UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI...
Transcript of UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI...
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMITMEN BELlA TANI DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR
DAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGANNYA
NORSIAH BT. MOHD. NOOR
FPP L 1994 8
KOMITMEN BELlA TAN! DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR
DAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGANNYA
Oleh
Norsiah Bt. Mohd. Noor
Tesis Dikemukakan Untuk Memenuhi Sebahagian Keperluan Ijazah Master Sains Di Pusat Pengembangan
Dan Pendidikan Lanjutan Universiti Pertanian Malaysia
September 1 994
PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Pada kesempatan 1m penulis mgm merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hj. Azimi Hj .
Hamzah, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan atas nasihat, bimbingan dan
cadangan beliau kepada penulis dalam menyediakan tesis ini. Penulis juga
merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Jawatankuasa khususnya Dr. Turiman
Suandi dan Dr. Mazanah Mohammad atas sumbangan dan cadangan bernas
mereka.
Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Puan Saodah Wok dan
Pak Mei Rochjat Darmawiredja yang banyak membantu dalam kerja
menganalisis data kajian. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Puan
Norizan, Jun dan semua pensyarah serta kakitangan PPPL yang sentiasa
membantu penulis semasa menjayakan program pengajian ini.
Penulis tidak lupa juga menghargai bantuan kewangan yang diberi dalam
bentuk biasiswa oleh SEARCA selama penulis berada di UPM ini. Begitu juga
kepada pihak UPM sendiri dan kakitangannya yang memberikan kemudahan dan
peralatan kepada penulis. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak Jabatan
Pertanian Negeri Selangor, pegawai serta kakitangannya di semua daerah yang
dilawati yang banyak membantu dalam proses pungutan data.
11
Akhir sekali penghargaan yang tidak ternilai kepada suami dan anak-anak
penulis yang banyak memberikan sokongan, bantuan dan aspirasi. Penulis agak
terharu di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahandanya di saat-saat akhir
penulisan tesis ini. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Kepada semua yang disebutkan di atas, hanya Allah sahaja yang layak
membalas budi saudara/i semua dan didoakan agar diberikan ganjaran oleh Allah
akan usaha dan jihad yang telah dicurahkan. Semoga uSaha kita diberkati Allah.
Amin.
111
lSI KANDUNGAN
Muka Surat
PENGHARGAAN . 11
SENARAI JADUAL . IX
SENARAI RAJAH Xl
ABSTRAK X11
ABSTRACT XIV
BAB
1. PENGENALAN 1
Latar Belakang 1
Status Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian 3
Masalah Komitmen Belia Tani . . 4
Kenyataan Masalah . 6
Objektif Umum .. 6
Kepentingan Kajian 7
Skop Kajian 8
2. SOROTAN LITERATUR 9
Konsep Komitmen. . . . . 9
Definisi Komitmen . . 1 0
Kepentingan Komitmen . . 1 2
IV
3.
Komitmen Individu
Komitmen Belia Dalam Projek Pertanian . . . .
Konsep Umum Mengenai Sikap Dan Tingkahlaku Individu Yang Komited
Teori Yang Berkaitan Dengan Komitmen .
Teori Psikologi Pergerakan Masyarakat . . . . . . . .
Teori Mobilisasi Sumber .
Konsep Dan Teori Motivasi
Kajian Terdahulu Mengenai Komitmen
Faktor Latar Belakang
Kebolehan Individu
Faktor Keinginan .
Galakan Sosial .
Sifat Personaliti .
METODOLOGI KAJIAN .
Rangka Konseptual Kajian . .
Hipotesis Kajian.
Populasi Kajian .
Persampelan. . .
v
1 3
14
1 5
1 9
1 9
1 9
20
24
25
27
30
3 1
32
. 36
36
38
38
39
Pembentukan Peralatan Dan Pengumpulan Data . . . . .
Pembentukan Peralatan . .
Prauji Borang Soal Selidik . .
Ujian Reliabiliti Ke atas Skala .
Pengumpulan Data
Analisis Data . . .
Definisi Istilah Dan Kriteria Mengukur Angkubah Bergantung Dan Angkubah Bebas . . . . .
Komitmen Dalam Projek.
