unit 11 - surat cara boleh niaga
-
Upload
faizahblue -
Category
Documents
-
view
5.038 -
download
27
Transcript of unit 11 - surat cara boleh niaga
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 1
SURAT CARA BOLEH NIAGA
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM :
Mempelajari dan memberi pendedahan berkaitan
dengan surat cara boleh niaga.
OBJEKTIF KHUSUS :
a. Menerangkan definisi dan ciri-ciri surat cara
boleh niaga.
b. Menghuraikan jenis-jenis surat cara boleh niaga.
c. Menjelaskan penerimaan dan pengesahan di
dalam sesuatu bil pertukaran.
d. Menjelaskan jenis-jenis cek dan cek berpalang .
e. Menerangkan tandatangan palsu dan penamatan
kuasa seorang pengurus bank.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 11UNIT 11
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 2
11.1 DEFINISI SURAT CARA BOLEH NIAGA
11.1 .0 PENGENALAN
Undang-undang bagi surat cara boleh niaga di Malaysia dikawal oleh Akta Bil
Pertukaran 1949 (Semakan 1978). Akta ini sebahagian besarnya berdasarkan kepada
Akta Bil Pertukaran Inggeris 1882 dan Akta Cek-cek Inggeris, 1957. Bagi negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, peruntukan ini tidak perlu kerana di
bawah seksyen 5(2) Akta Undang-undang Sivil, 1956 (Semakan 1972) terdapat
penerimaan yang berterusan bagi undang-undang Inggeris yang berkaitan dengan
bank dan perbankan dan perdagangan. Bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia
(kecuali Melaka dan Pulau Pinang), penerimaan Undang-undang Perdagangan
Inggeris dihentikan pada 7 April, 1956, aspek tertentu undang-undang Inggeris ini
tidak terpakai di negeri-negeri ini selepas tarikh tersebut.
11.1.1 DEFINISI SURATCARA BOLEH NIAGA
Surat cara boleh niaga tergolong dalam kategori surat cara atau dokumen yang
diiktiraf oleh undang-undang sebagai mempunyai kualiti pemindahan hak milik. Ia
adalah suatu dokumen yang mengandungi akuan janji bagi membayar sejumlah wang
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 3
yang ditetapkan yang boleh dipindah milik secara hantar serah atau pengesahan dan
penyerahan.
11.1.2 CIRI-CIRI SURAT CARA BOLEH NIAGA
Ciri-ciri penting sesuatu surat cara boleh niaga ialah :
a. Hak miliknya dipindahkan secara hantar serah atau penyerahan bersama-sama
pengesahan iaitu hak itu boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang.
b. Pemegang yang mempunyai milikan itu boleh mendakwa dengan namanya
sendiri.
c. Notis penyerahan hak tidak perlu diberikan kepada penghutang. Maksudnya,
pelanggan tidak dikehendaki memberikan notis kepada pihak bank apabila dia
mengeluarkan cek pihak bank, dengan syarat akaunnya mempunyai kredit.
d. Pemindah milik surat cara boleh niaga boleh memberikan hak milik yang lebih
baik daripada yang dimilikinya. Penerima pindah milik tidak tertakluk kepada
kecacatan seperti di dalam perjanjian biasa dengan syarat dia adalah pemegang
bona fide bagi nilai. Seseorang penerima pindah milik yang bebas daripada apa-
apa kecacatan dalam hak milik pemindah milik itu dikenalik sebagai ‘pemegang
yang sewajarnya’.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 4
1. Isikan tempat kosong berikut :
Surat cara boleh niaga boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen yang
mengandungi ……………………….. bagi membayar sejumlah wang yang
ditetapkan yang boleh ……………………………. secara hantar serah atau
pengesahan dan penyerahan.
2. Nyatakan undang-undang yang mengawal perjalanan urusan surat cara boleh
niaga.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 11aAKTIVITI 11a
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 5
1. Akuan janji
Dipindah milik
2. Sebahagian besarnya berdasarkan kepada Akta Bil Pertukaran Inggeris
1882 dan Akta Cek-cek Inggeris, 1957.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 11aMAKLUM BALAS 11a
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 6
11.2 JENIS-JENIS SURAT CARA BOLEH NIAGA
Surat cara adalah boleh niaga sama ada melalui statut atau adat persaudagaran. Surat
cara boleh niaga oleh statut termasuklah bil pertukaran, cek-cek dan nota janji hutang.
