Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara...
-
Upload
angel-ling -
Category
Documents
-
view
80 -
download
0
description
Transcript of Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara...
Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan
imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk
mencari idea -idea baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi
sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk
jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya
diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara
baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai
interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus
sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi:
sebarang idea diterima
semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan maklumat
sebanyak mungkin.
dilarang mengkritik sebarang idea.
idea-idea dinyatakan secara spontan.
pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya.
Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan atau
situasi berikut:
guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan pemikiran positif
di kalangan murid.
murid mengambil bahagian secara aktif.
guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana individu atau
kumpulan.
idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan maklumat serta
digunakan sebaiknya.
Oleh itu, murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran amat digalakkan
supaya memberi idea terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan
oleh guru untuk melatih mereka supaya memahami soalan dan permasalahan
dan dapat berkomunikasi serta melatih mereka berfikir.
Sumbang saran[1] atau pemerahan otak adalah teknik kreativiti
kumpulan direkakan untuk menjanakan banyak idea untuk penyelesaian
kepada masalah. Kaedah ini yang menjadi popular pada akhir 1930an oleh Alex
Faickney Osborn, eksekutif pengiklanan dan satu daripada penubuh BBDO,
dalam buku dipanggil Applied Imagination. Osborn mencadangkan bahawa
kumpulan boleh menggandakan output kreatif dengan menggunakan kaedah
pemerahan otak
Langkah Percambahan Minda
1. Kenalpasti masalah. Masalah tidak semestinya negatif. Ada ketikanya
masalah anda ialah bagaimana untuk meningkatkan produktiviti syarikat
anda. Ada ketikanya pula masalah anda ialah bagaimana untuk mencipta
sesuatu yang baru, atau memperbaiki sesuatu yang sedia ada. Tuliskan
masalah yang mahu diatasi itu dengan jelas, difahami, dan dipersetujui
oleh semua individu.
2. Sediakan soalan-soalan. Dapatkan sekurang-kurangnya satu soalan dari
setiap individu tetapi dorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak
soalan-soalan. Jangan menilai kualiti soalan tersebut dan tidak mengkritik
mereka yang mengeluarkan soalan. Setkan satu peraturan misalnya,
'SEMUA IDE ADALAH BETUL' pada peringkat awal proses percambahan
minda ini. Lagi banyak soalan yang boleh diwujudkan maka lebih banyak
juga ide yang akan dikeluarkan kelak. Gunakan tujuh perkataan asas
untuk membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Kenapa? Berapa?
Dimana? Bagaimana?
3. Tetapkan had masa. Proses mendapat soalan ini mungkin akan
berpanjangan, oleh itu tetapkan had masa untuk tujuan tersebut.
Misalnya 20 - 25 minit. Ada ketikanya mengambil rehat yang pendek 10-
15 minit selepas semua soalan dilontarkan membolehkan setiap individu
menjadi lebih produktif. Sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada
otak kanan mencernakan setiap soalan dan mengilhamkan sesuatu
penyelesaian yang bernas.
4. Dapatkan ide-ide. Tanyakan setiap individu ide yang mereka ada untuk
masalah yang sedang dibincangkan. Mereka boleh, sama ada mahu atau
tidak, berpandukan kepada soalan-soalan yang telah ada bagi mencari
ide. Setiap ide mestilah diterima tanpa dinilai. Tidak wujud sama ada
betul atau salah. Tanyakan setiap individu hanya satu ide sahaja dalam
setiap pusingan. Kalau seseorang tidak punya ide, terus tanyakan orang
lain. Jangan tunggu mereka yang masih buntu, jangan buang masa.
Tinggalkan mereka yang masih tidak punya ide untuk membolehkan
mereka terus berfikir. Kembali semula kepada mereka kemudiannya.
