan kajian ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga dihulurkan buat Norra, Hafilah, Izzah,

Faza, Miza, Intan, Raziz, Widya dan rakan-rakan yang banyak membantu, memberi

tunjuk ajar serta sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek ini. Semoga jasa kalian akan diberkati oleh Yang Maha Berkuasa.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep

alternatif di kalangan pelajar sekolah menengah berumur 16 dan 17 tahun terhadap

konsep perubahan fizik dalam fenomena di sekeliling mereka. Kajian ini dijalankan ke

atas 200 orang pelajar di empat buah sekolah menengah di negeri Perlis Indera

Kayangan yang telah dipilih secara rawak. Soalan-soalan berstruktur yang diberikan

kepada pelajar adalah berkaitan dengan fenomena harian di sekeliling mereka. Data

yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan untuk dibuat perbandingan

menggunakan Concept Profile Iventory (CPI). Analisis menunjukkan bahawa

kefahaman pelajar mengenai konsep perubahan fizik adalah tidak mantap. Kebanyakan

pelajar menggunakan idea alternatif apabila memberikan penjelasan mengenai sesuatu

fenomena yang sepatutnya memerlukan penjelasan secara sainstifik. Selain itu, pelajar

juga menggunakan ‘common sense’ atau berasaskan kepada akal kebiasaan sebagai

respon kepada persoalan yang dikemukakan. Idea-idea yang dibina daripada interaksi

dengan persekitaran serta idea-idea alternatif didapati menghalang pembelajaran dan

kefahaman konsep-konsep sains. Dapatan dan cadangan kajian diharapkan dapat

memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap pembinaan konsep di kalangan pelajar

dan strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih berkesan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the secondary school pupils’ understanding

physical changes on common phenomena. Two hundred pupils age between 16 and 17

years old of four schools in Perlis Indera Kayangan were chosen randomly as sampel. A

set of question consisted of eight questions were given to the pupils. Their responses

were analyzed using Concept Profile Iventory (CPI). The finding showed that pupils’

understanding of physical change of matter were not consistent with scientific theory in

explaining the above phenomena. From the result and discussion, teacher should be

more sensitive about pupils’ alternative ideas and improve their teaching strategy.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

