Ujian Bulanan 1 Bm 1 Thun 5 2012

download Ujian Bulanan 1 Bm 1 Thun 5 2012

of 14

Transcript of Ujian Bulanan 1 Bm 1 Thun 5 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA JOHOR BAHRU UJIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 011 KERTAS 1 TAHUN 5 MASA: 60 MINIT NAMA .. : . TAHUN :

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A,B,dan C atau empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Antaranya terdapat satu sahaja jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul itu.Kemudian pada kertas jawapan kamu,hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu. Soalan 1 hingga soalan 20. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 1. Mereka kagum melihat kemahiran Puan Halimah ________ batik. A mengecap B mencanting C melorek D melukis

2. Papan itu dipotong _________ mesin gergaji. A dengan B menggunakan C berasaskan D berlapiskan Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 3. Layang-layang Meor _________ pada _______ pohon mangga. A terselit...perdu B tersangkut...dahan C terlekat...pucuk D terhalang...dahan 4. Sesiapa saja yang melanggar undang-undang negara ini boleh __________ di mahkamah. A didakwa B disoal C ditahan D dibawa 5. Para belia itu diberi pujian kerana sanggup _________ tanah terbiar. A terokai B diterokai C meneroka D penerokaan Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 6. ________ yang dijual pada Hari Kantin itu ________ enak. A Kuih-muih...sungguh B Lauk-pauk...sungguh C Kuih-muih...paling D Oleh-oleh...amat 7. Keadaan di depan pintu gol pasukan Sarawak _______ akkibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan. A haru-biru B kucar -kacir C hiruk-pikuk Soalan 8 dan Soalan 9 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 8. Aqila _______ lelaki buta itu __________ jalan. A menonton...menyeberang B menuntun...menyeberang C menonton...memintas 9. Orang buta yang memakai se_______ cermin mata hitam itu menggunakan

se_________ tongkat. A buah...batang B pasang...laras C pasang...batang D keping...kaki Soalan 10 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 10. Kami makan tiga ____________ daripada se_______ durian yang sudah dikopek itu. A ulas...buah B butir...biji C ulas...pangsa D biji...pangsa

11. Kerani pejabat pos itu meminta orang ramai beratur. _________ mengatakan bahawa hal itu bertujuan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan ____________. A Beliau...dia B Dia...mereka C Dia...kalian D Mereka...dia

Soalan 12 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 12. Senaman ______ dapat menyihatkan badan _______ dapat mencerdaskan minda. A bukan saja...dan B bukan saja...malahan C makin...makin D makin...justeru

13. Beliau disanjung kerana banyak menyumbangkan derma kepada pelbagai badan kebajikan. ________ beliau peramah dan berbudi bahasa. A Padahal B Lebih-lebih lagi C Oleh sebab itu

14. Kejayaan Asmawi dalam kejohanan itu, menjadi __________ orang kampungnya. A besar hati B buah mulut C hati waja D bulat kata

Soalan 15 dan Soalan 16 Pilih kata yang seerti dengan kata yang bergaris.

15. Puncak gunung itu dilitupi awan tebal. A ditenggelami B dilindungi C diselubungi D dibatasi

16. Adli baru saja menyudahkan semua kerja rumahnya. A menyiapkan B menyegerakan C memudahkan D melengkapkan

Soalan 17 Pilih kata berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris. 17. Masalah sosial di kalangan remaja perlu ditangani dengan bijak. A kurang B lembap C bebal D lemah Soalan 18 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7 18. Antara yang berikut, kata yang manakah yang berlawanan dengan maksud gambar di atas? A cemar B rosak C sempit

Soalan 19 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8 19. Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan sikap budak lelaki tersebut ialah... A kutu embun. B lepas laku. C keras kepala. D kepalang ajar. Soalan 20 dan Soalan 21 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk penyataan di bawah ini. 20. Sebagai akibat kata-mengatai antara satu dengan yang lain, akhirnya mereka bertumbuk. A hidup dikandung adat, mati dikandung tanah B kecil tapak tangan nyiru ditadahkan C kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa D harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan 21. Salman tidak berpuas hati kerana keadaan dompet yang dibelinya itu tidak bermutu seperti yang diiklankan. A indah khabar daripada rupa B bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi C jauhari juga yang mengenal manikam D di mana ada semut mati kalau tidak dalam gula Soalan 22 dan Soalan 23 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22. Seandainya berkelapangan, pasti aku akan datang ke sini lagi. A Bilakah engkau akan datang ke rumahku lagi? B Mengapakah engkau datang ke mari?

C Engkau datang ke sini dengan siapa?