Angkubah Bebas . . .
Faktor Latar Belakang
Faktor Kebolehan .
Sifat Personaliti . .
Faktor Dorongan Keinginan . .
Faktor Galakan Sosial . . . .
4. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN .. .
Hasil Kajian
Tahap Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian . . . . . . .
Latar Belakang Responden
Faktor Kebolehan . . . . . .
VI
39
39
42
43
44
44
46
46
47
48
49
50
5 1
52
. 53
54
54
55
63
Faktor Sifat Personaliti
Faktor Keinginan
Faktor Galakan
Perkaitan Antara Angkubah Bebas Terpilih Dengan Tahap Komitmen
Perkaitan Antara Faktor Latar Belakang Dengan Tahap Komitmen .
Perkaitan Antara Angkubah Kebolehan Dengan Komitmen .
Perkaitan Angkubah Sifat Personaliti Dengan Komitmen .
Perkaitan Antara Komitmen Dengan Dorongan Keinginan .
Perkaitan Antara Faktor Galakan Dengan Komitmen
Ujian Regrasi Berganda Antara Komitmen Dengan Angkubah Bebas .
5. RINGKASAN KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN . .
Ringkasan
Latar Belakang
Objektif Kajian . .
Metodologi Kajian
Angkubah . . . . .
Penemuan Kajian . . . . .
Vll
65
67
68
72
72
73
74
75
76
77
80
80
80
8 1
81
82
84
Tahap Komitmen Responden .
Faktor Latar Belakang . . . .
Perkaitan Antara Tahap Komitmen Dengan Angkubah Bebas Terpilih.
Analisis Regresi Berganda Terhadap Angkubah-Angkubah Bebas Dengan Komitmen .
Kesimpulan
Perbincangan Hasil Kajian
Cadangan Untuk Meningkatkan Tahap Komitmen Belia Tani .
Cadangan Untuk Kajian Pada Masa Hadapan . . . . . . . .
84
84
86
86
87
. 88
97
99
RUJUKAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 101
LAMPIRAN A Borang Soalselidik . . . . . . . . . . . . . 109
VITA 124
V111
SENARAI JADUAL
Jadual
1 Populasi Belia Tani Di Bawah Jabatan Pertanian Mengikut Daerah Di Negeri Selangor . .
2 Skor Angkali Realibiliti Untuk Skala .
3 Taburan Responden Untuk Angkubah Bergantung .. . . . . . . . . . . . .
4 Taburan Responden Mengikut Tahap Komitmen
5
6
7
Taburan Responden Mengikut Jantina, Umur Taraf Perkahwinan Dan Tempoh Menyertai Projek . . . . . . . . . . . . .
Taburan Responden Mengikut Tempoh Penglibatan Dalam Projek Pertanian.
Taburan Responden Mengikut Status Pemilikan Tanah Dan Penglibatan Status
8 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan Daripada Hasil Pertanian.
9 Taburan Responden Mengikuti Kursus. . . . .
10
11
12
13
Taburan Responden Dalam Pertubuhan Tempatan Dan Penilaian Tahap Kejayaan . . " . . . . . . .
Taburan Responden Mengikut Kumpulan Angkubah Bebas . . . . . . . . . . . . .
Taburan Responden Mengikut Tahap Kebolehan . . . . . . . .
Taburan Responden Mengikut Sifat Personaliti . . . . . . . . .
IX
Muka Surat
40
43
54
56
S8
59
60
61
62
63
64
66
67
14
15
Taburan Responden Mengikut Tahap Keinginan . . . . . . . .
Taburan Responden Mengikut Galakan Diterima . . . . . . . .
16 Perkaitan Antara Tahap Komitmen Dengan Latar Belakang . . . . . . .
17 Perkaitan Antara Faktor Kebolehan Responden Dengan Komitmen .
18 Perkaitan Antara Faktor Sikap Personaliti Dalam Komitmen . .
19 Perkaitan Antara Faktor Keinginan Responden Dengan Komitmen . .
20 Perkaitan Antara Galakan Terhadap Responden Dengan Komitmen .
21 Ringkasan Hasil Ujian Regrasi Berganda (Stepwise) . . . . . .
x
70
71
73
74
75
76
77
78
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1 Model Penentuan Terhadap Tingkahlaku Pencapaian Dan Keberkesanan Individu Dalam Organisasi. . . . . 18
2 Model Motivasi Porter Dan Lawler 24
3 Model Kajian . . . . . . . . . . . . . 37
Xl
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Pertanian Malaysia sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan Ijazah Master Sains.
