Unit Amanahhhh (Baru)

38
FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN PELABURAN FIN 3073 TUGASAN KUMPULAN TAJUK TUGASAN:- PELABURAN UNIT AMANAH DISEDIAKAN OLEH:- HADI HAMIZAN BIN AZAHAH 100526 MUHAMMAD SYAHMI SAFWAN BIN ABD BASIR 100355 HAMIMAH BINTI MANSUR 100646 SITI ZAINAH BINTI A BAKAR 100817 NUR AMIRAH BINTI ABD RAZAK 100513 SITI SOFIA BINTI SAZALI 100573 DISEDIAKAN UNTUK:- CIK NOOR FARIZA BINTI HASINI TARIKH HANTAR:-

Transcript of Unit Amanahhhh (Baru)

Page 1: Unit Amanahhhh (Baru)

FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN

PELABURAN

FIN 3073

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK TUGASAN:-

PELABURAN UNIT AMANAH

DISEDIAKAN OLEH:-

HADI HAMIZAN BIN AZAHAH 100526MUHAMMAD SYAHMI SAFWAN BIN ABD BASIR 100355HAMIMAH BINTI MANSUR 100646SITI ZAINAH BINTI A BAKAR 100817NUR AMIRAH BINTI ABD RAZAK 100513SITI SOFIA BINTI SAZALI 100573

DISEDIAKAN UNTUK:-

CIK NOOR FARIZA BINTI HASINI

TARIKH HANTAR:-

14 JANUARI 2013

ISI KANDUNGAN

Page 2: Unit Amanahhhh (Baru)

BIL PERKARAMUKA SURAT

1 APA ITU UNIT AMANAH (UNIT TRUST) 3 – 6

2

PERSEDIAAN PELABURAN UNIT AMANAH UMUR PROFIL RISIKO MINDA & EMOSI KELAJUAN PELAN KEWANGAN & PENJANG BATASAN

WAKTU KEKUATAN & KELEMAHAN DARI SEGI KEWANGAN MASA PENGETAHUAN & PENGALAMANN PELABURAN

7 – 11

3JENIS-JENIS UNIT AMANAH

o UNIT AMANAH TERSENARAIo UNIT AMANAH TIDAK TERSENARAI

12

4 KATEGORI-KATEGORI UNIT AMANAH 13 – 17

5 PEMILIHAN DANA YANG SESUAI 18 – 19

6 CIRI-CIRI UNIT AMANAH 20 – 21

7 KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH 22 – 23

8 KEBURUKAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH 24

9RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN UNIT AMANAH

RISIKO AM RISIKO PELABURAN

25 - 26

10 SENARAI PENGURUSAN UNIT AMANAH DI MALAYSIA 27

11 RUJUKAN 28

2

Page 3: Unit Amanahhhh (Baru)

APA ITU UNIT AMANAH (UNIT TRUST)

Pelaburan merupakan salah satu cara untuk menggandakan wang yang telah sedia ada

oleh seseorang. Ia adalah untuk memastikan agar wang yang ada itu tidak beku. Oleh yang

demikian, unit amanah adalah salah satu cabag pelaburan yang tersenarai di dalam papan utama

Bursa Saham yang menjadi pilihan ramai individu untun melabur di dalamnya kerana ia

mempunyai risiko yang kecil. Bukan itu sahaja, beberapa badan-badan tertentu di negara ini

membuka ruang kepada mana-mana individu untuk membuat pelaburan dalam Unit Amanah

sebagai contoh CIBM Wealth Advisors, Public Mutual, Am Mutual, ASB serta beberapa lagi

badan tertentu yang terlibat dengan pengurusan Unit Trust ini.

Unit Amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpul wang daripada pelaburan

untuk melaksanakan salah satu objektif kewangan. Pengurus dana kemudiannya melaburkan

wang tersebut dalam pelbagai sekuriti seperti saham atau bon dengan harapan untuk mencapai

objektif utama dana tersebut. Dalam pelaburan unit amanah, pemegang boleh melakukan jual

beli melalui pengurus-pengurus tabung tertentu yang terdiri daripada syarikat-syarikat pelaburan

ynag mempunyai kepakaran serta kemahiran menguruskan portfolio. Berdasarkan kepada surat

perjanjian amanah, maka dikalangan pengurus untuk berjual beli dengan pemegang unit

mengikut harga belian dan jualan seperti mana yang telahditetapkan dari semasa ke semasa

berdasarkan kepada ekonomi, syarikat, industri dan pasaran saham.

Pelaburan unit amanah adalah satu analisis mengenai risiko serta implikasinya yang

dibuat terhadap sesuatu dana dan juga untuk mengenalpasti tentang langkah-langkah yang perlu

diambil semasa melabur dana tersebut.

Unit trust atau saham amanah sebenarnya adalah satu tabungan wang (pool of money)

yang mana ia terdiri daripada pelabur-pelabur persendirian atau syarikat/koperat dan ia juga

merupakan pelaburan berkumpul atau kolektif. Saham-saham yang dibeli kemudiannya dijual

semula kepada orang ramai dalam bentuk saham unit amanah. Sebagai pelabur, kita tentunya

ingin mendapatkan keuntungan daripada pelaburan yang dilakukan. Tetapi jika terlalu banyak

jenis pelaburan akan membuatkan kita kabur dalam membuat pilihan.

3

Page 4: Unit Amanahhhh (Baru)

Kewujudan sesuatu pelaburan unit amanah ialah apabila hidupnya dokumen yang dipanggil

Surat Ikatan Amanah. Surat Ikatan ini terbentuk setelah wujudnya gabungan diantara pemegang

unit iaitu:-

1) Pelabur

Pelabur atau pemegang unit merupakan pihak yang mengamanahkan wangnya untuk dilaburkan.

