uletin RIM Universiti Utara Malaysia Buletin...
Transcript of uletin RIM Universiti Utara Malaysia Buletin...
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Buletin RIMC
DISEMBER 2016
BIL 2 / EDISI 2/ 2016
MENARIK DI DALAM
www.rimc.uum.edu.my
P usat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah men-gadakan Bengkel Pengukuhan UUM ke Arah Universiti
Penyelidikan (RU) 2016 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan Dewan Seminar, SQS. Bengkel tersebut berjalan selama 2 hari bermula dari 16 Oktober 2016 hingga 17 Oktober 2016.
Tujuan utama bengkel ini diadakan ada-lah untuk memberi penerangan berkai-tan instrument penaksiran pencapaian universiti dalam Penyelidikan, Pem-
bangunan dan Pengkomersilan (R&D&C) mengikut instrument penilaian Malaysia Research Assess-ment Instrument (MyRA). Selain itu, simulasi proses pengauditan turut dijal-ankan bagi data Januari hingga Jun 2016. Bengkel ini turut dijalankan bagi memberikan pemahaman yang lebih baik tentang pindaan Glosari MyRA 2016.
Suasana di sekitar berlangsungnya Bengkel Pengukuhan UUM ke
Arah Universiti Penyelidikan (RU) 2016
Taklimat FRGS kepada
penerima geran baru
Taklimat Etika Penyelidikan,
Penerbitan dan Inovasi
Penilaian Tapak Penarafan
Bintang Malaysia Research
Assessment (MyRA®) untuk
Pencapaian Tahun 2015
Taklimat Ketua RU
Geran Berimpak Tinggi
Majlis Penyampaian
Watikah perlantikan Penjawat
Pusat Kecemerlangan Pusat
Pengajian (SCoE)
Program Discover UUM :
Seminar Integriti Keluarga
Workshop on Effective Writing
for Publication in High Impact
Journal
Aktiviti Kelab “ ChillOut Thurs-
day”
Aerobic Fitness X Futsal
Merdeka
Anugerah Pekerja Cemerlang
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Penasihat
Prof. Dr. Noor Azizi Ismail
Pengarah Urusan
Prof. Dr. Ayoib Che Mat
Editor Utama
Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi
Editor/ Rekabentuk
Noorhani Ismail
Naimah Rasidi
Nurzalikha Ahmad
Penyumbang Berita
Raihanah Hasaniah Abdullah
Sobiroh Md. Taha
Nurshuhada Abdul Ani
Aniza Sabjan
Reka Bentuk Teks dan Grafik
Hisaruddin Ahmat
Fotografi
Abdul Jalil Mat Isa
Fadilah Mohd Zain
Siti Nawari Aziz
Bistomi Ismail
Penyelaras Buletin RIMC
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC)
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM, Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4771
Fax : 04-928 4756
Laman web: www.rimc.uum.edu.my
2
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Profesor Pelawat RIMC,
Prof. Dr. Shahir Shamsir dari Universiti Teknologi Malaysia
(UTM). Hari pertama bengkel ini difokuskan untuk aktiviti
taklimat audit data MyRA 2016. Seterusnya, proses audit
data MyRA 2016 dijalankan bermula dari jam 10 pagi hingga
4.30 petang. Peserta bagi hari pertama terdiri daripda semua
Ahli Jawatankuasa MyRA dan pembekal-pembekal data My-
RA. Panel penilai bagi audit dalaman data MyRa 2016 ini ialah
Cik Zuridah Saadan, Prof. Dr. Shahir Shamsir, Dr. Nooraini
Yusoff, Prof. Dr. Kalsom Kayat, Dr. Mohd Faizal Omar, Prof.
Dr. Ayoib Che Ahmad dan Puan Suraya Deraman.