Pengerusi Fakulti
KOMITMEN BELlA TANI DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR
DAN FAKTOR-FAKTOR BERKAITAN DENGANNYA
Oleh
NORSIAH BT. MOHD. NOOR
September 1994
Prof. Madya Dr. Haji Azimi Haji Hamzah Pusat Pengembangan Dan Pendidikan Lanjutan
Komitmen belia dalam pertanian merupakan perkara penting dalam usaha
memenuhi keperluan makanan dalam negara. Tren yang dapat dilihat ialah belia
sudah kurang berminat untuk terus berada dalam bidang pertanian atau
menjadikan bertani sebagai suatu kerjaya. Walau bagaimanapun terdapat
sebilangan kecil belia yang masih mahu terus berusaha dalam bidang ini.
Justeru itu profil latar belakang dan sikap belia yang komited ini merupakan
masalah yang releven untuk dikaji.
Objektif am kajian ini ialah untuk mengetahui tahap komitmen belia tani
dalam projek pertanian. Kajian ini dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor
melalui seramai 140 orang belia tani yang dipilih secara rawak.
xii
Penemuan kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen responden yang
masih berada dalam projek-projek pertanian adalah tinggi. Tahap komitmen belia
tani didapati mempunyai perkaitan dengan tempoh masa mereka berada dalam
bidang pertanian; pendapatan yang diperolehi; sikap personaliti yang baik, dan
tahap keinginan mereka yang tinggi. Di antara lima kumpulan pembolehubah,
faktor keinginan merupakan faktor utama yang menyumbangkan 47 peratus
daripada variasi tahap komitmen, manakala faktor sifat personaliti menambah
dua peratus lagi kepada variasi tahap komitmen.
Kajian ini memberikan rumusan bahawa aspek motivasi dalaman individu
seperti faktor keinginan dan sifat personaliti amat penting dalam menentukan
tahap komitmen belia tani. Faktor-faktor pendapatan, taraf pendidikan, tempoh
berada dalam projek dan galakan pegawai merupakan faktor sokongan dalam
menentukan tahap komitmen. Manakala pemilikan tanah individu tidak memberi
erti terhadap tahap komitmen belia tersebut.
Di akhir kajian ini dicadangkan supaya belia tani dan pegawID yang
bertanggungjawab ke atas kemajuan mereka lebih didedahkan dengan idea
usahawan tani. Juga perkara utama yang perlu diberi pertimbangan oleh pihak
berkuasa ialah menukar persepsi masyarakat umum terhadap kerjaya sebagai
usahawan tani dan memperuntukkan tanah sebagai pusat pengeluaran bahan
makanan di setiap negeri.
X111
Abstract of thesis submitted to the Senate of Universiti Pertanian Malaysia in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Science.
FARM YOUTH COMMITMENT IN AGRICULTURE PROJECT IN THE STATE OF SELANGOR
Chairman Faculty
AND FACTORS ASSOCIATED
by
NORSIAH BT. MOHD. NOOR
September 1994
Assoc. Prof. Dr Hj. Azimi Haji Hamzah. Centre for Extension and Continuing Education
Farm youth commitment in agriculture projects is important in order to
meet the nation's food supply. Studies have shown that farm youths seem to
loose interest in farming as a career. On the other hand, there are few youths
who are still involved in agriculture. Thus, their profile and attitute towards
agriculture should be identified in relation to their commitment in agricultural
projects.
The general objective of this study is to determine the commitment level
of farm youth in agricultural projects. The study was conducted in the state of
Selangor through 140 respondents who were randomly selected.
The findings of the study revealed that the level of commitment among
the respondents was high. The level of commitment of farm youth was found to
be significantly related to their duration of projects, income, needs achievement
xiv
contributed 47 percent of the variability in the level of commitment while two
percent of the variability in the commitment was attributed to personality traits.
