Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

7
UNIT KESIHATAN IBU DAN ANAK JAUNDIS PENGENALAN Jaundis adalah satu keadaan kuning yang berlaku pada kebanyakan bayi baru lahir. Lokasi yang biasa dan mudah untuk jaundis dikesan adalah pada mata,kulit dan muka. Jaundis berlaku disebabkan oleh kandungan paras bilirubin yang tinggi dalam darah akibat dari perpecahan sel darah merah. Kandungan bilirubin yang tinggi tidak boleh diproses oleh hati bayi yang kurang matang. Keadaan ini biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran dan pasti akan terjadi pada semua bayi baru lahir. PENYATAAN MASALAH Di unit kesihatan ibu dan anak Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, saya mendapati kes ini adalah yang paling banyak dan dianggap satu kes yang perlu diberi perhatian lebih kerana penyakit ini berisiko tinggi untuk menyebabkan kematian bayi. Jika mengikut rekod hampir keseluruhan bayi yang baru lahir akan menghadapi masalah ini tetapi dengan pengurusan yang cekap dan kerjasama ibu-bapa masalah ini mampu dibendung dan kematian bayi akibat jaundis telah berkurangan. PENCARIAN LITERATUR DEFINISI Jaundis juga dikenali sebagai icterus yang bermaksud pigmentesi kuning yang terjadi pada kulit dan ruang sklera disebabkan oleh hiperbilirubinemia dan yang boleh menyebabkan peningkatan bilirubin dalam cecair ekstraselular. Jaundis biasanya dianggap serius jika kandungan bilirubin melebihi 1.5mg/dL dan ia akan dapat dikesan pada warna kulit dan sklera mata atau lebih dikenali icterusscleral. (wikipedia, 2011)

description

fvgfgvhvbjhhvjh

Transcript of Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

Page 1: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

UNIT KESIHATAN IBU DAN ANAK

JAUNDIS

PENGENALAN

Jaundis adalah satu keadaan kuning yang berlaku pada kebanyakan

bayi baru lahir. Lokasi yang biasa dan mudah untuk jaundis dikesan adalah

pada mata,kulit dan muka. Jaundis berlaku disebabkan oleh kandungan paras

bilirubin yang tinggi dalam darah akibat dari perpecahan sel darah merah.

Kandungan bilirubin yang tinggi tidak boleh diproses oleh hati bayi yang

kurang matang. Keadaan ini biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran

dan pasti akan terjadi pada semua bayi baru lahir.

PENYATAAN MASALAH

Di unit kesihatan ibu dan anak Pejabat Kesihatan Daerah Pendang,

saya mendapati kes ini adalah yang paling banyak dan dianggap satu kes

yang perlu diberi perhatian lebih kerana penyakit ini berisiko tinggi untuk

menyebabkan kematian bayi. Jika mengikut rekod hampir keseluruhan bayi

yang baru lahir akan menghadapi masalah ini tetapi dengan pengurusan yang

cekap dan kerjasama ibu-bapa masalah ini mampu dibendung dan kematian

bayi akibat jaundis telah berkurangan.

PENCARIAN LITERATUR

DEFINISI

Jaundis juga dikenali sebagai icterus yang bermaksud pigmentesi

kuning yang terjadi pada kulit dan ruang sklera disebabkan oleh

hiperbilirubinemia dan yang boleh menyebabkan peningkatan bilirubin dalam

cecair ekstraselular. Jaundis biasanya dianggap serius jika kandungan

bilirubin melebihi 1.5mg/dL dan ia akan dapat dikesan pada warna kulit dan

sklera mata atau lebih dikenali icterusscleral.

(wikipedia, 2011)

Page 2: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

TANDA DAN GEJALA

Bagi bayi yang mengalami jaundis yang teruk, bayi akan menunjukkan

tanda-tanda pigmentasi pada kulit, bawah lidah dan icterussclera. Selain itu,

bayi juga boleh menjadi pucat akibat kurang daya tahan, akibat hati gagal

memproses bilirubin yang berlebihan dalam darah dan bayi akan menjadi

lemah dan kurang aktif serta selalu tidur. Disamping itu, warna najis dan air

kencing bayi akan menjadi gelap. Pada peringkat ini jika bayi tidak diberi

rawatan awal bayi mungkin boleh maut.

