Tugasan-PJM-Badmintonkhairul

26
KHAIRUL ASNIZAM BIN M. ASRAL (760908017665) PPG MATH1 PJM 3106 : ANATOMI DAN FISIOLOGI PENGENALAN Seseorang individu perlu sentiasa menilai tahap kecergasan semasa untuk mengetahui perkembangan kesihatan masing-masing. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan, kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Bukti-bukti kajian menegaskan bahawa kecergasan fizikal adalah berasaskan lima faktor seperti berikut : daya tahan kardiovaskular, kekuatan, kelembutan, berat badan yang sesuai dan bersantai(relaxation). Disini, saya ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai anatomi dan fisiologi yang terlibat di dalam permainan badminton. Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu.Fisiologi pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan. Oleh itu setiap gerakan dalam permainan atau sukan yang dilakukan melibatkan otot, tulang dan sendi. Permainan atau olahraga yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi ini ialah badminton. Namun, kajian lebih terperinci adalah tentang sejarah, kemahiran asas dalam badminton difokuskan kepada gerakan servis tinggi. Di sini, saya dikehendaki mengkaji otot, tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi. Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk 1

description

pjm

Transcript of Tugasan-PJM-Badmintonkhairul

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PENGENALAN

Seseorang individu perlu sentiasa menilai tahap kecergasan semasa untuk mengetahui perkembangan kesihatan masing-masing. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan, kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Bukti-bukti kajian menegaskan bahawa kecergasan fizikal adalah berasaskan lima faktor seperti berikut : daya tahan kardiovaskular, kekuatan, kelembutan, berat badan yang sesuai dan bersantai(relaxation). Disini, saya ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai anatomi dan fisiologi yang terlibat di dalam permainan badminton.

Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu.Fisiologi pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan. Oleh itu setiap gerakan dalam permainan atau sukan yang dilakukan melibatkan otot, tulang dan sendi. Permainan atau olahraga yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi ini ialah badminton. Namun, kajian lebih terperinci adalah tentang sejarah, kemahiran asas dalam badminton difokuskan kepada gerakan servis tinggi. Di sini, saya dikehendaki mengkaji otot, tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi.

Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagian depan gelangangnya terdedah. Servis tinggi ke belakang juga boleh menyukarkan pihak lawan membuat smesy.

Dalam teknik ini, pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

KEMAHIRAN ASAS BADMINTON

Permainan ini berasaskan kemahiran memukul dan menerima, atau membalas pukulan. Selain itu, pemain perlu menggunakan kepintaran dan kebolehan untuk melakukan serangan balas yang biasanya serangan ini dibuat dengan pukulan yang kencang. Gerakan bulu tangkis adalah laju, tajam serta mengelirukan. Untuk mengawalnya pemain memerlukan ketangkasan dan stamina yang tinggi. Oleh itu, koordinasi badan yang baik amat penting ketika membuat pukulan. Kemahiran ini membolehkan pemain membuat pukulan dengan tepat ke ruang kosong gelanggang lawan dan menyukarkan pemain lawan membalas pukulan tersebut.

Pemain juga perlu mempunyai kemahiran untuk menerima dan membalas pukulan lawan sambil bergerak dengan cepat. Kemahiran ini memerlukan imbangan badan yang baik untuk mengelakkan daripada terjatuh. Imbangan badan dapat membantu pemain bergerak dan juga bersedia untuk menerima dan membalas setiap pukulan lawan. Biasanya permainan ini memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi agar pemain-pemain dapat melakukan kemahiran secara berterusan dan tidak berasa letih.

a) Memegang Raket

Adalah amat penting bagi seseorang pemain itu mengetahui cara memegang raket dengan betul, rasionalnya permainan seseorang pemain itu bergantung kepada cara pegangan raket badminton. Cara pegangan raket yang salah akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pemain seperti kecederaan pada pergelangan tangan.

Terdapat 3 cara pegangan asas iaitu:

i. Pegangan depan (forehead grip)

ii. Pegangan kilas (backhand grip)

iii. Pegangan rata (flatgrip)

Rajah 1 dan 2: Menunjukkan cara memegang raket secara pegangan depan dan

pegangan kilas.