The study concluded that individual internal aspects of motivation that is,
needs achievement and personality traits, are important indicators in determining
the level of commitment among youths. Other factors such as income, level of
education, duration of projects and encouragement by extension are supporting
factors. Meanwhile land ownership does not contribute to the increase in the
level of commitment.
Lastly, the study suggests that farm youths and their most immediate
extension should be made aware of the idea of farm enterprenuership. On top of
that government should help to change public perception on farming as a career,
and to allocate a piece of land as production centre in every state.
xv
BABI
PENGENALAN
Latar Belakang
Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara (DPN) sebagai
golongan sasaran yang penting se1ain daripada petani dewasa termasuk wanita tani.
Komitmen belia dalam program pembangunan khususnya pertanian adalah penting,
kerana pertanian merupakan sektor asas bagi penduduk negara ini. Di samping itu
sektor pertanian juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk luar
bandar (Dasar Pertanian Negara, 1991; Asian Productivity Organization, 1990).
Sehubungan dengan itu kerajaan telah merancang berbagai program supaya
golongan ini terlibat dan seterusnya komited dalam aktiviti pertanian. Aktiviti
aktiviti program tersebut dilaksanakan melalui berbagai projek pertanian oleh
berbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Kementerian Belia Dan Sukan, Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan Lembaga
Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA). Selain daripada agensi
kerajaan dan separa kerajaan terdapat juga pertubuhan-pertubuhan sukarela yang
menjalankan aktiviti pertanian, seperti Pergerakan Belia 4B, yang bergerak di bawah
penyelarasan Majlis Belia Malaysia.
Dalam usaha untuk mendapatkan komitmen yang serius dalam projek yang
dilaksanakan, beberapa strategi telah dibuat untuk belia luar bandar oleh pihak
kerajaan. Antara strategi yang telah dibuat ialah pembukaan tanah barn untuk
Rancangan Tanah Belia; memberikan bantuan input pengeluaran seperti Rancangan
1
2
Belia Peladang; dan menyediakan program latihan yang berterusan bagi belia-belia
yang berada di luar daripada projek rancangan pembukaan tanah (Khairuddin dan
Shamsuddin, 1991; Jabatan Pertanian , 1987; Kementerian Belia dan Sukan, 1985).
Rancangan pembukaan tanah seperti yang dilaksanakan oleh RISDA,
FELCRA dan FELDA merupakan strategi yang hanya dapat dinikmati oleh
sebilangan belia yang terpilih sahaja. Strategi ini memerlukan penggunaan banyak
tanah banI. Oleh itu para belia Iuar bandar yang terlibat dengan pertanian sarna
ada di dalam ataupun di Iuar projek rancangan pembukaan tanah baru perlu diberi
Iatihan dan pendedahan mengenai teknologi baru.
Sehubungan dengan itu program latihan telah dikenalpasti sebagai strategi
penting dalam Dasar Pertanian Negara. Program ini bertujuan untuk melatih
golongan belia dan beliawanis supaya mereka mempunyai lebih maklumat dan
pengetahuan dalam bidang pertanian moden. Maklumat dan pengetahuan tersebut
kelak dapat membantu dan mendorong mereka menjadikan pertanian sebagai
pekerjaan yang menguntungkan (Dasar Pertanian Negara, 1984).
Sebenarnya program latihan untuk menyediakan belia dalam teknologi
pertanian moden telah dilakukan secara formal dan tidak formal sejak tahun 1960an
lagi. Latihan formal bermula apabila belia dilatih di beberapa institusi pengajian
seperti Kolej Pertanian dan Institut Pertanian. Latihan formal ini bertambah luas
apabila Pendidikan Vokasional Pertanian diwujudkan di peringkat sekolah
menengah dan Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan (Asian Productivity
Organization, 1991). Program dan aktiviti Iatihan formal dan tidak formal ini
diteruskan dalam tahun 1970an oleh berbagai agensi, walaupun kesan latihan pada
masa itu kurang diberi perhatian. Dalam program Rancangan Malaysia Keenam
3
(1986 - 1990), usaha melatih golongan belia ini telah dipergiatkan semula, apabila
isu pembentukan belia sebagai usahawan telah diketengahkan ( Asian Productivity
Organization, 1990, Jabatan Pertanian 1987, Kementerian Belia Dan Sukan, 1985).
