UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf ·...

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR TEMPATAN: SATU ANALISIS MENGENAI ISU POLITIK SEMASA WAN MAHARUDDIN HJ. WAN SULAIMAN FBMK 1999 13

Transcript of UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf ·...

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KREDIBILITI AKHBAR TEMPATAN: SATU ANALISIS MENGENAI ISU POLITIK SEMASA

WAN MAHARUDDIN HJ. WAN SULAIMAN

FBMK 1999 13

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

KREDIBILITI AKHBAR TEMPATAN: Satu Analisis Mengenai Isu Politik Semasa

Oleh:

WAN MAHARUDDIN HJ. WAN SULAIMAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan khusus untuk mendapatkan Master Sains (Komunikasi Korporat) dari Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan

Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Februari, 1999

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

i

Penghargaan

Bismillahirrahmanirahim.

Segala puji bagi AUah yang telah mengurniakan nikmat dan kesejahteraan kepada

hamba-hambaNya. Di atas keizinan AUah, dapatlah saya mendekati kertas projek ini

bagi memenuhi syarat kursus. Mudah-mudahan segala apa yang saya perolehi

diberkatiNya.

Namun, segala keupayaan ini tidak mungkin terlaksana tanpa tunjuk ajar dan didikan

dari mereka yang telah mendapat taujik dan HidayahNya. Mereka adalah penyalur Ilmu

kepada saya. Buat Prof. Madya Dr. Md. SaUeh Hj. Hassan, Timbalan Dekan Fakulti

Bahasa Moden dan Komunikasi, Dr. Ezhar Tamam, Ketua Jabatan Komunikasi, Prof.

Madya Dr. Musa Hasan, Dr. Saodah Wok, Prof. Dr. Syed Aidid, En. Zamri, En. Azizal

Abd. Aziz, pensyarah-pensyarah Jabatan Komunikasi dan tidak ketinggalan buat semua

kakitangan bukan akademik khususnya Kak Bib, saya amat terhutang budi di atas

curahan Ilmu dan kerjasama yang tidak mungkin dapat saya membalasnya. Insya-Allah

tidak akan saya sia-siakan kurniaan Allah ini.

Bagi rakan-rakan seperjuangan; Muazamir, Latiff, Subk;, Sazali, Borhan, Anita,

German, Saerah dan lain-Iainnya TERIMA KASIH untuk semua yang membantu.

Semoga Ilmu yang dikurnia AUah ini dapat dimanafaatkan dengan sewajarnya.

WAN MAHARUDDIN HJ. SULAIMAN Kelana Jaya, Selangor. Feb. 1999

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

ii

KANDUNGAN

Bab 1

Pengenalan

Latar Belakang

Pernyataan Masalah Signifikan Kajian

Objektif Kajian

Skop Kajian

Bab2

Penulisan Semula Kajian

Teori Berkaitan

Operasionalisasi Konsep

Bab3

1- Kredibiliti Akhbar 2- Isu Politik Semasa

Metodologi

Lokasi Kajian

Populasi kajian

Pemilihan Sampel

Sais Sampel

Instrumen Kajian

1- Demografi/Latar belakang

2- Tabiat Membaca Akhbar

3- Faktor Mempengaruhi Isu

4- Pengadilan Berita 5- Media Altematif

Penganalisaan Data

Bab 4

1

1

5

7

8

9

11

17

19

19 19

23

23

24

25

25

25

28

Hasil Kajian 29

Maklumat Demografi/Latar belakang Responden 29

Faktor Mempengaruhi Isu 33 Ciri-ciri Penerbitan Akhbar 35 Faktor Pengadilan 38 Media Alternatif 46

Bab 5 RUlnusan dan Cadangan

Rujukan

Lampiran

48

53

ii

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

iii

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Gender, Bangsa, Umur dan Status Perkahwinan

Jadual 2 Taraf Pendidikan dan Sektor Pekerjaan

Jadual 3 Perbandingan Kekerapan Membaca Akhbar

Jadual 4 Faktor Mempengaruhi Kekerapan

Jadual 5 Pilihan Bahasa Pengantar Akhbar

Jadual 6 Sumber Perolehan Akhbar

Jadual7 Jumlah Terbitan Akhbar yang Dibaca

Jadual 8 Akhbar Pilihan

Jadual 9 Faktor Kredibiliti dan Kualiti Akhbar

Jadual10 Penerusan Pembacaan Akhbar

Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas Organisasi

Jadual 12 Persepsi Responden Ke atas Affidavit

Jadual 13 Tindak-balas Ke atas Akhbar

Jadual 14 Media Alternatif

31

32

34

35

36

37

37

39

40

41

42

45

46

46

iii

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

iv

Abstrak

Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan menjadi topik perbincangan di mana­

mana juga. Kajian dan apa juga penyelidikan melihat kredibiliti sebagai suatu

masalah. Tetapi, tidak ada pendekatan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah

kredibiliti. Fenomena ini tetap menjadi masalah yang berlanjutan. Kertas projek ini

mengutarakan suatu pandangan umum terhadap persepsi masyarakat mengenai isu

keredibiliti akhbar khususnya sejak 2 September 1998. Akibat dari isu penyingkiran

