UKIRAN

5
Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu. Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat. Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik. Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat. Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk. Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Transcript of UKIRAN

Page 1: UKIRAN

Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di  Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.

 Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-

ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh  keagamaan  Islam  yang  berkembang  pada zaman  dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot. 

Page 2: UKIRAN

Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya  kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

            Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora.  Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.

. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika  khutbah  pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.

 Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang,

bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.

Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

Page 3: UKIRAN

Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

5.0       Kesimpulan                         Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

            Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya

Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telahdiberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima

Page 4: UKIRAN

                        oleh masyarakat Melayu Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.