Pihak ini terdiri daripada individu, syarikat, koperasi, institusi, pertubuhan serta pelbagai lagi

pihak yang inginkan wang mereka dilaburkan. Bukan semua dana amanah memberikan

kelayakan untuk membuat pelaburan untuk semua orang. Ada juga dana unit amanah yang

mengenakan syarat tertentu terhadap pelabur sebagai contoh ialah syarat bagi mereka yang ingin

membuat pelaburan di dalam dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) mestilah diuruskan oleh

Permodalan Nasional Berhad (PNB) khususnya untuk pelabur dari kalangan bumiputera sahaja

2) Syarikat Pengurusan

Pihak syarikat pengurusan merupakan pihak yang diamanahkan supaya melabaurkan wang yang

telah diamanahkan kepada mereka untuk dilaburkan. Pihak ini memikul tanggungjawab daripada

pelabur atau pemegang unit. Syarikat pengurusan turut menguruskan hal-hal yang berkaitan

dengan dana unit amanah seperti pendaftaran, pentadbiran urusnuaga, pengeluaran

laporan,pelaburan dana, dan pelbagai lagi tertakluk kepada Garis Panduan Unit Amanah dan

Surat Ikatan Amanah, undang-undang yang berkaitan dan peraturan yang mengawal operasi unit

amanah

3) Pemegang Amanah

Pemegang amanah merupakan pihak yang dilantik untuk menjaga kepentingan pelabur atau

pemegang unit serta menyelia syarikat pengurusan agar sentiasa mematuhi garis panduan unit

amanah dan juga untuk memastikan agar syarikat pengurusan unit amanah tersebut menguruskan

dana mengikut surat ikatan amanah. Diantara fungsi pemegang amanah ialah memeganag dan

mengawasi aset dana unit amanah bagi pihak pemegang unit serta memastikan agar syarikat

4

Page 5: Unit Amanahhhh (Baru)

pengurusan unit amanah tidak menyalahgunakan kuasa dengan sewenanag-wenangnya dalam

menguruskan dana amanah saham.

Secara mudahnya, wang yang kita laburkan bersama-sama dengan pelabur yang lain akan

diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit

Amanah” atau secara ringkasnya Unit Trust Management Company (UTMC). UTMC

kemudiannya akan melaburkan wang yang dikumpulkan kedalam pelbagai portfolio yang

diluluskan seperti sekuriti, bon atau aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di

Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. Walaubagaimanapun, UTMC tersebut

mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Seciruty Commision – SC) dan terukat

dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, terdapat beberapa pihak lain yang

terlibat dalam mengawal selia industri unit amanah ini demi menjaga kepentingan pelabur-

pelabur. Antara pihak yang terlibat iakah Pemegang Amanah (Trustee), Juruaudit (Auditors),

FMUTM, serta Kementerian Kewangan. Yang paling penting, syarikat tersebut mestilah

berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SKM).

Dalam Unit Trust, pelabur tidak membeli terus sekuriti/stok secara terus dalam portfolio.

Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur yang membeli unit

tersebut dikenali sebagai pemegang unit (unit holders). Pelabur-pelabur yang melaburkan wang

mereka bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat, sebaliknya merupakan bebefisiari

iaitu orang yang mendapat faedah di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut

perlembagaan atau surat ikatan (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah

untuk menjaga kepentingan pelabur. Bukan itu sahaja, Trustee merupakan pemilik sah keatas

semua aset dalam skim unit amanah bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust diknali sebagai Nilai Aset Bersih atau Net

Asset value (NAV) sesaham. Satu unit dalam skim unit trust merupakan “bahagian” berkadar

daripada jumlah pelaburan yang terkumpul. Apabila nilai pelaburan dakam portfolio skim unit

trust amanah meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun.

Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan seperti ASB, nilai portfolio tidak tertakluk pada

perubahan nilai, tetapi NAV ditetapkan pada RM 1.00. tidak seperti dalam stok, ynag mana

5

Page 6: Unit Amanahhhh (Baru)

harga boleh berubah-ubah setiap kali urus niaga dilakukan. NAV bagi sesuatu unit trust fund

hanya dikira pada setiap penutup hari urusniaga. Oleh yang demikian, NAV sesuatu dana akan

disebut sebagai harga dan akan disiarkan di surat khabar-surat khabar utama atau laman web

UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Tambahan pula, pulangan atau “returns” pelaburan adalah gabungan pembayaran faedah

tetap yang dipanggil agihan atau dividen (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital

gains) melalui pecahan unit (unit split).

Bukan itu sahaja, skim unit trust memberikan peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur

kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada asalnya sukar di akses.

Bayangkan jika kita sebagai pelabur kecil ingin melabur secara langsung atau membeli

stok dalam sesebuah syarikat “blue chip” yang besar seperti TNB, Maxis, Telekom dan

sebagainya, berapakah yang perlu kita ada untuk membeli satu lot stok? Itu belum lagi dikira

dengan kos broker sham dan lain-lain lagi. Tetapi dengan skim unit trust, kita berpelung untuk

melabur dalm stok ini. Bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Oleh yang

demikian ia dipanggil “kepelbagaian” atau “diversification” yang mana ia daoat mengurangkan

risiko jika melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa

sedarhana dan panjang iaitu lebih dari 5 tahun dalam skim unit trust, adalah lebih tinggi daripada

pulangan akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposite –FD)

6

Page 7: Unit Amanahhhh (Baru)

PERSEDIAAN PELABURAN UNIT AMANAH

Sebelum memulakan pelaburan, para pelabur haruslah membuat analisis dengan mengetahui

sedikit sebanyak berkenaan dengan profil pelaburan. Perkara-perkara ini tidak boleh diambil

mudah kerana ia akan memberikan kesan terhadap pelaburan. Profil ini berkaitan dengan:-

1) Umur

Terdapat beberapa tahap golongan umur yang perlu membuat pilihan dana yang berbeza iaitu:-

a. Pelabur yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun

Kebanyakan golongan ini memounyai tahap pendidikan menengah atau sudah

menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Kebanyakan daripada golongan ini masih

bujang dan ada yang sudah memiliki kereta untuk kemudahan mereka sendiri. Di tahap umur

yang sebegini, ramai dikalangan mereka sedang membina kerjaya dalam bidang masing-masing

dan mungkin juga akan berubah ke tempat yang sesuai untuk mereka.

Jika dilihat dari sudut kewangan, berdasarkan umur mereka yang masih ditahap muda

dan ada yang sedang membina kerjaya, sudah tentu kedudukan kewangan mereka dapat

memberikan gambaran bahawa ia masih belum stabil. Walaubagaimanapun, golongan ini

mmepunyai tempoh pelaburan yang panjang.

