UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERSEPSI GURU TERHADAP...
Transcript of UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERSEPSI GURU TERHADAP...
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN PELAJAR DAN KEUPAYAAN MENGAJAR KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM MATA PELAJARAN ELEKTIF VOKASIONAL DAN
TEKNOLOGI
SRI HAYATI BT MUSA KAMAL
FPP 1996 10
PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN PELAJAR DAN
KEUPAYAAN MENGAJAR KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
DALAM MATA PELAJARAN ELEKTIF VOKASIONAL DAN
TEKNOLOGI
OLEH
SRI HAY A TI BT MUSA KAMAL
PROJEK KAJIAN YANG DISYARATKAN SEBAGAI
MEMENUHI KEPERLUAN UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH
MASTER SAINS DI FAKUL TI PENGAJIAN PENDIDIKAN ,
UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
NOVEMBER 1996
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihan i .
Syukur Alhamd ul i l lah d i atas kurn ia dan petunjukNya yang d i l impahkan
terhadap penul is sehingga terhasi lnya kertas projek in i .
Kaj ian i n i merupakan wadah bag i penyempurnaan cita-cita , impian dan
janj i penul is kepada arwah suami , anak-anak dan d iri penu l is sendir i . Pelbagai
p ihak telah terl ibat dalam membantu penul is menyempurnakan kaj ian in i dari
awal h ingga akh ir sebagaimana yang dinyatakan di bawah .
Penghargaan dan rasa kasih sayang tidak terh ingga terhadap ibu dan
bapa penul is , Encik M usa Kamal b in Jabanul lah dan Puan Ramlah bt. Dawi
yang telah memikul tanggungjawab penul is dalam menjaga dan mendidik anak
anak dengan beg itu sempurna; ah l i-ah l i keluarga yang la in yang sentiasa
mendoakan kejayaan penulis dan sentiasa sedia memberikan bantuan,
sokongan , dan semangat; dan anak-anak, Aiman dan Nadia , yang telah
menunjukkan kematangan dan kefahaman yang melampau i umur sekecil
mereka.
II
Jutaan terima kasih dan rasa hormat tidak terh ingga kepada Dr. Zaidatol
Akmal iah Lope P ih ie selaku penyel ia yang profesional dan pendorong utama;
Dr Othman b in Dato Hj Mohamed yang telah menunjukkan kepri hatinan
terhadap masalah-masalah yang d ihadapi o leh penul is ; pensyarah-pensyarah
yang memberi bantuan dan tunjuk ajar iaitu Dr. Abdu l Rahim Bakar, Dr.
Bahaman Abu Samah , Professor Madya Dr. Kamariah Abu Bakar, Dr. Rohani
Ahmad Termizi , D r. Zakaria Kasa dan Tuan Haj i Zakaria Abdu l Rahman; dan
Dr Nor Aishah Buang dari Univeriti Kebangsaan Malaysia yang banyak
membantu dalam penyed iaan soal sel idik.
Setingg i-tingg i terima kasih juga d ikalungkan kepada Kementerian
Pendid ikan Malaysia , d i atas pelepasan dari tanggungjawab dan sokongan dari
seg i kewangan dan masa dengan pemberian b iasiswa dan cuti belajar; Encik
Yahaya Md . Yusof selaku Penolong Pengarah (Teknik dan Vokasional) d i
Jabatan Pendid ikan Negeri Perak yang sentiasa bersedia memberi bantuan dan
kerjasama; para Pengetua yang telah memberikan kebenaran dan bantuan bag i
penu l is menjalankan penyel id ikan d i sekolah-sekolah mereka dan semua gu ru
yang terl ibat sebaga i responden yang telah memberikan kerjasama kepada
penul is .
111
Akh ir sekali ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
terutama sekal i Puan Nora in i Othman yang sentiasa bersedia memberikan
bantuan dan tidak jemu-jemu untuk memberikan sokongan dan semangat; dan
Puan Rohan i d i pejabat Timbalan Dekan , penyampai maklumat dan pendengar
yang setia yang sentiasa sabar mendengar keluhan dan cetusan rasa para
pelajar. Rasa syukur tidak terh ingga d i atas kehad i ran semua d i da lam h idup
penul is yang mana telah memungkinkan perjuangan dalam pendid ikan in i
d iteruskan. Semoga d iberkati Al lah atas segala usaha kita dan sentiasa
mendapat keredhaan-Nya.