Rajah 3 : Pegangan kilas

b) Membuat servis

Servis adalah kemahiran yang utama dalam permainan badminton. Servis digunakan untuk mendapatkan mata. Sebelum mempelajari kemahiran ini pemain perlu tahu peraturan-peraturan servis. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi sama ada dalam permainan perseorangan atau bergui iaitu :

i. Pemain perlu berada di dalam petak yang betul ketika servis.

ii. Servis dilakukan apabila pemain lawan sudah bersedia.

iii. Pemain tidak boleh memijak mana-mana garisan di kawasan gelanggang sehingga servis dilakukan.

iv. Sebelah kaki tidak boleh diangkat ketika pemain lakukan servis.

v. Perlu memukul bulu tangkis dengan raket.

vi. Tidak boleh menghentikan pergerakan raket ketika pukul bola servis.

vii. Permukaan raket berada bawah tangan ketika servis.

viii. Bulu tangkis dipukul berada di bawah paras pinggang.

ix. Bulu tangkis perlu melepasi jaring ketika servis.

x. Tidak dibenarkan membuat muslihat atau niat mengelirukan lawan.

Terdapat 2 jenis servis iaitu servis rendah dan servis tinggi.

i. Servis rendah depan

Cara melakukan servis rendah depan ialah dengan menolak bulu tangkis melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh.

Rajah 4 : Menunjukkan servis rendah

ii. Servis rendah kilas

Objektif servis rendah kilas ini sama dengan servis rendah depan. Cara melakukannya adalah dengan berdiri berhampiran dengan garis depan petak servisnya. Badan dan kedudukan adalah hampir dengan mengiring jaring. Bahagian pemegang raket perlu mengarah ke atas jari pada belakang pemegang raket seperti rajah di bawah.

Rajah 5 : Servis rendah kilas

iii. Servis tinggi

Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Bulu tangkis akan melulu jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam. Servis ini sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.

Rajah 6 : Servis tinggi

c) Membuat pukulan

Bulu tangkis boleh dipukul dengan berbagai-bagai cara seperti :

1. Lob

1. Smesy

ANALISIS PERGERAKAN PERMAINAN BADMINTON

Otot-otot yang terlibat dalam permainan badminton

Dalam permainan badminton, terdapat pelbagai jenis otot yang digunakan terutamanya melibatkan bahagian bawah dan bahagian atas anggota badan. Meskipun begitu, otot yang paling penting dalam permainan ini ialah trisep, bisep,deltoid dan trapezius. Otot-otot lain seperti pektoralis major dan juga latissimus dorsi merupakan otot yang banyak membantu dalam pergerakan tangan bagi melakukan servis tinggi dalam permainan badminton.

Otot yang digunakan dalam kemahiran asas Servis Tinggi ialah :

1. Trapezius

1. Trisep

1. Deltoid

1. Latissimus dorsi

1. Bisep

1. Pektoralis major

1. Flexor carpi radialis

Semasa memegang raket badminton, otot yang terlibat adalah flexor carpi radialis .Otot ini berfungsi bagi membolehkan tangan menggenggam raket tersebut.

KHAIRUL ASNIZAM BIN M. ASRAL (760908017665) PPG MATH1 PJM 3106 : ANATOMI DAN FISIOLOGI

1

FASA

LAKUAN

JENIS PERGERAKAN

OTOT

1. Persediaan

Memegang raket

a)Pergerakan ekstensi dan fleksi pada otot tangan dan jari.

OTOT TANGAN

OTOT JARI

Tangan Humerus, radius, ulna, karpal, metakarpal dan falang (tulang jari).

Otot metakarpal dan falang bertindak meregang untuk membolehkan tangan menggenggam raket dalam posisi yang baik.

Dalam fasa persediaan ini juga iaitu sebelum melakukan servis, permain perlulah berada dalam keadaan bersedia dan raket dihayunkan ke belakang dan hal ini melibatkan otot-otot seperti trapezius, latisimus dorsi, dan pektoralis major memainkan peranan. Otot-otot tersebut akan mengendur atauekstensi bagi membolehkan lengan dihalakan ke arah belakang. Otot deltoid pula akan merenggang atau abduksi untuk mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan.

Trapezius

Latisimus Dorsi

Selain itu, otot bisep akan menguncup manakala otot triseppula akan mengendur supaya lengan boleh dibengkokkan.Ketika aksi servis dimulakan bahagian pinggang akan dipusingkan sedikit untuk persediaan membuat pukulan. Otot-otot yang menggerakkan bahagian pinggang ini adalah seperti:

Otot Gluteus Maksimus dan otot Gluteus Medius yang terdapat pada bahagian belakang iaitu tulang punggung.

FASA

LAKUAN

JENIS PERGERAKAN

OTOT

Perlaksanaan

Servis

Buku tangkis dilepaskan kemudian raket dihayunkan dan dipukul dari arah bawah ke hadapan menuju ke arah atas dengan hanyunan yang kuat.

a)Pergerakanfleksisemasa menghayunkan raket dengan kuat.

Otot Bahu

Tangan trapezius,lasitimus dorsi,pektolaralis major ,deltoid, triceps, bisep

*Otot trapezius, lasitimus dorsidan pektoralis major menguncup (fleksi) bagi membolehkan lengan dihalakan ke arah hadapan untuk tujuan memukul bulu tangkis.