Oleh yang demikian, sekiranya mereka ingin melabur dalam unit amanah, maka ia amat

sesuai untuk mereka melabur didalam dana syarikat kecil yang sedang berkembang. Berdasarkan

kepada umur, mereka sebenarnya layak mengambil risiko yang tinggi kerana tempoh melabur

yang panjang. Sekiranya mereka tidak berani mengambil pelaburan yang berisiko tinggi, maka

dana indeks ekeuiti adalah amat sesuai untuk mereka kerana ia mempunyai tahap risiko yang

rendah.

7

Page 8: Unit Amanahhhh (Baru)

b. Pelabur yang berumur diantara 31 hingga 40 tahun

Golongan ini terdiri daripada mereka yang sudah memikul tanggungjawab atau sudah

berumah tangga. Oleh kerana sudah mempunyai tanggungan tertentu, golongna ini sudah bijak

merancang kewangan demi masa depan mereka. Tambahan pula, mereka sudah memulakan

langkah yang bijak nagi mengaturkan kewangan dengan memnbuat pelaburan kecil seperti

membuat skim pelaburan insurans, simpana tetap dan membuat pelaburan dalam unit amanah. Ia

juga turut memberikan gambaran bahawa kewangan mereka juga sudah stabil. Kecenderungan

golongan ini untuk memilih dana unit amanah adalah berisiko sedarhana, tetapi dapat

memberikan pulangan yang memuaskan dalam jangka masa sedarjana dan panjang.

Dana unit amanah yang sesuai untuk mereka ialah dana pertumbuhan jika mereka

mehukan pengembanhan modal yang timggi. Tetapi sekiranya mereka inginkan dana yang dapat

memberikan pengembangan modal dan dividen, maka dana yang sesuai ialah dana pertumbuhan

dan pendapatan.

c. Pelabur yang berumur diantara 41 hingga 50 tahun

Kebanyakan pelabur daripada golongan ini memounyai pelaburan-pelaburan yang dibuat

sama ada di dalam simpanan tetap, saham amanah atau di bursa saham. Taraf kewangan mereka

juga sudah stabil dan mereka menabung untuk meningkatkan taraf hidup. Kecenderungan bagi

golongan iniialah terdapat pelaburan yang risikonya agak rendah. Walaubagaimanapun, dari segi

pulangan pula mereka menginginkan pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang

memuaskan serta berterusan untuk jangka masa sedarhana dan panjang. Jika dibandingkan

dengan dua golongan sebelum ini dari segi kemampuan untuk membuat pelaburan, mereka lebih

mampu untuk melabur dengan jumlah yang banyak. Dana yanga sesuai untuk golongna ini ialah

dana seimbang. Sekiranya mereka inginkan pengembangan modal dan dividen yang sedarhana.

Tetapi jika mereka menginginkan dividen yang berterusan, maka dana pendapatan seimbnag

adalah sesuai untuk mereka.

8

Page 9: Unit Amanahhhh (Baru)

d. Pelabur yang berumur 50 tahun keatas

Pelabur yang berada dalam golongan ini sudah menuju kepesaraan atau telah bersara dan

ada yang masih bekerja pada tahap umur ini walaupun sebenarnya mereka sedang mengecapi

kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Bukan itu sahaja,hutang-hutang mereka yang terdiri daripada pinjaman oerumahan atau

kenderaan mungkin sudah habis dilangsaikan. Maka dengan keadaan sedemikian, mereka

berkemampuan melabur dengan jumlah yang besar kerana mereka sudah tidak mempunyai

tanggungan sepertimana golongan sebelum ini dan kewangan juga stabil. Oleh yang demikian,

mereka hidup dengan gaya hidup mewah. Bukan itu sahaja, mereka juga berminat untuk melabur

dalam pelaburan yang berisiko rendah dan sanggup menerima pulangan yang rendah daripada

pelaburan tersebut. Dana unit amanah ynag sesuai bagi golongan ini ialah dana bon dan dana

berpendapatan tetap

2) Profil Risiko

Ia boleh disebut sebagai perasaan takut kehilangan wang atau terlepas peluang untun menjana

wang. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza-beza dalam menguruskan risiko. Ada

sesetengan orang menggunakan cara yang konservatif dan ada yang menggunakan cara agresif

atau mempertaruhkan segala-segalanya. Perkara yang agak sukar ialah apabila orang lain yang

hendak mengenali atau mengetahui berkenaan dengan pelaburan yang sesuai dengan profil risiko

anda. Profil risiko akan berubah apabila wujudnya perubahan ke atas seseorang seperti umur

semakin meningkat, lebih bijak dan juga apabila pengalaman mengenai pelaburan semakin

bertambah

3) Minda dan Emosi

Apabila seseorang itu melakukan pelaburan ia turut melibatkan emosi. Ini adalah disebabkan

kerana wang hasil titik peluh menjadi taruhan dalam pelaburan. Bermacam-macam perasaan

yang timbul antaranya ialah perasaan tamak, takut, ego, risau, rasa tidak menentu dan

sebagainya. Jike perasaan ini tidak mampu dikawal dengan baik, maka pelabur tersebut sedang

9

Page 10: Unit Amanahhhh (Baru)

bermusuh dengan dirinya sendiri. Perkara ini sering terjadi kerana pelabur tersebut cemburu

melihat pelabur lain telah mendapat pulangan atas pelaburan yang dilakukan, sedangkan dia

masih belum mendapat apa-apa pulangan. Dengan demikian pelabur itu mula tergugat dan akan

membuat keputusan yang tidak sepatutnya kerana hilang sabar sedangkan pelaburan tersebut

sedang menantikan keuntungan

4) Kelajuan Pelan Kewangan dan Panjangnya Batasan Waktu

Apabila pelabur itu inginkan kekayaan dengan cepat, maka lebih banyak risiko yang telah

dikenalpasti terpaksa diambil. Misalnya, seorang pelabur yang mahu mendapatkan RM 1 juta

dalam masa 5 tahun akan menghadapi risiko yang lebih besar berbanding denga pelabur yang

mahukan RM 1 juta sepuluh tahun akan datang. Secara ruingkasnya, lebih cepat kelajuan pelan

kewangan atau jangka masa pendek, maka risiko yang perlu dihadapi juga banyak.