Status Komitmen Bella Tani Dalam Projek Pertanian
Pada amnya penglibatan belia dalam sektor pertanian terbahagi kepada tiga
kategori, iaitu sebagai petani sepenuh atau separuh masa; keduanya sebagai
pengedar, pembekal atau pemproses bahan pertanian di kawasan luar bandar ; dan
ketiga sebagai pemimpin tempatan yang berusaha untuk meningkatkan
pembangunan sektor pertanian ( Azimi dan Khairuddin, 1990; Adhikarya dan
Posamenteir, 1986). Kategori pertama iaitu belia sebagai petani sepenuh atau
separuh masa merupakan kumpulan terbesar berbanding dengan kategori kedua dan
ketiga (Azimi dan Khairuddin, 1990). Mereka merupakan belia luar bandar yang
dibesarkan dalam masyarakat tani dan mewarisi bidang pertanian daripada
keluarga mereka (Keating dan Little, 1991; Asian Productivity Organization,
1990). Komitmen mereka dalam pengeluaran hasil pertanian merupakan kerjaya
warisan untuk saraan hidup keluarga tani tersebut.
Arus perkembangan dalam sektor pertanian telah menjadikan tugas belia tani
bertambah komplek dalam menuju tahap komersil. Misalnya belia tani dalam
kategori kedua kini tidak lagi hanya menceburi bidang pengeluaran hasil tetapi telah
komi ted dalam aspek pembekalan input, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian
(Azimi dan Khairuddin 1991, Jabatan Pertanian, 1987). Komitmen belia tani dalam
aspek ini telah memperluaskan lagi bidang dan saluran pemasaran hasil pertanian,
mengikut keadaan dan citarasa semasa. Contohnya belia tani kini tidak hanya
4
menanam ubi kayu malah memprosesnya menjadi makanan ringan untuk meluaskan
lagi pasaran komoditi ini di dalam dan luar negara.
Belia yang termasuk dalam kategori ketiga menurut Azimi dan Khairuddin
(1991) ialah pemimpin belia yang merancang pembangunan ekonomi pertanian.
Kumpulan ini merancang, menyusun dan menguruskan projek-projek, seperti projek
koperasi kampong. Rumusan yang dapat dibuat di sini ialah ketiga-tiga kategori
komitmen belia tani mempunyai kepentingannya tersendiri dalam menggerakkan
sektor pertanian ke arah yang lebih berdaya maju untuk mencapai tahap komersil.
Masalah Komitmen Bella Tani
Masalah utama yang dihadapi dan perlu diberikan perhatian ialah bagaimana
untuk menjadikan sektor pertanian lebih menarik supaya komitmen belia dalam
projek pertanian dapat dipertingkatkan. Soal komitmen belia ini mempunyai
perkaitan rapat dengan sejauh mana projek pertanian dapat memberikan pulangan
ekonomi yang baik kepada para belia. Ini bererti sikap kaum belia terhadap sektor
ini amat perlu diberi perhatian yang utama. (Asia Productivity Organization, 1990).
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa belia yang menyertai projek
pertanian, biasanya berminat hanya pada peringkat permulaan projek dan setengah
setengahnya di peringkat memohon sahaja. Minat tersebut akan semakin
berkurangan apabila mereka merasakan bidang pertanian memberikan pendapatan
yang rendah (Jabatan Perdana Menteri, 1985).
Para penyelidik mendapati walaupun belia tani yang mengikuti program
pertanian ini, termasuklah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) di
5
seluruh negara, telah diajar menggunakan teknologi barn dan diberikan subsidi oleh
pihak kerajaan, namun penglibatan dan komitmen mereka dalam sesuatu projek
masih pasif (Chamhuri dan Nik Hashim, 1988). Menurut Chamhuri dan Nik Hashim
(1988) komitmen yang pasif ini telah menjadikan matlamat strategi Projek
Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) tidak tercapai sepenuhnya. Tujuan IADP
ialah untuk mengubah sikap para petani yang pasif ke arah yang lebih cergas di
samping memupuk personaliti individu yang berdikari, namun perkara sebaliknya
terjadi apabila petani lebih bergantung kepada kerajaan.