Surat cara boleh niaga melalui adat termasuklah nota bank, waran saham, debentur
pembawa dan bil perbendaharaan. Manakala bil muatan, kiriman wang, wang pos,
sijil-sijil saham dan surat akuan berhutang adalah tidak merupakan surat cara boleh
niaga walaupun ianya boleh dipindah milik. Daripada pelbagi jenis surat cara boleh
niaga ini, bil-bil pertukaran dan cek-cek adalah yang paling penting dan yang akan
dibincangkan di dalam topik ini. Undang-undang yang berkaitan dengan bil-bil
pertukaran dan cek-cek terdapat di dalam Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978).
11.2.1 BIL PERTUKARAN.
Seksyen 3(1) mentakrifkan bil pertukaran sebagai :
a. Suatu perintah bertulis tanpa syarat
b. Dialamatkan oleh seseorang kepada yang lain
c. Ditandatangani oleh seseorang yang memberikannya
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 7
d. Menghendaki orang yang dialamatkan supaya membayar atas tuntutan atau pada
masa yang ditetapkan atau pada masa akan datang yang ditentukan
e. Jumlah tertentu dalam bentuk wang
f. Atas arahan orang yang ditentukan atau pembawa.
Daripada takrifan di atas, beberapa ciri telah wujud iaitu :
1. Terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu :
Si penyuruh bayar
- ini adalah pihak yang memberi perintah supaya pembayaran dibuat
Si pesuruh bayar
- ini adalah pihak terhadap mana perintah untuk membayar itu adalah dibuat.
Si penerima wang
- ini adalah pihak terhadap mana pembayaran adalah dibuat.
2. Bil itu mestilah suatau arahan untuk membayar yang tidak bersyarat.
Ia tidak boleh mengarahkan apa-apan tindakan supaya dilakukan sebagai
tambahan kepada bayaran wang itu – seksyen 3 (2).
3. Bil itu mestilah dalam bentuk bertulis.
4. Bil itu mestilah diberikan oleh seseorang atau sekumpulan orang kepada pihak
yang lain.
5. Bil itu mestilah ditandatangani oleh penyuruh bayar atau ejen yang diberi kuasa-
seksyen 96(1).
6. Bil itu mestilah mengarahkan bayaran bagi jumlah tetentu dalam bentuk wang dan
bukannya dalam bentuk barang-barang atau perkhidmatan.
7. Bil itu mestilah dibayar atas tuntutan atau pada masa yang ditetapkan atau pada
masa akan datang yang ditentukan.
8. Suatu bil mestilah dibayar kepada atau atas arahan orang yang ditentukan atau
pembawa.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 8
Rajah 11.1 menunjukkan muka bil pertukaran.
Rajah 11.1
Dalam contoh di atas, ‘Sulaiman’ adalah penyuruh bayar, Mohamad bin Seman
adalah pesuruh bayar dan Ali Bin Leman adalah penerima bayaran. Sekiranya
pesuruh bayar sanggup membayar pada bil itu, dia ‘menerima’ bil itu dengan
menulis namanya secara melintang pada pada muka bil itu – seksyen 17(1)(a)
seperti Rajah 11.2 di bawah.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Eee.. rasa-rasa masih susahlah nak gambarkan bil pertukaran ni, kalau ada contoh bergambar kan senang sikit….
RM 1000 Kuala Lumpur3 hb. Mac, 2002
Setem
Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.
Tandatangan : Sulaiman
Kepada : Mohamad bin Seman Klang
RM 1000 Kuala Lumpur3 hb. Mac, 2002
Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.
Tandatangan : Sulaiman
Kepada : Mohamad bin Seman Klang
Setem
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 9
Rajah 11.2
11.2.2 CEK.
Seksyen 73 Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978) mentakrifkan suatu cek
sebagai bil pertukaran yang dikeluarkan kepada pihak bank dan perlu dibayar
apabila dituntut. Lazimnya, suatu cek perlu mengandungi ciri-ciri berikut :
1. Ia adalah suatu arahan bertulis yang tidak bersyarat.
2. Ia ditandatangani oleh penyuruh bayar.
3. Ia dikeluarkan kepada pihak bank ( pesuruh bayar).
4. Ia mengarahkan pihak bank supaya membayar wang yang tertentu atas
tuntutan. Ketiadaan perkataan ‘atas tuntutan’ di dalam cek tidak semestinya
menjejaskan kesahannya seperti seksyen 10(1)(b) yang memperlakukan semua
bil pertukaran sebagai perlu dibayar atas tuntutan di mana tiada masa
ditetapkan bagi bayaran.