5) Kekuatan dan Kelemahan Dari Segi Kewangan

Dalam hal meyelidik dan menganalisa latar belakang dan kedudukan kewangan pelbur, tugas ini

dilakukan oleh perunding kewangan yang terlatih dan berpengalaman. Penganalisis ini

melibatkan penyata pendapatan, perbelanjaan dan kunci kira-kira yang menyenaraikan aset dan

liability seseorang pelabur. Hasil daripada analisa yang dibuat, beberapa meklumat megenai

kewangan dapat diketahui samada pendapatannya terhad atau tidak. Bukan itu sahaja, gaya hidup

pelabur tersebut juga dapat dikesan samada dia tergolong dalam golongan yang noros atau

berjimat cermat. Begitu juga dengan simpanan pelabur, jenis aset serta pulangan dan jug

atanggungjawab terhadap pinjaman yang dibuat

6) Masa

Setiap orang mempunyai masa yang berbeza. Ia kerana wujudnya perbezaan yang berbeza bagi

setiap orang. Ada sesetengah orang yang bekerja sendiri atau makan gaji. Masa adalah sangat

penting untuk mempelajari mengenai ilmu pelaburan. Pada masa yang sama, seseorang itu boleh

memantau keadaan pasaran serta dapat melakukan sesuatu unuk kebaikan pelaburannya. Maka

10

Page 11: Unit Amanahhhh (Baru)

dengan itu, bolehlah seseorang pelabur itu membuat pilihan yang tepat berkenaan dengan produk

pelaburan dan cara pelaburan.

Pelabur yang hebat mempertaruhkan masanya hanya untuk pelaburan. Ada yang mengatakan

bahawa sukar untuk berjaya dalam pelaburan jika ia dilakukan secara separuh masa, namun ia

bukanlah suatu perkara yang mustahil.

7) Pengetahuan dan Pengalaman Pelaburan

Pelabur yang mengetahui dan mempunyai pengalaman mengenai pelaburan, menghadapi risiko

yang rendah. Pembelajaran mengenai pelaburan bukan datang daripada wang tetapi daripada

kesilapan lampau yang dilakukan. Oleh yang demikian, perlulah diketahui bahawa oengalaman

sebenar dalam peaburan bukanlah diambil daripada buku-buku dan seminar-semina pelaburan,

tetapi ia datang dalam pelbagai situasi dan keadaan

11

Page 12: Unit Amanahhhh (Baru)

JENIS-JENIS UNIT AMANAH

1. Unit Amanah Tersenarai

Unit amanah tersenarai ialah unit amanah yangtersenarai di bursa saham sebagai contoh

Amanah Millenia Fund Berhad. Ia turut dikenali sebagai dana tertutup kerana mempunyai

bilangan unit yang terhad. Bagi unit amanah tersenarai, ia hanya akan dijual pada tempoh

tawaran awal dan selepas itu unitnya hanya boleh dibeli atau dijual melalui broker sepertimana

yang berlaku pada saham yang tersenarai di bursa saham. Oleh itu, syarikat pengurusan tidak

akan membeli semula unit daripada pelabur yang ingin menarik diri. Maka harga unit bagi dana

tertutup ditentukan berdasarkan kepada penawaran dan permintaan.

2. Unit Amanah Yang Tidak Tersenarai

Unit amanah yang tidak tersenarai merupakanunit amanah yang tidak diniagakan di bursa

saham. Ia merupakan dana terbuka dan mengeluarkan unit baru untuk bakal pelabur. Akan

tetapi,sekiranya pelabur ingin menarik diri maka syarikat pengurusan hendaklah membelinya

semula daripada pelabur. Harga unit amanah tidak tersenarai ini bergantung pada nilai aset bersih

serta caj jualan. Syarikat jualan boleh mnegeluarkan unit selagi mana ada pembeli. Ini kerana

unit amanah ini tidak mempunyai had terhadap unit dan boleh dikeluarkan oleh syarikat

pengurusan. Bagi unit amanah di Malaysia, ia dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti. Oleh yang

demikian, bilangan unit yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan kebiasaannya 300 atau 500

ribu unit sahaja. Sekiranya syarikat pengurusan ingin mengeluarkan apa-apa unit lagi setelah

mencapai had yang telah ditetapkan, maka ia mestilah mendapat kebenaran daripada

Suruhanjaya Sekuriti.

12

Page 13: Unit Amanahhhh (Baru)

KATEGORI-KATEGORI UNIT AMANAH

1) Dana Ekuiti

Merupakan antara dana amanah yang paling digemari oleh pelabur. Ini adalah kerana, dana ini

memberikan pendedahan kepada pelabur mengenai pasaran saham. Dana ini bersifat umum

kerana ia melaburkan semua wang dalam pasaran ekuiti, pasaran saham, pasaran rantau dan juga

dalam pasaran global. Maka sebab itulah pasaran dana ini mengambarkan prestasi pasaran

saham. Naik atau turun dana ini bergantung pada nilai pasaran saham. Sekiranya nilai pasaran

saham maningkat, maka nilai dana ini juga turut meningkat dan begitulah sebaliknya. Dana

ekuiti mempunyai empat dana yang berbeza iaitu:-

a) Dana Pendapatan

Dana ini amat sesuai bagi pelabur yang ingin mencari pendapatan tetap. Dana ini turut

membayar dividen yang tinggi, dan turut memberikan dana yang konsisten.

Walaubagaimanapun, apa yang menguntungkan bagi pelabur ialah dana ini tetap membayar

dividen kepada pelabur walau bagaimana keadaan pasaran sekalipun. Risiko yang akan dihadapi

oleh pelabur dana ini adalah sangat rendah kerana dividen dibayar secara konsisten.

b) Dana Pertumbuhan

Dana pertumbuhan ini membuat pelaburan dalam pelaburan yang kecil dan syarikat baru yang

ingin bertapak. Kelebihan dana ini ialah ia mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang.

