TUGASAN KORPORAT 2
-
Upload
meimon-sanai -
Category
Documents
-
view
506 -
download
1
Transcript of TUGASAN KORPORAT 2
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
1/22
I S I K A N D U N G A N
Muka Surat
PENGHARGAAN 2
1.0PENGENALAN 3
2.0TANGGUNJAWAB SOSIAL KORPORAT 52.1Shell
2.1.1 Latar Belakang Shell Malaysia 72.1.2 Tanggungjawab Sosial Korporat Shell Malaysia 7
2.2Advance Micro Devices (AMD)2.2.1 Latar Belakang AMD 102.2.2 Tanggungjawab Sosial Korporat AMD 11
2.3Telekom Malaysia Berhad (TM)2.3.1 Latar Belakang Telekom Malaysia Berhad (TM) 132.3.2 Tanggungjawab Sosial Korporat TM 14
3.0IMPAK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT 18
4.0KESIMPULAN 21RUJUKAN 22
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
2/22
PENGHARGAAN
Pertama sekali dipanjatkan kepada Tuhan kerana dengan keredhaan-Nya dan
keizinan-Nya tugasan ini berjaya disempurnakan. Melalui tugasan ini diharapkan agar ia
dapat memberikan nilai tambah dalam bidang pendidikan dan seterusnya mengembangkan
lagi ruang lingkup bidang pendidikan. Setinggi terima kasih dan penghargaan dikalungkan
untuk pensyarah dan tutor Open University Malaysia, khususnya bagi kursus KOM3101
(Pengenalan Komunikasi Korporat) di atas galakan dan sokongan dalam menyelesaikan
tugasan ini.
Untuk ahli keluarga terima kasih tidak terhingga diucapkan di atas keprihatinan dan
pengorbanan yang dicurahkan. Akhir sekali kepada semua yang telah membantu secara
langsung atau tidak langsung setinggitinggi terima kasih diberikan.
Semoga sedikit ilmu ini akan menginsafkan kita kepada keagungan dan kebesaran
Tuhan serta dapat membawa manfaat kepada manusia. Sesungguhnya segala kejayaan
tugasan ini datangnya dari Tuhan dan segala kelemahan yang wujud hasil daripada sifat
penulis.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
3/22
1.0 PENGENALANHubungan korporat yang baik adalah merupakan tanggungjawab sosial yang baik.
Tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) bukanlah satu perkara yang
baru di negara luar, tetapi situasi ini masih baru dalam kontek negara Malaysia dan masih
perlu dipupuk dikalangan organisasi atau badanbadan korporat. Secara umumnya, apabila
sesebuah organisasi ditubuhkan, organisasi tersebut bukan sahaja mengeksploitasi faktor
pengeluaran disekelilingnya seperti buruh, tanah, modal dan keusahawanan, tetapi juga perlu
berperanan menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya.
Antara tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan
kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar, dan pembangunanekonomi dan masyarakat. Walau bagaimanapun skop perbincangan tanggungjawab sosial
korporat disini lebih berfokuskan kepada bidang pendidikan yang pada hakikatnya
merupakan salah satu proses sosiolisasi masyarakat yang mejurus kepada pembelajaran
mengenai normanorma dan peranan peranan serta kemahiran ke arah mempersiapkan
individu untuk meneruskan kemandiriannya.
Secara umumnya,tanggungjawab sosial korporat membawa maksud sebarang
komitmen atau pernyertaan oleh sesebuah syarikat korporat mengikut pertimbangan
peniagaan dan sumbangan dari sumber korporat dalam komuniti atau masyarakatyang
bertujuan ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat disekitar perniagaan atau
perusahaan. Pada masa yang sama, tugasan ini juga turut menekankan kepada persoalan
siapakah yang menjadi golongan sasaran syarikat syarikat korporat ini dalam usaha
melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat sekitar organisasi tersebut.
Hal ini merangkumi tahap umur, jantina dan kelas sosial masyarakat yang disasarkan.
Objektif seterusnya turut merangkumi bentuk pelaksanaan yang dipraktikkan oleh
badan- badan korporat dan jenis sumbangan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan
masyarakat disekitarnya kearah melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan. Tugasan
ini turut mendedahkan ke arah mengetahui mengenai sejauhmanakah penglibatan organisasi
dan sejauhmanakah ahli yang berada dalam organisasi melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sesebuah syarikat tersebut. Dalam pendedahan ke arah mengetahui mengenai tanggungjawab
sosial badan badan korporat, penulisan turut dibuat untuk mendedahkan tentang
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
4/22
sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab sosial ini memberikan kesan sama ada kepada
badan korporat mahupun kepada masyarakat terutama sekali dalam bidang pendidikan.
Dalam tugasan ini juga membincangkan mengenai faedah faedah yang diperolehi
oleh badan badan korporat dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat. Pada masa
yang sama pendedahan untuk mengetahui apakah faedah faedah yang diperolehi oleh
masyarakat disekitar organisasi yang menjadi golongan sasaran badan korporat.
