Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
-
Upload
norafsah-awang-kati -
Category
Education
-
view
3.929 -
download
7
Transcript of Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
ISI KANDUNGAN___________________________________________________________________________
1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH 2
1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan & Huraian/ Keterangan Ayat 2
1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih 4
1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih 6
2. AYAT-AYAT MUTASYABIH 7
2.1 Pembahagian Mutasyabih 7
2.2 Metodologi Penerangan Ayat Mutasyabih (Ali Imran: 7) : 8
Metodolog Salafi & Metodologi Khalafi
2.3 Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih 10
2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih 10
2.5 Hikmat-hikmat Muhkamat 12
3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAH KETUHANAN 13
MENGIKUT TAKWILAN MAZHAB SALAFI & MAZHAB KHALAFI
RUMUSAN 16
BIBILIOGRAFI 17
1 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH
Allah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya sebagai panduan, pegangan dan
pemberi peringatan semesta alam. Ia juga menggariskan kepada hambaNya akidah yang
benar. Melihat kepada Ulum Al-Quran, mengetahui ayat-ayat Muhkam dan Mutasyabih
merupakan salah satu daripada bidang nya iaitu mempelajari ayat-ayat Al-Quran adalah
terdiri daripada ayat-ayat yang Muhkam dan ayat-ayat yang Mutasyabih. Ayat-ayat yang
muhkam adalah ayat-ayat yang jelas dan terang pengertiannya. Manakala ayat-ayat yang
Mutasyabih adalah ayat-ayat yang tidak jelas pengertiannya. Pengertiannya hanya dapat
difahami oleh golongan yang mengadakan pengkajian yang mendalam atau pun
pengertiannya hanya dapat diketahui oleh Allah s.w.t. Ilmu ini menjelaskan mana ayat yang
dipandang Muhkam dan mana pula yang dikatakan Mutasyabihat.
Kandungan Al-Quran ada yang terdiri daripada ayat yang menunjukkan bahawa
kesemuanya adalah Muhkam yang mana kesemua ayatnya tidak terdapat kelemahan dari
sudut lafaz atau kecacatan pada maknanya. Contohnya Surah Hud, ayat 1 :
Maksudnya : Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan
tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan
itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuaanya.
Selain itu, terdapat juga ayat yang menunjukkan kesemuanya Mutasyabih yang mana
ia adalah Mutasyabih dari konse ia menyerupai antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam
susunan dan keelokannya. Kesempurnaan Mutasyabih ayat Al-Quran tersebut sampai ke
tahap I’jaz pada lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Sehinggakan kita tidak mampu
melebihkan antara kalimah-kalimahnya atau ayat-ayatnya dari sudut tarikan, kehalusan
mahupun I’jaz. Sebagai contoh Surah al-Zummar, ayat 23 :
2 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang
bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan
indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana
mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka
menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati
mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah Allah; Allah memberi
hidayah dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang
salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Manakala dalam ayat-ayat tertentu, terkandung didalamnya sebahagian Muhkam dan
sebhagiannya Mutasyabih yang mana sebahagian ayat Al-Quran memberi makna petunjuk
yang jelas mengikut kehendak Allah s.w.t. Manakala sebahagiannya lagi petunjuknya
tersembunyi sebagai contoh Surah Ali Imran, ayat 7 :
Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan
3 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi
Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak
terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati
masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah
kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari
fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan
Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami".
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.
1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan & Huraian Maksud
Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi
Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak
terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati
masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah
kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari
fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan
Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
4 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami".
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.
Huraian/ Keterangan Surah Ali Imran Ayat 7 :
Surah Ali Imran ayat 7 adalah menjelaskan tentang pembahagian ayat-ayat Al-Quran.
Dalam Tafsir Ibn Kathir, diterangkan bahawa Allah s.w.t. menyatakan di dalam Al-Quran
terdapat ayat-ayat Muhkam, yang semuanya merupakan Ummul Kitab, yakni terang dan jelas
pengertiannya. Tiada seorang pun yang mempunyai pemahaman yang keliru tentangnya.
Manakala bahagian yang lain dari kandungan Al-Quran adalah ayat-ayat Mutasyabih (yang
samar) pengertiannya bagi kebanyakan orang atau sebahagian daripada mereka. Namun
sekiranya seseorang itu mengembalikan hal yang Mutasyabih kepada dalil yang jelas dari Al-
Quran, serta memutuskan dengan ayat yang Muhkam ke atas ayat yang Mutasyabih, maka
sesungguhnya orang tersebut mendapat petunjuk. Namun, sekiranya seseorang itu
memutuskan yang Mutasyabih ke atas yang Muhkam, maka sesatlah dia.
