Tutorial Minggu 10
-
Upload
ahkialuz-namhar -
Category
Documents
-
view
233 -
download
3
Transcript of Tutorial Minggu 10
WAJ 3016 Hubungan EtnikPensyarah: Pn Khatijah Bt Yahaya
Tutorial 10Disediakan Oleh:
Siti Nur Zulaikha Binti Draman@Zulkifli
Nur Adibah Binti HarunZulaikha Binti Abd Rahman
Suriati Binti JohariPISMP SAINS JAN 2011
Tutorial 10Soalan 1
Bandingkan perlembagaan bertulis dengan perlembagaan
tidak bertulis
PERLEMBAGAAN BERTULIS PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
Merupakan perlembagaan yang telah dikodifikasi atau diluluskan badan bertanggungjawab dalam satu dokumen.
Asas undang-undang sudah lama wujud dan sudah menjadi adat yang dipatuhi sejak turun temurun
Konsep: Sumber undang-undang yang utama di Malaysia dan diluluskan oleh badan perundangan
Konsep: Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Fungsi: Daripada dokumen ini, undang-undang lain diluluskan atau amalan-amalan berperlembagaan (constitutional practices and conventions) dilahirkan. Berdasarkan perlembagaan inilah pihak kehakiman akan menguji kesahihan tindakan kerajaan
Fungsi:Menunjukkan amalan-amalan yang dianggap teras oleh rakyat negara berkenaan.
Contoh:Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta, Enakmen, Ordinan, Perundangan Subsidiari, Undang-Undang Islam
Contoh:Undang-Undang Lazim (common law), keputusan-keputusan mahkamah, Undang-Undang Hindu, Undang-Undang Adat seperti Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Pindaan:memperuntukkan kaedah pindaannya. Sungguhpun sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas (gurdnorm), namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke semasa.
Pindaan:Perlembagaan tidak bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah badan legislatif negara berkenaan
Negara yang mengamalkannya:Malaysia (Perlembagaan Persekutuan atau Federal Constitution), Amerika Syarikat (U.S. Constitution) dan India (Constitution of India)
Negara yang mengamalkannya:United Kingdom, New Zealand, Israel dan San Marino
CONTOH PERLEMBAGAAN BERTULIS
Perlembagaan Persekutuan• Undang-undang utama Malaysia
• Di antara perkara-perkara yang bincangkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah: -Hak Individu -Kuasa Kerajaan Pusat
-Kuasa Kerajaan Negeri-Kuasa Raja
• Undang-undang yang tidak konsisten denganPerlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.
Perlembagaan Negeri• Terdapat 13 Perlembagaan Negeri yang ditadbir
oleh Dewan Undangan Negeri
• Di antara perkara-perkara yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negeri ialah
-Yang bersangkutan dengan Sultan
-Adat
-Kewangan negeri
-Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan
Akta (Undang-Undang Persekutuan)
•Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Parlimen selepas merdeka
• Undang-undang persekutuan sebelum merdeka dikenali sebagai Ordinan. Contoh: -Akta Kontrak 1950 -Akta Syarikat 1965 -Akta Perkongsian
-Lain-lain
Enakmen
• Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
• Undang-undang Negeri bagi Sarawak dikenali sebagai Ordinan Contoh: -Enakmen Undang-undang keluarga Islam Selangor 1984 -Enakmen Undang-Undang keluarga Islam 2004 (Negeri Perak)
CONTOH PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
Undang-undang Adat • Boleh dikesan sejak wujudnya masyarakat orang asli di Tanah Melayu
• Bentuk undang-undang ialah tidak bertulis dan mengamalkan amalan kuno
• Undang-undang adalah berdasarkan amalan dan kebiasaan
• Setiap kesalahan yang dilakukan akan dihukum
• Ketua puak (Tok Batin) dengan dibantu oleh golongan tua menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada setiap kesalahan.
• Terdapat 2 undang-undang adat yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Undang-undang AdatAdat Perpatih Adat Temenggung
Asal: Sumatera, Palembang Asal: Palembang
Penyusun: Datuk Perpatih Pinang Sebatang
Penyusun: Datuk Ketamunggungan
Cara pemerintahan: Demokrasi. Pemerintahan berada di tangan mamak (saudara tertua daripada ibu)
Cara pemerintahan: Autokrasi. Raja berhak membuat keputusan terakhir
Garis keturunan: Matrilineal- keturunan di susur galur menurut pihak ibu
Garis keturunan: Patrilineal-keturunan di susur galur menurut pihak bapa
Hukuman: berdasarkan pemulihan iaitu yang bersalah hanya didenda
Hukuman: berdasarkan pembalasan
SOALAN 2SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
• Perlembagaan Malaysia yang ada kini dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah Malaysia.
