Tugasan Kumpulan Asas Strategi Komunikasi
-
Upload
eveline-elyn -
Category
Documents
-
view
168 -
download
1
description
Transcript of Tugasan Kumpulan Asas Strategi Komunikasi
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
1.0 PENGENALAN
Kata atau istilah komunikasi (dari bahasa Inggeris “communication”),secara
etimologi atau menurut asal katanya adalah dari bahasa Latin communicatus, dan perkataan
ini bersumber pada kata communi. Dalam kata communis ini memiliki makna ‘berbagi’ atau
‘menjadi milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, bererti kita berusaha
agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya. Oleh itu, dapatlah
dirumuskan bahawa perkataan “komunikasi “ menekankan kegiatan seseorang individu atau
kelompok serta sifat ingin mempengaruhi orang lain nama’ iaitu suatu usaha yang memiliki
tujuan untuk persamaan atau kesamaan makna.
Selain itu komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial. Justeru itu kertas kerja ini
akan membentangkan bagaimana strategi komunikasi dalam Kempen Membanteras Nyamuk
AEDES. Kempen ini merupakan satu kempen sosial yang bertujuan memberi kesedaran
kepada masyarakat betapa bahaya akibat demam denggi sehingga boleh membawa maut.
Sebelum itu dijelaskan mengenai definasi komunikasi oleh beberapa orang sarjana
menyentuh sedikit apakah fungsi komunikasi, perkembangan bidang komunikasi dan strategi
komunikasi yang menjadi fokus utama.
Perkembangan bidang komunikasi diasaskan oleh pakar-pakar daripada bidang-
bidang lain seperti sosiologi, antropologi, psikologi,psikologi sosial dan sains politik yang
telah lama bermula. Setelah itu pakar-pakar ini memasuki bidang komunikasi bagi
menjalankan penyelidikan untuk cuba menjawab persoalan-persoalan yang timbul di dalam
bidang masing-masing.
Sesungguhnya bidang komunikasi semakin penting kepada semua kerana manusia
tidak boleh hidup tanpa komunikasi. Sebagaimana yang diketahui komunikasi merupakan
keperluan asas seperti juga makanan, tempat tinggal dan pakaian. Seseorang yang tidak
berkomunikasi mungkin akan berada dalam keadaan lapar dan dahaga.
Komunikasi menjadi semakin penting di dalam kehidupan kita sebagai individu,
anggota keluarga, ahli masyarakat, anggota organisasi dan juga rakyat sesebuah Negara.
Justeru itu kecemerlangan individu, anggota keluarga, organisasi dan sebagai pemimpin
sesungguhnya memainkan peranan yang penting bersandarkan komunikasi yang berkesan
dan dapat diterima oleh semua pihak atau lebih jelas lagi ianya difahami.
1 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
1.1 DEFINISI KOMUNIKASI
Komunikasi bermaksud memindahkan atau menyampaikan mesej daripada satu pihak
kepada pihak lain. Mesej ialah maklumat yang boleh disampaikan sama ada dengan
menggunakan pertuturan , perbuatan, tulisan ataupun lukisan dan gambar. Komunikasi
menjadi lebih berkesan apabila maklumat yang hendak disampaikan difahami dan mendapat
tindakbalas daripada penerima maklumat.
Menurut S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication In Bussiness
(1983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat,
perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi
atau tidak peribadi melalui simbol / isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat
organisasi.
Manakala Nobert Wiener pula mendefinisikan komunikasi berhubungkait dengan
maklumat, dimana maklumat mempunyai peranan penting di dalam kehidupan manusia.
Sembilan puluh peratus kegiatan manusia dilakukan dengan komunikasi. Menurut beliau
maklumat adalah hasil kegiatan manusia pertukaran idea dengan dunia luar sehingga kita
dapat menyesuaikan diri dengan idea tersebut. Proses menyesuaikan diri sebenarnya
merupakan kegiatan komunikasi menerima dan menggunakan maklumat.
Manakala Littlejohn pula melihat komunikasi sebagai tekaan yang bijak di mana ia
digunakan dalam kehidupan seharian dan untuk menerangkan sesuatu keadaan berdasarkan
pemerhatian atau kajian yang sistematik.
Manusia harus mempunyai maklumat yang cukup untuk hidup dengan berkesan. Oleh
yang demikian, komunikasi merupakan suatu yang mutlak dalam kehidupan manusia. Justeru
itu, dapatlah disimpulkan bahawa maksud komunikasi itu ialah berkait rapat dengan bahasa,
pergerakan tubuh badan, meniru tindakan orang lain dan pengaruh sosial.