Bagi memenuhi keperluan tugasan dan menjawab persoalan persoalan yang
ditimbulkan dalam objektif tugasan tadi, penulis telah menjadikan beberapa buah syarikat
atau badan korporat antaranya ialah Shell Malaysia, Advanced Micro Devices (AMD) dan
Telekom Malaysia Berhad (TM). Dalam perbincangan seterusnya, penulis akanmenggunakan singkatan tanggungjawab sosial korporat iaitu TSK dalam Bahasa Melayu dan
juga CSR dalam Bahasa Inggeris.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
5/22
2.0 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORATTanggungjawab sosial mula diperkatakan pada tahun 1066 dalam buku tulisan Lester
Thurow The Future of Capitalism. Dalam buku itu, beliau menjelaskan pada suatu ketika
nanti, sistem kapitalisme akan menguasai dunia tanpa tentangan daripada mana-mana pihak.
Ini disebabkan musuh utamanya, sosialisme dan komunisme telah berkubur. Thurow
menggariskan lagi, kapitalisme tidak hanya menguasai ekonomi sahaja tetapi turut juga
memasukkan unsur-unsur sosial dalam membangunkan masyarakat yang kemudiannya
disebut sebagai sustainable society (masyarakat mapan). Pada zaman itu, pemikiran
Thurow tidak diterima dan sukar dilaksanakan. Kemudiannya, muncul pula sebuah buku
bertajuk The Silent Spring pada 1962 hasil pemikiran Rachel Calson yang memaparkan
pada dunia tentang kerosakan alam dan kehidupan disebabkan oleh racun makhluk perosak
yang boleh menyebabkan kematian.
Buku ini telah membangkitkan kesedaran banyak pihak bahawa tindakan harus
diambil sebelum menuju kehancuran. Bermula dari sinilah tanggungjawab sosial dilaungkan
iaitu sekitar tahun 1970-an. Selepas itu, ramai cendekiawan menulis tentang pentingnya
syarikat-syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial, selain mengaut keuntungan. Antara
buku yang terkenal ialah Beyond The Bottom Line karya Profesor Courtney C. Brown,
orang pertama menerima gelaranProfesor of Public Polecy and Business Responsibility dari
Universiti Columbia.
Pada masa itu, pemikiran para ilmuan sosial masih banyak mendapat tentangan
sehingga muncul buku yang menggemparkan dunia hasil pemikiran para intelektual Club of
Roma bertajuk The Limits To Growth. Buku ini mengingatkan bahawa, di satu sudut bumi
memiliki keterbatasan menampung beban (carrying capacity), sementara di satu sudut lain
pula populasi manusia berkembang secara mendadak. Oleh sebab itu, sumber alam yang ada
perlu diuruskan dengan cara yang berhemah dan cermat bagi memastikan pembangunan
berterusan.
Di Malaysia, isu mengenai tanggungjawab sosial turut hangat diperbincangkan
terutama syarikat-syarikat besar di kalangan sektor korporat. Kerajaan menggunakan
tanggungjawab sosial korporat (TSK) sebagai satu strategi untuk meningkatkan daya saing
negara melalui pendekatan tersusun. Unit Pembangunan Ekonomi (EPU)
dipertanggungjawabkan untuk merangka dasar dan pelan pembangunan TSK sebagai
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
6/22
penggalak kepada sektor swasta untuk meningkatkan TSK dalam konteks daya saing
nasional, pembangunan nasional dan perlindungan alam sekitar. Kesannya kini, TSK tidak
lagi dipandang sebagai sesuatu keterpaksaan tetapi dianggap sebagai keperluan. Dahulu
dianggap sebagai kos tetapi kini dianggap sebagai pelaburan yang mendatangkan keuntungan
kepada syarikat. Global CSR Survey telah menjalankan kajian di 10 buah negara. Hasil-nya
memperlihatkan betapa penting TSK dilaksanakan syarikat majoriti pengguna (72 peratus)
menyatakan membeli produk dari syarikat yang melaksanakan CSR dan turut menyebarkan
kepada yang lain. Manakala 61 peratus pengguna memboikot produk dari syarikat tidak
punya tanggungjawab sosial. TSK bukan sekadar program kebajikan malah boleh
mendatangkan faedah dalam jangka panjang.
Philip Kotler dalam bukunya CSR: Doing the Most Good for Your Company and
Your Cause menyatakan tentang perlunya syarikat melaksanakan TSK. Antaranya TSK
boleh membangun kedudukan syarikat; meningkat jualan; memperluaskan pasaran;
meningkatkan kesetiaan pengguna; mengurangkan belanja operasi dan meningkatkan daya
tarik pelabur.
Dalam kenyataan portal rasmi UKM bertarikh 19 Oktober 2010, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob,
menyatakan bahawa Malaysia telah diiktiraf oleh CSR Asia (Corporate Social Responsibility
in Asia) sebagai negara ketiga, selepas Korea Selatan dan India, dalam penilaiannya terhadap
amalan TSK oleh syarikat syarikat yang tersenarai di 10 buah negara Asia. Selepas
Malaysia adalah Thailand, Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan China.
Syarikat syarikat Malaysia mendapat penarafan tinggi, khasnya dalam bidang urus tadbir
dan sosial. Justeru itu, Malaysia perlu terus melangkah ke arah yang betul di samping
meningkatkan usaha untuk mencapai keputusan cemerlang.
