Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

9
PENGENALAN Bagi wanita yang baru melahirkan anak,peratusan bayinya menghidapi masalah kekuningan adalah tinggi.Jaundis neonatal adalah satu masalah kuning yang berlaku pada kebanyakan bayi yang baru lahir.Jaundis neonatal berlaku disebabkan kandungan paras bilirubin yang tinggi dalam darah.Bilirubin yang tinggi tidak boleh diproses oleh hati bayi yang kurang matang. Keadaan ini biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran dan sering berlaku pada semua bayi baru lahir. Lokasi yang biasa dan mudah untuk jaundis neonatal ini dikesan adalah pada mata,kulit atau pada bahagian muka. PENYATAAN MASALAH Di unit kesihatan ibu dan anak Klinik Kesihatan Bakar Arang, didapati kes ini adalah yang paling kerap berlaku dan dianggap satu kes yang perlu diberi perhatian lebih kerana penyakit ini berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kematian.Berdasarkan rekod,kebanyakkan bayi yang baru lahir akan menghadapi masalah ini namun dengan kerjasama ibu bapa untuk mendapatkan rawatan tentang masalah ia mampu mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin terjadi kepada bayi. 1

description

vchgchgchgchg

Transcript of Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

Page 1: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

PENGENALAN

Bagi wanita yang baru melahirkan anak,peratusan bayinya menghidapi

masalah kekuningan adalah tinggi.Jaundis neonatal adalah satu masalah

kuning yang berlaku pada kebanyakan bayi yang baru lahir.Jaundis neonatal

berlaku disebabkan kandungan paras bilirubin yang tinggi dalam

darah.Bilirubin yang tinggi tidak boleh diproses oleh hati bayi yang kurang

matang. Keadaan ini biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran dan

sering berlaku pada semua bayi baru lahir. Lokasi yang biasa dan mudah

untuk jaundis neonatal ini dikesan adalah pada mata,kulit atau pada bahagian

muka.

PENYATAAN MASALAH

Di unit kesihatan ibu dan anak Klinik Kesihatan Bakar Arang, didapati

kes ini adalah yang paling kerap berlaku dan dianggap satu kes yang perlu

diberi perhatian lebih kerana penyakit ini berisiko tinggi yang boleh

menyebabkan kematian.Berdasarkan rekod,kebanyakkan bayi yang baru lahir

akan menghadapi masalah ini namun dengan kerjasama ibu bapa untuk

mendapatkan rawatan tentang masalah ia mampu mengelakkan sebarang

komplikasi yang mungkin terjadi kepada bayi.

1

Page 2: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

PENCARIAN LITERATUR

DEFINISI

Jaundis neonatal adalah jaundis yang bermula dalam masa beberapa

hari selepas kelahiran.Jaundis ialah keadaan kekuningan pada bayi yang

dapat dilihat pada kulit dan ruang sklera(putih mata) disebabkan oleh

kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Keadaan ini berlaku kerana bayi

yang dilahirkan tidak cukup matang dan kurang berat badan.Jaundis biasanya

dianggap serius jika kandungan bilirubin melebihi 1.5mg/dL.Warna kulit bayi

berbeza-beza mengikut tahap kandungan bilirubin dalam badan.Bagi tahap

bilirubin tinggi,kulit kelihatan perang manakala bagi bilirubin yang

sedikit,warna kulit hanya kelihatan kekuningan.

PATOFISIOLOGI

Jaundis terjadi apabila peningkatan kadar pemecahan darah akibat

berbagai sebab penkonjugatan bilirubin oleh hepar terjejas. Pengumpulan

bilirubin yang tidak konjugat ini akan berada di dalam darah. Selepas itu,

bilirubin yang tidak larut air gagal dibuang melalui urin dan najis. Bilirubin yang

terkandung didalam darah menyebabkan pigmentasi kuning pada kulit,

mukosa serta sklera mata.Selain itu, bilirubin yang berlebihan akan

termendap di dalam tisu otak bayi dan boleh menyebabkan nekrosis otak

yang teruk. Di dalam sistem pencernaan pula, usus yang mengalami proses

pemecahan bilirubin yang tinggi akan menyebabkan peningkatan urobilinogen

dalam urin dan sterkobilin dalam najis bayi.

