Ulasan
-
Upload
redwan-haris -
Category
Education
-
view
1.134 -
download
2
Transcript of Ulasan
1. ULASAN MELIBATKAN SOALAN
Lihat carta piramid makanan berikut. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam piramid, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan
APA YANG PERLU DITULIS ?
ISI TERSURAT – ISI YANG TERDAPAT ATAU DINYATAKAN DALAM GAMBAR
ISI TERSIRAT –ISI YANG TIDAK TIADA ATAU TIDAK DINYATAKAN DALAM GAMBAR
CONTOH GAMBAR ULASANLihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnyaantara 80 hingga 100 patah perkataan
PERINGKAT PEMARKAHANPERINGKA
TMARKA
HKRITERIA
CEMERLANG
13 - 15 • Isi tersurat dan isi tersirat yang relevan dengan bahan
• Ulasan Idea yang jelas dan matang
BAIK 09 - 12 • Isi tersurat dan isi tersirat yang relevan dengan bahan
• Ulasan Idea yang jelasKURANG
MEMUASKAN
05-08 • Isi tersurat atau isi tersirat masih relevan dengan bahan
• Ulasan Idea kurang jelasPENGUASA
AN MINIMUM
01- -4 • Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang kurang cekap
PERKARA – PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MENULIS
Teliti gambar rajah yang diberikan Tandakan apa-apa perkataan atau
frasa yang ada Fikirkan tajuk yang sesuai jika tajuk
tidak diberikan Jika isi tersurat diberikan, guna isi
tersurat tersebut Jika isi tersurat tidak disertakan teliti
gambar dan bina isi tersurat Daripada isi tersurat bina pula isi
tersirat
LIHAT RAJAH DI BAWAH DENGAN TELITI. BERDASARKAN MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM RAJAH TULIS ULASAN YANG PANJANGNYA ANTARA 80 HINGGA 100 PATAH PERKATAAN.
FAEDAH LAMAN SEMBANG DALAM
KALANGAN PELAJAR
MENGERATKAN SILATURAHIM
MEMPEROLEH PELBAGAI ILMU
MENDAPAT RAKAN BAHARU
MENGISI MASA LAPANG
ISI TERSURAT• Laman sembang dapat
mengeratkan hubungan silaturahim
• Laman ini membolehkan kita mendapat pelbagai ilmu• Kita akan mendapat rakan baharu sama ada dari dalam atau luar negara• Laman ini membolehkan kita memanfaatkan masa lapang dengan berfaedah
ISI TERSIRAT
• Kesannya kita dapat mengekalkan hubungan dengan orang yang kita sayang walaupun mereka berada beribu-ribu batu
CONTOH ULASAN
Laman sembang dapat mengeratkan hubungan silaturahim. (SU) Hal ini kerana seseorang itu masih dapat berinteraksi walaupun berada di tempat yang jauh. (SI) Di samping itu kita juga akan mendapat kenalan baharu bukan sahaja dari dalam malah juga dari luar negara. (SU) Persahabatan tersebut membolehkan kita mengetahui budaya dan adat resam rakan tersebut. (SI) Melalui laman sembang kita juga dapat berbincang dan bertukar-tukar ilmu dan pendapat. (SU) Selain itu melayari laman sembang juga dapat mengisi masa lapang. (SU) Hal ini mengelakkan kita daripada terjebak dengan gejala negatif seperti lepak dan vandalisme. (SI) (84 pp)