" Budi yang tidak terbel i . . . . . . . .
hanya berupaya d isimpan dalam kenangan abad i . . . . . . . . "
IV
PERP1JSTAKAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
DAFTAR KANDUNGAN
PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI S INGKATAN ABSTRAK DALAM BAHASA MELA YU ABSTRAK DALAM BAHASA I NGGERIS
BAB
PENDAHULUAN Pengenalan Pernyataan Masalah Objektif Kaj ian Objektif Khusus Soalan Kaj ian Kepentingan Kaj ian Batasan Kaj ian Defin is i Operasional
I I SOROTAN PENULISAN BERKAITAN Pengenalan Pendidikan Keusahawanan D i Malaysia Latihan Dan Pembentukan Usahawan Sorotan Kaj ian-kaj ian Berkaitan Rumusan
,
I I I METODOLOGI KAJ IAN Pengenalan Rekabentuk Kaj ian Instrumen Kaj ian
v
HALAMAN i i
v i i v i i i ix x x i i
1 1 4 5 6 7 8 1 0 1 1
1 5 1 5 1 7 23 34 4 1
43 43 43 44
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Populasi Dan Sam pel Pengumpulan Data Anal is is Data
IV DAPATAN KAJ IAN Pengenalan Profi l Responden Soalan Kaj ian dan Dapatan Kaj ian
V RUMUSAN, PERBINCANGAN , KES IMPULAN DAN CADANGAN Rumusan Perbincangan Kesimpu lan Cadangan
45 46 47 48
49 49 49 53
83 83 95 1 00 1 03
B IBLIOGRAFI 1 05
LAMP I RAN A Soal-Sel id ik Kaj ian 1 1 2 B Senarai Mata Pelajaran Elektif Ting . IV Dan V 1 1 6 C Pendedahan Guru -guru Terhadap Aspek Keusahawanan 1 1 7 D Senara i Sekolah Dan Popu lasi Guru 1 1 8 E Jadual Menentukan saiz sam pel 1 2 1 F Kebenaran untuk menjalankan kaj ian dari Kementerian 1 22
Pendid ikan G Permohonan untuk menjalankan kaj ian d i Negeri Perak H Kebenaran untuk menjalankan kaj ian dari Jabatan
Pendid ikan Negeri Perak Permohonan untuk menjalankan kaj ian di sekolah
B IODATA PENULIS
VI
1 24 1 25
1 26
1 28
Jadual
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
1 1
SENARAI JADUAL
Kadar respon g u ru-guru
Frekuensi dan purata demografi
Keperluan kemahiran keusahawanan (persepsi keseluruhan gu ru)
Keperluan kemahiran keusahawanan (persepsi g u ru-gu ru elektif tertentu)
Pangkatan bagi keusahawanan
keperluan kemahiran
Keupayaan mengajar kemah iran keusahawanan (persepsi keseluruhan gu ru)
Keupayaan mengajar kemahiran keusahawanan (persepsi g u ru-gu ru e/ektif tertentu)
Pangkatan bag i keupayaan mengajar kemahiran keusahawanan
H ubungan antara persepsi tentang keperluan kemahiran dan keupayaan mengajar kemahiran keusahawanan
H ubungan antara persepsi guru mengenai keperluan dengan keupayaan mengajar kemahiran keusahawanan beerdasarkan elektif
Perbezaan keupayaan mengajar kemah iran keusahawanan berdasarkan jenis elektif
VI!
Halaman
50
52
54
59
63
67
72
76
80
81
82
Rajah
1
SENARAJ RAJAH
Kesinambungan Pendid ikan Pra-Vokasional (KHB) dan Mata Pelajaran Elektif Vokasional dan Teknolog i
viii
Halaman
2 1
KHB
P&K
PDGN
SP
LKJ
RC
ERT
M EDEC
SENARAI SINGKA TAN
Kemahiran H idup Bersepadu
Perdagangan dan Keusahawanan
Perdagangan
Sains Pertanian
Lukisan Kejuruteraan
Rekacipta
Ekonomi Rumah Tangga
Malaysian Entrepreneur Development Centre
IX
Abstrak projek yang d ikemukakan kepada Fakulti Pengaj ian Pend id ikan , Un iversiti Pertanian Malaysia sebagai memenuh i sebahagian daripada keperluan u ntuk Ijazah Master Sains .