5. Ia dikeluarkan dengan sokongan orang yang ditentukan (penerima) atau atas
arahannya atau dengan sokongan seorang pembawa.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Macamana pula rupa cek ya????Sama ke dengan bil pertukaran???
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 10
Contoh cek.
Contoh 11.1
Daripada contoh di atas, penyuruh bayar cek ialah En. A. Pihak bank atas nama cek
itu dikeluarkan adalah pesuruh bayar atau bank pembayar ( Bank Islam Malaysia
Berhad). Pihak atas nama cek itu dikeluarkan adalah penerimanya ( Pn. Haza ). Perlu
diingat bahawa bil pertukaran dan cek boleh dikeluarkan oleh penyuruh bayar atas
kegunaannya atau bagi kegunaan bank pesuruh bayar – seksyen 5.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 11
1. Sila tandakan YA bagi perkara yang tergolong di dalam surat cara boleh niaga dan TIDAK bagi
perkara yang tidak berkaitan.
Perkara Jenis surat cara boleh niagaTandakan.
CekNota janji hutangBil muatanBil pertukaranKiriman wangWang posNota bankSijil-sijil sahamDebentur pembawaWaran sahamSurat akuan berhutangBil-bil perbendaharaan
2. Terangkan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu bil pertukaran.
3. Apakah yang anda faham dengan maksud cek?
4. Sila kenalpasti tentang perkara-perkara yang masih tertinggal di dalam sesuatu bil
pertukaran di dalam gambarajah di bawah.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kuala Lumpur3 hb. Mac, 2002
Setem
Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.
Kepada : Mohamad bin Seman Klang
AKTIVITI 11bAKTIVITI 11b
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 12
1.
Perkara Jenis surat cara boleh niagaTandakan.
Cek YANota janji hutang YABil muatan TIDAKBil pertukaran YAKiriman wang TIDAKWang pos TIDAKNota bank YASijil-sijil saham TIDAKDebentur pembawa YAWaran saham YASurat akuan berhutang TIDAKBil-bil perbendaharaan YA
2. Terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu :
Si penyuruh bayar - ini adalah pihak yang memberi perintah supaya pembayaran
dibuat
Si pesuruh bayar - ini adalah pihak terhadap mana perintah untuk membayar itu
adalah dibuat.
Si penerima wang - ini adalah pihak terhadap mana pembayaran adalah dibuat.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 11bMAKLUM BALAS 11b
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 13
3. Cek ialah suatu bil pertukaran yang dikeluarkan kepada pihak bank dan perlu
dibayar apabila dituntut.
4. Perkara yang tertinggal ialah :
- jumlah bayaran
- tandatangan si penyuruh bayar
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kuala Lumpur3 hb. Mac, 2002
Setem
Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.
Kepada : Mohamad bin Seman Klang
TANDATANGAN
RM XXXX
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 14
11.3 PENERIMAAN.
Bil pertukaran yang dikeluarkan adalah perlu dibayar atas tuntutan atau pada masa
yang ditetapkan kemudian. Bil yang perlu dibayar atas tuntutan seperti cek, tidak
perlu disampaikan kepada pesuruh bayar sebagai syarat bagi penerimaan bayaran. Ia
boleh dibayar terus. Walaubagaimanapun, seksyen 39(1) mengkehendaki
penyampaian mandatori bagi penerimaan dalam misalan yang berikut :
1. Apabila bil perlu dibayar selepas melihat penyampaian diperlukan bagi memboleh
kan tarikh bayaran ditetapkan.
2. Apabila dengan jelasnya dinyatakan bahawa bil hendaklah disampaikan bagi
penerimaan.
3. Apabila bil perlu dibayar ditempat lain, selain di tempat kediaman atau perniagaan
pesuruh bayar.
Bagi persembahan bil itu kepada pesuruh bayar, pesuruh bayar akan menentukan
sama ada hendak menerima atau tidak menerima bil itu. Sekiranya dia menerimanya,
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 15
dia adalah terikat untuk menjalankan arahan penyuruh bayar. Penerimaan bil
dilakukan dengan menandatangani namanya pada muka bil itu dengan atau tanpa
perkataan ‘diterima’ – seksyen 17 dan kemudian mengembalikannya kepada
pemegang atau memberinya notis penerimaan itu.
11.3.1 JENIS-JENIS PENERIMAAN.
Penerimaan bagi bil boleh dibuat sama ada secara am atau bersyarat.