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti pembentangan dan
ulasan panel penilai bagi audit data MyRA 2016. Hasil pem-
bentangan menunjukkan UUM perlu berusaha dengan lebih
baik untuk memberikan data yang bertepatan dengan glosari
MyRA. Selain itu, masalah data lompong dan tidak lengkap
perlu diperbaiki. Prof. Dr. Shahir mencadangkan agar UUM
membangunkan satu sistem yang bertindak sebagai pusat
bagi penghantaran data yang lebih efektif. Sesi petang bagi
hari kedua pula diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu My-
RA bersama wakil pusat Pengajian. Antara intipati sesi ini
ialah pendedahan proses audit MyRA yang sebenar kepada
PTJ di samping pemberian pemahaman yang tepat berkaitan
dengan definisi operasi (OD) MyRA 1. Sesi ini mendapat sam-
butan yang baik daripada wakil pusat pengajian di mana pel-
bagai persoalan telah diajukan kepada Prof Dr. Shahir.
Harapan RIMC agar kesemua pihak yang terlibat dalam
pengumpulan data MyRA dapat memberikan kerjasama yang
lebih mantap bagi mencapai impian UUM untuk menjadi sa-
lah satu daripada Universiti Penyelidikan (RU).
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Rumusan Taklimat FGRS kepada Penerima Geran Baru
Pada 27 Julai 2016, taklimat FRGS kepada penerima geran baru telah diadakan di Dewan Seminar C.
Objektif penganjuran taklimat tersebut bagi mendedahkan kepada para penyelidik tentang pengurusan penyelidikan yang cekap dan
tersusun.
Penyelidik mendapat kefahaman dan pengetahuan tentang kaedah pengurusan kewangan dan perolehan barang/aset berkaitan
penyelidikan mengikut tatacara universiti.
Hasil daripada taklimat ini semua aktiviti dan pengurusan penyelidikan FRGS Fasa 1/2016 dapat berjalan lancar dan tamat mengikut
3 Taklimat Etika Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi
18 Disember—Bertempat di Dwan Seminar Pusat Ialam, Universiti Utara Ma-
laysia telah diadakan Taklimat Etika Penyelidikan dan Inovasi. Taklimat ini di-
adakan dengan mensasarkan ahli akademik sebagaia para peserta. Taklimat
ini diadakan bagi memastikan penyelidikan dan penerbitan yang dijalankan di
Universiti menjurus ke arah pencapaian visi dan misi universiti.
Ianya turut berobjektif untuk memberi kesedaran kepada penyelidik berke-
naan dengan etika dalam menjalankan penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
Taklimat ini diharapkan dapat memberi penekanan kepada penyelidik untuk
menjalankan penyelidikan dan penerbitan yang menghasilkan output yang
berimpak tinggi.
Hasil daripada taklimat ini diharap dapat melahirkan rasa tanggungjawab
penyelidik dalam menjalankan penyelidikan, penerbitan dan Inovasi dengan
penuh beretika dengan mematuhi semua peraturan dan perundangan yang
telah ditetapkan universiti.
Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh Professor Dr Abdul Latif Ahmad
dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM).
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Taklimat Ketua RU
P ada 26 November 2016 (Selasa), RIMC telah mengadakan Majlis
Taklimat Geran FRGS Fasa 1/2016 telah diadakan bertempat di
Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen.
Seramai 39 orang penyelidik yang berjaya memperoleh Geran
FRGS Fasa 1/2016014 menghadiri majlis taklimat Geran FRGS Fasa 1/2016.
Taklimat tersebut telah berlangsung dengan jayanya dimulai ucapan aluan
dan taklimat oleh Pengarah RIMC Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad dan diikuti
penerangan terperinci berkaitan tatacara pengurusan penyelidikan dan
penyelarasan proposal secara atas talian oleh En. Abdul Rais Mohamed
Mokhtar. Taklimat tersebut disusuli dengan sesi soal jawab bersama
penyelidik yang berjaya.
RIMC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan penyelidik-
penyelidik UUM yang telah berjaya mendapatkan geran FRGS Fasa 1/2016.