• Kemunculan nasionalis Melayu mejelang abad ke-20 menyedarkan perjuangan menuntut kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi perundingan. Kesannya wujud banyak pertubuhan dan media massa yang menjadi wadah menentang penjajah.
Bermula dengan penentangan terhadap penjajah oleh orang Melayu iaitu :
i. Serangan Siam ii. Serangan Portugisiii. Serangan Belandaiv. Penjajahan British di negeri-negeri Melayu v. Penjajahan Jepun
Jepun memerintah Tanah Melayu 15 Februari 1942 sehingga 12 Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan rakyat
dengan pemerintahan Jepun yang bercorak ketenteraan.
Setelah Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu dikuasai oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari
dengan melakukan banyak keganasan dan kekejaman sehingga menyebabkan berlaku huru-
hara.
Ketegangan kaum yang berlaku diatasi dengan memperkenalkan British Military Administration (BMA). Diperkenalkan pada September 1945 dan
diketuai oleh Sir Ralph Hone.
Malayan Union diisytiharkan menggantikan PTB oleh British pada 1 April 1946 di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur dengan Sir Edward Gent sebagai
Gabenor pertama
Malayan Union diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold Mac Michael dilantik
untuk mendapatkan tanda tangan Raja-Raja Melayu
Malayan Union mendapat tentangan secara :i. Secara individuii. Penentangan melalui akhbariii. Demonstrasi secara amaniv. Penubuhan persatuan Melayuv. Mengadakan rapat umum vi. Penubuhan UMNO
- 1 Februari 1948: Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.
- Ciri-ciri PTM :
•Kerajaan PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.
•Sultan diberi kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.
•Syarat-syarat kewarganegaraan diperketat.
•Hak istimewa orang Melayu diberikan.
•Sembilan negeri Melayu terlibat dalam Persekutuan tetapi Singapura menjadi tanah jajahan berasingan.
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948
- Ditubuhkan pada tahun 1949 yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik.
- Membincangkan isu kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan dasar pendidikan.
Hasil kompromi UMNO – CLC :
Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.
Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu.
Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)1949
- Diperkenalkan pada tahun 1951 bertujuan untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran.
- Dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan dilaksanakan pada April tahun 1951 hingga Jun 1955.
-Ciri-ciri sistem ahli :
Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat
Anggotanya dikenali sebagai Ahli
Perlantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
Sistem Ahli 1951
- Diadakan pada bulan Februari 1952.
- 12 kerusi telah dipertandingkan oleh UMNO dan MCA. Pilihan raya diadakan untuk menjalinkan kerjasama menjurus ke arah penubuhan perikatan pada tahun 1953.
-Parti perikatan memenangi 9 kerusi selebihnya dimenangi oleh Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP)
-Tujuan :
memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri
pilihanraya bandaran diadakan di setiap bandar besar
Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952
PILIHANRAYA PERSEKUTUAN 1955
1953 – parti Perikatan mendesak British utk mengadakan pilihan
raya bagi mengisi kerusi Majlis Perundangan Persekutuan
27 Julai 1955 – Pilihan umum pertama Jadual 6.2 Calon
Mengikut Parti Dalam Pilihan
Raya Persekutuan 1955
Parti Perikatan menang 51 daripada
52 kerusiPAS menang satu
kerusi iaitu di Kerian, Perak
Parti Perikatan mendapat 80% undi
dan kepercayaan majoriti rakyat Melayu
dan bukan MelayuJadual 6.4 Peratusan Pengundi Berdaftar
Mengikut Etnik
Parti Perikatan mengamalkan konsep
perkongsian kuasa melalui pembahagian kerusi dlm
pilihan raya 1995Jadual 6.3 Pembahagian Kerusi
Mengikut Parti-parti Dalam Perikatan Pilihan
Raya Persekutuan 1955
mengandungi 52 anggota yang dipilih,
34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh
Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan
Raja-raja
Manifesto Parti Perikatan yang bertemakan “Menuju ke Arah Kemerdekaan”
Mendapatkan kemerdekaan dalam
tempoh 4 tahun
Mempertahankan dan melindungi kedudukan
Raja-Raja Melayu sebagai raja
berpelembagaan
Menjadikan sebahagian besar
perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu
Menamatkan darurat secepat mungkin dgn
menawarkan pengampunan secara
beramai-ramai
Jadual 6.2 : Calon Mengikut Parti Dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955
Parti Melayu Cina India Jumlah
Perikatan 35 15 2 52
Parti Negara 29 1 - 30
Parti Islam Se-malaysia
11 - - 11
Persatuan Kebangsaan Perak
8 1 - 9
Parti Buruh - 2 2 4
Ikatan Melayu Perak 1 1 1 3
Parti Progresif Perak 1 - 1 2
Bebas 16 1 1 18
Sumber : dipetik daripada Ahmad Fauzi Mohd Basri 1991 : Bumi Dipijak Milik Orang, DBP
Jadual 6.4 Peratusan Pengundi Berdaftar Mengikut Etnik
ETNIK PERATUSAN PENGUNDI BERDAFTAR
Melayu 84.2
Cina 11.2
India 3.9
Lain-lain 0.7
• Pengundi memperlihatkan sifat terbuka antara etnik iaitu rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan berakomodatif demi perpaduan kaum.