Mengenai ayat yang dikatakan Mutasyabih, maka tidak seorang pun yang mengetahui
maksudnya yang hakiki kecuali Allah s.w.t sahaja mengetahuinya. Manakala orang yang
tetap pendirian dan mempunyai pegangan ilmu yang mendalam mereka tetap beriman dengan
ayat Mutasyabih.
Namun ada di kalangan manusia sengaja mencari dan mengikut ayat Mutasyabih
mengenai agama dengan tujuan menimbulkan fitnah, huru-hara dan mengelirukan
pengikutnya. Hal seperti ini terjadi di kalangan masyarakat Nasrani yang memandai-mandai
mentafsirkan kalam Allah s.w.t. Mereka mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Isa a.s. itu ialah kalimah Allah s.w.t. yang dicampakkan kepada Maryam. Isa a.s. juga
menurutnya adalah ruh kurniaan Allah. Mereka mentafsirkan bahawa Isa a.s. itu anak Allah
s.w.t. dan Isa a.s. sebahagian daripada zat Allah s.w.t. Mereka telah meninngalkan ayat-ayat
Muhkam yang jelas dan nyata sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Isa a.s. itu hanyalah hamba kami yang telah kami berikan nikmat kepadanya.
Jelas kepada kita bahawa ayat ini menyatakan yang Isa a.s. itu hamba Allah s.w..t. dan
seorang rasul.
5 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
Dalam perkara ini, ayat Mutasyabih yang kemungkinan boleh mengelirukan orang
ramai, perlulah ditolak kekeliruan itu dengan mencari penjelasan daripada ayat-ayat lain yang
mana lebih jelas. Sebaliknya orang yang ada kecenderungan dalam hatinya iaitu ke arah
kesesatan sudah tentu akan menolak kebenaran lalu menerima kesesatan. Oleh itu, mereka
akan mengikut yang samar-samar tersebut sehingga mengakibatkan mereka sesat. Justeru,
Allah s.w.t. berfirman menjelaskan doa orang yang mantap pengetahuannya dan memohon
agar tidak terpesong daripada kebenaran.
Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) : “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang
melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah Ali Imran :8)
1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih
Menurut etimologi Muhkam ialah sesuatu hal yang baik atau suatu ungkapan yang
maksudnya tidak mungkin diganti atau diubah.
Manakala Mutasyabih menurut etimologi ialah persamaan atau kesamaran yang
mengarah kepada kerupaan.
Menurut istilah (terminologi) pula, Muhkam adalah ayat-ayat yang boleh diketahui
tafsirannya serta difahami maknanya sama ada melalui takwil (metafora) atau tidak.
Manakala Mutasyabih menurut istilah (terminologi) ialah maksud sesuatu ayat itu
hanya Allah yang mengetahuinya. Contohnya kedatangan hari Kiamat dan huruf-huruf
Muqattaa’h.
6 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih
Terdapat banyak perbezaan pendapat berkenaan dengan pengertian Muhkam dan
Mutasyabih. Berikut adalah senarai pengertian tersebut :
i. Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya, sedangkan Mutasyabih
hanyalah diketahui maksudnya oleh Allah Taala sendiri.
ii. Muhkam adalah ayat yang hanya mengandungi satu wajah, sedangkan Mutasyabih
mengandungi banyak wajah.
iii. Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa
memerlukan keterangan lain, sedangkan Mutasyabih memerlukan penjelasan
dengan merujuk kepada ayat-ayat lain.
2. AYAT-AYAT MUTASYABIH
Secara umumnya berlakunya Mutasyabih adalah disebabkan kesamaran makna dalam
lafaz atau kesamaran dalam makna atau kesamaran dalam kedua-dua sekali pada makna dan
lafaznya.
2.1 Pembahagian Mutasyabih
Menurut Al-Raghib Mutasyabih terbahagi kepada tiga perkara iaitu pertamanya
perkara yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti waktu berlakunya hari Qiamat,
keluar Rabbah dan sebagainya., kedua perkara yang diketahui oleh manusia seperti pada
lafaz-lafaz yang pelik. Ketiga, perkara yang hanya diketahui oleh ulamak sebagai contoh doa
Rasulullah s.a.w. kepada Ibn A’bbas seperti berikut :
Maksudnya : Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam dan
ajarkannya ilmu ta’wil.