Oleh yang demikian, pertubuhan korporat mempunyai kewajipan untuk menjalankan
perniagaan mereka bukan sahaja untuk kebaikan pemegang saham mereka tetapi juga
kepentingan lain dalam erti kata seluasnya memandangkan perlakuan syarikat syarikat akan
membawa kesan kepada isu ekonomi, politik dan sosial, yang akan memberi kebaikan kepada
orang ramai di mana syarikat itu beroperasi. Oleh itu, penulis menengahkan tiga syarikat di
Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka sebagai contoh.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
7/22
2.1 SHELL MALAYSIA2.1.1 Latar belakang Shell Malaysia
Shell Malaysia merupakan sebuah syarikat gergasi minyak yang tidak asing lagi.
Selaras dengan pendekatan sistematik oleh kumpulan Royal Dutch Shell terhadap
pengamalan kesihatan, keselamatan dan pengurusan alam sekitar yang baik. Shell Malaysia
mengamalkan prinsipprinsip pembangunan berterusan yang memenuhi keperluan generasi
semasa tanpa bertolak ansur terhadap keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi
keperluan mereka sendiri. Segala langkah yang diambil mengambilkira keperluan membuat
keputusan perniagaan yang memberi sokongan kepada tanggunjawab terhadap ekonomi,
sosial dan alam sekitar.
Pada zaman ini, pembangunan berterusan bukan hanya melibatkan pemeliharaan alam
sekitar atau gejala sosial, tetapi prestasi ekonomi juga. Oleh itu, bagi memastikan
keuntungan yang berterusan, Shell Malaysia perlu menunjukkan prestasi alam sekitar dan
sosial yang cemerlang. Shell Malaysia menggabungkan aspek ekonomi, alam sekitar dan
sosial ke dalam perniagaan supaya keuntungan yang berterusan dapat dicapai, pemeliharaan
alam sekitar terjamin dan membina reputasi sebagai rakan serta penyumbang utama kepada
seluruh masyarakat. Ini termasuklah pemegang saham, pelanggan, pekerja dan rakan
perniagaan serta masyarakat dan generasi akan datang. Shell Malaysia komited dalam usaha
untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pihak berkepentingan sambil menyumbang
kepada kemajuan Malaysia dan matlamat Wawasan 2020.
2.1.2 Tanggungjawab Sosial Korporat Shell MalaysiaSebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam industri minyak, Shell Malaysia telah
memainkan peranan yang amat besar kepada masyarakat setempat dan global. Sumbangan
Shell Malaysia bukan sahaja dalam bentuk pembiayaan kewangan atau biasiswa. Shell
Malaysia juga menjana peluang pekerjaan dan perniagaan, di samping melabur dalam
program dan inisiatif yang menaikkan status sosial dan ekonomi masyarakat di Malaysia
khususnya dan juga meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Sumbangan ini
mendapat pengesahan meluas daripada pemimpin kerajaan dan masyarakat.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
8/22
Antara keterlibatan Shell Malaysia ialah menyahut seruan Kerajaan di dalam
menerapkan Bahasa Inggeris di sekolah dengan menyumbang mempromosikan komunikasi
di dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Shell Malaysia juga terlibat sebagai penganjur
pertandinganPublic SpeakingBahasa Inggeris, pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris dan
pertandingan drama Bahasa Inggeris. Melalui program tahunan Shell Malaysia Kami
Prihatin Kami Menyumbang, Shell Malaysia menganjur, menyokong dan menyertai
beberapa program seperti Program Tabung Kewangan untuk mangsa tsunami, kempen
keselamatan jalan raya bagi pemandu LPG, Hari Keselamatan dengan penduduk tempatan,
Hari Kemerdekaan dengan kanakkanak pra sekolah dan Hari Kesihatan dengan penduduk
tempatan. Selain itu, Shell Malaysia mengadakan dialog komuniti dengan badan bukan
kerajaan (Non-Government Organisation), jiran tetangga dan pihak berkuasa kerajaan.
Sebagai sebahagian penting daripada masyarakat, Shell Malaysia memainkan peranan
pentin di dalam melindungi dan menyokong biodiversiti. Sebagai ahli masyarakat yang aktif
menyumbang, Shell Malaysia mengiktiraf bahawa operasi mereka berpotensi memberi
impak, jika tidak dibendung boleh menyebabkan kehilangan biodiversiti dan akan membawa
kos pada masa, wang dan reputasi. Kegagalan untuk melindungi biodiversity akan juga
memberi kesan negatif terhadap lesen beroperasi syarikat. Manakala, reputasi yang baik
yang dibina melalui pengurusan biodiversiti yang efektif memberikan syarikat kelebihan pada
daya saing.