Semoga dengan kejayaan ini dapat memupuk semangat penyelidikan yang
tinggi dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan bermanfaat
buat negara amnya dan Universiti Utara Malaysia khususnya.
4
Penilaian Tapak Penarafan Bintang Malaysia Research As-
sessment (MyRA®) untuk Pencapaian Tahun 2015
P ada tahun 2016, UUM telah berjaya mengekalkan pen-
capaian Tiga Bintang untuk audit Malaysia Research
Assessment (MyRA®) bagi tahun penilaian 2015. Sesi penilaian
tapak ini berlangsung selama dua hari mulai 30 Mei hingga 1 Jun
2016 melibatkan enam panel penilai yang telah dilantik oleh KPM
diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Normah binti Omar daripada Univer-
siti Teknologi Mara (UiTM). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Prof.
Emeritus Dr. Muhammad(USM), YBhg. Prof. Dr. Mazlina @ Nor-
zila Mat Zain(MMU), YBhg. Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi(UPM),
YBhg. Prof. Dr. Naomie binti Salim (UTM), YBhg. Prof. Dr. Rahmah
binti Noordin (USM), YBhg. Prof. Dr. Wan Ruslan bin Ismail
(USM).
Dalam usaha bagi menaikkan penarafan bintang MyRA bagi ta-
hun 2016 , UUM di bawah pucuk pimpinan Timbalan Naib Can-
selor, Prof. Dr. Azizi bin Ismail telah merangka strategi teruta-
manya dalam bidang keberhasilan utama iaitu Penyelidikan dan
Inovasi yang Berimpak Tinggi. Kepakaran dan hasil penyelidikan
UUM diharapkan dapat menyumbang secara tekal kepada pem-
bangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat
memupuk penemuan inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu.
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
5
Geran Berimpak Tinggi
Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di Malaysia. Ia memberi kesan kepada Alam Sekitar, Ekonomi dan Psikologi manusia yang menjadi mangsa banjir. Sebagai usaha memperkukuhkan persediaan dan pengurusan yang berke-san, Kementerian Pendidikan Tinggi telah menawarkan geran penyelidikan khas iaitu geran penyelidikan Pengurusan Bencana Banjir. Universiti Utara Malaysia telah berjaya memperolehi beberapa geran tersebut bagi kategori Fundamental Research Grant Scheme. Salah satu daripada penyelidikan tersebut diketuai oleh Dr. Nor Laily binti Hashim. “Akibat bencana banjir besar yang melanda di Kelantan pada akhir tahun 2014, hampir 81 peratus pusat pemindahan khususnya di Kuala Krai turut di-tenggalami air. Kesan daripada bencana itu secara tidak langsung telah menjejaskan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara berkenaan. Berikutan itu, satu bantuan sokongan keputusan iaitu Adaptive Emergency Evacuation Centre Management (AEECM) bertujuan untuk mengagihkan semula semua mangsa banjir ke pusat peminda-han baharu apabila keadaan semakin teruk telah dibangunkan. Aplikasi AEECM berasaskan web dan mobile ini dibangunkan bagi pihak berkuasa yang menguruskan pusat pemindahan seperti pentadbir sistem, Pegawai Daerah, pega-wai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, penyelamat dan ketua kampung.” Produk penyelidikan ini telah merangkul pingat emas di Innovative Research, Invention & Application Expo (I-RIA) 2016 di UUM dan juga 27th International