11.3.2 PENGESAHAN.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Eh…. Ada banyak jenis ke penerimaan ni…??? Entahlah… Janganlah entah.. entah.. bahaya tau!!! OK , penerimaan sebenarnya ada 2 jenis. Bacalah nota seterusnya.
Penerimaan Bil
Penerimaan secara am.- suatu kelaziman apabila pesuruh bayar menerima arahan penyuruh bayar bagi membayar tanpa syarat-syarat.
Penerimaan bersyarat.- apabila pesuruh bayar menerima bil yang tertakluk kepada syarat atau melayakkannya seterusnya mengubah terma asal bil itu.
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 16
Pengesahan adalah perlu bagi merundingkan bil-bil arahan. Sahnya sesuatu
pengesahan mestilah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen 32
seperti dalam gambarajah di muka surat seterusnya.
Rajah 11.3 di bawah menunjukkan syarat-syarat pengesahan sesuatu bil.
Rajah 11.3
Kesan daripada pengesahan berbentuk dua lapis iaitu ia memindah milik harta di
dalam bil kepada penerima pindah milik dan menjadikan pemindah milik seorang
pengesah yang bertanggungan.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pengesahan mestilah bertulis
dan ditandatangani oleh pengesah.
Pengesahan mestilah mengikut
aturan jika adanya 2 atau lebih
pengesahan pada bil
Adanya pengesahan dari semua
penerima (jika berkaitan)
Mengesahkan keseluruhan bil
Mengesahkan ejaan nama yang betul
oleh penerima (jika berkehendakkan)
Syarat-syarat pengesahan sesuatu bil
Syarat-syarat pengesahan sesuatu bil
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 17
11.3.3 JENIS-JENIS PENGESAHAN.
Terdapat lima jenis pengesahan iaitu sepertimana yang tertera di dalam Rajah 11.4 di
bawah.
Rajah 11.4
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jenis-jenis pengesahan
Pengesahan kosong.-hanya nama pengesah sahaja ( tiada nama penerima) – seksyen 34(1)
Penyerahan fakultatif-dengan jelas pengesah melepaskan sebahagian atau kesemua haknya di sisi undang-undang
Pengesahan terhad- tiada perundingan lanjut (pengesah hanya berhak menerima bayaran sahaja) – seksyen 35(1)Pengesahan khas
- adanya nama pengesah dan nama penerima pindah milik atau orang yang mengikut arahan – seksyen 34 (2)
Pengesahan bersyarat-bayaran bergantung kepada syarat
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 18
1. Nyatakan jenis-jenis penerimaan bagi sesuatu bil.
2. Apakah kesan daripada suatu pengesahan di dalam sesuatu bil?
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 11cAKTIVITI 11c
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 19
1. Penerimaan adalah terbahagi kepada 2 iaitu:
Penerimaan secara am iaitu suatu kelaziman apabila pesuruh bayar menerima
arahan penyuruh bayar bagi membayar tanpa syarat-syarat.
Penerimaan bersyarat iaitu apabila pesuruh bayar menerima bil yang tertakluk
kepada syarat atau melayakkannya seterusnya mengubah terma asal bil itu.
2. Kesan daripada suatu pengesahan di dalam sesuatu bil boleh dibahagikan kepada
2 iaitu :
Ia memindah milik harta di dalam bil kepada penerima pindah milik
Ia menjadikan pemindah milik seorang pengesah yang bertanggungan.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 11cMAKLUM BALAS 11c
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 20
11.4 JENIS-JENIS CEK.
Terdapat tiga jenis cek iaitu :
a. Cek tidak bertarikh.
Dalam seksyen 3(4)(a), suatu bil adalah tidak sah dengan sebab cek itu tiada tarikh
walaupun pihak bank tidak menolak cek itu. Walaubagaimanapun, seksyen 12
dan 20 membenarkan pemegang cek tidak bertarikh meletakkan tarikh sebenar cek
itu dikeluarkan tetapi mestilah dilakukan dalam tempoh yang munasabah.
Sekiranya tarikh yang salah dimasukkan dan bil itu ada dalam milikan pemegang
yang genap masanya, tarikh yang dimasukkan akan dianggap sebagai tarikh
sebenar cek itu dikeluarkan – seksyen 12(b).
b. Cek lapuk atau cek yang lampau tempoh.