* Otot deltoid akan merapat atau aduksi supaya lengan dapat diturunkan ke sisi badan.

*Otot bisep akan mengendur manakala otot trisep akan menguncup bertujuan meluruskan lengan semasa memukul bulu tangkis.

FASA

LAKUAN

JENIS PERGERAKAN

OTOT

Selepas servis

Pukulan lajak

Pemain perlu ikut lajak bagi memastikan bulu tangkis tepat ke sasaran. Raket terus dihayunkan ke atas mengikut arah pergerakan bulu tangkis.

a)Pengenduran dan penguncupan otot

Tangan triceps, bisep

*Otot bisep akan mengendur manakala otot trisep menguncup supaya lengan boleh dibengkokkan.

FASA

JENIS SENDI

a) Permulaan

Sendi Kondil Sendi pelana

b) Perlaksanaan dan selepas

Sendi siku Sendi engsel

Sendi lain: sendi bahu dan sendi lesung

*Sendi bahu dan sendi lesung berperanan membolehkan tangan dibengkokkan ke arah tapak tangan, belakang tangan dan kedua-dua sisi. Sendi amatpenting dalam permainan badminton terutamanya untuk memukul bulu tangkis.

c) Selepas servis

-sendi lesung

-sendi engsel

GAMBARAJAH SENDI DAN TULANG-TULANG YANG TERLIBAT

Sendi yang terlibat

Sendi lesung

Sendi engsel

Tulang yang terlibat

Humerus

Skapula

Radius

Ulna

Tulang karpus

Tulang atas terdiri daripada tulang lengan atas, tulang lengan bawah dan tulang bahu. Tulang bahu terdiri daripada tulang selangka atau kalvikula dan tulang belikat (skapula).

Gambar rajah: Tulang bahu

Tulang bawah pula terdiri daripada tulang kaki atau paha. Tulang paha atau femur memainkan peranan penting sebagai penyokong struktur postur.

Tulang paha terdiri dari bagian kepala dan leher pada bahagianproksimaldan dua condylus pada bahagiandistal.Kepala tulang paha akan membentuk sendi pada pinggul. Bahagian proksimal lainnya iaitu trochanter major dan trochanter minor menjadi tempat perlekatanotot. Pada bahagian proksimalposteriorterdapat tuberositas glutea yakni permukaan kasar tempat melekatnyaotot gluteus maximus. Di dekatnya terdapat linea aspera, tempat melekatnyaotot biceps femoris.

Satah Pergerakan

Kemahiran asas dalam badminton yang melibatkan pukulan servis tinggi terbahagi kepada 2 fasa iaitu sebelum servis, semasa servis dan selepas servis. Kebanyakan aksi pergerakan adalah berlaku pada satah sagital.

Satah Sagital membahagikan badan kepada 2 bahagian iaitu sebelah kiri dan kanan. Pergerakan tangan dalam satah ini ialah fleksi (flexion) dan ekstensi (extension).

RUMUSAN

Analisis pergerakan boleh dibuat menerusi pencerapan ke atas pergerakan yang dihasilkan. Analisis hendaklah melibatkan aspek pemerihalan pergerakan yang dilakukan; satah dan paksi rujukan bagi pergerakan yang dilakukan; sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk pergerakan tersebut; pergerakan yang dihasilkan di sendi tersebut; otot agonis yang terlibat dalam pergerakan; dan jenis penguncupan otot agonis

Melalui tugasan yang dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa, setiap pergerakan atau aktiviti dalam sukan mahupun permainan banyak disokong oleh tulang, otot dan sendi tertentu untuk menghasilkan gerakan yang diperlukan. Tulang, sendi dan otot saling berkait di antara satu sama lain dalam membantu kita menggerak bahagian-bahagian utama badan. Tanpa salah satu daripadanya akan menyebabkan pergerakan tidak dapat dilakukan. Tanpa sokongan fungsi sistem tulang, sendi dan otot yang cekap dan sempurna pasti kita tidak mampu untuk menggerakkan badan kita. Tulang amat penting kerana fungsinya sebagai sokongan anggota badan, memberikan bentuk badan, menyediakan permukaan untuk melekatkan otot, sistem tuas sendi yang dapat memudahkan pergerakan serta membantu melindungi organ-organ penting dalam tubuh badan manusia.

Pergerakan seluruh badan dihasilkan daripada gerakan badan yang selaras dengan pengenduran dan pengecutan otot-otot secara berselang-seli. Dengan adanya sendi pula gerakan tulang menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan geseran antara tulang. Maka pergerakan dapat dilakukan dengan mudah.