7 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
2.2 Ayat Mutasyabih (Surah Ali Imran , ayat 7) : Mazhab Salafi & Mazhab Khalafi
i. Mazhab Salafi
Terdapat perselisihan mazhab yang mana ia terbahagi kepada mazhab Salafi dan
mazhab Khalafi tentang terhadap ayat-ayat Mutasyabih antaranya :
Mazhab Salafi iaitu ulama yang mempercayai dan mengimani ayat-ayat Mutasyabih
dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Ini merupakan pendekatan Tafwidh
Ilallah. Mereka menyucikan Allah daripada pengertian-pengertian yang bertentangan atau
yang mustahil bagi Allah s.w.t. dan sebaliknya mengimani Mutasyabih sebagaimana yang
terkandung atau sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran. Selain daripada mazhab
Salaf ini, mazhab Ahli al-Sunnah Wal-Jama’ah kalangan Mutakallimin turut berpendapat
bahawa nash Mutasyabih tersebut tidak memerlukan tafsiran secara qat’i atau zanni.
Sebaliknya mereka hanya menyerahkan pentafsiran ayat Mutasyabih tersebut sepenuhbya
kepada Allah s.w.t.. Demikian juga yang dilakukan oleh majoriti Salaf seperti Abu Hassan
Al-Asy’arid Al-Maturidi telah menyerahkan pengertian/maknanya kepada Allah s.w.t. Ini
adalah pendekatan Tafwidh sebagaimana firman Allah s.w.t. :
الله � ��َاّل ِإ !ل ه ِو�ْي! �ْأ َت �ُم �ْع!ل ْي ِو�َم�ا
“Tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah”. (Surah Ali Imran :7)
Namun terdapat juga ulama Salafi yang terdiri daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in
r.a. yang mengambil langkah untuk mentafsirkannya. Allah s.w.t memberi peluang kepada
hambaNya yang memiliki katajaman fikiran, fitrah yang bersih, akal yang cerdas, lughoh
yang baligh dan memiliki kekuatan mujahadah untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih
dengan petunjuk daripada Allah s.w.t. sebagaimana Allah berfirman :
� !ُم !ْع�ل ال ِف�ي 1راِس�ُخ وَن� ِو�ال الله � ��َاّل ِإ !ل ه ِو�ْي! �ْأ َت �ُم �ْع!ل ْي ِو�َم�ا
Maksudnya :Dan tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang
rusukh ilmunya”(Surah Ali Imran :7)
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah memberi petunjukNya kepada mereka
yang dikehendakiNya untuk memahami makna yang layak bagi Allah dan memahami makna
yang dikehendaki Allah melalui kaedah takwil. Sebagai contoh Ali, Ibn Mas’ud, Ibn A’bbas
8 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
dan Umm Slamah. Kebanyakan takwil yang mereka lakukan itu adalah bertujuan menjawab
soalan yang ditimbulkan oleh orang ramai dan atas desakan suasana. Takwil tersebut adalah
kebanyakan berpandukan kepada Sunnah sebagai rujukan. Sebagaimana kata-kata Umar
berikut :
“Sesungguhnya pada hari muka, pasti akan lahir segolongan manusia yang akan
berdebat dengan kamu tentang Mutasyabih al-Quran. Oleh itu, matikan hujah mereka dengan
Sunnah. Sesungguhnya orang yang paling mengetahui Sunnah lebih mengetahui al-Quran.
Jadi, kedua-dua aliran yang dipilih oleh ulama-ulama Salafi iaitu menyerahkan
maknanya sepenuhnya kepada Allah (Tafwidh Ilallah) dan juga ulama-ulama Salafi yang
lebih cenderung untuk menta’wilnya dengan izin dan peluang daripada Allah s.w.t. adalah
bersepakat untuk mengimani ayat-ayat Mutasyabih tersebut.
ii. Mazhab Khalafi
Mazhab Khalafi merupakan golongan ulama yang berada pada selepas 3 abad pertama
Hijrah. Ulama-ulama Khalafi pula menggunakan pendekatan Takwil iaitu memberikan
makna tertentu kepada ayat-ayat Mutasyabih bagi menyucikan Allah daripada menyerupai
sifat makhluk sebagai contoh berlokasi dan beranggota dengan berpandukan nash-nash
Muhkam yang lain. Justeru, bagi mereka mengekalkan makna zahir ke atas ayat-ayat
Mutasyabih adalah mustahil bagi mereka sebaliknya ta’wil atau merubah daripada makna
zahir itu adalah wajib bagi mereka.