Dalam usaha memelihara alam sekitar, Shell Malaysia komited untuk meminimakan
impak terhadap alamsekitar dengan menetapkan sasaran sasaran yang ketat untuk
mengurangkan secara berperingkat pelepasan dan pembuangan dengan mengambilkira
undangundang tempatan, objektif strategik Kumpulan Shell serta protokol dan konvensyen
antarabangsa yang berkaitan. Dalam apa jua yang dilakukan, syarikat Shell Malaysia
komited mengimbangi cita cita ekonomi dengan komitmen yang jelas terhadap
tanggungjawab korporat.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
9/22
Dialog bersama komuniti
Sokongan tajaan untuk pertandingan bahas Bahasa Inggeris di sekolahsekolah tempatan
Kami Prihatin Kami Menyumbangsumbangan kepada Tabung Bantuan Tsunami
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
10/22
2.2 Advance Micro Devices (AMD)2.2.1 Latar Belakang Syarikat AMD
Syarikat Advance Micro Devices Export pada awalnya diasaskan di Sunnyvale,
California. Kemudian syarikat ini membuka cawangannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang,
Malaysia pada bulan Januari tahun 1972. Penubuhannya di Pulau Pinang merupakan usaha
pertama syarikat itu untuk mengembangkan lagi empayarnya di luar negara. Hal ini berikutan
dengan perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah kawasan perindustrian bebas yang
terbesar di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan salah satu daripada lapan buah syarikat
yang membekalkan barangan berasaskan elektrik dan elektronik di Penang. Kebanyakan
syarikat-syarikat tertumpu di kawasan perindustrian bebas yang terletak di Bayan Lepas,
Penang.
Pada awalnya bilangan pekerja yang bekerja di syarikat ini hanya seramai 78 orang
sahaja. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat, dan hal ini
membolehkan syarikat ini menambah bilangan pekerjanya. Ia kemudiannya menambah
bilangan pekerja seramai 1500 orang untuk menampung pengeluaran dan permintaan yang
semakin meningkat di pasaran. Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut pengkhususan
tertentu untuk mengeluarkan produk-produk yang berlainan. Hal ini penting untuk menjamin
dan meningkatkan produktivitinya. Akibat perkembangan yang pesat ini juga, syarikat ini
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
11/22
semakin berkembang menjadi salah satu daripada industri pembuatan elektronik yang
terbesar dan bertaraf dunia. Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah
barangan elektronik komputer, kad memori, dan sebagainya.
2.2.2 Tanggungjawab Sosial Korporat AMD.Syarikat ini amat komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka.
Hal ini bertetapan dengan visi syarikat iaitu untuk mengubah kepada kehidupan yang lebih
baik. Keadaan ini amat bersesuaian dengan objektif syarikat iaitu untuk membekalkan
masyarakat dengan kehidupan yang produktif. Fokus utama syarikat dalam menjalankan
tanggungjawab sosial korporat ini adalah untuk mengukuhkan masyarakat dan juga
pendidikan. Sumbangan syarikat ini dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat
mereka merangkumi pelbagai bidang, termasuklah bidang pendidikan. Hal ini adalah kerana
syarikat percaya dan rasa bertanggungjawab untuk membangunkan generasi pelapis untuk
mengembangkan potensi mereka. Segala aktiviti yang berteraskan tanggungjawab sosial
korporat ini dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan setiap lapisan pekerja di syarikat.
Antara sumbangan sosial korporat yang mereka jalankan khususnya dalam bidang
pendidikan ialah membekalkan akhbar News Strait Times Press (NSTP) percuma kepada
sekolah-sekolah yang terpilih. Hal ini disebabkan oleh kepekaan pihak syarikat sendiri
mengenai kepentingan penggunaan bahasa Inggeris yang kian meluas pada masa kini. Tujuan
pembekalan suratkhabar ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini disebabkan syarikat peka dengan masalah
kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar sekolah. Hasil daripada
tajaan suratkhabar berbahasa Inggeris ini oleh pihak syarikat, ia telah meningkatkankemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pihak syarikat juga turut
menggalakkan lawatan para pelajar sekolah ke kilang. Tujuan lawatan ini adalah untuk
memberi pendedahan kepada mereka mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh
syarikat dan sebagainya. Pihak syarikat juga turut menganjurkan pertandingan sains dan
teknologi. Memandangkan sains dan teknologi amat penting pada zaman sekarang, syarikat
AMD turut telah mengambil inisiatif dalam melahirkan minat dalam kalangan pelajar
sekolah. Dalam pertandingan ini, para pelajar berpeluang untuk mempamerkan kreativiti
mereka.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
12/22
Pihak syarikat juga turut peka dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang
terdapat di negara ini. Kerjasama ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk
mendedahkan diri mereka dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu, pihak syarikat
juga turut terlibat dalam menaja Konvensyen Astronomi USM buat beberapa tahun berturut-
turut. Hal ini menunjukkan syarikat amat menyokong pendidikan tinggi di negara kita bagi
menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti. Selain itu, pihak syarikat juga turut
menganjurkan program Smart Kids di syarikat. Kanak-kanak akan dijemput datang ke
syarikat dan mereka berpeluang untuk melihat sendiri pelbagai kemudahan dan produk yang
dikeluarkan oleh syarikat.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
13/22
2.3 TELEKOM MALAYSIA (TM)
2.3.1 Latar Belakang TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasibersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi
yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran
dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai
terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan TM
juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat
pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia
sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM
kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi
Akan Datang dan membolehkan Kumpulan TM meningkatkan kecekapan dan produktiviti
sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan TM sering menjadi
penyumbang korporat utama ke arah aktiviti aktiviti bermanfaat dengan berpendirian
bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik.