KANDUNGAN

M/SURAT

Pengesahan Status Tesis i

Halaman Pengesahan Penyelia ii

Halaman Judul iii

Halaman Pengakuan Penyelidik vi

Dedikasi v

Penghargaan vi

Abstrak vii

Abstract vii

Kandungan ix

Senaria Jadual xii

Senarai Gambarajah xv

Senaria Lampiran xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Sains 11

2.2 Sains dan Kurikulum Sains 12

2.3 Perubahan Fizik dan Perkonsepan Pelajar Mengenai Fenomena

Perubahan Fizik 15

2.4 Kerangka Alternatif 16

BAB 3 METHODOLOGI 3.1 Reka bentuk Kajian 22

3.2 Pemilihan Sekolah 22

3.3 Sampel Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian 23

3.5 Prosedur 26

3.6 Analisis Kajian 26

BAB 4 ANALISIS DAN HURAIAN DATA 4.1 Pendahuluan 28

4.2 Analisis Dan Perbincangan 28

4.2.1 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena

Pendidihan Air 29

4.2.2 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena

Pelarutan Garam 37

4.2.3 Kefahaman Pelajar Terhadap Pelarutan

Gula Bersama Daun Teh 45

4.2.4 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Pencairan Ais 51

4.2.5 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena

Pencairan dan Pembekuan Lilin 58

4.2.6 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena

Pemeruapan Pewangi 65

4.2.7 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena

Kondensasi Wap Air 74

4.2.8 Kefahaman Pelajar Terhadap Fenomena

Pemejalwapan Iodin 81

4.3 Kesimpulan 88

BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 89

5.2 Dapatan Kajian dan Perbincangan

5.2.1 Konsep asas perubahan fizik 81

5.2.2 Kefahaman pelajar pada aras makroskopik, mikroskopik

dan persimbolan dalam perubahan fizik 91

5.3 Rumusan 92

5.4 Implikasi kepada pendidikan 93

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94

RUJUKAN 96

LAMPIRAN 102

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK M/SURAT

Jadual 3.1: Jadual Penentuan Pencapaian 27

Jadual 4.1: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik

apabila air dididihkan. 29

Jadual 4.2: Peratusan respon pelajar mengenai komposisi

gelembung 31

Jadual 4.3: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila

air dididihkan pada aras makroskopik 32

Jadual 4.4: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila

air dididihkan pada aras mikroskopik 34

Jadual 4.5: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila

air dididihkan pada aras persimbolan 36

Jadual 4.6: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila

garam dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut 37

Jadual 4.7: Peratusan respon pelajar mengenai zarah garam apabila

garam dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut

pada aras makroskopik 39

Jadual 4.8: Peratusan respon pelajar mengenai zarah garam apabila

garam dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut

pada aras mikroskopik 41

Jadual 4.9: Peratusan respon pelajar mengenai zarah garam apabila garam

dimasukkan dalam satu bikar air dan dibiarkan melarut pada aras

persimbolan 44

Jadual 4.10: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila

gula dilarutkan bersama daun teh 45

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Jadual 4.11: Peratusan respon pelajar mengenai zarah gula apabila dilarutkan

bersama daun teh pada aras makroskopik 47

Jadual 4.12: Peratusan respon pelajar mengenai zarah gula apabila dilarutkan

bersama daun teh pada aras mikroskopik 49

Jadual 4.13: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila ais

dicairkan 52

Jadual 4.14: Peratusan respon pelajar mengenai zarah ais apabila bongkah ais

dibiarkan mencair pada aras makroskopik 54

Jadual 4.15: Peratusan respon pelajar mengenai zarah ais apabila ais dibiarkan

mencair pada aras mikroskopik 55

Jadual 4.16: Peratusan respon pelajar mengenai zarah ais apabila ais dibiarkan

mencair pada aras persimbolan 57

Jadual 4.17: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila lilin

dinyalakan 59

Jadual 4.18: Peratusan respon pelajar mengenai zarah lilin apabila dinyalakan

pada aras makroskopik 61

Jadual 4.19: Peratusan respon pelajar mengenai zarah lilin apabila dinyalakan

pada aras mikroskopik 63

Jadual 4.20: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila

pewangi dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup 66

Jadual 4.21: Peratusan respon pelajar mengenai zarah pewangi apabila

dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup pada aras makroskopik 68

Jadual 4.22: Peratusan respon pelajar mengenai zarah pewangi apabila

dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup pada aras mikroskopik 70

Jadual 4.23: Peratusan respon pelajar mengenai zarah pewangi apabila

dibiarkan meruap di dalam bekas tertutup pada aras persimbolan 73

Jadual 4.24: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila

titisan air terbentuk di luar gelas 75

Jadual 4.25: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila titisan

air terbentuk di luar gelas pada aras makroskopik 77

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Jadual 4.26: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila titisan air

terbentuk di luar gelas pada aras mikroskopik 78

Jadual 4.27: Peratusan respon pelajar mengenai zarah air apabila titisan

air terbentuk di luar gelas pada aras persimbolan 80

Jadual 4.28: Peratusan respon pelajar mengenai perubahan fizik apabila

iodin dipanaskan 81

Jadual 4.29: Peratusan respon pelajar mengenai zarah iodin apabila

dipanaskan pada aras makroskopik 83

Jadual 4.30: Peratusan respon pelajar mengenai zarah iodin apabila

dipanaskan pada aras mikroskopik 85

Jadual 4.31: Peratusan respon pelajar mengenai zarah iodin apabila

dipanaskan pada aras persimbolan 87

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

SENARAI GAMBARAJAH

NO.GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Tiga Aras Pembinaan Konsep Kimia 4

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Instrumen Kajian (Soalan Ujian)

B Surat Kelulusan / Kebenaran Menjalankan Kajian

(EPRD)

C Surat Kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Indera

Kayangan

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Di negara ini, bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang amat dititik

beratkan oleh kerajaan. Ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah wang

yang besar bagi memantapkan sistem pendidikan negara selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum kimia (sains) di sekolah menengah telah mengalami perubahan demi

perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Kesan perubahan yang berlaku

menjadikan mata pelajaran kimia semakin sukar tetapi apa yang penting ianya menjadi

semakin menarik.