Dana ini juga mempunyai risiko yang lebih berbanding dengan dana pendapatan. Ia adalah

kerana tujuan dana ini adalah untuk syarikat yang baru ditubuhkan. Dividen yang diterima adalah

sedikit dan kadangkala langsung tidak dibayar

c) Dana Pertumbuhan Agresif

Dana pertumbuhan agresif memberikan pulangan yang tinggi tetapi ia berdasarkan kepada takrif

pelaburan. Dimana jika sesuatu pelaburan berpotensi memberikan pulangan yang tinggi, maka

risiko yang perlu dihadapi juga tinggi. Dana ini membuat pelaburan di dalam syarikat yang

13

Page 14: Unit Amanahhhh (Baru)

berpotensi untuk tumbuh dengan pesat walaupun masih belum terbukti. Bersesuaian dengan

namanya, objektif dana ini adalah untuk mendapatkan pertumbuhan yang tinggi. Pulangan bagi

dana ini tidak menentu dan ia juga memberikan dividen yang sedikit atau langsung tidak

diberikan dividen

d) Dana Seimbang

Objektif dana ini adalh untuk melindungi modal dengan aliran pendapatan yang munasabah,

yang mana ia diperolehi melalui pelaburan yang bercampur-campur termasuk saham blue-chip,

bongred tinggi dan pengurusan wang tunai yang seimbang. Kewujudan dana ini adalah gabungan

antara ekuiti dan pendapatan tetap ataupun gandingan antara dana pengembangan dan

pendapatan dan dana pasaran wang. Secara amnya, dana ini malaburkan sebahagian daripada

modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrument pasaran wang.

Dana sseimbang mempunyai kelebihan yang mana ia berkemampuan untuk memberikan

pulangan yang tinggi daripada dana pasaran wang. Manakala risiko yang dihadapi adalah lebih

rendah daripada dana pengembangan dan dana pendapatan. Kebanyakan pemegang unit

mengharapkan pulangan diantara pulangan instrument pasaran wang dan pulangan di bursa

saham

2) Dana Pendapatan Tetap

Objektif dana ini adalah untuk memberikanpendapatan yang tekal kepada pelabur dan bukannya

memberikan penekanan untuk memberikan keuntungna modal. Dana ini malaburkan wang di

dalam bon, sekuriti kerajaan serta wang tunai dalam bil. Risiko untuk melabur dalam dana ini

adalah lebih kecil berbanding dengan dana ekuiti

3) Dana Islam atau Syariah

Dana ini menghadkan pelaburannya yang mana ia hanya boleh melabur dalam syarikat yang

telah diluluskan oleh syariah sahaja. pelaburan ini juga terhaddi kaunter halal sahaja. syarikat ini

tidak melibatkan pelaburannya dalam perjudian, minumamn kerasdan juga transaksi yang

bertentangan dengan hokum syara` seperti riba, mengeluarkan dan menjual barangan yang haram

14

Page 15: Unit Amanahhhh (Baru)

serta yang mempunyai unsure-unsur gharar atau ketidakpastian seperti perniagaan insurans

konvensional. Contoh dana syariah ialah Daan Ikktikal Public dan Dana al-Faiz CIMB. Bagi

memastikan dana ini tidak melanggar prinsip-prinsip pelaburan yang berasaskan syariah, maka

setiap dana dikehendaki mempunyai penasihat syariah yang mempunyai kepakaran dan

pengalaman dalam selok belok yang berkaitan dengan Fiqh Muamalat. Panel penasihat

bertanggungjawab bagi memastikan pelaburan yang dibuat oleh dana ini berlandaskan prinsip

syariah

4) Dana Pendapatan Seimbang

Dari segi nama ia hamper sama dengan dana seimbangdari segi pelaburan yang dibuat.

Perbezaannya ialah dari segi pendapatan yang diperolehi dari dana ini ialah dalam setahun

kewangan dibayar kepada pemegang unit dalam bentuk dividen. Dana ini turut memberikan

pulangan pengembangan modal lebih rendah daripada dana seimbang, tetapi pulangan yang

diberikan dalam bentuk dividen adalah lebih menarik daripada dana seimbang

5) Dana Negeri

Merupakan dana amanah saham yang diuruskan oleh institusi kerajaan negeri yang dinamakan

sebagai dana negeri. Dana ini hanya membuka peluang untuk melabur kepada pelabur

bumiputera sahaja

6) Dana Pasaran Wang

Dana ini hanya melabur dalam instrument pasaran wang sahaja. Pelaburan tidak dibuat dalam

sekuriti atau ekuiti di bursa saham seperti mana yang dilakukan oleh dana-dana yang lain. Risiko

nagi dana pasaran wang ini adalah lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan dana saham

amanah yang lain yang membuat pelaburan di pasaran saham. Oleh yang demikian, pulangan

yang diberikan terhadap pemegang unit adalah lebih rendah kerana sudah menjadi suatu

kelaziman bahawa pelaburan dalam instrument pasaran wang akan mendapat pulangan yang

lebih rendah berbanding dengan pelaburan di bursa saham.

15

Page 16: Unit Amanahhhh (Baru)

7) Dana Syarikat Kecil Berkembang

Dana jenis ini mempunyai risiko yang tinggi berbanding dengan dana saham amanah yang lain.

Pelaburan dana ini biasanya dalam sekuriti atau ekuiti syarikat kecil yang sedang berkembang

dan masih belum stabil seperti syarikat-syarikat besar yang lain. Dana jenis ini mengambil kira

saiz syarikat dimana modal dana itu di laburkan.