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia -Nya, saya telah pun berjaya menyiapkan tugasan PJM3106 pada masa yang telah ditetapkan. Walaupun tanpa pengalaman kerana ini merupakan tugasan individu, saya berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Saya telah membuat persediaan awal dengan merangka isi dan mencari maklumat sebanyak mungkin daripada internet , buku, artikel, majalah bagi memastikan tugasan ini dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Dengan tunjuk ajar daripada Pn. Ooi Cheng Lee selaku pensyarah subjek ini, bantuan rakan-rakan Panitia Pendidikan Jasmani di SK Sungai Isap yang sudi meminjamkan buku-buku, saya merasa sangat berpuas hati dapat menghasilkan tugasan ini dengan sehabis baik.. Biarpun terpaksa bekerja keras mencari maklumat untuk memantapkan tugasan ini, namun saya berpuas hati dengan hasilnya. Tanpa bantuan serta kerjasama daripada rakan-rakan yang memberikan sepenuh bantuan, kami merasakan bahawa tugasan ini tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua.

Secara keseluruhannya, saya berasa berpuas hati dari semua aspek, biarpun terpaksa berhadapan dengan beberapa masalah pada awalnya, seperti kekurangan pengalaman untuk membuat tugasan, kekurangan bahan maklumat, dan kekangan masa kerana sibuk dengan tugasan di sekolah, namun segala masalah dapat diatasi dengan penuh jayanya hasil kerjasama dari semua pihak yang telah sudi membantu.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, banyak masalah yang dihadapi. Antaranya ialah penggunaan istilah dan penerangan terutamanya tentang tulang ,otot dan juga sendi. Memang banyak gambar yang boleh dijadikan rujukan melalui internet namun kebanyakkan sumber rujukanmaklumat yang diperolehi dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun memandangkan bahasa pengantar untuk subjek ini ialah dalam Bahasa Melayu, jadi saya terpaksa menterjemahkan semula apa yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Ini agak sukar kerana saya bimbang maksudnya akan berlainan daripad maksud asal. Oleh itu, saya berusaha mencari semula maklumat- maklumat yang dikehendaki dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, tugasan ini juga adalah sesuatu yang baru bagi saya. Dalam tugasan ini kami dikehendaki mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang terlibat dalam pergerakan yang dipilih. Pada mulanya saya tidak faham bagaimana untuk menyelesaikan tugasan ini kerana amat sukar bagi saya untuk mengenalpasti bahagian- bahagian tersebut. Paling sukar adalah ketika membuat penerangan bahagian otot dalam kemahiran yang dipilih. Untuk membolehkan saya menjelaskan fungsi yang terlibat maka saya membuat rujukan daripada internet dan membuat bacaan melalui buku-buku yang ada kaitan. Barulah saya berjaya memahami beberapa istilah seperti fleksi dan aduksi. Walaubagaimanapun, setelah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah, dan bimbingan rakan-rakan saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki.

Meskipun masa yang diberikan agak lama tetapi atas kesibukan kerjaya dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam memenuhi tugasan yang lain menjadikan saya agak stress. Oleh itu, saya belajar menyiapkan setiap tugasan yang diberi secara sedikit demi sedikit agar tidak terlalu membebankan saya. Memang saya akui bahawa subjek anatomi dan fisiologi ini benar-benar menguji kefahaman dan daya ingatan kita . Masih banyak yang masih perlu saya pelajari untuk memahami dengan lebih baik.

Tugasan ini sebenarnya banyak membantu saya dalam memahami tajuk anatomi dan fisiologi. Saya lebih memahami fungsi otot, tulang dan sendi dan peranannya dalam menghasilkan pergerakan. Saya juga menyedari bahawa setiap otot, tulang dan sendi bekerjasama antara satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu pergerakan terutamanya dalam permainan dan kemahiran bersukan. Sekiranya salah satu tidak berfungsi maka pergerakan yang dilakukan akan menjadi tidak sempurna.

Melalui tugasan ini juga saya lebih menghargai tubuh badan saya. Setiap anggota tubuh badan adalah tidak ternilai harganya begitu juga dengan otot- otot, tulang- tulang dan sendi- sendi yang memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menghasilkan pergerakan bahkan untuk melindungi organ dalaman, menyokong dan yang paling penting membolehkan kita melakukan aktiviti- aktiviti yang kita gemari tanpa sebarang masalah.

Akhir sekali, saya akan menggunakan pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan ini yang banyak memberi kesedaran kepada saya tentang kemahiran anatomi dan fisiologi dan ianya juga dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta menjadikan saya lebih mengambil berat berkaitan kesihatan..

Sekian, Terima kasih