Menjadi salah sebuah negara maju merupakan hasrat negara. Selaras dengan

hasrat tersebut, kurikulum sains di sekolah Malaysia digubal bagi mewujudkan

masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu: Masyarakat yang mempunyai

daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2001).

Kementerian Pendidikan bercita-cita untuk melahirkan masyarakat Malaysia

yang kritis, kreatif dan berketrampilan melalui pendidikan sains yang telah

diperkenalkan, disamping memaksimakan penggunaan teknologi. Dengan kata lain,

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

masyarakat Malaysia perlu mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, ingin mencuba,

celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata,

menghargai sumbangan sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam,

mempunyai iltizam dan kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan

teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)

2

Kurikulum sains memberi tumpuan kepada pemahaman alam, kesejahteraan

manusia, dan perkembangan diri - dilaksanakan melalui empat tema: Pengetahuan asas

sains, aplikasi sains dalam kehidupan harian, sikap dan nilai-nilai, serta kemahiran

saintifik (Kementerian Pendidikan Malaysia,2001). Pendidikan sains yang telah

diperkenalkan bertujuan untuk membimbing para pelajar untuk mengembangkan

beberapa kemahiran penting seperti kemahiran saintifik, kemahiran berfikir,

penyelesaian masalah dan secara tidak langsung nilai-nilai murni diterapkan.

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, pendidik

perlu memainkan peranan penting selaras dengan kurikulum yang digubal oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemahaman yang jelas mengenai falsafah, matlamat

dan intipati sesuatu kurikulum amat diperlukan oleh seseorang pendidik sebelum

melaksanakan kurikulum tersebut. Pendekatan dan strategi terbaik harus digunakan bagi

memastikan kurikulum yang dilaksanakan berkesan dan pelajar dapat belajar secara

optimum.

Selaras dengan cabaran global terutamanya demi mencapai aspirasi misi dan visi

sistem pendidikan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diberikan

tanggungjawab merancang dan merealisasikan matlamat pendidikan negara untuk

menyediakan peluang pendidikan dan corak pendidikan yang berkesan serta berkualiti

tinggi kepada individu dan masyarakat negara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia

secara berpusat merangka pelbagai cara dan kaedah pembelajaran yang praktikal untuk

diamalkan oleh para pendidik demi mewujudkan satu corak pendidikan yang berkesan

berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ada sekarang. (Azizi Yahaya et al,2004)

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Bagi menghadapi era globalisasi yang didokong oleh kemajuan sains dan

teknologi, negara-negara membangun telah menumpukan kemajuan terhadap disiplin

sains dan matematik untuk melahirkan suatu masyarakat sainstifik yang hanya mampu

dicapai melalui suatu proses pendidikan yang dapat menerapkan penghayatan pelajaran

terhadap konsep-konsep sains yang bertindak seumpama nadi terhadap kefahaman yang

menyeluruh terhadap sains (Bruner 1979: dalam Azizi Yahaya,2004). Para pelajar

seharusnya menguasai sesuatu konsep asas sains yang selaras dengan pandangan ahli-

ahli sains berdasarkan teori dan juga prinsip yang telah terbukti kebenarannya.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kimia bermaksud sains unsur dan sebatian, di mana melibatkan kajian terhadap

jirim (secara makroskopik dan mikroskopik), interaksi antara bahan dan penghasilan

serta penggunaan bahan. Ini menunjukkan bahawa kimia merangkumi bidang yang amat

luas.