Kumpulan TM menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat dan
negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kirakira RM800 juta
untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di
Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada
lebih 11,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di
bawah platform pembinaan masyarakat dan negara, Kumpulan TM menyumbang kepada
usaha usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah
http://www.tm.com.my/ -
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
14/22
dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk
kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
2.3.2 Tanggungjawab Sosial Korporat TM
Dalam menunjukkan komitmennya terhadap kecemerlangan pendidikan sebagai
sebahagian daripada inisiatif kebajikannya, Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini
menganugerahkan 97 orang graduan cemerlang yang menerima biasiswa TM untuk
melanjutkan pengajian mereka menerusi unit sosialnya, Yayasan Telekom Malaysia
(Yayasan TM) dalam satu majlis penyampaian sijil yang diadakan di ibu pejabat korporatnya,
Menara TM. Para pelajar tersebut menerima sijil kecemerlangan sebagai pengiktirafan atas
pencapaian cemerlang mereka dan sebagai penggalak untuk mereka meneruskan prestasi
cemerlang mereka dalam kerjaya mereka di TM.
Yayasan TM telah ditubuhkan pada bulan November 1994 dan kemudian
diperbadankan pada tahun 2007 sebagai Lembaga Amanah Yayasan TM. Ia telah ditubuhkan
dengan objektif untuk menggalakkan para pelajar melanjutkan pengajian dengan memberikan
biasiswa, geran, dermasiswa, elaun sara hidup dan bantuan kewangan kepada golongan
pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga atau sempadan geografi. Visi Yayasan TM
adalah untuk memberikan golongan pelajar dari segenap lapisan masyarakat, terutamanya
yang kurang berkemampuan, peluang sama rata untuk melanjutkan pengajian mereka dan
kemudiannya memperoleh kerjaya impian mereka.
Setiap tahun, Yayasan TM akan membuka permohonan biasiswanya kepada semua
rakyat Malaysia yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang, daya kepimpinan dalam
aktiviti ko-kurikulum serta memiliki motivasi dan kesungguhan untuk berjaya. Selain
kecemerlangan akademik, pemilihan juga adalah berdasarkan beberapa kriteria lain seperti
latar belakang sosio-ekonomi, kepintaran emosi dan rohani (ESQ) serta prestasi mereka
semasa sesi temuduga dan kem pembelajaran, sebelum pelajarpelajar yang layak dipilih
untuk menerima biasiswa tersebut.
Terdapat 3 jenis biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan TM iaitu:
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
15/22
1. Biasiswa untuk Pengajian Tinggi untuk pelajar yang menuntut di universiti-universiti tempatan, Universiti Multimedia (MMU), Kolej Latihan TM dan universiti-
universiti luar negara.
2. Biasiswa Kecil untuk pelajar-pelajar sekolah menengah iaitu Tingkatan 1 hinggaTingkatan 5.
3. Biasiswa untuk anggota TM yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkatDiploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.
Program-program ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan inisiatif
Tanggungjawab Korporat (CR) TM yang berlandaskan pendekatan dalam tiga aspek iaitu
pendidikan, pembinaan masyarakat dan negara serta alam sekitar. Di bawah platform
pendidikan juga, TM telah menubuhkan MMU pada tahun 1996, sebagai universiti swasta
pertama di negara ini. Setakat ini, MMU telah melahirkan lebih daripada 13,000 orang
graduan, dan satu perkara yang membanggakan kami ialah lebih daripada 96% daripada
mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan pertama selepas mereka menamatkan
pengajian. Dan baru-baru ini, MMU telah berjaya menempatkan diri dalam senarai 200
Universiti Asia terbaik, di bawah QS.com Asian Universities Rankings 2009.
Di bawah platform pembinaan Masyarakat dan Negara, TM memfokus kepada
memperkayakan kehidupan golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dengan
merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar serta menghulurkan
bantuan kepada rumah-rumah kebajikan, organisasi-organisasi kebajikan dan NGO.
Terdahulu, pada bulan Julai tahun 2009, TM telah melancarkan fasa kedua program sekolah
angkat dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Pelancaran ini menandakan bermulanya program di mana tiga buah sekolah dijadikan sekolah
angkat untuk tempoh tiga tahun dari Julai 2009 sehingga Julai 2012. Sekolah-sekolah tersebut
ialah Sekolah Kebangsaan Teriang di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Sekolah
Menengah Kebangsaan Pakan, Sarikei di Sibu, Sarawak dan Sekolah Menengah Rendah
Agama Repah di Tampin, Negeri Sembilan.
Program sekolah angkat ini merupakan kesinambungan dari projek Sekolah Angkat
yang pertama dijalankan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada
masa itu pada tahun 2004. Di bawah projek pertama tersebut, TM telah mengambil Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Lanas di Jeli, Kelantan (SMK Ayer Lanas) sebagai sekolah
angkatnya selama tiga tahun bermula Januari 2004 hingga Januari 2007. Program ini
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
16/22
mempunyai objektif yang dijuruskan kepada tiga aspek iaitu untuk memperkenalkan
penggunaan ICT dalam bidang pembelajaran, memperkenalkan sekolah sebagai pusat
komuniti untuk penyebaran ilmu ICT serta merapatkan jurang digital. Di bawah program ini,
kemudahan IT dan infrastruktur telekomunikasi di ketiga-tiga sekolah tersebut akan dinaik
taraf. Selain itu, aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti kelas-kelas komputer juga akan
diadakan untuk para guru, pelajar dan juga masyarakat di kawasan tersebut.