2 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
1.2 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI
Perkembangan bidang komunikasi bermula sejak manusia hidup bermasyarakat dan
membina tamadun sendiri ditempat kumpulan manusia itu berada. Pengguna komunikasi
sebagai penggerak dan penggembleng manusia bagi mencapai pembangunan yang diingini.
Setiap masyarakat atau tamadun memelukan sokongan sistem komunikasi yang berkesan
untuk mencapai cita-cita mereka.
Pada adab ke-20, bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang
penting. Ini menunjukkan bidang komunikasi sebagai bidang pengajian yang baru berbanding
dengan bidang-bidang lain komunikasi. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan
perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon, satelit, rangkaian
computer serta perkembangan perindustrian dan politik dunia.
Pada masa itu timbul keperluan untuk mengetahui apakah kesan perkembangan
teknologi komunikasi memberi kesan yang maksimum terhadap individu, masyarakat dan
rakyat sesebuah negara. Ini menyebabkan timbul keinginan dikalangan penyelidik untuk
mengetahui kesan ucapan-ucapan politik terhadap masyarakat sehingga timbul kajian-kajian
tentang propaganda dan pendapat umum.
Selain itu, kajian-kajian di dalam bidang psikologi sosial tentang kesan tayangan
wayang gambar terhadap kanak-kanak propaganda serta pembujukan dan dinamik kelompok
turut dijalankan. Selain itu pelbagai kajian yang bertujuan mengetahui tentang penggunaan
teknologi baru seperti radio, computer (internet), televisyen dan lain-lain lagi. Walau
bagaimanapun pengajaran kemahiran asas komunikasi seperti pidato umum, perbincangan
kumpulan dan kesan amalan komunikasi di bilik darjah masih diteruskan.
Perkembangan bidang komunikasi diakui sebagai bidang pengajian yang sah dan
penting selepas perang Dunia Kedua. Sebelum kita melihat perkembangan bidang
komunikasi di Malaysia disini dibentangkan perkembangan bidang komunikasi di Amerika
Syarikat dan Eropah. Menurut Griffin (1997) zaman perkembangan komunikasi di Barat
boleh dibahagikan kepada beberapa era perkembangan bidang komunikasi iaitu:
3 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
i) Era Awal (1900 – 1930) Kebangkitan Retorik
Kebangkitan Retorik pada tahun 1935 terdapat 200 Universiti dan Kolej di Amerika
Syarikat yang menyenaraikan Jabatan Pengucapan secara berasingan daripada Jabatan
Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan pengucapan awam menjadi semakin penting di mana guru-
guru yang mengajar pengucapan awam menjadi ahli Jabatan Bahasa Inggeris yang cuba
menekankan persembahan lisan.
Di samping itu kursus yang ditawarkan juga lebih memberi panduan praktik dalam
mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address), interpretasi lisan, drama,
debat dan perbincangan meja bulat. Guru-guru menggunakan tulisan Zaman Greek dan Rome
sebagai bahan rujukan dimana Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian menjadi sumber bahan
pengajian dan hebahan awam.
ii) Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930 – 1960) : Kesan Media
Menurut Griffin (1977) peringkat kedua ialah era kebangkitaan. Empat orang sarjana
yang digelar ‘Bapa Penyelidikan Komunikasi’. Kalau sebelum Perang Dunia Kedua tidak
ramai para sarjana yang mengambil pendekatan sains perlakuan (behaviour science approach)
untuk mengkaji kesan mesej pembujukan terhadap audiens yang ramai. Mereka terdiri
daripada Lasswell yang merupakan ahli sains politik yang membuat analisis propaganda Nazi
bagi mengenal pasti kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.
Sarjana seterusnya ialah Paul Laparsfeld yang merupakan pakar sosiologi yang
menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial Gunaan (Burean of Appleed Social Research) di
University Colombia untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sektor
perniagaan serta menjalankan projek penyelidikan radio yang menjadi perintis kajian tinjauan
dan teknik kumpulan sasaran (focus group) untuk melihat impak penyiaran terhadap emosi.
Pada tahun 1950 sekumpulan penyelidik komunikasi pertubuhan komunikasi yang
dikenali sekarang sebagai International Communication Assaciation (ICA) Shannon Den
Weaver (1948) membentuk dan mengasaskan model linear komunikasi dqn David Berlo
(1960) memudahkan model kepada empat bahagian asas iaitu :-
Sumber ----- Mesej------ Saluran ------ Penerima
4 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
Perkembangan ini menggalakan kebanyakan Jabatan di Universiti-Universiti menukar nama
dengan menambah perkataan komunikasi.