Secara sedar atau tidak, kimia memainkan peranan penting dalam kehidupan

harian manusia. Sebagai contoh, bahan makanan yang terdiri daripada bahan kimia dan

ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pelbagai peyakit. Kimia adalah sesuatu yang

istimewa dan mengkagumkan di mana dapat menenang dan menyenangkan pemikiran.

Kimia juga mempunyai aspek keindahan (aesthetic) dan dramatik; misalnya dari

keindahan hablur yang terbentuk dan dari susunan atom dan molekul yang simetri dapat

mengilhamkan para pelukis dan pereka.

Namun, ramai pelajar kurang berminat dengan matapelajaran sains (kimia). Ini

terbukti apabila berlakunya pertukaran pelajar daripada aliran sains tulen ke aliran

sastera. Menurut Elizabert Kean (1994), pembelajaran kimia merupakan suatu subjek

yang abstrak dan ia lebih memerlukan pelajar membuat imiginasi sendiri lebih daripada

pengalaman pelajar itu sendiri. Maka, tidak hairanlah mata pelajaran kimia kurang

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

digemari dan seringkali dianggap susah dikalangan pelajar. Keadaan ini secara tidak

langsung mengakibatkan para pelajar kurang memberi tumpuan ketika proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung sekali gus menyebabkan para pelajar ini ketinggalan dan

memperoleh keputusan peperiksaan yang yang kurang baik. Bagi menguasai sains,

pelajar perlu menguasai konsep-konsep yang merupakan asas untuk menguasai prinsip

dan hukum-hukum sains lebih kompleks. Penguasaan konsep ini tidak dapat dibina

dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang tepat pada ketiga-tiga aras

pengkonsepsian iaitu aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan kerana setiap

subkonsep ini adalah saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Makroskopik merupakan aras dimana pelajar dapat menyatakan sesuatu fenomena yang

wujud iaitu perkara yang dapat dilihat, dihidu dan disentuh manakala aras mikroskopik

merupakan aras dimana pelajar dapat menyatakan sesuatu fenomena yang seni dan tidak

mudah dilihat oleh mata kasar contohnya susunan zarah pada keadaan pepejal, cecair

dan gas. Persimbolan pula merujuk kepada suatu simbol sebagai representasi

pengetahuan yang dapat membantu untuk lebih memahami sesuatu fenomena.

4

Makroskopik

Pembinaan konsep kimia

Mikroskopik Persimbolan

Rajah 1.1 : Tiga aras pembinaan konsep kimia

Menurut kajian oleh Osborne dan Wittrock (1983), ramai pelajar kurang

berminat terhadap mata pelajaran kimia kerana faktor halangan dalam pembelajaran.

Para pelajar sebenarnya kurang menguasai konsep-konsep asas sains dan juga kekeliruan

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

tentang istilah saintifik. Apabila keadaan ini berterusan, maka minat pelajar untuk

mempelajari kimia semakin berkurangan dan seterusnya mengakibatkan pelajar menjadi

semakin lemah dalam pelajaran ini.

Menurut Mc Dermott (1984) dan Driver et al (1985) (dalam Nordin Hitam, 2000)

halangan utama terhadap pembelajaran kimia seseorang pelajar adalah disebabkan oleh

rangka konsep pelajar terhadap sesuatu yang dipelajarinya jauh berbeza dengan konsep

guru dan ahli-ahli sains.

5

Dalam mempelajari sains, pelajar-pelajar telah mempunyai konsep sains yang

tersendiri berasaskan persepsi dan pengalaman mereka hasil daripada interaksi dengan

persekitaran. Kebanyakan daripada konsep ini adalah berpanjangan, tetap dan sukar

diubah (Osborne dan Wittrock, 1983).