Suatu cek adalah lampau tempoh sekiranya berada dalam peredaran bagi jangka
masa yang panjang dan tidak munasabah – seksyen 36(3). Suatu jangka masa
yang panjang dan tidak munasabah akan bergantung atas fakta setiap kes,
seseorang yang mengambil cek tidak boleh menentukan bahawa cek itu tidak
lampau tempoh dalam setiap kes. Walaubagaimanapun, beban membuktikan
suatu cek adalah lampau tempoh terletak pada pihak yang cuba mengelak liabiliti
padanya.
Suatu cek menjadi lapuk apabila cek itu berada dalam peredaran bagi jangka masa
yang lama, amnya selepas tamat tempoh enam bulan atau lebih daripada
tarikhnya. Lazimnya, bank tidak akan melayan cek sebegini. Tempoh bagi tujuan
ini adalah berbeza mengikut perjanjian terdahulu antara pelanggan dengan pihak
bank.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 21
c. Cek yang mendahulukan tarikh dan cek lewat tarikh.
Suatu cek yang bertarikh kemungkinanannya cek yang mendahulukan tarikh, cek
lewat tarikh atau bertarikh hari Ahad – seksyen 13(2). Cek adalah mendahulukan
tarikh sekiranya terdapat tarikh yang lebih awal daripada tarikh sebenar cek itu
dikeluarkan iaitu cek yang bertarikh kebelakang. Sebaliknya, cek itu adalah lewat
tarikh sekiranya cek itu terdapat tarikh yang akan datang iaitu tarikh yang
kemudian dari tarikh cek itu dikeluarkan. Walaupun cek lewat tarikh sebenarnya
bukanlah suatu cek kerana cek itu tidak perlu dibayar atas tuntutan, tetapi menurut
seksyen 13(2) ia adalah sah dan pemegang cek lewat tarikh boleh menjadi
pemegang yang genap masa. Ia boleh dirundingkan antara tarikh sebenar dengan
tarikh yang ditunjukkan. Pihak bank akan membayar cek lewat tarikh sekiranya
diserah pada atau selepas tarikh cek itu dikeluarka. Pihak bank tidak dikehendaki
membayarnya pada tarikh yang ditunjukkan tetapi sekiranya dia telah
membayarnya secara tidak sengaja sebelum tarikh genap masa, dia tidak boleh
mendebitkan akaun pelanggannya (penyuruh bayar). Pelanggan akan kehilangan
wangbyang telah dibayar sekiranya mereka menghentikan cek sebelum tarikh
yang ditunjukkan atau sekiranya pelanggan meninggal dunia sebelum tarikh
tersebut atau tiada baki kredit yang dapat menunaikannya pada tarikh itu.
11.4.1 CEK BERPALANG.
Suatu cek yang dipalangkan adalah bertujuan untuk mengurangkan fraud dengan
memberikan arahan bahawa bayaran hendaklah dibuat hanya kepada atau melalui
bank atau arahan yang lain sebagaimana cara bayaran dilakukan. Palang dibuat
dengan melukiskan dua garisan selari di atas muka cek itu. Sebagai tambahan kepada
garisan selari itu, perkataan boleh ditulis di antara garisan itu. Oleh yang demikian,
seorang pencuri tidak berupaya untuk memperoleh pembayaran daripada cek itu
apabila dia mengemukakkannya di kaunter jurubank penerima.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 22
11.4.2 JENIS-JENIS PEMALANGAN.
Seksyen 76 membahagikan pemalangan kepada dua jenis yang utama iaitu
pemalangan am dan pemalangan khas.
Pemalangan Am.
Mengikut seksyen 76(1) -ia adalah suatu pemalangan yang terdiri daripada dua
garisan selari yang dilukis melintang di atas muka cek itu. Perkataan ‘dan Syarikat’
atau ‘ Tidak Boleh Niaga’ boleh ditulis di antara garis-garis selari itu. Sebagai
tambahan, perkataan ‘Akaun Penerima’ juga boleh diletakkan. Oleh yang demikian,
ia merupakan satu arahan kepada pihak bank pemungut dalam menerima bayaran bagi
akaun penerima sahaja. Kesan daripada pemalangan am ini adalah pihak bank yang
membayar akan hanya membayar jumlah cek itu kepada pihak bank pemungut. Ia
tidak boleh dibayar secara tunai dikaunter sepertimana cek tidak berpalang (cek
terbuka).
