Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

download Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

of 7

Transcript of Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

  • 7/29/2019 Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

    1/7

    SOALAN 1

    En Sharmin seorang usahawan ternakan ikan air tawar, meminta bantuan anda untuk

    menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2013. Baki

    tunai di bank pada 31 Disember 2012 berjumlah RM 5 400.

    Berikut ialah anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaannya:

    (i) Jualan ikan setiap bulan RM 6 500. 30% daripadanya adalah jualan kredit dengan

    tempoh kredit satu bulan.

    (ii) Pada 3 Januari 2013, En. Sharmin membina lima kolam ikan tambahan dengan

    berkos RM 2 500.

    (iii) Anak ikan bernilai RM 1 500 dibeli pada bulan Januari 2013

    (iv) Pinjaman bank sebanyak RM 6 000 akan diperoleh pada bulan Februari 2013.

    Pinjaman ini dibuat pada bulan Januari 2013. Ansuran pinjaman selama 24 bulan

    akan mula dibayar pada bulan berikutnya beserta faedah pinjaman sebanyak 4%

    setahun.

    (v) Ada tiga orang pekerja dengan gaji bulanan RM 600 seorang. Pada bulan Februari

    seorang pekerja akan diambil dengan gaji yang sama.

    (vi) Pelbagai belanja bulanan RM 240

    Anda dikehendaki:

    (a) menyediakanPenyata Belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2013. (Dengan

    menunjukkan lebihan dan kurangan) [16 markah]

    (b) mengira varian, sekiranya jumlah jualan sebenar pada 31 Mac 2013 ialah RM 18 000

    [2 markah]

    (c) Nyatakan dua kepentingan Belanjawan Tunai terhadap perniagaan [2 markah]

  • 7/29/2019 Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

    2/7

    SOALAN 2 (a)

    Perniagaan Megah telah menerima Penyata Bank untuk bulan Januari 2013 yang menunjukkan

    baki yang berbeza dengan Buku Tunai. Berikukt ialah Penyata Bank dan Buku Tunai untuk

    bulan tersebut..

    PENYATA BANK

    BANK KOTA BERHAD

    132 Jalan Sultan Ismail

    20200 Kuala TerengganuTerengganu

    Perniagaan Megah No. Akaun : 008571411330

    No. 8 Jalan Batu 6Wakaf Tembusu

    20140 Kuala TerengganuTerengganu

    Tarikh : 31 Januari 2013

    Tarikh

    2013

    Butir Wang Keluar

    RM

    Wang Masuk

    RM

    Baki

    RM

    Jan 1

    4

    5

    6

    9

    12

    15

    16

    17

    18

    22

    25

    26

    30

    30

    Baki b/b

    Cek No.439801

    Deposit

    Cek No.439800

    Deposit

    Dividen (Syarikat Muhibbah)

    Cek No.439802

    Cek No.439799

    Cek No.439803

    Kedai SuriaPindahan kredit

    Cek No.439804

    Deposit

    Buku cek

    Cek No.439807

    Cek No.439808

    1 180

    950

    568

    622

    3 600

    400

    30

    840

    908

    1 620

    870

    1 320

    300

    1 534

    5 022

    3 842

    5 462

    4 512

    5 382

    6 702

    6 134

    5 512

    1 912

    2 212

    1 812

    3 346

    3 316

    2 476

    1 568

  • 7/29/2019 Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

    3/7

    Maklumat tambahan :

    (i) Cek yang diterima pada 13 April 2010 dipulangkan oleh bank dengan tanda Rujuk

    Penyuruh Bayar

    (ii) Cek yang dikeluarkan bernombor 439802 dikenalpasti berlaku kesilapan catatan dalam

    Buku Tunai

    Anda dikehendaki:

    (a) Mengemaskini Buku Tunai untuk bulan Januari 2013 [ 6 markah]

    (b) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Januari 2013 [ 6 markah]

    Buku Tunai (ruangan bank sahaja)

    Tarikh

    2013

    Butir RM Tarikh

    2013

    Butir No.Cek RM

    Jan 1

    27

    13

    19

    24

    30

    Baki b/b

    JualanKomisen

    Azizi

    Peruncit Zakaria

    Masha

    Syarikat Tegoh

    3 450

    1 620870

    1 370

    1 534

    1 120

    3 916

    Jan 3

    515

    18

    25

    27

    28

    29

    30

    Belian

    PromosiPemborong Ika

    Shafiq

    Nazree

    Hanani

    Sewa

    Bena Bhd

    Baki h/b

    439801

    439802439803

    439804

    439805

    439806

    439807

    439808

    1 180

    6583 600

    400

    960

    3 590

    840

    908

    1 744

    13 880 13 880

  • 7/29/2019 Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

    4/7

    SOALAN 2 (b)