Parti Peuntuk-an
Kerusi
Peratus-an
Kerusi
UMNO 35 67.3
MCA 15 28.9
MIC 2 3.8
T.H. Tan mengaku, “…mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Parti Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras sedaya-upaya untuk calon-calon Cina dan India. Dan amat membanggakan tidak satu pun calon Cina dan India, 17 orang kesemuanya, yang hilang kerusi kepada mereka. Saya menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat pengorbanan ini dan memberikan sumbangan yg tidak ternilai kepada usaha kemerdekaan Tanah Melayu.” (Malaya Merdeka, dipetik drpd Ramlah Adam, 1993)
Jadual 6.3 Pembahagian Kerusi Mengikut Parti-parti Dalam Perikatan Pilihan Raya Persekutuan 1955
Kabinet Pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955
Nama Bidang Tugas
Tunku Abdul Rahman Putra Ketua Menteri & Menteri Dalam Negeri
Dato’ Abdul Razak Bin Dato’ Hussein Menteri Pelajaran
Dr. Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman Menteri Tanah Dan Galian
Kolonel Hau Shek Lee (H.S. Lee) Pengangkutan
Abdul Aziz Bin Ishak Pertanian
Leong Yeow Koh Kesihatan
Sulaiman Bin Dato’ Abdul Rahman Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
Sardon Bin Jubir Kerja Raya
Ong Yoke Lin Pos, Telekom Dan Perhubungan
V.T. Sambathan Buruh
RUNDINGAN KEMERDEKAANJanuari 1956 – rombongan yg diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan 8 wakil
telah berangkat ke London
Wakil Raja-Raja Melayu Datuk Panglima Gantang (MB Perak) Encik Abdul Aziz Bin Haji Abdul Majid
(MB Selangor) Datuk Mohamad Seth Bin Mohamad
Said (MB Johor) Datuk Nik Ahmad Kamil Bin Haji
Mahmood (Bekas MB Kelantan) Setiausaha : Encik Abdul Kadir Bin
Shamsudin
Wakil Perikatan Tunku Abdul Rahman Putra
(Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)
Datuk Abdul Razak Bin Hussein (Menteri Pelajaran)
Kol. H.S Lee (Menteri Pengangkutan)
Setiausaha : T.H. Tan
Tujuan : menuntut kemerdekaan dengan berunding pegawai British (Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British)
Perundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
8 Februari 1956 - Perjanjian London
1- British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
2- Tanah Melayu berada dlm linkungan Komanwel & menjalankan pemerintahan secara demokrasi
3- British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu
4- Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid)
5. Rakyat tempatan akan menggantikan pegawai British utk memegang jawatan penting (menteri pertahanan, menteri keselamatan dlm negeri, menteri kewangan dan menteri
perdagangan
SURUHANJAYA REID
• Mac 1956 - satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu Yg Merdeka
• Keahliannya ialah :-1) Lord Reid (Ketua)2) Sir Ivor Jennings (Britain)3) Sir William Mckell (Australia)4) B. Malik (India)5) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Perjanjian London telah menetapkan
ciri-ciri perlembagaan
yg digubal
Pembentukan sebuah persekutuan dgn
kerajaan pusat yg kuat
Pemeliharaan kedudukan,
keistimewaan, kehormatan dan
hak Raja-Raja Melayu
Pewujudan jawatan Ketua Negara yg bergelar Yang di-
Pertuan Agong
Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yg sah
milik kaum-kaum lain
Pembentukan satu sistem
kewarganegaraan yg seragam untuk
seluruh Persekutuan Tanah
Melayu
• Membuat beberapa tinjauan utk mendapatkan pandangan dari semua peringkat
• Menerima 131 memorandum bertulis (termasuklah memorandum drpd Parti Perikatan dan Raja-Raja Melayu)
• Bersidang sebanyak 181 kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956
• Mei 1956 – Jawatankuasa Kerja ditubuhkan = 11 ahli bagi menyemak dan mengkaji Laporan Reid
• 27 Ogos 1967 – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal
• Prof. Ahmad Ibrahim (1992) - Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal hasil daripada persetujuan bersama telah dicapai antara penduduk di Malaysia (Cina, Melayu, India). Perlembagaan Malaysia bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan juga kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
• Melalui kontrak sosial a) orang bukan Melayu diberikan hak
kewarganegaraan yg longgar berasaskan prinsip jus soli
b) hak orang melayu dikekalkan iaitu agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu & kedudukan Raja-Raja Melayu.