Pemalangan Khas
Mengikut seksyen 76(2), pemalangan adalah khas apabila nama pihak bank ditulis di
antara garis selari itu atau ditulis melintang pada permukaan cek tanpa garis. Sebagai
tambahan perkataan ‘Tidak Boleh Niaga’ boleh diletakkan. Kesan daripada ini adalah
pihak bank pembayar hanya akan membayar amaun cek itu kepada pihak bank
pemungut yang dinamakan dalam pemalangan itu.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
O…. begitu rupanya pemalangan yang ada. Tapi… macamana pula ya dengan perkataan Tidak Boleh Niaga dan Akaun Penerima Sahaja????
Ya…. Itu soalan yang bagus sebab anda sedar dengan kewujudan perkataan tersebut di dalam sekeping cek. OK .. kalau anda ingin nak tahu perkara tersebut, bacalah keterangan di muka surat sebelah.
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 23
Pemalangan ‘Tidak Boleh Niaga’
Seksyen 76 membenarkan seseorang memalang suatu cek bagi menambahkan
perkataan ‘Tidak Boleh Niaga’. Dengan ini, cek akan kehilangan sepenuhnya ciri
perundingan, tetapi kekal boleh dipindah milik. Maksudnya di sini ialah cek boleh
dipindah milik tetapi pihak yang mengambilnya (penerima pindah milik), tidak boleh
memperoleh sesuatu hak milik yang lebih baik daripada pihak yang memberinya
pindah milik (pemindah milik). Tetapi, sekiranya hak milik pemindah milik adalah
cacat, hak milik itu akan menjejaskan penerima pindah milik walaupun dia tidak
mengetahui mengenai kecacatan itu. Contohnya, jika suatu cek yang telah dipalang ‘
Tidak Boleh Niaga’ telah dicuri, pihak yang mengambilnya daripada pencuri itu tidak
boleh menyimpannya bagi pemilik sebenar cek itu kerana hak miliknya kepada cek itu
bergantung kepada pemindah milik dan dalam kes ini, pemindah milik tiada hak milik
ke atasnya sama sekali. Kecacatan telah dipindah milik kepadanya.
Contoh kes : Wilson and Meeson lwn. Pickering (1946) KB 422.
Dalam kes ini, W telah mengeluarkan cek kosong yang berpalang ‘Tidak Boleh
Niaga’. Keraninya yang sepatutnya mengisi amaun dan nama penerima, telah
menulis jumlah yang melebihi kebenarannya dan menyerahkannya kepada P sebagai
bayaran hutangnya sendiri. Oleh kerana kerani itu tidak mempunyai hak milik kepada
cek itu, diputuskan bahawa P juga tidak mempunyai hak milik dan oleh yang
demikian, W tidak bertanggungjawab ke atasnya
Pemalangan ‘Akaun Penerima Sahaja’
Ia adalah sebagai tambahan kepada pemalangan yang ditentukan. Tujuannya adalah
untuk mengurangkan peluang berlakunya fraud kerana perkataan ini adalah sebagai
notis kepada pihak bank pemungut bahawa hanya akaun penerima wang sahaja yang
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 24
akan dikreditkan. Pihak bank pemungut prima facie bersalah disebabkan kecuaian
dan bertanggungjawab kepada pemilik sebenar bagi amaun cek itu, sekiranya dia
tidak menghiraukan palang itu.
Contoh kes : Woodland Development Sdn. Bhd. lwn. Chartered Bank; PJTV Densen
(M) Sdn. Bhd. (pihak ketiga) (1986) 1 MLJ 84.
Dalam kes ini. Syarikat plaintif adalah penerima kedua-dua cek ‘Akaun Penerima
Sahaja’. Pengarah syarikat itu telah memberikan kedua-dua cek itu kepada dua
pengarah yang lain bagi tujuan membuka akaun dengan nama plaintif di bank itu.
Ketiga-tiga pengarah syarikat plaintif adalah juga pengarah kepada Densen (M) Sdn.
Bhd (pihak ketiga). Pihak ketiga mempunyai akaun dengan bank defendan. Kedua-
dua pengarah yang menerima cek itu memujuk pengurus bank defendan memungut
amaun bagi pihak ketiga dan tidak membuka akaun dengan nama syarikat plaintif.
Syarikat plaintif mengambil tindakan terhadap bank defendan dan pihak ketiga bagi
penukaran dan wang yang ada dan diterima bagi kegunaan mereka. Mahkamah
memutuskan bahawa bank defendan adalah bertanggungjawab kerana kecuaian dalam
mengumpulkan kedua-dua cek “Akaun Penerima” bagi pihak ketiga yang bukan
penerima yang dinamakan pada cek tersebut.