Dato' Seri Anwar Ibrahim, berbagai tekanan dan tuduhan dilemparkan ke atas

media khususnya akhbar-akhbar utama negara. Apakah ini menunjukkan suatu

krisis kerdibiliti? Sekiranya benar, sejauh mana ianya terjadi dan apa pula faktor­

faktor yang menyebabkannya. Akbar dilihat sebagai sumber yang penting

khususnya dalam mencari informasi penting mengenai isu-isu semasa atau sesuatu

yang rumit difahami. Bagaimanapun, penemuan kajian ini melihat kredibiliti akhbar

tempatan semakin menurun. Dua pendangan boleh dilihat; Pertama, masyarakat

masih memerlukan atau menghargai akhbar. Kedua, masyarakat melihat akhbar

sebagai media dengan masalah kepercayaannya. Lebih-lebih lagi apabila akhbar­

akhbar utama tempatan dikaitakan dengan kongkongan parti pemerintah serta

mengikut telunjuk orang-orang tertentu. Seramai 42 peratus daripada respoden

mengatakan mereka membaca akhbar kerana faktor politik dan ekonomi semasa.

Daripada jumlah itu, sebanyak 70.9 peratus menganggap kandungan akhbar-akhbar

utama tempatan 'adil dan menyeluruh'. Bagaimanapun seramai 40 peratus

responden mengatakan Utusan adalah akhbar yang paling berat sebelah. Sebanyak

2 1 peratus daripada mereka sudah tidak membaca Utusan lagi. Akhbar Harakah

pula dianggap sebagai yang paling adil dan saksama (23.7%). Mengenai media

alternatif, 82.4 peratus mengatakan mereka cenderung kepada radio dan televisyen

tempatan khususnya berita NTV7 manakala 63.4 peratus merumuskan bahawa

mereka lebih mempercayai 'internet'.

vi

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

v

Abstract

The Credibility of Journalist and Newspaper is a frequent topic of conversation in

many places. The soul searching has sometimes been described as on going ritual of

self-flagellation. But despite concerted efforts of some in the industry, journalism

credibility remains a topic of concern. This project paper provides an overview of

public opinion surveys of what people perceive about credibility crisis towards

local newspaper after 2 September 1998. The sacking ofDato' Seri Anwar Ibrahim

incident, created discrepancy among the citizen towards the credibility of

newspaper. Does a credibility challenge even exist? If so, to what extent? What

might be some of the factors at play? By many measures things look relatively good

for newspapers, especially when it comes to whom people look to for local news

and 'hard-to-understand' issues. The research suggests that overall the press'

credibility is at steadily declining. A survey data might suggest there are two

competing trends simultaneously at work. First, generally people cherish

newspapers - perhaps one sign of this is the high expectations people hold for

newspapers. The second trend is about specific measures of newspapers and their

credibility. Here people are mixed at best, indeed often critical of newspapers in

such areas as balance and accuracy and organizations' attitudes and commitment

towards the ruling government. The finding shows that 42 percents of the

respondents read newspapers in pursue of current's political and economics crisis.

Overall 70.9 percents characterized the coverage of few local newspapers as

balanced and complete, despite the existence of credibility phenomenon. 40

percents of that number regard Utusan as the most 'biased' newspaper whereby

21percents dictate as 'they don't read the newspaper anymore'. Harakah however,

voted to be the most 'balanced and fair' tabloid at 23.7 percents. Towards the

alternatives media, 82.4 percents say they listen to radio and television especially

NTV7 news. Internet voted to be the second most popular alternative media at 63.4

percents in search of more information that regards to current political crisis.

v

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

DAB!

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Mark Twain pernah mengatakan, "I am not the editor of a newspaper. And 1 shall

always try to do right and be good, so that God will not make me one."