PERSEPSI G URU TERHADAP KEPERLUAN PELAJAR DAN KEUPAYAAN MENGAJAR KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM MAT A PELAJARAN
ELEKTIF VOKASIONAL DAN TEKNOLOGI .
Oleh SRI HA YATI 8T MUSA KAMAL
November, 1 996
Penyel ia : DR. ZAIDATOL AKMALIAH BT LOPE P IH IE Fakulti : Pengajian Pendidikan
Kaj ian in i bertujuan untuk mendapatkan persepsi gu ru-guru mengenai
kemahiran-kemahiran keusahawanan yang d iperlukan oleh pelajar dan
keupayaan gu ru-gu ru tersebut mengajar kemahi ran keusahawanan .
Suatu soa l sel id ik yang menyenara ikan 40 kemah i ran keusahawanan
telah d igunakan sebagai instrumen kaj ian . Populasi kaj ian i n i adalah terdi ri
daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran elektif (Perdagangan , Sains
Pertan ian , Lukisan Keju ruteraan , Rekacipta dan Ekonomi Rumah Tangga) di
peringkat menengah atas di seluruh negeri Perak. Soal selid ik telah
d ihantarkan kepada kesemua 275 orang guru d i dalam populas i . Seramai 1 67
orang responden telah memberi maklumbalas dan d igunakan sebagai sampel
bag i kaj ian ini .
x
Analisa data d ija lankan dengan menggunakan perisian The Satistical
P rogram For Social Sciences (SPSSPC+) . Data d ianal isis menggunakan
statistik deskriptif, korelasi (Pearson Product Moment) dan uj ian-t .
Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan , kemahi ran-kemahiran
keusahawanan adalah d iperlukan oleh pelajar-pelajar, dan kemahiran
'menggunakan komputer da lam pern iagaan' adalah salah satu kemahiran yang
amat d iperlukan oleh para pelajar.
Kaj ian ini mendapati , secara keseluruhan , gu ru-guru mempunyai
keupayaan mengajar kemah iran keusahawanan yang sederhana. Didapati,
g u ru Perdagangan mempunyai keupayaan tertinggi manaka la gu ru Lukisan
Kejuruteraan mempunyai keupayaan terndah dalam kemahiran keusahawanan .
Dapatan juga menunjukkan guru-guru mempunyai keupayaan mengajar yang
rendah dalam kemahiran 'menggunakan komputer dalam pern iagaan ' .
Dapatan kaj ian menunjukkan wujud hubungan yang sederhana kuat dan
s ign if ikan antara persepsi guru mengenai keperluan pelajar dengan keupayaan
mengajar. Guru-gu ru yang kurang menerima pendedahan dalam aspek
perdagangan dan keusahawanan mempunyai persepsi yang rendah keperluan
terhadap kemah iran tersebut.
Kaj ian juga mendapati terdapat perbezaan yang sign if ikan dari segi
keupayaan mengajar kemah iran keusahawanan antara gu ru-guru yang
Xl
mengajar mata pelajaran berasaskan perdagangan dengan yang tidak. Kaj ian
juga mencadangkan pendedahan kepada aspek perdagangan dan
keusahawanan d iberikan kepada bakal guru untuk meningkatkan keupayaan
mereka dalam kemah iran keusahawanan.
Xli
Abstract of project p resented to the Facu lty of educational Stud ies, Un ivers iti Pertan ian Malaysia in partial fulfi lment of the requirement for the Degree of M aster of Science .
TEACHERS' PERCEPTIONS OF STUDENTS' NEEDS AND TEACHERS' ABILITY IN TEACHING ENTREPRENEURIAL SKILL IN THE VOCATIONAL
AND TECHNOLOGY ELECTIVES SUBJECTS
by
SRI HAYATI BT MUSA KAMAL
November, 1 996
Supervisor: DR ZAI DATOL AKMALIAH BT LOPE P IH IE Faculty: Educational Stud ies
The purpose of the study was to identify teachers ' perceptions regard ing
the entrepreneurial ski l ls that are needed by thei r students and their abi l ity in
teaching these ski l ls .
A questionna i re that l isted down forty entrepreneuria l sk i l ls is used as the
research instrument. The popu lation of this study comprised of teachers who
are teaching upper secondary elective subjects (Commerce, Agricu lture
Science , Technical Drawing , I nvention and Home Economics) i n the state of
Perak. The questionnaires were mailed to al l 275 teachers i n the popu lation .