Faktor utama kebangkitan mazhab ini adalah penyebaran Islam dan perkembangannya
yang semakin meluas. Pertembungan bahasa-bahasa selain bahas Arab dan juga merosotnya
kefasihan berbahasa Arab telah menyebabkan ulama-ulama Khalafi merasa bimbang dengan
kesesatan atau condong hati ke arah kesesatan di kalangan orang ramai lalu memahami ayat-
ayat Mutasyabih dengan makna yang salah. Ia berlaku bukan sahaja di kalangan orang bukan
Arab (‘Ajam) tetapi turut berlaku di kalangan orang Arab sendiri.
Oleh itu, ulama-ulama Khalafi telah memberi makna tertentu ke atas ayat-ayat
Mutasyabih sebagaimana diantara aliran atau metod yang diaplikasi oleh mazhab Salafi.
Dengan berpandukan ayat Muhkam, ualama-ulama Khalafi memberi makna yang bersesuaian
kepada Ayat Mutasyabih. Mereka memberi makna yang benar dan boleh diterima sebagai
ayat Mutasyabih. Namun wujud golongan yang enggan menta’wilkan ayat-ayat Mutashabih.
Ini kerana mereka berpendapat bahawa perkara ini akan cenderung kapada penjisiman Allah.
9 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
Sungguhpun demikian, ulama-ulama Khalafi sangat berharap dengan adanya kaedah
serta skop perbahasan tentang Mutasyabih tersebut mampu membantu uamt Islam untuk
memahami ayat-ayat AL-Quran seterusnya mengamati kebesaran Allah s.w.t.
Dengan itu kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat mUtasyabih telah
mendorong kepada melusnya perbahasan dalam bidang Mutasyabi ini. Pendekatan Takwil
mahupun Tafwid kedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t.
2.3 Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih
Ketika zaman Rasulullah s.a.w, semua kekeliruan dan persoalan yang berkaitan
dengan lafaz dan makna yang terkandung dalam Al-Quran adalah dirujuk kepada Rasulullah
s.a.w dan ini menyumbang kepada penghayatan makna ayat-ayat Al-Quran yang tinggi, teguh
dan jelas. Apabila wujud kesamaran pada makna ayat, Baginda akan mentafsir ayat tersebut
dengan ayat al-Quran yang lain. Kemudian barulah baginda beralih kepada Hadis Rasulullah
untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Segala yang diperkatannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu
Yang diwahyukan kepadaNya”.(Surah al-Najm :4)
2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih
Terdapat beberapa hikmah kewujudan ayat-ayat Mutasyabih dalam Al-Quran
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para Ulama antaranya :
i. Hikmah Mutasyabih untuk perkara yang hanya diketahui Allah s.w.t antaranya ialah
rahmat Allah a.w.t. terhadap manusia yang daif, lemah serta tidak mampu mengetahui
semua perkara. Sebagai contoh Allah s.w.t telah menyembunyikan bila berlakunya
hari Kiamat sebagai rahmat kepada manusia agar sentiasa bersiap sedia
menghadapinya. Selain itu sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkara-
perkara ghaib. Orang yang mendapat petunjuk akan beriman dengannya walaupun
tidak mengetahuinya secara tepat. Sebaliknya, orang yang berhati buruk kekal
mengingkarinya. Seterusnya mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa manusia
adalah lemah dan jahil walaupun mempunyai ilmu. Mutasyabih juga menjadi bukti
10 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
keesaan kudrat Allah s.w.t. dan hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Maksudnya : Malikat itu menjawab : “ Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami
tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah : 32)
ii. Dengan adanya Mutasyabih, manusia menjalankan kajian dan pembelajaran
tentangnya sehingga mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih tersebut.
iii. Mutasyabih tersebut hanya diketahui di kalngan ulamak.
iv. Sebagai ujian dan dugaan terhadap kekuatan keimanan umat Islam. Sebagaimana
Allah berfirman ( Surah Ali Imran : 7) antaranya bermaksud :
“ Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka
mengikuti ayat-ayat yang Mutasyabih untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-
cari takwilnya”.
v. Membuktikan kepada manusia akan kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ilmu
ilmunya. Sedang manusia tergambar kekurangan dan kedaifannya. Walau hebat
sekalipun usaha manusia itu, namun masih terdapat kekurangan dan kelemahan.