Pada era ini timbul isu-isu yang melihat isu konfrantasi hak asasi, rusuhan dibandar-
bandar, Penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam,,demontrasi di kampus-kampus,Beaatles,
hippe, revolusi seks, budaya dadah, pembunuhan J.F.Kennedy,Jr dan Malcome x. Keadaan
ini mengakibatkan perubahan arus bidang komunikasi daripada melihat kesan pengucap
kepada komunikasi antara perseorangan.
iii) Era Retorik Baru (1965- 1980)
Pada tahun 1965 Edwin Black (1965) mengutarakan cara baru menganalisis ucapan.
Pada waktu itu muncul artikal-artikal seperti “The Retoric of Black Power”, oleh Burgess
(1969) dan Retoric of confrontation” oleh Scott dan Smitth (1969). Mereka mendapati ucapan
awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi ataupun hujah-
hujah yang diterima akal.
vi) Era Pencarian Model Sejagat (1970-1980)
Selepas satu dekad membuat penyelidikan empirik, tetapi hasilnya belum dapat
dibanggakan. Ini disebabkan oleh kekurangan teori yang besar yang dapat memfokuskan
segala penyelidikan dalam bidang komunikasi. Menurut Kuhn (1970) sains yang matang
perlu model atau paradigm yang sejagat, tetapi ahli sains social dalam bidang komunikasi
belum mencapai tahap itu.
v) Era Pergolakan Bidang Komunikasi (1980- kini)
Menurut Griffin menggunakan perkataan ‘pergolakan’ untuk menggambarkan
percubaan untuk melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku
dalam bidang komunikasi masa kini. Penyelidikan komunikasi juga .berkembang selari
dengan perkembangan bidang ilmu yang memerlukan proses penyelidikan untuk
5 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
berkembang. Banyak jurnal diterbitkan diantanya ialah Communication Theory,Language
and Social Interaction. Menurut beliau lagi bidang komunikasi dalam abad ke-21 diibaratkan
dua arus yang menggambarkan sains dan komunikasi.
1.3 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI MALAYSIA
Pada tahun 1970-an Negara Malaysia turut mengalami perkembangan dalam bidang
komunikasi secara sistematik d imana empat Jabatan Komunikasi ditubuhkan di empat buah
universiti. Universiti Sains Malaysia (USM) -1970 merupakan pelopor pertama menubuhkan
jabatan komunikasi diikuti ITM kini UITM(1972) ‘School of Mass Communication’, UKM
(1976) dan UPM(1979) menubuhkan Jabatan Komunikasi Pembangunan.
Peranan sarjana komunikasi berperanan sebagai pengajar, penyelidik dan
penerbit /penulis, sedikit berbeza di UPM peranannya ditambah kepada tugas pentadbiran
dan pengembangan. UPM lebih menekankan kepada pembangunan masyarakat tani yang
merupakan pengguna terakhir segala maklumat yang dihasilkan melalui penyelidikan.
Sarjana komunikasi di Malaysia kebanyakannya mendapat Masters dan PhD dalam
bidang tersebut dari luar Negara (Amerika Syarikat, United Kingdom,Australia ) ini sedikit
sebanyak mempengaruhi struktur kurikulum.
Di antara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah Prof. Dr.Vincent Low
(USM),Prof. Syed Arabi Idid(dulu UKM,sekarang UIA), Prof. Dr. Md Salleh Hassan(UPM)
dan ramai lagi.
Justeru itu perkembangan bidang komunikasi di Malaysia sesungguhnya dipengaruhi
sedikit sebanyak dengan apa yang berlaku di barat kerana pengasas bidang komunikasi juga
mendapat pendidikan dan latihan di barat.
1.4 Fungsi komunikasi
Fungsi komunikasi sebagai komunikasi sosial setidaknya mengisyaratkan bahawa
komunikasi itu penting untuk membangun konsep diri kita untuk kesejahteraan hidup, untuk
memperoleh kebahagiaan, mengelak dari tekanan dan ketegangan, komunikasi yang bersifat
menghibur, dan memupuk hubungan hubungan orang lain. Melalui komunikasi kita bekerja
6 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
sama dengan anggota masyarakat iaitu keluarga, pelajar dan negara secara keseluruhan untuk
mencapai tujuan bersama.
Komunikasi untuk menyebarkan informasi semasa dan terkini mengenai keadaan
persekitaran manusia (Laswell & Wright- Baran & Davis). Menurut Gamble & Gamble
mesej yang menarik & penyampaian yang berkesan lazimnya dapat memikat hati audien dan
secara tidak langsung berjaya mempengaruhi minda serta sikap mereka secara beransur-
ansur.