    Encik Khairul Fahmi seorang arkitek di sebuah syarikat pembinaan. Berikut ialah maklumat

    yang terdapat dalam slip gajinya bagi bulan Februari 2013

    RM RM

    Gaji pokok

    Bantuan sara hidup

    Ansuran pinjaman kenderaan

    5 000

    500

    600

    Elaun kritikal

    Potongan cukai berjadual

    400

    120

    Anda dikehendaki:

    (a) mengira gaji bersih Encik Khairul Fahmi [3 markah]

    SOALAN 3 (a)

    (a) Berikan rumus persamaan perakaunan [2 markah]

    ________________________________________________________________________

    (b) Rekod urus niaga berikut ke dalam Jurnal Am (Jawab di kertas jawapan seperti format

    yang diberikan dibawah)

    2011 September 10 : Belian perabot secara kredit daripada Kedai Perabot Ameen

    sebanyak RM 1 800.

    Tarikh Butir F Debit

    (RM)

    Kredit

    (RM)

    [2 markah]

    (c) Namakan satu akaun kontra yang boleh diperolehi daripada Penyata Pendapatan dan satu

    akaun kontra yang boleh diperolehi daripada Kunci Kira-kira. [2 markah]

    i) _____________________________________________

    ii) ____________________________________________

  • 7/29/2019 Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

    5/7

    (d) Nyatakan jenis dokumen perniagaan berdasarkan fungsi-fungsi berikut:

    (i) Dokumen perniagaan yang diserahkan oleh penjual kepada pembeli apabila urus

    niaga secara kredit dijalankan.

    Jawapan : __________________________________

    (ii) Dokumen perniagaan yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk

    memaklumkan pembeli bahawa akaunnya telah dikreditkan bagi mengurangkan

    hutang atas sebab pemulangan barang yang rosak.

    Jawapan : ____________________________________[2 markah]

    (e) Baki-baki yang berikut diperoleh daripada Perniagaan Asyraf pada 30 September 2012

    RM

    Tunai di bank 10 400

    Premis 35 000

    Penghutang 4 800

    Pemiutang 8 650

    Stok 5 800Pinjaman 18 000

    Hitungkan Modal pada 30 September 2012 [2 markah]

    Jawapan : ___________________________________________

  • 7/29/2019 Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

    6/7

    SOALAN 3(b)

    SALINAN No. : INV 4457

    KEDAI PERABOT INTAN FATIHAH

    NO. 3931 JALAN RAYA85000 SEGAMAT

    JOHOR DARUL TAKZIM

    INVOIS

    Kepada :

    Kedai Buku Nurul

    No: 11 Jalan Ceria

    85000 Segamat,

    Johor Darul Takzim Tarikh : 15 Februari 2013

    Kuantiti Butir

    Harga

    Seunit Jumlah

    (RM) (RM)

    5 Rak peragaan majalah 600.00 3,000.00

    -

    3,000.00

    Tolak : Diskaun niaga 5 % 150.00

    Jumlah 2,850.00

    Ringgit Malaysia : Dua ribu lapan ratus lima puluh sahaja

    Syarat : 5% 7 hari, 3% 15 hari

    K. & K. di K.

    Nurul Intan Fatihah

    Penerima Pengurus

    Berdasarkan invois di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

    (a) Siapakah yang menyediakan dokumen tersebut?

    ________________________________________________________________________

    (b) Siapakah yang menyimpan dokumen asal?

    ________________________________________________________________________

  • 7/29/2019 Ujian Bulan Mac 2013 - Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

    7/7

    (c) Apakah yang dimaksudkan dengan K & K di K?

    ________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________

    (d) Hitungkan jumlah yang perlu di bayar oleh Kedai Buku Nurul jika bayaran dijelaskanpada:

    i) 19 Februari 2013 :_______________________________________________

    _______________________________________________

    ii) 4 Mac 2013 : ______________________________________________

    ______________________________________________

    [5 markah]

    KERTAS SOALAN TAMAT

    Disediakan oleh:

    (MOHD HAIZAM BIN ABU HASSAN)

    Guru Prinsip Perakaunan 2013

    SMI IQKL