Tidak kira walau bagaimana dungu sekalipun ide yang diberi, ia mesti
dicatatkan. Ada ketikanya ide yang bernas keluar hanya setelah anda
mengeluarkan ide yang bukan-bukan. Manusia akan berhenti
mengeluarkan ide sekiranya mereka dikritik, dimalukan atau apabila ide
mereka tidak dihargai. Pastikan semua individu faham bahawa
melakukan kesilapan itu bukan bererti lemah. Mengeluarkan ide yang
tidak munasabah itu bukan beerti bodoh.
5. Tetapkan masa. Proses mencari ide ini juga perlu dihadkan masanya.
Misalnya 30 minit. Penetapan had masa bergantung kepada sejauh mana
pentingnya sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Anda mungkin
perlukan masa yang lebih lama sekiranya masalah yang timbul adalah
sesuatu yang kritikal dan anda tidak mahu menanggung risiko yang
tinggi.
6. Pemilihan. Anda perlu memilih setiap ide yang telah diberikan.
Bahagikan setiap ide kepada tiga kumpulan iaitu ide yang bernas, ide
yang boleh diterima tetapi bukanlah bernas sangat dan ide yang tidak
memenuhi kriteria. Kriteria yang digunakan mungkin berdasarkan soalan
seperti, "Adakah ia kos efektif?", "Adakah ia memenuhi undang-undang
dan permit?", Adakah ia boleh disiapkan sebelum tarikh 30 Oktober
1999?". Rekodkan semua ide ini dalam ketiga-tiga kategori tersebut.
7. Penilaian. Berikan setiap ide yang bernas itu markah 0 - 5. 5 adalah
merupakan ide yang mendapat markah yang terbaik bergantung kepada
kesesuaiannya memenuhi setiap kriteria yang diperlukan. Kumpulkan
markah yang diberikan oleh setiap individu. Tambahkan kesemua
markah-markah ini. Mana-mana ide yang mendapat markah yang tinggi
maka itulah penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang dihadapi.
Namun begitu, ada ketikanya ide yang bernas ini tidak mampu
memberikan hasil yang diharapkan. Oleh itu anda perlu fleksibel dalam
perancangan dan tindakan. Anda boleh cuba ide-ide yang lain yang
terdapat dala sdenarai ide bernas, atau ide yang boleh diterima. Ingat!
tiada kegagalan dalam tindakan. Yang ada hanyalah HASIL. Sekiranya
hasil yang diperolehi tidak menepati matlamat maka lakukanlah
perubahan dalam perancangan dan tindakan anda.
Teknik Sumbangsaran
Teknik Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran
(Brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan
sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak digunakan untuk berfikir
tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang
dikemukakan tidak boleh ditolak. Walaupun idea-idea itu didapati kurang
memuaskan dan tidak bermutu atau tidak kreatif.. Idea-idea yang disampaikan
itu harus diterima dan kemudiannya akan diperhalusi. Dalam teknik ini murid-
murid digalakkan membuat huraian hasil pendapat-pendapat yang telah
dikemukakan. Perkara yang telah dicadangkan oleh seorang murid akan
diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat
dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih luas.
Kelebihan dan kelemahan Teknik Sumbangsaran
Kelebihan Teknik Sumbangsaran :
1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan idea
dan pendapat
2. Idea-idea penyelesaian dapat dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri.
3. Strategi pembelajaran adalah berpusatkan murid.
4. Sesi Sumbangsaran ini dapat melatih murid-murid untuk berfikir dan
mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.
5. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan.
6. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.
7. Interaksi dan komunikasi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.
8. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
Kelemahan Teknik Sumbangsaran :
1. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa
yang banyak.
2. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan
dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah.
3. Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan
masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan.
4. Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan
kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.
5. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan
menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan.
http://bkree66.blogspot.com/2013/05/teknik-pengajaran-bahasa-melayu.html
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/09/pasal-kaedah-
sumbangsaran.html
http://cikguroha.blogspot.com/2013/05/sumbangsaran.html
1.MASUK BARIS
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan
saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan,
dihadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".