11.4.3 PINDAAN PADA CEK.
Bagi menjelaskan lagi huraian berkenaan pindaan pada cek, sila rujuk Rajah 11.5.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pindaan CekSeksyen 64(1) – jika tanpa kuasa penyuruh bayar, maka penyuruh bayar akan terlepas dari liabiliti.Seksyen 64(2) – pindaan material pada tarikh, amaun, nama penerima, apa-apa palang atau apa-apa pertukaran hingga mengubah kesan perniagaan cek itu.
Pindaan ZahirPihak yang membuat pindaan dan pihak-pihak yang kemudiannya mengambilnya adalah terikat seperti mana pindaan itu.Pihak yang bertanggungjawab ke atas bil itu pada masa pindaan akan terlepas tanggung.
Pindaan Tidak ZahirPindaan yang cekap iaitu ianya tidak jelas jika tiada penelitian yang munasabah.Jika pindaan dibuat oleh penyuruh bayar atau seseorang yang bertindak di bawah arahannya atau dipersetujuinya( adanya tandatangan pada pindaan itu), maka seksyen 62(2) tidak boleh diguna bagi mengelak tanggungan.
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 25
Rajah 11.5
1. Cek boleh dibahagikan kepada berapa jenis dan nyatakan.
2. Apakah tujuan sesuatu cek itu dibuat pemalangan.
3.
4. Pindaan ke atas sesuatu cek boleh dibahagikan kepada 2. Terangkan.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pemalangan cek
AKTIVITI 11dAKTIVITI 11d
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 26
1. Cek boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :
a. Cek tidak bertarikh
b. Cek lapuk atau cek yang lampau tempoh.
c. Cek yang mendahulukan tarikh dan cek lewat tarikh.
2. Tujuan sesuatu cek itu dipalang adalah untuk mengurangkan fraud dengan
memberikan arahan bahawa bayaran hendaklah dibuat hanya kepada atau
melalui bank atau arahan yang lain sebagaimana cara bayaran dilakukan.
3.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pemalanganam
Pemalangankhas
Pemalangan cek
MAKLUM BALAS 11dMAKLUM BALAS 11d
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 27
4 Pindaan ke atas sesuatu cek boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :
Pindaan zahir
Pindaan tidak zahir
11.5.0 TANDATANGAN PALSU.
Ia adalah suatu tandatangan yang salah atau diubah, misalnya di mana A
menandatangani nama pihak yang lain di atas cek atau di mana A mengubah
tandatangan B kepada pihak yang lain.
Ia adalah berbeza dengan tandatangan tanpa kebenaran. Tandatangan tanpa
kebenaran adalah di mana seseorang menandatangani suatu bil tanpa mendapat kuasa
untuk melakukannya, contohnya ialah apabila seorang kerani menandatangani suatu
cek bagi pihak syarikatnya tanpa mendapat kuasa untuk melakukannya. Dua keadaan
terjadinya tandatangan palsu adalah seperti dalam Rajah 11.6 di bawah.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tandatangan palsu
Pada muka bil - tandatangan penyuruh bayar dipalsukan
Pada bahagian belakang bil- apabila pengesahan penerima atau pemegang dipalsukan.
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 28
Rajah 11.6
11.5.1 Kesan Tandatangan Palsu.
Tandatangan palsu yang tidak dibenarkan adalah tidak sah dan seseorang yang
mengambil bil itu tidak mempunyai hak milik atas bil itu, atau hak bagi mendakwa
baginya walaupun dia tidak mengetahui bahawa tandatangan itu adalah palsu.
Walaubagaimanapun, dia boleh mendakwa terhadap pihak yang mengesahkan bil itu
selepas tandatangan dipalsukan atau dibuat tanpa kebenaran.
11.5.2 Penamatan autoriti seorang pengurus bank untuk membuat pembayaran.
Walaupun telah menjadi tugas pengurus bank untuk melayan cek-cek pelanggannya
hingga kejumlah baki kreditnya atau mana-mana overdraft yang telah dipersetujuinya,
tetapi autoriti ini boleh ditamatkan dalam beberapa keadaan seperti Rajah 11.7 di
bawah :
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ADANYA PERINTAH MEMBATALKAN PEMBAYARAN
ADANYA NOTIS KEMATIAN PELANGGAN
ADANYA NOTIS PELANGGAN HILANG
AKAL
ADANYA PERINTAH DARI MAHKAMAH
ADANYA KECACATAN DALAM HAKMILIK
ORANG YANG MEMPERSEMBAHKAN
CEK.