Media memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Malah

media boleh menjadikan kebatilan suatu kebenaran dan sebaliknya. Media terbukti

berupaya mengubah persepsi masyarakat terutamanya dalam masyarakat yang tidak

mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi (Defluer, 1971).

Secara teorinya, media seharusnya bersikap adil kepada semua pihak. Tetapi media

yang bersifat komersil terpaksa mengorbankan etika kewartawanannya demi 'wang'

dan 'gaji' lantas, tidak memungkinkan idealisme itu menjadi suatu kenyataan.

Apabila media dikawal oleh mana-mana pihak maka ia tidak dapat tidak perIu

mempertahankan mereka yang menyediakan 'periuk nasinya'.

Keadaan ini tidak saja melanda media tempatan bahkan juga media antarabangsa

seperti CNN, AFP, Reuters dan sebagainya yang beroperasi bagi memenuhi agenda

1

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

pihak-pihak tertentu walaupun cuba berselindung di sebalik slogan kebebasan media

dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi apa yang jelas, media hanyalah

menjadi alat bagi pihak yang menguasainya untuk dipergunakan bagi

mempertahankan kedudukannya atau menjatuhkan orang lain.

Dalam sesebuah negara yang tidak mempunyai kebebasan media, keseluruhan

medianya hanya menjadi saluran pihak-pihak tertentu untuk menyalurkan maklumat

yang telah ditapis kepada rakyatnya. Meskipun dalam negara kita masih wujud

media-media kecil yang diberikan sedikit kebebasan untuk menyalurkan idea-idea

bertentangan dengan media utama tetapi, ianya hanya diberi ruang yang sedikit

untuk bergerak. Justeru, media khususnya akhbar telah menghadapi suatu krlsis

kepercayaan atau kredibiliti.

Kredibiliti media massa khususnya akhbar bukanlah satu fenomena bam. Kajian

media yang lalu banyak memperkatakan tentang kredibiliti akhbar. Ini termasuk

kajian yang memperkatakan peranan penyunting berita dan wartawan. Setiap negara

di dunia dikatakan mempunyai masalah mengenai kebebasan, kepercayaan dan

integriti akhbamya. Malah negara demokrasi seperti Amerika tidak terlepas dari

mempersoalkan kaitan akhbar dengan suatu pihak tertentu. Masyarakat mereka juga

mempersoalkan tentang kredibiliti akhbar.

Beberapa kajian media yang pemah dilakukan di Amerika, telah mengenengahkan

berbagai sungutan orang ramai mengenai akhbar. Antaranya ungkapan-ungkapan

2

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

seperti; 'Kami tidak percaya pada akhbar,' 'Orang-orang surat khabar terlalu

angkuh, ,

'Akhbar tidak menghormati privacy seseorang,' 'Akhbar tidak menulis

perkara-perkara penting bagi orang seperti kami' dan sebagainya. Malah kajian

kredibiliti akhbar menunjukkan dua pertiga daripada publik percaya surat khabar

cenderung untuk memihak kepada sesuatu pihak apabila berkaitan dalam hal-hal

sosial dan isu politik (Miyamoto's Public Relations Resource, 1996).

Organisasi akhbar sentiasa mempunyai alasan dengan mengatakan paparan berita

adalah adil dan tidak berat sebelah. Mereka mempunyai kewajipan malah

dilingkungi oleh tanggung-jawab etika kewartawanan bagi menjamin kredibilitinya.

Di Malaysia, sejak tahun 1805 lagi industri surat khabar berkembang dengan baik

dan meluas dalam berbagai bahasa (Mansur, 1983). Pada mulanya akhbar digunakan

bagi memperkukuhkan tapak penjajahan. Ia kemudian berfungsi untuk menyalur

perkembangan sastera Melayu serta menimbulkan kesedaran dan memperdebatkan

hal berkaitan dengan sosio-politik-ekonomi rakyat bagi menyemarakkan semangat

kemerdekaan (Mansur, 1983). Hari ini, akhbar mempunyai berbagai peranan dalam

masyarakat.

Bagaimanapun, hampir semua pertubuhan-pertubuhan akhbar di Malaysia dimiliki

oleh syarikat-syarikat yang dikuasi oleh parti-parti komponen pemerintah. UMNO

mempunyai kepentingan dalam Kumpulan The New Straits Times Berhad dan

Kumpulan Utusan. MeA juga mempunyai kepentingan dalam akhbar The Star,

3

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

manakala tabloid Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu dimiliki oleh parti

PAS. Justeru, pengedaran akhbar Harakah tidak sebegitu bebas kerana kerajaan

mengenakan syarat-syarat tertentu dan (sepatutnya) ia hanya berhak dijual kepada

ahli-ahli PAS sahaja Tidak hairanlah bagi menjamin kepentingan pemerintah,

kestabilan dan kekuasaan parti, akhbar memainkan peranan penting dan mempunyai

agenda-agendanya tersendiri.