Selain daripada masalah yang disebutkan di atas, maklumbalas yang
diperolehi oleh Jabatan Pertanian pula menunjukkan bahawa komitmen terhadap
usaha korrtersil dan kegiatan berkumpulan juga masih kurang mendapat sambutan.
Sedangkan kaedah pengembangan bersepadu serta berkumpulan dan pengurusan
ladang secara komersil telah diperkenalkan sejak tahun 1978 lagi (Cawangan
Pengembangan, Jabatan Pertanian, 1987).
Kaedah pengembangan seperti yang disarankan dalam Dasar Pertanian
Negara telah dilaksanakan oleh kebanyakan agensi melalui berbagai projek belia
tani. Contohnya Rancangan Tanah Belia dan Rancangan Ladang Belia
Berkelompok. Tujuan utama kaedah ini ialah untuk mewujudkan penyelarasan
antara agensi, memudahkan penyaluran segala bentuk bantuan dan kemudahan
daripada agensi-agensi yang berkenaan (Wan Ibrahim, 1984).
Walaupun telah banyak diperkatakan mengenai soal kurangnya penglibatan
dan komitmen golongan petani dan belia tani khususnya, tidaklah bermakna semua
projek yang telah dilaksanakan gagal belaka. Terdapat beberapa projek kumpulan
petani dan belia tani yang telah berjaya menunjukkan prestasi pencapaian yang baik
6
dan telah diberikan penghargaan oleh pihak kerajaan dengan berbagai anugerah
seperti 'Peladang Jaya' dan Xumia Belia Jaya'. Kejayaan belia-belia ini
walaupun cuma di kalangan segelintir belia sahaja (Jabatan Pertanian, 1991) namun
mereka masih sanggup terns berada dalam bidang pertanian sedangkan rakan-rakan
mereka telah lama menceburi bidang-bidang lain.
Kenyataan Masalah
Komitmen belia dalam projek pertanian adalah penting untuk kesinambungan
sektor tersebut pada masa hadapan.
Bagi tujuan mendapatkan komitmen yang serius di kalangan belia, berbagai
strategi telah dilaksanakan oleh banyak agensi antaranya Kementerian Belia, Jabatan
Pertanian, FELDA, FELCRA dan RISDA. Pada masa yang sarna Dasar Pertanian
Negara juga mengeluarkan garis panduan dalam memberikan latihan kepada belia
mengenai aspek pertanian. Dalam menilai projek-projek yang diselenggarakan oleh
agensi-agensi tersebut, beberapa kajian telah dibuat. Kajian-kajian penilaian projek
belia tani menunjukkan terdapat banyak projek yang kurang maju dan tidak mampu
untuk bertahan lama ( Jabatan Perdana Menteri, 1985; Kementerian Belia Dan
Sukan, 1982). Malah Asian Productivity Organisation (1991) melaporkan tahap
kornitrnen belia tani di Malaysia telah merosot.
Walau bagaimanapun, terdapat belia tani yang telah menunjukkan pre stasi
yang cemerlang dan berjaya dalam aspek pertanian serta mendapat pengiktirafan
daripada pihak kerajaan. Kajian dan pemerhatian yang lepas menunjukkan kejayaan
dan kemunduran belia tani ini ada kaitannya dengan sikap dan personaliti individu
itu sendiri (Azizan, 1991; Noorshita, 1990). Namun hingga kini tiada kajian yang
7
menjurus ke arah mengetahui sikap dan personaliti individu yang komited tersebut.
Oleh yang demikian persoalan utama yang cuba diberi tumpuan dalam kajian ini
ialah untuk memahami apakah sikap dan personaliti belia yang komited dalam
projek pertanian, dan bagaimanakah ciri-ciri tersebut berkaitan dengan tahap
komitmen.
Objektif Umum
Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang
berkaitan dengan komitmen belia tani dalam projek pertanian.