23. Entahlah, saya pun tidak tahu. Tiba-tiba saja saya berada di sini. A Mengapakah kamu ke sini? B Bilakah kamu ke sini? C Siapakah yang membawa kamu ke sini? D Bagaimanakah kamu boleh berada di sini? Soalan 24 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 24. Sejak bilakah kamu mempelajari muzik? A Benar, semasa di tadikalah saya mempelajari muzik. B Sepanjang ingatan saya, sejak umur saya enam tahun. C Sejak mempelajari muzik, saya berasa terhibur. D Mungkin saya akan terus mendalami ilmu tentang muzik.

Soalan 25 dan Soalan 26 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 25. Tabiat Dinalan yang suka meniru itu tidak disukai oleh rakan-rakannya.

A Kawan-kawan Dinalan tidak menggemari sikap Dinalan yang gemar meniru itu. B Dinalan yang gemar meniru kawan-kawanya itu tidak disenanginya. C Dinalan yang tidak disenangi rakan-rakannya itu suka meniru. D Tabiat Dinalan kurang disenangi oleh rakan-rakannya yang suka menirunya itu.

26. Siapakah yang mengambil pena biru di atas meja saya? tanya Intan. A Intan bertanya tentang pena biru siapa yang diambilnya di atas meja. B Intan ingin tahu tentang pena di atas meja birunya yang diambil orang. C Intan bertanya kepada orang yang mengambil pena birunya di atas meja. D Intan ingin tahu tentang orang yang mengambil pena biru di atas mejanya. Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris dengan betul. 27. I Saya tidak tahu akan kedudukan perkara yang sebenarnya. II Kebanyakan penghuni taman itu orang kedudukan. III Beliau dihormati kerana mempunyai kedudukan yang tinggi. IV Masyarakat menderita semasa kedudukan Jepun. A I dan II saja B I dan III saja C I, II, dan IV saja D I, III, dan IV saja

28.

I Dia tidak dapat menyebut ayat itu terang-terang. II Setelah matahari terang-terang barulah dia bangun tidur. III Terang-terang peniaga itu memperdaya pelanggannya. IV Mereka mempersoalkan terang-terang yang diberikannya.

A I dan II saja B I dan III saja C I, II, dan IV saja D I, III, dan IV saja

Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 29. I Permintaan terhadap perabot tempatan menaik sejak belakangan ini. II Sejak berhijrah ke bandar, kehidupan Muis lintang-pukang. III Dari sehari ke sehari kadar jenayah di bandar meningkat. IV Kerajinanlah antara faktor utama kejayaan cemerlangnya dalam UPSR. A I dan II saja B III dan IV saja C I, II, dan III saja

D II, III, dan IV saja 30. I Tidak berani kami mandi di kawasan jeram yang kencang airnya itu. II Menabung suatu amalan yang perlu disemaikan sejak kecil lagi. III Para-para penonton berbaris untuk membeli tiket bas. IV Cis, rupa-rupanya selama ini kamu berlaku curang terhadapku! A I dan III saja B II dan IV saja C I, II, dan IV saja D II, III, dan IV saja

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Rantau Abang di Terengganu Darul Iman,terkenal dan masyhur.Tempat ini bukan sahaja sedia di ketahui oleh rakyat Malaysia bahkan juga oleh pelancong luar negeri.Apakah keistimewaan tempat ini sehingga menjadi begitu terbilang? Rantau Abang ialah sebuah perkampungan kecil di pantai negeri Terengganu Darul Iman.Namun begitu, pantai Rantau Abang menjadi pantai pilihan kepada beberapa jenis penyu yang mendarat saban tahun antara bulan Mei hingga September yang mengubah suasana kampung kecil ini. Di pantai inilah,ratusan penyu mendarat untuk bertelur setiap tahun setelah merantau jauh di lautan lepas.Lazimnya,penyu itu mendarat pada waktu malam dengan harapan agar bumi bertuah itu melanjutkan keturunan mereka.

Setelah bertelur,binatang keramat itu akan kembali ke laut untuk meneruskan perjuangan mereka. Sepanjang kepulangan perantau ini,Rantau Abang seolah-olah berpesta.Desa yang kecil itu menjadi sibuk dan ramai orang. Pelancong dari dalam dan luar negeri bersama-sama menyambut kepulangan binatang bertuah itu. Dari jauh dan dekat mereka datang untuk melihat penyu bertelur di pasir putih bersih Rantau Abang. Bagi penduduk tempatan,kepulangan penyu itu banyak membawa keuntungan kepada mereka.Mereka berniaga,melayan dan membantupelancongpelancong yang berkunjung.Bagi pelancong,tempat mendarat binatang keramat itu menjadi tempat rehat yang segar dan nyaman serta tempat meraih pengalaman baru. Tidak menghairankan jika Rantau Abang terkenal dan terbilang.Desa kecil itu menjadi tempat pertemuan manusia dan penyu dengan harapan masing-masing.Begitulah keadaannya tahun demi tahun,kepulangan perantau itu tetap membawa rahmat.