Perlembagaan Malaysia, Perkara (10) di bawah bahagian Dua Hak Asasi, memberi

kebebasan bercakap dan kebebasan media. Tetapi 'kebebasan'ini ditokok oleh

berbagai akta lain yang dianggap bertentangan dengannya seperti; Ordinan Fitnah

atau Defamation Ordinance, (1957). Akta Mesin Cetak (1948) (pindaan 1974), Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan (1948) (pindaan 1971), Akta

Kemasukkan Bahan-bahan Bercetak (1958), Akta Rahsia Rasmi (1972) dan

sebagainya. Akta-akta ini diperkuatkuasakan. Ada wartawan malah individu dari

kalangan masyarakat umum menjadi mangsa Akta Rahsia Rasmi (OSA), ISA dan

sebagainya. Malah kebelakangan ini begitu mudah sekali rakyat dikenakan Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penglibatan dan pembahagian kuasa (empowerment) politik dalam organisasi akhbar

(media) telah menimbulkan banyak implikasi. Masyarakat sebagai pembaca

mempunyai berbagai persepsi di atas penglibatan ini. Ini terutamanya apabila akhbar

melaporkan isu-isu yang melibatkan krlsis politik semasa. Ada berita-berita tertentu

yang tidak menyebelahi politik pemerintah terpaksa diketepikan atau disunting

4

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

menjadi sebaliknya untuk siaran. (Berdasarkan pengalaman semasa di Bahagian

Berita, TV3) . Fenomena ini dianggap sebagai tidak adil dan berat sebelah yang

menjurus kepada isu kredibiliti.

Pernyataan Masalah

Isu kejujuran dan keadilan akhbar tempatan sekarang hangat diperkatakan. Ini

berikutan tercetusnya krisis politik yang disebabkan oleh tersingkirnya Timbalan

Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2 September 1998. Berbagai reaksi

dan tindakan masyarakat wujud bila menyentuh isu ini.

Rustam A. Sani menulis, "I have never accused the Malaysian Government of

exercising stark media censorship. But through a complex network of

corporate control of media companies by political parties and through

manipulative selection of editorial executives, the media has been subjected not

so much to direct control but more to self and subtle censorship. During times

of normal political calm, the control and manipulation of the media for the

most part is hardly discernible!". (Harakah, 1999)

Rustam juga menyatakan, secara perbandingan berita yang dilaporkan oleh media

barat mengenai isu politik tanahair melalui internet dan TV satelit, berita-berita oleh

media tempatan diistilahkan sebagai "distinctly unreliable". Ini boleh dianggap

5

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

sesuatu yang memalukan - langsung tidak boleh dipercayai. Seterusnya beliau

meyakinkan dengan memetik sebagai berkata, " .•• and very rapidly lost it's

credibility with the public. In fact, in the context of the ensuing 'reformasi

movement' the local media was declared an enemy".

Ini temyata dengan tindakan memboikot akhbar-akhbar Kumpulan Utusan

khususnya Utusan Malaysia oleh sesetengah pihak. Bukan sekadar itu malah,

kenderaan milik organisasi akhbar tersebut juga menjadi mangsa serangan penunjuk

perasaan. Begitu juga TV3 memperolehi ancaman peluru hidup dari 'audiennya'.

Alasanya ialah akhbar tersebut 'melampaui batas' dan terlalu 'berat sebelah' dalam

menyalurkan berita-berita yang berkaitan Dato' Sri Anwar Ibrahim.

Merosotnya jumlah pengedaran akhbar-akhbar harian tempatan di antara 10 bingga

15 peratus (NST Nov.98), yang melibatkan akhbar-akhbar utama seperti Berita

Harian dan Utusan Malaysia terutamanya pada hari Isnin dan Jumaat (apabila

Harakah dijual) boleh dijadikan kajian. Apakah ini disebabkan faktor kredibiliti

atau kerana tempias akibat kemelesetan ekonomi boleh diambil kira?

Namun satu persoalan menarik boleh diketengahkan apabila tabloid 'Harakah' yang

sebelum ini jumlah pengedaranya 75,000 naskah telah melonjak naik sehingga

melebihi 300.000 naskah dalam hanya beberapa bulan sejak 2 September 1998.