(wikipedia, wikipedia encyclopedia, 2011)

JENIS JAUNDIS

JENIS DEFINISI

Pre-hepatic Patologi ini terjadi di luar hati.

Hepatic  Berlaku di dalam hati.

Post-Hepatic

Patologi ini terletak selepas berlaku konjugasi bilirubin dalam hati.

JAUNDIS NEONATAL

Jaundis neonatal biasanya tidak bahaya jika ia terkawal, ia biasa

berlaku selepas hari ke-2 kelahiran hingga hari ke-8 pada kelahiran normal

atau hari ke-14 untuk kelahiran pramatang. Bagi jaundis yang teruk, ia boleh

menyebabkan kerosakan otak dan bayi akan menunjukkan tanda-tanda

kernicterus. Ia boleh menyebabkan kecacatan yang kekal. Jaundis neonatal

boleh diberi rawatan awal dengan cara fototerapi dan perlu menjalani proses

monitor Serum Bilirubin Count melalui sampel darah atau pembuangan air

besar dan kecil bayi secara berkala.

(jayamerry, 2010)

Page 3: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

PATOFISIOLOGI

Jaundis terjadi apabila peningkatan kadar pemecahan darah akibat

berbagai sebab pengkonjugatan bilirubin oleh hepar terjejas. Pengumpulan

bilirubin yang tidak konjugat ini akan berada di dalam darah. Selepas itu,

bilirubin yang tidak larut air gagal di buang melalui urin dan najis. Bilirubin

yang terkandung didalam darah menyebabkan pigmentasi kuning pada kulit,

mukosa serta sklera mata. Disamping itu, bilirubin yang berlebihan akan

termendap di dalam tisu otak bayi dan boleh menyebabkan nekrosis otak

yang teruk. Di dalam sistem pencernaan pula, usus yang mengalami proses

pemecahan bilirubin yang tinggi akan menyebabkan peningkatan urobilinogen

dalam urin dan sterkobilin dalam najis bayi.

(Goljan, 2007)

KOMPLIKASI

Jaundis boleh menyebabkan komplikasi yang bahaya antaranya sepsis

kolangitis, serosis hempedu, pankreatitis, kerosakan ginjal dan hilang

kefungsian hati. Tahap keterukan jaundis bergantung kepada cara

pengurusan, jika pesakit mendapat rawatan yang tepat dan segera, pesakit

akan berjaya sembuh sepenuh nya dengan cepat tanpa serangan berulang.

(Schreiber, 2001)

Page 4: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

PENEMUAN

BULAN Bilangan

Bayi Lahir

Bilangan

Bayi

Jaundis

Pulih

Semulajadi

Pulih

Selepas

Fototerapi

Pulih

Selepas

Tranfusi

Darah

1 17 17 10 5 2

2 15 14 9 3 2

3 13 13 7 3 3

4 8 6 6 - -

5 9 9 7 2 -

6 17 15 11 4 1

7 21 19 14 1 4

8 14 10 6 4 -

9 19 19 11 4 4

10 6 4 4 - -

11 8 5 3 2 -

12 9 6 3 - 3

Mengikut statistik yang saya perolehi di unit kesihatan ibu dan anak PKD

Pendang, bayi yang di lahirkan kebanyakannya berisiko untuk mendapat

jaundis tetapi prognosis untuk pulih sepenuhnya adalah amat cerah dengan

teknologi perubatan yang canggih pada hari ini. Kesemua bayi yang di

lahirkan dan di jangkiti jaundis akan pulih dengan cara semulajadi atau

dengan teknik fototerapi. Bagi bayi yang mengalami jaundis yang teruk, bayi

ini terpaksa menjalani tranfusi darah untuk pulih dari jaundis.

Page 5: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

PERBINCANGAN

FAKTOR RISIKO JAUNDIS

1. Menpunyai sejarah jaundis pada kelahiran anak-anak sebelum ini.

2. Sejarah pertukaran darah pada anak yang sebelum ini.

3. Kelahiran dengan teknik intrumental seperti forsep atau vakum.

4. Amalan penyusuan yang kurang baik seperti kurang melakukan

penyusuan ibu.

5. Bayi yang dilahirkan kurang berat badan.

6. Bayi yang lahir dari ibu yang mempunyai masalah diabetis.

PENYEBAB JAUN DIS YANG TERUK

1. Masalah kekurangan enzim G6PD pada sel darah merah dalam darah

bayi.