1.5 Strategi komunikasi
Strategi komunikasi merupakan elemen penting dalam melaksanakan sesuatu kempen
sosial untuk menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat. Strategi komunikasi
dalam kempen ialah mengadakan suatu bentuk aktiviti. Aktiviti komunikasi merjuk kepada
semua bentuk perbuatan, tuturkata, gerak badan (posture) serta apa sahaja perbuatan dalam
menyampaikan sesuatu mesej kepada pihak kedua. Aktiviti komunikasi, khususnya kempen
komunikasi mestilah dilakukan dengan menggunakan strategi untuk mencapai objektif
tertentu. Objektif sesuatu kempen komunikasi merupakan faktor yang penting dalam
menjalankan sesuatu kempen.
Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan kempen ini. Strategi
menyampaikan objektif kempen komunikasi dilakukan melalui dua pendekatan iaitu melalui
media massa dan secara interpersonal. Strategi komunikasi melalui media massa dan secara
interpersonal member focus kepada mesej dan kaedah penyampaian mesej (Rogers, Solomon
dan Adhikarya, 1979).
Komunikasi pada media massa di klasifikasikan sebagai komunikator kolektif
(collective communicator) dan komunikator individual(individual communicator) demikian
pula pada stesen televisyen, misalnya pembaca berita, penyiaran acara, laporan olahraga, atau
laporan peristiwa.
7 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
Walau bagaimanapun kempen secara terus atau “turun padang “lebih memberi kesan.
pendidikan secara terus ini seperti memberi ceramah, memberi pamplet dan bergotong
royong membersihkan kawasan.
1.6 Objektif Kempen
Kempen membenteras nyamuk AEDES dijalankan adalah untuk:
1. Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya nyamuk AEDES yang menyebabkan
demam denggi yang boleh membawa maut.
2. Meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang langkah pengawalan dan mencegah
pembiakan nyamuk AEDES.
3. Memberi pendidikan kepada masyarakat kepentingan menjaga kebersihan
persekitaran.
4. Memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah dan
mengambil inisiatif untuk mengambil tindakan mencegah penyakit ini.
8 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
2.0 CARA PELAKSANAAN
Pelaksanaan kempen ini dilakukan melalui media massa iaitu melalui televisyen dan
radio, melalui medium ini iklan–iklan mengenai bagaimana cara- cara untuk menghapuskan
tempat pembiakan nyamuk AEDES yang menyebabkan demam denggi. Tempat-tempat
pembiakan seperti pasu bunga, alas pasu bunga, tayar-tayar lama, bekas-bekas makanan
polisterin, longkang-longkang, perangkap semut, salur air hujan dan tempat-tempat yang
boleh menakung air dihapuskan.
Pelbagai strategi digunakan untuk melaksanakan kempen membenteras nyamuk
Aedes. Strategi komunikasi melalui media massa merupakan strategi utama untuk
menyebarkan maklumat secara meluas dan berkesan kepada masyarakat. Penglibatan
berbagai organisasi yang berkaitan seperti kementerian-kementerian lain, badan bukan
kerajaan, pihak swasta dan badan sukarela adalah kritikal untuk menjayakan kempen ini
terutama diperingkat perancangan dan pelaksanaan. Latihan kepada anggota kesihatan di
semua peringkat perkhidmatan akan meningkatkan tahap pengetahuan serta memberi
kemahiran kepada kumpulan sasaran.
Penghayatan individu ke arah perubahan tingkah laku dalam menangani isu-isu
kesihatan dapat diperkukuhkan melalui tindakan masyarakat. Aktiviti bergotong-royong
merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain
dapat membersihkan kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara tidak langsung
perpaduan antara jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan
kerana masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu sama lain. Dalam masa
yang sama, telur-telur nyamuk Aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor
anak nyamuk dapat dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum
dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada
mengubati.
Setelah mengenal pasti tempat-tempat pembiakan nyamuk AEDES, strategi
komunikasi untuk kempen ini yang seterusnya ialah tindakan yang perlu diamalkan untuk
menghapuskan tempat-tempat pembiakan di antaranya ialah:
1) Menghapuskan tempat dan benda –benda yang boleh menyebabkan nyamuk membiak.
9 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
2) Buang air yang bertakung dan letakkan bekas-bekas air ditempat yang terlindung daripada
hujan.
3) Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik.
4) Menghapuskan telur –telur di dalam air
Langkah seterusnya akan dijelaskan melalui pamplet yang akan diedarkan kepada
masyarakat sasaran. Ceramah juga akan dijalankan di peringkat sekolah dengan bantuan
penceramah khas dari klinik-klinik kesihatan dan ahli-ahli sendiri. Kempen gotong-royong
juga diadakan taman-taman perumahan dengan anggota masyarakat dikawasan tersebut.