Selain daripada itu, TM turut mempunyai inisiatif-inisiatif lain bagi menyokong
pendidikan dan pembangunan masyarakat. Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka
panjang Kumpulan TM ke arah pembinaan negara, TM memainkan peranan penting dalam
program Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility atau
PINTAR, sebuah program kemasyarakatan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi menerusi
pencapaian akademik.
Bermula tahun 2005, TM telah melibatkan diri dalam program PINTAR yang
dicetuskan oleh Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Khazanah Nasional bersama-sama
dengan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Program PINTAR adalah salah satu inisiatif yang terhasil daripada Program Transformasi
GLC (GLCT). Ia memperkemaskan program-program sekolah angkat selaras dengan seruan
Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (9MP) dan Bajet 2006 berkenaan kerjasama
awam-swasta untuk pembangunan yang berkekalan. Jawatankuasa Putrajaya berkenaan
Prestasi Cemerlang GLC, iaitu satu jawatankuasa yang memantau Program GLCT, berharap
agar PINTAR akan menjadi contoh ikutan syarikat-syarikat lain dalam menyokong seruan
Kerajaan ke arah Pembangunan Modal Insan.
Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pencapaianakademik yang baik di kalangan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah kerana
pencapaian akademik yang baik menjanjikan masa depan yang lebih baik justeru memberi
mereka peluang memperbaiki taraf hidup. PINTAR adalah satu program menyeluruh yang
menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat untuk menghadiri kursuskursus IT dan
motivasi serta Seminar Keibubapaan bagi mempersiapkan mereka untuk mendidik anak
anak masingmasing. Di bawah program selama tiga tahun itu, TM telah mengambil dua
buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda dan Sekolah Kebangsaan Seri
Penanti, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebagai sekolah angkat.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
17/22
TM telah memperuntukkan RM400,000 untuk tempoh 3 tahun sehingga 2009 bagi
kedua-dua sekolah tersebut mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah latihan dan bengkel
peperiksaan UPSR, bengkel Bahasa Inggeris, bengkel pengurusan dan penyelenggaraan
komputer, kursus kursus motivasi dan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Untuk
PINTAR, TM telah melengkapkan sekolah-sekolah tersebut dengan komputer komputer
yang dilengkapi dengan sambungan jalur lebar untuk akses Internet yang lebih baik. Kelas
kelas Aplikasi Internet dan Penyelenggaraan Komputer serta kursus motivasi turut disediakan
untuk manfaat para pelajarnya.
Di bawah platform Alam Sekitar, TM telah menghasilkan Manual Alam Sekitarnya
sendiri yang menggariskan prosedurprosedur yang mesra alam untuk operasi hariannya.
TM telah turut melancarkan kempen peringkat dalaman bagi meningkatkan kesedaran dan
memupuk tabiat tabiat cintakan alam sekitar di kalangan anggotanya. TM juga telah
mengambil langkah bijak untuk menggunapakai ICT sebagai teknologi hijau dengan
melaksanakan amalan teleworking di kalangan anggotanya. TM telah mula melaksanakan
teleworking yang melibatkan 140 orang anggota daripada Bahagian Jualan Korporat pada
awal tahun 2009. Syarikat TM juga telah mengamalkan mesyuarat jarak jauh menerusi tele-
persidangan (teleconferencing) dan live streaming di antara pejabat-pejabat negerinya di
seluruh negara.
TM berbangga dengan programprogram tanggungjawab sosial korporat dan mereka
komited akan meneruskannya kerana mereka percaya sesebuah syarikat yang berjaya
haruslah berusaha mengimbangkan antara menjana keuntungan dan keprihatinan terhadap
insan, masyarakat dan planet kita. TM juga telah menerbitkan edisi pertama Laporan
Pengekalannya (Sustainability Report) pada awal tahun 2009. Dengan laporan tersebut, TM
telah mengambil langkah seterusnya dalam memaklumkan peningkatan komitmen Syarikat
bagi tujuan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Laporan ini memberi perspektif tambahan
kepada prestasi TM dalam pasaran, tempat kerja, komuniti dan alam sekitar yang
menggambarkan amalan perniagaan TM yang berkekalan.
Konsisten dengan keperluan untuk laporan operasi tiga peringkat (triple bottom line
reporting), Laporan Pengekalan TM telah dihasilkan dalam format yang mematuhi rangka
kerja Global Reporting Initiative (GRI), satu standard yang diterima di peringkat global
untuk laporan pengekalan. Laporan tersebut telah menerima Taraf A+ Aplikasi GRI oleh
Sekretariat Antarabangsa GRI.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
18/22
3.0 IMPAK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORATISO 26000 adalah satu dokumen antarabangsa tentang tanggungjawab sosial.