2. Perbezaan kumpulan darah ibu dengan bayi(ABO incompatibality). Ibu

yang kumpulan darah O dikenal pasti lebih tinggi risiko untuk

menyebabkan bayi mendapat jaundis.

3. Pendarahan di bawah kulit kepala (cephalohaematoma).

4. Kurang air dalam badan(dehidrasi).

5. Kelahiran pra-matang.

6. Jangkitan kuman.

7. Pengambilan ubat-ubatan tertentu.

BAHAYA JAUNDIS JIKA TIDAK DIRAWAT

Jika jaundis tidak dirawat, jaundis yang teruk mungkin boleh mengakibatkan

pelbagai komplikasi yang teruk antaranya:

1. Kecacatan pada otak bayi.

2. Kelumpuhan pada sistem otot bayi.

3. Bayi mungkin berhadapan dengan masalah kesukaran bercakap dan

bermasalah di dalam proses pembelajaran.

4. Bayi boleh terencat akal.

5. Bayi boleh mengalami terencat tumbesaran dan mengalami masalah

koordinasi motor.

Page 6: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

TEKNIK MENGESAN TAHAP KETERUKAN JAUNDIS

Jaundis boleh dikenalpasti mengikut tahap keterukan yang berbeza.

Antaranya adalah yang sedikit ia itu kekuningan di mata,muka hingga ke

paras dada. Peringkat yang kedua adalah peringkat sederhana dimana kesan

kekuningan berlaku pada muka ke pusat. Jika bayi berada di dalam kondisi

yang amat teruk, kekuningan akan berlaku pada muka hingga ke kaki.

Cara yang mudah untuk mengesan bayi jaundis adalah bawa bayi ke

tempat yang cerah di bawah cahaya kekuningan akan mudah kelihatan.

Selain itu, jaundis boleh di lihat pada mata, untuk kesan yang lebih jelas tekan

sedikt pada tulang pipi,dahi atau dada selama 5 saat untuk lihat warnanya.

PENGESAHAN JAUNDIS

Jaundis boleh disahkan dengan cara melakukan ujian paras bilirubin

darah. Ujian ini sangat mudah,cepat dan tepat, bayi hanya perlu dirujuk

segera ke klinik kesihatan, hospital kerajaan atau swasta.

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Jaundis boleh dirawat dengan rawatan fototerapi dan dengan cara

transfusi darah. Amalan penyusuan ibu sebaik sahaja lahir amat membantu

untuk mengurangkan jaundis. Pengesanan tanda jaundis yang awal pada bayi

berisiko amat penting untuk merawat jaundis antara yang berisiko adalah bayi

pra-matang dan bayi yang kurang berat badan.

Antara amalan yang perlu dielakan jika bayi jaundis adalah dengan

menjemur bayi dibawah cahaya matahari, mandian air teh,daun dan buah

keranda cina. Selain itu,memberi bayi minum susu kambing juga boleh

memudaratkan bayi yang jaundis.

Jika jaundis berterusan melebihi 14 hari, sila dapat rawatan segera dari

pusat kesihatan berhampiran.

Page 7: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

RUMUSAN

Jaundis mampu dipulihkan jika ibu-bapa dan anggota kesihatan cepat

mengesan dan bekerjasama berusaha memberi rawatan yang betul. Jadi

jaundis mempunyai prognosis yang baik untuk pulih namun jika lambat

bertindak bayi mungkin akan mengalami banyak masalah kesihatan dan tidak

terkecuali melibatkan kematian pada bayi.

SENARAI RUJUKAN

1. Goljan. (2007). jaundice. In E. Frued, Rapid Review Pathology 2nd

edition (pp. 368–369). chicago: adams health books.

2. jayamerry, d. (2010). jaundis. malaysia: kementerian kesihatan

malaysia.

3. Schreiber, D. (2001). Jaundice in older children and adolescents. In

Pashankar, Pediatrics (pp. 219–226). ireland: pediatrics press.

4. wikipedia. (2011, february 1). wikipedia. Retrieved february 3, 2011,

from wikipedia encyclopedia: wikipedia.org/wiki/jaundice

5. wikipedia. (2011, february 1). wikipedia encyclopedia. Retrieved

february 3, 2011, from wikipedia:

wikipedia.org/wiki/jaundice#signs_and_symptoms