Sedangkan malaikat pun tidak mengetahuinya. Buktinya dalam Surah AL-Baqarah :
32 yang bermaksud :
“Mereka menjawab” Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain
daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah
yang maha mengetahui dan maha bijaksana”.
vi. Kewujudan Mutasyabih dapat mendorong uasaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan. Seterusnya dengan kewujudan Mutasyabih yang mempunyai makna dan
pelbagai uslub, ia dapat menggalakkan umat Islam mengkaji pelbagai disiplin ilmu
seperti bahan kimia, fizik, astronomi, teknik, geografi kedotoran dan lain-lain lagi.
11 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
vii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan
Aqli. Mereka yang ingin mengkaji ayat-ayat Mutasyabih akan melengkapkan
dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Dengan
penggabungan dalil Naqli dan Aqli tersebut, maka akan berkembanglah penafsiran
yang lebih baik.
viii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan I’jaz Al-Quran. Ini menggalakkan
manusia membuat kajian dan pengamatan terhadap setiap kalimat Mutasyabihat
tersebut. Sehinnga memasuki bidang ilmu Balaghah iaitu ilmu yang
membincangkan ketinggian sastera serta rahsia-rahsianya. Antara perbincangan
yang berkaitan dengannya ialah ijaz, itnab, musawah, taqdim, ta’khir, al-dhikr, al-
hazf, haqiqah, majaz dan lain-lain lagi.
2.5 Hikmat-hikmat Muhkamat
Ayat-ayat Muhkamat mempunyai beberapa hikmat atau kekuatan fungsinya iaitu
menjadi rahmat kepada umat Islam. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang tidak mempunyai
kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Mereka akan mudah memahami sesuatu maksud dan
pengertian sesuatu ayat. Ini adalah kerana ayat Muhkam mudah, terang dan jelas difahami
kehendaknya.
Selain itu, umat Islam mudah melaksanakan perintah Allah s.w.t. berdsarkan ayat
yang sudah jelas dan nyata makna dan kehendaknya.
Demikian juga ayat-ayat Muhkam tersebut mendorong manusia memahami dan
menghayati perintah Al-Quran dan dengan kefahaman yang jelas mereka terus mengamalkan
kandungannya.
Seterusnya memudahkan kita mempelajari isi Al-Quran. Dengan maksud ayat yang
jelas dan lafaz-lafaznya amat mudah difahami menyebabkan kita sebagai umat Islam tidak
lagi menghadapi kesusahan dalam mempelajari isi kandungan Al-Quran.
Tidak ketinggalan juga, ayat-ayat Muhkam tersebut memudahkan penafsiran. Para
pentafsir tidak perlu bersusah payah untuk mencari takwilan kepada ayat-ayat tersebut ekoran
12 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
jelasnya semua lafaz yang terkandung pada ayat tersebut. Ini memudahkan mereka mentafsir
atau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat Al-Quran.
Tidak lupa juga kepada para dae’i atau pendakwh dan barisan guru-guru. Ayat-ayat
Muhkam membantu mereka menerangkan isi kandungan kitab suci Al-Quran kerana ia telah
pun jelas dan terang maknanya.
Hikmat seterusnya ialah mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Kefahamana ayat-
ayat yang sangat kuat dan ayat-ayat yang mudah difahami sudah tentu akan memudahkan
proses hafalan ayat-ayat Al-Quran.
3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAH KETUHANAN MENGIKUT
TAKWILAN MAZHAB SALAFI DAN MAZHAB KHALAFI
Ayat-ayat Mutasyabih banyak menyentuh kepada bidang akidah antaranya :
i. Surah Al-Fajr ayat 22 :
Maksudnya : “ dan (perintah) Tuhan mu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris
(siap sedia menjalankan perintah)”.
Ulama Salafi : Imam Ahmad mentakwil Surah al-Fajr ayat 22 dengan menyatakan makna
“datanglah pahala dari Tuhan.. Manakala Imam Malik pula mentakwilnya dengan rahmat
yang Allah turunkan.
13 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
ii. Surah Al-Qalam ayat 42 :
Maksudnya: “(Ingatkalah orang-orang yang yidak beriman) akan masa dideahkan
kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka
tidak dapat melakukannya”.
Ulama Salafi : Ibn Abbas, Mujahid, Ibrahim an-Nakh’I, Qatadah, Sa’id Ibn Jubayr dan
jumhur Ulama yang lain telah mentakwilkan kalimah ِساق sebagai ‘suatu kesulitan’,
jadi makna ayat menjadi ‘hari yang penuh ketakutan dan kesulitan’.
iii. Surah al-Baqarah ayat 115 :
Maksudnya : “dan Allah jualah yang memiliki Timur dab Barat, maka ke mana sahaja
kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredai
Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmaynya dan limpah kurniaNya), lagi
sentiasa mengetahui”.