(Harakah, 1998). Angka pengedaran tersebut setanding dengan jumlah pengedaran

6

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Utusan Malaysia yang sebelum ini diketahui sebagi akhbar Melayu yang paling

popular. Apakah altematif ini menjadi suatu petunjuk yang boleh dianggap

berhubung dengan fenomena kredibilitinya? Inilah yang menjadi pendekatan kajian

media ini.

Signifikan Kajian

Kajian ini begitu penting untuk mempastikan atau membuat perbandingan hasH

kajian yang terdahulu adalah betul dengan menggunakan pembolehubah yang sarna.

Sekiranya kajian ini mencadangkan atau memberi rumusan yang sarna dengan

pengkaji terdahulu iaitu 'American Society of Newspaper Editors' (ASNE, 1998)

maka ia akan memberi garnbaran bahawa persepsi publik adalah sarna walaupun

berada di dalarn apa juga persekitaran dan latarbelakang. Ini akan membantu

mengenal pasti (sort out) isu kredibiliti itu. Umparnanya, di tahap manakah ianya

berlaku? Apa pu1a faktor-faktor penyebabnya? Penemuan kajian ini juga diharap

dapat mencadangkan sekilas mengenai Tinjauan Pendapat Umum (Public Opinion

Surveys) sebagai tarnbahan kepada Kajian Kualitatif ASNE sejak tahun 1985.

7

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Objektif Kajian

Objektij umum

Mengenal pasti sejauh mana persepsi dan respon publik sebagai pembaca terhadap

akhbar-akhbar tempatan dalam penyaluran maklumat berita mengenai krisis politik

yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Objektij khusus

1. Menilai persepsi pembaca (responden) terhadap surat khabar dan organisasi

penerbitnya.

2. Mengenal pasti tahap persepsi responden terhadap sesebuah penerbitan

akhbar apabila membuat laporan yang melibatkan isu politik sedemikian.

3. Mengenal pasti sejauh mana tahap kepercayaan responden ke atas maklumat

berita yang dianggap sebagai laporan 'tidak beretika' (melampaui tatasusila

masyarakat-memalukan) dan berat sebelah.

4. Mengenal pasti apakah media altematif kepada responden apabila

tercetusnya krisis sedemikian.

5. Identifikasi perbandingan di atas nilai 'kepercayaan' publik terhadap media

tersebut dengan latar belakang responden.

8

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Skop Kajian

Purata jualan akhbar-akhbar utama di Malaysia mencecah angka 3,528,353 naskah

sehari (November 1998). Ternyata amat besar jumlah pembacanya untuk dijadikan

populasi kajian. Bagi tujuan akademik ini, mengambil kira faktor masa dan

kewangan, skop atau limitasi kajian hanya ditumpukan kepada pembaca (responden)

darl dua kawasan kajian yang dipilih di Lembah Kelang sahaja. Jumlah populasi di

kawasan ini dianggarkan berjumlah 150,000 orang. Justeru, terlalu besar untuk

mendapatkan satu kajian terperinci dan menyeluruh.

Manakala akhbar yang dipilih melibatkan akhbar-akhbar harlan utama sahaja. Ini

meliputi Akhbar dari Kumpulan NST; (Berita HarlanlMinggu, New Straits /Sunday

Times, Harlan Metro dan The Malay/Sunday Mail). Akhbar Kumpulan Dtusan;

(Dtusan MalaysialMingguan dan Dtusan Zaman). The Star, The Sun, Harakah, Shin

Min Daily News, Nanyang Siang Pao, Sin Chew Jit Poh dan Tamil Nesan.

Terbitan akhbar-akhbar tersebut dianggap sebagai akhbar popular yang dibaca setiap

harl dan mewakili semua kaum di Malaysia; Melayu, Cina, India dan lain-lain

bangsa. Akhbar-akhbar tabloid lain tidak dimasukkan kerana tidak dapat mewakili

faktor-faktor bacaan harlan yang mengutarakan isu-isu politik dan ekonomi justeru

mewakili semua kaum. Bagaimanapun pernyataan yang menyentuh media alternatif

akan diperolehi melalui media lain yang lebih dipercayai atau boleh dipercayai.

9

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Tempoh kajian ialah akhbar-akhbar yang mengutarakan isu politik bennula dari 2

September 1998 hingga 2 Februari, 1999 (tarikh akhir mengumpul semula kertas

soal selidik).