The teachers who responded to the questionnaire ( 1 67 teachers) were used as
the sample for the study.
xiii
The Satistical P rogram For Social Sciences (SPSSPC+) is used to
analyse the data . Data was analysed by means of descriptive statistics,
correlation (Pearson Product Moment) and t-test.
The find ings i l l ustrate that the educators , in overa l l , bel ieve that
entrepreneuria l ski l ls are needed by their students. The ski l l ' us ing the
computer i n bus iness' i s perceived as one of the most needed ski l ls .
The find ings showed that , in overal l , teachers have moderate abi l ity i n
teaching entrepreneurial ski l ls . Teachers teaching Commerce were found to
have h igher ab i l ity in teaching entrepreneurial ski l ls than the rest of the
respondents , whi le teachers teaching Technical Drawing have the lowest. The
find ings also showed that the teachers have low abi l ity in teaching the ski l l '
us ing the computer the business' .
The find ings revealed that there is a moderately strong and s ignificant
relationship between teachers' perceptions of students' needs and teachers
teaching abi l ity . Teachers who received less exposure to the aspects of
commerce and entrepreneursh ip have lower perception regard ing the students
needs of entrepreneuria l ski l ls.
The findings also showed that there is a sign ificant d ifference in terms of
teaching abi l ity between commerce and non-commerce teachers . This study
xiv
suggests that future teachers should be exposed to the aspects in commerce
and entrepreneurship to increase their abi l ity in teach ing entrepreneurial ski l ls .
xv
BAB 1
PENDAHULUAN
Pengenalan
Akh ir abad ke-20 in i adalah dis ifatkan sebagai zaman usahawan
(Nol I , 1 993) . Menu rut Jennings ( 1 994) , salah satu cara untuk menghadapi
cabaran dan persaingan g lobal masakin i adalah dengan membangunkan
dan mengekalkan b idang keusahawanan. Mohd Ami r dan Hal imah
( 1 992) , mengatakan pend id ikan perdagangan dan keusahawanan itu
penting dan perlu d it ingkatkan di negara in i supaya negara dapat
bersaing dengan negara maju dan seterusnya mencapai matlamat
pend id ikan negara .
Pendidikan keusahawanan dapat membuka minda pelajar
terhadap opsyen untuk memil ik i perniagaan dan bekerja sendiri
(Lankard , 1 991 ) . Zaidatol ( 1 993) mengatakan pendid ikan keusahawanan
penting bag i membentuk pelajar ke arah menjadi usahawan , melah i rkan
usahawan yang berjaya dan seterusnya dapat memberi kesan positif
pada ekonomi . Pendidikan keusahawanan dapat menyed iakan pelajar
pelajar yang berpotensi untuk menyertai bidang keusahawanan
(Ashmore , 1 983 , Davis, 1 983) .
Kuratko ( 1 989) dan Cunn ingham dan Lischeron ( 1 99 1 )
mengatakan bidang keusahawanan boleh d iajar terutamanya kemahi ran
yang berkaitan dengan aspek-aspek tekn ikal dan pengurusan yang boleh
d i latih dan d ibentuk menerus i pendid ikan dan latihan . Menu rut 'The
International Encycloped ia of Education ' ( 1 994) , pembentukan ciri-ciri
usahawan sela lunya d ikaitkan dengan latihan motivasi pencapaian
(Achievement Motivation Tra in ing) yang d ija lankan dalam bi l ik darjah .
Kaedah AMT in i d igunakan dengan meluasnya d i Amerika dan ia adalah
berdasarkan d i atas kepercayaan bahawa ciri-ciri usahawan dapat
d ikenalpasti, d ikembangkan dan d irangsang.
I nstitusi pendid ikan dapat membangunkan kemah iran
keusahawanan di kalangan pelajar menerusi penerapan kemahiran
tersebut ke dalam pendid ikan vokasional (Zaidatol , 1 �93 , Lankard , 1 99 1
dan Ashmore , 1 983) . D i negara-negara maju , beberapa program
kemah iran keusahawanan yang mengandungi kemahiran untuk
2
memulakan pern iagaan dan pengurusan perniagaan telah jalankan
dengan menerapkannya ke dalam pendid ikan vokasional .