8) Dana Bon

Dana ini hanya dihadkan dalam bon dan sekuriti hutang persendirian atau lain-lain produk

kewangan yang menyerupai bin dan tidak membuat pelaburan dalam sekuriti ataupun ekuiti di

bursa saham sepertimana yang dilakukan oleh dana saham amanah yang lain. Pulangan yang

diberikan kepada pelabur juga lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan dana amanah yang

melabur di bursa saham. Bukan itu sahaja, risiko yang dihadapi juga erndah

9) Dana Modal Dijamin atau Dilindungi

Ia merupakan dana tertutup selepas selesai suatu jangka masa ataupun setelah jumlah unit

tertentu sudah dibeli oleh mana-mana pelabur. Tujuan dana ini diwujudkan adalah untuk

memberikan jaminan pada modal permulaan semasa melabur untuk pertama kali. Sekiranya

pelabur ingin menjualnya kembali, pelabur tersebut akan dikenakan yuran yang dipanggil exit

fee. Begitu juga sekiranya pelabur ingin menebus dana sebelum tiba masanya. Maka dalam

keadaan sedemikian pelabur akan dikenakan yuyran penalti

10) Dana Global

Ia diwujudkan untuk memberikan peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio

daripelbagai negara dan ekonomi yang berbeza dengan situasi tempatan

11) Dana Informasi dan Teknologi

Dana ini membuat pelaburan aset dalam ekuiti syarikat industri teknologi dan informasi seperti

infrastruktur internet, pengeluar komputer, pengeluar semikonduktor dan telekomunikasi

16

Page 17: Unit Amanahhhh (Baru)

12) Dana Hartanah

Melabur dalam dana hertanah nerupakan satu peluang kepada pelabur untuk menceburkan diri

dalam pasaran hartanah. Ini adalah kerana hartanah memerlukan modal ynag sangat tinggi iaitu

dengan harga beribu-ribu dan ia boleh mencecah jutaan ringgit. Namun dengan dana hartanah

ini, pelabur-pelabur kecil dengan modal yang sedarhana mampu menceburkan diri dalam

pelaburan hartanah melalui dana ini. Pulangan yang diperolehi adalah daripada sewaan yang

terkumpul dan juga daripada peningkatan hartanah yang dimiliki. Kebanyakan dana ini tersenarai

di pasaran saham berikutan sifatnya yang tidak mudah cair. Contoh dana amanah ini ialah Am

Global Property Equities Fund.

Sebelum melabur dalam dana ini, pelabur dinasihatkan supaya terlebih dahulu mengenalpasti

tentang dana ini. Ia adalah kerana terdapat saham yang namanya seperti dana hartanah ini

misalnya REIT (Real Estate Invesment Trust). REIT bukanlah dana hartanah, tetapi ia adalah

saham yang diniagakan seperti saham biasa.

17

Page 18: Unit Amanahhhh (Baru)

PEMILIHAN DANA YANG SESUAI

Setelah memahami kategori unit amanah secara terperinci, apa yang perlu dilakukan seterusnya

ialah dengna memilih dana yang sesuai untuk dilaburkan. Ini adalah kerana unit amanah tidak

mempunyai persamaan antara satu sama lain. Setiap dana unit amanah mempunyai kelebihannya

yang tersendiri. Pemilihan ini dibuat untuk memberikan jaminan pulangan yang baik. Pemilihan

ini berdasarkan beberapa kriteria ynag ada pada dana tersebut. Diantara kriteria tersebut ialah:-

1. Dana unit amanah ynag dapat memenuhi objektif ynag diingini

Apa yang penting adalam pemilihan dana ialah jika dana tersebut dapat memenuhi objektif

kewangan pelaburan yang berbeza. Ada sesetangah pelabur meletakkan pertumbuhan modal

sebagai objektif utama pelanurannya. Oleh yang demikian, pelabur tersebut mestilah memilih

dana yang meletakkan pertumbuhan modal sebagai objektif utamanya. Jika pelabur gagal

membuatkan pilihan dana mengikut objektif yang diingini, kemungkinan pelabur tersebut tidak

akan dapat apa yang dihajati.

2. Pengurusan dana unit amanah yang baik

Dana unit amanah mestilah diuruskan dengan baik kerana ia melibatkan wang kolektif daripada

pelabur-pelabur yang sangat banyak. Oleh yang demikian, syarikat pengurus unit amanah perlu

konsisten dalam mencapai objektifnya. Pelabur perlulah berhati-hati dengan mana-man syarikat

pelaburan yang sentiasa berubah-ubah polisinya.

3. Mempunyai rekod pencapaian yang baik

Sebagai pelabur yang bijak, kita tentu akan memilih dana amanah yang mempunyai rekod yang

baik. Rekod pencapaian tersebut mestilah sekurang-kurangnya tiga tahun dalam prestasi yang

memuaskan berbanding dengan dana yang mempunyai objektif kewangan yang sama. Pelabur

juga perlu ingat bahawa prestasi yang lepas bukanlah satu petunjuk yang sah untuk menentukan

dana tersebut akan menunjukkan presatsi yang sama untuk masa yang akan datang

18

Page 19: Unit Amanahhhh (Baru)

4. Perkhidmatan yang cemerlang

Setelah memilih dana yang mempunyai rekod pencapaian yang baik, pelabur mestilah memilih

syarikat pengurusan yang mempunyai atau sentiasa menyediakan perkhimatan yang cemerlang

kepada pelanggannya. Perkhidmatan yang disediakan boleh dijadikan ukuran bagi menentukan

kecemerlangannya. Salah astu bentuk perkhidmatan yang cemerlang ialah dengan menyebarkan

maklumat yang cepat serta tepat pada masanya. Syarikat pengurusan juga hendaklah

memberikan tindak balas terhadap segala pertanyaan serta mempunyai rekod yang tepat.

Sekiranya terdapat oerkara yang menyebabkan pelabur kurangselesa dengan perkhidmatan yang

diberiakan seperti berlaku kelewatan dalam pembayaran dividen atau penebusan, maka syarikat

tersebut boleh diragui kecemerlangannya. Perkhidmatan yang diberikan boleh dijadikaan ukuran

untuk menilai kecemerlangan sebelum memilihnya

5. Kos yang tinggi

Untuk mendapat pulangan yang baik dalam pelaburan unit amanah, pelabur tidak perlu memilih

dan yang mengenakan kos yang tinggi. Dengan pemilihan dana yang mengenakan kos operasi

yang tinggi kemungkinan ianya akan menjejaskan prestasi dan mengurangkan pulangan kepada

pemegang unit. Jika pulangan yang diberikan rendah, tentu pelabur berasa tidak puas hati. Oleh

itu, pelabur digalakkanmemilih dana yang mempunyai kos yang rendah kerana dana tersebut

akan mengenakan caj jualan yang rendah atau langsung tidak mengenakan sebarang caj

19

Page 20: Unit Amanahhhh (Baru)

CIRI-CIRI UNIT AMANAH

Sebagai pemegang unit atau pelabur, terdapat beberapa perkara yang harus pelabur itu ketahui.