10

Page 18: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

BAB2

PENULISAN SEMULA KAJIAN

Belum ada kajian yang serupa dilakukan di Malaysia khususnya bagi melihat

perkaitan kredibiliti akhbar dengan fenomena politik yang melanda. Bagaimanapun

kajian yang dilakukan oleh Syed Arabi Idid (1990), yang melihat peranan media

massa dalam pilihanraya Malaysia merumuskan bahawa tahap kepercayaan

masyarakat terhadap akhbar adalah tinggi (76.7%). Hanya 12.9 peratus

respondennya menjawab tidak percaya (Idid,1994). Di Amerika, kajian yang

menyeluruh mengenai krisis kredibiliti media terutamanya akhbar dilakukan hampir

setiap tahun. Bab ini memperkatakan penemuan yang diperolehi oleh American

Society of Newspaper Editors yang dija1ankan sejak 1985 hingga 1997. Penemuan

kajian boleh dijadikan pedoman untuk: kertas projek ini.

Kajian oleh American Society of Newspaper Editors (ASNE) ini, cuba mencari

suatu pendekatan da1am memperkatakan cabaran kredibitliti media. Kajian cuba

melihat faktor-faktor yang bo1eh melibatkan kredibiliti dari kacamata dan nilai

kekuatan kewartawanan - dalam erti kata lain, ia tidak berat sebelah, adil dan

sempurna (yang tepat dan asli), ketentuan sumber berita yang diperolehi

(accessibility), kepimpinan dan faktor-faktor tabiat (behavioral) seperti amalan

perniagaan serta sikap dan tabiat kewartawanan.

1 1

Page 19: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Namun, kajian tersebut tidak mencadangkan hubungan pembaca dengan jumlah

pengedaran akhbar. Yang menjadi fokus ialah intipati isu kredibiliti. Justeru, dalam

jangka masa yang panjang, meningkatnya tahap kredibiliti akan menyebabkan

meningkatnya jumlah pembaca dan pengedarannya.

Bahagian pertama kajian mencadangkan gambaran umum perkara-perkara yang

membantu kredibiliti. Manakala bahagian berikutnya menghurai data-data

penyelidikan yang dibuat melalui nilai-nilai dan amalan yang khusus,

mencadangkan apa yang diperolehi mengenai persepsi publik.

Metodologi yang digunakan dalam kajian tersebut ialah persampelan secara rawak,

bancian atau temuramah melalui telefon dan penyelidikan kualitatif. Persoalan yang

ditimbulkan dalam kajian ini bukan sekadar mengatakan sesuatu berita itu penting,

tetapi melihat adakah isu kredibiliti itu wujud dan sejauh mana jika ia wujud? Apa

yang hams dilakukan oleh publik dan bagaimana pula publik hams bertindak dalam

situasi yang berbeza.

Memperkatakan isu keadilan dan tidak berat sebelah, kajian media sejak 1985

merumuskan isu 'keadilan' akhbar adalah di tahap yang negatif (menurun).

Beberapa soalan yang menyentuh keadilan akhbar yang dibaca, kajian mendapati 84

peratus daripada rakyat Amerika mengatakan akhbar memberi liputan yang agak

baik. Kajian berikutnya 1993, menunjukkan penurunan dimana, 68 peratus daripada

rakyat Amerika mengatakan akhbar adil dan tidak memihak ke mana-mana (Fair and

12

Page 20: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

impartial to all sides). Bagaimanapun kajian terbaru 1996, menunjukkan perbezaan

jelas diantara pembaea dan akhbar yang dibaea: pembaea (publik) dan organisasi

akhbar mempunyai pandangan yang berbeza tentang keadilan. 72 peratus daripada

rakyat Amerika menganggap keadilan amat penting. Hanya 47 peratus mengatakan

suratkhabar sebagai adil (fair) (NAA and ASNEIClark 1996.)

Penemuan juga mengatakan publik amat mengambil berat ke atas akhbar apabila

membuat liputan sebelah pihak (one-side of a story). Penemuan dalam kajilidik

tahun 1985, mengenai isu yang berkaitan dengan politik dan sosial, mendapati 53

peratus daripada responden mengatakan akhbar ada keeenderungan untuk memihak

ke satu pihak. Apabila dikemukakan soalan yang sama dalam kajilidik tahun 1997,

jumlah yang mengatakan akhbar sememangnya berat sebelah melonjak menjadi 67

peratus. Dalam kajian terbaru ini juga, 57 peratus responden menganggap gejala

'eondong ke satu pihak' (Bias) menjadi masalah utama akhbar. Cuma 34 peratus

menganggap ianya masalah keeil (Freedom ForumlNewseum, 1997).