31. Pengarang menggunakan perkataan terkenal,terbilang dan masyhur dengan maksud A digemari orang B difahami oleh orang ramai C diketahui oleh umum D dihargai orang

32. Di antara berikut bulan-bulan manakah paling ramai pengunjung datang ke Rantau Abang? A Februari dengan April B Mei dengan September C Jun dengan Oktober D Ogos dengan Disember

33. Ayat tempat meraih pengalaman baru dalam petikan di atas bermaksud A tempat memperolehi sesuatu yang baru B tempat mendapat kenalan yang baru C tempat mencari sesuatu yang baru D tempat menerima pengetahuan baru

34. Bagaimanakah kepulangan penyu itu mengubah suasana kampung kecil itu? A Kampung kecil itu menjadi Pulau Pilihan penyu. B Kampung kecil itu menjadi tempat perniagaan. C Kampung kecil itu menjadi tempat rehat yang segar dan nyaman. D Kampung kecil yang sunyi itu menjadi sibuk dan ramai orang.

35. Daripada isi karangan dan cara pengarang menyampaikannya,pengarang cuba menunjukkan A rahmat Tuhan kepada manusia B keanehan Kampung Rantau Abang C Keajaiban penyu D Kemajuan perusahaan pelancongan di Rantau Abang

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan laporan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun.Aku segera mandi dan berpakaian kemas.Ayah dan ibu hanya tersenyum melihat gelagatku yang tidak sabar hendak bertolak ke Pekan Ayer Hitam, Johor.Sebenarnya aku telah mengetahui keistimewaan yang terdapat di Pekan Ayer Hitam melalui Internet.Menurut laman web tersebut, Pekan Ayer Hitam sangat terkenal dengan makanan yang enak iaitu otak-otak dan kraf tangan yang unik seperti seramik. Aku juga dapat merasakan bahawa ibu pun tidak sabar hendak cepat-cepat tiba di Pekan Ayer Hitam.Di sana terdapat banyak barang seramik yang dijual seperti labu sayong, pasu bunga, tempayan, pinggan mangkuk, patung, bunga kaca, bunga tiruan dan barang-barang kraf tangan yang lain. Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.Kami sekeluarga selamat tiba ke destinasi yang dituju.Aku dapat melihat banyak gerai menjual barangan seramik berderetan di tepi jalan besar bagai cendawan tumbuh. Tanpa melengahkan masa, aku dan ibu segera berkunjung ke sebuah gerai menjual seramik.Aku dapat melihat bunga daripada seramik yang cantik serta mempunyai pelbagai warna.Ibu pula tidak melepaskan peluang untuk membeli pasu bunga dan bunga tiruan.Ayah hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat aku dan ibu masing-masing membawa barang seramik yang dibeli. Setelah penat berjalan, kami singgah di gerai menjual buah-buahan.Kami sekeluarga membeli buah-buahan tempatan yang manis dan sedap untuk dibawa pulang.Kemudian, kami sekeluarga menikmati makanan tempatan yang dijual di situ seperti bihun soto dan mi bandung.

36. Bagaimanakah penulis mendapat maklumat tentang Pekan Ayer Hitam?A Cerita daripada kawan-kawan. B Surat khabar. C Internet. D Cerita ayahnya.

37. Apakah keistimewaan yang terdapat di Pekan Ayer Hitam? A Buah-buahan tempatan. B Otak-otak dan seramik.

C Kain songket. D Barangan tembaga. 38. Peribahasa bagai cendawan tumbuh dalam petikan bermaksud A terlalu banyak pada sesuatu masa. B terdapat di merata-rata tempat. C mudah naik dan membesar. D berkembang dengan pesat. 39. Mengapakah ayah penulis hanya sekadar menggelengkan kepalanya? A Kerana terkejut melihat barang seramik yang dijual di situ. B Kerana harga barang seramik sangat mahal. C Kerana penulis dan ibunya masing-masing membeli barang seramik. D Kerana banyak makanan yang lazat ada dijual di situ. 40. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Penulis membeli barang seramik yang dijual di situ. B Penulis tidak sabar hendak tiba di Pekan Ayer Hitam. C Penulis sekeluarga sempat menikmati makanan tempatan. D Penulis menginap di situ.

Soalan TamatDisediakan oleh, . (MUHAMMAD AZIZAN BIN AMIL) NASIR) Disemak oleh, Disahkan oleh,

.... ..... (PN.MASLIA BINTI MD.YASSIN) (PN.MARIYAH BINTI Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Bukit Mutiara, Johor Bahru GPK Kurikulum SK Bukit Mutiara, Johor Bahru