Invention, In-novation & Technology Exhibition (ITEX'16) yang berlangsung pada Mei lalu di KLCC. Manakala kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Nabisah Ibrahim bertajuk Developing Malaysian Psychological Debriefing Model (My-PsychD) for Disaster Debriefing Team adalah mengenai Analisis fenome-nologi pengalaman peserta yang digunakan untuk meneroka komponen penting Intervensi debriefing bagi konteks Malay-sia. Model Malaysian Psychological Debriefing (My-PsychD) telah dibangunkan berdasarkan empat komponen budaya yang diperolehi daripada kajian ini (norma tempatan, nilai, sistem kepercayaan, dan bahasa). Model ini merangkumi tiga fasa utama; 1) Fasa Pra-Debriefing: Latihan Kesediaan dan Pengenalan, 2) Fasa Debriefing: Membina Hubungan, Eksplorasi Kognitif, Eksplorasi Efektif, Penilaian Simptom, dan Pemberdayaan, dan 3) Fasa Post-Debriefing: Follow-Up dan Way-Forward Stage. Pasukan sukelarawan bencana, khususnya pasukan debriefing adalah digalakkan untuk memahami budaya mangsa bencana sebelum menggunapakai Model My-PsychD ini. Selain itu, Dr. Norafidah Ismail yang mengetuai kajian bertajuk A Post Flood Disaster Recovery Management : Kelantan Vs New Orleans. A Time to Learn from A Developed Nation? telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha pemulihan selepas banjir. Ia juga mengenalpasti beberapa cabaran dan permasalahan yang timbul ketika kerja-kerja pemulihan bencana dilaksanakan. Antaranya ialah pertindihan bidang kuasa dan tanggungjawab di dalam merancang dan melaksana projek-projek pemulihan; kekeliruan ketika proses pendaftaran rumah baru untuk mangsa banjir; dan isu pengagihan ban-tuan kemanusiaan yang dilakukan oleh badan bukan kerajan (NGO). Dengan mengambil kira halangan-halangan tersebut dan tindakan-tindakan pemulihan bencana yang dilakukan oleh agensi bencana di Amerika Syarikat, ahli-ahli penyelidik berjaya mengenalpasti beberapa tindakan segera yang wajar dikemukakan kepada pihak-pihak yang terlibat, secara lansung atau tidak lansung,di dalam membantu mangsa-mangsa banjir membina kembali kehidupan mereka yang terkesan akibat banjir besar. Sebahagian daripada cadangan cadangan ini adalah: agensi-agensi yang terlibat sewajarnya melakukan institutional reform, pada kadar keperluan, agar usaha-usaha pemulihan banjir menjadi lebih efisien (nota: penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) pada bulan September 2015 dialu-alukan); mangsa-mangsa banjir perlu mewujudkan satu tindakan yang kolektif (bersama) di dalam mengurus pengagihan bantuan-bantuan yang diberikan; dan pihak kerajaan diharap dapat merangka National Disaster Housing Strategy (NDHS) seperti yang diperkenalkan di Amerika Syarikat selepas berlakunya taufan Katrina dan Sandy. Kajian-kajian ini telah berjaya disiapkan dan dibentangkan di Persidangan Kajian Bencana Banjir anjuran Kementerian Pen-didikan Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Adalah diharapkan dengan aplikasi, model dan dapatan-dapatan kajian ini dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurus bencana banjir dengan berkesan, mempercepatkan bantuan dan usaha-usaha pemulihan.