APABILA BANK MENGETAHUI PELANGGAN MELAKUKAN PERBUATAN
KEBANKRAPAN.
PELANGGAN TELAH MENUTUP AKAUNNYA
KUASA PENGURUS BANK AKAN TAMAT SEKIRANYA….
CARUMAN PELANGGAN TIDAK MENCUKUPI
PELANGGAN MENYERAH HAK BAKI KREDIT
AKAUNNYA KEPADA ORANG LAIN
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 29
Rajah 11.7
1. Apakah yang anda faham dengan tandatangan palsu?
Bagaimana pula dengan tandatangan tanpa kebenaran?
2. Seorang pengurus bank boleh menamatkan sesuatu pembayaran dalam
beberapa keadaan. Nyatakan 5 di antaranya.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AKTIVITI 11eAKTIVITI 11e
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 30
1. Tandatangan palsu adalah suatu tandatangan yang salah atau diubah, misalnya
di mana A menandatangani nama pihak yang lain di atas cek atau di mana A
mengubah tandatangan B kepada pihak yang lain. Manakala tandatangan
tanpa kebenaran pula ialah di mana seseorang menandatangani suatu bil tanpa
mendapat kuasa untuk melakukannya, contohnya ialah apabila seorang kerani
menandatangani suatu cek bagi pihak syarikatnya tanpa mendapat kuasa untuk
melakukannya.
2. 5 keadaan di mana seorang pengurus bank mempunyai kuasa untuk
menamatkan sesuatu pembayaran ialah :
a. Adanya perintah membatalkan pembayaran.
b. Adanya notis berkaitan dengan kematian pelanggan.
c. Adanya notis bahawa pelanggan hilang akal.
d. Adanya perintah dari mahkamah.
e. Pelanggan telah menutup akaunnya.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUM BALAS 11eMAKLUM BALAS 11e
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 31
PENILAIAN KENDIRI.
1. Sila padankan perkara yang betul.
i). Penyuruh bayar a).Bil pertukaran yang kepada pihak bank dan
perlu dibayar apabila dituntut
ii). Penerima b).Sekeping cek yang tidak mempunyai tarikh
iii). Pesuruh bayar c).Orang yang memberikan arahan
iv). Cek d).Orang yang akan menerima bayaran
v). Cek tidak bertarikh e).Orang yang menerima arahan
2. Lakarkan suatu bentuk cek secara umum dan terangkan pihak-pihak yang
terlibat.
3. Nyatakan berapakah tempoh masa sah laku sesuatu cek mengikut kelaziman?
4. Jelaskan keadaan-keadaan di mana kuasa seorang pengurus bank boleh
menamatkan pembayaran.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 32
MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI
1.
Penyuruh bayar - c
Penerima - d
Pesuruh bayar - e
Cek - a
Cek tidak bertarikh - b
2. Lakaran umum sekeping cek.
Pihak yang terlibat ialah :
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SURATCARA BOLENIAGA DAN CEK P2114 / UNIT 11 / 33
Pesuruh bayar - pihak bank
Penyuruh bayar - En. X
Penerima - Pn. Y
3. Tempoh masa sah laku sesuatu cek mengikut kelaziman adalah selama 6 bulan
atau melalui perjanjian terdahulu antara pelanggan dengan pihak bank.
4. Keadaan-keadaan di mana kuasa seorang pengurus bank boleh menamatkan
pembayaran adalah seperti dibawah.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan adanya perintah dari pelanggan untuk membatalkan pembayaran.Adanya notis tentang kematian pelanggan.Adanya notis tentang pelanggan yang hilang akal.Adanya perintah dari mahkamah yang menghendaki untuk berbuat demikian.Apabila terdapat kecacatan dalam hakmilik orang yang mempersembahkan cek tersebut.Apabila pihak bank mempunyai pengetahuan bahawa pelanggan telah melakukan suatu perbuatan kebankrapan di bawah Akta Kebankrapan 1967 atau suatu petisyen kebankrapan telah dipersembahkan terhadap pelanggan atau suatu perintah penerimaan telah dibuat terhadap pelanggan.Apabila menerima suatu notis dari pelanggan yang telah menutup akaunnya.Apabila caruman pelanggan tidak mencukupi. Apabila pelanggan menyerah hak baki kredit akaunnya kepada orang lain.