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
30 OGOS 1957 – BENDERA UNION JACK DITURUNKAN DI PADANG KELAB SELANGOR
- 12.00 tengah malam- Berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan
dgn bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
5 OGOS 1957 - PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU- Ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dgn Sir Donald MacGilliviary
- King’s House, Kuala Lumpur
- Disaksikan oleh Yang Di-Pertuan Agong PTM Yg Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-marhum Tuanku Muhammad dan kesemua
raja-raja Melayu- Kabinet pertama PTM diumumkan
- Draf Perlembagaan Malaysia diterima & diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu
31 OGOS 1957, STADIUM MERDEKA - Wakil Ratu Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan dokumen pengistiharan kemerdekaan kpd Tunku Abdul Rahman (PM PTM yg
pertama)- Melaungkan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali
CADANGAN GAGASAN MALAYSIA 1961
27 Mei 1961 - Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan pembentukan gagasan Malaysia (Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura)
dan mencadangkannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura
Kerana banyak persamaan dari segi sejarah, politik dan struktur kerajaan
Kerjasama politik dan ekonomi dapat dipertingkatkan apabila kelima-lima buah wilayah digabungkan ke dalam
satu unit politik
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA
23 Julai 1961 Ditubuhkan di Singapura
Pengerusi : Donald Stephens
Menerangkan lebih jelas konsep Persekutuan
Malaysia (penduduk Sabah, Sarawak dan
Brunei)
Rundingan 4 kali (kota kinabalu, kuching, kuala
lumpur, singapura)
Perwakilan tanah melayu, singapura, sabah, sarawak dan
brunei
• Bersetuju menjadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 sebagai asas kpd Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Antara perkara lain yg dipersetujui ialah:-
a) Wujudnya kerajaan pusat yg kuat dan terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dgn kerajaan negeri
b) Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan seperti dalam bidang imigresen untuk menentukan kemasukan orang ramai ke wilayah itu.
c) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan islam sebagai agama rasmi.
SURUHANJAYA COBBOLD
• Januari 1962• Ahli Suruhanjayaa) Lord Cobbold b) Sir Anthony Abellc) Sir David
Wathersond) Mohd Ghazali Bin
Shafiee) Wong Pow Nee
• Bidang tugasa) Meninjau pandangan
penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan pembentukan Malaysia
b) Menilai kesemua pandangan yg diberi
c) Membuat syor-syor yg bersesuaian
• Kesan : 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia
• Berasaskan keputusan itu, Suruhanjaya Cobbold menyokong cadangan pembentukan Malaysia dan mengesyorkan beberapa perkara iaitu :-
a) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia
b) Kuasa autonomi dan jaminan khas dlm sesetengah perkara diberi kepada negeri Sabah dan Sarawak.
c) Persekutuan yg bakal ditubuhkan itu dinamakan ‘Malaysia’ dgn Sabah dan Sarawak akan mempunyai ketua negerinya sendiri
d) Kuasa imigresen dan agama masih di bawah kawalan Dewan Undangan di Sabah dan Sarawak
e) Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak
PENGISYTIHARAN MALAYSIAJulai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian
ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan
mempunyai perlembagaan baru.
Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.
16 September 1963 - Pembentukan Malaysia diisytiharkan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Perlembagaan Malaysia telah diperbaharui.
Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yg kemudiannya diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Antaranya termasuklah :-
Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Agama Islam merupakan agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain diamalkan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa inggeris sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia
Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
Rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yg sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
KESIMPULAN• Perlembagaan Persekutuan telah digubal berasaskan semangat
permuafakatan dan tolak ansur antara kaum yg menggabungkan unsur-unsur tradisi Melayu sebagai penduduk peribumi dengan diimbangi oleh pemberian kewarganegaraan kepada kaum lain.
• Atas sifat inilah Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja dapat berperanan sbg satu panduan yg lengkap tentang pemerintahan dan pentadbiran negara malah berkemampuan dlm membentuk sifat dan rupa bentuk masyarakat yg ingin dibentuk dlm sebuah negara yg merdeka dan berdaulat yg kini dikenali sebagai “Malaysia”.
• Sebagai warganegara, setiap rakyat seharusnya dapat menghayati dan meneruskan kewibawaan perlembagaan itu akan terus ‘hidup’ dan dipertahankan oleh setiap rakyat yg mengaku taat setia kpd negara.