Responden juga mempunyai tanggapan bahawa akhbar lebih eondong kepada berita­

berita negatif. Kajian 1985 menunjukkan 63 peratus daripada responden mengakui

bahawa media berita meletakkan terlalu banyak tumpuan kepada perkara yang salah

tetapi tidak eukup menyiarkan berita yang betul dan benar. Hanya 2 1peratus tidak

setuju. Bagaimanapun kajian 1997 sekali lagi menunjukkan 91peratus rakyat

Amerlka meluahkan simpati bahawa "news is too negative" (Freedom

ForumlNewseum, 1997).

13

Page 21: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Mengenai unsur 'ketepatan' dan 'keaslian' berita, kajian menunjukkan responden

mempunyai harapan yang amat tinggi. Sebanyak 72 peratus mengatakan berita yang

'tepat' sebagai sesuatu yang amat penting (Extremely important) bagi akhbar.

Penemuan juga mendapati 56 peratus responden mengatakan akhbar mempunyai

kualiti itu , manakala 44 peratus menganggap akhbar tidak menepati ciri-ciri 'tepat'

(accuracy) (NAA and ASNEIClark, 1996.)

Apabila publik memperkatakan tentang berita yang 'tepat' (accuracy), mereka tidak

bermaksud sesebuah berita yang mereka setujui, tetapi mereka menganggap

keperluan untuk mendapatkan informasi yang 'benar' untuk dibuat penilaian atau

pilihan sendiri. Publik dikatakan lebih suka kepada berita-berita yang bersifat

'mencadangkan' (this is what we know) berbanding dengan berita yang dianggap

'memaksa' (this is the ultimate, single truth.). Publik lebih gemar kepada sifat

terbuka dan jelas supaya mereka boleh membuat penilaian dan keputusan sendiri

dari informasi yang diperolehi. Akhbar dikatakan lebih banyak meyampaikan berita­

berita yang dianggap 'stereotype', menulis ungkapan atau kata-kata hikmat dan

sering mengemukakan soalan yang sudah diketahui jawapannya. Akhbar sepatutnya

mementingkan kebenaran dan ketulinan cerita, bukannya berlumba-Iumba untuk

menjadi akhbar yang pertama menyiarkan sesebuah berita tanpa memastikan

ketulinan sumber beritanya. Penemuan juga mencadangkan bahawa akhbar

seharusnya memberi Iebih banyak ruang kepada masyarakat untuk bersuara. Ini

dapat memberi kepelbagaian perspektif dalam penyaluran berita.

14

Page 22: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Penemuan juga merumuskan akhbar sebagai mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Penemuan kajian menunjukkan, responden mahu akhbar mendedahkan berita dan

informasi yang tidak berupaya dicungkil oleh publik tetapi, publik berhak membuat

penilaian sendiri. Responden lebih cenderung memilih kepada berita-berita yang

mereka boleh mengambil bahagian berbanding dengan sesuatu berita yang hanya

memberi tahu 'sesuatu yang telah berlaku'. Akhbar juga perlu berperanan sebagai

'pengawal' (Play the role of watchdog). Publik mahu mengetahui berbagai tindakan

dan pitihan apabila berkaitan dengan kemasyarakatan, dan liputan yang

menggambarkan bagaimana sesaorang pemimpin membuat keputusan.

Akhbar dikatakan tidak dapat lari dari amalan perniagaan (business pactices).

Namun, publik tidak mahu akhbar dan wartawan mengenepikan nilai-nilai asas

kewartawanan di atas faktor bagi 'melariskan penjualan akhbar.' Akhbar, khususnya

wartawan harus mengambil jalan tengah agar tidak menyebelahi mana-mana pihak

atau organisasi tertentu di atas faktor perniagaan.

Sebagai rumusannya, temyata isu atau cabaran kredibiliti merupakan sesuatu yang

amat penting dan mengatasi segala-galanya dalam penerbitan sesebuah akhbar.

Kajian mencadangkan empat mesej kepada akhbar yang dapat menghubungkan

cabaran kredibiliti.

Pertama, Akhbar sepatutnya menulis untuk masyarakat. Menulis yang penting

kepada masyarakat, bukanya menulis di atas dasar apa yang mereka (akhbar) tikir

15

Page 23: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

penting. Jangan biarkan masyarakat beranggapan wartawan hanya menulis untuk

diri mereka sendiri.