Seperti kta Warren Buffet “jangan melabur jika tidak tahu apa yang anda laburkan” dan apa

yang dikatakan oleh Jutawan Pelabur Dunia. Untuk mandapatkan ilmu ini, pelabur haruslah

bertanyakan kepada perunding amanah yang berpengetahuan, mereka yang telah melabur atau

membeli buku bacaan berkaitan dengan pelaburan unit amanah. Antara ciri-ciri unit amanah

yang pelabur harus ketahui ialah nilai aset bersih (NAB), harga belian, caj bayaran dan

sebagainya.

Apabila pelabur melaburkan wang mereka dalam unit amanah, ini bermakna mereka telah

membeli unit atau memegang syer dalam pelaburan tersebut dan layak mendapat segala

keistimewaan dari pelaburan tersebut seperti agihan pendapatan dan dividen dan bersetuju untuk

dikenakan caj bayaran sebagai upah daripada pelabur profesional iaitu pengurus dana.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapakah harga setiap unit amanah mempunyai harga

seunit yang berbeza-beza. Sebenarnya harga unit amanah tidak memberikan sebarang maksud

dari segi perbandingan antara satu unit amanah dengan unit amanah yang lain. Apa yang pelabur

serta orang sekeliling lihat di kaca TV, surat khabar dan skrin pelaburan sebenarnya adalah NIlai

Aset Bersih (NAB) seunit.

Harga = Nilai Aset Bersih (NAB) seunit

Nilai Aset Bersih (NAB) ialah aset bersih yang dimiliki oleh dana tersebut setelah ditolak

dengan segala liabiliti iaitu hutang atau tanggungan. Aset ini merangkumi semua pelaburan yang

dimiliki seperti saham, instrumen pasaran wang dan juga tunai. Manakala Nilai Aset bersih

Seunit (NAB Seunit) ialah semua aset yang dimiliki oleh dana ditolak dengan liabiliti dan

kemudian dibahagikan dengan nilai bilangan unit yang dijual kepada pelabur.

Nilai Aset Bersih Seunit = Nilai Aset Bersih (NAB) / Bilangan Unit Dalam Edaran

Walaubagaimanapun, aset bukan sahaja terdiri daripada wang atau tunai tetapi juga melibatkan

kredit, bangunan dan sebagainya. Apabila sesuatu dana baru dilancarkan dan tawaran dibuka

kepada orang ramai, semua aset adalah dalam bentuk tunai. Kemudian wang tersebut dilaburkan 20

Page 21: Unit Amanahhhh (Baru)

mengikut cara dan peruntukan dalam prospectus. Peruntukan tersebut boleh berubah-ubah selagi

ia tida melepasi had yang ditetapkan serta bergantung pada keadaan pasaran. Pengurus dana juga

berperanan untuk mengikut budi bicara jika perlu. Tambahan pula, NAB menjadi asas bagi

pengiraan untung rugi pelaburan dalam unit amanah.

21

Page 22: Unit Amanahhhh (Baru)

KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Kepelbagaian

Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset atau sektor-sektor yang berbeza akan

mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan

sejumlah wang yang besar. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan

risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur

dengan modal yang kecil. Modal yang dilaburkan akan dikumpulkan kemudian dilaburkan oleh

pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur.

2. Pengurus Yang Profesional

Pelabur berpeluang mendapatkan khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat

dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur

melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.

3. Pentadbiran Yang Mudah

Pentadbiran jual beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika

dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara

langsung oleh pelabur

4. Kecairan

Pelabur boleh menjual semula sebahagian atau semua unit amanah yang mereka miliki pada bila-

bila masa dalam waktu perniagaan

5. Berkemampuan Untuk Melabur

Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang

diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang

melabur dalam sekiriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat

22

Page 23: Unit Amanahhhh (Baru)

menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang

sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.

6. Penyebaran Risiko

Kelebihan utama unit trust adalah penyelarasan risiko. Unit trust dilaburkan dalam pelbagai

sektor seperti saham, bon, dan sekuriti. Pelaburan dalam sektor tersebut dapat mengurangkan

risiko. Jika prestasi sesuatu risiko kurang memberansangkan, prestasi sektor yang lain dapat

membantu memberikan imbangan pulangan ynag baik

7. Selamat

Pelaburan dalam unit trust adalah selamat kerana dana tersebuut tidak dibenarkan membuat

pinjaman untuk sebarang pelaburan. Lagipun semua dana dikawal selia oleh Suruhanjaya

Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur

8. Tidak Memerlukan Perhatian Yang Khusus

Pelabur tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan urusan

pelaburan dana. Ini adalah kerana semuanya akan dilakukan oleh pengurus dana yang

dipertanggungjawabkanuntuk menguruskan dana tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga

membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang lain

9. Pulangan Yang Menarik

Setakat ini pulangan daripada pelaburan unittrustadalah menarik. Dimana pulangan sehingga

12% adalah normal, malah terdapat dana yang memberikan pulangan yang lebih tinggi jika

pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi untuk jangka

masa panjang pulangan unit trust adalah jauh lebih baik daripadasimpanan tetap

23

Page 24: Unit Amanahhhh (Baru)

KEBURUKAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Risiko

Setiap pelaburan yang dibuat pasti mempunyai risiko. Jika terdapat pelaburan yang menjanjikan

pulangan yang tinggi tetapi tiada langsung risiko, maka pelabur perlulah berhati-hati dalam

memilih pelaburan tersebut. Pelabur yang ingin melabur juga perlulah membaca setiap

prospectus skim unit trust sebelum melabur. UT yang menjanjikan pulangan yang tinggi

biasanya mempunyai risikoyang lebih tinggi. Oleh itu, pelabur perlulah mengenalpasti profil

risiko diri sendiri terlebih dahulu. Jika tahap risiko pelabur tersebut rendah, maka pelabur

perlulah memilih unit trust yang berisiko rendah seperti Public Islamic Balance Fund dari Public