Pend id ikan perdagangan dan keusahawanan telah lama wujud dalam
sistem pendid ikan d i Malays ia , iaitu semenjak era 60an lag i (Shahri l dan
rakan-rakan , 1 993) . Penekanan terhadap pendidikan keusahawanan
menjadi semakin ketara mela lu i Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1 979,
dan dengan perlaksanaan Kuriku lum Bersepadu Sekolah Menengah . l a
menjadi komponen teras dalam mata pelajaran yang bersifat pra
vokasional ia itu Kemahiran H idup Bersepadu . Komponen
keusahawanan telah juga d iperkenalkan dari peringkat pendidikan
sekolah rendah menerusi Amalan Perdagangan kepada semua pelajar
(Abdul Rahman dan Zakaria , 1 995) . Walaupun beg itu , d i peringkat
menengah atas, tiada mata pelajaran yang khusus dengan tajuk
keusahawanan d itawarkan kepada para pelajar. Kemahiran
keusahawanan boleh d idapati dalam beberapa mata pelajaran elektif
yang bercorak perdagangan ia itu mata pelajaran Perdagangan, Prins ip
Akaun dan Ekonomi Asas (Abdul Rahman dan Zakaria , 1 995) , tetapi
t idak d itekankan dalam la in-lain mata pelajaran vokasional menengah
atas.
3
U ntuk tidak ketinggalan dalam menangan i pend id ikan
keusahawanan, negara perlu membuat beberapa perubahan da lam
aspek pendid ikan . Bagi negara membangun seperti Malaysia,
pendidikan d ianggap sebagai pembawa perubahan ke a rah sesuatu
kemajuan , termasuklah pendidikan guru ( Ibrah im, 1 992) . Menurut bel iau
lag i , terdapat hubungan antara pendid ikan guru dengan perubahan yang
ingin d i lakukan . Sewajarnya pend id ikan guru d iberi keutamaan kerana
sesuatu perubahan da lam pend id ikan tidak bo leh d i lakukan seh inggalah
terdapat perubahan pada pendid ikan guru . Ashmore ( 1 990) juga
memberi pandangan yang sama di mana perlaksanaan pendidikan
keusahawanan da lam sesuatu sistem pendidikan memerlukan
persed iaan yang secukupnya pada pihak guru . Kaj ian mengenai sejauh
mana tahap keupayaan guru mengajar sesuatu kemah iran perlu
d ijalankan untuk mengetahu i apakah perubahan yang perlu d ilakukan
da lam pendid ikan gu ru bag i menyed iakan mereka menghadapi
perubahan negara dan dun ia .
Pernyataan Masalah
Berdasarkan perkembangan pesat pendid ikan keusahawanan di
negara-negara maju , negara perlu meningkatkan usaha menerapkan
4
PERPUSTAKi\AN UNIVEHSITI PUTRA MALAYSIA
5
pendidikan tersebut da lam sistem pendid ikan formal . Oapatan daripada
kaj ian-kaj ian menunjukkan bahawa kemahiran keusahawanan boleh
d iajarkan . O i Malaysia , penerapan aspek keusahawanan di dalam mata
pelajaran vokasiona l dan teknologi adalah suatu perkembangan hasi l
daripada KBSM , dan telah d imulakan dalam pendidikan sekolah rendah
dan menengah rendah melalu i mata pelajaran-mata pelajaran yang
bersifat pra-vokasional seperti Kemahi ran Hidup Bersepadu . Oi peringkat
menengah atas , mata pelajaran pelajaran dalam e lektif vokasional dan
teknolog i adalah merupakan kesinambungan kepada komponen-
komponen dalam mata pelajaran Kemah iran Hidup Bersepadu , namun
penerapan aspek keusahawanan merentasi mata pelajaran elektif in i
adalah tidak menye luruh . Persoalannya k in i adalah adakah kemahiran
keusahawanan d iperlukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah atas.
Seterusnya, adakah gu ru-gu ru mata pelajaran e lektif vokasional dan
teknolog i telah bersedia dari seg i keupayaan mengajar kemahiran-
kemahiran tersebut.
Objektif Kajian
Objektif umum kajian in i ia lah untuk mel ihat persepsi gu ru-guru
yang mengajar beberapa mata pelajaran elektif Vokasional dan
Teknolog i Menengah Atas terhadap keperluan kemahiran
keusahawanan pelajar dan keupayaan mereka da lam mengajar
kemahi ran-kemahiran tersebut dalam bidang yang d iajarkan .
Objektif Khusus.
1 . Mengenal pasti persepsi gu ru secara kese luruhan dan meng ikut
elektif tertentu mengenai kemahiran keusahawanan yang d iperlukan
oleh pelajar dalam b idang yang diajarkan .