2

Page 3: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

KOMPLIKASI

Jaundis boleh menyebabkan komplikasi yang bahaya iaitu boleh

menyebabkan bayi terencat akal dan boleh menganggu dalam tumbesaran

bayi tersebut.Bayi juga akan mengalami kecacatan pada otak.Selain

itu,jaundis ini memberi komplikasi yang teruk dalam fungsi motor yang

menganggu koordinasi motor seperti bayi mengalami kesukaran untuk

bercakap selain berisiko besar untuk menghidapi masalah

kelumpuhan.Contoh komplikasi yang lain adalah bayi akan mengalami

pekak,sawan dan lembap dalam pembelajaran.. Tahap keterukan jaundis

bergantung kepada cara pengurusan, jika pesakit mendapat rawatan yang

tepat dan segera,bayi dapat disembuhkan sepenuhnya dengan cepat tanpa

mendapat komplikasi teruk.

3

Page 4: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

PENEMUAN

BULAN Bilangan

Bayi Lahir

Bilangan

Bayi

Mendapat

Jaundis

Kes Yang

Pulih

Semulajadi

Kes Yang

Pulih

Selepas

Fototerapi

Kes Yang

Pulih

Selepas

Tranfusi

Darah

1 20 18 16 2 -

2 18 16 13 1 2

3 10 9 7 2 -

4 11 10 9 1 -

5 17 16 15 - 1

6 22 20 16 4 -

7 21 18 15 2 1

Mengikut statistik yang saya perolehi di unit kesihatan ibu dan anak Klinik

Kesihatan Bakar Arang bagi bulan 1 hingga bulan 7 2011, bayi yang

dilahirkan kebanyakannya berisiko tinggi untuk mendapat jaundis neonatal

tetapi keadaan untuk pulih sepenuhnya adalah amat cerah dengan teknologi

perubatan yang canggih pada masa kini. Kesemua bayi yang dilahirkan yang

mendapat jaundis akan pulih dengan cara semulajadi atau dengan teknik

fototerapi.Sekiranya bayi mengalami jaundis yang teruk, bayi ini terpaksa

menjalani tranfusi darah untuk pulih dari penyakit jaundis dan memulihkan

keadaan normal bayi.

4

Page 5: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

PERBINCANGAN

FAKTOR RISIKO

Bayi akan mudah untuk mendapat jaundis sekiranya ibu mempunyai sejarah

jaundis pada kelahiran anak-anak sebelum ini.Keadaan ini mungkin terjadi

seperti sejarah pertukaran darah pada anak yang sebelum ini.Selain itu,bagi

kelahiran bayi dengan teknik intrumental seperti forsep atau vakum

merupakan faktor risiko terjadinya jaundis neonatal pada bayi.Amalan

penyusuan yang kurang baik seperti kurang melakukan penyusuan ibu

menjadi penyebab terjadi jaundis pada bayi.Bagi bayi yang lahir dari ibu yang

mempunyai masalah diabetis juga mempunyai risiko besar mendapat

jaundis.Seterusnya,masalah jaundis neonatal boleh terjadi pada bayi yang

dilahirkan kurang berat badan serta bayi yang mempunyai masalah “Down

Syndrome”.

PENYEBAB JAUNDIS

Penyebab masalah jaundis ini adalah kerana kandungan enzim G6PD

pada sel darah merah dalam darah bayi adalah kurang.Selain itu,perbezaan

kumpulan darah ibu dengan bayi(ABO incompatibality) juga merupakan

penyebab jaundis ini berlaku.Kelahiran bayi pramatang serta bayi yang

mempunyai kurang berat badan menjadi punca kepada jaundis ini

berlaku.Kurang air dalam badan akibat penyusuan yang tidak baik oleh ibu

kepada bayi juga menjadi masalah kepada jaundis ini.Keadaan mungkin

bertambah teruk jika bayi mendapat jangkitan kuman.