Mutual

2. Tiada Kawalan Dalam Pengurusan Dana

Pelabur tiada hak untuk memilih portfolio pelaburan mereka kerana dana tersebut akan

dikendalikan oleh pengurus dana profesional yang dilantik mengikut surat ikatan (deed) seperti

yang tertulis di prospectus

3. Caj dan Yuran Pengurusan

Caj permulaan akan dikenakan oleh UTMC bagi menangung kos pengendalian dana,

permohonan, pengurusan akaun pemegang unit dan lain-lain. Biasanya caj akan dikenakan pada

anggaran 3% - 6%. Caj seterusnya ialah caj yuran tahunan dan caj pertukaran (switching fee) jika

pelabur bertukar skim. Semua caj yang dikenakan akan dimaklumkan kepada pelabur melalui

prospectus skim unit trust. Caj-caj tersebut akan dikawal selia dan diluluskan oleh Suruhanjaya

Sekuriti bagi menangung kos pengurusan dana.

4. Opportunity Cost

OC ini bermaksud pelaburkehilangan peluang pelaburan lain seperti di stok, saham bond dan

lain-lain kerana telah memilih pelaburan unit trust

24

Page 25: Unit Amanahhhh (Baru)

RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN UNIT AMANAH

Terdapat dua jenis risiko yang berkaitan dengan unit amanah iaitu:-

RISIKO AM

1) Risiko Kecairan

Pelaburan yang mudah di keluarkan mempunyai kecairan yang tinggi. Tabung unit amanah yang

melabur dalam bon adalah terdedah kepada risiko kecairan yang rendah disebabkan oleh pasaran

bon di Malaysia tidak secair pasaran saham. Oleh itu, tidak mudah untuk menjual dan membeli

bon pada harga pasaran. Keadaan ini mungkin akan memberi kesan kepada kemampuan

tabungan untuk membayar balik pelabur apabila tabung unit amanah itu dibubarkan.

2) Risiko Inflansi / Risiko Penurunan Kuasa Membeli

Inflansi merupakan antara risiko utama kepada pelabur dalam jangka masa panjang. Ia boleh

mengakibatkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan. Dalam suasana inflansi,

sekiranya pulangan pelaburan adalah rendah daripada kadar inflansi, ia akan menurunkan nilai

sebenar pelaburan/kuasa membeli.

3) Risiko Pembiayaan Pinjaman

Melabur dalam unit amanah melalui pinjaman lebih berisiko berbanding menggunakan wang

sendiri. Tabung unit amanah membuat pelaburan di dalam pasaran saham dan instrument pasaran

modal yang lain dan ini akan menyebabkan nilai unit-unit akan turun naik mengikut

portfolionya. Apabila pasaran saham mencatat penurunan, maka pelabur terpaksa mengeluarkan

lebih wang untuk menampung margin pinjaman. Begitu juga apabila kadar faedah meningkat,

pelabur akan menanggung kos pinjaman yang tinggi seterusnya berkemungkinan mengalami

kerugian modal pelaburan mereka.

25

Page 26: Unit Amanahhhh (Baru)

RISIKO PELABURAN

1) Risiko Pasaran Modal

Pelabur perlu memahami bahawa tabung unit amanah terdedah kepada turun naik pasaran modal

yang terdiri daripada pasaran sahamdan lain-lain pasaran sekuriti. Pasaran modal dipengaruhi

oleh faktor-faktor seperti pertumbuhan kadar ekonomi, pergerakan kadar faedah, prestasi pasaran

modal antarabangsa dan polisi fisikal sesebuah negara. Bagi tabung unit amanah yang

mempunyai mejoriti pelaburan dalam pasaran ekeuiti, prestasinya akan dipengaruhi oleh prestasi

pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham antarabnagsa dan poliso fiskan negara tersebut.

Manakala bagi tabung unit amanah yang mempunyai majority pelaburan dalam sekuriti

pendapatan tetap, prestasuinya akan dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah dan poliso fiscal

2) Risiko Khusus / Risiko Saham

Risiko khusus / risiko saham adalah risiko yang barkaitan dengan syarikat yang menerbitkan

saham tersebut. Ia berkait rapat dengan risiko pengurusan syarikat yang tidak cekap, perubahan

kehendak pengguna, persaingan kempen pengiklanan, tindakan perundangan dan suasana

industri yang kompetitif

26

Page 27: Unit Amanahhhh (Baru)

SENARAI PENGURUSAN UNIT AMANAH DI MALAYSIA

Berikut adalah senarai syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Unit Trust Management Company – UTMC) sehingga 30 September 2012

*hanya sebahagian sahaja

1 Affin Fund Management Berhad

2 Alliance Investment Management Berhad

3 AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd

4 Amanah Mutual Berhad

5 Amanah Saham Kedah Berhad

6 Amanah Saham Nasional Berhad

7 Amanah Saham Sarawak Berhad

8 AmInvestment Services Berhad

9 Apex Investment Services Berhad

10 Areca Capital Sdn Bhd

11 ASM Investment Services Berhad

12 CIMB-Principal Asset Management Bhd

13 BIMB Investment Management Berhad

14 CIMB Wealth Advisors Berhad

15 ING Funds Berhad

16 Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd

17 KAF Fund Management Sdn Bhd

18 Manulife Unit Trusts Berhad

19 Public Mutual Berhad

20 Permodalan BSN Berhad

27

Page 28: Unit Amanahhhh (Baru)

RUJUKAN

INTERNET:-

http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/12/muamalat-kajian-risiko-pelaburan-

unit.html

http://www.asnb.com.my/comparison.htm

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

(http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/utmc.pdf)

http://www.unitamanah.net/kebaikan-unit-amanah.html

http://unitamanahislam.wordpress.com/2008/06/20/kelebihan-dan-kekurangan-

pelaburan-unit-amanah/

http://perlaburanunitamanah.blogspot.com/2011/03/apa-maksud-perlaburan-unit-

amanah.html

http://puspanita.motour.gov.my/panduan-kewangan/94-unit-amanah.html

http://www.cwealthadvisors.com.my

http://www.invest.com.my:8080/personal/learn/articles/

28