Kebanyakan kajian membuktikan bahawa pelajar mempunyai kefahaman konsep

yang tidak selari dengan konsep yang dikemukan oleh para saintis (David

Hammer,1995). Konsep-konsep ini merujuk kepada anggapan awal (preconception),

konsep alternatif (alternative conception) dan salah konsep (misconception). Namun,

idea utama mengenai konsep ini adalah

i. Struktur kognitif yang stabil

ii. Berbeza dengan konsep yang tepat (expert conception)

iii. Kesan pemikiran asas pelajar terhadap fenomena semulajadi dan penerangan

saintifik.

iv. Perlu diatasi, dijauhi atau dihapuskan supaya pelajar memperoleh

pemahaman yang tepat.

Daripada perspektif konsep alternatif (miskonsepsi), pengetahuan pelajar juga

diambil kira. Dengan kata lain, pelajar mempunyai pengetahuan mengenai dunia

(fenomena) fizik dan pengetahuan yang sedia ada itu amat munasabah dan berguna

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

kepada mereka. Pelajar menggunakan pengetahuan tersebut untuk lebih memahami

fenomena yang berlaku dan didengari.

Guru-guru seringkali tidak menyedari bahawa terdapat kelainan konsep pada

kanak-kanak dan mereka juga tidak peka pengaruh konsep ini dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka (Osborne dan Wittrock 1983, dalam Nordin Hitam, 2000). Konsep

alternatif yang dipegang oleh pelajar mengenai sesuatu konsep perubahan fizik boleh

memberikan kesan buruk. Justeru itu, konsep alternatif ini perlu diperbetulkan supaya ia

tidak berterusan dan boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

6

1.3 Penyataan Masalah

Fenomena fizik atau perubahan fizik dapat ditakrifkan sebagai perubahan

keadaan bahan tanpa penghasilan bahan baru, merupakan tindak balas berbalik,

komposisi kimia bahan asal sama dengan hasil, jisim bahan asal mungkin sama atau

berbeza dengan hasil, zarah hanya berubah bentuk sahaja dan memerlukan tenaga haba

yang rendah.

Faktor halangan dalam pembelajaran seperti kurang menguasai konsep-konsep

asas sains dan kekeliruan istilah saintifik menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran

dalam memahami perubahan fizik. Kesukaran pelajar dalam memahami perubahan fizik

ketika proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar kurang berminat untuk

mempelajari mata pelajaran kimia seterusnya menganggap mata pelajaran ini merupakan

mata pelajaran yang sukar. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang

tindakan pemulihan oleh guru mahupun pihak berwajib, pelajar ini akan terus

ketinggalan berbanding pelajar lain yang telah menguasai mata pelajaran ini. Secara

tidak langsung, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang, harnorni dan bermoral tinggi sukar dicapai.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP PERUBAHAN FIZIK SYARIFAH NATRAH SYAHIMAH SYED MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Penyelidik berpendapat kajian mengenai kefahaman pelajar mengenai fenomena

fizik ini perlu diadakan untuk mengenalpasti konsep-konsep alternatif yang dialami

pelajar seterusnya membantu pelajar memahami fenomena yang dinyatakan dengan

lebih jelas disamping membolehkan pendidik mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

para pelajar mereka. Konsep-konsep alternatif yang dipegang oleh pelajar menyebabkan

pelajar gagal menguasai ketiga-tiga aras pengkonsepsian sains iaitu aras makroskopik,

mikroskopik dan persimbolan. Melalui kajian ini, kefahaman dan konsep alternatif yang

dialami oleh pelajar dapat diketahui dengan lebih mendalam.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif. Objektif kajian ini

adalah seperti berikut :

7

i. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep asas perubahan fizik.

ii. Mengenalpasti konsep alternatif pelajar dalam perubahan fizik.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ialah ramalan secara formal atau persoalan dengan objektif

kajian pengkaji dalam mengkaji kesukaran pelajar dalam menguasai fenomena fizik.

Pengkaji telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian yang sesuai untuk

diketengahkan, di antaranya ialah:

i. Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep asas perubahan fizik?

ii. Apakah konsep alternatif pelajar dalam perubahan fizik?