RESEARCH IS CREATING NEW KNOWLEDGE
-NAIL ARMSTRONG-
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Di sekitar Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Penjawat
Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian (SCoE)
6
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Aktiviti– Aktiviti RIMC Sepanjang Julai– Disember 2016
BIL AKTIVITI/ PROGRAM TARIKH TEMPAT ANJURAN (UNIT)
1 Sharing Session @ SOL—Research Publication
Workshop
19 Julai 2016 Milik Mensyuarat SOL Penerbitan
2 Writing Camp IBS 25 Julai 2016 Pusat Pengajian Peniag-
aan Islam
Penerbitan
3 Workshop on Introduction for Journal Publica-
tion
26 Julai 2016 Bilik Seminar UUM, COL-
GIS
Penerbitan
4 Taklimat FRGS kepada penerima geran baru 27 Julai 2016 Dewan Seminar C Penyelidikan
5 Jelajah RIMC ke Pusat Pengajian Sains Kuanti-
tatif (SQS)
1 Ogos 2016 Dewan Seminar 2 Tugas-Tugas Khas
6 Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pen-
jawat Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian
(SCoE)
7 Ogos 2016 Dewan Angsana EDC
Hotels & Resorts
Penyelidikan
7 Sharing Session @ SOiS—Bengkel Pengukuhan
Sitasi Penerbitan
15 Ogos 2016 Pusat Pengajian Perni-
agaan Antarabangsa
Penerbitan
8 Research Visibility, Impact and Citation Siri
1/2016
15-16 Ogos 2016 STML Penerbitan
9 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 2
17 Ogos 2016 Bilik Mensyuarat Utama,
RIMC
Penerbitan
10 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 3
22 Ogos 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
11 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 4
29 Ogos 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
12 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 5
5 September 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
13 Taklimat Pemantauan Penyelidikan Sistem
MyGrants Secara Atas Talian
5 September 2016 Dewan Seminar A, Kom-
pleks Konvensyen
Penyelidikan
14 Aerobic Fitness X Futsal Merdeka 6 September 2016 Pusat Sukan, UUM RIMC
15 Research Publication Help Desk (RPH) -
Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal bersama
Guest Editor Special Issue - Siri 6
7 September 2016 Pusat Pengajian
Teknologi dan Logistik
Penerbitan
7
6
There is only one way to avoid criticism: do noth-
ing, say nothing, and be nothing -Aristotle-
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Aktiviti– Aktiviti RIMC Sepanjang Julai– Disember 2016
BIL AKTIVITI/ PROGRAM TARIKH TEMPAT ANJURAN (UNIT)
16 Manuscript Clinic - Editing and Proofreading Every Wednesday RIMC Penerbitan
17 Workshop on Effective Writing for Publication in
High Impact Journal
25 September 2016 EDC Hotel & Resorts Penerbitan
18 Jelajah RIMC ke Pusat Pengajian Antarabangsa
(SOIS)
4 Oktober 2016 Bilik Mesyuarat Utama, SOIS Tugas-Tugas Khas
19 Pembentangan Bagi Permohonan Skim
Knowledge Transfer Programme (KTP) 2016
11 Oktober 2016 Bilik Mesyuarat RIMC RIMC
20 Taklimat Pengenalan dan Demonstrasi
Penggunaan UDl EDGE “Big Scientific Data”
12 Oktober Bilik Mesyuarat RIMC RIMC
21 Bengkel Pengukuhan UUM Ke Arah Universiti
Penyelidikan (RU) 2016
16 - 17 Oktober Bilik Mesyuarat Utama, SQS RIMC
22 Bengkel Pembangunan Laman Web CoE 19 Oktober 2016 Makmal Komputer, Kompleks
Konvensyen
RIMC
23 Aktiviti Kelab “ChillOut Thursday” Kelab Kebajikan
Staf RIMC
20 Oktober 2016 Bowling, CMart Changloon Kelab Kebajikan Staff RIMC
24 Taklimat Berkaitan Pengauditan Pengurusan
Kewangan oleh Unit Audit Dalam UUM
9 November 2016 RIMC
25 Taklimat CoE dan Geran Penyelidikan 20 November 2016 Dewan Seminar SQS Penyelidikan
26 Taklimat Ketua RU 27 November 2016 Bilik Mesyuarat Utama RIMC Tugas-Tugas Khas
27 Bengkel Penyediaan Etika Penyelidikan, Penerbitan
dan Inovasi
1 Disember 2016 Cameron Highland Penyelidikan
28 Bengkel Strategik Penyelidikan, Penerbitan dan
Persediaan MyRA 2017
7 Disember 2016 Tasik Banding, Perak Penyelidikan
29 Taklimat Etika Penyelidikan, Penerbitan Dan Ino-
vasi
18 Disember 2016 Dewan Seminar Pusat Islam,
UUM
Penyelidikan
30 Mesyuarat Semakan Dan Pemurnian Draf Garis
Panduan Etika Penyelidikan, Penerbitan Dan Ino-
vasi Universiti Utara Malaysia
14 Disember 2016 Bilik Mesyuarat Utama, SOC Penyelidikan
31 Bengkel Engaging Business Effectively and Transla-
tion of Research To Commercial
13 Disember 2016 Dewan Seminar C Penyelidikan
32 Knowledge Sharing on International Grants SQS 14 Disember 2016 Bilik Mesyuarat SQS Penyelidikan
8
Success is a lousy teacher. It seduces smart people into
thinking they can’t lose. –Bill Gates-
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
2 5 November 2016 - Pusat Pengurusan Penyelidikan
dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Seminar Integ-
riti Keluarga yang disertai seramai 150 orang bagi
membantu meningkatkan kemahiran dan penge-
tahuan dalam penjagaan anak-anak istimewa khususnya.
Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) RIMC merangkap
Pengarah projek seminar, Sr Dr Mohd Nasrun Mohd Nawi berka-
ta, seminar itu bertujuan memberi pendedahan dan penge-
tahuan kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak is-
timewa dalam aspek kesihatan, kebajikan dan keselamatan
mereka.
Menurutnya, di samping itu, mempertingkatkan pengetahuan
dan kemahiran keibubapaan masa kini, sejajar dengan trend ke-
hidupan moden dan memberi peluang perbincangan dua hala
antara peserta dan pakar terlibat.
"Kita juga inginkan program yang boleh merapatkan antara staf
UUM dan masyarakat luar menerusi program seperti ini, selain
membantu memperkenalkan universiti kepada orang luar.
"Saya berharap peserta khususnya ibu bapa dan penjaga dapat
memanfaatkan peluang ini untuk berinteraksi dengan panel atau
pakar dalam bidang berkaitan supaya dapat membantu mereka
dalam menguruskan anak-anak istimewa tersebut," katanya pa-
da Majlis Perasmian Seminar Integriti Keluarga di Dewan Semi-
nar, Pusat Islam, semalam.
Dalam seminar itu, seramai tiga panel dijemput bagi membin-
cangkan tentang anak istimewa itu berdasarkan kepakaran dan
pengalaman masing-masing.
Tiga panel berkenaan ialah Mohd Zaini Mat Abas, penggerak
utama Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa; Nora-
ziah Khali Abdl Alim, Pengetua Akademi Autisma, Persatuan Aus-
tisma Kedah (PAK) dan Dr Yusni Yusuff, Ketua dan Perunding Ka-
nak-kanak serta Pakar Psikiatri Remaja, Hospital Sultan Abdul
Halim, Sungai Petani, manakala moderator ialah Dr Fatimah Zailly
Ahmad Ramli dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan
Kerja Sosial (SAPSP).
Dr Yusni dalam seminar itu telah memberikan penerangan atau
taksiran tentang penyakit Autisma dan simptom atau cara
mengenal pasti penyakit tersebut, diikuti Noraziah yang ber-
kongsi pengalaman beliau menubuhkan PAK dan perkhidmatan
yang diberikan.
Seterusnya, peserta juga berpeluang berkongsi pengalaman ber-
sama Mohd Zaini yang mana beliau turut memiliki anak
menghidap autisma dan cabaran yang dilaluinya sebagai bapa
dalam mendidik anak istimewa itu dengan menggunakan kaedah
Al-Quran dan ibadah.
Sementara itu, peserta, Noor Fauziati Mat Yatim berkata, dia
menyertai seminar itu kerana ingin menambahkan lagi penge-
tahuan dan kemahiran dalam menjaga anak OKU.
"Pendedahan dan perkongsian ilmu ini sangat penting kepada
ibu bapa yang mempunyai anak istimewa kerana saya dan suami
dapat meningkatkan lagi kemahiran keibubapaan kami dalam
membesarkan anak-anak, selain anak OKU.
Sepanjang seminar itu, peserta juga berpeluang mengikuti aktivi-
ti seperti menunggang kuda, menaiki tram mengelilingi
kampus, lawatan ke Taman Rusa dan burung unta,
pertandingan mewarna serta pameran turut diadakan.