3.0 KHALAYAK SASARAN
Sasaran khalayak kempen ini terdiri daripada semua golongan tidak mengira status
dan umur. Kempen ini juga mensasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan
menengah, penduduk di taman perumahan serta masyarakat yang mendiami kawasan yang
berisiko tinggi. Kawasan yang berisiko tinggi tempat pembiakan nyamuk AEDES ialah
dipersekitaran tapak pembinaan yang ditinggalkan kerana disitu terdapat banyak tempat
takungan. Kawasan taman perumahan pula biasanya longkang yang tersumbat dan air yang
tidak mengalir.
Cara untuk mengenalpasti khalayak sasaran adalah dengan pengumpulan maklumat
melalui bancian yang dijalankan secara soal selidik, temuramah dan mendapatkan maklumat
dari pejabat perangkaan. Tujuan mengenalpasti khalayak sasaran adalah untuk mengetahui
bilangan penduduk bagi mengira perbelanjaan atau kos.
10 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
Slogan untuk kempen
~AEDES MEMBAWA SENGSARA~
Perbelanjaan / kos untuk kempen
Bil Butiran Belanjawan
(RM)
Catatan
01. Pengangkutan 20,000
02. Iklan 100,000
03. Pamplet 25,000
04. Penceramah 50,000
05. Runcit 15,000
06. Papan Iklan 100,000
Jumlah besar 310,000
11 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
4.0 KEBERKESANAN ATAU KELEMAHAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN
DALAM KEMPEN MEMBENTERAS NYAMUK AEDES.
Dalam menjalankan kempen ini terdapat kekuatan dan kelemahan dalam strategi
komunikasi.
Kekuatan strategi komunikasi dalam kempen komunikasi ini ialah pelaksanaan
kempen ini dilakukan melalui media massa iaitu melalui televisyen dan radio, melalui
medium ini iklan–iklan mengenai bagaimana cara- cara untuk menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk AEDES yang menyebabkan demam denggi. Tempat-tempat pembiakan
seperti pasu bunga, alas pasu bunga, tayar-tayar lama, bekas-bekas makanan polisterin,
longkang-longkang, perangkap semut, salur air hujan dan tempat-tempat yang boleh
menakung air dihapuskan.
Setiap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan bersifat rasional terhadap
kebersihan agar pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan
terencat. Hasilnya, Negara akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera
jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes.
Kelemahan yang terdapat dalam menjalankan kempen ini ialah mesej dan objektif
kempen komunikasi mungkin tidak di sampaikan kepada khalayak secara efektif. Di samping
itu, pemilihan saluran komunikasi yang tidak strategik menyebabkan kegagalan dalam
kempen ini. Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan yang tidak strategik juga faktor kepada
kegagalan kempen ini. Maklumat yang tidak jelas (gangguan semantik) menyebabkan
kempen ini tidak berkesan. Contohnya Kempen Membenteras Nyamuk Aedes di kalangan
masyarakat pedalaman. Faktor lain yang menyebabkan berlakunya kelemahan dalam kempen
ini ialah masalah kos dan tiada sambutan dari masyarakat.
12 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
5.0 PENUTUP
Melalui kempen yang dijalankan diharap ianya dapat membantu mengurangi statistik
kematian akibat demam denggi dapat dikurangkan.Kempen disasarkan dalam jangkamasa
satu tahun. Keberkesanan kempen akan dibuat penilaian melalui perubahan yang berlaku,
proses kempen secara berterusan serta mendapatkan maklumbalas dari khalayak. Penilaian
juga akan dimuatkan dalam dokumen perencanaan.
13 | P a g e
KOC 3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (Tugasan Kumpulan)
BIBLIOGRAFI
Astrid S. Susanto,(1987) Komunikasi Teori Dan Praktis 1.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Ishak Abdul Hamid Dan Jusang Bolong (2008).Kemahiran Komunikasi Antara
Perseorangan.Universiti Putra Malaysia.
John F.Cragan & Donald C.Shield.(1998) Understanding Comunication Theory.United States
of America.
James W.Carey,(1992) Comunication As Culture, New York.Unwin Hyman, Inc
Mohd. Hamdan Adnan & Zulkarimein Nasution.(1992) Komunikasi Pembangunan
Pengenalan Dan Penerapan.Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhamad Rosli Selamat (2008).Strategi Perhubungan Awam. Universiti Putra Malaysia.
1232Laman Web: http://www.myhealth.gov.my- http:// www.infosihat.gov.my
14 | P a g e