Kedua, Akhbar perlu memberi konteks yang lebih mendalam. Memberi maksud

yang lebih terperinci kerana masyarakat mahu mempelajari apa yang sebenarnya

teIjadi, bukan sekadar untuk memenuhi ruang akhbar dengan berita-berita seperti

'Artis membeli kereta bam' atau 'Perdana Menteri pergi memancing".

Ketiga, memberi perspektif - masyarakat mahu akhbar menyalurkan informasi yang

secukupnya dari berbagai perspektif Ini bagi membantu masyarakat membuat

keputusan sendiri. Mereka tidak mahu akhbar yang seolah-olah menyuruh atau

memberi tahu bagaimana membuat keputusan.

Dan yang keempat, publik mahu akhbar mengakui atau bertanggungjawab di atas

kesalahan yang dilakukan. Akhbar tidak perlu menutup atau rasa bersalah apabila

wartawan membuat kesalahan. Mereka hams mengakui dan mencari jalan

memperbetulkan kesalahan dengan mengemukakan berita yang sebenarnya (asal)

(ASNE,1995) .

16

Page 24: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

Teori berkaitan

Gouldner (1976) cuba meyakinkan bahawa perhubungan antara media dengan

publik adalah terlalu rapat dan saling. berinteraksi. Mengikut model :J(onsistensi

kesan sesuatu komunikasi sering bergantung kepada sejauh mana komunikasi itu

mengancarn keselarasan, kepercayaan dan sikap yang cuba dipelihara oleh

seseorang.

Asal usul pendekatan ini bermula daripada psikologi kognitif aliran Kurt Lewin

(1958). Manakala Heider (1946) merupakan orang yang pertama menulis tentang

idea 'ketegangan ke arah keseimbangan kognitif atau 'konsistensi dalarnan'. Teori

Festinger (1957) tentang 'disonan kognitif juga memperkatakan tentang model A­

B-X ciptaan Newcomb. Ia menjelaskan tentang 'ketegangan ke arah simetri' dalarn

perhubungan kognitif. Beliau menyatakan bahawa sekiranya dua orang, A dan B,

mempunyai perasaan positif terhadap satu sarna lain dan juga terhadap suatu objek,

idea, atau seseorang-X- maka perhubungan itu dianggap simetrik (Festinger,1957.)

Sekiranya A dan B tidak menyukai antara satu sarna lain, manakala salah seorang

daripada mereka menyukai objek X dan seorang yang lain tidak menyukainya, maka

perhubungannya itu juga dikatakan simetrik. Tetapi sekiranya A dan B menyukai

antara satu sarna lain tetapi tidak sependapat tentang X, atau sekiranya mereka tidak

menyukai antara satu sarna lain tetapi bersependapat tentang X maka perhubungan

itu tidak simetrik, dan akan terdapat satu ketegangan antara mereka dalarn usaha

17

Page 25: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KREDIBILITI AKHBAR …psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf · Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas ... Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan

mencapai keseimbangan iaitu dengan mengubah sikap mereka terhadap satu sarna

lain atau terhadap X.

Ini merupakan asas kepada semua teori konsistensi. F estinger membentuk teori

'disonan kognitif' bagi menerangkan pelbagai fenomena seperti mengapa seseorang

itu mencari maklumat sokongan yang lebih walau pun setelah mereka membuat

keputusan daripada berbagai-bagai altematif yang ada. Sebagai contoh, mengapa

penyokong-penyokong Dato' Sri Anwar Ibrahim mencari maklumat atau pendapat

yang baik tentangnya dan mengelakkan diri daripada membaca berita tentang Dr.

Mahatir yang tidak disukai mereka.

Menurut Festinger ini kerana mereka berusaha untuk mengurangkan disonan yang

mereka rasakan antara keputusan yang telah mereka arnbil dengan keputusan yang

mungkin mereka buat (Festinger, 1968). Disonan bertindak sebagai dorongan untuk

menggerakkan perilaku sedemikian disarnping mengurangkannya juga.

Osgood juga membentuk satu teori yang dipanggil teori 'kesesuaian' yang

menunjukkan bahawa manusia cuba untuk menyeimbangkan sikap mereka terhadap

komunikator mesej (akhbar) dengan sikap mereka terhadap mesej itu sendiri

(Osgood, & Friends, 1957). Sebagai contoh, sekiranya kita mengkagumi Anwar

Ibrahim dan mendengar ucapan beliau yang menyokong sesuatu kedudukan politik

yang kita tidak persetujui, maka kita tidak selesa dengan keadaan tersebut dan

selalunya kita mencuba untuk menjadikan kedua-dua sikap tersebut berkeadaan

18