8
9
Program Discover UUM : Seminar Integriti Keluarga
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Workshop on Effective Writing for Publication in High Impact
Journals & Driving towards an Excellent CoE and Research
Aktiviti Kelab “ ChillOut Thursday” Kelab Kebajikan
Staf RIMC
11 10
20 Oktober 2016– Bertempat di CMart,
Changloon, kakitangan dari Pusat Penguru-
san Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah
bersama-sama menyertai pertandingan
bowling. Aktiviti ini diatur dan dikendalikan
bagi memberi peluang kepada semua staff
untuk merehatkan diri dari bebanan kerja
dan mengeratkan hubungan sillaturahim
sesama staff.
Pada 25 September 2016 bertempat di Roupellia, EDC Hotel telah berlangsung satu
bengkel Workshop on Effective Writing for Publication in High Impact Journals & Driving
towards an Excellent CoE and Research yang dianjurkan oleh Unit Penerbitan Penyelidi-
kan dari Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Utara Malaysia.
Profesor Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan,
UniMAP dan Dr. Mohd Arif Anuar B. Mohd Salleh dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Ba-
han, UniMAP merangkap Pengarah Centre of Excellence Geopolymer and Green Technol-
ogy telah dijemput untuk berkongsi ilmu tentang kejayaan yang dicapai Centre of Excel-
lence Geopolymer and Green Technology agar dapat diikuti oleh para peserta
Para penceramah telah berkongsi beberapa tips dan strategi yang berkesan bagi memastikan artikel yang
dihasilkan oleh penyelidik dapat diterbitkan dengan jayanya di dalam jurnal yang berimpak tinggi dan
rahsia kejayan artikel beliau diterima oleh jurnal untuk diterbitkan dalam tempoh 5 hari tanpa sebarang
pembetulan.
Semangat berpasukan, kejujuran, kerjasama dan sifat saling mempercayai antara satu sama lain merupa-
kan asas kejayaan kepada sesebuah institusi. Kejayaan yang dilakar oleh Centre of Excellence Geopolymer
and Green Technology (CEGeoGTech) adalah hasil daripada adunan tersebut sehingga berjaya mendapat-
kan dana dari Arab Saudi. Para peserta perlu lebih aktif dalam membina rangkaian perhubungan dengan
individu dari bidang mereka supaya dapat menjalinkan kerjasama pada masa hadapan.
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Aerobic Fitness X Futsal Merdeka
20 Oktober 2016—Program Aerobic dan Futsal Merdeka pering-
kat RIMC telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan,Pusat Penguru-
san Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) yang turut dihadiri oleh Tim-
balan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Noor
Azizi bin Ismail bertempat di Pusat Sukan.
Program ini bertujuan untuk membina ukhwah dan mengeratkan
hubungan sillaturahim di kalangan staf RIMC tanpa membina
jurang pemisah di antara pegawai dan staf sokongan. Seluruh
warga RIMC telah sama-sama melibatkan diri dalam program ini.
Program bermula dengan aktiviti aerobic yang dikendalikan oleh
jurulatih dari UUM. Semua kakitangan turut bersama-sama
melakukan aktiviti aerobic yang begitu santai sebagai pemanas
badan sebelum pertandingan futsal dimulakan. Seterusnya, per-
tandingan futsal Merdeka bersemperna bulan kemerdekaan
dilangsungkan. Ianya melibatkan 4 kumpulan iaitu 2 dari kum-
pulan lelaki dan 2 dari kumpulan wanita.
Disamping perlawanan futsal, acara aerobik, permainan tradisional (congkak) dan kuiz merdeka juga dijalankan sempena memupuk
semangat kemerdekaan dalam kalangan staf RIMC. Johan futsal kategori lelaki dimenangi oleh Kumpulan Kuning manakala
naib johan jatuh kepada Kumpulan Biru. Bagi kategori wanita, johan disandang oleh Kumpulan Biru manakala Kumpulan
Kuning meraih tempat kedua.