Imam Mujahid menyatakan bahawa ِو�ْج!ه pada makna membawa maksud Qiblat.
14 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
iv. Surah al-Baqarah : 29
Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,
kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu
dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.
Imam Sufyan Al-Thaurin mentakwilkan kalimah dengan maksud ‘berkehendak اِستوى
menciptakan langit.
iv. Surah Taha ayat 5 :
Maksudnya : Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah
di perut bumi.
Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fath al-Bari menyatakan bahawa �و�ى ت اِس!bermaksud irtifa’ iaitu naik atau meninggi. Manakala menurut pendapat Ahli Sunnah
Wal Jama’ah و�ى� ت bermaksud a’la wa irtifaa’ (meninggi dan naik). Ini kerana sifat اِس!
Allah Yang Maha Tinggi.
Mazhab Salafi dan Mazhab Khalafi merupakan mazhab yang benar dan sentiasa
membuktikan kebesaran Allah s.w.t dan tidak menyamakan Allah dengan sesuatu yang tidak
layak bagiNya. Mereka mentakwilkan ayat-ayat Mutasyabih dengan makna yang tidak
bercanggah dengan kehendak dan perintah Allah s.w.t sebaliknya ia sesuai dari sudut bahasa
dan agama Islam. Sebelum ini, ketika zaman Salafi, persoalan tentang ayat Mutasyabih tidak
begitu banyak berbanding ketika zaman Khalafi yang lahir banyak aliran pemikiran serta
meluasnya kewujudan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak
membincangkan ilmu majaz, tasybih dan istia’rah. Tidak hairanlah ketika zaman Khalafi
15 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
tersebut, pentakwilan menjadi suatu keperluan bagi menjawab propaganda yang
dikemukakan oleh mereka yang menentang Islam.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa ayat-ayat Mutasyabih itu berada
pada dua peringkat iaitu Mutasyabih yang tidak boleh diketahui maknanya dengan apa cara
sekalipun dan ayat-ayat Mutasyabih yang boleh diketahui maknanya oleh Ulama melalui
kaedah-kaedah yang tertentu seperti merujuk kepada Sunnah. Mutasyabih boleh dikelaskan
kepada tiga bahagian iaitu semua manusia tidak mengetahui perkara yang berkaitan dengan
zat Allah kerana ianya tersimpan di sisi Allah dan seterusnya manusia hanya mampu
mencapai dan mengetahuinya melalui kajian dan pembelajaran. Pendekatan Takwil mahupun
Tafwid kedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t. dan tidak menyifatkan
sesuatu yang tidak layak bagiNya. Kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat
mutasyabih telah mendorong kepada meluasnya perbahasan dalam bidang Mutasyabih ini.
Ayat Muhkam pula menjadi petunjuk yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Ia juga boleh
diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil dan ianya memadai tanpa
memerlukan keterangan lain. Allah s.w.t menjadikan ayat-ayat Al-Quran itu sebahagiannya
Muhkam dan sebahagiannya Mutasyabih telah memberi ruang kepada setiap mazhab untuk
berusaha dalam membenarkan mazhab masing-masing. Sesungguhnya golongan yang benar-
benar mengambil pelajaran dan peringatan adalah golongan yang beriman dan berfikir.
BIBILIOGRAFI
16 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
Abdullah Yusuf Ali. (1991). Al-Quran al-Karim : Terjemahan Dan Huraian Maksud,
Terjemahan Uthman El- muhammady. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Ahmad Kamarudin Ibrahim et.al. (2011). HBQE1103 Ulum Al-Quran. Open University
Malaysia (OUM).
Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani. (2002). Fathul Baari Syarah : Sahih Al-Bukhari, Book
6. Jakarta : Pustaka Azzam.
Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris. (2003). Mengenal Al-Quran Dan Asas-asas Ulum Al-
Quran. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers
Mohd Yusoh Ibrahim. (1992). Tafsir Al-Quran : Pertumbuhan Dan Perkembangan 1 – 150H.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Sayyid Quthb. (2001). Tafsir Fi Zhilalil Quran, Dibawah Naungan Al-Quran Jilid 2,
Terjemahan As’ad Yassin et.al. Jakarta : Gema Insani Press.
17 | TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)