Tugasan kelas : Aktiviti 3
-
Upload
nur-rawaidah-rahmat -
Category
Education
-
view
342 -
download
10
Transcript of Tugasan kelas : Aktiviti 3
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 3 (KOLOKIUM SENIOR)
HUSNAN KHUFADLI, SHARIDAH ASMAN, NUR RAWAIDAH RAHMAT
HUSNAN KHUFADLI
1. Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk
berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah "Verbal
Repeatition" Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
ULASAN : Pengkaji melakukan kajian ini kerana masalah komunikasi secara lisan
dikalangan pelajar masalah pendengaran dan mencari pendekatan yang sesuai
dengan keperluan mereka. Pengkaji juga mendapati pelajar ini berhadapan dengan
masalah untuk berkomunikasi secara lisan kerana kurang keyakinan diri untuk
bertutur dengan baik dan timbulnya perasaan malu dalam diri mereka. Oleh yang
demikian, kajian ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar
bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan
kaedah "Verbal Repeatition" semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian
ini dibuat di Sekolah Menengah Dato' Ibrahim Yacoob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur dengan melibatkan seramai 19 orang pelajar bermasalah
pendengaran tingkatan 1, 2 dan 4. aedah yang digunakan untuk mengumpul data
ialah melalui Pemerhatian, Rakaman Video, Temu bual dan Diari (RPH). Secara
keseluruhannya kajian ini sesuai dan bertepatan dengan maksud kajian tindakan.
2. Mengenal Huruf Hijaiyah Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Dengan
Menggunakan Kaedah Nasyid
ULASAN : Kajian ini dilakukan hanya memfokuskan kepada pengenalan huruf
Hijaiyah dikalanan pelajar yang bermasalah pembelajaran. Selalunya kebanyakan
pelajar bermasalah pembelajaran kurang mengenal huruf-huruf Hijaiyah serta
susunan huruf tersebut secara keseluruhannya. Memandangkan pelajar hari ini lebih
cenderung kepada hiburan, maka kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah
nasyid dalam mengenal hiruf-huruf hijaiyah. Kajian ini dilakukan di SMK Pendidikan
Khas (Vokasional) Perempuan, Shah Alam Selangor. Kajian ini melibatkan sampel
seramai 9 orang pelajar bermasalah pembelajaran tingkatan 4. data dibuat melalui
Penilaian dan Pencapaian Pelajar, Pemerhatian dan juga Latih Tubi. Kajian ini
sesuai untuk kajian tindakan dan bertepatan dengan maksud kajian tindakan.
SHARIDAH ASMAN
1. Meningkatkan Minat dan Prestasi Pelajar Dalam Subjek Biologi Tingkatan Empat
Menggunakan Teknik Pembelajaran Kooperatif
ULASAN : Dari segi pernyataan masalah, pengkaji mempersoalkan mengenai
keberkesanan penggunaan teknik pembelajaran kooperatif sama ada mampu untuk
meningkatkan minat dan prestasi para pelajar terhadap subjek biologi. Pada pendapat
saya, teknik ini sesuai digunakan kerana teknik pembelajaran kooperatif memerlukan
pelajar memahami dengan lebih mendalam setiap bab-bab subjek biologi. Dari segi
pemilihan metodologi pula, pengajaran secara kuliah merupakan satu kaedah yang
sering digunakan oleh guru, namun kreativiti penyelidik dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat menarik perhatian pelajar. Kaedah
yang digunakan seperti membina kumpulan kecil dalam kelas dan perbincangan dalam
kumpulan mampu membantu pelajar dalam menjawab ujian yang diberikan. Data
diperolehi dari soal selidik, rakaman video, temubual, dan komen pensyarah atau
penyelis. Berdasarkan daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji, didapati tidak
semua pelajar memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas. Oleh itu pengkaji
memberi cadangan penambahbaikan iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat rujukan dari sumber yang lain bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar.