Dokumen ini dibangunkan oleh Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO). Proses
pembangunan standard ISO merupakan satu usaha persetujuan untuk menyediakan dokumen
standard daripada draf awal sehingga kepada peringkat draf terakhir dan penerbitan. Melalui
Perjanjian Marrakesh, Pertubuhan Perdagangan Dunia ditubuhkan pada tahun 1995, standard
antarabangsa lebih diutamakan daripada standard serantau atau kebangsaan bagi tujuan
keselamatan dan kesihatan. Di samping itu, konvensyen dan perjanjian antarabangsa telah
menyumbang kepada pengikatan beberapa norma antarabangsa seperti Protokol Kyoto,
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Banyak standard antarabangsa yang dibangunkan oleh ISO merujuk kepada norma ini
dan konvensyen lain sebagai asas untuk memberikan alatan kepada organisasi untuk
menyokong usaha menuju ke arah pembangunan lestari, sebagai conton siri ISO 14000.
Terdapat juga standard berkaitan dengan pelepasan gas rumah hijau, pembangunan lestari,
kesihatan dan keselamatan pekerja.
Bagi menyebarkan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility,
CSR) tentang tuntutan dan anugerah CSR, Jawatankuasa bagi Dasar Pengguna ISO telah
mengadakan bengkel tentang CSR dan bagaimana standard antarabangsa boleh membantu
pada tahun 2001. Hasil daripada bengkel ini telah terbentuk sebuah kumpulan penasihat,
untuk mengumpul maklum balas daripada ahli ISO dan organisasi lain (antarabangsa dan
serantau) bagi membangunkan sebuah standard antarabangsa tentang CSR.
Namun begitu, terlalu banyak maklum balas telah diterima, dan menunjukkan bahawa
CSR hanya tertumpu kepada korporat dan industri. Standard antarabangsa sepatutnya digunapakai untuk semua jenis organisasi termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan,
organisasi penyelidikan, pekerja dan pengguna. Oleh itu, adalah mustahak bagi
membangunkan standard antarabangsa untuk tanggungjawab sosial daripada hanya
membangun tanggungjawab sosial korporat.
Mesyuarat pertama dan mesyuarat yang seterusnya akan melihat standard yang
digariskan berasaskan prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia, penglibatan pihak berkepentingan
dan hak-hak pekerja. Banyak inisiatif antarabangsa yang berkaitan dengan CSR telah
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
19/22
diwujudkan semasa kumpulan kerja SR di bawah ISO (ISO WGSR) bertemu pada tahun
2005. Antaranya Manual Organisasi Pembangunan Ekonomi untuk Perusahawan
Multinasional, Persetujuan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kod Etika
Multinasional Pertubuhan Pekerja Sedunia. Namun sebagaimana dengan tajuk yang
dicadangkan, mereka merujuk kepada peranan korporat dalam tanggungjawab sosial dan
persekitaran.
Standard ini membekalkan panduan tanggungjawab sosial untuk semua jenis organisasi:
1. Konsep, istilah dan definisi yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial2. Latar belakang, trend dan ciri-ciri tanggungjawab sosial3. Prinsip-prinsip dan amalan yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial4. Subjek teras yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial;5. Isu-isu tanggungjawab sosial (masalah)6. Mengintegrasikan, melaksanakan dan mempromosikan tanggungjawab sosial pada
seluruh organisasi, melalui dasar dan amalan pengaruh yang berkaitan
7. Mengenal pasti dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan8. Komitmen berkomunikasi dan prestasi berkaitan dengan tanggung jawab sosial
Tujuan utama panduan tanggungjawab sosial adalah untuk membantu organisasi dengan
peralatan bagi mencapai atau menyumbang pada sasaran-sasaran pembangunan lestari.
Panduan ini mengutamakan 7 prinsip bagi operasi sesebuah organisasi:
1. Akauntabiliti2. Ketelusan3. Etika4. Kepentingan pihak berkepentingan5. Keluhuran undang-undang6. Norma-norma antarabangsa7. Hak Asasi Manusia
Panduan ini meminta semua pengamal tanggungjawab sosial supaya menggunakan prinsip-
prinsip di atas dalam semua aktiviti atau praktis tanggungjawab sosial mereka.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
20/22
Untuk menetapkan skop dalam aktiviti tanggungjawab sosial bagi suatu organisasi, panduan
ini mengutamakan 6 subjek teras:
1. Pengawalan organisasi: satu sistem di mana organisasi membuat keputusan danmengimplementasikannya berdasarkan objektif.
2. Amalan operasi yang adil: keprihatinan etika dalam hubungan sebuah organisasidengan organisasi lain dan individu.
3. Hak asasi manusia: hak dasar di mana semua manusia berhak terutamanyamengamalkan hak-hak sivil dan politik serta ekonomi, sosial dan budaya.
4. Amalan pekerja: meliputi semua dasar dan amalan yang berkaitan dengan pekerjaanyang dilakukan di dalam organisasi, oleh organisasi dan bagi pihak organisasi.