“Walaupun kumpulan saya kalah dalam perlawanan futsal ini, tetapi saya berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana
saya dapat merehatkan minda dan menghilangkan penat lelah bekerja sehari-harian.” kata pemain dari Kumpulan Kuning.
Dengan wujudnya aktiviti seperti ini, secara tidak langsung telah merapatkan hubungan sesama warga RIMC serta mewujudkan se-
mangat berpasukan yang jitu.Mewujudkan semangat bersatu padu dan saling bekerjasama dalam sukan mahupun tanggungjawab
dalam bekerja.
11
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015
2 9 Mei 2016 - 3 orang staf RIMC telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015.
Ucapan tahniah daripada Timbalan Naib Censelor, (P&I), Pengarah dan seluruh warga RIMC diberikan
kepada Puan Suraya Binti Deraman, Ketua Penolong Pengarah (Unit Pentadbiran dan Kewangan), Puan
Sobiroh Binti Md. Taha, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan (Unit Penyelidikan) dan Encik Abdul Jalil Bin
Mat Isa @ Halim, Pembantu Tadbir (Unit Penyelidikan).
Puan Suraya Binti Deraman Puan Sobiroh Binti Md. Taha Encik Abdul Jalil Bin Mat Isa @
Halim
12
Tahniah: Khalifah Baharu
Nama Ibu: Pn. Nurul Shuhada Binti
Abdul Ani
Nama Anak : Ikhlas Andika Bin
Mohd Ridzwan
Tarikh Lahir: 29 April 2016
Nama Ibu: Pn. Aniza Binti Sabjan
Nama Anak: Adilia Binti Mohd
Firdaus
Tarikh Lahir: 31 Ogos 2016
Nama Bapa: Sr. Dr. Mohd Nasrun Bin Mohd
Nawi
Nama Anak: Muhamad Izz Zafri Bin
Mohd Nasrun
Tarikh Lahir: 2 Disember 2016
Nama Bapa: En. Abdul Jalil Bin Mat Isa
@ Halim
Nama Anak: Muhamad Imaan Shafiy
Bin Abdul Jalil
Tarikh Lahir: 9 Disember 2016
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibu bapalah yang akan me-
nyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi “ -Sabda Rasulullah s.a.w-
Buletin RIMC Universiti Utara Malaysia
Mantan Pengarah RIMC
Pertukaran Staf
13
3 1 Disember 2016 - Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad dilan-
tik sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan
dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia bemula
Januari 2016,
Sepanjang perkhidmatan di RIMC, beliau telah berjaya memba-
wa pelbagai perubahan yang positif kepada pencapaian univer-
siti. Beliau dihormati sebagai ketua yang berdedikasii dan amat
komited dalam megurus tadbir hal ehwal pentadbiran universi-
ti.
Prof. Dr. Ayoib telah tamat perkhidmatan sebagai Pengarah
RIMC pada 31 Disember 2016 dan dilantik sebagai Dekan Pusat
Pengajian Perakaunan Tunku Intan Syafinaz (TISSA). Seluruh
warga RIMC mengucapkan tahniah atas perlantikan baharu
beliau dan selamat maju jaya .
Cik Farah Syida Binti Ahmad
PTJ Lama:Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi
PTJ Baru: Pejabat TNC (P&I)
Puan Nor Hasyima binti Hashim
PTJ Lama: Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi
PTJ Baru: Pusat Pengajian Baha-
sa, Tamadun dan Falsafah
Puan Ku Hanim Binti Ku Baudin
PTJ Lama: Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi
PTJ Baru: Jabatan Pendaftar
Puan Suriati Binti Chek Mat
PTJ Lama: Kolej Universiti Insani-
ah (KUIN)
PTJ Baru: Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi
Puan Fadilah Binti Mohd Zain
PTJ Lama:Pusat Pengajaran Pem-
belajaran Universiti (UTLC)
PTJ Baru: Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi
Syabas dan selamat
menjalankan tugas !!!