5

Page 6: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

BAHAYA JAUNDIS

Jika jaundis tidak dirawat, jaundis yang teruk mungkin boleh mengakibatkan

pelbagai komplikasi yang teruk antaranya bayi akan mengalami kecacatan

pada otaknya dimana bayi berkemungkinan terencat akal.Bayi akan

mengalami masalah pada sistem otot dan kelumpuhan mungkin

berlaku.Koordinasi motor bayi terganggu menjadikan tumbesaran bayi juga

akan terganggu.Selain itu,bayi mungkin mengalami masalah kesukaran untuk

bercakap serta proses pembelajaran bayi akan menjadi perlahan.

TEKNIK MENGESAN TAHAP KETERUKAN JAUNDIS

Jaundis boleh dikenalpasti mengikut tahap keterukan yang berbeza.

Antaranya adalah yang sedikit iaitu kekuningan di mata,muka hingga ke paras

dada. Peringkat yang kedua adalah peringkat sederhana dimana kesan

kekuningan berlaku pada muka ke pusat. Jika bayi berada di dalam kondisi

yang amat teruk, kekuningan akan berlaku pada muka hingga ke kaki.

Cara yang mudah untuk mengesan bayi jaundis adalah bawa bayi ke

tempat yang cerah di bawah cahaya kekuningan akan mudah kelihatan.

Selain itu, jaundis boleh di lihat pada mata, untuk kesan yang lebih jelas tekan

sedikt pada tulang pipi,dahi atau dada selama 5 saat untuk lihat warnanya.

6

Page 7: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Jaundis boleh dirawat dengan rawatan fototerapi dan dengan

pertukaran darah sekiranya tahap jaundis yang teruk. Amalan penyusuan ibu

sebaik sahaja lahir amat membantu untuk mengurangkan jaundis.

Pengesanan awal tanda jaundis pada bayi iaitu dengan memerhati

kekuningan di mata dan kulit bayi amat penting untuk merawat

jaundis.Pemerhatian lebih teliti bagi bayi yang berisiko iaitu bayi bayi pra-

matang dan bayi yang kurang berat badan.

Antara amalan yang perlu dielakan jika bayi mempunyai jaundis adalah

dengan mengelakkkan menjemur bayi dibawah cahaya matahari.Keadaan ini

menyukarkan pengesanan jaundis kerana warna kulit bayi menjadi

gelap.Suhu badan bayi akan naik secara mendadak dan bayi mengalami

dehidrasi.

Selain itu,mandian air teh,daun dan buah keranda cina boleh

menukarkan warna kulit bayi dan menyebabkan pengesanan jaundis menjadi

sukar.

Seterusnya,memberi bayi minum susu kambing juga boleh

memudaratkan bayi yang jaundis kerana susu kambing tidak sesuai untuk

penghadaman bayi.

7

Page 8: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

KESIMPULAN

Pada pendapat saya,neonatal jaundis adalah satu penyakit yang perlu

diambil serius oleh masyarakat kerana memberi masalah kepada bayi

terutamanya menyebabkan kerosakan pada otak bayi.Oleh itu,anggota

kesihatan terutamanya Maternal Child Health perlu mengadakan pendidikan

kesihatan kepada ibubapa tentang penjagaan bayi yang baru lahir yang

mempunyai masalah jaundis.

Selain itu,faktor penyebab kepada neonatal jaundis juga perlu dengan

awal sebaik sahaja bayi dilahirkan supaya rawatan awal dan berkesan dapat

diambil dan mengurangkan risiko penyakit Kernicterus.

8

Page 9: Unit Kesihatan Ibu Dan Anak Latest

SENARAI RUJUKAN

1. Goljan. (2007). jaundice. In E. Frued, Rapid Review Pathology 2nd

edition (pp. 368–369). chicago: adams health books.

2. jayamerry, d. (2010). jaundis. malaysia: kementerian kesihatan

malaysia.

3. Schreiber, D. (2001). Jaundice in older children and adolescents. In

Pashankar, Pediatrics (pp. 219–226). ireland: pediatrics press.

4. wikipedia. (2011, february 1). wikipedia. Retrieved february 3, 2011,

from wikipedia encyclopedia: wikipedia.org/wiki/jaundice

5. wikipedia. (2011, february 1). wikipedia encyclopedia. Retrieved

february 3, 2011, from wikipedia:

wikipedia.org/wiki/jaundice#signs_and_symptoms

9