5. Persekitaran: keputusan dan aktiviti organisasi seringkali mempunyai kesan kepadapersekitaran tempat mereka berada.
6. Pengguna: organisasi yang membekalkan produk dan perkhidmatan kepadapengguna, serta pelanggan yang lain, hendaklah mempunyai tanggungjawab kepada
pengguna dan pelanggan mereka.
7. Penglibatan dan pembangunan masyarakat: organisasi mempunyai hubungandengan masyarakat tempat beroperasi dengan berdasarkan kepada penglibatan
masyarakat setempat dan memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat
tersebut.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
21/22
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai sebuah badan korporat atau organisasi yang menjalankan
pelbagai aktiviti ekonomi yang mempunyai orientasi ekonomi yang pelbagai, kesedaran
pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa
walaupun keuntungan yang bakal diperolehi atau faedah yang bakal dikecapi tidak datang
dalam jangka masa yang pendek namun hal ini adalah penting bagi memastikan keuntungan
itu tidak dibolot oleh satu- satu pihak sahaja.
Tambahan lagi menyedari aktiviti pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ini
mendatangkan faedah yang bukan sedikit dan bukan dinikmati oleh satu satu pihak sahaja,
maka adalah lebih bijak jika syarikat atau badan korporat melibatkan diri dalam aktiviti
sebegini. Walau bagaimanapun usahausaha sosial ini tidak mungkin akan berjalan lancar
tanpa penglibatan dan komitmen semua pihak. Jadi wajarlah jika semua pihak termasuklah
kerajaan, masyarakat, individu dan sebagainya melibatkan diri dalam program yang
dianjurkan.
Syarikatsyarikat harus melihat tanggungjawab korporat sebagai satu peluang untuk
maju bukannya sebagai suatu bebanan. Sesetengah syarikat mungkin menganggap untuk
mengkanunkan TSK sebagai suatu halangan. Oleh itu, ia Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggariskan bahawa TSK diterima pakai hanya secara
sukarela dan tidak dipaksa. Tidak dinafikan amalan tanggungjawab sosial dalam sesebuah
syarikat banyak manfaatnya terhadap kedudukan syarikat dan membawa kepada peningkatan
keuntungan dengan lebih mantap. Pihak kerajaan hanya sebagai pemudahcara sahaja. Selain
itu, amalan tanggungjawab sosial ini juga mempunyai kaitan positif dengan harga saham
syarikat di bursa dan penilaian positif prestasi syarikat itu oleh pengguna, pelanggan dan
pembekalnya. Akhir kata, sesebuah syarikat yang mempunyai nilai jenama yang baik hasil
dari program tanggungjawab sosialnya akan dipandang tinggi berbanding dengan pesaingnya.
Bahkan memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa syarikat itu bertanggungjawab,
beretika dan telus dalam operasinya.
-
7/30/2019 TUGASAN KORPORAT 2
22/22
RUJUKAN
Fialka. J. (2006).Politics & Economics: Big Businesses Have New Take on Warming; Some
Companies Move From Opposition to Offering Proposals on Limiting Emissions.
Wall Street Journal. pg.A.4.
K. C. John Wei (2011). Corporate Social ResponsibilityA Comparison Between Vietnam
and China, International Journal of Governance. Vol. 1, No.1, July 2011.
Saether, Kim T.; Ruth V. Aguilera (2008).Corporate Social Responsibility in a Comparative
Perspective. In Crane, A., et al. (PDF). The Oxford Handbook of Corporate Social
Responsibility. Oxford: Oxford University Press.
Sun, William (2010). How to Govern Corporations So They Serve the Public Good: A
Theory of Corporate Governance Emergence. New York: Edwin Mellen.
Thilmany, J. 2007.Supporting Ethical Employees.HR Magazine, Vol. 52, No.2, September
2007, pp. 105110.http//:www.shrm.org/hrmagazine/07September, (2012, 23
Oktober)
Visser, Wayne, Dirk Matten, and Manfred Pohl (2007). The A to Z of Corporate Social
Responsibility. London, England; New York, NY: Wiley
Zaili Mohamad (2009). Amalan Tanggungjawab Sosial Di Kalangan Koperasi Di Malaysia.
http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jul011-2009
Tanggungjawab Sosial Korporat, (2010).Mesyuarat ISO WGSR Tanggungjawab Sosial Ke-8.
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/247-
mesyuarat-iso-wgsr-tanggungjawab-sosial-ke-8-copenhagen-denmark, (2012, 22
Oktober)
http://www.shrm.org/hrmagazine/07September/http://www.shrm.org/hrmagazine/07September/http://www.shrm.org/hrmagazine/07September/http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jul011-2009http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/247-mesyuarat-iso-wgsr-tanggungjawab-sosial-ke-8-copenhagen-denmarkhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/247-mesyuarat-iso-wgsr-tanggungjawab-sosial-ke-8-copenhagen-denmarkhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/247-mesyuarat-iso-wgsr-tanggungjawab-sosial-ke-8-copenhagen-denmarkhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/247-mesyuarat-iso-wgsr-tanggungjawab-sosial-ke-8-copenhagen-denmarkhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/247-mesyuarat-iso-wgsr-tanggungjawab-sosial-ke-8-copenhagen-denmarkhttp://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jul011-2009http://www.shrm.org/hrmagazine/07September/