Objektif spesifik kajian adalah untuk mengetahui:
1. Mengetahui profil belia tani (latar belakang, kebolehan, sifat personaliti,
dorongan keinginan dan galakan yang diterima oleh belia tani) yang terlibat
dalam projek pertanian di Negeri Selangor.
2. Mengetahui tahap komitmen belia tani dalam projek pertanian, dan
3. Mengetahui perkaitan di antara faktor latar belakang, kebolehan, sifat
personaliti, dorongan keinginan dan galakan sosial dengan tahap komitmen
belia tani dalam projek pertanian.
Kepentingan Kajian
Kajian ini dijangka akan dapat membantu jabatan dan agensi-agensi
pembangunan yang terlibat dalam membangunkan belia. Hasil kajian ini akan dapat
memberikan maklumat mengenai tahap kesediaan belia tani untuk komited dalam
8
berbagai projek khususnya pertanian. Maklumat yang diperolehi akan dapat
menjadi panduan kepada jabatan dan agensi tersebut terutamanya Jabatan Pertanian
dan Kementerian Belia dan Sukan dalam mengatur strategi perancangan program
belia taninya di masa akan datang.
Maklumat seperti latar belakang, faktor sikap, tingkahlaku dan motivasi
dan hubungkaitnya dengan tahap komitmen akan dapat membantu jabatan dan agensi
membuat pemilihan peserta projek di masa akan datang. Pada masa yang sarna,
ciri-ciri tersebut juga boleh dijadikan sebagai aspek yang perlu diberikan
penekanan dalam program-program latihan agensi berkenaan.
Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di negeri Selangor Darul Ehsan iaitu salah sebuah
negeri yang proses pengindustrian berjalan paling pesat. Kebanyakan belia- belia di
Negeri Selangor bekerja di kilang. Walau bagaimanapun terdapat belia yang masih
terus bertani. Mereka ini merupakan responden dalam kajian ini.
Kajian ini mengambilkira belia tani yang mendapat khidmat nasihat dari
Jabatan Pertanian Negeri Selangor sahaja. Kaedah pengembangan selain khidmat
nasihat, seperti bantuan atau galakan yang berupa pemberian tanah daripada mana
mana agensi termasuk Jabatan Pertanian tidak terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini juga meliputi angkubah terpilih sahaja. Ia cuma terbatas dari segi
perkaitan angkubah-angkubah bebas (iaitu faktor latar belakang, kebolehan,
personaliti, faktor dorongan dan faktor galakan) dengan angkubah bergantungnya
komitmen dalam projek.
BAB1
SOROTAN LITERATUR
Bab ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama merangkumi
bahan bertulis yang dibincangkan mengikut lima tajuk iaitu : Konsep Komitmen,
Komitmen Belia dalam Projek, Konsep Umum Mengenai Sikap dan Tingkahlaku
Individu yang Komited, Teori Berkaitan dengan Komitmen, dan Ciri-ciri Individu
yang Komited. Bahagian kedua menerangkan tentang rangka konseptual dan
bahagian ketiga pula membentangkan hipothesis kajian.
Konsep Komitmen
Komitmen merupakan isu penting yang senng ditimbulkan dalam
pembentukan sesuatu kumpulan keIja. Malah isu ini lebih banyak: dibincangkan oleh
institusi atau organisasi formal seperti syarikat-syarikat pemiagaan daripada institusi
yang tidak formal seperti perkumpulan belia. Contohnya Staw (1977)
membincangkan mengenai komitmen pekeIja dalam membantu orgamsasmya
mencapai matlamat dan nilai-nilai organisasi tersebut. Perbincangan dan kenyataan
beliau dikaji dan disokong oleh ramai saIjana seperti Ferris dan Aranya (1983), Hom
Katerberg dan Hulin (1979), dan Mowday, Steers dan Porter (1979).
Komitmen, sarna ada dalam organisasi pemiagaan atau sosial, memberi
penekanan kepada sikap individu mengenai keseluruhan aspek organisasi tersebut.
Ini termasuklah aspek keIja, kepimpinan, komunikasi, pengalaman di tempat keIja
dan persekitarannya. Dalam aspek ini kepuasan bekeIja hanya merupakan sebahagian
daripada proses pembentukan komitmen. Kepuasan bekeIja lebih mudah dicapai
9