selain daripada itu, implikasi kajian yang dilakukan oleh pengkaji ialah guru berjaya
membantu pelajar yang pasif di dalam kelas menjadi aktif kerana terdapat perbincangan
dalam kumpulan, disamping pelajar berpeluang menambah pelbagai pengetahuan yang
sebelum ini agak sukar dan jarang pelajar dengar. Secara kesimpulannya, hasil
daripada kajian tindakan yang dilakukan ini telah memberi kesan kepada pelajar kerana
terdapat kumpulan perbincangan (Think-Group-Share), yang teknik ini boleh menarik
minat dan mampu meningkatkan prestasi pelajar terhadap subjek biologi
2. Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Subjek Pendidikan Islam Bahagian Ibadah
Melalui Kaedah Simulasi, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang,
Selangor
ULASAN : Pengkaji mempersoalkan mengenai keberkesanan dan kesesuaian
penggunaan kaedah simulasi sama ada mampu untuk meningkatkan minat dan prestasi
para pelajar terhadap Pendidikan Islam. Dari segi metodologi, penyelidik mengambil
sejumlah pelajar dari kelas yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam subjek
pendidikan Islam. Pada pendapat saya, tempoh kajian iaitu sebanyak dua sesi iaitu dua
kali perjumpaan dalam masa seminggu ini mencukupi untuk memahamkan pelajar
dalam subjek pendidikan islam bahagian ibadah melalui kaedah simulasi. Kaedah
simulasi dilihat sebagai suatu kaedah yang berkesan semasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas terutamanya bagi bab yang memerlukan agar pelajar
lebih mengingat fakta-fakta penting dalam bab yang diajar oleh guru. Untuk lebih
memahamkan pelajar, pengkaji telah membuat soalan kuiz berdasarkan tajuk yang
diajar. Temubual juga dilakukan bertujuan untuk mengetahui jenis kaedah pengajaran
guru serta pandangan mereka terhadap sikap dan tingkah laku pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan sesi soal jawab serta kuiz juga dilakukan
dalam kelas untuk mendapatkan maklumat. Pada pendapat saya, apa jua jenis kaedah
yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru harus melihat kepada
kesesuaian subjek dan tajuk-tajuk dalam subjek berkenaan. Pengkaji telah
menggunakan kaedah yang sesuai dalam mengajar topik ini iaitu dengan menggunakan
kaedah simulasi. Ini dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku pelajar dan tahap
kefahaman pelajar setelah diuji melalui soal jawab dan kuiz. Kesimpulannya, teknik
pengajaran menggunakan kaedah simulasi merupakan satu teknik pengajaran yang
bagus kerana secara tidak langsung para pelajar akan saling berinteraksi dalam
kumpulan atau antara individu dengan bantuan guru. Kaedah simulasi ini juga dapat
membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab,
para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, memuat keputusan dan
menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
NUR RAWAIDAH RAHMAT
3. Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Subjek Sains Melalui
Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
ULASAN : Kajian ini dilakukan untuk melihat sikap dan minat pelajar terhadap
pembelajaran berasaskan masalah serta persepsi pelajar terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan masalah. Secara keseluruhannya, PBM boleh dikatakan
sebagai suatu pendekatan yang dapat memperbaiki amalan guru dan pelajar apabila
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menerusi konsep
PBM, para pelajar dikemukakan kepada suatu masalah. Kemudian, mereka dikehendaki
menyelidik, meneroka dan mencari maklumat yang releven dengan permasalahan
tersebut dan seterusnya. Hasil kajian menunjukkan pelajar berminat dengan kaedah
PBM malah menyatakan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan masalah
merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru bagi mereka dan merupakan satu
alternatif yang baik selain daripada kaedah tradisional yang sering kali digunakan oleh
guru. Selain itu, pelajar juga mengakui kaedah pembelajaran berasaskan masalah yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggalakkan mereka menjana
idea kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Kajian ini adalah
sesuai dan bertepatan dengan maksud dan konsep kajian tindakan.
4. Meningkatkan Minat dan Prestasi Pelajar Dalam Subjek Biologi Tingkatan Empat
Menggunakan Teknik Pembelajaran Kooperatif
ULASAN : Pengkaji menggunakan salah satu kaedah yang ada di dalam pembelajaran
kooperatif iaitu kaedah Think-Group-Share dimana kaedah ini memerlukan kerjasama
diantara ahli kumpulan dalam membuat sesuatu tugasan. Kaedah ini juga menjurus
kepada pembelajaran berpusatkan murid. Subjek Biologi sesuai digunakan kaedah ini
kerana ia mengandungi pelbagai fakta yang banyak tetapi boleh difahami melalui
pembelajaran secara berkumpulan. Implikasi kajian menunjukkan berlakunya
perubahan tingkah laku pelajar seperti daripada kurang minat kepada minat, kurang
keyakinan kepada lebih berkeyakinan, kurang komunikasi kepada lebih berkomunikasi.
Pelajar lebih memahami mengenai subjek tersebut dan berbincang dengan rakan-rakan
bagi perkara yang mereka kurang kuasai. Pelajar dapat memupuk nilai murni di dalam
diri mereka iaitu semangat berkumpulan dan bekerjasama. Kajian ini adalah sesuai dan
bertepatan dengan maksud dan konsep kajian tindakan.