2 . Mengenal pasti persepsi gu ru secara keseluruhan dan meng ikut
elektif tertentu mengenai keupayaan mereka mengajar kemahiran
keusahawanan .
3 . Mengenal pasti hubungan antara persepsi gu ru terhadap keperluan
kemahiran keusahawanan dengan keupayaan mengajar kemahiran
tersebut secara kese luruhan dan dalam bidang yang d iajarkan .
4 . Mengenal pasti perbezaan keupayaan mengajar kemahiran
keusahawanan berdasarkan jenis elektif yang d iajar.
6
Soalan Kajian
1 . Apakah persepsi gu ru secara keseluruhan mengenai kemahiran
keusahawanan yang d iperlukan dalam bidang yang d iajarkan?
2 . Apakah persepsi gu ru mata pelajaran elektif tertentu mengenai
kemahiran keusahawanan yang d iperlukan oleh pelajar dalam bidang
yang d iajarkan?
3 . Apakah persepsi gu ru secara keseluruhan mengenai keupayaan
mereka mengajar kemahi ran keusahawanan ?
4 . Apakah persepsi gu ru mata pelajaran elektif tertentu mengenai
keupayaan mereka mengajar kemahiran keusahawanan da lam
b idang yang d iajarkan?
5. Adakah terdapat h ubungan antara persepsi g u ru terhadap keperluan
kemahiran keusahawanan dengan keupayaan mengajar kemahi ran
tersebut seca ra keselu ruhan dan dalam bidang tertentu?
6 . Adakah terdapat perbezaan keupayaan mengajar kemahiran
keusahawanan berdasarkan jenis elektif yang d iajar?
7
Kepentingan Kajian
Bidang keusahawanan telah menjadi semakin penting dan
terdapat kesedaran yang meningkat d i kalangan ah l i akademik, p ihak
kerajaan dan la in- la in p ihak yang terl ibat mengenai kepentingan
pend id ikan keusahawanan. Walaupun beg itu j ika d ibandingkan dengan
negara-negara maju , amat kurang kajian yang telah d ija lankan mengenai
pendidikan keusahawanan di Malaysia , terutamanya mengenai
pendidikan keusahawanan d i peringkat sekolah , dan ini telah mendorong
kepada penyel id ikan in i d ija lankan .
Kaj ian mengenai b idang keusahawanan in i juga d i rasakan perlu
berdasarkan dapatan-dapatan kaj ian d i negara-negara maju yang
mengaitkan pendidikan keusahawanan dengan kejayaan sesuatu
pern iagaan (Kuratko dan Hodgetts , 1 992 , Peterson , Kozmetsky dan
Ridgway, 1 983) . Menurut trend masakin i , menjalankan perniagaan send i ri
dan menjadi usahawan adalah salah satu opsyen kerjaya yang d iminati
(Ashmore . 1 990 dan Lankard,1 99 1 ) .
8
Dapatan kaj ian in i akan memberi manfaat kepada beberapa pihak.
Dapatan kaj ian in i dapat d ijadikan asas dan petunjuk kepada pihak
yang terl ibat dalam penggubalan dan perlaksanaan kuriku lum pendidikan
mengenai perubahan yang perlu d i laksanakan dalam aspek pendidikan
keusahawanan . Dapatan mengenai keperluan kemah iran
keusahawanan bag i para pelajar perlu da lam menentukan
perkembangan pendid ikan keusahawanan secara am dan
penerapannya da lam pendid ikan vokasional secara khusus. In i dapat
menjad i asas bag i t indakan selanjutnya dalam penggubalan dan
perlaksanaan kuriku lum pend id ikan vokasional d i sekolah-sekolah
akademik. Perkembangan dalam pendid ikan keusahawanan ini perlu
bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara
maju ( Mohd Amir dan Hal ima h , 1 992).
Kaj ian berkenaan tahap keupayaan guru adalah penting kerana
dapatan kaj ian tersebut adalah input yang d iperlukan oleh pihak yang
terl ibat dengan pendid ikan dan latihan gu ru . la dapat d ijad ikan kayu
pengukur dalam meni la i sejauh mana keupayaan guru-guru dari berbagai
b idang vokasional dalam b idang keusahawanan supaya bentuk latihan
dan pendid ikan dapat d isesuaikan dengan keperluan mereka. Kaj ian
kaj ian la in yang telah d ija lankan di luar negara oleh H i l l ( 1 986) dan
9